Sunday, June 26, 2011

KEHIDUPAN INI INDAH,NIKMATILAH...

KEHIDUPAN INI INDAH,NIKMATILAH...



“Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan

suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta

berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang

tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi

kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di

akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridaan-Nya.

Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.”

(SURAH AL- Al-Hadid [57] : 20)



Bismillah

dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Amat Pengasih...



Alhamdulillah masih dapat melihat pagi...Ketika ini azan Subuh belum berkumandang dan sambil menunggu waktu,aku mencoretkan coretan buat manusia yang tahu membaca...



Syukur pada-Mu kerna memberi nafas ini walaupun hanya sebuah pinjaman...Nafas ini dimanfaatkan untuk beribadat kerna tujuan manusia adalah ibadat......



Lihatlah diri kita dari hujung rambut hingga hujung kaki,betapa cantiknya ciptaan Allah swt Maha Pencipta.Allah swt mmeberi pancaindera untuk manusia menikmati kehidupan.Mata yang memandang,telinga yang mendengar,hidung yang menghidu,lidah yang merasa dan berkata...



Lihatlah pokok yang tegak di bumi,ia tidak mampu melangkah walaupun setapak.Lihatlah ikan di lautan,ia tidak mampu melihat terbang...lihatlah burung berterbangan,ia tidak mampu terbang jauh melangkau manusia..Manusia mampu terbang ke hujung dunia ,ke mana sahaja,namun burung amat terbatas.Lihatlah batu di tepi jalan..hanya memandang manusia llau lalang..Lihatlah rumput menjalar,ia hanya tetap diam dipijak manusia dan haiwan......



Bila melihat makhluk Allah lain,kita akan berasa syukur betapa nikmatnya menjadi manusia...Kita akan merembeskan mata bersyukur dan syukur dicipta sebagai manusia,bukan makhluk lain...



Kita perlu meluangkan masa melihat segala ciptaan Allah dan memikirkan.Bila memikirkan kejadian Allah swt,kita akan kagum kebesaran Allah swt dan insaf dan syukur dijadikan manusia...



Lihatlah bagaimana mentari terbit dan terbenam..lihatlah bulan yang mengambang..lihatlah sungai yang mengalir,lihatlah ayam yang berkokok,lihatlah pokok membesar,lihatlah burung berterbangan............Segala ciptaan Allah swt adalah amat hebat namun yang paling hebat adalah manusia kerna manusia mampu melakukan pelbagai perkara yang tidak mmapu dilakukan makhluk lain..



Seekor ayam tidak akan mampu mengunjungi KFC dan menjamah pelbagai makanan.Seekor lembu tidak mampu pergi ke pawagam dan menonton filem kesukaan.Rumput tidak akan mampu ke perpustakaan dan membaca buku kegemaran.Seekor ulat tidak mamu ke klinik gigi jika sakit gigi...Makhluk lain tidak mendapat nikmat sebagaimana manusia...



Kenangan paling indah adalah ketika kanak-kanak.Kehidupan kanak-kanak adalah indah kerana hanya bermain dan bersekolah.Tidak perlu memikirkan masalah ekonomi dan negara.Bermain guli,gasing,ting-ting,lompat getah,membuat layang-layang,mandi sawah dan pelbagai aktiviti....



Menikmati zaman kanak-kanak adalah indah.Berapa ramai manusia telah dimatikan ketika berada dalam rahim ibu.Berapa ramai manusia yang sempat lahir namun meninggal dunia.Itulah ketentuan Allah swt yang Maha Mengetahui....



Aku tidak menikmati keindahan hidup kanak-kanak sebagaimana insan lain.HIdup dalam kemiskinan bersama Datok dan Nenek kerna ibubapaku telah pergi selamanya ketika aku masih dahagakan kasih sayang mereka.Dalam usia setahun,aku kehilangan segalanya.....



Aku amat rapat dengan nendaku yang dipanggil ibu.Dia selalu menceritakan kisah ayah dan ibu.Katanya ibu amat mencintaiku....sejak kelahiran,dia tidak pernah berenggangsiang dan malam memelukku....



Ibu melahirkan anak sulong lelaki namun meninggal dunia ketika kecil.Anak pertama dinamakan Mokhtar.Kemudian lahir pula anak kedua bernama Yusof,namun juga meninggal dunia ketika kecil....Beberapa tahun kemudian,lahirlah aku yang dinamakan Saat....



Nenda menceritakan sejak kematian ibu,aku sering menangis dan memegang baju ibu.... ..Aku menangis tidak pernah berhenti dan aku diajar memanggil Atok sebagai ayah dan nenda sebagai ibu...Mereka mahu aku merasai nikmat bergelar anak....





Aku tidak mampu menahan air mata menulis kisah ini....Betapa aku tidak dapat menikmati kehidupan ini bersama ibu bapa tersayang..hanya cerita dari nendaku menjadi hiburan...



Aku masih ingat ketika kecil,aku dibonceng basikal buruk Atok kesayangan ke sekolah ketika darjah satu dan dua..dengan usia tua,dia tidak pernah mengeluh walaupun peluh membasahi dahi membawaku ke sekolah.....



Ketika darjah tiga,aku dibelikan basikal BMX dan dengan basikal itulah aku mengayuh ke sekolah yang jauhnya 5km setiap hari..walaupun memakai pakaian lusuh dan koyak bertampal,aku tetap rajin ke sekolah...



Tiada manusia mahu bergelar anak yatim piatu,namun itulah ketentuan Allah swt yang mentakdirkan segalanya....Baginda saw pun kehilangan ayah tersayang ketika dalam perut ibu,dan kehilangan ibu tersayang ketika masih kecil.....namun itu tidak pernah melemahkan semangat Baginda saw meneruskan kehidupan bersama bapa saudara dan Datok tersayang.....



Aku sentiasa membaca sirah para Nabi,Rasul,para sahabat,ulama' dan tokoh dunia untuk mengetahui betapa hebat kisah mereka.Manusia yang hebat adalah dilahirkan dalam penuh kesulitan dan kepayahan...namun ketabahan mereka memberikan kemanisan kejayaan...



Iman Syafei rahimullah pernah dipenjara,Nabi Zakaria a.s mati digergaji kaumnya.Baginda saw sendiri dibaling najis ketika solat...Pelbagai ujian menimpa para Nabi dan rasul,ulama' dan hukama' namun mereka tetap tabah melayari kehidupan...



Bekas Presiden Amerika Abraham Lincoln juga hidup dalam kemiskinan .Berjalan berbatu sehari ketika kanak-kanak membaca buku di rumah temannya yang kaya.Miskin tidak pernah melemahkan semangat dan beliau berjaya dalam pelajaran dalam bidang undang-undang...Usaha berterusan menjadikan beliau manusia berjaya menduduki kerusi Presiden Amerika...





Confucious adalah seorang pegawai kerajaan yang berpangkat besar namun dibuang kerja.Beliau berjalan ribuan batu kerna kecewa di samping mencari ketenangan.Dalam perjalanan jauh,beliau mencipta modul kehidupan dan modul itu dipegang bangsa Cina hinggalah hari ini...Beliau mengajar kasih sayang,ketekunan dan ketabahan.Ramai bangsa Cina berjaya dalam kehidupan kerna mengamalkan modul yang diajar Confucious...





Kita perlu membaca kisah manusia.Manusia hebat meninggalkan banyak teladan baik.Mahatma Gandhi yang dihina bangsa kulit putih di Universiti tidak pernah lemah dan kecewa.Beliau berusaha hingga berjaya dalam bidang undang-undang...



Mahatma Gandhi menggunakan cara mogok dan kasih sayang dalam menuntut kemerdekaan India.Beliau tidak menggunakan kekerasan kerana tahu tidak akan menang dengan kehebatan senjata penjajah.



Andainya Mahatma mengajak rakyat mengangkat senjata,sudah tentu puluhan juta rakyat India terkorban di medan peperangan...



Amat hebat tokoh ini.Aku menonton filemnya dua kali.Sebuah filem epik yang menarik menceritakan Mahatma Ghandi,bapa kemerdekaan India.Apa yang menghairankan pelakon utama melakonkan watak Ghandi adalah rakyat Amerika,bukan India!



Memang menyedihkan.India melahirkan tokoh agong namun tiada seorang pun warga India boleh melakonkan watak tokoh hebat itu.Betapa memalukan!



Aku suka membaca buku dan menonton filem.Ketika zaman internet belum lahir,terpaksa pergi ke perpustakaan membaca buku dan majalah.Kini internet wujud,berbilion buku dan majalah dapat dibaca dengan mudah.Boleh membaca buku sambil minum oren dan menguyah biskut kering.....sambil baring di atas tilam yang empuk..alangkah nikmatnya hidup ini...



Aku menonton filem sejak kecil.Aku masih ingat filem pertama ditonton di panggung adalah Qurbani ketika masih kanak-kanak.Pada masa itu tiket 50 sen....Filem itu memang best!Hingga hari ini,aku masih menontonnya dan pelakon hero feroz Khan telah pun meninggal dunia..India banyak melahirkan pelakon beragama Islam yang hebat.



Kita perlu menikmati kehidupan dengan sebaiknya.Kita perlu melalui pelbagai pengalaman dalam kehidupan dan ia memerlukan wang.Carilah wang halal sebanyaknya dan nikmatilah .



Dakilah gunung dan bukit.Pergilah menikmati keindahan air terjun dan pantasi.Lihatlah sawah yang menghijau....



Jutaan warga Singapura datang ke negara kita hanya mahu melihat sawah padi yang terbentang luas,kerna tiada di negara mereka.Yg hanya ada tembok batu tinggi dan rendah..



Dah banyak kali aku ke SIngapura hingga pegawai Imigresen yang sering mengecop visa dah kenal muka aku.Tiada apa yang menarik kerana hanyalah tembok batu.Tembok batu banyak sudah ku tonton di filem Hollywood....aku suka pergi ke tempat yang mempunyai landskap menarik....tempat paling amat amat aku mahu pergi adalah Antartika.Bila tanya pak Google,kos RM500,000!Maak aih,mahalnya!



Itu baru harga ke Antartica...kalau mahu ke ISIS tempat Datok M anak Malaysia pertama pergi,lagi banyak wang..RM40 juta....sampai kiamat pun aku mungkin tak jumpa 40 juta....



Aku memang nak pergi Antartika,kerana dalam dunia,itulah tempat paling bersih dan cantik.Tiada pencemaran dan huru hara.Damai dan menyenangkan...Namun wang belum ada..jadi bermimpilah dahulu!



Apa yang menghairankan ada juga manusia yang telah hidup mahu mati.Mereka membunuh diri dan tidak mahu hidup sdgkan hidup ini adalah nikmat...Alangkah bodohnya manusia sedemikian....



Jika boleh diberi pilihan,aku mahu hidup sampai 100 tahun dan sihat.Kalau umur panjang tapi sakit dan berak merata-rata,pening juga....Biar umur panjang dan sihat..namun bukan hak kita meminta umur,kerna ketika kita dalam rahim ibu sudah ditetapkan usia kita....



Kita perlu menikmati kehidupan ini .Jelajahlah seluruh dunia kerna dunia ini mengandungi pelbagai lokasi cantik dan keajaiban flora dan fauna ciptaan Allah swt.Bawalah anak-anak melancong dalam dan luar negara kerna kita perlu menikmati keindahan hidup...Bumi Tuhan ini luas,berjalanlah...Menonton dalam Youtube dan berada sendiri di tempat menarik amat berbeza..umpama seorang melihat buah epal dan memakan buah epal,sudah tentu orang memakan buah lebih menikmatinya berbanding orang yang hanya memandang!



Kita perlu menikmati keindahan dunia...Dunia ini bukan sahaja tempat bersolat dan membaca Quran kerana kita juga perlu menikmati keindahan dunia ini..Menjelajah kecantikan dunia bukanlah satu kesalahan...Islam menggalakkan pelancongan untuk melihat betapa hebatnya ciptaan Allah swt..



Imam Ibnu Battuta rahimullah menjelajah dunia dan membukukan pelayarannya dan dapat dimanfaatkan berjuta manusia.Peta lakarannya dijadikan kompas pelusuk dunia..Itulah hebatnya Ibnu Battuta.Beliau adalah ahli pelayaran yang hebat berbanding Marco Polo.Marco Polo sering menceritakan keindahan negara China sedangkan ia tidak pernah sampai ke sana,hanya bercerita mengikut cerita orang!Pengkaji sejarah menjelaskan Marco Polo tidak pernah sampai ke China kerna ceritanya banyak menyeleweng dari fakta sebenar......



itulah Marco Polo,pelayar yang menipu manusia.....Ibnu Battuta tidak pernah menipu kerana Islam tidak pernah mengajar dusta...Ibnu Battuta dijiwai nur Quran..



Banyak perkara perlu dinikmati dalam dunia ini....Aku sendiri telah mendaki gunung Kinabalu di Sabah.Walaupun penat,aku puas kerana tidak perlu lagi mendaki gunung lain di Malaya,kerna sudah cukup mendaki gunung tertinggi!



Cukup indah Kinabalu...gunung batu yang kukuh jutaan tahun lampau.Tidak boleh dibayangkan keindahannya,lihatlah sendiri!



Aku terfikir mahu mendaki lagi...tp tak tahu bila.......



Walaupun bergelar lelaki,kita perlu belajar memasak.Pabila isteri sakit atau bersalin,kita boleh memasak,bukan beli lauk di kedai siang malam....Itulah ilmu.Ilmu perlu dipelajari dan ia adalah pengalaman yang perlu dikutip dalam kehidupan...



Dalam dunia ini,kita perlu belajar ilmu dan sering lobakan ilmu.Wang tanpa ilmu juga berbahaya.Berapa ramai manusia mempunyai wang banyak namun miskin dan papa kedana akibat tiada ilmu...



Aku pernah berjalan seorang diri ke Thailand,Vietnam dan Kemboja selama 3 bulan.Memang menarik perjalanan itu.Benar-benar mencabar.tidur di hotel,masjid dan surau.Bertemu ribuan manusia...



Pelbagai makanan dinikmati.....aku pernah melihat kumbang hitam besar digoreng dan dijual di tepi jalan.Nak termuntah rasanya!Jangan kata nak makan,tengok pun nak termuntah.Pasar di negara mereka babi bersepah-sepah..itulah negara bukan Islam...



Berjalan sendiri memang adventure kerna kita tiada siapa-siapa teman,hanya tawakkal kepada Allah swt.Sakit pening ditanggung sendirian berhad.....



Seronok bertemu warga Britain,Amerika,jepun,Belanda dan sebagainya.Bertemu juga ramai pelancong Malaysia.Bila mereka bertanya datang dengan kompeni travel?aku jawab,tak....datang sendirian berhad....



Bandar Ho Chin Minh Vietnam memang cantik.....apa yang aku kagum,pejabat pos dibuka hingga 10 malam...tempat kita jam 5 petang dah tutup pintu pagar!



Thailand dan Kemboja terkenal dengan air kelapa laut yang dijual tepi jalan...aku ingatkan macam nira yang dijual di Kelantan atau Kedah...pernah sekali aku minum,mata berpinar dan terhoyong hayang..rupanya air nira masam!



Berjalan sendiri memang menyeronokkan.Walaupun mencabar,namun banyak pengalaman dikutip.Bila bertemu pelancong dari seluruh dunia,aku promosikan Malaysia negara tercinta..ituklah tanggungjawab kita..negara kita adalah tanggungjawab kita...



Sebelum aku pergi,aku belajar beberapa patah perkataan Thai,Vietnam dan Kemboja agar memudahkan aku.Memang boleh mengunakan bahasa Inggeris,namun jika kita tahu berbahasa sedikit,ia memudahkan kita mesra dan tidak dicekik darah peniaga....



Aku pernah bercakap Vietnam,harga diberikan adalah RM5.00.Bila bercakap inggeris,harga melonjak kepada RM15!Peniaga di mana pun ceruk dunia memang cekik darah kepada pelancong...



Aku bertemu seorang rakyat Amerika bernama George di Vietnam ketika minum pagi di di depan hotel.Dia bercerita panjang lebar kerna dia adalah veteran askar yang berperang di Vietnam pada tahun 1975 dahulu...katanya mungkin di sinilah dia melepak dahulu kerana banyak tanah sawah dah dijadikan hotel dan rumah tumpangan..



Memang best jika jumpa pelancong asing di luar negara..jadi jika mahu berbual dengan ramai manusia,belajarlah bahasa Inggeris dengan baik....Jangan jumpa orang jepun,cakap Melayu,mampus sepatah haram dia x faham....



Bahasa Inggeris aku taklah sehebat Obama atau Paul Keting tapi bolehlah..apa yg penting aku faham apa org cakap...



Aku lebih fasih bahasa arab kerana sekolah Maahad sejak tingkatan 1,sambung pula ke Universiti Islam Madinah..jadi memang le arab pandai sikit berbanding Inggeris..kalau masuk Universiti Oxford,mungkin boleh berdebat dengan George Bush!



Kita perlu menguasai banyak bahasa.Kawan aku India,fasih Mandarin..bila tengok dia cakap dgn Cina,aku kagum...bukan senang nak jumpa orang India pandai cakap Cina....



Kita jangan lupa menulis diari dan travelog kerana ia akan menjadi pusaka kepada anak-anak dan generasi akan datang....Simpan dalam internet seeprti yahoo mail,blog,savefile dll dan keturunan boleh membaca semua pengalaman kita...Juga video dan gambar.



Itulah kehebatan hidup zaman teknologi...



Hampir 8 pagi waktu Malaysia...aku menulis sebelum Subuh dan selepas subuh menyambungnya...Menulis memang satu kepuasan..namun lebih puas jika dibaca manusia..Amat menyedihkan jika menulis,tiada orang membaca..Jika membaca,like atau komen..itulah sebaiknya...



Aku suka berjalan dalam dan luar negara.Walaupun urusan bisnes,aku juga mengutip pengalaman dan ilmu bila bertemu manusia..



Aku pernah bertemu lelaki pelik.Pakaiannya lusuh dan seakan orang gila.Di Kelantan aku bertemu,di Johor dan KL pun bertemu juga...aku hairan..adakah ini kebetulan atau seseorang mata-mata?Setelah hairan bin pelik,aku bertanya ramai orang....



Rupanya ia seorang pegawai polis dari Bukit Aman yang menyamar untuk menjejaki kes dadah........aku pun tidak tahu mengapa aku bertemunya banyak kali di lokasi berlainan sedangkan kau tak pernah kenal dan berbual...Mungkin kebetulan.Aku pun bukan pengedar dadah atau penghisap ganja....memang aku tidak pernah takut,cuma pelik bertemu orang sama ...Kalau jumpa cashier sama di tesco sama,itu perkara biasa..



Kisah Teladan ini bukan sahaja mahu berkongsi ilmu dan dakwah namun juga berkongsi pengalaman hidup aku..sebab itu aku namakan Kisah teladan & Co....Co adalah gabungan pelbagai perkara dalam kehidupan dunia....



Ramai manusia banyak pengalaman,namun mereka simpan dalam hati.Aku menulis segala pengalaman dalam diari dan aku lakarkan dalam blog dan facebook agar ramai mansuia mendapat manfaat...



Ramai manusia teruja bila bertemu artis,pelakon,ahli sukan,ahli politik dan manusia glamour...Bagi aku biasa je..yag aku rasa luar biasa adalah bertemu Dr Mahathir kerana beliau memang tokoh yang ku kagumi selamanya....



Aku pernah bertemu Mat Sabu di masjid Subang,aku tak tegur dan sapa pun.Mat Sabu adalah ahli politik yang paling banyak memfitnah Dr Mahathir....tengok muka pun nak termuntah aku....



Aku paling benci manusia suka memfitnah...Abdullah bin Ubai adalah ketua Munafik terkenal memfitnah.Aisyah r.a isteri Baginda saw yang suci pun difitnah Abdullah..memang layak masuk neraka Jahanam Abdullah bin Ubai........



Aku rapat dengan anak bongsu Nur As Syahirah yang akan genap 3 tahun bulan depan...Bila aku out-station 2,3 hari,dia susah nak tidur..perlu layan dalam telefon...Indahnya menjadi seorang ayah...



Bila melihat wajah anak-anak ,aku merembes..betapa mereka tidak pernah susah sebagaimana aku dahulu.Anak bongsu pun dah pandai guna internet melayan Youtube dan main game....itulah zaman moden...



Aku berdoa umur panjang agar dapat melihat anak membesar,berjaya dalam pelajaran,berkahwin dan beranak pinak....aku mahu bermain dengan cucu-cucu..kalau dapat cicit lagi baguih!



Kalau boleh aku mahu salah seorang anak aku berjaya menjadi saintis dan berjaya mencipta pelbagai teknologi.Ketika kecil aku suka membaraikan kereta mainan yang aku kutip di tong sampah dan mengkaji mesin dalamnya...aku bercita-cita jadi saintis,tp Allah swt dah menetapkan aku bukan saintis..lagi pun aku tidak mampu ambil jurusan kejuruteraan kerana aku lemah Sains dan Matematik sejak sekolah rendah...setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan..



Nenda aku selalu bercerita,arwah mak adalah genius sejak kecil.Sejak kecil mak pandai baca Quran kerana mempunyai ingatan kuat...ibuku adalah anak sulong dalam keluarga dan menjadi anak sulong memang letih...membantu ibu bapa yang bergelar petani dan menguruskan adik-adik di rumah...



Nenda aku cakap,arwah mak paling dia sayang kerana selalu tinggal di rumah membantu kerja rumah,berbanding adik-adik yang selalu keluar bermain sana sini..



Benarlah kata orang...orang yang kita sayang cepat pula Allah swt jemput ke kuburrr...



Bila nenda menceritakan kisah arwah mak,nenda menangis dan aku pun tidak boleh menahan air mata...sejak kecil aku suka tidur di pangkuan nenda dan dia bercerita...Kini nendaku dah berusia 84 tahun namun masih belum nyanyuk..bila aku tanya apa nama mak apa?Shafiah jawabnya...Alhamdulillah..aku syukur dapat lihat permata hatiku...



Walaupun sibuk sana sini bisnes,aku x lupa menziarahinya..Paling kurang sebulan dua kali...





Ketika aku ke oversea 3 bulan....nendaku menangis saban hari rindukan aku..kerna akulah anak bongsunya..ke mana-mana dia jaja aku anaknya....aku dah tinggal dengan dia sejak usia 1 tahun...dah amcam anak kandung...



Walaupun aku tak merasai nikmat kasih sayang ibu bapa,aku dapat menikmati kasih sayang Atok dan Nenda..kasih sayang mereka amat hebat..mereka mendidikku menjadi manusia berjaya...Ramai manusia mempunyai ibu bapa tapi bergelar bohsia dan bohjan,merempit,hisap ganja,kaki botol,peragut dan ntah apa-apa ntah lagi jenis manusia....



Oleh kerana aku anak yatim piatu sejak kecil,aku sering menziarahi rumah anak yatim... aku berikan kegembiraan.aku bawa buah tangan hiburkan mereka..aku merasai dan faham perasaan mereka...



Bila tanah runtuh di Selangor mengorbankan ramai anak yatim,aku menangis berhari-hari hinga isteri aku pun tidak terkata....aku benar2 sedih dengan kejadian malang tersebut...



Kita perlu mendapat banyak pengalaman positif,bukan pengalaman bodoh seperti hisap ganja,merempit atau melepak...Kita dikurniakan akal sihat dan gunakan akal sebaiknya..terus terang aku cakap,aku tiada masa meelpak di kedai kopi atau kopitiam...masa aku banyak dihabiskan dengan berniaga,membaca,menulis,layan internet dan keluarga....Bila ada aktiviti seperti program kenduri kendara,barulah aku keluar...



Teman baik aku di Universiti,Ariffin bin Mohamad dari Terenganu meninggal dunia 7 tahun lepas akibat sakit perut.Pada masa tersebut aku tidak sempat pergi melihat jasadnya buat terakhir...



Tahun lepas baru sempat menziarahi pusaranya di felda Bukit Bading,Ajil....aku menangis dalam hati kerana malu dengan dua lagi teman seUnibersiti yang juga sama-sama pergi..sebagai penghargaan,aku sedekahkan sedikit duit bina masjid dan pahala disedekahkan buat arwah...



Kami memang rapat di Universiti...memasak dan makan sama dalam bilik,berbual sampai subuh dan banyak kenangan..



Bila mengimbas,aku tidak dapat menahan air mata..inilah ukhuwwah dalam Islam...kami tidak pernah kenal,namun bertemu di bumi Madinah al-Munawwarah....









Panjang betul nota kali ini.....dah kematu jemari ini....



Dalam banyak tempat aku paling suka Genting Highlands melihat mentari terbit dan terbenam...memang cantik di celah gunung ganang...aku pun x tahu berapa puluh kali dah aku pi sana....melihat mentari terbit dan terbenam di Genting memang mengasyikkan...



Cuma aku nie memang x tahan sejuk..badan kering ni memang pakai baju tebal pun masih gigil...kawan aku yang kerja sana bertahun pakai baju singlet Pagoda je jam 2 pagi...ish3....



Aku mendidik manusia dengan tulisan....kerna aku tahu mata pena lebih tajam dr pedang..skrg manusia dah x guna pena,guna laptop dan internet....



Antara penulis yang aku paling kagum ialah Imam Nawawi rahimullah.Walaupun miskin,beliau menulis puluhan buku dengan bulu ayam dan dakwat..malam pula berteman pelita..seorang ulama' menceritakan miskinnya Imam Nawawi hingga dakwat pun dibeli temannya....



Itulah kegigihan manusia bergelar ulama'...memang menyedihkan ramai ulama' moden hidup ada laptop dan internet,satu buku pun x mampu tulis!



Apabila kita mati,buku adalah jariah..selagi manusia mmebacanya,kita akan tidur dikubur berpahala..Itulah ajaibnya jariah penulisan..



Buku Imam Nawawi dibaca berbilion manusia dan diterjemahkan lebih 100 bahasa dunia..bertrilion pahala Imam Nawawi dapat walaupun sedang lena dalam kubur...



Insya-Allah satu hari nanti aku nak ziarah kubur Imam Nawawi di Syria....kubur para ulama' terbilang perlu kita ziarah kerna mereka amat berjasa kepada umat Islam...



Dalam banyak lagu,aku suka lagu Insan dendangan Yantzen..lirik yang ditulis Juwie memang mengesankan...Kita adalah insan..menumpang di atas dunia...memang best lagunya!



Bila kita berjalan di bumi Allah,banyak perkara kita lihat dan kita perlu berfikir.Jika lihat pokok tembikai,fikirkan bagaimana ia membesar dan menjadi buah..Bila lihat sungai,fikirkan ia mengalir jutaan tahun tanpa henti...bila lihat ikan,fikirkan kuasa Allah swt menjadikan ikan di lautan .Ikan tinggal di Jepun,ditangkap oleh nelayan,masuk kilang dan dijadikan sardin.Tin sardin pula naik kapal terbang dan sampai rumah kita!Tidakkah itu ajaib?



Allah swt Maha Bijaksana....segala ciptaan Allah untuk kita lihat dan fikirkan..namun ramai manusia ada otak,tapi mereka tidak menggunakan otak untuk memikirkan segala ciptaan Allah swt..



Aku merancang nak travel Eropah 3 bulan..entah bila aku nak pergi...tengok akaun bank dulu...aku suka travel alone untuk cari pengalaman dan meninjau keindahan bumi ciptaan Allah swt...

Nota ini ditulis dengan air mata.............nikmatilah!

Hidup ini amat indah,nikmatilah..



Terima kasih kerana membaca.Jika dah baca,like.Jika teramat suka,komen...Barulah ada respon kalian...Jangan diam sahaja!Jmeput kawan,orang kampung datang rumah Kisah Teladan agar lebih ramai dapat manfaat..........

Doakan aku umur panjang dan sihat agar lebih banyak nota aku boleh tulis..........Kalau umur ;panjang tapi sakit ,susah juga nak menulis...



"Ya Allah Maha Pengampun,ampunkan dosa kami..jauhkan kami dari azab kubur dan Neraka....Kurniakan kami Syurga walaupun amalan kami tidak sehebat para Nabi dan rasul....amin Ya Zal Jalal wal Ikram...."



Yang sempurna dan bijak hanyalah Allah swt Maha Mengetahui lagi Amat Perkasa,manakala diri ini amat lemah dan daif....



Admin

Kisah Teladan & Co..

Tulis 5 pagi................siap 9 pagi!

19 Jun 2011.................

No comments:

Post a Comment