TV PEROSAK MINDA DAN JIWA MANUSIA.
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)".Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu."
Surah al-Baqarah ayat 120
Bismillah
dengan nama Allah Maha pemurah lagi Maha Pengasih...........
Syukur kepada Allah swt kerna hidup zaman teknologi,bukan zaman batu tiada fasiliti dan kemudahan.Syukur kepada Allah swt kerna tahu memanfaatkan teknologi.Facebook adalah salah satu teknologi penting dan aplikasi moden yang penting zaman ini.
Aku suka TV.Ketika kanak-kanak aku suka tonton HULK dan Popeye.Masa kanak-kanak memang suka kartun dan kisah manusia ajaib .Namun setelah besar baru ku tahu TV amat berbahaya.TV melalaikan ramai manusia dan menyesatkan manusia.
Aku melihat diari.Apa yang ku tonton?Berita jam lapan,Berita Dunia,Majalah 3,National Geographic,Discovery Channel dan kadangkala melayan Mr Bean yang melucukan.
Menonton Mr Bean lebih mengasyikkan berbanding SENARIO lawak bodoh.Mr Bean yang lawak kadangkala bodoh namun memberi banyak idea positif dalam kehidupan.Tidakkah membuka stereng kereta dan menyimpannya dalam bonet adalah teknik yang efektif mengelakkan kereta dicuri?Mr Bean mempunyai lawak kreatif.Sambil tersenyum,boleh mendapat idea.
Setiap malam Jumaat setelah rancangan 999,siaran TV dialihkan kepada TV lain kerana tidak mahu anak-anak menonton drama seram bodoh .Drama seram hantu adalah drama bodoh yang diharamkan anak-anak menonton.
Sebagai seorang ayah,aku tidak mahu anak-anak membesar dengan drama kisah hantu dan meresap dalam jiwa mereka.Aku tidak mahu anak-anak membesar sebagai manusia penakut kerana dilambakkan dengan kisah hantu dan seram.Filem dan drama hantu dan seram menjadikan manusia penakut dan manusia penakut adalah manusia bodoh.
Baginda saw adalah manusia berani dan bukan penakut.Baginda saw berhijrah ke Madinah dengan keberanian.Baginda saw terjun dalam perang Uhud kerana berani.Baginda saw mengemudi jumlah tentera Islam sedikit melwan puak kafir yang ramai kerana keberanian.Mengapa Baginda saw seorang manusia berani,bukan penakut?
Jiwa Baginda saw dibentuk oleh Quran.Jiwa bersih Baginda saw dimotivasikan dengan ayat-ayat Tuhan yang menyuruh manusia menjadi berani,bukan manusia penakut dan bacul.
TV adalah mazhab manusia.Bila melihat iklan syampu dan sabun cuci terbaru,maka berebutlah manusia membelinya kerana terpengaruh dengan iklan.Bila melihat juara mentor mendapat wang tunai RM100,000 maka berebut anak Melayu mahu menguji bakat menjadi penyanyi.Itulah TV,mazhab manusia moden...
Kita lihat drama MelaYu.Bila seseorang nazak dan hampir mati,diajar syahadah ASHADUALLA ILA HAILLAHHAH....WA ASYHADUANN MUHAMMADARRASULULLAH...sedangkan dalam Islam diajar kalimah LAILAHAILLALLAH sahaja.Memang pelik.Pelakon Melayu beragama Islam,penulis skrip juga Melayu Islam...
TV boleh menjadi alat perosak minda dan jiwa manusia akibat sikap manusia sendiri yang menjadi manusia bertanggungjawab mengawal segala rancangan dan program TV.Begitu juga manusia yang menghasilkan drama dan program TV.Tidakkkan Baginda saw bersabda "Setiap kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab di atas kepimpinannya".
TV bukan sahaja boleh merosakkan minda kanak-kanak,malah remaja dan manusia dewasa.Pelbagai program sampah membanjiri TV dan merosakkan manusia.Manusia rosak suka program sampah manakala manusia bijak memilih program sesuai untuk ditonton.
Program TV terlalu banyak merosakkan jiwa manusia.Remaja suka berpeleseran akibat pengaruh TV.Drama cinta saban hari dan malam,adegan romantis dan mengghairahkan mengajar remaja melakukannya.
Memang pelik manusia.Program negatif menjadi santapan setiap hari dan akhirnya jiwa yang bersih dan suci menjadi rosak dan berkarat akibat menonton TV.
Memang kasihan anak-anak.Mereka masih kecil namun terlalu banyak program kartun tidak berilmiah.Walaupun banyak kartun dari negara arab yang lebih berinformasi dan berilmiah,namun kartun dari Jepun yang penuh keganasan disiarkan TV.Mujur ada juga Doraemon yang mempunyai unsur positif .Anak-anak tiada pilihan selain menghabiskan masa dengan program sampah.Menunggu TV Hijrah entah bila pula sampai ke pelusuk bumi kecil ini....
ASTRO mempunyai banyak rancangan dan program berfaedah seperti National Geographic,History Channel,namun bukan semua manusia mampu melanggan.Kerana tiada pilihan,TV percuma dijadikan santapan.
TV boleh mendidik jiwa manusia ke arah kebaikan andainya TV dipimpin manusia peka dengan keimanan dan takwa.TV boleh mengubah manusia jahat menjadi baik.TV adalah aplikasi moden namun pemilik TV telah melalaikan manusia dengan hiburan,khurafat dan pelbagai rancangan bodoh membodohkan manusia.
TV adalah wahana moden yang memberi banyak faedah kepada manusia namun ramai manusia menjadikan TV santapan jiwa dan hiburan semata-mata.Akhirnya manusia rosak.
Kasihan kanak-kanak tidak banyak didedahkan dengan program mendidik dan menambah kemahiran mereka.Kasihan kanak-kanak tidak mendapat program berfaedah selain kartun yang membuang masa.
Kasihan remaja yang dilahapkan dengan kisah drama cinta sepanjang hari.Kisah cinta meresap dalam jiwa dan mereka mencontohi romantik dan adegan tidak senonoh dalam kehidupan.Maka berlakulah zina berleluasa dan buang bayi bersepah-sepah.
TV adalah mazhab manusia moden.Pabila manusia menjadikan TV mazhab,manusia akan rosak jika pelbagai program sampah dilahap dalam jiwa.Manusia akan terus rosak.Melayu terus terkenal dengan merempit dan buang bayi...Melayu terkenal dengan berpeleseran dan khalwat.Melayu juara segala kerosakan kerana minda .Melayu terkenal dengan penagih dadah.Melayu terus menjadi juara hinggalah kiamat....
TIPS :
1.Jauhkan anak-anak dari program Tv tidak bermanfaat.
2.Pilih program Tv bermanfaat.
3.Jadikan TV wahana ilmu.
4.Jadikan Tv aktiviti bersama famili.
5.Pantau anak-anak.
6.Beri penerangan mengenai perkara yang ditonton kepada anak-anak.
7.Jauhkan anak-anak dari menonton program dan rancangan sesuai untuk dewasa.
8.Minimumkan masa anak-anak menonton Tv supaya mereka tidak dilalaikan dengan Tv dan terabai pelajaran.
TV ,wahana yang mampu mengubah manusia..............
Terima kasih kerana membaca...
Admin
Kisah teladan & Co
No comments:
Post a Comment