Sunday, June 26, 2011

HIDUP INI….

HIDUP INI….



Aku tidak tahu

apa erti hidup…

kerana aku hanya tahu bermain dan berseronok

di zaman kanak-kanakku…





Aku tidak tahu

apa itu Syurga

apa itu Neraka…





Setelah aku tahu

apa erti hidup

aku berfikir siang dan malam……





Aku melihat manusia

berpeleseran waktu Maghrib menjengah

di pasar malam dan shoping kompleks

di padang bola dan stadium

adakah mereka mengerti erti kehidupan?



Aku benar-benar takut

memikul tanggungjawab

amanah dari Allah

kerna teramat berat…



Namun

apa kan daya

aku telah bergelar manusia

bukan batu atau kayu

maka aku perlu

menunaikan segala amanah…



Aku sering membaca

kisah manusia hebat

Para Nabi dan Rasul

para ulama' dan hukama'

para sahabat dan tabiin..

alangkah hebat mereka

siang dan malam beribadat….



Namun aku?

ibadatku amat sedikit

dibandingkan dengan mereka yang hebat…



Namun

aku terus berusaha

siang dan malam

mencari pahala

dan menjauhkan dosa..



Walaupun aku tahu

aku tidak mampu sehebat mereka

namun aku juga manusia

idamkan syurga..



Aku melihat

ramai manusia

siang dan malam

mengejar apa itu wang…

Namun amat sedikit manusia

mengejar pahala dan iman

sedangkan iman dan pahala

adalah bekalan

ketika masih hidup…





Masaku amat terbatas

untuk melonggokkkan pahala berbilion

kerna jangka hayat

manusia hari ini

tidaklah panjang…





Lantas aku mencari pahala mudah

Menggunakan mata pena sebagai dakwah

agar manusia mendapat hidayah..





Aku berdoa

ilmu bermanfaat terus tersebar

walaupun aku telah mati

lena di kuburan…





Hidup ini

jangan disangka mudah

kerna yang mudah itu

menjanjikan kecelakaan…



Lihatlah manusia

mereka idam Syurga

mereka mahukan kekayaan melimpah

dengan amat mudah…

namun

mereka gagal dalam kehidupan

akhirat pula ke Neraka





Tiada hidup

tanpa bekalan

Hidup yg kosong

pulang tangan kosong…





Jika manusia tahu

beratnya tanggungjawab sebagai manusia

susahnya proses timbangan amalan di Mahsyar

siksanya azab kubur

payahnya meniti Sitarul Mustaqim..





Mereka akan berusaha

siang dan malam

mencari sebuah pengertian

dalam kehidupan…





"Aku tidak jadikan jin

dan manusia

melainkan untuk beribadat kepada-Ku"

Memang jelas

ayat-ayat Tuhan

namun

manusia masih alpa

di jalanan merempit

di kebun getah mencanai ganja

di hotel berzina

di rumah abaikan solat….





Ada manusia

lupa Fatihah

setelah bertahun tidak melafazkannya

Ada manusia

lupa sabdu dan tanwin

setelah bertahun lupakan Quran..





Kehidupan ini

bukan sesuatu yg mudah…

aku

mengerti

dan amat mengerti….



Aku malu memohon Syurga

tapi aku juga takutkan Neraka



Ku buang

air muka ini

dengan menadah tangan

siang dan malam

ampunkan daku

terimalah amalanku

masukkan aku ke Syurga-Mu!



Admin

Kisah Teladan & Co

3.40 petang....

21 Jun 2011

No comments:

Post a Comment