MANUSIA MENYUSAHKAN ORANG LAIN.................
"Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan) hanyalah terhadap orang-orang
yang melakukan kezaliman kepada manusia dan bermaharajalela di
muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar.Mereka itulah orang-orang
yang beroleh azab seksa yang tidak berperi sakitnya."
surah As-Syura ayat 42
Bismillah
dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
Alhamdulillah,pagi Rabu yang berkat ini kesihatanku semakin baik.Demam beberapa hari menyebabkan aku banyak berehat.Bila melihat kepada KTC,sudah lama tidak menulis nota buat fans dan pembaca setia...hari ini mahu menulis walaupun belum 100 % pulih...
Alhamdulillah kerana masih hidup menikmati keindahan dunia ciptaan Allah swt Maha Bijaksana.Bila nafas terhenti,hanya melihat liang lahad yang kelam dan sunyi.Tiada lagi sinaran mentari,mendengar kicauan burung,bulan yang terang,bayu pagi yang dingin dan sebagainya...Sesungguhnya kematian itu pasti,yang akan menimpa semua manusia ...
Antara sifat manusia zalim adalah menyusahkan orang................
Antara sifat manusia menyusahkan orang adalah :
1.Membuang sampah merata-rata.
Lihatlah di sekeliling kita.Sampah berada di mana-mana.Di taman dan kampung,kota dan pekan.Manusia membuang sampah sentiasa bertambah dan tidak pernah insaf.Mereka tidak sedar perbuatan membuang sampah merata-rata adalah sifat menyusahkan orang lain.
Apa yang lebih terus,sampah dibuang dalam sungai,pantai.Ia menyebabkan sungai yang menjadi punca air manusia dan ikan hidup tidak dapat menikmati kebersihannnya.Sungai yang kotor menyebabkan pelbagai penyakit merebak kepada manusia.
Mentaliti rakyat Malaysia tidak berubah.Mereka hanya takutkan denda dan hukuman,bukan kesedaran mahu melihat negara bersih.Memang zalim manusia mmebuang sampah merata-rata...
Pembuang sampah membuang merata-rata hatta dalam kenderaan pun mereka membuang sampah ke luar .Lihatlah lebuh raya dan jalan raya,pelbagai kulit buahan,tin minuman,bungkusan makanan dibuang sesuka hati.
Entah mengapa manusia tidak mahu berubah.Negara semakin maju dan membangun,mentaliti rakyat masih di takuk lama...Mereka tidak pernah fikirkan tentang kebersihan dan suka menyusahkan orang lain sepanjang masa..
Kita perlu malu dengan negara lain yang lebih bersih terutama kawasan pelancongan dan tempat bersantai seperti tasik dan pantai.Memang memalukan pelancong luar negara mmeberi komen negatif tentang kebersihan negara.
Walaupun tong sampah berada di mana-mana,manusia tetap bermentaliti suka membuang sampah merata-rata.............
2.Membuat bising ketika khutbah Jumaat.
Jumaat adalah penghulu hari,namun masih ada manusia suka bercakap-cakap dan membuat bising ketika khutbah Jumaat.Kanak-kanak yang telah berusia 9 dan 12 tahun juga masih suka bercakap-cakap ketika khutbah berlangsung.
Memang menyedihkan.DI manakah bapa mereka?mengapa bapa mereka tidak pernah mendidik anak-anak lelaki agar diam ketika khutbah Jumaat?Mengapa bapa-bapa tidak peduli dengan sikap anak-anak lelaki mereka yang suka bising yang jelas mengganggu jemaah untuk mendengar khutbah?
Kewajikan ibu bapa adalah mendidik anak-anak dengan didikan baik.Termasuk juga mendidik anak lelaki diam ketika hadir khutbah Jumaat.Jika bapa tidak dapat memastikan anak lelaki diam di masjid,maka itulah bapa yang gagal mendidik anak mereka.
Khutbah Jumaat adalah wajib,namun gangguan suara manusia yang buat bising mnegganggu konsentrasi jemaah.Itulah manusia menyusahkan orang.Seorang ayah bertanggungjawab memastikan anak lelaki mereka diam ketika khutbah.Yang lebih malang si ayah dan anak lelaki suka berbuat bising di masjid...Bapa borek,anak rintik...
Membawa anak kecil ke masjid untuk mengajar mereka kewajipan solat Jumaat adalah terpuji namun membiarkan anak lelaki berbual dan bising di masjid adalah keji.Sepatutnya seorang ayah berasa malu dengan sikap anak mereka bukan hanya tahu memberi alasan "Biasalah,budak-budak..."
Melihat seorang ayah membawa anak lelaki dan duduk di sampingnya serta diam dan tekun mendengar khutbah walaupun tidak memahaminya amat menggamit perasaan.Alangkah bagus ayah itu............
Sikap membuat bising sama ada kanak-kanak,remaja atau dewasa adalah sifat manusia zalim kerana mneyusahkan orang.Khutbah perlu didengari 40 jemaah dengan tekun dan jelas,namun jika kurang,maka sebuah qaryah itu berdosa.Alangkah malangnya..........
3.Mengejar kuasa/jawatan untuk wang.
Manusia yang mengejar kuasa dan bergelar pemimpin kerana wang dan harta adalah manusia zalim.Akibat sikap tamakkan wang dan harta,mereka tidak pernah memikirkan masalah rakyat dan sibuk melonggokkkan harta.
Dalam dunia kuasa,tiada manusia yang benar-benar mahukan kuasa untuk memajukan rakyat.Kebanyakan pemimpin hanya memikirkan wang dan harta.Dalam pilihan raya janji manis ditabur,selepas menang janji tinggal janji.Yang jelas pemimpin semakin kaya dan raya...
Wang menjadi punca manusia mengejar kuasa politik dan jawatan dalam negara.Jumlah yang benar-benar mahu menjadi pemimpin untuk memajukan rakyat amat sedikit.
Jika dilihat senarai pemimpin negara,Tun Dr Mahathir Mohamad adalah pemimpin yang benar-benar memahami aspirasi rakyat dan tekun siang malam memajukan negara.22 tahun menjadi PM,beliau memikirkan bagaimana memajukan rakyat dan negara.Sikap tersebut yang telah berjaya mengubah Malaysia yang miskin menjadi membangun dan status negara maju semakin hampir.
Manusia mengejar jawatan Pengarah,Menteri,Guru Besar kerana wang adalah manusia zalim.Manusia zalim melakukan sesuatu bukan untuk kebaikan orang di bawahnya,namun hanya mencari wang dan harta.
4.Berzina dan buang bayi.
“aku punya hal........”begitulah fikiran wanita yang suka berzina dan bila mengandung,selamat melahirkan anak,maka anak dibuang merata-rata.
Memang menyedihkan sikap wanita islam.Mereka tahu zina itu dosa.Mereka tahu zina itu adalah kejahatan yang perlu dijauhi,namun mereka terlibat akibat nafsu...
Membuang bayi melahirkan pandangan negatif kepada umat islam.Membuang bayi juga memalukan bangsa melayu yang terkenal dengan adab sopan dan budi pekerti...
Akibat zina dan buang bayi,negara juga malu kerana negara barat dan bukan Islam pun tidak berlaku buang bayi merata-rata...
Sikap mereka menyusahkan banyak pihak dan mereka adalah orang zalim.
5.Demontrasi.
Manusia yang suka demontrasi memang menyusahkan orang lain.Lihatlah kedai terpaksa ditutup,jalan menjadi jemm dan sesak,pelancong takut untuk datang ,kerugian masa,wang dan sebagainya.
Fatwa mengenai demontrasi :
http://www.youtube.com/watch?v=rqYXc5EBORo
Jika mahu ditulis sikap manusia menyusahkan orang lain amat terlalu banyak.Bacalah akhbar ,pelbagai masalah dan kejahatan dilakukan manusia setiap hari.....
Terima kasih kerana membaca
Admin
Kisah teladan & Co
No comments:
Post a Comment