QURAN PENAWAR JIWA MANUSIA..........
"Al-Quran ini menjadi panduan-panduan yang membuka mata hati manusia
dan menjadi hidayat petunjuk serta membawa rahmat bagi kaum yang
menyakini (kebenarannya)."
surah Jaasiyyah AYAT 20.
Bismillah
dengan nama Allah Arrahman dan ArRahim....
Syukur masih hidup ,kini jam sudah menunjukkan 12.13 minit pagi...23 Jun 2011,namun mata ini masih kuat berdepan laptop usang berjenama ASUS.ASUS ini datang jauh,naik kapal terbang dan sampailah rumah aku..Itulah perjalanan sebuah laptop..
Di mana-mana pelusuk dunia,Quran berada di rumah orang Islam.Miskin mana pun orang Islam,Quran pasti ada.Yang tidak pasti sama ada dibaca atau tidak.Yang amat amat tidak pasti,majotiti umat Islam seramai 1.8 bilion tidak memahami apa yang dibaca.
Quran adalah kalamullah.Quran adalah ayat-ayat Tuhan yang dibawa Malaikat Jibrail kepada Baginda saw.Setiap ayat Quran dihadam dalam jiwa Baginda saw.Ketika Baginda saw masih hidup,Quran ditulis namun bertebaran dan tidak lengkap sebagaimana Quran yang kita lihat hari ini...
Pada zaman sahabat,Quran dibukukan kerna ramai para sahabat saw yang menghafal Quran terbunuh dalam perang.Lantas Quran dibukukan dan dapatlah kita melihatnya.Pembukuan Quran telah memberi peluang ramai umat Islam membacanya...Jasa para sahabat saw amat besar kepada dunia Islam...
Namun apa yang menyedihkan,Quran kini menjadi sebuah perhiasan dan tidur dalam almari.Quran seakan tidak dipedulikan.Manusia rajin membaca akhbar di kedai kopi,tapi Quran disisihkan.Quran seakan tidak dipeduli.
Harta paling bernilai kepada umat Islam adalah Quran.Quran mengandungi pelbagai ilmu dunia dan akhirat.Quran mengajar manusia menjadi manusia beriman.Quran menceritakan pelbagai kisah benar yang telah berlaku dan akan berlaku.
Quran memberi banyak ilmu kepada manusia namun ramai manusia hanya gemar membaca,tapi tidak berusaha memahami dan menggali pengajaran dan teladan dalam Quran.Bagi mereka membaca pun sudah cukup baik.Sedangkan para sahabat,tabiiin dan wali Allah sering membaca dan mengkaji segala ilmu dalam Quran untuk menambahkan keimanan kepada kebesaran Allah swt.
Berapa ramai membaca Fatihah 17 kali sehari,namun mereka tidak pernah faham apa yang dibaca.Mereka tidak peduli dengan pengajaran dan teladan dalam surah Fatihah walaupun 17 kali dibaca siang dan malam...
surah Fatihah adalah ibu Quran.ia mengandungi banyak panduan kepada manusia.Banyak panduan dan nasihat dalam surah Fatihah,namun malangnya manusia tidak menghayati surah Fatihah dengan baik..Jadilah mereka membaca surah Fatihah siang malam...namun tidak mendapat kemanisan dan penghayatan surah itu....
Sepatutnya orang Islam perlu hadir kursus penghayatan surah Fatihah.Walaupun ia percuma,namun ramai x berminat dan lebih suka menghadiri Jom Heboh atau program MLM...itulah manusia moden...mereka menyangka tahu membaca surah Fatihah,sudah hebat dan warak...
" Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul
(agama Islam) dan memberikan berita yang menggembirakan orang-orang
yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh
pahala yang besar."
surah al-Israa' ayat 9
Walaupun Quran diketahui semua umat Islam adalah mukjizat agong dan khazanah berharga,namun masih juga majoriti umat Islam abaikan isi Quran.Mereka hanya bijak berlagu dan berdengung,namun jahil memahami isi kandungan Quran.
Mengapa manusia abaikan isi kandungan Quran?kerna mereka jahil dan tidak menghargai Quran.Mempunyai ijazah dan PHD boleh menjadikan manusia jahil apabila mereka tidak menghayati isi Quran.
Andainya manusia faham isi kandungan Quran,tentu tiada mat rempit dan pembuang bayi.Tiada juga mat ganja atau minah bohsia.Andainya manusia memahami kandungan Quran,mereka tahu apa itu halal,apa itu haram.Mereka sentiasa bersedia dengan iman dan takwa sepanjang masa dan bersedia menempuhi ajal dengan hati yang lapang....
Zaman moden ini,apa yang diajar Quran tidak penting kepada ramai manusia.Tunai solat 5 waktu,puasa Ramadhan,pergi haji sudah cukup.Mereka berasa mereka manusia beriman dan akan mendapat Syurga.Itulah mentaliti manusia moden.
Mereka ada internet,namun gunakan internet buang masa,bukan mencari ilmu.Mereka tahu ada terjemahan Quran dalam bahasa Melayu,namun tidak dibaca untuk menghayati kalimah Tuhan.Mereka tahu membaca itu ilmu,mereka malas membaca.Mereka tahu Neraka itu benar namun masih suka membuang masa dan tidak produktif.
Baginda saw adalah manusia confirm syurga,namun Baginda saw menjalani kehidupan dengan penuh takwa dan iman.Manusia seperti kita belum tentu Syurga,tapi masih suka berbuat dosa besar sepanjang hari dan malam.Mengumpat dikatakan perkara biasa,menghina orang dikatakan kemegahan dan kekuatan.Betapa dangkalnya kita hari ini..
Pabila Quran hanya dibaca namun tidak dihayati kandungannya maka :
1.Manusia tidak merasai kemanisan iman.
2.Manusia tidak mendapat kenikmatan khusyuk dalam solat.
3.Manusia mudah dilalaikan syaitan.
4.Manusia akan berasa diri beriman sedangkan hakikatnya tidak.
5.Manusia terus jahil dan tidak menyedari mereka jahil.
6.Manusia melakukan dosa besar dan menganggap ia dosa kecil.
7.Manusia menganggap akan masuk Syurga,hakikatnya akan ke Neraka.
8.Manusia buta sejarah dan kejayaan.
9.Manusia suka mencari salah orang lain berbanding muhasabah mencari kesalahan diri sendiri.
10.Manusia akan terjebak dalam murtad,fasik dan Munafik.
Mengapa zaman moden serba canggih semakin melalaikan manusia,sedangkan zaman moden ini memudahkan manusia memahami Quran?
" Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing,
tentulah mereka akan berkata: Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya
(dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing
sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab? Katakanlah (wahai
Muhammad): Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi
orang-orang yang beriman dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman,
(AL-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga
mereka (bukan penawar) dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa
(pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi).Mereka itu (dengan
perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti)
orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat
mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata)"
surah al-Fussilat ayat 44
Kita ambil contoh mudah.Manusia sedang bercinta.Lelaki dan perempuan yang sedang asyik mahsyuk bercinta akan berusaha menjaga perasaan pasangannya.Mereka sentiasa kemas dan cantik untuk menambat hati pasangan.Mengapa ini terjadi?Kerna tidak mahu kehilangan pasangan tercinta.Mereka dilimpahi perasaan cinta membara dalam jiwa.
Apa kaitan dengan contoh di atas?Manusia beriman menjadikan Quran sebagai kekasih hati.Jadi untuk menggembirakan kekasih,kita perlu memahami isi kandungan Quran.Kita amat cintakan Quran dan mahu memahaminya.Perasaan cintakan Quran akan menjadikan manusia loba mencari ilmu agar berjaya memahami isi kandungan Quran.Cara memahami Quran adalah belajar bahasa arab.
Namun pabila tidak mampu menguasai bahasa arab akibat usia tua atau otak yang lembam,maka manusia mengambil usaha membaca tafsiran Quran setiap hari.Bila dibaca setiap hari,segala tasiran akan masuk ke kepala.Apabila membaca ayat Quran,maka akan lahir ingatan tafsirannya...Ia amat mudah.
Apabila manusia melakukan bersungguh-sungguh memikat seseorang demi cinta,begitulah dengan Quran.Manusia akan berusaha berterusan kerna tidak mahu menjadi manusia jahil dan tidak memahami Quran.Mereka loba ilmu dalam Quran dan sentiasa membaca tafsiran hingga apa yang dibaca masuk dalam jiwa.
Amat mudah memahami ajaran Quran jika rajin membaca tafsiran setiap hari.Namun manusia malas.Mereka lebih suka membaca akhbar setiap hari dan malam.....
Quran itu penawar jiwa manusia iaitu manusia yang memahami isi kandungan Quran.Manusia yang hanya tahu membaca namun tidak faham tidak mendapat kemanisan ,tanpa kemanisan manusia tidak mendapat penawar..
Quran tidak sebanyak buku encylopedia Brittanica.Ia hanya ada 114 surah.Jika sehari menghayati satu surah,114 hari sudah sempurna 114 surah.Ulangi sepanjang masa bertahun-tahun dan apa yang dibaca akan bersarang dalam jiwa.
Amat mudah memahami Quran jika berusaha....
Sudah 1.20 pagi......................................Masa amat pantas berlari!
Sekarang 10.11 pagi.....sambung lagi...
Quran boleh menjadi penawar jika manusia membaca,memahami,mengambil pengajaran dan mengamalkan ajaran Quran.Bagaimana mahu menikmati kemanisan Quran jika x faham?Bagaimana mahu menikmati Quran jika tidak berusaha memahami Quran?
Jadikan Quran penawar dalam jiwa kita.Jadikan Quran sebagai santapan jiwa kita.Quran adalah khazanah agong yang perlu dimanfaatkan.
Dalam internet pun kita boleh mendapat manfaat.Quran explorer contohnya menyajikan bacaan Quran dan mempunyai terjemahan pelbagai bahasa.
Aku pun x faham mengapa orang Islam tidak minat bahasa arab sedangkan bahasa arab itu bahasa Quran.manusia berlomba belajar bahasa Inggeris kerna Inggeris itu bahasa antarabangsa.Memang diakui Inggeris itu penting ,namun sebagai orang Islam ,jangan abaikan bahasa arab.
Syaitan sering meniup dalam jiwa orang Islam bahawa bahasa arab itu susah.Akhirnya ramai orang Islam tidak mahu belajar dan terus jahil.Mereka hanya tahu membaca Quran dan tidak mahu berusaha mempelajari bahasa arab untuk memahami Quran.
Imam Ibnu Mubarak rahimullah berkata :
'' Seseorang tidak dapat menerima apa-apa ilmu selagi mana dia tidak menghiasi ilmunya dengan mempelajari bahasa Arab.''
Seorang Orientalis telah menasihati ilmuwan Barat agar menjadikan umat Islam buta bahasa arab supaya umat Islam hanya tahu membaca namun tidak memahaminya.Itulah rancangan jahat puak kafir untuk menghancurkan Islam.Kini terbukti perancangan mereka berjaya.
Ketika kejayaan tamadun Islam yang dikenali sebagai Zaman Emas,ilmuwan Eropah dan Barat datang ke Sepanyol dan tanah arab untuk belajar bahasa arab keran pada masa tersebut bahasa arab adalah bahasa segala buku ilmu sains dan teknologi.Buku karangan tokoh perubatan terkemuka seperti Ibnu SIna ditulis dalam bahasa arab.
Sebagai manusia peka,aku membuka page Arab Chat untuk mendidik manusia mempelajari bahasa arab,namun ramai manusia tidak peduli.Aku menulis sepatah demi sepatah agar ramai manusia belajar bahasa arab.Namun amat sedikit yang mengikutinya.
Mereka menjadi fans dan mati.Tidak memberi respon dan maklum balas.Mungkin ia tidak penting kepada mereka.
http://www.facebook.com/pages/ArabChat/269460524503
Bahasa arab itu mudah.Jika sehari menghafal satu perkataan,sebulan sudah 30 patah.Setahun 361 patah.
Apabila kita belajar bahasa arab,ia membantu kita memahami Quran dengan lebih baik.
Membaca ayat
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
dalam hati kita memahami Tuhan berkata 'Tunjukilah kami jalan yang lurus"
Itulah kenikmatan membaca Quran dan memahaminya.
Pabila membaca ayat :
ذَلِكَ الْكِتَابُ لاَ رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ
kita memahaminya "Kitab (Al Quraan) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa, "
Tidakkah itu memberi kemanisan dalam jiwa?
Manusia mahukan kepuasan.Bila menonton filem,mahu filem itu mempunyai jalan cerita menarik.Bila makan durian,mahukan durian yang sedap.Itulah kepuasan.Manakala kepuasan membaca Quran pula adalah memahminya.Adakah kita tidak mahu kepuasan dalam membaca kalimah Tuhan?
Sesungguhnya kita masih belum terlewat walaupun telah berusia 50 tahun.Kita masih boleh berusaha memahaminay hika mempunyai kemahuan dan kesungguhan.Usia bukan halangan untuk mendalamai Quran.
Memakan buah epal dan menikmati keenakannya adalah berbeza dengan manusia yang hanya melihat gambar epal.Manusia yang membaca Quran dan tidak memahaminya seumpama melihat buah epal sahaja,manakala yang membaca dan memahaminya umpama memakan buah epal dan menikmati kelazatan epal.
Quran itu diturunkan sebagai mukjizat dan ia adalah panduan untuk manusia hingga kiamat.Walaupun masa berubah,Quran tetap tidak pernah berubah.Walaupun pelbagai cara puak kafir mahu melupuskan Quran,namun Allah swt menjaganya.
Alangkah rugi jika kita tidak berusaha memahami Quran dengan baik.
Kita perlu luangkan masa untuk belajar.Jangan dilalaikan dengan surat khabar,program Astro dan sebagainya.Masa itu amat pantas.Jika kita tidak gigih memahami Quran,jadilah kita manusia jahil sepanjang hayat..
Syurga itu untuk manusia beriman dan salah satu langkah menjadi manusia beriman adalah memahami Quran.Pemahaman akan membantu manusia mengamalkan ajaran Quran dengan lebih baik.
Ayuh!belajar dan belajar!Berusahalah memahami ajaran Quran.Jika tidak mmapu belajar bahasa arab,bacalah tafsirannya setiap hari dan masa.Luangkan sejam sehari membaca tafsiran Quran agar kita mendapat ruh Quran.
Segala kebaikan dan kesempurnaan hanyalah milik Allah swt Maha Bijaksana lagi Amat Pencipta,manakala diriku bernama Saat hanyalah insan kerdil dan naif.....
Terima kasih kerna membaca.
Admin
Kisah teladan & Co
10.50 pagi
23 Jun 2011
No comments:
Post a Comment