Sunday, June 26, 2011

MENANAM KETAUHIDAN KEPADA ALLAH SWT…

MENANAM KETAUHIDAN KEPADA ALLAH SWT…



"Hanya milik Allah asmaa-ul husna, Maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asmaa-ul husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang (ilhad) dari kebenaran dalam nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan." (SURAH Al-A'raaf: 180)



Bismillah

Dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..



Dari setitis mani yang hina akhirnya jadilah manusia.Mani yang hina kerana tidak laku dijual di pasar malam atau pasar tani.Aku bersyukur menjadi manusia,bukan batu atau kayu.Jika dilahirkan batu,mungkin aku berada di tepi jalan memerhati manusia dan kenderaan lalu lalang….Alangkah rugi bergelar manusia namun tidak memahami apa itu kemanusiaan…



Dari seorang bayi yang hanya tahu melalak bila keluar dari perut ibu,kini aku tahu apa itu alif ba ta…..aku tahu apa itu ABC,aku tahu apa itu 1,2,3……semua ilmu yang ku tahu adalah anugerah Allah..tanpa hidayah Allah sudah tentu aku masih melalak siang malam….



Dari seorang bayi,aku menjadi kanak-kanak.Dari kanak-kanak aku menjadi remaja.dari remaja,aku mencecah dewasa.Aku belum bertemu tua,entah sempat entah kan tidak.Jika tidak sempat pun tidak mengapa,kerna aku telah merasai nikmat bayi,kanak-kanak,remaja dan dewasa.Berapa ramai temanku meninggal dunia ketika masih remaja dan tidak menikmati pelbagai nikmat dalam kehidupan…



Menuntut ilmu adalah wajib.Orang islam diwajibkan menuntut ilmu fekah,tauhid,tasauf agar ia menjadi pimpinan manusia dalam menjelajah kehidupan.Akibat buta Fekah,ramai tidak tahu solat.Akibat buta tauhid ramai manusia sesat.Akibat tidak faham ilmu tasauf ramai suka sombong dan angkuh…Benarlah kata hukama’,ilmu itu cahaya,jahil itu berbahaya…



Menurut ulama’ terbilang ilmu taudhi adalah Ilmu yang membahaskan perkara yang membuktikan kebenaran islam, bersumberkan dalil-dalil aqli (akal) dan naqli (al-Quran dan Hadis) yang diyakini dan dapat menghapuskan segala keraguan. Ilmu ini dinamakan ilmu tauhid kerana perbahasan utama ilmu ini adalah untuk mentauhidkan Allah.

Bidang Perbahasan Ilmu Tauhid



1. Keimanan kepada Allah, pengesaanNya dan pengikhlasan diri dalam ibadat.



2. Keimanan kepada Rasulullah yang membawa petunjuk dari Allah



3. Keimanan kepada semua kitab Allah



4. Keimanan kepada Malaikat dan tugas mereka



5. Keimanan kepada Hari Akhirat



6. Keimanan kepada Qada’ dan Qadar Allah



Imam Ibn Abdil Barr dalam Jami’ Bayan Ilm wa Fadhlihi mengatakan “Apabila engkau mencari sebaik-baik ilmu, maka sebaik-baiknya ialah apabila ilmu mukmin bertemu Tuhan (Tauhid), ilmu agama dan paling tinggi disisinya, setiap seorang dibangkitkan dalam keadaan beragama (akidah fitrah Tauhid)”



Imam Hakimi pula menyebut, seawal perkara yang wajib ke atas seorang hamba ialah mengenali Ar-Rahman (iaitu Allah Taala) melalui (mempelajari) ilmu Tauhid .

Manakala Syeikh Abd Latif bin Abd Rahman bin Hasan berkata, sesungguhnya ilmu Tauhid adalah yang dimaksudkan agama (yang diterima disisi) Allah, dan jalan kekasihNYA, Nabi Ibrahim dan agama seluruh para nabi-nabi serta rasul-rasul.

Ibn Qayyim rahimullah pula berkata, Tauhid adalah kunci dalam dakwah para Utusan Allah (Rasul Allah)



Perbezaan manusia berilmu dan jahil amat mudah.Manusia jahil menjalani kehidupan dengan akal tanpa iman,manakala manusia berilmu menyusuri kehidupan bersama iman dan akal.



Banyak contoh manusia jahil.Mmebuang bayi dalam longkang adalah manusia jahil.Membuang sampah dalam sungai adalah jahil.Membiarkan telefon bimbit on ketika dalam masjid adalah jahil.Memakai pakaian tidak cukup kain adalah jahil.Melanggar lampu isyarat merah adalah jahil.Melihat kemiskinan orang lain namun tidak membantu sedangkan mampu untuk membantu adalah jahil….Terlalu banyak manusia jahil di muka bumi ini,namun mereka tidak pernah insaf dan paling malang adalah manusia jahil sepanjang hayat namun mereka tidak sedar mereka jahil…



Aku bersyukur aku bukan manusia jahil .Walaupun aku tidak sehebat para Nabi dan Rasul,para sahabat atau wali Allah namun aku bersyukur sentiasa menambahkan ilmu kerana tidak mahu syaitan menanam kejahilan dalam jiwa.



Aku mengalami pelbagai pengalaman dalam kehidupan.Ramai manusia ku temui menganggap aku manusia berpelajaran rendah setakar sekolah rendah dan jahil hanya kerana aku memakai jeans dan tshirt ke mana-mana.Itulah pandangan manusia….Mereka hanya menganggap manusia bijak dan pakar jika berjubah dan berserban.Manakala aku yang ke sana sini memakai jeans dan tshirt dianggap bodoh dan tidak tahu apa-apa…



Aku tidak pernah gentar dengan pandangan manusia.Aku tidak pernah peduli apa yang dikatakan manusia.Aku lebih takut dengan penilaian Allah swt Maha Mengetahui.Aku tidak mahu menjadi manusia siang malam,di mana ligat berjubah dan berserban namun di jiwa adalah bermodul syaitan.Berapa ramai manusia di dunia ini menjadikan pakaian sebagai retorik.







Lihatlah Abu Sayaf yang berserban dan berjubah,namun menangkap pelancong asing yang tidak bersalah dan memenggal kepala mereka tanpa tujuan.Islam melarang membunuh manusia tanpa hak dan tindakan memenggal kepala pelancong adalah salah walaupun mereka bukan islam.



Lihatlah Tailban yang berjubah dan berserban namun menghukum gadis kecil yang dirogol.gadis itu dikatakan bersalah kerana tidak mampu mencegah dirinya dirogol dan dihukum dengan gantung sampai mati di khalayak ramai.Itulah kezaliman yang tidak ada asas dalam Islam.Islam bukan agama zalim.Tiada gadis yang mahu dirogol,namun kekuatan lelaki perogol mengatasinya hingga tidak mampu mempertahankan diri.



Abu Sayaf dan Taliban adalah contoh manusia menggunakan pakaian jubah dan serban sebagai retorik namun amalan mereka amat bercanggah dengan Quran dan hadis.Di manakah sumber pegangan kehidupan mereka?Syaitan.Syaitan yang mengajar mereka melakukan kezaliman dan sikap mereka telah mengaibkan agama Islam yang mulia.



Manusia yang mempunyai ilmu tauhid dalam jiwa dan memahami sebaiknya ilmu tauhid tidak akan sesat.Taliban dan Abu Sayaf adalah manusia sesat kerana tidak menjiwai ilmu Tauhid yang diajar Quran dan hadis.Guru mereka adalah syaitan dan mereka tidak menyedarinya.



"Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari

jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang

yang mendapat hidayat petunjuk."

"Sehingga apabila dia (yang terjerumus dalam kesesatan itu) datang

kepada Kami (pada hari kiamat), berkatalah dia (kepada Syaitannya):

Alangkah baiknya (kalau di dunia dahulu ada sekatan yang memisahkan)

antaraku denganmu sejauh timur dengan barat! Kerana (engkau) adalah

sejahat-jahat teman."



surah Zukhruf ayat 37/38.



Ilmu tauhid adalah ilmu yang mengesakan Allah swt.Manusia sering sesat,mengunjungi bomoh,melakukan perbuatan syirik dan khurafat ,mengamalkan ajaran salah kerana tiada ketauhidan dalam diri.



Ilmu tauhid amat penting kepada orang Islam namun orang Islam ramai tidak mendalami ilmu tauhid,malah hanya berbekalkan ilmu tauhid yang di ajar sekolah rendah.Mereka tidak menambahkan ilmu dan hanya mahu bertambah wang.Wang itu penting manakala ilmu juga penting…Jangan hanya cari wang tapi lupa menambahkan ilmu…



Beriman dengan sifat dan nama Allah swt adalah salah satu cabang ilmu tauhid.Islam mengajar ilmu tauhid agar manusia tidak sesat.Ayat pembukaan mengajar manusia memahami asmaulhusna,menggunakan asmaulhusna sebagai doa dan mempraktikkan keimanan berdasarkan asmaulhusna.



Kita sering ingat sifat 20 namun lupa asmaulhusna sedangkan asmaulhusna lebih sempurna dan detail.Asamulhusna merangkumi 99 nama Tuhan Maha Agong dan Mulia.Berapa ramai tidak memahami asmaulhusna dalam kehidupan.



Berapa ramai menyebut nama Tuhan Rahman dan Rahim sebelum makan dan minum namun mereka tidak menghayati makna Rahman dan Rahim.Rahman bermakna Maha Pemurah,apabila manusia menyebut Maha Pemurah,manusia akan tahu betapa Allah Amat Pemurah dengan memberikan rezeki kepada berbilion manusia dan trilion haiwan di seluruh dunia.Memahami sedemikian akan menjadikan manusia menanam sifat pemurah dalam diri dengan suka bersedekah kepada mereka yang memerlukan seperti orang miskin dan anak yatim.







Memahami sifat Rahman juga perlu menjadikan manusia sentiasa dermawan membina masjid,surau,sekolah ,jambatan,pondok menunggu bas dan sebagainya.Memahami sifat Rahman juga menjauhkan manusia dari sifat bakhil dan kedekut.Itulah penghayatan asmaulhusna dalam kehidupan.Bukan sekadar hanya tahu menyebut siang dan malam namun tiada penghayatan.



Ar-Rahim bermaka Maha Pengasih kerana Allah swt amat mengasihi semua makhluk Allah swt. Allah swt mencipta manusia mempunyai dua tangan dan kaki,bukan satu.Itulah pengasih-Nya.Allah swt mencipta ikan dan menjadikan ikan hidup di laut dan sungai,bukan daratan.Jika ikan hidup di hutan,bagaimana susahnya mereka untuk bergerak…..



Allah swt mencipta mentari jauhnya jutaan batu dari bumi agar manusia dan makhluk lain tidak kepanasan melampau.Itulah pengasih Allah swt..Allah swt memberi manusia tinggal di bumi yang indah dipenuhi sungai,lautan,gunung ganang yang indah,bukan planet Marikh yang gersang dan kontang,itulah pengasih Allah swt…



Apabila manusia menghayati sifat Rahman,manusia akan menanam kasih sayang dalam jiwa dan mempraktikkan erti kasih sayang dalam kehidupan.Lihatlah betapa ramai manusia tiada kasih sayang….



Seorang guru di sebuah sekolah sebuah parti bernama parti Islam memukul murid usia 7 tahun dengan kejam hingga meninggal dunia.itulah manusia bergelar guru yang tidak menghayati sifat Rahman….



Seorang jutawan wanita yang kaya raya dibunuh dengan kejam,dibakar dan dicampakkan abunya dalam sungai…



Seorang suami menendang isteri hamil dan menyebabkan isterinya gugur kandungan dan menderita di hospital…





Jalan raya berlobang dibiarkan hingga menyebankan ramai penungggang motosikal tergolek dan kemalangan.itu adalah contoh manusia yang tidak menghayati sifat Rahman…



Sifat Allah swt Rahman perlu difahami,dihayati dan diamalkan dalam kehidupan.Andainya manusia sedunia memahami Rahman,manusia tidak akan berperang dan melakukan kezaliman.Israel telah menzalimi Palestin sejak tahun 1948,kerna mereka tidak mempunyai penghayatan sifat Rahman dalam jiwa…



Lihatlah betapa manusia di dunia barat dan Eropah amat peka dengan haiwan.Mereka menangkap anjing laut dan paus yang cedera dan merawatnya,kemudian melepaskannya dalam laut.Itulah manusia yang berjiwa kasih sayang….



Namun mereka juga yang menyerang Iraq dan Libya tanpa belas kasihan.3 juta manusia menderita dan menjadi pelarian akibat kekejaman manusia Barat yang moden dan kaya…Mereka lebih sayangkan haiwan berbanding manusia……



Beriman dengan asmaulhusna adalah wajib kerana ia cabang ilmu Tauhid.Namun sekadar beriman dan tidak menghayatinya,adalah manusia yang rugi.Kita diajar untuk beriman,beramal dan menjalani kehidupan berasaskan asmaulhusna yang mulia..



Manusia hanya mempunyai kasih sayang dan Allah swt memiliki sifat Maha Pengasih iaitu amat amat Pengasih.



Lelaki yang memahami sifat Rahman tidak akan merogol seorang anak gadis yang mulia dan suci.Isteri yang menghayati sifat Rahman tidak akan menyusahkan suami dengan meminta itu ini di luar kemampuan suami.Oleh kerana isteri tamak,maka ramai suami menjadi perasuah untuk mendapatkan wang memuaskan kemahuan isteri.Malah ada suami bergelar perompak dan menipu untuk wang demi isteri tercinta.



Ulama’ terbilang mengajar kita mengucapkan Ya Rahman setiap hari agar jiwa dipatri nilai kasih sayang.Kasih sayang adalah aset bernilai kepada manusia dan mampu menjauhkan manusia dari melkaukan pelbagai kesalahan dalam kehidupan…



Presiden Amerika bernama Abraham Lincoln adalah manusia yang berjiwa kasih sayang.Walaupun hidup dalam kemiskinan,beliau berusaha belajar dengan rajin dan tekun,malah sanggup berjalan berbatu sehari untuk meminjam buku temannya.Kemiskinan tidak pernah menjadikan beliau gagal dalam kehidupan….



Apabila berjaya menjadi Presiden,beliau menghapuskan hamba abdi yang merupakan sistem perhambaan kulit hitam yang zalim dan tidak berperi kemanusiaan.Penghapusan hamba abdi warga kulit hitam telah membebaskan mereka dan menajdi mwarganegara yang bebas dan merdeka.Ini adalah perintis kepada keadilan dan kini warga kulit hitam bernama Obama menjengah kerusi Presiden Amerika!



Umat Islam di Malaysia memang tidak pernah lupa basmallah bila makan dan minum.Namun ramai dari mereka tidak peduli dengan sifat Rahman dan Rahim yang disebut setiap hari.Mereka hanya tahu berbasmalah namun tidak menghayati pengertian basamalah dalam kehidupan….



Aku bosan membaca akhbar.Setiap hari ada sahaja kes rogol,ragut,bunuh,rasuah,kemalangan,sesat,GRO,pelacuran dan pelbagai salah laku manusia di sebuah negara Islam yang gah dengan musabaqah kebangsaan dan Antarabangsa setiap tahun.



Bila membelek akhbar maya,aku membaca sukan dan luar negara kerana pobia dengan berita dalam negara.28 juta manusia namun majoriti mereka tidak menghayati sifat Rahman dan Rahim…



Usiaku sudah 37 tahun dan aku tidak pernah meragut,merogol apa lagi membunuh.Aku tidak melakukan kejahatan kerna aku menanam asmaulhusna dalam jiwa.Hatiku berzikir asmaulhusna di mana-mana walaupun mulutku diam dan tidak pernah melafazkannya di hadapan manusia….Aku tidak mahu riak dan membawa tasbih ke mana-mana kerna itu caraku….



Siapa nak bawa tasbih sebesar rantai basikal,terserahlah,itu cara mereka …



Segala kebaikan dan kesempurnaan adalah milik Allah swt Maha Mengetahui lagi Amat Berkuasa,manakala diri ini banyak kesilapan dan kelemahan…







Admin

Kisah Teladan & Co…

9.45 pagi

18 Jun 2011

No comments:

Post a Comment