Friday, July 1, 2011

TERIMA KASIH


TERIMA KASIH



Aku masih ingat

Ketika ku di sini

Menjadi murid

Sekolah Kebangsaan Bukit Beringin…



Aku masih ingat

Antara penyumbang swasta

Setiap tahun

Adalah

Shah Beach resort





Aku masih ingat

Aku diberi RM30

Setiap tahun

Sebagai bantuan

Anak yatim piatu

Ketika Ramadhan mahu menjelma

Sebagai bantuan Aidilfitri…





Walaupun puluhan tahun berlalu

Aku tidak akan lupa

Mereka yang memberi….

Dan prihatin dengan anak-anak miskin…

Dan yatim piatu





Pada 29 Jun 2011

Aku gagahkan diri

Ke sekolah ini

Walaupun berwajah baru

Tiada lagi dinding papan

Kini berbatu teguh berdiri

Sekolahku….





Mengenangkan aku juga

Mendapat bantuan di sini

Aku memberi dua murid

Lelaki tahun 2

Dan perempuan tahun 1

Setiap seorang RM100

Sebagai bantuan kepada mereka

Kerna mereka juga anak yatim piatu



Mohd Firdaus bin helmy kelas 2s,

Siti nur Zarina mohd yusuf kelas 1s,

Belajarlah rajin-rajin

jadilah manusia berguna...



Aku mahu

melihat kamu berdua

Menjadi manusia berjaya

dan lakukan

apa yang aku lakukan...





Ku lihat wajah mereka

Tidak memahami apa itu kesusahan

Tidak memahami apa itu penderitaan

Hanya girang di wajah…





Mata ini bergenang

Bila menghulurkan not RM50 dua keping

Kepada setiap seorang

Ucapan

‘TERIMA KASIH’

Keluar dari mulut mereka





Guru yang mengiringiku

Menasihati mereka

“Belajar rajin-rajin…”

Aku pun berlalu

Meninggalkan sekolah itu

Dengan linangan air mata…..





Adik-adikku

Belajarlah rajin-rajin

Aku juga pernah di sini

Aku juga yatim piatu

Namun aku berjaya ke Universiti…





Aku tidak pernah

Mengenali kamu berdua

Namun ku hulurkan bantuan

Kerna aku juga pernah merasai

Apa yang kamu hadapi ketika kecil…





Aku masih mengingati

Wajah dua murid itu

Seakan

Memahami

Apa yang telah ku rasai……..



Admin

Kisah Teladan & Co

12.45

30 Jun 2011

No comments:

Post a Comment