Tuesday, June 4, 2013

MENGAPA MANUSIA LEKA ZAMAN TEKNOLOGI?

MENGAPA MANUSIA LEKA ZAMAN TEKNOLOGI?

Bismillah

Kalimat berulang 31 kali  (Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan ) dalam surah Ar-Rahman..

Alhamdulillah……..syukur kpd Allah swt kerana aku masih hidup….hari ni aku amat sedih.teman baik,jiran dan rakan usahawan bernama Shanor meninggal dunia malam tadi jam  kira-kira  11.20 malam di rumahnya….Pagi tadi jam 11 pagi dikebumikan ..
Aku masih sendu dan sedih….sebab kami amat rapat.Hari terakhir kami bertemu Sabtu lepas…Usianya sudah 52 tahun namun sihat dan tiada apa2 penyakit..bila terdengar berita kematiannya,aku agak tersentap dan terkedu…aku tahu ajal urusan Allah..namun amat sedih aku x berpeluang berkawan lebih lama lagi..
Kehilangan seorang teman baik ini amat menyedihkan…………

Arwah menjalankan bisnes kedai membaiki peralatan elektrik sejak bersara wajib askar.Orangnya pemurah senyum,rajin bergurau dan taat agama.Pekerja dilayan seperti keluarga…

Kelmarin ketika aku nak pi mandi  waktu Maghrib  dan menekan punat  lampu,tiba2 shot aliran elektrik…aku x pernah tahu ia tanda bahawa kawan aku akan meninggal malam itu….dan malam kelmarin aku amat sukar tidur…bukan sahaja banyak kerja,tp hati aku runsing pelbagai perkara…

Ketika aku menulis nota ini,langit berdentum….guruh amat kuat di langit…Jika logik akal,malam ni hujan lebat,namun mengikut aturan Allah SWT,mcm2 boleh berlaku…

Kita perlu bersyukur hidup zaman teknologi…Zaman yang banyak fasiliti memudahkan kita.Jika dahulu ke Mekah dengan kapal laut  sebulan perjalanan,kini 8 jam sahaja sudah sampai .Itulah teknologi.

Jika dahulu  untuk turun mengambil wuduk sepertiga malam pun ketakutan kerana jauhnya perigi dari rumah,kini semua ada dalam rumah.

Dahulu surat ditulis ,kemudian diterbangkan melalui burung ketika belum wujud  posmen.Kini dengan sms sahaja,boleh sampai ke seluruh dunia dengan lebih pantas dan cepat.

Zaman teknologi    ini  banyak memudahkan manusia namun mengapa semakin maju teknologi, semakin ramai manusia lalai dan meninggalkan ibadat?

Antara punca manusia lalai dan leka adalah :

1.Tidak bijak membahagikan masa.

Ramai manusia  tahu dalam sehari itu 24 jam,namun berapa ramai yang memanfaatkan masa 24 jam?
Manusia boleh pergi ke stadium bola dan menonton bola selama 2 jam namun mereka tidak boleh membaca Quran walaupun 10 minit ?
Masa 24 jam adalah sama walau di mana pun kita berada,zaman dulu atau kini.Namun sikap tidak bijak membahagikan masa menyebabkan manusia membuang masa sia-sia.
Kita perlu membahagikan masa sebaiknya  ,seperti masa bekerja,masa melayan anak-anak,masa untuk melancong,masa menunaikan solat fardhu,masa menunaikan solat sunat,masa membaca Quran,masa membaca buku,masa untuk jiran dan sebagainya.
Apabila masa dibahagikan dengan baik,maka tidak berlaku pembaziran masa.
Cuba kita lihat di  restoran terutama restoran mamak,manusia ke sana setiap malam berbual dan berbicara  hingga membuang masa.
Bukan tidak boleh untuk ke restoran berbual dan menonton bola,namun jika setiap malam ke sana hingga lupa ke masjid dan surau,tidakkah ia membuang masa?

Allah SWT telah memberikan masa yang cukup kepada manusia namun manusia sendiri yang suka membuang masa dan tidak menyusun kehidupannya dengan baik.
Sabda Rasulullah SAW;
“Rebutlah peluang lima sebelum lima; masa muda sebelum tiba masa tua. Masa sihat sebelum tiba masa sakit. Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa kaya sebelum tiba masa miskin. Masa hidup sebelum tiba mati.”
Allah SWT menegaskan dengan jelas berkenaan masa;
“Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta pula berpesan-pesan dengan kesabaran.”
(Al-Asr, 1-2)

Kita  perlu menguruskan masa dengan baik  agar setiap minit dan jam dimanfaatkan.

2.Jahil.

Manusia jahil tidak tahu memanfaatkan teknologi untuk kebaikan.Motosikal adalah kenderaan yang memudahkan manusia untuk ke masjid atau surau,namun ramai manusia tidak memanfaatkannya.
Mereka yg kaya mempunyai  kereta dan boleh ke masjid dan surau walaupun hujan lebat dan  panas terik.Begitu banyak kemudahan namun manusia tidak memanfaatkan teknologi.
Suatu waktu dahulu,ramai manusia yang tekun beribadat  walaupun terpaksa meredah hutan dan belukar yang penuh dengan haiwan dan binatang berbahaya semata-mata mahu ke masjid atau surau.

Apa yang menyedihkan  manusia jahil  sering memanfaatkan teknologi untuk perkara tidak berfaedah seperti Mat  Rempit menggunakan motosikal berlumba di jalanan dan menyusahkan ramai orang.

3.Lalai
Dunia ini ramai manusia lalai dan leka.Mereka mempunyai wang banyak namun sering menangguh-nangguh untuk melakukan ibadat.Di mana –mana ada  surau  namun mereka tidak bersolat.
Manusia boleh membaca Quran dalam komputer,telefon bimbit namun ramai x melakukannya.

Lihatlah berapa ramai manusia dalam keretapi,bas,LRT dan sebagainya.Mereka lebih suka  bermain game berbanding membaca buku-buku dan Quran.
Mereka lalai  dan alpa dengan dunia sedangkan dunia ini hanyalah tumpangan sahaja.

4.Menunggu  tua.
Ramai manusia malas beribadat dan menunggu tua sdgkan mati itu  pada bila2 masa sahaja .Mereka lupa bahawa semakin lama kita hidup,maka masa semakin pendek yang tinggal…

5.Tidak tahu memanfaatkan teknologi.

Ramai manusia mempunyai pelbagai   kemampuan untuk memiliki komputer,internet,kereta dan sebagainya.Namun mereka tidak memanfaatkan semua perkara untuk kebaikan.
Jika menghantar  sebuah nota  agama kepada 100 orang sehari sahaja melalui emel,sebulan sudah 3000 orang penerima buku agama tersebut.Jika menulis pelbagai ilmu bermanfaat dalam blog dan forum,maka ramai mendapat manfaat.
Ilmu bermanfaat tidak terbatas  hanya ilmu agama sahaja,namun ia merangkumi ilmu sains,perubatan,kejuruteraan,perubatan,komputer dan sebagainya.
Facebook sahaja adalah wahana teknologi yang paling cepat dan pantas,namun ramai menggunakan FB untuk membuang masa berbanding untuk menyebarkan dakwah dan berkongsi ilmu pengetahuan.

Teknologi  banyak memberi manfaat kepada manusia zaman moden,namun apa yang menyedihkan ,semakin maju dan canggih teknologi,semakin lalai dan alpa manusia…

“Perbanyaklah ingat kepada yang memutuskan kelazatan dunia, yakni kematian”.
Sepatutnya kita insaf pabila membaca hadis Nabi SAW….




Kehidupan ini amat pendek,bukan panjang……….Kita perlu beribadat sejak akil baligh hinggalah nafas terakhir.
Aturlah kehidupan sebaiknya agar  semakin canggih teknologi,semakin bertambah ibadat kita kepada Allah SWT…
“Dan jika kamu (Muhammad) melihat ketika mereka dihadapkan ke neraka, lalu mereka berkata: "Kiranya kami dikembalikan (ke dunia) dan tidak mendustakan ayat-ayat Tuhan kami, serta menjadi orang-orang yang beriman", (tentulah kamu melihat suatu peristiwa yang mengharukan).”
Segala kelemahan dan kekurangan adalah milik diri sendiri yang kurang cerdik dan lemah,manakala kebaikan dan kesempurnaan hanyalah milik Allah SWT Maha Gagah lagi Maha Mengetahui…….

Admin

Kisah Teladan

www.saatsulaiman.com




No comments:

Post a Comment