PERSEDIAAN MENEMPUHI LOBANG KUBUR
Bismillah….
Assalamualaikum
Alhamdulillah ……..dapat menghirup bulan Rejab yg penuh berkat……Tinggal beberapa hari sahaja Rejab,jika usia panjang,bertemulah Sya’aban,kemudian Ramadhan al-Mubarak…..
Alhamdulillah,masih dapat meneruskan kehidupan,sihat fizikaldan mental dan paling penting masih boleh menulis dan menulis…
Kehidupan seorang penulis bukanlah mudah.Menulis itu mudahnamun untuk menulis sesuatu yang ketagihdibaca manusia bukan sesuatu yang mudah..
" Maka Allah memeliharanya dari kejahatan tipu dayamereka , dan Fir'aun beserta kaumnya dikepung oleh azab yang amat buruk. Kepada mereka dinampakkan neraka pada pagi dan petang , dan pada hari terjadinya Kiamat. (Dikatakan kepada malaikat) : " Masukkanlah Fir'aun dan kaumnya kedalam azab yang amat keras ". ( surah Al-Mukmin / 40 : 45 -46 )
Itulah firman Allah SWT yang membuktikan kesahihan azab kubur…….
Sejak Nabi Adam a.s,berbilion manusia sudah berada di kubur…Semua manusia akan mati kerna yg kekal hanyalah Allah SWT.Kita diberi peluang untuk merasai kehidupan dunia buat sementara…..
Kita menempuhi alam bayi,kanak-kanak,remaja,dewasa….dan ada yg dipanjangkan usia akan bergelar warga tua.Namun bukan semua beruntung..ada yg mati ketika masih bayi…ada pula yg baru keluar dari perut ibunya dalam keadaaan tidak bernyawa…semuanya telah tersurat.
Ramai manusia benci membicarakan alam kematian sedangkan iaadalah pasti.Sama ada kita kaya atau miskin,tua atau muda,cantik atau hodoh,semuanya akan mati.Tiada yg kekal.
Manusia dihitung segala amalan baik dan buruk apabila akil baligh.Amalan baik mendapat pahala,yang buruk mendapat dosa.Itulah yang tertulis.
Ke mana pun kita pergi hatta dalam tandas atau gua,malaikat Raqib dan ‘Atid sentiasa bersama kita untuk mencatat dan mencatatnya siang danmalam..
Walaupun semua tahu bahawa Raqib ‘Atib mengikuti siang dan malam,mengapa manusia masih melakukan dosa dan lalai dalam kehidupan?
Mereka melupakan kubur!rumah yang akan didiami…………
Berapa ramai manusia sedang berzina dan mati.Ramai juga yang sedang meneguk arak dan mati.Ada pula yang merompak dan mencuri,lantasmati.Pelbagai kejadian benar berlaku dan mereka antara manusia yang tidak pernah memikirkan kematian.
Ramai manusia berasa sudah cukup amalan mereka sedangkan lupa melihat contoh Nabi saw.Baginda saw beribadat siang dan malam,membaca Quran hingga merembes air mata,solat tahajjud sepertiga malam hingga bengkak tapak kakinya…Walaupun sudah pasti ke Syurga,namun ibadatnya amat hebat.Bagaimana dengan kita?
Seseorang yang sentiasa mengingati kubur pasti akan muhasabah dirinya.Pasti membuat penilaian baik buruk perbuatan dan amalan.Pasti berusaha sedaya upaya menjauhkan segala dosa-dosa besar kerana takutkan dosa yang banyak.Dosa yang banyak akan ke Neraka,Nauuzubillah…
Apa yang menguasai fikiran manusia adalah wang kerana mereka melihat wang itu matlamat kehidupan.Ada yang sanggup bekerja 18 jam sehari kerana wang.Ada yang keluar seawal pagi ketika anak –anak masih tidur dan pulang bekerja bila anak-anak sudah masuk tidur..begitulah tekunnya mereka bekerja siang dan malam,namun mereka lupa membahagikanmasa untuk ibadat…
Bekerja itu ibadat,namun mereka lupa ibadat solat adalah penting,berzikir adalah penting,membaca Quran adalah penting,bersedekah adalah penting…
Kita perlu bersedia sepanjang masa menghadapi kematian.Matiitu pasti sama ada siang atau malam,Isnin atau Jumaat,muda atau tua,kaya ataumiskin.
Namun berapa ramaikah manusia bersedia?
Sejak lahirnya internet,manusia semakin lalai.Internet menyajikan pelbagai hiburan,maklumat dan sebagainya hingga ada yang mati di atas kerusi menghadap komputer kerana gilakan internet.Mereka lupa bahawa internet hanyalah satu wahana dan teknologi.
Kelahiran Facebook menambahkan dosa manusia.Dengan pendedahan aurat,mengumpat dan gossip,kutuk dan fitnah,pelbagai dosa terus menerus hinggap dalam diri manusia siang dan malam..
Mari kita muhasabah :
1.Adakah kita menunaikan segala kewajipan dengan sempurna seperti solat dan puasa?Berapa ramai manusia yang kaya namun lupa membayar zakat?berapa ramai manusia bersolat namun ianya tidak diterima Allah swt?berapa ramai makan dan minum dengan wang haram?Berapa ramai manusia yang sanggup mencari rezeki haram sedangkan ada jutaan lapangan peluangrezeki yang halal?
2.Adakah kita pernah menyemak segala bacaan Quran adalah betul?Adakah kita lupa bahawa Nabi saw sering mengingatkan kita “Ramai manusiamembaca Quran dan Quran melaknatnya?”.Adakah kita mahu bacaan Quran kita sia-sia?
3.Adakah kita pasti bahawa kita menjauhi dosa-dosa besar setiap hari?Manusia sering lupa bahawa mereka mempunyai ramai teman FB tidakmenutup aurat dan mereka menontonnya setiap hari?Adakah kita pasti bahawa kita benar-benar telah menjauhkan semua dosa-dosa besar seperti mengumpat dan memfitnah?
4.Adakah kita boleh menitiskan air mata bila membaca Quran?Beza manusia beriman atau tidak adalah penghayatan.Jika ayat-ayat Quran tidak menggerunkan hati dan jiwa,bagaimana mahu bergelar manusia beriman?
Adakah kita lupa ramai wali Allah yang ketika solat,membaca ayat-ayat Quran dan mereka pingsan lantas mati terutama sekali membaca ayat kiamat,azab kubur dan kematian?
5.Adakah kita mempunyai ilmu agama yang cukup?Mengapa kita tidak pergi ke masjid dan surau belajar agama?
Adakah kita hanya menonton ceramah agama di Youtube ,TV dan kita anggap sudah faham agama?
6.Adakah kita belajar sejarah tokoh-tokoh Islam seperti Saidina Abu Bakar as-Siddik dan Salahuddin al-Ayubi?Adakah kita tahu bahawa mereka adalah manusia yang kuat beribadat dan berusaha menjadi manusia beriman?Adakah kita berusaha mencontohi mereka?
7.Adakah kita berusaha mengamalkan sifat dan peribadi mahmudah dan meninggalkan perbuatan mazmumah?Adakah kita sekadar tahu mengumpat itu dosa besar namun masih mengumpat?
8.Adakah kita mengira berapa patah perkataan diluahkan setiap hari?Adakah zikrullah melebihi perkataan dan ucapan kita?Adakah lidahkita berat mengucapkan Lailahaillallah dan amat ringan mengucapkan “Poyo…’ ,”ada aku kesah?” dan lain-lain?
9.Adakah kita mengira dosa-dosa kita kepada manusia seperti pasangan kita,anak-anak,jiran,sahabat handai,saudara mara dan semua manusia?Adakah kita berasa ‘aku bersih dari dosa “ setelah mengucapkan “Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin” ?
10.Adakah kita membahagikan masa dengan sebaiknya?Berapab anyak masa kita habis kerana dunia seperti internet dan hiburan?Ramai manusia amat payah membaca Quran selama 10 minit dan berasa mudah menonton filem Hindustan selama 3 jam….
11.Adakah kita berusaha muhasabah diri setiap hari?mengapa kita sibuk memikirkan kesalahan dan dosa orang lain namun lupa kesalahan dan dosa sendiri?
Daripada Abi Hurairah r.a. bahawa Nabis.a.w. bersabda : " Jika salah seorang dari kamu selesai membaca tasyahhudakhir (dalam solatnya) maka hendaklah ia memohon kepada Allah daripada empatperkara : Daripada azab Jahannam , dan daripada azab kubur , dan daripadafitnah hidup dan mati , dan daripada fitnah Dajjal ". ( HR Imam Muslim dan Semua Sunan )
Kehidupan ini amat pantas.Katahukama’ ,”DUNIA INI ADALAH KENANGAN,AKHIRAT ADALAH MASA DEPAN”.Namun beraparamai manusia memikirkannya?
Kita semua akanke lobang kubur dan kita akan membawa apa sahaja amalan kita sama ada baik danburuk.Muhasabah diri dan selamat beribadat..
"Bermegah-megahan telah melalaikan kamu , sampai kamu masuk ke dalam kubur".
( surah Al-Takaathuir / 102 : 1-2 )
Segala kelemahan dan kekurangan adalah milikku ,insan naïf dan lemah,manakala kekuatan dan kehebatanhanya milik Allah SWT Maha gagah,MahaPerkasa.
Wassalam……………..
Admin
Kisah Teladan
22 Rejab 1434
3hb June 2012 Allahyarhamah Yasmin Johan Eusoffe - AL-FATIHAH
No comments:
Post a Comment