Friday, July 15, 2011

MENCARI REZEKI HALAL ADALAH WAJIB KEPADA MUSLIM.

MENCARI REZEKI HALAL ADALAH WAJIB KEPADA MUSLIM.



قال يا كعب بن عجرة إنه لا يدخل الجنة لحم نبت من سحت

رواه ابن حبان في صحيحه في حديث

Bismillah

dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Amat Pengasih..



الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لاشريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله وخيرته من خلقه وأمينه على وحيه صلى الله عليه وعلى آله وصحبه ومن اهتدى بهديه.

أما بعد:

Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerna masih bernafas.Jam menunjukkan 10.05 malam,11 Julai 2011.



Malam ini aku menziarahi Abang Halim jiranku.Sejak bulan April beliau mengidap penyakit misteri.Susah tidur,tiada selera makan,selalu sakit badan.Kini kurus dan tidak bermaya.



Sudah banyak tempat berubat,namun belum sembuh.Sudah ke hospital pakar periksa darah dan buat medical check,namun doktor mengatakan tiada penyakit..



Abang Halim seorang jiran yang baik,begitu juga isterinya.Sudah seminggu tidak bekerja kerna tiada selera makan…Badan agak lemah.Amat kasihan melihatnya.



Sebagai jiran,aku nasihatkannya agar bersabar…dan banyakkan berdoa.Penyakit misteri memang pelik.Walaupun doktor mengesahkan tiada penyakit,namun beliau mengalami pelbagai masalah.



Penyakit misteri memang memeningkan.Kebanyakan pesakit akan bertemu bomoh atau dukun,ada juga bertemu ustaz untuk mendapatkan rawatan.Ada yang sembuh,ada juga tidak.Namun sebagai manusia,kita perlu berusaha tanpa putus asa.



Dah habis mukaddimah……







Hadis di atas bermaksud "Wahai Kaab bin 'Ujrah,sesungguhnya seseorang itu tidak akan masuk Syurga darah daging yang berasal dari haram".Hadis tersebut diriwayatkan Imam Ibnu Hibban dalam sahih beliau.



Hukum mencari rezeki halal adalah wajib.Ini berdasarkan firman Allah bermaksud

" Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik

yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika

benar-benar hanya kepada-Nya kamu menyembah."

surah al-Baqarah ayat 172.



"Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang

terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan;

karena sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu."

" Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji,

dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui."

surah al-Baqarah ayat 168-169.



Alhamdulillah syukur kepada Allah kerna menjadi rakyat Malaysia.Malaysia adalah sebuah negara Islam yang kaya dengan sumber rezeki.Rakyat boleh memilih bekerja dengan syarikat swasta atau kerajaan.Boleh juga menjadi usahawan.



Negara ini adalah negara yang kaya dengan pelbagai sumber.Orang kampung boleh bertani seperti menanam padi,tebu,sayuran dan sebagainya.Tanah yang luas dan subur memberi rezeki kepada ramai orang kampung.



Negara Malaysia juga aman damai dan tiada bencana alam seeprti gempa bumi,taufan,peperangan dan sebagainya.Lihatkan negara Palestin yang sentiasa dibedil Israel laknatullah.Iraq bom sana sini…







Menjadi rakyat Malaysia amat bertuah.Ramai pekerja asing dari Indonesia,Pakistan,Bangladesh,China dan sebagainya datang mencari rezeki.Dianggarkan 2 juta pekerja asing bekerja sebagai pembantu rumah,operator kilang,pekerja am dan sebagainya.



Islam mewajibkan manusia mencari rezeki halal kerna rezeki halal akan membersihkan zahir dan batin.Pada zaman moden,ramai manusia tidak mengambil berat sumber rezeki.Mereka hanya pentingkan wang.



Walaupun Malaysia kaya dengan sumber alam dan pelbagai pilihan pekerjaan namun ramai manusia memilih pekerjaan haram seperti GRO dan pelacur.Malah ibu negeri Kelantan juga ada sarang pelacur yang jauhnya beberapa kilometer sahaja dari pejabat Menteri Besar Kelantan.Memang pelik sebuah negeri dengan slogan MEMBANGUN BERSAMA ISLAM juga ada sarang pelacuran.



Memang menyedihkan.Sebuah negeri yang dipimpin manusia bergelar ulama' tidak tahu atau buat-buat tidak tahu.Biarlah Allah swt menghukumnya.Allah swt lebih mengetahui..



Antara pekerjaan atau perbuatan yang mmebawa kepada rezeki haram :



1.Pekerjaan haram seperti GRO,pelacur,pembunuh upahan ,ceti haram dan sebagainya.



2.Mengambil rasuah.Contohnya seorang pegawai polis tidak menyaman pemandu yang tidak memakai tali pinggang keledar dan menerima suapan agar tidak disaman.



3.Menipu.Contohnya seorang lelaki menjual madu tiruan dan mendakwa madu asli.



4.Tidak amanah.Contohnya pekerja yang out-station mengisi minyak RM20 dan menuntut RM50 dari majikannya.



5.Tidak bekerja mengikut masa.Contohnya waktu bekerja adalah 8 jam,namun hanya bekerja selama 5 jam.3 jam lagi dihabiskan dengan tidur dan melayan Facebook.



6.Bekerja dengan majikan haram .Contohnya bekerja dengan ceti haram memungut hutang.



7.Mengubah peralatan.Contohnya pemandu teksi yang mengubah meter agar harga lebih mahal dari harga sepatutnya.



8.Berniaga produk haram.Contohnya usahawan menjual pakaian tiruan atau peralatan seks.



9.Mengubah ciptaan Allah.Contohnya pusat kecantikan membuat pembedahan memancungkan hidung.



10.Menjual benda haram.Contohnya menjual dadah atau arak.



11.Pelaburan.Contohnya melabur dalam fixed deposit dalam bank kerna ia jelas riba dan haram.



12.Membantu perkara haram.Contohnya menjadi agen pendatang asing dengan membawa mereka dengan bot dan menyerahkan kepada majikan yang berminat.



13.Kandungan haram.Contohnya membuat kek menggunakan bahan yang haram seperti alkohol atau minyak babi dan menjualnya.



14.Kuasa.Menggunakan agama untuk kepentingan politik dan menang pilihan raya.Akhirnya menjadi YB.Atau menipu undi dan menang dalam pilihan raya.Juga menggunakan rasuah untuk membeli undi.



15.Sewa.Menyewakan rumah kedai untuk dijalankan bisnes haram seperti menjual DVD cetak rompak.



16.Rawatan.Contohnya Bomoh dan dukun yang menggunakan bacaan sihir dan khurafat mengubati orang.



17.Doktor.Contohnya menjalankan pengguguran bayi bagi wanita mengandung luar nikah atau sudah bernikah tanpa sebab munasabah seperti bahaya dan mudarat.



18.Produk kecantikan.Menghasilkan atau menjual produk kecantikan yang dihasilkan dari sumber haram seperti gelatin babi dan sebagainya.



19.Majalah.Menghasilkan majalah lucah dan tidak bermoral atau menjual.



20.Buku.Menulis buku yang penuh dengan fitnah atau menggalakkan maksiat seperti novel cinta melampau.Begitu juga menerbitkan dan menjual.



21.Tiruan.Menjual pelbagai produk tiruan sama ada pakaian,telefon bimbit,peralatan dan sebagainya.



22.Saksi palsu.Menjadi saksi palsu di Mahkamah kerana mahu mendapatkan wang.



23.Mencuri.Mencuri dan meragut hak orang lain.



24.Tangkal.Contohnya menjual pelbagai jenis tangkal seperti batu delima yang dikatakan mampu mencegah penyakit atau pelaris.



25.Menzalimi rakyat.Contohnya mengambil tanah dengan membayar dengan harga rendah dan memaksa pemilik tanah bersetuju.



26.Lari cukai.Contohnya produk yang diimport dari luar negara berjumlah 5000 ,namun ditulis dalam borang kastam 2000 sahaja.



27.Makanan rosak.Menjual lauk basi di pasar malam atau pasar Raamdhan.Begitu juga menjual makanan luput tarikh.Begitu juga menjual durian busuk di jalanan.



28.Judi.Wang hasil bermain judi atau membeli nombor ekor.



29.Harga.Menjual dengan harga yang amat melampau.Contohnya penapis air dari China berharga modal RM500 dan dijual RM5000.



30.Senjata.Negara Islam menjual senjata kepada negara kafir dan ia digunakan untuk menyerang negara Islam.



31.Restoran.Menggunakan bahan terlarang seperti ganja untuk menyedapkan makanan.



32.Menjual rahsia.Contohnya seseorang menjual rahsia negara kepada pihak musuh.



33.Kesihatan.Contohnya menghasilkan minuman tongkat ali bersama ramuan berbahaya yang boleh menyebabkan rosak buah pinggang.



34.Tanpa izin.Contohnya mengambil daun pisang di tanah orang lain untuk dijual tanpa izin tuan tanah.



35.Kereta curi.Menjual kereta curi kepada orang ramai.



36.Bahan binaan.Mencampurkan pasir lebih banyak dari simen bagi mengaut keuntungan.



Dan sebagainya…



Apa yang ditulis di atas adalah perkara biasa yang berlaku di mana-mana pelusuk dunia.Manusia sanggup melakukan apa sahaja asalkan mendapat wang dan mereka tidak peduli halal dan haram.



Apa yang mneyedihkan ramai suami isteri mendapatkan wang secara haram dan memberi anak-anak makan minum sumber haram.Maka anak –anak membesar dengan wang haram.Zuriat tersebut berkembang hinggalah kiamat dengan hasil darah daging haram.



Ramai manusia bekerja dengan pekerjaan halal seperti pegawai daerah.Namun menggunakan kuasa dan pangkat untuk meraih komisyen dengan memberi projek kepada kroni.Maka berhasillah wang haram.



Begitu juga jawatan doktor adalah pekerjaan halal.Namun menjual ubat batuk tanpa kawalan kepada remaja dan melakukan pengguguran.Maka berhasillah wang haram.







Ramai manusia tidak sedar atau sengaja mencampurkan wang halal dan haram.Gaji seorang pegawai polis adalah halal ,namun mencampurkan wang rasuah dalam pendapatan.Maka bercampurlah halal dan haram.



Begitu juga pemandu teksi adalah pekerjaan halal.Namun tindakan tidak menggunakan meter adalah salah dan menghasilkan wang haram.



Ramai manusia lupa bahawa mencampurkan pendapatan halal dan haram adalah salah.Wang yang bercampur akan menyebabkan seseorang makan dan minum wang haram.Adalah mustahil untuk mengasingkan sumber halal dan haram.



Tips :

1.Pilih pekerjaan yang bersih dan halal pada syarak.

2.Jauhi pekerjaan haram.

3.Jauhi bekerja dengan majikan menjalankan perniagaan haram seperti menjual arak.

4.Berusaha bekerja mengikut peraturan syarikat dan majikan.

5.Jauhi sumber meragukan seperti saham tidak halal atau perdagangan mata wang berunsurkan riba.

6.Bertanya ilmuwan dan ulama' muktabar sebelum melaburkan wang agar ia dipastikan halal dan bersih.

7.Jangan terpedaya dengan keuntungan tinggi seperti Fixed Deposit atau skim cepat kaya.

8.Jauhi jenis perniagaan meragukan seperti MLM,Forex,produk makanan kesihatan tiada pengesahan dan sebagainya.

9.Gunakan skim perbankan syariah.

10.Teliti setiap sumber wang.

11.Jauhi perbuatan melalaikan dan bukan penting seperti melayan Facebook ketika bekerja.

12.Jangan gunakan peralatan pejabat seperti telefon,kereta rasmi untuk kepentingan peribadi,bukan urusan kerja.

13.Sentiasa fikirkan azab Neraka setiap sen sumber wang haram.

14.Bertanya kepada pasangan dan menyelidiki sumber pendapatan jika ia meragukan.Contohnya gaji suami adalah RM2000 namun mampu berbelanja mewah seperti membeli kereta ratusan ribu dan rumah banglo mewah.



15.Buat kajian dan penyelidikan setiap perkara seperti hukum Fixed Deposit,pelaburan lintah dan sebagainya.



16.Bekerja kerajaan adalah halal.Jangan burukkan kerajaan dan sokong pembangkang.Adalah memalukan bekerja dengan kerajaan dan menikmati pelbagai keistimewaan namun menyokong pembangkang.



17.Banyakkan berdoa " Ya Allah Ya Razzak,kurniakan kami rezeki halal dan jauhkan kami dari rezeki haram."



18.Jangan lihat kemewahan dan kesenangan orang lain kerana ia boleh menjadikan seseorang tamak dan terlibat dengan aktiviti haram seperti rasuah dan menipu.



19.Sentiasa qanaah iaitu redha dengan rezeki dan sentiasa bersyukur kepada Allah.



20.Banyakkan berzikir dengan menyebut nama Tuhan "Ya Razzak ".



Teliti setiap sen dan ringgit.Jangan biarkan sesen pun pendapatan kita adalah haram.Walaupun 1 sen wang haram,kita akan ditanya ALlah swt di akhirat.



Kehidupan ini sementara,carilah rezeki halal.Biar rezeki sedikit asalkan halal dan berkat berbanding wang berjuta namun sumber dari wahana haram.



Kesempurnaan dan kebaikan milik Allah Maha Bijaksana lagi Amat Menegtahui,manakala diri ini amat naif dan kaya kelemahan dan kenaifan..



Admin

Kisah Teladan & Co

12.02 am

12 Julai 2011

Upload : 15 Julai 2011

No comments:

Post a Comment