Sunday, March 6, 2011

Nota BISNES : Komunikasi adalah penting dalam bisnes




Nota BISNES : Komunikasi adalah penting dalam bisnes



Komunikasi atau communication

"perhubungan (secara langsung atau dgn perantaraan surat, radio, telefon, dll); ~ massa komunikasi atau perhubungan dgn atau yg sampai kpd orang ramai amnya; berkomunikasi berhubungan (secara langsung atau dgn perantaraan surat, radio, telefon, dll), mengadakan perhubungan (ber­cakap, berbincang, bertukar-tukar pendapat, dll): bahasa ialah alat utk ~ dan alat utk berfikir dan melahirkan buah fikiran; mengkomunikasikan menyebarkan atau menyampaikan maklumat (berita, dll) melalui saluran komunikasi: muzium di Amerika Syarikat menghubungi sekolah utk ~ pengajaran yg diberikan."

Kamus DBP.

Komunikasi adalah penting.Adalah hairan jika seseorang usahawan tidak tahu cara berkomunikasi dengan baik sama ada dengan lisan,emel dan sebagainya.
Pengalaman membeli dengan usahawan Melayu yang tidak mengucapkan "terima Kasih " amat memeranjatkan.Memang jarang berjumpa usahawan Cina yang kedekut "Terima kasih " selepas membeli.terima kasih dipandang kecil bagi usahawan yang tidak memahami kepentingan komunikasi.pelanggan bukan sahaja mahu menghabiskan wang namun juga mahu dihargai!

Dua hari di KL amat memenatkan .Pelbagai program dan urusan perlu dibereskan.Ingin berehat dan akan menyambung bila minda mula fresh dan kaya idea........
Jika berpeluang ke Jalan TAR KL saya suka melihat kepetahan usahawan jalanan menjual pelbagai ubatan,produk matematik,vitamin dan pelbagai jenis.Gaya komunikasi yang lucu,ceria dan bersemangat menunjukkan betapa mereka memahami kepentingan komunikasi.

Ramai usahawan salah dan silap dalam komunikasi dan ianya berterusan tanpa perubahan.Ini akan menjejaskan bisnes dan menyebabkan pesaing lebih maju dan berjaya.Komunikasi sama ada mellaui secara terus,surat elektronik,mesej dalam Facebook dan sebagainya.Komunikasi juga menggambarkan siapa kita.
Bagaimana memiliki komunikasi berkesan?

Berurusan dengan pelanggan memerlukan usahawan menjadi seorang yang bijak berkomunikasi kerana komunikasi berkesan dan efektif akan berjaya mempengaruhi pelanggan mendapatkan produk atau khidmat.Usahawan perlu mempelajari bagaimana menjadi manusia yang bijak berkomunikasi terutama sekali apabila berurusan dengan pelanggan.Antara panduan yang perlu dilakukan usahawan ialah:

1.Memahami cara berkomunikasi.Usahawan perlu memahami tentang konsep dan cara berkomunikasi yangbetul.Sebagai contoh,usahawan perlu tahu menggunakan perkataan dan ayat yang mampumenarik minat pelanggan mendapatkan khidmat atau membeli produk.Usahawan juga perlu tahu cara mengubah tanggapan negatif pelanggan dengankomunikasi.Tanggapan negatif boleh diubah dengan cara berkomunikasi jika kena padacara.Justeru usahawan perlu memahami cara berkomunikasi.


2.Belajar memberi cadangan.Pelanggan pada masa kini adalah bijak dan berpengetahuan.Usahawan perlu belajarmemberi pandangan kepada pelanggan,bukan bersikap memaksa pelanggan membelisesuatu atau mendapatkan khidmat.Komunikasi perlu ke arah memberi cadangan danpendapat demi memberi peluang pelanggan membuat pilihan.-



3.Memahami kemahuan pelanggan.Komunikasi perlu memberi petunjuk bahawa usahawan memahami apa yangdiperlukan pelanggan.Sebagai contoh,usahawan perlu mendapatkan penerangan daripelanggan tentang apa yang diperlukan,jenis,warna dan lain-lain.Apabila pelanggan memberitahu,usahawan boleh memberikan contoh atau sesuatumenepati penerangan pelanggan.Inilah dikatakan komunikasi yang menepati kemahuanpelanggan.



4.Komunikasi berbentuk pujian dan rangsangan.Pelanggan mahu usahawan memahami dan menghormati pelanggan.Usahawanboleh menggunakan komunikasi berbentuk pujian dan rangsangan untuk memberi kesankepada pelanggan.



5.Komunikasi ringkas dan padat.Masa pelanggan adalah terbatas.Pelanggan tidak mempunyai masa yang panjangmendengar penerangan usahawan tentang produk dan khidmat.Justeru usahawan perlubelajar memberi penerangan yang ringkas,padat dan berkesan.Kebanyakan pelanggantidak menggemari komunikasi yang berjela-jela dan membuang masa.



6.Mengubah pandangan pelanggan.Usahawan perlu bijak berkomunikasi dalam mengubah pandanganpelanggan.Sebagai contoh,apabila pelanggan beranggapan produk yang murah tidakberkualiti,usahawan perlu bijak mengubah tanggapan pelanggan.Komunikasi berkesan adalah penting kepada usahawan.Usahawan perlu menimba ilmu dan menambah kemahiran tentang komunikasi agar menjadi berkesan dan efektif..



Komunikasi efektif adalah jalan menambah hati pelanggan,mengekalkan pelanggan dan memberi tambah nilai sebagai usahawan.

Usahawan perlu mempelajari komunikasi efektif dan positif jika mahu berjaya dalam bisnes.Jangan memandang kecil aspek komunikasi.Pelanggan adalah manusia dan sering melihat dan memikirkan apa yang kita katakan walaupun dalam wahana sms.
Selamat maju jaya Dalam Bisnes!

Admin
Kisah teladan & Co
7 Mac 2011

No comments:

Post a Comment