Sunday, June 26, 2011

MEMPERKASA BANGSA MELAYU.........

MEMPERKASA BANGSA MELAYU.........



" Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari

lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan

bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara

satu dengan yang lain).Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah

ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih

keturunan atau bangsanya).Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha

Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."

surah al-Hujuraat AYAT 13..



Bismilllah



Dengan nama Allah Maha pemurah lagi Amat Pengasih

sekarang jam meunjukkan 9.45 malam ...21 Jun 2011

dengan sifat Rahman dan Rahim Allah swt,aku masih hidup...pejam celik pejam celik dah 37 tahun dah usia aku...Jika umur panjang,dapatlah menjengah usia 40...Dalam Islam usia 40 dikira tua,namun ramai orang Islam usia 40 pun masih suka lepak di disko dan tidak solat 5 waktu...



Aku harap umur panjang...walaupun dah tetap umur manusia ketika dalam rahim ibu ,namun aku sentiasa berdoa "Ya Allah,panjangkan usiaku,tambahkan ibadatku,kukuhkan akidahku....."aku doa siang malam sebab Baginda saw menyuruh umatnya berdoa siang malam..



Umur panjang memang nikmat.Kita dapat menikmati kehidupan berkeluarga,dapat lihat anak-anak membesar,dapat melihat anak masuk Universiti,dapat lihat anak berkahwin dan beranak pinak....dapat bermain dengan cucu dan bergurau.."Muka cucu Atok macam ibunya masa kecik2..."





Dalam dunia ini ,Malaysia adalah unik.Walaupun dulu namanya Tanah Melayu,namun bangsa Cina dan India berhijrah dan penuhlah bumi Malaya dengan tiga bangsa...Walaupun mmepunyai 3 bangsa berlainan kulit ,rupa dan agama,serta budaya namun Malaysia aman damai dan tenteram...



Lihatlah Bosnia.Walaupun Serbia adalah sebangsa dengan manusia di Bosnia namun berlainan agama menyebabkan negara balkan itu bergolak.Pembunuhan beramai-ramai berlaku....Memang jahat Serbia..tengok muka Radovan Karataik pun dah macam taik....



Cerita pasal Bosnia,aku ingat teman di Universiti,namanya Salleh.Masa tu berlaku pergolakan dan konflik di negaranya.Salleh mengaku dia sering menangis dan susah belajar menginagtkan keluarga di sana...



Aku kawan baik dengan Salleh.Dia suka main bola jaring.Kulitnya putih dan berjambang...memang hensem mamat Bosnia nie...Aku mencarinya dalam Facebook,yang keluar Salleh lain...



Aku bersyukur kepada Allah swt.Menjejaki Universiti Islam Madinah adalah anugerah.Pelajar dari 100 lebih negara,pelbagai rupa dan watak,pelbagai karenah dan masalah....



Aku masih ingat seorang pelajar dari Nigeria.Dia memang fasih bahasa Inggeris sebab negaranya bahasa Inggeris bahasa rasmi.Bahasa Afrika adalah bahasa kedua...Satu hari aku tersasul guna present tense cerita yang dah berlaku..dia sindir "Saat!u really can speak English well?"

aku pun jawab " no lah!"



Bahasa Inggeris aku memang lemah..sejak sekolah rendah sampai Menengah selalu fail.Aku kadangkala lupa mana past tense,mana present tense.Aku lupa mana plural,mana singular..



Tapi kawan2 kat Madinah memang best.Mereka tidak menghina atau mengejek kalau aku salah cakap.Ramai pelajar di Madinah buta bahasa arab...sebab mereka belajar sekolah kebangsaan sahaja.



Ada pelajar yang ayat Kaifal hal (apa khabar) pun x faham...aku alhamdulillah,sekolah arab sejak Tingkatan 1 sampai lima,jadi ada juga basic arab..bila masuk Universiti xda pening sangat macam pelajar yang tiada asas..



Ada seorang pelajar dari Jepun,kami tidak pernah bercakap sebab dia agak pendiam...kalau dia makan kat kantin,memang pakai copstick,aku mmg sampai sekarang x pandai pegang kayu tu...bini aku pandai,sbb dia biasa guna makan bihun dan kuewtiau...Bini aku pernah kerja kilang jahitan dan ramai kawan Cina,jadi kawan2 Cina ajar dia makan kot....



Pelajar Jepun ni rambutnya panjang sampai bahu......dia pakai jubah dan rambut mengerbang..memanmg rock mamat nie...



Kalau aku nak cerita kisah-kisah kat Unibersiti,9999 malam x habis...macam-macam kenangan...Aku berdoa dapat masuk Syurga dan minta bertemu teman-teman di Universiti dulu...



Graduan Madinah memang ramai,setiap tahun kira-kira 150 pelajar dari Malaysia ke Madinah al-Munawwarah ...Ustaz Dr Zul Bakri yang selalu keluar Ikim.Fm juga lulusan Madinah...Ustaz Wan Sohor Bani juga lulusan Madinah....aku pun dah lama x jumpa depa....ZulAzhan,Fendi,Ali,Jaafar aku jumpa dalam Facebook...lama dah x jumpa,sampai depa pun dah x cam aku......



Di Madinah aku kawan dengan semua pelajar dari Malaysia sebab kita ada persatuan haram.Di Madinah dilarang buat persatuan,jadi aku panggil haram....kita ada rumah sewa,bertemu hujung minggu,tonton tv,dengar radio,main ping pong,badminton dan sebagainya...



Masa tu internet xda lagi..jadi dengar radio..jam 9 malam waktu Madinah dapat berita Malaysia..ia adalah channel dari BBC....sehari sejam ada berita,lagu dan lain-lain...aku sellau layan dengan kawan baik nama Abu Bakar budak Melaka...bila neng nong ada lagu,dia slow...aku ingat dia cakap"tak boleh kuat-kuat,nanti ada orang marah..ramai wali kat sini..."aku layan gelak je...



alkisah ada seorang pelajar Malaysia fanatik Arqam...dalam bilik dia punya besar poster Ashari Mohamad.Bila pihak U tahu,terus kena buang...budak tu asal Johor kalau x silap aku...



Ustaz Abdul Basith juga lulusan Madinah.Dah banyak dia tulis buku...aku pun baca buku dia lagi..nanti aku pun nak beli...Masa pesta buku aritu,bajet x cukup.Kalau beli banyak buku,banyak benda lain pula sangkut...Kalaulah duit juta-juta,sekali turun PWTC,penuh kontena aku borong....silap2 dengan meja,kerusi aku borong...



Ustaz Jaafar juga dr lulusan Madinah.Anak Pahang ni pun tauke..skrg dok Bangi...semua lulusan Madinah x semua jadi ustaz atau pensyarah,atau kerja jabatan agama atau pusat zakat.Ramai juga jadi tauke...setakat ni aku belum dengar lulusan Madinah jadi tauke Balak....atau buka Karaoke...



aku pun nak jadi jadi tauke balak tapi semua orang lain dah sapu......apa nak wat,bukan rezeki....



aku rindu semua kawan aku kat Madinah dulu...tapi masa menyebabkan kami semua terpisah.Semua dah ada keluarga dan sibuk dengan kerjaraya....



Aku bukan seperti ustaz lain macam Zaharudin.net, atau Dr Maza.Mereka lebih alim dari aku....aku ni manusia biasa,pakai jeans dan tshirt je....aku punya nota lain dari lain sebab aku tak nak pembaca bosan membaca..mereka ada ratusan ribu fans,page aku nak dapat 200 pun susah sebab muka aku tak pernah keluar TV...Kalau hari-hari keluar TV macam model KFC,mungkin sebulan dah dapat 1 juta fans....



Aku x kisah fans ramai atau tidak,cuma kalau jadi fans,bila update,mereka boleh dapat update.Itu kelebihan jadi fans....



Namun Kisah teladan dah dapat 30,000 views...syukur kepada Allah.Nampaknya ramai suka baca nota aku walaupun depa bukan fans....



Aku tulis bahasa dalam nie,rock sikit....kalau buku x boleh le...nanti kalau terbit buku bahasa rock,pembaca ingat aku sekolah rendah darjah 6 je....jadi dalam buku kena tulis bahasa Melayu Tinggi...



Insya-Allah kalau umur panjang dan banyak duit,aku nak terbitkan koleksi nota buku Kisah Teladan....jadi ramai boleh beli dan baca...setakat nie hampir 1000 nota aku dah tulis..kalau sebuah nota 5 page,dah 5000 muka surat aku tulis......banyak juga masa aku berkelana dalam rumah Kisah Teladan...



Aku memang penat bekerja....siang bin malam,pagi bin petang.Namun sibuk bgmana pun aku masih meluangkan masa menulis nota untuk teman-teman...dalam 19 page,page inilah paling aku sayang...Page lain jarang aktif...Page ArabChat pun aku tengok fans macam hidup segan mati tak mahu....Kdg2 pelik juga,mereka jadi fans dan diam....



Dalam nie ada juga fans dari Brunei..tapi kerabat diraja Brunei aku x tahu ada ke tak...kalau Sultan Brunei join lagi bagus..aku belum sampai Brunie walaupun dekat je...Mekah ribuan batu aku dah sampai...



Dah habis mukaddimah.....mukaddimah je dah 4 page.....



Dah penat membaca?tutup mata,tarik nafas panjang-panjang.....Jangan korang x bernafas pula..aku suruh tarik nafas,korang pi henti nafas apasal?













Aku bersyukur menjadi Melayu.....Melayu ini pelbagai suku.Ada jawa,ada Bugis,Ada Melanau,ada Boyan dan macam-macam Melayu ada kat dunia nie...aku pernah jumpa Melayu sungai dari Sabah di Singapura..bila dia cakap sungai,sepatah haram aku x faham...katanya anak dara Melayu sungai lawa2 kat Sabah,pi lah Sabah....hehe..aku dah ada bini...





Lihatlah Melayu di Malaysia.Bila buang bayi,disyaki Melayu.Bila kena tangkap merempit dan hisap ganja,Melayu.Bila bilik hotel murah kena serbu,yang berkhalwat Melayu...Melayu juga juara perkara negatif...yang melepak Disco dan kelab Dangdut pun ramai Melayu...Walaupun ulama' bersepah dalam negara,ulama' seakan tidak mempunyai ubat mengatasi masalah ini....Lu lu gua gua...itulah ulama' moden...





Mengapa Melayu lemau?Mengapa Melayu miskin?Mengapa Melayu yang dahulunya hebat dan menjadi kerajaan agong zaman Kesultanan Melaka boleh jadi malas,jahil dan juara kejahatan?Adakah salah ulama'?adakah salah salah pemimpin?adakah salah tok kadi?adakah salah guru?adakah salah internet?adakah salah TV?adakah salah bidan?





Dahulu bila sebut gadis Melayu,bersopan santun dan berbudi bahasa...sekarang?pergilah ke KLCC,berapa ramai gadis Melayu pakai seksi,memakai tshirt tanpa bra,merokok dan bercakap lucah,bertepuk tampar dengan jantan Melayu.......





Memang menyedihkan Melayu hari ini..





1.Melayu juara dalam kejahatan seeprti merempit dan hisap dadah.



2.Melayu juara khalwat dan bunag bayi.



3.Melayu gagal dalam pelajaran.



4.Melayu gagal dalam ekonomi.



5.Melayu lebih suka pusat snooker berbanding masjid..



Mengapa ini terjadi?





Jika benih yang mati kemudian ditanam dalam tanah,dibaja dan disiram setiap hari,adakah ia akan menjadi pokok?Tidak.



Pokok lahir dari sebiji benih yang hidup dan sihat....Kesimpulannnya,pokok segala masalah adalah benih...



Kita kaji dari mana Melayu Malaysia?



Mengikut sejarah ,Melaka dihuni haiwan liar dan hutan belukar,hingga datanglah Parameswara anak seberang datang membuka Melaka...Jadi?



Melayu di Malaysia telah bercampur dengan Melayu Indonesia.Jadi Melayu original mungkin orang asli atau pribumi Sabah Sarawak.Di Kelantan dan Kedah,ramai Melayu bercampur dengan darah Siam...



Kita lupakan sejarah.1Malaysia....semua anak Melayu di Malaysia adalah anak Malaysia..



Ramai orang hairan,Cina berhijrah ke Malaya bawa cangkul dan sehelai sepinggang.Namun kegigihan mereka menjadikan mereka kaya ,berharta dan menguasai ekonomi negara.Adakah Cina itu adalah bangsa hebat?



Jika dibandingkan dengan Melayu,bangsa Melayu juga hebat.Melayu pernah menjadi kuasa besar dalam Asia ketika tamadun Melaka.Jadi mengapa Melayu gagal di bumi sendiri?



Benih................



Punca segala masalah kejahatan dan kerosakan Melayu adalah benih.Seorang ayah adalah beriman,begitu juga seorang ibu.Mereka melahirkan sebiji benih bernama anak.Lantas adakah benih itu dibajai dengan keimanan?Tidak.



Maka benih itu membesar menjadi mat rempit,kaki ganja,perasuah,peragut,perompak,penzina,pembuang bayi dan sebagainya...



Dalam Islam ,tiada mustahil dalam dunia ini.Quran menceritakan Nabi Noh adalah manusia hebat,namun anak dan isteriinya menjadi kafir dan ditelan banjir besar.Omar al-Khattab adalah manusia anti Islam hingga mahu membunuh Baginda saw namun akhirnya menjadi manusia beriman.Itulah hidayah Allah ...



Nabi Musa alaihissalam membesar dengan Firaun,manusia amat jahat dan kejam,namun Baginda as menjadi manusia hebat dan cemerlang...



Contoh tersebut perlu menyedarkan bangsa Melayu....Jika ibu bapa kita hanya sekolah Melayu ,anak-anak boleh menjadi doktor,saintis dan pakar kimia.Itulah benih...



Sepatutnya Melayu mengambil berat soal benih...Ramai Melayu rosak kerana punca asal usul benih tidak diambil kira.Lihatlah zaman moden,lelaki berkereta BMW walaupun x pernah solat,mudah saja pinangannya diterima.Melayu alim warak hanya motor kapcai memang tidak dipeduli kerna ibu bapa mencari lelaki kaya untuk anak gadis mereka....Mencari menantu kaya x salah,namun carilah kaya wang kaya iman...bukan kaya wang papa iman...



Ramai hairan bagaimana Imam boleh mempunyai anak rosak suka berzina dan mengandung anak luar nikah?Apa yang dihairankan..Imam adalah manusia baik namun imam tersebut lupa membajai benihnya dengan baik,maka anaknya rosak.



Ramai ibu bapa mendakwa mereka membesarkan anak dengan baik....Ketika membesarkan anak,anak pulang dari berjalan-jalan ,ditanya sudah makan ke belum,bukan sudah solat ke belum...



Ramai ibu bapa memberi makan wang haram dan tidak berkat...mereka menganggap anak tidak terkesan dengan makanan haram sedangkan makanan itulah menjadi darah daging anak-anak..



Benih rosak melahirkan anak yang rosak........



Kajian telah dijalankan sebuah Universiti.Menurut 1000 responden,90 % pernah menonton filem lucah.90% mengaku tidak solat 5 waktu.Mengapa ini terjadi dalam sebuah negara Islam yang kaya dengan masjid dan ulama'?



Mengapa seorang anak yang rajin solat sejak kecil,pabila menjadi remaja dan dewasa sudah berubah kepada manusia jahil?



Benih.............benih itu tidak dibaja dengan baik...



Pemimpin ,ulama' perlu membuat kajian dengan terperinci mengapa Melayu gagal menguasai eknomi negara hatta barang makan dan diminum dihasilkan bukan Islam.Mengapa Melayu ramai merempit,menghisap dadah dan berzina.Jika Melayu mempunyai darah merah yang suka kejahatan dan maksiat,tukarkan darah Melayu menjadi putih.Jika Melayu membesar dengan kejahilan ibu bapa,tukarkan ibu bapa menjadi manusia beriman.Jika Melayu suka buang masa,tukarkan Melayu kepada Melayu produktif dan inovatif...



Itulah namanya bekerja dan berdakwah.Jangan dapat gaji puluhan ribu,tidur hotel free,dapat rawatan hospital lima bintang,kursus percuma,melancong sana sini,masalah Melayu tidak diambil berat.



Malah seorang pemimpin yang terkenal dengan warak dan zuhud pun gagal mendidik anak bangsa sendiri di Kelantan.Negeri tidak dimajukan dan membiarkan ratusan ribu anak Kelantan berhijrah ke kota yang lenbih maju.Memajukan negeri adalah tanggungjawab Menteri Besar atau Ketua Menteri.Melaka yang kecil boleh maju dan kaya,Kelantan yang kaya dengan balak dan mempunyai sempadan dengan Thailand gagal dimajukan.Kesimpulannya Menteri Besar Kelantan adalah gagal memimpin walaupun mengemudi negeri sejak 21 tahun.



Seandainya Datok Mustapha Mohamad yang menjadi Menteri Besar kelantan sejak 21 tahun lampau,Kelantan berjaya menjadi negeri maju dan kaya.Datok Mustapha adalah anak Kelantan yang bijak dalam ekonomi.Beliau berjaya membantu mantan PM dr Mahathir dalam mengeluarkan negara dari kegawatan akibat penyangak mata wang George Soros...Inilah anak Kelantan yang layak menjadi Mneteri Besar Kelantan,bukan Menteri Besar yang hanya tahu mengucapkan ayat Quran namun tidak pernah memahami apa itu pengajaran dari Quran...



Tanggungjawab membesarkan dan memberi iman dalam jiwa anak-anak adalah ibu bapa,bukan ulama' atau guru.Ulama' dan guru hanya membantu.Ibu bapa adalah darah daging yang perlu menanam iman setiap hari dan masa.





Memang menyedihkan pabila anak berzina dan berlumba haram,disalahkan ulama' dan guru.Siapakah yang membelikan motor?siapakah yang memberi izin anak keluar lewat malam?Siapakah yang membiarkan anak gadis bergedik dengan jantan?Siapakah yang tidak peduli dan tidak pernah ambil tahu dengan teman anak-anak?IBU BAPA.Bukan ulama'bukan guru,bukan menteri.





Aku mahu lihat Melayu hebat.Aku mahu lihat Melayu berjaya membuka kilang pakaian,kilang kicap,kilang cermin dan segalanya.Aku mahu lihat melayu bebas dadah,bebas zina dan tiada bayi dibuang merata-rata...

Aku mahu lihat Melayu berjaya dalam pendidikan dan ramai menjadi saintis.Bila Melayu berjaya,negara juga akan mendapat nama.Malaysai dikenali dengan negara yang maju kebendaan dan minda.



Memang menyedihkan lihat Melayu hari ini.Berpakaian sekolah,merokok di mana-mana.Baru berusia 13 tahun sudah tahu beranak tanpa nikah.Apa nak jadi?



Aku bukan manusia hebat.Kalau hebat sudah lama jadi Menteri..aku hanya manusia biasa mencari rezeki halal siang malam...



Kalau aku jadi Menteri,jangan penjarakan Mat Rempit.Jangan denda.Jangan hantar penagih dadah ke pusat serenti.

Minta mereka puasa seperti Nabi Daud,sehari buka,sehari puasa.Setiap malam Jumaat ditanam dalam liang lahad kawasan kubur. selepas Isyak hinggalah hampir Subuh.Itulah cara tarbiah.Denda manusia banyak wang ...Ibu bapa zaman moden banyak wang...



Cuba buat dalam 3 bulan..insya-Alah mereka akan insaf dan menceritakan keinsafan mereka kepada mereka yang masih merempit dan suka berlomba haram....



Mungkin ia menjadi kontroversi,namun ia boleh dicuba.Sudah puluhan tahun hukuman kepada penagih dapat makan free..kita perlu ubah.Penjara kadangkala menjadikan manusia lebih jahat pabila keluar.



Albert EInstein gagal ribuan kali dalam mencipta atom.Thomas Edison gagal 9999 kali dalam mencipta mentol.Kegagalan adalah lumrah,namun mereka terus mencuba hingga berjaya..



Setiap tahun penagih Melayu bertambah.Begitu juga hukuman sama ,masuk pusat serenti,makan free...Sepatutnya kita perlu ubah hukuman.Cari hukuman yang lebih efektif.Pabila jumlah penagih bertambah,ia menunjukkan hukuman menggembirakan penagih...siapa x suka makan free?



Sepatutnya hukuman perlu diubah.Apa-apa pun kesalahan patut diubah.Yang langgar lampu merah juga perlu ditanam dalam kubur.Dah berapa kali hampir melanggar mat motor gila langgar lampu merah!



Melayu tidak boleh tunggu orang Eropah datang untuk mengubah mereka.Melayu sendiri perlu berubah.Melayu sendiri perlu insaf.Melayu sendiri perlu gigih dan ubah sikap.



Memang pelik bangsa Melayu.Bila lihat Cina kaya,mereka kata Cina kena judi.Berapa ramai Cina kaya kena nombor ekor?

Cina kaya dan berjaya dalam bisnes sebab mereka berusaha siang malam.Mereka gigih walaupun tiada bantuan MARA dan kuota Bumiputra.Mereka gigih dan tekun,bukan seperti kebanyakan Melayu pinjam Tekun berniaga namun tidak tekun membayar.





Aku kawan ramai manusia,semua bangsa.Orang Cina sendiri mahu lihat Melayu kaya dan berharta,namun sikap Melayu sendiri yang malas berusaha dan hanya mahu kaya dengan mudah.Mahu kaya cepat jual dadah....mahu kaya cepat jual produk tiruan..akhinya kena tangkap dan merana..



Kemajuan dan kejayaan Melayu adalah tanggungjawab Melayu,bukan tanggungjawab Mat Saleh atau Mat Seberang.



Aku pun dah tulis banyak buku untuk mendidik bangsa Melayu.Aku tulis agar dibaca Melayu dan mereka berubah namun berapa ramai Melayu baca?Yang baca pun ramai x berubah apa lagi yang tidak baca..



Segala kelemahan dan kenaifan milik aku nama Saat,yang cemerlang dan hebat hanyalah Allah swt Maha Perkasa lagi Amat BIjaksana...



terima kasih kerna membaca



Admin Kisah Teladan

12.40 pagi

22 Jun 2011

No comments:

Post a Comment