Tuesday, January 28, 2014

Jangan Menitiskan Air Mata Kerana Video Ini..

Alternatif elak kanser

Oleh Murshid Eunos
Lebih 90% statistik menunjukkan golongan wanita lebih terdedah kepada kanser dan hampir kesemuanya disebabkan kanser payu dara yang mana menjadi salah satu pembunuh kepada golongan wanita.
Bagaimanapun, masih ada baki 10% untuk lelaki juga menghidap penyakit ini dan terdapat sekurang-kurangnya satu peratus menunjukkan lelaki juga ada potensi untuk terkena kanser payu dara. Kanser masih boleh dicegah dari awal jika kita mampu mengawal gaya hidup, makanan dan kesihatan diri secara konsisten dan seimbang. Justeru Gen Y ingin berkongsi 15 jalan mudah untuk kita semua, baik lelaki mahupun wanita yang masih belum terlewat untuk mengelakkan diri daripada terkena virus pembunuh ini.
Masukkan kubis jeruk dalam hidangan harian anda. Mungkin anda boleh cuba hidangan ini kerana kerana mengikut satu pemerhatian dan kajian pakar di Finland, makanan yang melalui proses penapaian akan menghasilkan beberapa sebatian yang boleh menghalang kanser. 
Jika anda membelinya di dalam tin, bilas kubis jeruk untuk mengurangkan natrium sebelum anda makan. Jika tidak boleh atau biasa dengan rasanya, anda boleh mencubanya sesekali dalam hidangan berat sama ada makan tengahari ataupun hidangan makan malam. 


2. Sayur brokoli

Apa kata kali ini kita tukar pilihan sayur kepada jenis brokoli. Sayur brokoli adalah makanan terbaik dalam menentang kanser jika anda mengambilnya setiap hari. Brokoli lebih baik jika anda mengukus untuk menjadi makanan kudapan atau ditambah ke dalam sup atau dijadikan salad. 

Elak masak di dalam gelombang mikro kerana ia menghapuskan 97% flavonoids dalam brokoli.


3. Kacang Brazil

Sekiranya anda jenis yang gemar mengambil salad sebagai salah satu hidangan harian, kali ini cuba tambah kacang Brazil di dalam hidangan itu kerana ia kaya dengan selenium, iaitu sejenis mineral yang boleh membunuh sel kanser dan membantu sel membaiki DNA.

Kajian dan satu penyelidikan oleh Harvard mendapati 1,000 lelaki yang menghidap kanser prostat yang mempunyai tahap darah tinggi selenium, berjaya kurangkan 48% sakit ini. 

Kajian yang dilakukan di Universiti Cornell dan University of Arizona menunjukkan yang 200 mikrogram selenium setiap hari tanpa membuang kulit kacang Brazil mengurangkan 63% risiko tumor prostat, 58% kanser kolorektum, 46% kanser paru-paru dan 39% sakit kanser secara keseluruhan.


4. Kalsium dan vitamin D

Ambil kalsium bersama vitamin D sebagai makanan tambahan. Menurut kajian Fakulti Perubatan di Dartmouth, Amerika Syarikat, makanan tambahan seperti kalsium bersama vitamin D membantu mengurangkan polip kanser iaitu sejenis risiko mendapatkan kanser kolon pada orang yang mempunyai masalah ketumbuhan.


5. Bawang putih

Bawang putih mengandungi sebatian sulfur yang boleh merangsang sistem imun semula jadi untuk menentang kanser dan juga mengurangkan pertumbuhan tumor. Ia begitu baik untuk dijadikan alternatif bagi mengelakkan kita dari virus kanser.

Ada kajian mengatakan bawang putih boleh mengurangkan insiden kanser perut. 


6. Beri biru

Dengar seperti rutin makanan barat namun itulah yang baik untuk menjaga kesihatan diri dan sekali gus mampu mengelakkan diri daripada kanser dengan mengambil beri biru ke dalam hidangan terutamanya sarapan. 

Buah beri biru adalah buah yang terbaik kerana kandungan antioksidan yang tinggi. Antioksidan meneutralkan radikal bebas di mana terdapat sebatian yang tidak stabil yang boleh merosakkan sel dan menjadi punca kepada kanser.


7. Sos perapan

Banyakkan sos perapan untuk makanan bakar atau setiap kali aktiviti jamuan BBQ anda. Daging yang dipanggang atas api boleh mewujudkan pelbagai jenis bahan-bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser. 

Namun, kajian yang diperoleh dari Institut Kajian Kanser Amerika Syarikat mendapati salutan daging dengan sos perapan yang tebal mampu mencegah terdedah dengan api secara langsung dan mengurangkan jumlah bahan kimia. 

Adalah lebih baik anda masak daging anda di dalam ketuhar terlebih dulu sebelum mula gril di atas api agar daging anda masak sempurna.


8. Air kosong

Menurut kajian dari Jurnal Perubatan The New England pada tahun 1996 mendapati lelaki yang meminum lapan gelas air kosong setiap hari membantu menyingkirkan risiko kanser pundi kencing. 

Wanita yang minum banyak air kosong pula membantu mengurangkan risiko kanser kolon. Penggemar minuman air kosong membantu mengurangkan risiko kanser sebanyak 45%.

Namun kebaikan dan kesan positif terhadap pengambilan air kosong tidak perlu lagi diperkata kerana sudah terbukti menerusi banyak kajian yang air kosong sememangnya baik untuk sistem badan kita.


9. Teh hijau dan teh Cina
Jadikan minuman teh hijau sebagai tabiat sihat berbanding mengambil jenis air kopi lain. Kehebatan teh hijau terbukti di Asia sejak beribu tahun lagi terutamanya bagi masyarakat Cina yang sememangnya menjadikan teh itu sebagai hidangan wajib setiap hari.

Di barat, kajian baru membongkarkan yang teh hijau membantu menentang pelbagai jenis kanser. Para saintis percaya bahan kimia yang terdapat di dalam teh hijau yang dipanggil EGCG adalah salah satu bahan yang paling hebat melawan kanser.


10. Ikan salmon

Kajian dari Australia mendapati sesiapa yang mengambil empat atau lebih hidangan salmon setiap minggu mampu menentang kanser leukemia, myeloma dan non-Hodgkin lymphoma. 

Salmon sememangnya sudah terbukti khasiat yang terkandung padanya berdasarkan beberapa kajian lain sebelum ini. Salmon, makerel, halibut, sardin dan tuna turut membantu mengurangkan risiko kanser endometrium terhadap wanita. 


11. Jemur diri

Berjemur 15 minit setiap hari adalah salah satu alternatif yang boleh mengelakkan diri kita daripada kanser. Cahaya matahari mengandungi vitamin D dan tahukah anda yang kekurangan vitamin D meningkatkan risiko kanser termasuk payudara, kolon, prostat, ovari dan perut. 

Begitu juga penyakit diabetes, osteoporosis dan tekanan darah tinggi. Sesekali melakukan aktiviti luar di bawah cahaya matahari selama 15 minit tidaklah menggelapkan kulit anda tetapi membantu mengelak kanser.


12. Buah kiwi

Pilih kiwi sebagai buah pilihan. Buah kiwi membantu melawan kanser kerana kandungannya yang kaya vitamin C, vitamin E, lutein dan zat besi. Petua melembutkan isi daging adalah dengan menggosok hirisan buah kiwi pada daging yang mempunyai lemak.


13. Minum sitrus

Jadikan buah sitrus sebagai minuman harian bagi menggantikan pilihan kebiasaan lain selain air kosong yang sudah tentunya menjadi pilihan wajib. Pengambilan buah sitrus seperti lemon dan limau mampu membantu mengurangkan risiko kanser mulut, tekak dan perut.


14. Makanan organik

Makanan organik ditanam tanpa sebarang penggunaan racun perosak di mana racun perosak boleh menjadi punca kerosakan sel yang akhirnya menjuruskan kepada kanser. Pilih dan carilah jenis makanan ini untuk dijadikan hidangan baru.


15. Vitamin

Ambil multivitamin setiap pagi. Banyak kajian mencadangkan untuk mendapatkan tahap kesihatan yang terbaik, jangan lupa mengambil vitamin dan mineral kerana ia membantu memperbaiki fungsi sistem imun dan membantu mencegah pelbagai jenis kanser.

HARIAN METRO 

ETIKA DAN ADAB MEMBACA QURAN

ETIKA  DAN  ADAB MEMBACA QURAN


Quran adalah kalamullah.Mmebaca Quran amatlah banyak pahala.Jika membaca,memahami ayat-ayat Quran dan mengamalkannya dalam kehidupan ,ia lebih baik dan lebih banyak PAHALA.
1.Belajar tajwid sebaiknya agar membaca Quran dengan betul.Mereka yang membaca Quran dengan salah akan diberikan DOSA.Banyak guru di masjid,surau mengajar ilmu tajwid,BELAJARLAH.
2.Berwuduk.Pastikan diri kita sentiasa berwuduk.Itulah amalan Bilal bin Rabbah r.a seorang hamba yang dimerdekakan,malah berbangsa Afrika yang kulit hitam,namun dijanjikan Syurga oleh Nabi SAW.Ketika Nabi SAW Israk Mikraj,Baginda SAW mendengar sepatu Bilal di Syurga.
3.Belajar bahasa arab agar kita memahami ayat-ayat Quran.Belajarlah sedikit demi sedikit.Jika ramai sanggup membayar tuisyen bahasa Inggeris RM100 sebulan,mengapa tidak mahu belajar bahasa arab?
4.Membaca Quran tidak mengira masa.Seorang wali Allah mampu khatam Quran sehari sebanyak 6 kali dan meninggalkan bacaan Quran di tandas sahaja.Imam Syafei rahimullah khatam Quran sehari sebanyak dua kali,manakala pd ramadhan sebanyak 4 kali sehari.
5.Memegang Quran tanpa wuduk adalah HARUS,namun menyentuh tulisan Quran adalah HARAM.
6.Jangan berguru  melalui buku atau dalam FB atau Youtube.Berguru membaca Quran perlu berdepan dengan guru Quran yang muktabar.
7.Hukum perempuan membaca Quran tidak HARAM,ada sebuah riwayat mengatakan Saidatina Aisyah r.a membaca Quran ketika beliau dalam haid.
8.Mulakan taawwuz dan basmalah pada awal surah.Jika di tengah surah,baca taawwuz sahaja.Manakala surah  AT-TAUBAH  atau AL-BARAAH adalah HARAM membaca basmalah .Baca taawwuz sahaja pd awal surah dan tengah.
9.Membaca Quran hukumnya sunat,namun jika menggangu org lain,HARAM.Ramai membaca Quran dengan suara kuat di masjid dan surau dan ia mengganggu org sdg solat sunat,zikir,iktikaf dll.
10.Kitab Tajwid terbaik bertajuk AL-IQNAA’ dalam bahasa arab.Carilah guru belajar kitab tersebut.
11.Boleh membaca Quran dan membaca terjemahan di sini :
12.Bila khatam ,jangan habiskan surah annas.Sepatunya disambung sehingga surah al-Fatihah dan surah al-Baqarah lima ayat,kemudian baru berhenti dan baca doa khatam Quran.
13.Sebaiknya gunakan Quran rasm OSMANI .Ia adalah Quran mengikut tulisan dan bacaan yang tepat berbanding Quran rasm lain.

14.Sebelum membaca Quran,sebaiknya baca surah An-Naas 3 kali.
15.Letakkan Quran di tempat tinggi,bukan rendah sbg menghormati Quran.
16.Cuba hafaz Quran  dan waktu terbaik menghafaz adalah 1/3 malam dan selepas solat Maghrib.hafallah Quran agar kita mmebaca ayat panjang dlm solat.
17.Meletakkan Quran untuk dibaca dalam solat adalah HARUS.Saya biasa solat sunat duduk dan Quran diletakkan di atas rehal di depan utk mudah dibaca.
18.Berusahalah menangis ketika membaca Quran.Sebuah  hadis “ Menangislah pabila membaca Quran,jika x mampu,buat-buatlah menangis”.
19.Sy biasa membaca Quran di pelbagai tempat seperti dalam kereta,rumah,masjid dan sebagainya.Tempat dilarang membaca Quran adalah TANDAS sahaja.
20.Tiada hadis sahih mengatakan Nabi SAW membaca Quran di kubur.
21.Hadis berkaitan membaca surah Yaasin malam dan Jumaat adalah DHAIF manakala hadis membaca surah KAHFI adalah HADIS SAHIH.Saya biasa membaca Yaasin malam Jumaat dan siang Jumaat membaca surah Kahfi.Kdgkala membaca surah Yaasin dan Kahfi pd malam Jumaat serentak.
22.Hadis berbunyi “ Yaasin adalah jantung Quran” adalah HADIS PALSU.
23.Cuba hafaz doa dari Quran agar ia diamalkan selepas solat.Banyak doa dibaca oleh para Nabi dan sebagainya.
24.Bacalah Quran dalam keadaan menutup aurat.Ramai wanita dan lelaki membaca Quran membuka rambut,pakai seluar pendek dan sebagainya.ia tidak menghormati Quran.
25.MAKHRAJ bermaksud TEMPAT KELUAR HURUF.Sebut betul2 setiap huruf agar ianya betul.BELAJARLAH DENGAN GURU.
Ø«  Ù…  jika dibaca س  mengubah makna.
JIKA DIBACA س  IA MENGUBAH MAKNA “KEMUDIAN “ KEPADA “RACUN”
26. HARAM menulis Quran dengan rumi.
Contohnya “BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM”.
27.Salman al-Parsi r.a adalah seorang sahabat dari Isfahan,IRAN  dan datang ke Madinah semata-mata mahu melihat kebenaran Islam.Beliau r.a bertemu Nabi SAW dan menghafal kitab Taurat.Dalam kitab Taurat mengatakan Nabi akhir zaman ada cop di belakang badannya.Justeru Salman bermusafir dari IRAN hingga ke MADINAH AL-MUNAWWARAH.
Katanya “Tolong tunduk..”Nabi SAW pun tunduk dan terlihat cop kenabian di belakang badan Rasulullah SAW.Salman ra.  terus mengucap KALIMAH SYAHADAT.
Salman ra belajar Quran dengan bahasa arab,bukan bahasa PARSI.
Sejarawan mengatakan Salman r.a meninggal dunia ketika zaman Osman bin Affan ra menjadi Khalifah.Namun ada juga mengatakan Salman r.a meninggal pd zaman Khalifah Ali Abu Tholib r.a.
SUMBANGAN SALMAN AL-PARSI kepada Nabi saw adalah IDEA PEMBINAAN PARIT   DI SEKEKLILING BANDAR  MADINAH  AL-MUNAWWARAH dalam perang KHANDAK.Parit tersebut digali oleh sahabat saw termasuk Nabi SAW.
Parit tersebut telah dikambus oleh pemerintah ARAB SAUDI kerna ramai melakukan perbuatan khurafat seperti tidur di dalamnya untuk mengambil BERKAT.
TAPAK PARIT TERSEBUT KINI TELAH MENJADI JALAN RAYA.
Pernah dilantik sebagia gabenor di Bandar Al-Madain yang terletak berdekatan Baghdad. Salman r.a mendapat gaji sebanyak lima ribu dirham. Semua wang tersebut disedekahkannya kepada fakir miskin.
Ketika menjadi GABENOR,Salman al-Parsi r.a memikul karung guni berisi makanan dan dihantar kepada orang miskin.
Pegawainya berkata “Ramai tidak mengenalinya…..suatu hari saya memperkenaklan inilah SALMAN,GABENOR kita..”
Semua penduduk terperanjat dengan sifat  TAWADDUK Salman r.a wlupun bergelar GABENOR.
28.Pemimpin Islam yang menghancurkan Islam adalah KAMAL ATTARTURK.Dia mengubah azan ke bahasa TURKI dan mengharamkan pelajaran Quran di sekolah dan masjid.
29.Bacalah tafsir Quran setiap hari.Jika sehari sejuzuk,sebulan tamat 30 juzuk.Amalkan berterusan dengan ISTIQAMAH.
30.Berdoalah setiap hari agar salah seorang anak kita Berjaya MENGHAFAL QURAN.Semoga Allah SWT perkenankan.
31.Banyakkan berdoa " YA ALLAH,JADIKANKU ORG YG MMEBACA QURAN DENGAN TARTIL DAN MENGAMALKAN AJARAN QURAN" dalam sujud dan selepas solat.

32.Amalkan zikir dalam Quran seperti zikir NABI YUNUS  dan sebagainya.

www.kuburakhirat.com



Monday, January 20, 2014

ZIKIR HD (+playlist)









PENERANGAN OLEH DATO' DR HARON DIN MENGENAI ZIKIR MENARI..

SETIAP soalan memang ada jawapan. Jawapan itu bergantung kepadaa pengetahuan yang ada pada penjawabnya.

Kadang-kadang ada yang mengikut 'rasa', seperti soalan anda di atas, penjawab itu berkata rasanya tidak boleh. Mungkin juga ada orang lain yang akan menjawab rasanya boleh.

Jawapan bagi persoalan agama bukan boleh dimain dengan 'rasa'. Ia memerlukan sandaran hukum yang perlu dirujuk kepada sumber yang sahih.

Berkenaan dengan zikrullah, Allah SWT berfirman (mafhumnya): "Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): 'Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.'" (Surah 'Ali-'Imran ayat 191).

Ayat ini memberi isyarat bahawa zikrullah boleh dilakukan dalam pelbagai keadaan dan gaya.

Ummul Mukminin Aisyah r.ha. pernah melaporkan bahawa Rasulullah SAW berzikrullah (berzikir kepada Allah) dalam semua keadaan. Sedang berjalan, menaiki kenderaan, di atas kenderaan, berbaring, duduk dan bermacam lagi pernah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.

Dalam satu riwayat pernah diceritakan bahawa Jaafar bin Abi Talib r.a (sepupu Rasulullah), pernah menari-nari melenggok lentuk di hadapan Rasullullah SAW sebaik sahaja beliau mendengar Rasulullah SAW menyebut kepada beliau, "Allah menjadikan rupa parasmu seiras dengan Allah menciptakan daku."

Mendengar kata-kata yang seindah dan semurni itu, terus dita'birkan dengan menari-nari di hadapan Rasullullah SAW. Tingkah laku beliau itu atau 'body language' beliau tidak ditegah atau ditegur oleh Rasulullah SAW.

Di sinilah dikatakan atau dijadikan asal usul sandaran bahawa menari-nari sambil berzikir kepada Allah yang dilakukan oleh ahli tarikat atau golongan sufiyah, ada sandarannya.

Sahlah berlaku tarian di majlis zikir yang dihadiri oleh ulama besar yang muktabar. Antara mereka ialah al-Imam Izzuddin Abdus Salam dan tidak diengkarinya.

Ditanya Shaikhul Islam Sirajuddin al-Balqini tentang persoalan tari-menari dalam majlis zikir, lalu dijawab beliau dengan mengiyakannya, yakni boleh dilakukan.

Ditanya al-A̢۪llamah Burhanuddin al-Abnasi, perkara yang sama, maka beliau menjawab dengan membolehkannya.

Ditanya ulama besar dalam mazhab Hanafi dan Maliki, semuanya menjawab, "Tidak mengapa dan boleh dilakukan."

Semua jawapan ini dibuat dengan bersandarkan kepada ayat dalam Surah 'Ali-'Imran di atas berserta hadis yang diriwayatkan oleh Jaafar bin Abi Talib r.a.

Adapun tarian yang dilarang adalah tarian yang bercampur lelaki perempuan yang bukan mahram, lebih-lebih lagi ia diadakan dalam majlis yang kemaksiatannya ketara seperti berpakaian tidak menutup aurat, diiringi dengan muzik dan suasana yang mengundang kepada syahwat dan lain-lain.

Itulah yang disebut haram. Haram bukan soal tarian, tetapi dilihat dari aspek persembahan, suasana dan dilihat dengan jelas kemaksiatan.

Adapun tarian dalam zikrullah, adalah tarian khusus yang lahir daripada rasa kesyahduan kepada Allah, dengan kelazatan munajat dan bertaladdud (berseronok kerana zikrullah).

Perasaan seronok dan lazat itu yang diketahui oleh orang yang mengetahuinya, merupakan anugerah Allah kepada mereka.

Mereka hendak menunjukkan bahasa badan (body language) mereka dengan menari-nari tanda keseronokan, tetapi dibuat kerana Allah SWT.

Inilah yang disebut di dalam Al-Quran (mafhumnya): "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia." (Surah ar-Ra̢۪d, ayat 28).

Ketenangan adalah suatu kenikmatan. Hendak menghargai kenikmatan itu adalah sesuatu yang boleh dita'birkan dengan isyarat, dengan kata-kata, dengan bahasa badan yang dijelmakan dalam bentuk tarian untuk menyatakan kesyukuran dan kenikmatan yang mereka perolehi hasil anugerah Allah.

Atas itulah pada pendapat saya bahawa tarian dalam majlis-majlis sufi itu adalah harus.

Untuk menyatakan haram atau tidak boleh memang mudah, tetapi harus disandarkan kepada dalil. Jika tidak ada dalil atau hujah, berbaliklah kepada hukum fekah bahawa, "Asal semua perkara adalah harus sehingga ada dalil yang membuktikannya haram."

Oleh itu berzikrullah yang difahami dari ayat al-Quran di atas, hadis Rasulullah SAW dan pandangan ulama muktabar, maka saya menyatakan ia harus dan bukanlah haram.



Tuesday, January 14, 2014

Mengingati Ayahanda Saya, Tun Razak

Oleh NAZIR RAZAK



KENANGAN LALU...Nazir bersama-sama ayahandanya Tun Razak pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri.



HARI ini, tiga puluh lapan tahun yang lalu, pada tanggal 14 Januari 1976, Tun Abdul Razak Hussein meninggal dunia di London disebabkan komplikasi daripada lukemia.
Malaysia kehilangan seorang Perdana Menteri.
Saya kehilangan seorang ayah. Malaysia ketika itu berusia sembilan-belas tahun. Saya, sembilan tahun.
Hari-hari berikutnya kami berada dalam kesedihan, seakan-akan diselimuti kabur sementara seluruh Malaysia ‘meratap’ akan pemergiannya. Saya dan keempat-empat abang saya segera menghulurkan sokongan kepada ibu kami, Sambil menerima ucapan takziah dari seluruh pelusuk tanah air.
Ini membuat kami merasa bahawa bukan kami sekeluarga sahaja yang terjejas ekoran daripada tragedi pemergian beliau.
Saya perlu akui, pada usia saya yang terlalu muda ketika itu, saya kadang kala merasakan bahawa beliau terlalu mengutamakan urusan negara dan meninggalkan sedikit sahaja kenangan untuk kami sekeluarga.
Walaubagaimanapun, saya tidak pernah sekali pun berasa ragu akan sikap dedikasi beliau dan tidak mementingkan diri dalam memikul tanggungjawab dan perhatian terhadap negara kita yang sedang baru membangun. Ia tetap tersemat di hati ini.
Saya tidak berkesempatan untuk ‘mengenal’ beliau. Tetapi, kesan mendalam yang terpahat dalam diri ini adalah nilai-nilai yang beliau sampaikan dan integriti diri yang beliau tekankan yang mengatasi segala-galanya.
Ya, ini juga termasuklah ke atas keluarganya.
Saya teringat kepada satu peristiwa di mana kami adik-beradik telah meminta beliau membina sebuah kolam renang di kawasan rumah kami, di Seri Taman, iaitu kediaman rasmi Perdana Menteri.
Oleh kerana beliau adalah seorang peguam yang terlatih, beliau telah mengarahkan kami supaya membentangkan kes bagi permintaan ini dan bersedia dengan hujah-hujah yang lojik dan rasional.
Kami benar-benar fikirkan bahawa kami telah mengutarakan cadangan yang bernas dengan hujah-hujah yang mantap, sehinggalah kami terlihat air mukanya yang semakin berubah dan diiringi dengan tenungan yang tajam.
Ayahanda saya memberitahu dengan jelas bahawa walaupun Seri Taman adalah kediaman rasmi kami tetapi ia sebenarnya hak negara; bermakna, hak rakyat.
Apa sahaja yang dibelanjakan untuk rumah itu adalah daripada tabung negara dan beliau tidak akan membenarkan negara menampung perbelanjaan bagi sesuatu yang tidak penting seperti kolam renang.
“Apa akan rakyat fikir nanti?” tengking beliau.
Ketika usia saya semakin meningkat, saya berusaha untuk mencari maklumat daripada mereka yang mengenali beliau, termasuk mereka yang pernah bekerja dengannya di dalam kerajaan, ahli politik, mereka yang memperjuangkan kemerdekaan dan lain-lain termasuklah dari kalangan teman-teman beliau.
Ini adalah satu-satunya cara untuk saya mengenalinya. Dalam hampir kesemua perbualan saya, saya dapati, perkara yang paling ketara dan terkesan sekali ialah nilai-nilai yang dipegang teguh oleh beliau.
Sebagai pemegang amanah kepada tabung negara, sikap berhemat beliau dalam berbelanja adalah legenda.
“Kamu mesti bertanggungjawab terhadap setiap sen yang dibelanjakan, jika tidak beliau akan meminta penjelasan yang terperinci,” kata seorang bekas menteri kepada saya.
Sebenarnya saya memang sudah sedia maklum akan perkara ini. Bukan hanya kerana episod kolam renang itu sahaja, malah daripada peristiwa- peristiwa lain.
Abang-abang saya sering bercakap tentang pengalaman mengiringi beliau ke Switzerland dalam satu lawatan rasmi - iaitu peluang yang jarang-jarang sekali mereka perolehi.
Saya diberitahu bahawa beliau memastikan segala kos penginapan ditanggungnya sendiri dan oleh kerana beliau seorang yang amat prihatin tentang pembiayaan yang dikeluarkan oleh negara, beliau menempatkan rombongannya di penginapan yang lebih murah daripada yang telah dirancang dan selama abang-abang saya berada di sana mereka hanya makan di restoran yang paling murah yang berdekatan dengan hotel.
Dan kemudian pada Oktober 1975, iaitu ketika perjalanan terakhir beliau ke Eropah untuk rawatan perubatan.
Mungkin beliau telah merasakan bahawa perjalanan itu adalah yang terakhir tetapi oleh kerana beliau ingin berjimat cermat, beliau tidak membenarkan ibu saya untuk mengiringinya, mungkin juga kerana beliau mahukan supaya ibu mempunyai simpanan yang cukup dan berada di dalam kemampuan bagi meneruskan kehidupan apabila ketiadaan beliau kelak.
Ibu bagaimanapun dapat bersama beliau beberapa minggu kemudiannya atas desakan kabinet yang mengeluarkan kebenaran untuk menggunakan wang negara bagi keperluan perjalanan ke sana.
Satu lagi sifat istimewa yang dikaitkan dengan perwatakannya ialah integriti beliau. Beliau sentiasa berpandukan kepada prinsip yang sekarang mungkin dilihat sebagai kolot atau gaya lama dalam melaksanakan tanggungjawab, iaitu penjawat awam adalah terlebih dahulu merupakan ‘hamba’ kepada rakyat yang mana kepercayaan tersebut tidak seharusnya dikhianati.
Juga beliau sentiasa dikaitkan dengan stamina yang kuat.
Ramai yang terperanjat apabila mengetahui yang beliau menghidap penyakit luekemia. Ini kerana semasa memegang jawatan, beliau sentiasa aktif; memberi perhatian terhadap urusan rasmi, meneliti semua dasar terperinci dan tentu sekali lawatan mengejut yang sering beliau lakukan ke seluruh kawasan di dalam negara.
Lawatan-lawatan ini mengeratkan lagi perhubungan beliau dengan rakyat dan membantu beliau secara peribadi untuk memahami apa yang berlaku di bawah.
Tentu sekali orang terlupa akan dedikasi yang ditunjukkan beliau ke atas pembangungan kawasan luar bandar.
Dari mula lagi Tun Razak sentiasa berpegang kepada prinsip “Rakyat Diutamakan”, satu peggangan yang beliau pertahankan, dari dulu lagi sebelum konsep ini menjadi sebutan ramai.
Tetapi, yang paling dipersetujui oleh mereka yang mengenalinya ialah komitmen Tun Razak kepada keharmonian dan penyatuan negara – ke arah membina sebuah negara yang memberi peluang dan tempat kepada setiap seorang rakyat di bumi Malaysia ini.
Visi ini diserapkan di dalam dua inisiatif yang beliau terajui semasa tragedi 13 Mei – penggubalan Rukunegara pada 1970 dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971.
Rukunegara berperanan untuk menyatukan rakyat dengan pelbagai latarbelakang dan budaya menerusi sebuah negara yang sekular.
DEB pula adalah dasar yang menegakkan perpaduan negara melalui percubaan secara besar-besaran di dalam pembangunan sosio-ekonomi dengan serampang dua mata iaitu menghapuskan kemiskinan tanpa mengira bangsa dan membangunkan semula ekonomi dengan tujuan untuk menghapuskan sebarang kaitan ekonomi dengan sesuatu kaum.
Pendebatan mengenai DEB masih berterusan.
Saya sendiri secara terbuka telah menyatakan bahawa terdapat kesilapan di dalam perlaksanaanya.
Pelaksanaan sistem kuota yang ditetapkan yang membuka laluan mudah yang menguntungkan segelintir pihak sahaja telah melahirkan jurang kelas dan status yang besar di kalangan kaum itu sendiri dan mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat di luar kaum itu sendiri.
Tentu sekali ini mengakibatkan ketegangan di antara kaum. Kedua-dua keadaan ini hanya melemahkan, malah menidakkan matlamat rangkuman DEB yang dicetuskan oleh Tun Razak, iaitu sebenarnya untuk mengukuhkan perpaduan negara.
Di manakah silapnya? Ada yang berpendapat bahawa kesilapan itu adalah hasil daripada langkah-langkah afirmatif itu sendiri.
Bagi saya ia disebabkan perlaksanaan yang terlalu tertumpu kepada pendekatan taktikal sedangkan sepatutnya tumpuan dan komitmen harus diarahkan kepada matlamat yang strategik. DEB tentu sekali telah membantu membanteras kemiskinan dan mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi apabila terbentuknya kelas pertengahan untuk kaum Melayu.
Walaubagaimanapun, boleh dikatakan pada keseluruhannya DEB terbukti berjaya mengurangkan konflik antara kaum selepas tragedi 13 Mei.
Bertuah juga kerana nasib Malaysia tidak seperti Sri Lanka, di mana pergolakkan dan perbalahan berterusan berdekad lamanya di antara pendatang Tamil dan kaum asal Sinhalese.
Pencapaian DEB bukanlah kecil tetapi matlamat DEB masih belum lagi tercapai kerana DEB sebenarnya adalah untuk mengukuhkan perpaduan negara.
Hakikatnya, ada tanda-tanda sekarang ini yang menunjukkan ketegangan di antara kaum semakin menjurus ke arah titik yang membimbangkan.
Apa yang boleh dilakukan? Ada pepatah Melayu yang berbunyi, “Sesat di Hujung Jalan, Balik ke Pangkal Jalan,” yang bermaksud “apabila kita tersesat, pulanglah ke tempat asal.”
Dan pada hemat saya, perkataan ‘asal’ di sini bererti, ‘nilai-nilai’, ‘kesungguhan’, ‘visi’ dan ‘pendekatan inklusif’; yakni sifat-sifat yang terkandung di dalam diri Tun Razak.
Saya telah pun menyebut tadi tentang komen-komen mengenai integriti diri beliau, komitmennya terhadap perkhidmatan awam dan visinya ke arah sebuah masyarakat Malaysia yang progresif, makmur dan bersatu padu.
Izinkan saya mengakhiri dengan menekankan dua lagi kemuncak legasi beliau.
Pertama, Tun Razak adalah seorang demokrat yang sejati. Selepas dua tahun mengepalai Majlis Gerakan Negara (Mageran), ekoran insiden 13 Mei 1969, beliau telah membubarkan jawatankuasanya dan mengembalikan peraturan demokratik.
Walaupun beliau memegang kuasa sebagai Ketua Mageran, tetapi pandangan dan nilai-nilai yang diterapkan adalah berasaskan peraturan demokratik dan bukan pemerintahan diktator atau ‘kuku besi’.
Cara beliau membuat keputusan membuktikannya: beliau akan mendengar pendapat dari semua yang terlibat dan berunding secara berhemat sebelum mengambil sebarang keputusan muktamad.
Beliau tidak pernah mengenepikan pandangan dari mereka yang mungkin bercanggah pendapat dengannya, malah beliau mengalu-alukan kepelbagaian pendapat supaya peluang membuat pilihan yang paling tepat terlaksana.
Yang kedua, sementara beliau berlaku komited untuk membantu kehidupan bumiputra agar menjadi lebih baik dan tidak berulangnya lagi tragedi “13 Mei”, beliau beranggappan bahawa ini adalah tanggungjawab negara dan bukan dilakukan kerana sesebuah bangsa.
Ini, bagi saya, menunjukkan kesungguhan beliau kerana beliau melibatkan tokoh-tokoh yang terbaik dan pintar dalam mengusahakan perkara ini, tidak mengira bangsa atau keturunan. Buatlah semakan dengan mereka yang bertugas sewaktu pentadbiran beliau.
Kesemua mereka adalah rakyat Malaysia, bersatu padu di dalam keazaman untuk membina semula sebuah negara, membersihkan ‘debu-debu’ selepas tragedi 13 Mei.
Itulah legasi Tun Razak untuk Malaysia. Sewajarnya kita memberi penghormatan kepada legasi ini dengan kembali ke “Pangkal Jalan.”

sumber :

MSTAR 

Monday, January 13, 2014

Malaysia mundur kerana Melayu?

 January 11, 2014

Dalam  buku “The Malay Dilemma”, Tun Dr Mahathir Mohamad menulis, jika kaum Cina dibiarkan bersendirian berniaga dan mengurus ekonomi negara mereka akan menjadikan Malaysia sebuah negara  maju.
Tetapi apakah Melayu hanya jadi pemerhati, kekal miskin tetapi berbangga kerana negara maju di bawah orang-orang Cina?
Atau Melayu meminta sebahagian daripada saham kekayaan negara walaupun  akan melambatkan kemajuan negara? Inilah dilema Melayu.
Imbas kembali, British perlu pekerja untuk membangunkan ekonomi dan perniagaanya di Malaya. British tidak mahu menganggu budaya dan agama orang Melayu kerana adalah dasar British, lalu membawa macsuk orang-orang Cina untuk bekerja dilombong bijeh, pekerja dan berniaga. Kaum India juga dibawa masuk sebagai  pekerja ladang dan buruh kasar.
Jika tidak berlaku krisis ekonomi dunia pada tahun 1930an,  yang menjadi punca British menghentikan pengambilan pekerja imigran,  besar kemungkinan jumlah Cina dan India mengatasi jumlah orang Melayu hari ini
Sedikit jumlah orang Melayu bekerja dengan British, terdiri dari kalangan anak-anak raja dan golongan bangsawan Melayu sebagai pembantu kepada pegawai-pegawai British atau sebagai kerani di pejabat.
Majoriti orang Melayu  selesa dengan sektor tradisional menjadi petani dan nelayan.
Setelah Malaya merdeka dan bangsa Melayu mengambil alih tugas British sebagai pentadbir, bidang ekonomi dan perniagaan seperti perusahaan makanan, pembinaan, perlombongan, getah, pemborong dan peruncit telah dan terus dikuasai orang-orang Cina yang kebanyakannya  menetap di kawasan bandar, pekan dan pelabuhan.

Di mana silap?
Penganalisis ekonomi berpendapat, dengan jumlah orang Cina yang telah menceburi bidang perniagaan dengan faktor kerajinan dan kegigihan mereka di samping kekayaan sumber asli negara sepatutnya telah menjadi negara termaju dan terkaya di Asia Timur.
Tetapi ia tidak berlaku. Di mana silapnya?
Ramai cendekiawan dan usahawan Cina percaya jika Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidak perkenalkan pada tahun 1972,  Malaysia telah maju setanding dengan Singapura dan Korea Selatan. Setidak-tidaknya  status ekonomi negara lebih baik daripada Taiwan,  sebuah negara berteknologi tinggi yang sedang meningkat.
Korea Selatan adalah antara negara termiskin di dunia selepas perang dengan Jepun. Ekonominya bergantung pada pertanian semata-mata.
Korea Selatan  kerap diancam serangan dari Korea Utara. Taiwan cuma sebuah pulau yang dituntut negara China.
Seperti Korea Selatan, selain tiada sumber alam,  Taiwan kerap diancam serangan negara Komunis China yang sehingga hari ini tidak mengiktiraf kewujudannya.
Pada tahun 70an, Singapura, Korea Selatan dan Taiwan lebih miskin dari Malaysia, kerana negara-negara itu tiada sumber asli untuk di ekspot.
Tetapi pada hari ini pendapatan perkapita Korea Selatan empat kali ganda lebih tinggi dari pendapatan perkapita rakyat Malaysia. Manakala pendapatan rakyat Singapura adalah yang kelima tertinggi di dunia. Di
mana silapnya?
Melayu gagalkan DEB
Dr  Mahathir berhujah, DEB gagal kerana Melayu yang gagalkan, bukan kerajaan yang gagal. Bangsa Melayu yang menggagalkan usaha kerajaan untuk membangunkan bangsa Melayu itu sendiri.
Berbilion ringgit dana kerajaan di suntik untuk membesarkan kek ekonomi tetapi dibazirkan tanpa mencapai matlamat DEB.
Melayu kata Dr  Mahathir masih amalkan  budaya turun temurun. Tidak berusaha bersungguh-sungguh.  Terus mengharap kerajaan memberi  tongkat. Tanpa tongkat Melayu tidak mampu bersaing dalam perniagaan dan perusahaan.
Walaupun tidak pernah berkata bangsa Melayu jadi penghalang kepada kemajuan ekonomi negara tetapi Dr Mahathir  pernah keluarkan ayat  “Melayu haprak!”
Dr  Mahathir berhujah DEB gagal kerana orang Melayu. Manakala para cendekiawan dan pengusaha Cina berhujah, Malaysia gagal mencapai taraf negara maju kerana orang Melayu dan pentadbir Melayu  penghalang sebenarnya.
Menurut Prof Ye Lin-Sheng, seorang professor Universiti Singapura,  dalam bukunya “The Chinese Dilemma”, bila DEB dilancarkan, rata-rata pengusaha dan peniaga Cina tidak yakin orang Melayu boleh maju dalam perniagaan.
“Ianya berkenaan dengan budaya dan sikap orang Melayu yang suka “berbelanja sebelum menuai hasil”.
Katanya, fenomena yang berlaku selepas DEB, peniaga Cina bukan sahaja menghadapi tekanan untuk memberi ruang kepada peniaga  Melayu, tetapi juga daripada orang-orang politik yang terlalu berkuasa sehingga membelakangkan peraturan dan undang-undang dalam memberi kelulusan menjalankan perniagaan.
“The rules became less precise because race had entered the picture” (Page 11, The Chinese Dilemma)
Peniaga Cina terpaksa mengorban sebahagian keuntungan yang boleh dilabur untuk membesarkan perusahaan untuk membayar orang-orang politik dalam bentuk komisen, kickbacks dan sebagainya.
Mereka terlalu tamak
Ayat biasa peniaga-peniaga Cina terhadap rakan kongsi Melayu ialah, “Mereka terlalu tamak” tetapi “mereka tidak bersedia untuk membuat kerja”.
Mereka tahu, rakan kongsi Melayu atau peniaga-peniaga Melayu yang diberi saham dalam syarikat mereka bukan peniaga sebenar tetapi sekadar  wakil atau proksi orang-orang politik yang berkuasa memberi lesen perniagaan dan kontrak kepada syarikat.
Dr  Mahathir menulis dalam bukunya, pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara akan perlahan jika Melayu diberi saham dalam perniagaan dan perusahaan ternyata jadi kenyataan.
Sasaran 30% saham bumiputera dalam perniagaan dan perusahaan gagal dicapai. Insiden kemiskinan terus membebani bangsa Melayu dan bumiputera. Akhirnya Melayu gagal dan ekonomi negara juga gagal!
Sungguhpun sudah 40 tahun DEB berlalu, sikap dan budaya orang Melayu masih tidak berubah. Bangsa Melayu masih  asyik dengan isu-isu yang berkaitan dengan kuasa politik. Isu-isu berkaitan dengan bangsa dan agama.
Matlamat menjadi negara maju tahun 2020 masih samar-samar. Malaysia berdepan dengan pelbagai masalah yang berkaitan dengan soal pengurusan ekonomi.
Kedudukan politik yang tidak stabil berikutan berikutan kehilangan majoriti dua pertiga dalam parlimen, menyukarkan lagi parti  pemerintah membuat dasar-dasar yang boleh mendapat sokongan rakyat.
Persengkitaan kaum dan agama  berlaku secara terang-terang melalui insiden-insiden seperti isu kalimah Allah, rampas Bible dan banyak lagi yang menggambar ketidapuasan hati orang Melayu terhadap kaum Cina yang jelas memberi sokongan kepada parti pembangkang dalam dua pilihan raya umum berturut-turut.
Apakah ada kemungkinannya,  bangsa Melayu mengambil keputusan “berkerat rotan, berpatah arang” dengan kaum Cina. Mengorbankan soal pembangunan ekonomi demi mempertahan politik ketuanan Melayu mereka.




http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2014/01/11/malaysia-mundur-kerana-melayu/

Saturday, January 11, 2014

Pasar tani jual barang lebih murah

BERITA HARIAN 

Mohd Asrun Yatim

ALOR STAR: The are about 150 stalls at Pasar Tani Taman Wira in Mergong here yesterday, but only one of them was the centre of attention.

Customers made a beeline for the stall operated by Mohd Asrun Yatim, who sold his vegetables at almost half the price. The 32-year-old sold chilies at RM6 per kg compared with the price of RM10 per kg. Cucumber was sold at between RM1 and RM1.50 per kg against the RM3 per kg in the market.
Asrun, who had been selling at the market over the past nine years, said he was able to sell his vegetables cheaper because he grew them at his farm in Perik, Kuala Nerang.
Asrun also sourced some of his vegetables from other farms, which had collaborated with the Agriculture and Agro-based Industry Ministry under contract farming.
"I hope this will help in the government's Jimat Belanja Dapur 2014 programme to ease the burden of consumers."
Pasar Tani Taman Wira, which operated on Friday, Sunday and Wednesday every week, was among the 15 agricultural markets in Kedah organised by the Federal Agricultural Marketing Authority (Fama).
Kalsom Hassan, 59, a regular of the pasar tani, hailed the government's effort in establishing the farmers' market. Besides being cheaper, the vegetables were also fresher, she added.


Customers choosing vegetables at the stall operated by Mohd Asrun Yatim at ‘Pasar Tani’ Taman Wira, Mergong, yesterday. He is selling his vegetables at almost half the market price. Pic by Lim Poh Chin

http://www.nst.com.my

Seks punca cerai

Putrajaya: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) merekodkan 581,505 kes perceraian pasangan Islam didaftarkan di Mahkamah Syariah seluruh negara dari 2003 hingga 31 Disember lalu.
Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) Tan Sri Dr Ibrahim Lembut berkata, daripada jumlah itu, 544,804 kes berjaya diselesaikan manakala 36,701 kes lagi masih dalam proses perbicaraan.

Katanya, jenis perceraian pula adalah cerai mengikut Seksyen 47 (lafaz cerai) sebanyak 16,865 kes diikuti cerai fasakh sebanyak 5,528, cerai taklik (2,111), cerai khulu’ atau tebus talak (86) dan pengesahan cerai di luar mahkamah sebanyak 12,111 kes.
“Selain itu, bagi tempoh sama Selangor menjadi negeri yang mencatat permohonan pendaftaran perceraian tertinggi, diikuti Johor, Kelantan dan Wilayah Persekutuan manakala perceraian paling rendah dicatat di Perlis, Melaka dan Sarawak,” katanya.

Ibrahim berkata, berdasarkan kajian, beberapa faktor lain turut mendorong kepada perceraian, termasuk masalah berkaitan agama atau budaya yang mungkin disebabkan pasangan sering meninggalkan kewajipan terhadap agama, berlainan haluan atau kurang pengetahuan dan pendedahan agama.

Selain itu, pasangan bersikap dingin, tiada kepelbagaian dalam seks dan tiada kepuasan seks antara tiga masalah seksual yang mencatat peratusan tertinggi sehingga menyebabkan perceraian dan ia biasanya berlaku dalam kalangan pasangan muda berusia 35 tahun ke bawah.
“Punca lain termasuk suami atau isteri tidak bertanggungjawab kerana mementingkan diri, suami tidak memberi nafkah zahir batin dan keadaan isteri yang sering meminta cerai.

“Ada segelintir isteri sering meminta dicerai apabila berlaku perselisihan faham dan ketika kemarahan menguasai diri serta tercabar dengan permintaan isteri selepas diugut berkali-kali, tidak mustahil lafaz cerai keluar daripada mulut suami,” katanya.
Bagaimanapun, masalah kesihatan bukan perkara utama yang mendorong kepada perceraian, namun ada dalam kalangan pasangan yang kuat merokok, sakit tua, sering sakit, menghidap penyakit HIV atau AIDS dan lumpuh boleh menyumbang kepada perceraian.

Katanya, pasangan tidak jujur, suka mengongkong atau ‘king’ serta ‘queen control’ sering berfoya-foya dan berjudi juga satu lagi sebab berlaku perceraian.

Selain itu, Ibrahim berkata, tempoh rumah tangga yang kerap berdepan kes perceraian adalah antara satu hingga enam tahun, dan tempoh itu dianggap paling mencabar dalam institusi perkahwinan kerana peratusan perceraian banyak berlakui.

Berdasarkan kajian dilakukan, kumpulan umur yang mempunyai peratus perceraian tertinggi adalah di kalangan umur 35 tahun ke bawah. “Statistik JKSM dari 2008 hingga 2013 menunjukkan 7,358 kes perceraian berlaku bagi pasangan yang berkahwin bagi tempoh perkahwinan kurang tiga tahun,” katanya.

HARIAN METRO 

Friday, January 10, 2014

Muhasabah bantu kenal pasti kelemahan diri

Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail

Umat Islam wajar menilai amalan untuk kesenangan dunia, akhirat

Muhasabah adalah kata kunci kepada salah satu metod penting pengukuhan pencapaian yang cemerlang dalam segenap aspek kehidupan. Rasulullah SAW mendidik umat Islam menilai dirinya sendiri dan beramal sesuai dengan penilaian itu untuk kesenangan dunia serta akhirat. 
Sabda Rasulullah SAW: “Orang yang bijak itu adalah yang menghisab (menilai) dirinya sendiri serta beramal untuk kehidupan sesudah mati. Sedangkan orang yang lemah adalah yang dirinya mengikuti hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah SWT.” (Riwayat Imam al-Tirmizi) 

firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan, kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari keaiban orang lain dan janganlah kamu mengumpat akan setengahnya yang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12)

Saidina Umar bin al-Khattab berkata: “Hisablah (nilailah) diri kamu sebelum kamu dihisabkan dan hitunglah (amal kebaikan) kamu sebelum kamu dihitungkan (di hari akhirat kelak).” 

Bermuhasabah akan membolehkan seseorang itu peka serta menyedari kelemahan dirinya seterusnya bersedia melakukan penambahbaikan. Kesedaran yang terhasil daripada amalan muhasabah adalah anugerah Allah SWT kerana dari padanya seseorang boleh mengorak langkah mengubah nasib diri. 

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah SWT tidak mengubah nasib sesuatu kaum kecuali merekalah yang mengubah nasib mereka sendiri.”

Sebaliknya apa yang amat membimbangkan akibat tiada muhasabah diri ialah seseorang tidak menyedari kelemahan dan kesilapannya menyebabkan ia berterusan dilakukan. Sedangkan pada masa sama, peka pula terhadap kelemahan orang sehingga suka mencari dan mendedahkan kelemahan orang lain. 
Sedangkan larangan ini jelas disebut dalam firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan, kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari keaiban orang lain dan janganlah kamu mengumpat akan setengahnya yang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12)

Bina karektor individu

Muhasabah juga mampu mengenalkan kekuatan dan potensi sendiri. Kesedaran ini amat berguna untuk memacu kejayaan serta membentuk sikap, membina karakter individu atau pekerja dengan nilai murni seperti bersifat terbuka, positif, yakin diri serta bercita-cita tinggi meningkatkan kejayaan.

Sifat diri untuk menjadi pekerja terbaik melalui usaha muhasabah adalah akhlak mulia lagi terpuji. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Berbuat baiklah kamu, sesungguhnya Allah SWT menyukai mereka yang berbuat kebaikan.”

Sebagai langkah untuk meningkatkan kejayaan diri serta organisasi, muhasabah dalam pelbagai cara dan sistem perlu dibudayakan. Langkah strategik muhasabah diri boleh dilakukan dengan memikirkan sasaran kerja harian, mingguan dan bulanan meliputi beberapa soalan asas.

Contohnya, apakah tugasan atau kerja yang telah berjaya dilakukan semalam, sejauh manakah ia telah menepati apa yang dirancang. Jika tidak menepati sasaran, mengapa? Adakah kerja dilakukan dengan cara betul dan benar? Bagaimana untuk mengatasi kelemahan serta meningkatkan kualitinya?

Muhasabah terhadap sasaran kerja harian bukan saja dapat mengenalpasti masalah tetapi secara tidak langsung mewujudkan momentum kerajinan kerja. Apabila status pencapaian kerja sentiasa dikemaskini, kekuatan dan kelemahan dikenal pasti, maka semangat kerja akan dapat dibajai.

Bagi organisasi, muhasabah kerja yang telah dilaksanakan melalui pelbagai mekanisme dan sistem pengurusan seperti perbincangan, mesyuarat, taklimat pagi, audit nilai, pengaduan awam, Hari Bertemu Pelanggan, penyediaan laporan kerja perlu dihayati serta dibudayakan.

Tujuan muhasabah kerja keseluruhannya untuk mengelakkan kerugian pada diri, organisasi dan masyarakat sama ada pada nilai usia, tenaga, masa mahupun wang ringgit yang ditegah selaras firman Allah SWT yang bermaksud: “Jangan kamu meletakkan diri kamu pada kehancuran.”

Usaha sentiasa diredai

Selain matlamat keseluruhan, tindakan bermuhasabah ialah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT supaya segala usaha titik peluh dan diri diredai oleh-Nya, selain mengelak diri daripada menjadi muflis kerana pekerjaan dibuat tiada kebenarannya. 

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis itu? Sahabat menjawab: Orang yang muflis di antara kami adalah orang yang tidak memiliki dirham dan tidak memiliki kesenangan. Rasulullah bersabda: Orang yang muflis dari umatku adalah orang yang datang pada hari kiamat dengan solat, puasa dan zakat, namun ia juga datang dengan membawa (dosa) menuduh, mencela, memakan harta orang lain, memukul orang lain. Maka orang itu diberikan pahala kebaikan yang dimiliki. Hingga habis pahala kebaikannya lalu dia pun dicampakkan ke dalam api neraka.” (Riwayat Imam Muslim)

Besarnya hikmah bermuhasabah ini, marilah kita sentiasa melakukannya supaya kerja hari ini lebih baik dari semalam dan sentiasa mendapat rahmat serta keredaan Allah SWT.

BERITA HARIAN 

Tazkirah Dr Ridhuan Tee di Mimbar Pencetus Ummah Akhir 2013

Thursday, January 9, 2014

Rakyat Perlu Berdikari

Rakyat  Perlu Berdikari




         Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang terkenal seantero dunia sebagai sebuah negara yang sentiasa mengamalkan toleransi dalam pemerintahannya.Walaupun sebuah negara Islam ,namun sentiasa mengamalkan sikap keterbukaan dalam membenarkan penganut agama lain mempraktikkan ajaran agama lain tanpa sekatan.


     Pilihan Raya UMUM (PRU) ke 13 telah selesai dan majoriti  rakyat telah mengundi Barisan Nasional.Keputusan muktamad telah diumumkan dan semua rakyat perlu menerima keputusan yang telus dan adil.Sejak merdeka,pilihan raya diadakan tanpa sebarang penipuan dan sabotaj.Perkara ini diakui dunia.


       Tahun 2014 penuh cabaran di mana malam tahun baru berlaku kejadian yang tidak diingini.Sekumpulan manusia yang sengaja menimbulkan kekacauan malam tahun baru telah menggugat keamanan negara dengan membuat kacau di ibu kota di mana puluhan ribu sedang berseronok menanti detik tahun baru.


      Bagi mereka,itulah demokrasi.Melakukan apa sahaja walaupun melanggar undang-undang negara dianggap sebagai demokrasi.Mereka melihat  demontrasi dan kekacauan negara lain sebagai ikutan sedangkan keamanan adalah nikmat yang amat berharga bagi sesebuah negara.


      Apabila pilihan raya telah selesai dan keputusan telah diumumkan,semua pemimpin negara sama ada dari pihak kerajaan dan pembangkang perlu berganding bahu dalam membangunkan negara,bukan terus sibuk berpolitiking siang malam menuduh satu antara lain.


     Politiking berterusan hanya membuang masa dan wang negara.Semua pihak perlu bekerjasama dalam membangun dan memajukan lagi negara tercinta.Negara kita perlu terus dimajukan agar semua mendapat manfaat secara keseluruhannya.


     Isu kenaikan harga barang adalah isu panas sepanjang tahun baru ini.Pemimpin pembangkang mahu terus diadakan demontrasi dan perhimpunan sepanjang masa mendesak kerajaan mengambil langkah sewajarnya  menangani isu kenaikan harga barang.

     Itulah cara kerja mereka.Menghasut rakyat melakukan perbuatan yang melanggar undang-undang.Mereka bukan mahu duduk semeja berbincang dan memberi  idea  agar isu kenaikan harga barang dapat diatasi.


      Pemimpin pembangkang sebenarnya mencari peluang untuk menunjukkan Barisan Nasional gagal mentadbir negara dengan baik .Mereka sebenarnya tahu bahawa kenaikan harga barang bukan salah tadbir Barisan Nasional.Kenaikan harga barang bergantung kepada pelbagai sebab seperti keadaan ekonomi dunia,kekurangan bekalan,sikap pemborong dan peniaga yang tamak dan sebagainya.


      Rakyat yang bijak perlu belajar berdikari iaitu tidak mudah termakan hasutan pemimpin pembangkang yang memang beriya-iya menjatuhkan Barisan Nasional.Apabila  mereka kalah dalam PRU13,mereka mahu menggunakan cara demontrasi dan rusuhan jalanan untuk menjatuhkan kerajaan.Mereka mahu lihat ekonomi negara lumpuh dan bersorak gembira.


    Rusuhan dan demontrasi jalanan menyebabkan ekonomi negara lumpuh jika dilihat situasi beberapa negara dunia seperti Mesir,Syria,Thailand dan sebagainya.Demontrasi berterusan akan menyebabkan pelancong menjauhi negara,begitu juga pelabur akan menjauhkan sesebuah negara kerna iklim politik yang tidak stabil.Negara akan kerugian berbilion dolar dan itulah kehendak pemimpin pembangkang.


    Kerajaan berusaha mempromosi negara sebagai destinasi popular dengan pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2014 .Kerajaan mahu meningkatkan jumlah pelancong dan ia akan membantu ekonomi negara dan jumlah pendapatan rakyat juga bertambah dengan kedatangan pelancong.Namun usaha kerajaan akan terbantut jika pemimpin pembangkang terus menghasut rakyat mengadakan rusuhan dan demontrasi berpanjangan.

    Isu kenaikan harga barang perlu ditangani dengan rasional.Rakyat yang bijak tidak boleh terlalu bersikap menyalahkan kerajaan dan belajar berdikari.Cara berdikari adalah dengan menghadapi kenaikan harga barang dengan lebih berhemah dan bijak menguruskan kewangan dengan baik.


Antara langkah yang perlu dilakukan adalah :


Pertama BOIKOT.


     Dalam era globlalisasi ,perniagaan sentiasa ada persaingan.Rakyat perlu menggunakan kuasa boikot terhadap peniaga dan pemborong yang sengaja menaikkan harga barang kerna mengambil kesempatan mengaut keuntungan berlipatganda.

    Kuasa boikot adalah kuasa yang paling hebat dan tidak memerlukan perhimpunan dan demontrasi yang menyusahkan pelbagai pihak.

    Apabila berlaku kenaikan harga ayam contohnya,rakyat perlu mengalihkan sumber makanan kepada produk lain.Usaha boikot ini akan menjatuhkan harga ayam.Pemborong dan peniaga ayam tidak akan berjaya menaikkan harga sesuka hati.

    Kerajaan hanya mampu menetapkan harga kawalan dan sepatutnya rakyat menggunakan kuasa boikot untuk mengajar peniaga dan pemborong yang tamakkan keuntungan berlipatganda.Apabila rakyat bersatu hati dalam memboikot produk yang sentiasa meningkat harga ,automatik harga akan turun.Tidak perlu berdemontrasi atau menimbulkan rusuhan seluruh negara.



Kedua PENGURUSAN KEWANGAN.


      Dalam dunia ini,tiada negara yang sentiasa kukuh ekonominya hatta negara maju seperti Amerika dan United Kingdom.Mereka yang telah lama bergelar negara maju juga menghadapi situasi di mana berlaku kejatuhan ekonomi di atas pelbagai sebab dan punca.

     Rakyat yang bijak akan memahami bahawa ekonomi sesebuah negara akan naik dan turun.Rakyat bijak juga sentiasa melakukan pengurusan kewangan dengan bijak dan ia akan membantu pengaliran wang dengan baik dalam apa jua keadaan.

     Kerajaan telah berusaha dengan memberikan bantuan BR1M  ,pembukaan Kedai Rakyat 1Malaysia    
 ( KR1M ),Klinik 1Malaysia  dan pelbagai usaha meringankan beban rakyat.

     Sewajarnya rakyat negara ini berusaha menjadi rakyat yang bijak dengan menguruskan kewangan dengan sistematik dan menepati keadaan ekonomi semasa.

    Jika selama ini  membawa keluarga  makan di restoran seminggu sekali,cuba kurangkan kepada dua minggu sekali.Itulah antara cara pengurusan kewangan yang bijak.

    Perbelanjaan berhemah dan sentiasa meningkatkan tabungan adalah usaha terbaik dalam menjalani kehidupan.Apabila keadaan ekonomi negara kurang memberangsangkan dan berlaku kenaikan harga barang dan apa jua situasi,rakyat tidak akan mudah terhantuk dengan isu kenaikan harga barang.

      Rakyat perlu belajar berdikari agar berjaya berdepan  isu ekonomi negara.Sama ada ekonomi negara semakin makmur atau berdepan kesulitan,kewangan seseorang tidak akan berdepan masalah.Belajarlah menguruskan kewangan dengan bijak.


Ketiga MENINGKATKAN PENDAPATAN.


      Rakyat yang bijak perlu sentiasa meningkatkan pendapatan dengan pelbagai usaha.Setiap yang berlaku seperti kemerosotan nilai Ringgit berbanding dolar Amerika ada hikmahnya.Jumlah pelancong dari negara-negara maju akan bertambah kerna nilai tukaran mata wang yang lebih besar bagi mereka.

     Apabila kemerosotan ekonomi negara berlaku,ia bukanlah penamat kepada kebuntuan dalam meningkatkan sumber pendapatan kerna peluang mencari rezeki semakin bertambah jika usaha dilipatgandakan.

    Suri rumah yang selama ini bergantung kepada pendapatan suami perlu kreatif mencari pendapatan  seeprti membuat kuih,mengambil upah jahitan,membuat kraf tangan dan sebagainya.itulah usaha rakyat yang bijak menambahkan pendapatan.

      Rakyat perlu berusaha mencari pendapatan agar ia sentiasa bertambah,bukan menuding kerajaan dan melakuakn demontrasi apabila ekonomi sesebuah negara itu merudum dan berlaku kejatuhan nilai mata wang.

      Negara kita Malaysia sebuah negara yang banyak peluang mendapatkan wang.Jutaan pekerja asing datang mencari rezeki walaupun Malaysia sebuah negara kecil berbanding Amerika atau Kanada.
    Kedatangan ramai pekerja asing menunjukkan negara kita kaya dengan sumber rezeki dan ia perlu diterima dengan fikiran yang positif.

       Memanfaatkan tanah terbiar dengan menanam pelbagai jenis pokok dan sayuran akan memberikan pendapatan.Begitu juga menjual pelbagai pakaian terpakai kepada ramai golongan memerlukan juga menghasilkan pendapatan.

      Rakyat yang bijak perlu berusaha menghasilkan usaha untuk meningkatkan pendapatan dalam pelbagai cara tanpa  sibuk menyalahkan kerajaan.Jadilah rakyat yang berdikari,bukan sibuk menuding jari.

       Rakyat perlu belajar berdikari dan janganlah mengharapkan kepada bantuan kerajaan semata-mata.Walaupun Malaysia hanya sebuah negara membangun dan bukan berstatus negara maju,namun Malaysia telah memberikan jumlah subsidi yang lebih besar berbanding negara yang maju seperti Singapura atau Amerika.

      Rakyat yang berdikari adalah rakyat yang bijak.Kerajaan telah berusaha memberi  pelbagai bantuan demi meringankan beban rakyat dan sewajarnya rakyat perlu gigih berusaha memajukan diri dan keluarga berbanding sibuk berdemontrasi dan menyalahkan kerajaan.

     Malaysia adalah sebuah negara yang terkenal dengan suasana iklim ekonomi yang sihat dan aman damai,kekalkanlah keamanan dan kestabilan negara tercinta ini demi memajukan lagi negara tercinta.


     Wawasan 2020 perlu digapai dan kejayaan Malaysia adalah kejayaan semua.Setiap lapisan rakyat perlu berganding bahu memajukan negara tercinta dan kestabilan dan keamanan adalah impian semua rakyat  tanpa mengira bangsa,agama,suku kaum,pegangan politik  dan sebagainya.Kekalkan keamanan dan jadilah rakyat yang berdikari   jika  sayangkan tanah air.


Terima kasih.


Hj Saat Hj Sulaiman
Jumaat 10 Januari 2014










      

Kebersihan, layanan mesra kelebihan pikat pelancong

Oleh Manja Ismail

Hakikat bahawa industri pelancongan sebagai satu daripada sumber utama pendapatan negara memang diakui semua pihak. Justeru, dalam keadaan ekonomi negara tidak menentu sekarang, ramai berharap Kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 yang dirasmikan dengan penuh warna warni malam kelmarin, mampu menampung kekurangan dalam sektor lain ekonomi negara tahun ini. 

TMM 2014 bertemakan Celebrating 1Malaysia Truly Asia menyasarkan pendapatan RM76 bilion menerusi kunjungan kira-kira 28 juta pelancong tahun ini. Kerajaan menetapkan sasaran menerima kunjungan 36 juta pelancong dan menjana pendapatan RM168 bilion daripada sektor pelancongan pada 2020. 

Sementara kita boleh berbangga dengan pelbagai tarikan yang ada di negara ini untuk menarik pelancong asing, harus diingat beberapa negara jiran juga turut mempunyai keistimewaan serupa, malah sesetengahnya lebih baik dan sudah lama dikenali di seluruh dunia. 


Walaupun kita berasakan mempunyai pantai dan pulau yang indah, Thailand dan Indonesia juga turut menjadi destinasi pelancongan kerana kedua-dua tarikan itu. Malaysia mungkin mempunyai Langkawi atau Tioman, tetapi Bali, Phuket atau Pattaya lebih popular terutama di kalangan pelancong berkulit putih. 

Kita juga tidak boleh mendakwa Kuala Lumpur sebagai satu-satunya syurga membeli-belah di rantau ini apabila pelancong asing lebih suka berbelanja untuk mendapatkan fesyen terbaru di Singapura atau Hong Kong. 

Kepelbagaian budaya, aneka makanan 

Keistimewaan sebenar Malaysia dalam bidang pelancongan yang tidak ada di kalangan negara jiran ialah kepelbagaian budaya dan aneka makanan daripada rakyat berbilang kaum. Dengan tiga kaum terbesar dan lebih 30 etnik Bumiputera di Sabah dan Sarawak, kita bukan saja mempunyai warisan budaya yang menarik, tetapi pelbagai jenis makanan dan sajian. 
Daripada nasi lemak, roti canai, yong tau fu dan nasi kandar, sehinggalah kepada pelbagai makanan tradisional penduduk atau negeri tertentu seperti masakan nyonya, makanan dari Kelantan, Terengganu dan Sarawak, Malaysia layak digelar syurga makanan. Itu belum termasuk pelbagai jenis makanan antarabangsa yang mudah dan murah di bandar besar negara ini. 

Di sinilah letaknya tanggungjawab pengusaha makanan atau restoran dalam mengutamakan dua perkara – kebersihan dan layanan - yang menentukan sama ada pelancong bukan saja datang semula ke tempat mereka, tetapi mungkin datang lagi ke Malaysia. 

Dua perkara ini mungkin kelihatan remeh, tetapi kepada sesiapa yang pernah melancong ke luar negara terutama negara dunia ketiga, ia menjadi antara soalan utama diajukan oleh keluarga dan rakan apabila pulang ke tanah air nanti. 

Soal kebersihan tidak seharusnya tertumpu kepada penyediaan dan sajian makanan semata-mata, tetapi juga membabitkan persekitaran terutama tandas. Jika keadaan tandas di stesen minyak dan restoran mamak boleh dijadikan ukuran, kita khuatir ia boleh memberi gambaran buruk kepada pelancong asing mengenai tahap kebersihan rakyat negara ini. 

Begitu juga dari segi layanan di restoran dan hotel, kita masih ketinggalan berbanding senyuman dan keramahan pelayan restoran/hotel di Thailand dan Indonesia walaupun bahasa Inggeris mereka mungkin tidak sefasih pekerja hotel/restoran kita. 

Tidak kurang pentingnya ialah pekerja sektor pengangkutan awam terutama pemandu teksi, orang pertama ditemui pelancong apabila memasuki negara ini. Pihak berkuasa berkaitan perlu bertindak tegas terhadap mana-mana pemandu teksi dilaporkan bersikap kasar atau menipu pelancong kerana perbuatan itu boleh menjejaskan industri pelancongan negara. 

Ikhlas layan pelancong 

Bahawa kita pernah melancarkan kempen ‘senyum’ di kalangan pekerja industri pelancongan dan pengangkutan awam satu ketika dulu membuktikan perkara ini. Kita tidak mengharapkan mereka senyum sepanjang masa, tetapi layanan kepada pelanggan atau pelancong biarlah menampakkan keikhlasan, bukan kerana terpaksa. 

Dalam keghairahan kita menjayakan TMM 2014, janganlah pula kepentingan rakyat sendiri diketepikan. Selain pekerja industri ini seharusnya memberi layanan serupa kepada rakyat tempatan dan pelancong asing, kita juga mahu hanya pelancong sebenar datang ke Malaysia sepanjang kempen ini. 

Ketika pelbagai masalah ditimbulkan oleh kebanjiran jutaan pendatang asing sekarang, kita pasti tidak mahu ada kalangan yang mengambil kesempatan daripada TMM 2014 untuk membawa masuk rakyat dari negara tertentu atas nama pelancongan tetapi bekerja atau melakukan kegiatan haram di negara ini.