Sunday, June 12, 2011

Kisah seorang lelaki tidak menunaikan haji dapat pahala haji

Kisah seorang lelaki tidak menunaikan haji dapat pahala haji





Pada suatu masa ketika Abdullah bin Mubarak berhaji, tertidur di Masjidil Haram.. Dia telah bermimpi melihat dua malaikat turun dari langit lalu yg satu berkata kpd yg lain, "Berapa banyak org2 yg berhaji pada tahun ini..??" Jawab yg lain, "Enam ratus ribu.." Lalu ia bertanya lagi, "Berapa banyak yg diterima..??"



Jawabnya, "Tidak seorg pun yg diterima, hanya ada seorg tukang sepatu dari Damsyik bernama Muwaffaq, dia tdk dpt berhaji, tetapi diterima hajinya sehingga semua yg haji pada tahun itu diterima dgn berkat hajinya Muwaffaq.."



Ketika Abdullah bin Mubarak mendgr percakapannya itu, maka terbangunlah ia dari tidurnya, & langsung berangkat ke Damsyik mencari org yg bernama Muwaffaq itu sehingga ia sampailah ke rumahnya & ketika diketuknya pintunya, keluarlah seorg lelaki & segera ia bertanya namanya.. Jawab org itu, "Muwaffaq.." Lalu Abdullah bin Mubarak bertanya padanya, "Kebaikan apakah yg telah engkau lakukan sehingga mencapai darjat yg sedemikian itu..??"



Jawab Muwaffaq, "Tadinya aku ingin berhaji tetapi tdk dpt krn keadaanku, tetapi mendadak aku mendpt wang tiga ratus dirham dari pekerjaanku membuat & menampal sepatu, lalu aku berniat haji pada tahun ini sedang isteriku pula hamil, maka suatu hari dia tercium bau makanan dari rumah jiranku & ingin makanan itu, maka aku pergi ke rumah jiranku & menyampaikan tujuan sebenarku kpd wanita jiranku itu..



Jawab jiranku, "Aku terpaksa membuka rahsiaku, sebenarnya anak2 yatimku sudah tiga hari tanpa makanan, krn itu aku keluar mencari makanan utk mereka.. Tiba2 bertemulah aku dgn bangkai himar di suatu tempat, lalu aku potong sebahagiannya & bawa pulang utk masak, maka makanan ini halal bagi kami & haram utk makanan kamu.."



Ketika aku mendgr jawapan itu, aku segera kembali ke rumah & mengambil wang tiga ratus dirham & kuserahkan kpd jiranku tadi seraya menyuruhnya membelanjakan wang itu utk keperluan anak2 yatim yg ada dlm jagaannya itu.. "Sebenarnya hajiku adalah di depan pintu rumahku.." Kata Muwaffaq lagi..



Demikianlah cerita yg sangat berkesan bahawa membantu jiran tetangga yg dlm kelaparan amat besar pahalanya apalagi di dlmnya terdpt anak2 yatim.. Rasulullah saw ada ditanya, "Ya Rasulullah tunjukkan padaku amal perbuatan yg bila kuamalkan akan masuk syurga.." Jawab Rasulullah saw, "Jadilah kamu org yg baik.." Org itu bertanya lagi, "Ya Rasulullah, bagaimanakah akan aku ketahui bahawa aku telah berbuat baik..??" Jawab Rasulullah saw , "Tanyakan pada tetanggamu, maka bila mereka berkata engkau baik maka engkau benar2 baik & bila mereka berkata engkau jahat, maka engkau sebenarnya jahat.."



Subhanallah...........

No comments:

Post a Comment