ORANG FASIK BAKAL KE NERAKA...
"Dan sebaliknya orang-orang yang fasik, maka tempat kediaman mereka
ialah Neraka; tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari Neraka itu,
mereka dikembalikan kepadanya, serta dikatakan kepada mereka: Rasalah
azab Neraka yang kamu sentiasa mendustakannya di dunia dahulu."
surah as-Sajdah ayat 20
الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لاشريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله وخيرته من خلقه وأمينه على وحيه صلى الله عليه وعلى آله وصحبه ومن اهتدى بهديه.
أما بعد:
Bismillah
dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Amat Pengasih...
Mula 10.25 malam 20 Jun 2011
Alhamdulillah,malam ini dengan baik hatinya admin Saya Anak Melaka melantikku jadi admin...tiba-tiba internet Celcom Beruk beng kong!Admin satu malam je,internet pula buat hal!Ceh!Namun sempat juga post ,2,3 post..Jadilah!
Malam ni aku buat kuiz dalam Saya Anak Melaka,4 anak Melaka mendapat hadiah buku...Tahniah kepada mereka....
Saya Anak Melaka adalah page dalam facebook untuk anak Melaka...mereka berkongsi pelbagai perkara dan menjadi pot borak santai..Kadangkala aku layan juga..sekali sekala kan...
Kini fans page ini mencecah lebih 20 ribu pengguna Facebook...Tahniah SAM!
Alhamdulillah syukur kepada Allah kerna badanku sihat walafiat.Kalau wang berjuta,tapi sakit jantung,sakit buah pinggang,sakit kanser,memang menyusahkan...Kita tidak dapat menikmati kehidupan dengan baik....
Ramai manusia tidak sedar kesihatan baik adalah lebih berharga berbanding wang.....Wang itu nikmat namun kesihatan baik adalah lebih berharga...
Anonim pakar falsafah pernah berkata "Wang boleh membeli ubatan bernilai jutaan ringgit namun wang tidak boleh membeli kesihatan yang baik.."
Bergelar orang islam adalah nikmat.JIka kita dilahirkan kafir dan mati dalam kekafiran,confirm masuk Neraka...
Namun bergelar orang Islam tidak bernilai tanpa iman dan takwa.Akhirat nanti iman dan takwa amat penting kepada kita.Dunia adalah tempat mencari iman dan takwa...
Walaupun umat Islam seramai 1.8 bilion seluruh dunia,mereka amat lemah.Ketika Palestin diserang Israel,tiada yang membantu.Ketika Serbia menyembelih umat Islam Bosnia,tiada yang membantu.Ketika Iraq diserang AMerika dan sekutu,tiada yg membantu.Umat Islam ramai namun tidak berkualiti...
1.8 bilion amatlah besar namun tidak mempunyai apa-apa nilai jika membiarkan umat Islam diganyang sesuka hati puak kafir dan negara jahat seperti Amerika...
Antara punca umat Islam lemah adalah :
1.Mereka Islam pada nama.
2.Mereka mengamalkan sifat Munafik.
3.Mereka lemah bidang sains dan teknologi.
4.Mereka pentingkan diri sendiri.
5.Mereka tidak mempunyai ukhuwwah islamiyyah.
6.Mereka takutkan AMerika umpama Amerika boleh mencabut nyawa...
7.Mereka tidak menjadikan Quran dan hadis sebagai pegangan.
8.Mereka suka bergaduh dan tidak bersatu.
9.Mereka menganggap Islam hanya solat dan puasa.
10.Mereka tidak belajar bagaimana tamadun Islam pernah maju ribuan tahun.....
Memang menyedihkan umat Islam pada hari ini.Mereka kenal Britney Spears,tapi tidak kenal Imam Qurtubi.Mereka kenal Graham Bell tetapi tidak kenal Ibnu Sina.Mereka membaca Quran namun tidak memahami apa dibaca.Mereka mendengar khutbah Jumaat setiap minggu namun masuk kanan keluar kiri...
Quran khazanah ilmu.Quran menceritakan sifat manusia beriman.Quran juga menceritakan kisah manusia Munafik,fasik dan ahli Neraka.Quran menjadikan kisah benar sebagai contoh teladan kepada manusia...
Quran menceritakan pelbagai sikap dan sifat manusia agar kita menyelidiki segala sifat manusia.Quran menceritakan Firaun dan Qarun.Quran menceritakan kisah Abdullah bin Ubai ketua munafik.Quran menceritakan sahabat agong Abu Bakar as-Siddik dan sebagainya...Kisah yang berlaku ribuan tahun diceritakan Quran...
Umat Islam perlu membaca,menghayati dan menyelidiki Quran sebaiknya.Jika setakat tahu membaca,maka burung kakak tua pun boleh menyebut bismillah jika diajar!Namun burung kakak tua tidak memahami pengertian bismillah walaupun tahu menyebutnya...
Dalam ayat pembukaan ,Allah swt telah menjanjikan Neraka buat orang fasik.Siapakah orang fasik?Orang fasik adalah orang Islam yang berdosa dan apabila ditimbang amalan di akhirat,dosa mengatasi pahala,lantas mereka dihumban ke Neraka.
George Bush bukan manusia fasik,tetapi kafir.Begitu juga Ariel Sharon.Mereka tidak perlu dikesahkan kerna tempat mereka adalah Neraka..
Manusia fasik adalah orang Islam.Itu yang perlu kita kisahkan kerna kita adalah orang Islam...Tanyalah semua orang Islam,manakah mahu ditujui?Syurga atau Neraka?semua menjawab Syurga!Tanyalah perempuan membuang bayi dalam tong sampah atau mat ganja,mereka juga mahu Syurga!
Tanya diri sendiri..adakah aku orang fasik?Kita perlu bertanya diri sendiri kerna kita tahu apa yang kita buat...
Kita jangan tanya orang lain...walaupun ustaz atau wali Allah,mereka tidak akan boleh menilai seseorang....
Umat Islam hari ini lemah kerna majoriti mereka adalah fasik.Lihatlah bangsa arab yang Allah berikan nikmat kekayaan dan kemajuan namun mereka hampir 500 juta,tidak mampu membantu manusia sebangsa seagama,Palestin...memang menyedihkan.
Ramai umat Islam bergelar fasik namun mereka tidak sedar.Mereka rajin solat 5 waktu,puasa Ramadhan,bayar zakat,pergi haji namun mereka melakukan pelbagai perbuatan yang menjerumus kepada kefasikan..
Pelbagai perbuatan manusia menjadikan mereka fasik namun mereka tidak sedar.Bagi mereka solat 5 waktu dan puasa Ramadhan sudah cukup Islam..Mereka ditipu syaitan yang sering memuji bahawa mereka manusia beriman dan bertakwa..
"Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan."
surah Ankabut ayat 45
Berapa ramai manusia solat dan puasa namun masih bercakap bohong,suka mengumpat,amalkan rasuah,mmebazir,tidak hormat jiran dan sebagainya.jadi ayat di atasa amat jelas menggambarkan sifat manusia beriman iaitu solat dengan tekun dan solat menjadi benteng kejahatan.
Jika solat siang malam namun diiringi amalan suka memgumpat,itulah manusia Fasik...
Manusia Fasik mempunyai peluang bertaubat,namun adakah mereka benar-benar mahu bertaubat nasuha?Ramai manusia bertaubat Isnin,Selasa buat lagi..itulah kebanyakan umat Islam hari ini...
Kita tidak tahu bila akan mati.Mungkin esok pagi sudah ke kubur.Amalan amat sedikit dan dosa bertimbun..Bagaimana?
Hayati dan amalkan...
1.Cari amalan fasik dan jauhkan.
2.Bertaubat nasuha.
3.Amalkan amalan meningkatkan iman.
4.jauhkan segala dosa besar.
5.Jauhkan dosa kepada manusia dan haiwan.
6.Tunaikan ibadat seperti solat dan puasa dengan sempurna.Ambil berat bacaan solat,thomakninah dalam solat.Baca Quran dengan tajwid yang betul...Setiap amalan perlu betul dan menepati apa yang diajar Baginda saw...
7.Muhasabah diri setiap hari.Amalan untuk menilai kesilapan dan dosa dilakukan...
8.Fikirkan setiap dosa adalah dosa besar.Ini akan menjadikan kita takutkan dosa...
9.Banyakkan solat taubat dan istighfar ....
10.Jauhi sifat manusia Munafik dan murtad..
Insya-Allah dengan amalan tersebut kita berjaya menjauhkan sifat Fasik.Fasik amat berbahaya kepada umat Islam...
Neraka amat pedih siksanya..Jauhilah kefasikan jika tidak mahu terjunam ke Neraka yang menyala...
Aku sendiri pun takut fasik...bila melihat kereta buruk dan syaitan mengajar agar menghina,aku cepat2 istighfar..syaitan menunggu peluang 24 jam sehari menghasut manusia menjadi fasik...
Syaitan mempunyai ramai tentera siang malam bekerja menghasut manusia.Mereka menghasut orang kafir agar terus melakukan kejahatan dan kezaliman,serta menghasut orang Islam agar menjadi Munafik,murtad,fasik dan zalim...
Syaitan tahu mereka akan ke neraka,jadi mereka gigih siang malam menghasut manusia agar mereka mempunyai ramai kawan di Neraka...
Kita perlu berusaha menjadi manusia beriman,kerana hanya orang beriman akan ke Syurga.Kafir,murtad,Munafik dan fasik akan ke Neraka...
Buktinya,hayati firman Allah swt...........
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka
itulah sebaik-baik makhluk. Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah Syurga Adn (tempat tinggal
yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka
di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan merekapun reda
(serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya.Balasan yang demikian itu
untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya."
surah Al-Bayyinah 7-8
“Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan
beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa
sungai, sesungguhnya Allah melakukan apa yang ditentukan-Nya” surah Hajj – 14.
“Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang dia
beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan
yang baik dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan
pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan”An Nahl – 97.
“Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh (dengan tidak menjadi keberatan kepada mereka, kerana) Kami tidak memberati diri
seseorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar yang terdaya olehnya,merekalah ahli Syurga,
mereka kekal di dalamnya”surah Al-Aa'raaf – 42.
Segala kesempurnaan milik Allah swt Maha Sempurna lagi Amat Gagah,manakala diri ini hanyalah insan kerdil yang naif...
Admin
Kisah Teladan & Co
1.30 pagi
21 Jun 2011
No comments:
Post a Comment