Friday, March 18, 2011

Jutawan dermawan...

SINGAPURA 17 Mac - Seorang jutawan wanita muda tempatan menderma sebanyak S$1 juta (RM2.34 juta) bagi membantu mangsa gempa di Jepun, dua kali ganda jumlah bantuan yang disumbangkan oleh kerajaan Singapura sendiri, lapor media serta pegawai hari ini.

Cek sumbangan itu diserahkan Elaine Low kepada Duta Jepun ke Singapura, Yoichi Suzuki semalam, kata seorang pegawai di Kedutaan Jepun kepada AFP.

Low mengendalikan syarikat perlombongan arang batu berpangkalan di Indonesia yang turut mengimport kelengkapan diperlukan dari Jepun serta membekalkan arang batu ke loji kuasa Jepun.

Katanya, dia mahu membantu rakyat Jepun yang terjejas teruk akibat bencana gempa bumi dan tsunami.

"Keluarga dan saya merasakan ia adalah satu bencana yang malang dan mahu menawarkan bantuan," kata Low, 24, seperti yang dipetik akhbar Straits Times.

Kerajaan Singapura kelmarin melancarkan satu tabung bagi mengumpul dana untuk mangsa gempa bumi dan tsunami di Jepun dan menyalurkan bantuan berjumlah S$500,000 (RM1.19 juta) kepada Palang Merah dalam bentuk modal pelaburan. - AFP

sumber :Utusan

2 comments:

  1. Assalamualaikum wbt.
    Saya memerlukan bantuan kewangan. Bagaimana saya ingin bantuan kewangan dari tuan. Saya memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM20,000.00 untuk melunaskan hutang-hutang along. Boleh ka tuan membantu saya. Ni nombor telefon saya 0124519456. Ni nombor akaun maybank saya 152068693987. Dengan bantuan tuan saya sentiasa berdoa agar tuan dimurahkan rezeki.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wbt.