Thursday, June 16, 2011
JOM KE NERAKA!
JOM KE NERAKA!
"Dan mereka menjerit-jerit di dalam Neraka itu (sambil merayu): Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari azab ini); kami akan mengerjakan amal-amal yang soleh, yang lain dari apa yang kami pernah kerjakan.(lalu Allah menempelak mereka): Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul (Kami) yang memberi amaran oleh itu, rasalah (azab seksa), kerana orang-orang yang zalim tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan."
surah Faathir ayat 37.
الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لاشريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله وخيرته من خلقه وأمينه على وحيه صلى الله عليه وعلى آله وصحبه ومن اهتدى بهديه.
أما بعد:
Bismillah
dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Maha pengasih..
Alhamdulillah aku dah sihat 90 %..tekak masih pahit lagi kesan makan ubat antiobiotik.Ubat antiobiotik kena makan sampai habis,itulah pesan doktor.Bila tekak pahit,kena pula lahap air asam jawa....Nasib baik asam jawa banyak kat Malaya,tak payah pi tanah Jawa...
Alhamdulillah kerana aku species manusia,bukan syaitan.Kalau species syaitan,confirm masuk Neraka!Menjadi manusia masih ada peluang memilih Syurga atau Neraka...
Alhamdulillah juga pada jam 2 pagi aku dapat tengok bulan gerhana sampailah habis.Bukan senang nak tengok gerhana bulan...kena pulak pagi-pagi buta time sedap tidurrr..
Sekarang 5.15 pagi waktu Malaysia.Azan pun belum berkumandang sebab waktu Subuh belum masuk....Jadi sambil menanti Subuh,aku nukilkan nota buat teman setia.Kalian ku anggap teman setia walaupun ramai aku tak pernah jumpa kalian.Kalian jadi fans KTC,maka kalian adalah teman-teman setia aku....
Kadangkala aku suka menulis nota dengan bahasa sempoi dan rock kerana ia lebih santai dan tidak menjemukan.Bukan mahu berbahasa kasar atau kurang ajar namun sekadar mahu pembaca girang membacanya dan tidaklah serius sangat.....
Walaupun bahasa sempoi,namun apa yang aku mahu sampaikan perkara serius.Berdakwah adalah wajib dan aku berusaha menyampaikan dakwah.Manusia yang menyembunyikan ilmu pasti ke Neraka....
Aku tidak mahu ke Neraka walaupun amalanku ciput.......kerana aku tahu Neraka amat siksa azabnya.....aku harap dengan ilmu yang kusampaikan akan menyelamatkanku di akhirat nanti......
Mungkin ramai terperanjat bila membaca tajuk JOM KE NERAKA.Jangan pula korang baca tajuk terus nak repot kat JAKIM aku bawa ajaran sesat.....baca dulu nota sampai habis....
Aku dapat tajuk ni setelah menghayati ayat ini :
" Sesungguhnya Kami telah mengutusmu (Muhammad) dengan kebenaran;
sebagai pembawa berita gembira dan pemberi peringatan, dan kamu tidak
akan diminta (pertanggungjawaban) tentang penghuni-penghuni neraka.
surah al-Baqarah ayat 119.
Ayat di atas dengan jelas bahawa Allah swt mengutuskan Baginda saw menjadi rasul membawa berita dan panduan ke Syurga atau Neraka.Jika mentaati panduan Nabi saw maka Syurga.Jika ingkar,Nerakalah balasannya.Dan Baginda saw tidak bertanggungjawab dengan manusia ingkar seperti Abu Jahal dan Abu Lahab serta manusia sespecies mereka....
Korang ingat senang ke jadi pendakwah?Pendakwah wajib mendakwah manusia dan wajib beramal dengan ilmu.Jika hanya pandai dakwah orang agar rajin solat sunat tapi diri sendiri x buat,memang bala.Akhirat tercampak ke Neraka.
Ada seorang usahawan jutawan,bila diminta tips berjaya dalam bisnes,dia bagi tips negatif.Contohnya jika nak berjaya rajinlah bercakap bohong,selalulah tutup kedai,selalulah tipu kualiti produk,sellaulah jual mahal melampau dan sebagainya.
Dia bagi tips negatif bukan mahu orang gagal dalam bisnes tapi bagi usahawan memikirkan implikasi sikap negatif.Maknanya mudah,jika mahu berjaya,jauhkan segala tips negatif yang diberikan....
Antara kesilapan manusia moden adalah mereka rajin melakukan kebaikan di samping melakukan kejahatan.Contoh mudah pagi solat Subuh,pergi kerja jumpa kawan-kawan mengumpat kiri kanan.Itulah manusia siang malam.Bak kata orang lama air campur minyak....kalau air campur asam jawa boleh juga diminum...air campur minyak kalau nak mampus,minumlah!
Malam tadi aku sempat baca biografi Nelson Mandela.Sedih juga kisahnya.Belajar tinggi tapi nak dapat kerja susah kerana berkulit hitam.Masa tu kerajaan apartheid perintah dan anti warga kulit hitam.Nak tak nak Nelson jadi pak gad...Bukan itu sahaja,masuk penjara 27 tahun sebab menentang dasar apartheid...last-last keluar penjara jadi Presiden negara..Kisahnya memang berinspirasi....
Aku ni suka baca kisah tokoh.Tokoh Islam,tokoh sains,tokoh cendekiawan,tokoh pemimpin dan sebagainya.Semua buku tokoh aku suka baca.Buku A Doctor in the House yang aku beli harga RM100 tunai belum habis lagi baca...Bila baca sedih juga..rupanya Dr Mahathir sejak kecil mengalami pelbagai penderitaan dan kesusahan...namun beliau berusaha hingga berjaya menjadi doktor...Aku memang tabik dengan Tun......bila berita Tun masuk spital,aku doakan Tun sembuh sebab aku nak Tun umur panjang.....kalau Tun umur sampai 100 pun aku setuju...selagi Tun hidup,selagi itulah ideanya dimanfaatkan untuk kemajuan negara...
Aku tengok akhir zaman macam-macam sifat dan kelakuan manusia.Kalau dahulu anak dara usia 13 tahun tak tahu apa itu seks,sekarang ada usia 13 tahun dah mengandung anak luar nikah.Memang menakutkan hidup zaman moden ini.Anak perempuan aku pula 3 orang.......memang mencabar didik anak perempuan zaman sekarang......
Baginda saw bersabda dalam hadis sahih "Barangsiapa yang menjaga dan membesarkan dua anak perempuan dengan baik maka baginya syurga".
Baginda saw menjanjikan syurga kerana mendidik dan membesarkan anak perempuan bukan perkara mudah.Pelbagai ujian dan cabaran dalam membesarkan anak perempuan....Zaman moden dengan pelbagai teknologi lagi menyusahkan ibu bapa untuk berjaya mendidik anak perempuan..namun kita berusaha dan bertawakal.Didiklah sebaiknya hingga berjaya menjadi manusia....
Aku pun pelik dengan manusia sekarang.Walaupun Quran dan hadis telah memberi panduan ke Syurga namun mereka melakukan amalan masuk Neraka.Mungkin mereka berasa siksa Neraka itu tidaklah teruk dan sengsara,justeru ramai suka melakukan amalan ahli Neraka.....aku kalau baca Quran menceritakan azab Neraka memang menggigil badan kerana ketakutan...
Masuk Syurga itu payah,manakala ke Neraka itu mudah.....Kita lihat Baginda saw.Berdakwah siang malam,pergi berperang,menahan lapar dan dahaga,bangun tengah malam solat tahajud hingga bengkak kaki...Jika syurga itu mudah,masakan Baginda saw sedemikian tekun beribadat?
Kepada manusia yang memang tidak mahukan Syurga kerana berasa Syurga itu tidak penting,maka teruskanlah amalan ahli Neraka hingga akhir hayat.Masuk Neraka itu mudah..Bila masuk Neraka,salahkan diri sendiri,jangan salahkan ustaz,pendakwah,Jabatan Agama islam dan JAKIM.
Antara amalan ke Neraka adalah :
1.Tinggalkan solat 5 waktu.
2.Tidak puasa bulan Ramadhan.
3.Suka minum arak.
4.Suka berzina.
5.Buang bayi merata-rata.
6.Siang malam mengumpat.
7.Malam siang mmebuat fitnah.
8.Mencuri dan meragut.
9.Mengambil tanah orang.
10.Memaki hamun ibu bapa.
11.Memaki hamun guru.
12.Memaki hamun ulama' baik.
13.Derhaka kepada ibu bapa.
14.Tidak bayar zakat.
15.Menghasut manusia supaya bergaduh.
16.Meliwat.
17.Membunuh orang.
18.Menjual lembu mati kena langgar mati tidak disembelih.
19.Memakan riba.
20.Memakan harta anak yatim.
21.Bersumpah dusta.
22.Berniaga produk haram.
23.Menagih dadah.
24.Melanggan pelacur.
25.Menuduh manusia beriman kafir.
26.Mengamalkan sifat Munafik.
27.Percaya cerita membuat tuli tanpa siasatan.
28.Suka skodeng.
29.Mengharamkan yang halal.
30.Menghalalkan yang haram.
31.Membuka aurat.
32.Menyebut keburukan manusia yang telah mati.
33.Mampu pergi haji tetapi enggan pergi.
34.Mengabaikan hutang ibu bapa.
35.Membeli insurans haram.
36.Menghasut suami isteri bahagia agar bercerai berai.
37.Membiarkan anak-anak melakukan maksiat.
38.Suka curi tulang masa bekerja.
39.Menipu tuntutan dari majikan.
40.Menyeludup barang.
41.Monopoli dalam bisnes.
42.Menyembunyikan stok agar berlaku kenaikan harga barang.
43.Tidak solat dengan betul dan sempurna.
44.Mengaku nabi.
45.Mengamalkan syirik.
46.Mengamalkan khurafat dan bidah.
47.Menghantar ibu bapa ke rumah orang tua kerana tidak mahu disusahkan menjaga orang tua uzur dan nyanyuk.
48.Memakan makanan haram dengan sengaja.
49.Suka mengganggu jiran.
50.Mengabaikan orang miskin dan anak yatim sedangkan mampu membantu.
51.Menyembunyikan ilmu.
52.Menggunakan agama demi kepentingan politik.
53.Mengikut ajaran Syiah.
54.Mencerca sahabat Nabi saw.
55.Anti hadis.
56.Mengatakan poligami itu zalim.
57.Menceraikan isteri tanpa sebab munasabah.
58.Isteri meminta cerai dari suami tanpa sebab munasabah.
59.Tidak berdehem ketika buang air kecil.
60.Menuduh perempuan baik berzina.
61.Mengahwinkan anak gadis kepada lelaki yang terkenal dengan jahat dan maksiat.
62.Mengubah ciptaan Allah seperti memancungkan hidung dan sebagainya.
Terlalu banyak amalan yang membolehkan seseorang mendapat tiket ke Neraka,namun hanya itu yang sempat ditulis.Kalau dituliskan kesemuanya ,pingsan aku pula sebab terlalu banyak.....Kajilah dan galilah Quran dan hadis....Bertanyalah alim ulama'.Jangan pi tanya artis atau bomoh.....
Demikianlah tips-tips ke Neraka.Jika mahu ke Neraka,lakukanlah kesemua amalan tersebut dan pabila dicampakkan ke Neraka,maka terimalah dengan hati terbukan..
Quran menceritakan bahawa manusia yang dihumbankan ke Neraka mengadu kepada syaitan.Lantas syaitan menjawab "Maka janganlah kalian menyalahkan daku.Kalian salahkan diri sendiri".
Berani buat,berani tanggung............
Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada gunanya........
Yang baik dan sempurna hanyalah Allah swt Maha Bijaksana lagi Maha Perkasa
manakala diriku hanyalah insan kerdil dan naif............
terima kasih kerana membaca...................
Admin
Kisah Teladan & Co
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment