Sunday, March 6, 2011

NOTA 1 : LIDAH ADALAH ANUGERAH


NOTA 1 : LIDAH ADALAH ANUGERAH

Firman-Nya dalam surah Al Hujurat, ayat 11-12 yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan lelaki yang lain, (kerana) kemungkinan puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka: dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan perempuan yang lain, (kerana) kemungkinan puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah juga kamu memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan itu menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruk sebutan fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman. Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak bertaubat (dari perbuatan fasiknya) maka merekalah orang yang zalim. Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari kesalahan dan keaiban orang lain; dan janganlah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan itu) dan bertakwalah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani.”

“Bukanlah seseorang mukmin itu yang menjadi pencaci, pelaknat, bukan yang suka berkata kotor atau yang lidahnya suka menyebut kata-kata yang hina.” (Hadis Riwayat Imam Bazzar dan Hakim)

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata dengan perkataan yang baik-baik ataupun dia berdiam saja,” (hadis riwayat Imam Bukhari).

“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman; iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; dan mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia,” (surah al-Mukminum: 1-3).


Bismillah

بسم الله والصلاة والسلام على رسول الله صلى الله عليه وسلم
ربنا لا تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا وهب لنا من لدنك رحمة إنك أنت الوهاب

Alhmdulillah aku bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan lidah dan nikmat berkata-kata.Melalui lidah aku dapat melahrkan kasih sayang,perhatian,simpati dan sebagainya.
Lidah adalah anugerah yang besar kepada manusia.
Lidah juga mampu menyebabkan manusia ke Syurga atau Neraka..

Antara penyalahgunaan Lidah yang menyebabkan seseorang ke Neraka :


1.Suka mengumpat.
2.Suka menghina.
3.Sombong.
4.Suka merendahkan orang lain.
5.Berdusta.
6.Mencaci angin.
7.Mencaci makanan.
8.Mencaci kokokan ayam.
9.Bercakap sia-sia.
10.Menyebarkan fitnah.
11.Menyebarkan berita palsu.
12.Memperlekehkan orang lain.
13.Melahirkan hasad dengki.
14.Mengadu domba supaya manusia bermusuh dan perpecah belah.
15.Menipu dalam perniagaan.
16.Menuduh perempuan suci berzina.
17.Tidak menghargai nikmat Allah.
18.Berpura-pura.
19.Menyembunyikan ilmu.
20.Menghina milki dan harta seseorang.
21.Mengungkit pemberian.
22.Memberi dan menghina.
23.Menuduh orang beriman fasik dan Munafik.
24.Mengkafirkan orang Islam tanpa hujah kukuh.
25.Menghina pemimpin negara.
26.Memburukan negara sendiri.
27.Menghina ulama’ dan umara’.
28.Menyakiti ibu bapa walaupun sekadar berkata “ah”
29.Malu meminta maaf.
30.Tidak menghargai manusia.
31. Ayat rasuah.
32.Menyanyi lagu tidak bermanfaat seperti lagu memuja syaitan.
33.Menolak kebenaran.
34.Khianat.
35.Tidak mengucapkan terima kasih pada tempat yang hak.
36.Mencari kesalahan orang dengan tujuan mengaibkan seseorang.
37.Tidak muhasabah diri.
38.Tidak memanfaatkan lidah untuk berzikir.
39.Menyakiti pasangan.
40.Tidak mencegah maksiat jika mempunyai kemampuan seperti kuasa.


Allah mengurniakan lidah agar manusia memanfaatkan lidah ke arah kebaikan kerana kebaikan memberikan pahala dan pahala berbilion akan membawa ke Syurga.

Muhasabah :


1.Apakah kesalahan lidahku?
2.Adakah aku pernah mengumpat dan memfitnah manusia?Jika ya,adakah aku telah meminta maaf kepada mereka?
3.Dalam sehari adalah perkataan biasa atau zikir yang lebih banyak?
4.Adakah aku takutkan Neraka?
5.Adakah aku membalas perkataan jahat kepada manusia yang memaki aku?
6.Adakah aku sentiasa istighfar setiap hari?
7.Adakah lidah aku benar-benar dimanfaatkan untuk kebaikan?
8.Berapakah dosa telah aku lakukan dari lidah?
9.Apakah lidahku adalah lidah yang rajin membaca Quran?
10.Adakah aku sentiasa mencari ilmu agar lidahku sentiasa ingatkan ALlah dan menjauhi dosa?
Tanyalah diri sendiri...
Ya Allah,jadikan lidahku lidah yang bermanfaat dan jauhilah lidahku lidah yang sukakan dosa dan maksiat,amin amin amin......

Segala kesempurnaan dan kebaikan hanyalah milik Allah Maha Perkasa dan Maha Mengetahui,sedangkan diri sendiri adalah naif dan serba kekurangan...


Admin
Kisah teladan & Co
7 Mac 2011

No comments:

Post a Comment