BAGAIMANA AKU HIDUP?
Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah………..aku masih lagi bernafas di dunia
ini.Mungkin esok aku mati,maka inilah nota terakhir …
Aku dah tulis semua
wasiat .Semua simpanan,salinan akaun
bank,aset dll semua ada dalam tue…Bila
isteri aku tanya mengapa Abang tulis wasiat ketika masih muda?aku jawab mati x
kira tua atau muda….Bila dah tulis wasiat,tenang hati aku..
Isteri-isteri dan bekas isteri diharapkan jangan bergaduh2 dan berebut harta.Biar Amanah Raya
bahagikan mengikut surat wasiat dan faraidh…Anak-anak pun ada semua password
FB,blog,twitter dll.Aku mohon mereka tidak buang semua blog-blog aku,malah
sentiasa update..biarlah jasad aku mati tapi blog2 aku terus hidup…
Dalam banyak2 harta aku,buku ,gambar2,surat2 dan diari adalah aku paling sayang.Aku harap
anak-anak akan bina sebuah muzium
keluarga menempatkan kesemua surat2,gambar2,diari 2,buku2 dan sebagainya untuk
tatapan generasi akan datang.Biar cucu cicit hingga kiamat kenal siapa aku…
Kisah hidup aku terlalu tragis…..aku kehilangan kedua-dua
ibu bapaku ketika usia aku baru setahun.Arwah ayah meninggal dahulu,beberapa
bulan kemudian ibu.Ketika ibu meninggal dunia,aku memeluk erat baju arwah ibu
sepanjang malam…Itulah yang diceritakan nendaku…Setelah kematian ibu bapa,aku
dibesarkan oleh datok dan nenek sebelah
ibu.Aku memanggil mereka ibu dan ayah sejak kecil…
Aku bersyukur,walaupun hidup dalam kedaifan dan kemiskinan
bersama atok nenek kesayangan,mereka memebri pendidikan yang baik dari Tabika
hinggalah Universiti.Jasa mereka amat besar kepadaku.Hingga kini mereka masih
hidup dan berusia 84 tahun…
Bersama dendangan
piano Souvenir D’enfance,aku menulis
nota ini…aku sering terbayangkan anak-anak yang masih kecil….yang sulong baru
11 tahun dan bongsu 4 tahun akan jadi 5 tahun bulan depan..
Air mataku merembes…jika aku mati ketika masih muda,aku
tidak dapat melihat anak-anak belajar di Universiti atau kolej,mendapat
pasangan dan zuriat..aku tidak dapat menikmati
kehidupan bersama mereka dengan lebih lama…
Usia aku sekarang sudah 39 tahun…teman Seuniversiti sudah 3
orang meninggal dunia..Arwah Ariffin orang Terengganu,arwah Ahmad anak Kelantan
dan terbaru bulan lepas Mohd Ilham dari Sabah…Mereka pergi ketika masih
muda..Ariffin masih bujang…Ahmad dan Ilham meninggalkan anak-anak yg masih
kecil..
Maafkan aku Mohd Ilham…aku x dapat ke Sabah mengiringi
jenazahmu ke kubur…kali terkahir kita bertemu pada tahun 2012 ketika kamu
datang ke Melaka bersama isteri pertama
dan mertua.Aku masih ingat pertemuan kita di Alor Gajah yang amat ringkas..
Setelah tamat Tingkatan 5,pelbagai kerja aku buat.Aku kerja
kilang kayu yang amat berat.Dengan berat
badan kurus keding aku terpaksa mengangkat pelbagai jenis kayu dan papan
membuat perabot.Jika ditugaskan bahagian
cat dan thinner,aku sering termuntah2…
Aku tiada motor pada
masa itu dan menumpang kawanku Ariffin (anak orang kaya ) dan dia x pernah
meminta walaupun sesen duit minyak.Dia tahu aku dari keluarga miskin.
Walaupun dia kini dengan mahligainya bernilai hampir RM1
juta,namun dia x pernah sombong dan angkuh.Sering bertanya khabar dan beri
semangat kepada aku.Sifat sombong tiada dalam kamus hidupnya..
Aku masih ingat ketika aku berusia 10 tahun,pada waktu
petang setiap hari Sabtu & Ahad aku bekerja sebagai budak pembantu peniaga pasar
malam.kadang-kadang dapat RM2,kadang2 dapat RM5.Tengok mood tauke…
Pernah satu ketika,aku terkena renjatan elektrik di pasar
malam.Aku masih ingat lokasinya,di Sungai Kelamah Negeri Sembilan.Tapak tangan
aku melecur dan aku menangis siang dan malam…
Aku hidup susah sejak kanak- kanak.Kanak-kanak lain hari
Sabtu dan Ahad menunggang basikal
bermain2,belajar,dibawa ibu bapa berjalan2,namun aku tekad bekerja untuk
mencari duit sebagai bekalan hidup.Aku
sedar atok dan nenek telah uzur dan aku tidak boleh mengharapkan wang mereka
sepanjang masa…
Ketika di sekolah
rendah,aku berkawan dengan semua murid,kaya
atau miskin.Kawan aku paling miskin bernama Azmi.Kadangkala aku belanja
dia makan.Seluarnya zip koyak dan
digunakan jarum peniti untuk menutup seluarnya.Sungguh daif kawan aku ..
Seorang murid anak orang kaya,Zulfa selalu menghina
aku.Namun aku insaf dan sedar,aku memang bukan layak menjadi temannya.Namun ada
juga anak orang kaya yg baik seperti Mahathir,Faisal dan lain-lain.
Aku masih ingat
seorang murid bernama Norhafizah
anak posmen bertanya “Sedih tak jadi yatim piatu?”
aku diam,x mampu memberi jawapan…………..
Jika aku mahu ceritakan keperitan dan kesusahan aku ketika
kanak-kanak,takkan habis 9999 malam menulisnya…
Kenangan paling indah adalah
belajar di Universiti.Aku dapat belajar di Universiti dan tidak
menyusahkan penjagaku walaupun sesen pun.Alhamdulillah…Jika aku gagal ke luar
negara dan mengharapkan Universiti tempatan,mungkin mustahil..Aku tidak layak
dapat pinjaman dan penjagaku tidak mampu membayar yuran pengajian..aku tahu ada
biasiswa untuk anak-anak yatim dan miskin ,namun bukan semua yg dapat…kena pula
politik punya pasal,yg dapat sedara mara depa je….
Aku belajar dengan
tekun di Universiti.Pagi di kelas,malam pula di Masjid Nabawi…penat memang
penat sampai x cukup tido,hafal kamus lagi,buat nota dan mcm2 keje..sampai aku antara pelajar Malaysia yang kurang aktif
di Rumah Malaysia sebab aku byk tumpukan belajar n belajar…
Aku bersyukur,aku banyak menyumbang kepada pelajar Malaysia
dengan memberikan nota-nota…Aku memang pening baca buku yang tebal ratusan muka
surat,jadi aku buat nota.Buku 300 muka surat,nota aku 30 muka surat je…sampai
sekarang aku masih simpan2 nota2 di universiti……..
Aku menulis diari sejak usia 10 tahun dan semua kenangan ada
tertulis walaupun diari yg puluhan tahun dah kabur tulisannya…
Ketika sekolah buat rombongan dan murid2 kena bayar RM10 dan
aku x dapat ikut kerna aku xda wang sebanyak itu….Bila dikenang kembali,amat
jauh hidup anak-anak aku..
Aku bawa nak ke3 ke Singapura tahun lepas………usianya baru 7
tahun sebagai hadiah hari jadi ke 7.Ketika
di Singapura aku cakap “Safa..masa ayah usia sebaya kamu,Zoo Melaka pun
ayah belum masuk……..”
Anak aku hanya tersengih,tidak faham kataku…
Jika ikut perancangan,aku mahu membawa anak-anak menunaikan
umrah Disember nanti.Aku pun dah lama x
menjejaki ke Mekah dan merindui guru-guru di Madinah…Syeikh Abu Bakar
al-Jazaair yang mengajarku di Masjid
Nabawi masih hidup…Syeikh Salleh Faiz
yang banyak membantu di Madinah
masih sihat…
Aku menjadi manusia
berguna dengan didikan mereka…Mereka amat berjasa kepada aku.Bila
terlihat buku “Kitabul Masjid “ karangan
Syeikh Abu Bakar al-Jazaair di rak buku2
aku,aku merembes…teringatkan seorang guru yang kurus kering bernama Syeikh
Abu Bakar al-Jazaair sentiasa tekun mengajar di masjid.Aku pernah
ke rumahnya sekali dengan Mohd Salleh pelajar dari Bosnia.Antara teman rapatku
di Universiti adalah Salleh.Lepas tamat pelajaran,kami terpisah dan x pernah
bertemu.Jika ada rezeki,aku mahu ke Bosnia mencarinya…
Aku bersyukur,walaupun zaman remaja agak nakal dengan pergi
menonton lumba haram di Jalan Hang Tuah,namun aku x menjadi Mat Rempit…walaupun
kawan2 ramai terlibat dengan dadah,aku x.Alhamdulillah aku x rosak seperti
mereka…
Ada kawanku yg mati sebab ganja,mati menjadi Mat Rempit…mungkin
dah suratan mereka……
Aku sentiasa tabah,sabar,cekal walau apa pun ujian dan
kepayahan.”Setiap kepayahan itu akan diiringi dengan kemudahan”.Itulah firman
Allah SWT dalam Quran dan aku yakin percaya.
Sejak remaja aku suka membaca dan ramai teman2 menggelar aku
“anak dara kampung” kerana suka terperap dalam bilik.Aku membaca,menulis,mendengar
radio dan muzik.Sekali sekala menonton wayang dan bermain bowling…
Aku merasai hinaan dan cercaan dati teman-teman sekolah
kerana mereka anak-anak orang kaya.Aku belajar agar tidak memewahkan
anak-anak dan mendidik mereka hargai
setiap sen dan ringgit.Aku kira berapa batang
pensel dalam lopak anak-anak agar
mereka menjaga dengan baik.Aku amat serius dalam mendidik anak-anak,namun aku
amat penyayang…
Bila aku melibas kain ke tapak tangan anak-anak,aku
cakap,aku sayang mereka.Aku nak mereka berdisiplin dan sentiasa belajar ilmu baru.Anak bongsu dah pandai menyapu sampah2 dalam
rumah,melipat pakaian sejak usianya 3 tahun.Walaupun ada pembantu rumah,aku x mahu manjakan
anak-anak dan ajar mereka berdikari dan tolong menolong.
Aku didik anak-anak agar sentiasa merendah diri dan jangan
sombong.Jangan hina murid lain yg miskin.Jangan bergaduh.Jangan ambil barang2
kawan…Sejak anak-anak ke sekolah,barang orang x pernah mereka ambil namun
barang2 mereka selalu diambil…Sampai aku malas nak beli pensel dan pewarna yang
mahal-mahal…
Bukan sebatang pensel warna,tapi dengan lopak2 sekali
hilang..entah anak siapa yg dajal suka mencuri di sekolah…
Kehidupanku amat
sibuk dengan urusan perniagaan,ceramah agama,menulis buku,penasihat pelbagai
badan swasta dan kerajaan serta Menteri tidak bergaji…..Kdgkala x cukup
tido,sampai 3 malam aku x tido….
Ketika bertemu YAB Datok Ahmad Maslan di Port Dickson
sebelum PRU13,beliau berkata “Saat..kurusnya kamu sekarang………….”
Berat badan aku dari
65 kg,sekarang 48kg,akibat kurang makan dan tido…Aku bercita-cita menulis 100
buku,1000 proposal bisnes dan baru
terbit 8 buah buku dan baru buat 10 bisnes….Jika aku mati nanti,anak-anak boleh
menceburi pelbagai jenis bisnes sebagaimana dalam proposal yg kau tulis dan
tinggalkan dalam komputer…
Aku akan terus menulis selagi badanku sihat dan jemariku
mampu mengetuk keyboard…
Air mata aku mengalir laju menulis nota ini………..isteri aku
hanya diam syok menonton Cerekarama TV3…
Maafkan aku………setakat ini sahaja..
Saat Sulaiman al-hajj
www.saatsulaiman.com
No comments:
Post a Comment