Sunday, June 12, 2011

MENANAM IMAN DALAM JIWA

MENANAM IMAN DALAM JIWA



"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya)

ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya)

gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya,

menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka

jualah mereka berserah."

Surah Anfaal ayat 2



Bismillah

Syukur kepada Allah swt kerana masih sihat fizikal dan mental.Syukur kepada Allah kerana masih belum kering idea menulsi nota buat kalian.



Imam al-Ghazali menghuraikan makna Iman adalah: "Pengakuan dengan lidah (lisan) membenarkan pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya dengan rukun-rukun (anggota-anggota)."



IMAN adalah penting dalam jiwa orang Islam.Bergelar orang Islam bukanlah satu anugerah tanpa iman.Iman adalah penting dalam diri orang islam.



Pelbagai definisi lahir dalam zaman ini.Islam pada nama,Islam keturunan,Islam plastik dan macam2 gelaran Islam…



“Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; sesungguhnya Allah melakukan apa yang ditentukanNya”

Surah Hajj-14

Cuba fikirkan ayat di atas…Mengapa digunakan orang beriman?kerana hanya manusia beriman akan masuk Syurga,bukan orang islam.



Iman adalah aset penting kepada orang islam.Orang islam perlu mencari iman dan menjadikan iman teguh dan kukuh di dalam jiwa.

Iman tidak akan diberi percuma jika tiada usaha mencarinya.Nikmat menjadi orang islam perlu disyukuri dengan mencari iman.Islam tanpa iman ibarat manusia hidup

tiada kepala.

Ramai manusia terjerumus dalam lembah dosa dan noda akibat ketiadaan iman.Iman bukan sahaja mampu menjadi benteng kukuh dalam menjauhkan segala

jenis dosa dan maksiat tetapi juga dapat mencapai kemanisan amal dan takwa.

Antara kepentingan iman ialah :

1.Iman adalah benteng kepada orang islam.

2.Iman dapat membezakan manusia islam dan kufur.

3.Iman menjadikan seseorang menghayati amalan agama.

4.Iman menjadi kekuatan meninggalkan segala larangan Allah dan rasul-Nya.

5.Iman mendidik seseorang agar berhati-hati dalam kehidupan.

6.Iman mampu memberikan kemanisan dan kelazatan dalam beribadat kepada Allah.

7.Iman menjauhkan hati yang lalai dan alpa .

8.Iman memberi semangat dan pendorong ke arah melakukan kebaikan dan pahala.

9.Iman menjadi sumber didikan dalam sebuah keluarga bahagia dan sejahtera dunia akhirat.

10.Iman mendidik seseorang menjadi manusia bersyukur dan menghargai nikmat-nikmat Allah.

11.Iman adalah penyekat dan pemusnah pengaruh syaitan dan kuncu-kuncunya.

12.Iman mewujudkan rasa cinta kepada masjid .

13.Iman adalah tanda seseorang mendapat hidayah sebenar dari Allah.

14.Iman adalah bekalan terbaik di akhirat.

15.Iman melahirkan sifat-sifat mahmudah dan menjauhkan sifat-sifat mazmumah.

16.Iman melahirkan persefahaman,persaudaraan dan sikap saling tolong menolong

sesama islam.

17.Iman berjaya menjauhkan sifat munafik yang tercela.

18.Iman menjadi jati diri dalam menghadapi kehidupan.

19.Iman mampu mewujudkan perasaan kasih sayang dalam sebuah keluarga dan masyarakat.

20. Iman melahirkan ketenangan dan kebahagiaan dalam kehidupan.



Iman adalah aset dalam kehidupan.Orang islam perlu mencari iman dan mempraktikkan amalan menumbuhkan iman jika mahu berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.



Iman perlu ada dalam jiwa setiap orang islam agar ianya mewujudkan

komuniti islam yang bersatu,berjaya dan cemerlang.



Jika kita lihat perangai dan tingkah laku umat Islam zaman moden,mereka terbukti tiada iman.Ramai orang menipu dalam perniagaan,suka mengumpat,membuang masa,berzina,membuang sampah merata-rata,mengejar kuasa politik untuk mengumpulkan harta,suka mencaci,menghina orang yang lebih miskin,suka menghisap dadah,suka meragut,suka menyakiti jiran dan pelbagai jenayah dan maksiat.Kes bunuh,ragut saban hari.Jumlah maksiat dan dadah semakin bercambah hingga kdgkala saya bosan membaca akhbar....







Apabila jiwa manusia tiada iman,mereka sering melakukan pelbagai kejahatan,dosa dan perkara sia-sia.Berapa ramai menggunakan Facebook untuk membuang masa,bukan menyebarkan ilmu.Ada pula menggunakan FB untuk bermegah dengan kekayaan dan menghina orang lain.



Allah swt janjikan Syurga buat manusia beriman,

“Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh (dengan tidak menjadi keberatan kepada mereka, kerana) Kami tidak memberati diri seseorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar yang terdaya olehnya, merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya” surah Aa'raaf -42.





Berkata imam Bukhari “Iman adalah percaya dalam hati dan amalan dengan anggota”.Ia memberi gambaran bahawa iman dapat dihasilkan dengan amalan.Amalan akan menumbuhkan iman….





Quran mengajar pelbagai amalan menumbuhkan iman.Quran juga memberitahu amalan yang merosakkan iman.Quran juga menceritakan kisah manusia beriman dan tidak.Baca dan hayati Quran sebaiknya…





Banyakkan berdoa “Ya Allah,jadikanku dan keluarga manusia beriman “ setiap waktu selepas solat.Berdoalah ketika solat hajat dan taubat.Berdoalah ketika solat tahajjud…





Kebaikan dan kesempurnaan hanyalah milik Allah swt Maha Kekal dan Bijaksana,manakala yang lemah dan naif adalah diri sendiri…





Terima kasih kerana membaca.

Admin
Kisah Teladan & Co

No comments:

Post a Comment