Sunday, June 12, 2011

ZIKIR AMALAN MUDAH SEPANJANG MASA.......

ZIKIR AMALAN MUDAH SEPANJANG MASA.......



“Hai orang-orang yang beriman berzikirlah sebanyaknya kepada Allah (dengan menyebut nama-Nya)”

(SURAH Al- Ahzaab: 41)

"Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di

dalam dan di luar sembahyang), pada waktu pagi dan petang;"

(surah Al-Insaan ayat 25)

11.00 malam Khamis..........

Bismillah

dengan nama Allah Maha pemurah lagi Pengasih...



Aku bersyukur kepada-Mu Allah kerana memberikan hidayah dan nikmat Islam ..jika aku sesat dan menyembah berhala hingga mati,pasti ke Neraka.



Aku bersyukur kerana memanfaatkan jemari untuk menulis kebaikan,bukan kejahatan dan kerosakan.Aku berharap Allah Maha Pengasih tidak akan membakar jemariku di Neraka nanti...



Aku bersyukur juga kerana masih mempunyai idea untuk menulis nota dalam Kisah teladan ini....Aku bersyukur pada-Mu yang sentiasa mencerahkan otak ini untuk kebaikan...



Jika mahu bersedekah tabung masjid perlukan wang.Jika mahu membina masjid juga perlukan wang.Jika mahu memberi makan minum anak yatim juga perlukan wang.Jika mahu menghadiahkan buku kepada guru juga perlukan wang...



Namun amalan zikir amat mudah.Ia tidak perlukan wang.Ia tidak perlu bersusah payah.Itulah ajaibnya zikir.



Zikir boleh diucapkan dengan lidah.Ia juga boleh dilafazkan dalam hati.Betapa mudahnya zikir.



Manusia suka mengelamun.Menunggu bas,memandu,menaiki bas,membasuh baju,memasak,bekerja dan sebagainya suka mengelamun dan ia sia-sia.Alangkah indah setiap masa kita dimanfaatkan dengan zikir...





Membersihkan rumah berpahala.Bersihkan rumah sambil berzikir.Memasak itu berpahala.Masaklah sambil berzikir.Bekerja juga berpahala,bekerjalah dengan zikir...

ومن قال سبحان الله وبحمده في يوم مائة مرة غفرت له ذنوبه وإن كانت مثل زبد البحر

رواه مسلم والترمذي والنسائي

Maksudnya " Dan barangsiapa berkata Subhanallah wabihamdih sehari 100 kali diampunkan dosanya dan sekiranya dosanya sebanyak buih lautan"Hadis riwayat Imam Muslim ,Tarmizi dan Nasaai.

“Barang siapa yang membaca: Laailaaha illallaah wahdahu laa syariika lahu lahulmulku walahulhamdu wahuwa ‘alaa kulli syaiin qadiir, sepuluh kali,maka dia seperti orang yang memerdekakan empat orang budak dari keturunan Nabi Ismail.”hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim .

Berzikir pahalanya amat besar dan ia amat mudah dilakukan semua manusia….

Baginda saw adalah manusia yang sentiasa berzikir siang dan malam.Baginda banyak mengajar zikir yang perlu diamalkan umatnya.Antaranya :

لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد، وهو على كل شيء قدير لا حول ولا قوة إلا بالله العلب العظيم سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر



“Perumpamaan rumah yang digunakan untuk zikir kepada Allah dengan rumah yang tidak digunakan untuknya, laksana orang hidup dengan yang mati”

Hadis riwayat Imam Muslim

“Mahukah kamu, aku tunjukkan perbuatanmu yang terbaik, paling suci disisi rajamu (Allah), dan paling mengangkat darjatmu; lebih baik bagimu dari infaq emas atau perak, dan lebih baik bagimu daripada bertemu dengan musuhmu, lantas kamu memenggal lehernya atau mereka memenggal lehermu?”. Para sahabat yang hadir berkata: “Mahu wahai Rasulullah!”. Beliau bersabda: “Zikir kepada Allah yang Maha Tinggi”.Hadis Shahih Imam Tarmizi dan Ibnu Majah.



Zikir adalah amalan mudah dan pahala besar jika diamalkan dengan ikhlas.Kita perlu berzikir siang dan malam dan sebaik zikir adalah dalam hati.Tidak perlu memegang tasbih atau mulur terkumat kamit.Berzikir dalam hati adalah rahsia kita dengan Allah Maha Mengetahui…Berzikir dalam hati adalah lebih baik.





Aku selesa memaki seluar jeans jenama CJ import dan tshirt lusuh .Aku selesa dengan pakaian begini.Siapa nak pakai jubah dan serban,pakailah .Ia sunat bukan wajib.Islam hanya mewajibkan menutup aurat.



Aku dah tutup aurat dan aku selesa dengan pakaianku……..aku tidak hirau apa pandangan manusia.Apa yg penting hati sering berzikir.Itu yg penting.Rambut aku panjang tapi bukan menyerupai perempuan…panjang secukupnya,bukan panjang sampai pinggang!



Kalau berjubah dan berserban namun hati kosong dan lidah gemar menabur fitnah tiada gunanya sebagaimana seorang pemimpin politik memfitnah Tun Dr Mahathir tidak solat subuh….Itulah manusia Munafik bertopengkan serban dan jubah.



Kita melakukan amalan bukan untuk manusia namun untuk Allah.Pakaian itu yang penting menutup aurat dan bersih agar mudah solat di mana-mana.Murah atau mahal tidak penting.Yang penting sumber membeli pakaian adalah sumber halal…



Janganlah leka dengan dunia hingga lupa berzikir.Zikir itu bukan hanya selepas solat namun sepanjang masa.Kecuali tempat dilarang seperti tandas,janganlah berzikir….



Allah Maha Pemurah memberikan kita banyak pahala jika rajin berzikir.Allah beri pahala jika kita ikhlas.Aku amat takut membawa tasbih atau penekan nombor ke mana-mana takutkan riak….Aku tahu Malaikat akan sentiasa mencatit dan mengira,tak perlu tasbih dan penekan nombor…



Amalan zikir amat mudah dan senang……….Lakukanlah.



Yang baik dan sempurna hanyalah Allah swt Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui,manakala aku memang banyak salah dan silap…..



Admin

Kisah Teladan & Co

No comments:

Post a Comment