MENCARI KEBAIKAN PASANGAN…
"Sebahagian sunnahku adalah perkahwinan.Barangsiapa yang membenci sunnahku,
maka ia bukan daripada golongan kami"
~~Baginda saw ~~
Bismillah
dengan nama Alah Maha Pemurah lagi Amat Pengasih…
Jam sudah menunjukkan 2.05 minit pagi Rabu 22 Jun 2012
Jika kiamat 1000 tahun lagi,syukur kepada Allah kerna pasti aku tidak akan bertemu kiamat…
Alhamdulillah,aku dah kahwin……dah lama kahwin,dah dapat empat cahaya mata…berkahwin adalah nikmat.
Nikmat kasih saynag,nikmat mendapat cahaya mata,nikmat mendapat teman mesra,nikmat pelbagai nikmat yang hanya dirasai manusia yang menghargai perkahwinan…
Di Kelantan ,seorang suami zalim mencurah asid ke muka isterinya dan cacatlah muka isterinya.Jangan cakap orang Kelantan jahat berdasarkan kes ini ,kerna manusia jahat berada di mana-mana…
Di Pahang suami menendang isterinya yang mengandung hingga gugr anak dan meninggalllah anak dalam kandungan.Jangan cakap orang Pahang jahat,manusia jahat di mana-mana…
Di Negeri Sembilan,seorang isteri ditangkap berkhalwat dengan seorang lelaki bujang ketika suaminya bekerja..Jangan cakap orang nogori jahat..org jahat di mana-mana…
Kisah-kisah benar tersebut adalah benar dan dilaporkan dalam akhbar.
Tujuan perkahwinan adalah mengikat kasih sayang teruna dan dara….melahirkan kasih sayang dan memberi zuriat agar manusia berkembang biak…
Namun tidak semua perkahwinan melahirkan kebahagiaan dan kasih sayang.Pelbagai masalah menimpa pasangan berkahwin.Ada yang baru bernikah 1 malam,esoknya bercerai.Ada pula sudah mempunyai cucu,bercerai.Itulah rencah kehidupan berumahtangga…
Apakah kebahagiaan dalam rumah tangga?Kepuasan..
Kepuasan mmepunyai teman cerita,kepuasan hubungan seks,kepuasan mendapat rezeki halal,kepuasan kerja sama dan pelbagai kepuasan.Kepuasan dalam rumah tangga melahirkan kebahagiaan.
Dalam dunia perkahwinan,ramai meneruskan hubungan walaupun tidak mendapat kepuasan dan kebahagiaan kerna anak-anak.Mereka tidak mahu anak-anak terpisah hubungan antara ayah atau ibu.
Jika ia berlaku,mereka amat malang……kerna manusia berkahiwn mencari kebahagiaan,bukan merana dan kecewa..
Dalam hubungan suami isteri,pertengkaran dan perbalahan adalah perkara biasa kerna ia adalah proses persefahaman.Namun pertengkaran sepanjang hari dan malam,365 setahun bukanlah mencari persefahaman,ia adalah mala petaka!
Bak kata arwah P Ramlee "sedangkan lidah lagi tergigit,inikan pula suami isteri' ada benarnya…
Lelaki dan wanita amat berbeza.Isteri menghargai suami dengan kata-kata dan luahan,namun lelaki pula menghargai isteri dengan perbuatan.Amat berbeza suami.Ada suami membelikan rantai emas buat isteri,ada suami menahan diri dari melakukan perbuatan tidak disukai isteri seperti melepak waktu malam di luar rumah dan sebagainya….
Ada juga isteri menghargai suami dengan diam…diam sepanjang masa…Walaupun suami rajin membasuh pakaian,menjemur,mengemas rumah,menyapu sampah,memasak namun isteri diam sahaja.Ucapoan terima kasih sayang amat berat seakan mahu menelan ubat pahit…Mujurlah isteriku tidak sedemikian.Hatta mengambil bantal untuknya pun diucapkan terima kasih..
Penghargaan adalah penting dalam rumah tangga iaitu saling menghargai.Suami menghargai isteri dan isteri menghargai suami.Tindakan melempang isteri,tidak mmebantu utusan rumah tangga adalah contoh suami tidak menghargai isteri.
Begitu juga suami yang suka melakukan perbuatan dibenci isteri.Begitu juga isteri yang suka melakukan perbuatan yang dibenci suami..
Ada isteri meluahkan perasaan pada suami jika kecewa dgn sikap isteri.Begitu juga Suami.Ia mungkin membawa kebaikan jika pasangan berterima kasih dan mahu berubah,namun amat berbahaya kepada pasangan yang berasa pasangan suka mencari salah siang malam..masak lambat seminit pun dah membebel bak hon keretapi…
Aku mungkin berbeza dari suami lain.Bila aku kecewa dengan sikap isteri,aku lebih suka berdiam diri dan isteri aku faham.Bila dia faham,dia berubah sikap menjadi lebih baik.Namun kadangkala aku diam,isteri aku masih x faham atau buat-buat x faham…Aku terpaksa guna plan B…Plan B adalah rahsia!
Pakar motivasi sering menasihati agar pilih waktu terbaik iaitu selepas memadu asmara.Menasihati dengan baik selepas memadu asmara adalah masa dan situasi terbaik.Namun kadangkala ia tidak efektif…sepatutnya selepas memadu asmara pasangan bercerita atau memuji kehebatan pasangan masing-masing atau terus tidur………….
Kebaikan mencari kelebihan pasangan adalah menanam sifat kasih sayang dan berasa pasangan amat penting dalam hidup.Seorang suami contohnya memikirkan kebaikan isteri memasak ,menjaga anak,melayan kemahuan seks dan sebagainya.Seorang isteri pula memikirkan kebaikan suami yang sering membantu isteri di rumah,rajin mencari rezeki,memberikan ahdiah dan sebagainya..
Apabila kita sering mencari kebaikan pasangan,ia akan melumpuhkan kelemahan dan kesalahan isteri.Ini akan mengurangkan tekanan dan pertengkaran.Pertengkaran berlanjutan hanya menambah stress dan ketidakstabilan emosi.
Dalam kehidupan rumah tangga,isteri zaman moden amat penat.Bekerja,pulang ke rumah memasak,menguruskan rumah,menguruskan anak-anak sendirian berhad jika tiada orang gaji.Memang amat bersimpati dengan isteri zaman moden berbanding isteri zaman dahulu hanya tinggal di rumah menguruskan rumah tangga.
Dalam kepenatan isteri bekerja dan menguruskan rumah tangga,ada juga suami suka melepak membaca akhbar.Selepas makan malam ghaib pula berpolitik di kedai kopi atau restoran…Amat kasihan isteri memiliki suami sedemikian…
Masa itu emas.Seorang suami sepatutnya menghabiskan banyak masa di rumah melayan anak isteri….jika YB atau Menteri memanglah terpaksa keluar siang malam menguruskan rakyat.Itu adalah tugas mereka.
Seorang suami yang sering memikirkan kebaikan isteri tidak akan memukul isteri,apa lagi menyebabkan isteri cedera dengan asid dan sebagainya.Begitu juga seorang isteri.Isteri tidak akan mengeluarkan perkataan laser maut kepada suami jika isteri menghargai suami.Isteri tidak akan main kayu tiga atau empat lima enam sepuluh kayu…
Seorang isteri atau suami mahu dihargai dan cara penghargaan adalah berbeza dari individu ke individu .Manusia ini berlainan sikap dan watak.
Ramai suami kecewa dengan lidah wanita.Kebanyakan isteri menggunakan lidah yang tajam dan laser untuk menyakiti suami.Jika wanita itu tahu betapa besar dosanya melakukan sedemikian,sudah tentu isteri di dunia ini amat berhati-hati menggunakan lidahnya..
Begitu juga ramai isteri kecewa sikap suami yang suka keluar malam mengeteh berpolitik malam-malam kecuali malam Jumaat.Malam Jumaat suami biasanya melepak di rumah mennati waktu emas.
Dalam hubungan rumah tangga,persefahaman adalah penting.Memikirkan kebaikan pasangan akan memupuk persefahaman.Namun setiap pasangan perlu memperbaiki diri dengan muhasabah diri.
Muhasabah dan perbaiki diri akan menjalinkan hubungan dengan lebih baik.Mulut laser akan bermulut madu.Suka main kayu tiga akan main kayu satu.Malas membantu isteri akan menjadi rajin.Kita perlu ubah segala kelemahan dan kesilapan demi mendapat kepuasan dan kebahagiaan…
Aku sayang isteri aku walaupun isteri tidak berpelajaran tinggi.Ketika berpisah 2 minggu dia pi enjoy sakan ke luar negara,hanya Tuhan yang tahu betapa tidur termimpi ,siang berasa malam,malam berasa siang…
Setiap hari bertenet dalam telefon hingga panas telinga aku ….
Aku selalu ucapkan kepada isteri aku sayangkan dia sebab dia memberikan aku anak-anak yang amat berharga.Ramai manusia berkahwin belasan tahun,malah puluhan tahun tidak mendapat zurait..Aku amat menghargai isteri..baru minggu lepas belikan rantai tangan emas buatnya….dia suka emas,aku beli emas…kereta Ferrari aku x mampu beli,kalau mampu pun aku takkan beli,naiklah kereta buatan Malaysia…
Aku selalu beritahu anak-anak agar mereka sentiasa sayangkan ibu mereka melebihku.Aku didik anak-anak sedemikian agar mereka sedar ibu mengandungkan mereka 9 bulan dalam kepayahn dan kesusahan..
Anak bongsu aku selalu cakap "Ayah best!".Bila aku tanya dia kata "Ayah bawa adik jalan-jalan,makan KFC….,main buai.."begitulah keletahnya anak bongsu yang akan menjangkau 3 tahun bulan depan…bila dia cakap ayah best,aku bgtahu dia ,mak pun best!
Dah ngantuk….mahu tidur dulu.6 pagi dah bangun meneruskan kehidupan sebagai seorang manusia..
Terima kasih kerana membaca.Hidup ini indah,nikmatilah………..
3.10 pagi
22 Jun 2011
Admin
Kisah Teladan & Co..
Terima kasih di atas post anda.;)
ReplyDeletesama-sama...
DeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteAmat beruntung mempunyai suami spt anda... saya amat setuju terhadap pandangan anda mengenai erti perkahwinan... "Kepuasan mmepunyai teman cerita,kepuasan hubungan seks,kepuasan mendapat rezeki halal,kepuasan kerja sama dan pelbagai kepuasan.Kepuasan dalam rumah tangga melahirkan kebahagiaan".
malangnya saya tidak mengecapi kepuasan yang sedemikian dalam perkahwinan. saya wanita berkerjaya, berkelulusan ijazah, pegawai dan alhamdulilah mempunyai rupa paras yg menarik(berdasarkan pujian yg sentiasa saya terima). saya berkahwin pada usia 26 tahun dan pasangan pula 6 tahun lebih tua. berkelulusan tingkatan 5 dan fizikal yang besar.
sememangnya saya tidak mempunyai perasaan terhadap beliau, tapi entah macam setelah menilai kebaikan, budi pekerti dan ahli keluarganya... saya membuat keputusan utk berkahwin.
setelah berkahwin saya tidak nafikan memang dia seorg yang baik dari segi budi bahasa... setelah 3 tahun berlalu kami masih tidak mempunyai anak. bila di buat check up di lebih daripada 6 pakar hospitak ternyata beliau tidak mempunyai sperma. saya cukup sedih tapi melihat dari sudut yang positif bhw ini adalah ketentuan Allah. saya cuba menerima dengan redha. namun hati saya semakin tidak menyenang beliau kerana sayang sikap beliau tidak matang dan tidak pernah matang dlm menggalas tugas sebagai suami.. malah saya tidak menikmati hubungan badan yg 'menyeronokkan' kerana hati saya sentiasa menolak. setelah 5 tahun berkahwin.. saya mendapat salam dari seorang lelaki yang begitu 'meminati saya'. saya menerima salam itu dan mempergunakan sebagai alasan untuk bercerai. bagaimanapun mendapat tentangan dari suami dan ibu bapa saya sendiri.. saya kembali kepada suami. untuk memulihkan hubungan, kami mengambil anak angkat. sememangnya saya sangat menyanyangi anak angkat tapi hati saya tidak pernah berubah menyayangi suami seperti selayaknya.
sikap suami pemalas dalam hampir semua urusan termasuk bekerja dan urusan rumah hinggakan saya merasakan saya adalah 'suami'dan isteri. tetapi saya sentiasa mengutamakan beliau dan amat menjaga keperluannya spt pakaian, kebersihan kuku, telinga, makan minum malah dompet beliau juga saya lihat dan masukkan duit di dalamnya. saya merasa terbeban kerana banyak mengeluarkan wang untuk keperluan rumah dan menanggung semuanya seorang diri. saya pernah meluahkan perasaan dan apa yang saya mahu dari beliau. bila diajak berbincang beliau hanya memberikan jawapan verbal yg positif tapi tidak dari tindakan. saya rasakan seperti mencurah air di daun keladi. saya tidak dapat menghormati beliau sebagai suami kerana sikap beliau. semakin hari saya rasa saya semakin membencinya dalam diam. kali ini saya bertahan kerana memikirkan anak. apabila anak angkat kami berusia 5 tahun, sekali lagi saya membuat angkara... saya benar jatuh cinta pada majikan saya yang berusia 18 tahun lebih tua dari saya... kali ini saya mengambil tinakan nekad bercerai dan dah sah bercerai tahun lepas. walaupun saya dihina, dicerca kerana hubungan dengan majikan tapi saya kuatkan hati. ramai yang beranggapan sebab hubungan itu saya bercerai. tidak! ia sekadar pencetus. sebaliknya sikap bekas suami saya yg menyebabkan perkara ini terjadi.
sekarang saya lebih tenang dan masih meneruskan hubungan dengan majikan ke arah yang lebih serius dan diketahui oleh orang tua. mereka memberikan keputusan ditangan saya untuk di buat setelah mendengar isi hati saya... jika jodoh saya sememangnya dengan beliau.... semoga itulah yang terakhir dan membahagiakan sehingga ahir hayat.
waalaikumsalam...
Deletehidup ini adalah ujian.....teruskan kehiudpan...kebahagiaan perlu dicari...