Friday, July 1, 2011

MUTIARA KATA SAIDINA ALI BIN ABI THOLIB R.A

MUTIARA KATA SAIDINA ALI BIN ABI THOLIB R.A



Saidina Ali Abi Talib ialah khalifah keempat Islam daripada Khulafa al-Rasyidin. Beliau juga ialah sepupu dan menantu Nabi Muhammad s.a.w. selepas mengahwini anak perempuan Rasulullah s.a.w. iaitu Fatimah r.a.



Meninggal dunia pada 17 Ramadan tahun 41 Hijrah bersamaan tahun 661 Masihi.



Antara ucapan beliau adalah :



Manusia itu tidur, jika ia mati baru ia bangun.



Seseorang tidak akan binasa bila ia mengetahui keampunanNya.



Nilai seseorang itu diterima oleh perbuatan baik.



Orang yang manis lisannya akan banyak mendapat teman.



Peribadi seseorang itu tersembunyi di bawah lisannya.



Dengan perbuatan yang baik orang merdeka dapat diperbudakkan.



Janganlah memandang kepada siapa yang berbicara tetapi perhatikanlah apa yang dibicarakan.



Tidak ada kemenangan bersama kedurhakaan.



Tidak ada pujian bersama kesombongan.



Tidak ada kesihatan bersama kerakusan dan kurang cerna.



Tidak ada kemuliaan bersama adat yang kuno.



Tidak ada kesentosaan bersama kedengkian.



Tidak ada kebenaran dengan meninggalkan perbincangan.



Tidak ada keperwiraan dengan meninggalkan perbincangan.



Tidak ada keperwiraan bagi pendusta.



Tidak ada kemuliaan yang melebihi ketakwaan.



Tidak ada pemberi syafaat yang melebihi taubat.



Tidak ada penyakit yang lebih menyulitkan daripada kebodohan.



Manusia itu musuh dari apa yang ia tidak ketahui.



Allah menyayangi seseorang yang mengenal keampunan dan tidaklah kekuasaannya menjadikannya melampaui batas.



Mengulangi meminta maaf itu mengingatkan kesalahan.



Musuh terbesar itu ialah yang paling tersembunyi tipu dayanya.



Hikmah adalah milik orang beriman yang hilang.



Yang jijik itu menghimpun segala aib yang buruk.



Nasihat di tengah khalayak ramai itu adalah satu celaan.





Admin

Kisah teladan & Co

No comments:

Post a Comment