Friday, July 1, 2011

Melihat keajaiban ciptaan Allah....


Melihat keajaiban ciptaan Allah....



"Dan juga pada diri kamu sendiri.Maka mengapa kamu tidak mahu

melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?"

surah Zariyyat ayat 21



Bismillah.

dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Amat Pengasih...



Alhamdulillah.............hari ni telah selesai perkahwinan dua anak jiran sebelah rumah.Dilangsungkan dua sekali bagi menjimatkan masa dan kos..Walaupun jiran sebelah rumah,aku tolong RM150 sebagai sikap tolong menolong.Selain beri wang,aku dan isteri juga sejak pagi bergotong royong mmebantu apa yang patut..Inilah hidup berjiran..



Alhamdulillah,dapat berhujung minggu lagi...sekarang jam 11.20 malam yang betul-betul malam..Bagi usahawan macam aku nie,siang malam bekerja.Siang malam mencari ilmu.Sambil berada dalam premis dan pejabat,aku membaca buku,laman web,majalah dan sebagainya kerna ilmu perlu ditambah setiap hari.



Kemunculan internet amat memudahkan.Dalam google books ada berjuta2 juta buku untuk dibaca.Boleh membaca sambil makan keropok dan minum teh O ais,jika di perpustakaan gamaknya dah tentu kena halau kalau buat macam tu...



Kita lihat diri kita.Dari hujung rambut ke hujung ibu jari kaki.Amat sempurna.Namun berapa ramai manusia melihat mata,jari,perut,hidung,kaki dan sebagainya serta memikirkan betapa Allah swt memberi banyak nikmat kepada manusia,memikirkan betapa hebat Allah swt Maha Pencipta...



Namun kebanyakan manusia hanya tahu melihat dan tidak memikirkan....Jika manusia melihat dan memikirkan ,mereka tidak bernai menggunakan mata,telinga,lidah,kaki,tangan dan sebagainya untuk dosa dan kejahatan.



Manusia yang melihat dan dan memikirkan serta manusia melihat sahaja tanpa berfikir adalah berbeza.Justeru lahirlah dua jenis manusia iaitu baik dan jahat,beriman atau Munafik..





Kadangkala aku melihat jari-jariku dan menggenggam dan buka serta mengucapkan subhanallah..subhanallah.....itu caraku untuk mengkagumi ciptaan Allah.



Kita perlu mengajar anak-anak kecil agar beriman dengan Allah.Selalulah bertanya anak-anak "siapa mencipta mata?","siapa memberikan kaki?","siapa beri nafas?"bertanya kepada anak-anak akan membiasakan mereka menjawab "Allah".



Oleh demikian ibu bapa perlu menanam iman dalam jiwa anak-anak sejak mereka kecil,bukan sudah umur 18 tahun barulah mahu menyuruh anak solat...



Baginda saw mengajar ibu bapa agar menyuruh anak solat ketika mereka sudah kenal kanan dan kiri.Jika manusia mengikut apa sahaj apnduan Nabi saw,sudah tentu ramai orang Islam sentiasa bersolat 5 waktu....



Kita lihat orang Islam negara kita.Ramai manusia meninggalkan solat ..dari remaja,dewasa hinggalah orang tua....



Masjid hanya penuh hari Jumaat.Hari lain tiang masjid lebih banyak dari orang..



Setiap hari kita melihat rumput,tanah,pokok,burung,kucing,mentari,bulan,bintang,bukit,pokok dan pelbagai kejadian ciptaan Allah swt.Manusia bijak akan melihat dan fikirkan.Tapi jangan pula sedang memandu lihat pokok dan fikirkan hingga kereta terbabas masuk longkang!



Pabila melihat pokok,fikirkan bagaimana pokok dari benih kecil,membesar dan menjadi pokok yang mmepunyai daun dan buah.Fikirkan bagaimana Allahs wt menjadikan pokok berbuah dan tidak.Fikirkan dunia ini tanpa pokok...Bila kita fikirkan ,kita akan bertambah yakin dengan kebesaran Allah swt Maha Bijaksana dan lebih tekun beribadat siang malam..



Berapa ramai manusia melihat pokok namun mereka tidak fikirkan.Mereka hanya tahu melihat dan tidak fikirkan.



Sebagai orang Islam kita perlu berbeza dengan bukan Islam.Orang Islam perlu melihat segala kejadian ciptaan Allah,fikirkan dan tambahkan iman dengan ibadat.Orang kafir hanya tahu meliahat sahaja.







Banyak kisah benar berlaku cendekiawan bukan Islam yang mengkaji haiwan,pokok,mumia,bakteria akhirnya memeluk Islam kerna mereka kagum dengan ciptaan Allah dan mengkaji Islam.Pabila mereka yakin Islam adalah benar,mereka menganut Islam.Itulah hikmah melihat dan berfikir.



Jam menunjukkan 12.04 pagi...........sudah masuk Isnin 27 Jun 2011.Nujum Pak Belalang sedang bermula di Astro Prima.Sebuah filem yang memberi banyak pengajaran positif dalam kehidupan..Walau dah puluhan kali ditonton sejak keci,namun ia tetap menghiburkan.Itulah dinamakan evergreen........



Aku seorang manusia yang suka adventure seperti mendaki gunung,bukit dan menjelajah hutan.Ia adalah pengalaman yang indah di samping dapat melihat pelbagai ciptaan Allah swt.Hidup di hutan batu memang membosankan.Menyusuri hutan bertemu pelbagai pokok,tumbuhan,haiwan,serangga,bunga,sungai adalah amat mengasyikkan.Kita mendapat ketenangan melihat deruan air sungai dan kicauan burung yang bebas...



Alangkan bagus jika mempunyai wang ratusan juta..Mampu membina rumah banglo yang penuh kemudahan seperti internet dan Astro dalam hutan yang sunyi.Mempunyai jet untuk menghantar anak ke sekolah menuntut ilmu.



Kehidupan di hutan sebenarnya indah jika manusia memahaminya.Ia adalah tempat yang tenang dan damai...



Seorang lelaki ketika berjalan di kebun,sebiji buah sentul jatuh dari pokok dan menimpa kepalanya.Lantas ia memanjatkan kesyukuran kepada Allah swt kerna buah sentul,jika buah durian,mungkin dah masuk ICU...itulah nikmat menjadi manusia berfikir segala kejadian ciptaan Allah swt.



Selain buku,internet,sumber ilmu adalah TV.Aku menonton TV setiap hari dan saluran kesukaanku adalah History,National Geographic dan Discovery Channel.Walaupun terpaksa membayar kepada Astro,ia memberi banyak faedah kepada manusia yang mahukan ilmu.



Rancangan Astro adalah bermutu dan mempunyai banyak pilihan.Kanak-kanak mmepunyai pilihan kartun,pendidikan dan sebagainya.Jadi melangganh Astro bukanlah pembaziran kpd manusia yang sayangkan ilmu.



Internet itu kemudahan,begitu juga Astro.Terpulang kepada manusia memilih.



Aku bersyukur sempat hidup zaman internet.Aku boleh menonton pelbagai TV arab dan dunia yang menyajikan banyak program berfaedah.Zaman dahulu hanya parabola sahaja boleh menonton TV seluruh dunia,kini internet memudahkan manusia...



Kita hidup zaman yang amat mudah.Bangun pagi petik sahaja sudah terang rumah.Pulas paip sahaja air mencurah...



Lihatlah nenek moyang kita yang terpaksa meraba-raba mencari mancis dan menyalakan pelita.Turun dari rumah menimba air dari perigi...



Ketika menonton dokumentari The Malayan Emergency ,channel History amat menginsafkan.Mengenai negara yang diancam gerila komunis sejak tahun 1948 hinggalah 1960.Namun kebijaksanaan pemimpin negara dan British berjaya mematahkan komunis.Kisah Bukit Kepong juga disajikan.Memang menyanyat hati anggota polis,isteri dan anak-anak terkorban..Amat zalim komunis..



Filem Bukit Kepong lakonan Jins Shamsudin adalah filem sejarah terbaik.Filem yang mengesankan.Namun hingga kini masih tiada filem sejarah sebaik filem Bukit Kepong.



Sebagai generasi baru ynag menikmati kemajuan dan kesenangan masa kini,kita jangan melupakan jasa nenek moyang yang berusaha menjadikan negara kita merdeka dan aman damai.Tanpa usaha mereka,kita masih terjajah atau huru hara akibat perbuatan komunis.Kini lahir pula manusia haprak mahu menganjurkan BERSIH.Program mengumpulkan ratusan ribu di ibu kota pada bulan Julai nanti.Inilah sikap manusia haprak yang suka mengganggu ketenteraman dan mahu memusnahkan keamanan negara.



Kuala Lumpur adalah ibu kota yang indah dan maju.Kedatangan pelancong sentiasa bertambah dan program BERSIH adalah program bodoh yang mahu mengganggu ketenteraman dan menakutkan pelancong serta menyusahkan orang ramai seperti peniaga,pemandu teksi dan sebagainya.



Allah swt mengurniakan akal kepada manusia namun manusia haprak suka melakukan perbuatan bodoh seperti demontrasi,merosakkan harta awam,mengganggu lalu lintas,meragut,menghisap dadah dan sebagainya.Mereka dikurniakan akal namun tidak menggunakan sebaiknya.



Kita lihat segala kejadian alam dan hubungkan dengan keimanan dan memuji Allah swt dengan zikir dan ibadat.Itulah manusia yang emmanfaatkan kehidupan dengan baik.





Bawalah anak-anak ke zoo melihat pelbagai haiwan dan serangga.Bawalah anak-anak ke Aquaria KLCC melihat pelbagai species laut.Bawalah anak-anak ke pantai dan melihat mentari terbit atau terbenam.Bawalah anak melihat pelbagai ciptaan Allah swt dan ajar mereka mengenai Allah Maha Hebat dan Maha Pencipta.Biar mereka dididik sejak kecil mempunyai kepercayaan Allah swt mencipta segalanya dan segala pujian untuk Tuhan semesta alam...



Kita perlu mendidik diri kita agar sentiasa berfikir kerna berfikir itu adalah jalan mencari kebenaran dalam segala perkara.Suami yang berfikir panjang tidak akan menceraikan isterinya talak tiga walau apa jua keadaan.Jika bercerai talak satu,ada peluang untuk bersama kembali,namun talak tiga,isteri perlu berkahwin denagn orang lain dan menikmati hubungan seks serta suaminya menceraikannya dengan rela.



Berfikir menjadikan manusia mengambil segala keputusan dengan berhati-hati.Berfikir juga menjadikan seseorang lebih hebat dan maju dalam kehidupan.



Lihat apa sahaja ciptaan Allah swt dan fikirkanlah.Ambil segala kejadian dan ciptaan sebagai motivasi untuk lebih tekun beribadat siang dan malam..



Kelemahan dan kenaifan milikku nama Saat,manakala kesempurnaan dan kebijaksanaan hanya milik Allah Maha Perkasa lagi Amar Mengetahui....



Admin

Kisah Teladan & Co

12.45 pagi

27 Jun 2011

No comments:

Post a Comment