PENDAKWAH……..BERUBAHLAH!
Bismillah………..
Firman Allah menerusi ayat 104 surah Ali Imran yang bermaksud:
"Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam),dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik,serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji).Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya".
Rasulullah SAW bersabda "Golongan paling dahsyat menerima ujian Allah adalah para anbiya dan kemudian golongan yang serupa dengan mereka (para ulama/pendakwah)."
Alhamdulillah..hari ini 26 Rejab 1434 aku masih bernafas di dunia ini………….Bulan Rejab semakin berlari laju……..
Semoga kita semua akan sempat bertemu Syaaban dan seterusnya Ramadhan al-Mubarak..
Kita semua adalah pendakwah .Seorang anak mendakwah ibu bapanya,adik beradik.Ibu bapa mendakwah anak-anak.Adik mendakwah abang,kakak,jiran mendakwah jiran dan seterusnya semua manusia.
Tugas mendakwah bukan tugas ulama’ dan umara’ sahaja,namun tugas semua orang yang mengaku Islam.
Adalah salah mengatakan tugas pendakwah hanya golongan ustaz,wali dan kiai….semua perlu bersama-sama berdakwah ke jalan Allah SWT..
Musa’b bin Umair r.a,hanya berusia 18 tahun ketika Rasulullah SAW menghantar ke Madinah untuk mengajar Quran kepada penduduk Madinah sebelum peristiwa HIJRAH.
Itulah remaja dan pendakwah yang hebat.Bukan seeprti remaja hari ini yang menjadi perogol,Mat Rempit,peragut,ponteng sekolah,berzina,minum arak dll.
Remaja pada masa kini ramai sudah rosak kerana pengaruh teman jahat,internet,tv ,majalah,akhbar dan maklumat songsang.
Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulum al-Din, telah menyatakan beberapa langkah yang perlu diikuti oleh para pendakwah dalam melaksanakan usaha dakwahnya, antaranya:
1. Memberitahu dan menasihatkan masyarakat supaya menjauhi perkara yang mungkar. Terdapat sesetengah golongan yang tidak menyedari bahawa apa yang dilakukan itu adalah perkara yang mungkar. Oleh itu, pendakwah perlu memberitahu dan menasihati mereka agar menjauhi dan meninggalkan perbuatan tersebut.
2. Memberi peringatan, nasihat dan pengajaran atau balasan yang akan diterima sekiranya masih melakukan kemungkaran.
3. Memberi peringatan tentang nikmat Allah yang tidak ternilai dan terbilang dan wajib bersyukur di atas nikmat yang dikurniakan.
4. Memberi peringatan terhadap pengajaran umat terdahulu. Satu persoalan yang sering ditimbulkan, adakah usaha menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran merupakan tugas setiap mereka yang bergelar muslim atau hanya tugas pendakwah semata-mata? Hukum menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah fardhu kifayah, walaubagaimanapun setiap muslim harus memikul tanggungjawab ini secara bersama sepertimana hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Barangsiapa yang melihat kemungkaran hendaklah ia mencegahnya dengan tangannya (kuasa), jika ia tidak mampu maka hendaklahlah ia mencegah dengan lisannya, jika ia tidak mampu hendaklah ia mencegah dengan hatinya. Dan yang demikian itulah selemah-lemah iman. “
(riwayat Imam Muslim).
Ibn Taimiyah pernah berkata, ‘Setiap manusia di atas muka bumi ini hendaklah menyeru kepada kebaikan dan melarang kemungkaran. Ia patut melakukannya walaupun terhadap dirinya sendiri dengan cara yang baik atau sebaliknya’.
Ibn al-Arabi al-Maliki pula berkata, ‘Menyeru kepada kebaikan dan melarang kemungkaran merupakan asas agama dan salah satu daripada tiang agama yang ditegakkan oleh umat Islam dan khalifah Tuhan sekelian alam. Ini merupakan tujuan utama Allah s.w.t. mengutuskan para nabi dan fardhu atas seluruh manusia sama ada berdua atau bersendirian mengikut kemampuannya’.
Dakwah perlu diteruskan walau pun tidak dapat sambutan,dikeji dan dihina oleh masyarakat.
“Dan demi sesungguhnya, Rasul sebelummu pernah didustakan, maka mereka sabar terhadap perbuatan orang yang mendustakan dan menyakiti mereka sehingga datang pertolongan Kami kepada mereka. Dan sememangnya tiada sesiapa pun yang dapat mengubah kalimah Allah (janji-Nya). Dan sesungguhnya sudah datang kepadamu sebahagian daripada berita Rasul itu.” (Surah al-An’am, ayat 34)
Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah yang memberi petunjuk kepada orang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang yang mahu menerima petunjuk.” (Surah al-Qashash, ayat 56) Ayat itu diturunkan selepas Abu Talib menemui ajalnya dalam keadaan tidak beriman kepada Allah. Rasulullah SAW amat mengasihi bapa saudaranya itu kerana dia sentiasa melindungi Baginda daripada ancaman golongan Quraisy di Makkah walaupun Abu Talib tidak menerima risalah dibawakan Baginda. Ketika Abu Talib sedang nazak, Baginda menyeru kepadanya untuk mengucapkan kalimah syahadah berulang kali. Namun Abu Talib tetap berpegang dengan agama nenek monyangnya sehingga beliau meninggal dunia. Rasulullah begitu sedih dan kecewa lalu baginda bersabda yang bermaksud: “Sungguh akan aku mohonkan keampunan untukmu selama aku tidak dilarang.” Lalu Allah menurunkan firman-Nya yang bermaksud: “Tiadalah sepatutnya bagi Nabi dan orang beriman memintakan ampun (kepada Allah) bagi orang musyrik.” (Surah al-Taubah, ayat 113)
Pendakwah perlu belajar apa itu hikmah…
“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik serta berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih Mengetahui orang yang sesat dari jalan-Nya dan Dia juga yang lebih Mengetahui orang yang mendapat hidayah.” (Surah al-Nahl, ayat 125)
Abul ‘Ala Al Maududi rahimullah pernah mengingatkan anak-anak murid beliau :
“Apabila kamu menyambut tugas dakwah ini, janganlah ianya sebagaimana sikap kamu terhadap tugas yang menyangkut urusan peribadi kamu kerana jika begitu, maka dakwah ini akan mengalami kekalahan yang teruk. Oleh kerana itu, sambutlah tugas ini dengan ghairah”.
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. Jika kamu (pada perang Uhud) mendapat luka, maka sesungguhnya kaum (kafir) itupun (pada perang Badar) mendapat luka yang serupa. Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu Kami pergilirkan diantara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah membezakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) supaya sebahagian kamu dijadikanNya (gugur sebagai) syuhada’. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim.” (QS Ali Imran : 139-140)
PENDAKWAH PATUT MENINGKATKAN POTENSI
Setiap pendakwah perlu mempunyai potensi :
Komunikasi-BIJAK BERKOMUNIKASI
Teknikal-MEMAHAMI SETIAP PSIKOLOGI MANUSIA
Ekonomi- MEMPUNYAI KEDUDUKAN EKONOMI YG KUKUH DAN MAMPAN.
bersambung…………………….
Admin
Kisah Teladan
26 Rejab 1434
No comments:
Post a Comment