Sunday, March 6, 2011

NOTA NOTA BISNES : Kemahiran mengurangkan kos



NOTA BISNES: Kemahiran mengurangkan kos


Kemahiran mengurangkan kos adalah penting.Jika produk yang diperolehi harganya mahal,maka kita akan kalah dengan persaingan.
Kos bisnes pakaian pasar malam dan kedai adalah berbeza.Kos pasar malam adalah lebih rendah berbanding kedai.

Untuk mengira kos kedai adalah :

1.Sewa bulanan contohnya RM2000.
2.Gaji pekerja,contohnya RM1000 untuk dua orang.
3.Kos berkaitan seperti bil api air dan sebagainya : RM1000
Jadi kos sebulan adalah RM4000.

Manakala pasar malam adalah lebih rendah,hanya kos petrol ,sewa tapak dan makan minum.

Jika kita bijak,kita boleh mengurangkan kos,iaitu :
1.Sewa kedai yang lebih murah ,contohnya premis MARA.
2.Jimat perbelanjaan seperti air dan api.
3.Tingkatkan keuntungan dengan mencari produk murah.
4.Pastikan produk boleh diminimumkan harga paling rendah agar ia boleh dijual.

Bagi saya yang menanggung kos asas RM15,000 setiap bulan tidak dikira pinjaman ,saya amat teliti dengan kemahiran mengurangkan kos.Setiap sen perlu dikira bagi menjimatkan kos.

Jika kita bijak kurangkan kos,keuntungan akan lebih berganda.
Ramai usahawan kurang teliti dalam pengiraan kos kerana mereka tidak mahir berbelanja dan membuat akaun dengan betul.Kos yang sedikit akan menjadi banyak dan ini akan membebankan.


Selamat berniaga!


Admin
Kisah teladan & Co
7 Mac 2011

No comments:

Post a Comment