Tuesday, December 20, 2011

SYURGA ITU BUKAN MUDAH……………….

SYURGA ITU BUKAN MUDAH……………….

"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk Syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan dan ujian ) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh mala petaka dan kesengsaraan, serta diguncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat."

surah al-Baqarah ayat 214



Dari Ibnu Abbas Radhiallaahu anhu, Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam bersabda:

“Penduduk neraka yang paling ringan azabnya adalah Abu Thalib. Dia memakai 2 terompah dari api neraka (yang berakibat) otaknya mendidih karenanya”.Hadis direkodkan Imam Bukhari dan Muslim…





Assalamulaikum ….moga kalian semua dirahmati Allah swt…



Bismillah…

Dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Amat Pengasih….



Allah swt berfirman “Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat

dan memohon kepada-Nya”surah ar-Rahman ayat 29.





Lihatlah manusia..apabila berada dalam bas atau kereta,tiba-tiba berlaku kemalangan ,maka mereka menjerit “Ya Allah!’.Itulah manusia….lumrahnya akan menyebut nama Tuhan bila .Pabila berada di lautan yang tiba-tiba bergelora dan ombak besar hingga menyebabkan kapal atau perahu hampir terbalik,mereka menjerit “Ya Allah!’





Itulah manusia…………….di kala kesempitan dan kesusahan pasti nama Tuhan menjadi sebutan….

“ Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut); -. Apabila dia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah;. Dan apabila dia beroleh kesenangan, dia sangat bakhil kedekut;”surah al-Maarij ayat 19-21



Namun ketika kenyang dengan makanan,ketika selamat sampai destinasi,ketika azan berkumandang,ketika anak selamat pulang dr sekolah,ketika dinaikkan gaji,ketika mendapat bantuan RM100,ketika mendapat kerja yang baik,ketika mendapat anka yang sihat,ketika dan ketika yang menyenangkan dan menggembirakan,di manakah manusia?



“Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya.”surah Ibrahim ayat 34.



“Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi dan telah melimpahkan kepada kami nikmat-nimatNya yang zahir dan yang batin?”surah Lokman ayat 20



“Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?”surah ar-Rahman ayat 13



Lihatlah diri kita.Kita mmepunyai dua kaki,sedangkan ramai manusia tidak memiliki nikmat ini.Ada yg kudung kedua kakinya,ada pula hanya mempunyai sebelah kaki.Adakah kita fikirkan?

Lihatlah mata ini.Kita melihat pelbagai benda dan perkara sejak bayi…Adakah kita fikirkan?Adakah kita boleh melihat segalanya tanpa mata?Adakah mata palsu mampu dicipta menggantikan mata ciptaan Allah swt?



“Dan juga pada diri kamu sendiri.Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?”

surah Az-Zaariyaat ayat 21.



Bersyukurlah…..Jika ada satu kaki,fikirkan mereka yang tiada dua kaki.Jika ada sebelah mata,fikirkan mereka yang tiada kedua-dua matanya….

Jadilah manusia yang mensyukuri nikmat..bukan kufur….



“ Mereka mengetahui nikmat Allah (yang melimpah-limpah itu), kemudian mereka tergamak mengingkarinya dan kebanyakan mereka pula ialah orang-orang yang kufur ingkar.”

surah An-Nahl ayat 83.





Allah swt menyuruh manusia menjadi hamba yang bersyukur….

“dan jadikanlah dirimu dari orang-orang yang bersyukur…”surah al-A’raaf ayat 144.



Lihatlah pokok nan rimbun….Lihat dan fikirkan..”Ya Allah Maha Pengasih..Kau jadikanku manusia,bukan pokok.Pokok hanya berdiri tetap namun tidak berupaya melangkah….Pokok tidak mmepunyai kaki sepertiku….walaupun ada pokok berusia 1000 tahun,namun pokok tidak mampu melangkah walau selangkah….”



Lihatlah sungai yang mengalir tanpa henti…..”Ya Allah….aku malu dengan sungai ciptaan-Mu….sungai telah wujud jutaan tahun dan memberikan manusia dan haiwan airnya…aku malu….aku menjadi manusia namun hanya membuang masa melayan FB..tidak berjasa kepada manusia lain…”



Lihatlah ayam yang berada di persekitaran kita… “Wahai ayam….Allah swt menjadikan kamu tidak berakal,namun kau bangun pagi berkokok membangunkan manusia…kau berjasa kepada manusia…ketika jam loceng belum lahir,kau yang paling banyak berjasa kerna membangunkan berbilion manusia untuk solat Subuh….aku malu padamu wahai ayam….aku menjadi manusia dan berakal tapi sering tidur dan tidak bangun solat Subuh….”



Lihatlah anjing………. “Wahai anjing….kau dicipta Allah swt dengan amat indah..kau membantu manusia berburu di hutan..kau menjaga keselamatan rumah ramai manusia….kau membantu polis mengesan dadah di lapangan terbangd an sempadan negara…kau berjasa kepada manusia..namun aku?aku suka mengumpat dan mengumpat siang malam….aku berdosa dan melakukan kejahatan..sdgkan kau adalah haiwan tidak berakal namun berjasa kepada manusia….”



Lihatlah alam ..lihatlah semua ciptaan Allah dan fikirkan diri sendiri..adakah kita lebih baik?atau lebih buruk?



Allah swt berikan otak dan akal bukan sekdar untuk bekerja dan mencari wang,atau melayan FB siang malam,namun untuk melihat segala perkara dalam dunia dan fikirkan.Melihat dan berfikir adalah berbeza dengan manusia yang hanya tahu melihat.



Ketika Newton melihat epal jatuh dari pokok,beliau berfikir dan bertanya mengapa epal jatuh ke bawah?mengapa epal tidak jatuh ke atas?Itulah manusia melihat dan berfikir.Akhirnya teori graviti ditemui.Jika beliau hanya melihat tanpa berfikir,mungkin manusia hari ini tidak kenal apa itu graviti….



Amat berbeza manusia yang menggunakan otak untuk berfikir berbanding manusia yang ada otak tapi tidak berfikir….Ketika tokoh reka cipta Britain berjaya mencipta kipas tanpa bilah dan berjaya menjadi bilionair dan mempunyai aset sebanyak 6 bilion dolar,umat Islam tidak berjaya mencipta walaupun sebiji mentol.Segala kapal terbang,peluru ,bom,kapal perang dibeli dengan Amerika ,Britain dan Rusia,Perancis dan lain-lain , semestinya ia tidak berkualiti berbanding senjata yang mereka miliki.



Adalah bodoh jika negara kaya seperti Rusia,Amerika,Jerman,Perancis dan Britain menjual senjata yang lebih hebat berbanding apa yang mereka miliki.Mereka memberikan senjata yang tidak berkualiti agar mereka mempunyai senjata lebih hebat dan sudah pasti musuh akan tewas dalam perang…



Walaupun umat Islam seramai 1.8 bilion,tiada seorang mampu mencipta Facebook atau Window.Tiada seorang Islam mampu mencipta lalat terbang yang menjadi perisik sebagaimana dicipta Amerika.Memang menyedihkan umat Islam…lalat terbang ciptaan Amerika telah terbang ke serata negara dunia untuk mencuri rahsia dunia….Umat Islam masih tidur dengan mimpi….



Walaupun Quran itu mendedahkan ilmu sains dan teknologi ,namun umat Islam sendiri tidak mengkaji Quran.Ketika Islam melalui zaman emas era khalifah Abasiyyah dan Osmaniyyah,sarjana Barat dan Timur bukan Islam mempelajari Quran,malah menghafal Quran.Mereka sanggup datang dari Eropah dan belajar di Universiti al-Azhar ,belajar bahasa arab dan mengkaji segala ilmu Quran….



Quran itu ilmu sepanjang zaman.Quran memberikan ilmu politik,sastera,ekonomi,sains,teknologi,peperangan,iman dan takwa,kejuruteraan,elektrikal dan segala jenis ilmu.Namun umat islam yang sibuk dengan facebook,mp3,Ipad,netbook ,Astro,Blackberry dan segala teknologi lupa kembali kepada ibu segala ilmu iaitu Quran….



Suatu waktu dahulu ulama’ pondok mengharamkan segala ilmu sains,bahasa Inggeris ,matematik dan hanya memberikan ilmu agama seperti fekah ,tasaufdan tauhid.Maka lahirlah manusia yang hanya tahu membaca Quran dan memahami Quran namun tiada insan dan tokoh yang berjaya seperti Ibnu Sina,Ibnu Khaldun ,al-Farabi lahir….Ibnu Sina walaupun menghafal Quran,namun berjaya menjadi pakar perubatan hebat.Malah ada ulama’ sesat menyesatkan yang mengatakan bercakap bahasa Inggeris adalah bahasa kafir.Begitulah jumudnya ulama’ pondok….



Kerajaan Melaka telah berjaya menjadi sebuah kerajaan dan empayar yang dikagumi dunia.Melaka menjadi pelabuhan yang sibuk pada tahun 1400an….Melaka yang kecil digeruni kerajaan Siam yang kuat.Pemimpin Melaka yang bijak telah berkawan dengan China dan menjadikan China ayah angkat untuk menakutkan kerajaan Siam.



Melaka yang hebat pada zaman dahulu kerna dipimpin manusia bijak dan cemerlang.Pabila pemimpin bijak,maka rakyatnya juga akan cemerlang.Salah seorang sultan Melaka,Sultan Mansyur Syah rahimullah adalah seorang pemimpin bijak.Beliau mampu menguasai banyak bahasa termasuk bahasa arab dan boleh berkomunikasi dengan ramai pedagang dari seluruh dunia.Mengikut sebuah buku sejarah,pada era kegemilangan Melaka,rakyat Melaka mampu bertutur lebih 70 bahasa dunia…



Namun Melaka tewas kepada Portugis apda tahun 1511..Melaka tewas kerna tidak mempunyai senjata canggih seperti Portugis.Ketika hulubalang Melaka hanya mempunyai keris dan tombak,Portugis sudah mempunyai pistol dan meriam besar.Maka Melaka yang gah dan hebat telah ditawan Portugis….Ini membuktikan bahawa kejayaan ekonomi yang kuat namun lemah bidang ketenteraan akan menghasilkan masalah…



Kejayaan sesebuah negara bergantung segala aspek seperti ekonomi,budaya,tentera,bahasa,ilmu dan sebagainya.Jika negara kaya minyak seperti Arab Saudi dan Kuwait namun lemah dalam ketenteraan,maka ia mudah diserang musuh.Oleh demikian perlu kaya dan cemerlang dalam segala aspek…



Kita perlu membaca sejarah dan belajar dari Sejarah.Jika Melaka kaya dan hebat namun tewas dengan Portugis,maka kita perlu kaji punca kekalahan.Jika Iraq kaya dengan minyak dan mempunyai simpanan wang bertrilion dolar di Bank Switzerland namun tewas perang dengan Amerika dan sekutunya,kajilah puncanya.Jika zaman para sahabat Baginda saw tiada kapal terbang dan internet namun Islam berjaya sampai ke China,kajilah sebabnya.Sejarah adalah ilmu yang amat berharga dalam kehidupan.Kita perlu mengkaji tamadun Rom,tamadun Andalus,khalifah Osmaniyyah,khalifah Abbasiyyah,dinasti Ching dan tamadun dunia….



Aku suka menonton Histor y Channel 555 dalam Astro.Banyak perkara diketahui melalui sejarah.Sejarah Amerika,sejarah China,sejarah perang dunia,sejarah Hitler dan segala sejarah.Ilmu bukan sahaja dari menadah buku atau melayan FB,menonton History Channel juga memberikan ilmu…



Negara Vietnam yang kecil mampu menewaskan armada 500 kapal perang China pada suatu waktu dahulu.Bagaimana?Mereka menanam besi seperti paku di kawasan lautan sepanjang negara Vietnam.Akibatnya ratusan kapal China tenggelam akibat paku yang ditanam tentera Vietnam.Tidakkah itu strategi perang yang bijak?Akhirnya tentera China pulang dengan tangan kosong…



Mengapa Malcom X dibunuh?Lelaki kulit hitam yang kecil itu setelah memeluk Islam memperjuangkan hak bangsa kulit hitam.Orang kulit hitam dipanggil anjing oleh lelaki kulit putih di Amerika.Mereka dijadikan hamba abdi ratusan tahun hingga lahirlah Abrahim Lincoln sebagai Presiden Amerika dan menghapuskan perhambaan.Jasa Abraham Lincoln amat besar kepada orang kulit hitam….



Memperjuangkan hak bangsa kulit hitam adalah punca Malcom X dibunuh.Begitu juga ada sifat dengki orang kulit hitam yang bukan Islam terhadap beliau.semoga Allah memberikan pahala syahid kepada Malcom X yang banyak berjasa kepada umat islam….



Sejarah menjadikan kita peka dengan dunia.Sejarah juga mendidik kita sayangkan tanah air.Sejarah juga memberi motivasi kepada kita.Sejak sekolah rendah aku amat suka dengan mata pelajaran Sejarah.Guru yang mengajar subjek sejarah adalah Cikgu ismail Laham.Walaupun beliau mengajar tahun 1984,namun hingga hari ini masih menziarahi beliau.Usianya sudah 62 tahun….Bila melihat wajahnya,aku teringat bagaimana beliau mengajar sejarah dengan penuh semangat.



Ibu bapa kedua aku adalah guru.Tanpa guru,aku tidak tahu apa itu ABC.Aku tidak kenal siapa Abraham Lincoln.Aku tidak kenal Pearl Harbor.Aku tidak tahu apa nama sebenar Imam Syafei.Aku mempunyai ramai guru hingga aku pun lupa nama guru aku.Guru atdika,guru sekolah rendah,Menengah,Universiti.Malah aku bersekolah di lima buah sekolah Menengah hingga aku lupa nama guruku kerna terlalu ramai….



Pabila aku membuka buku kitabul masjid karangan Imam Abu Bakar al-Jazair,aku tidak lupa sedekahkan al-fatihah kepadanya.Syeikh Abu Bakar rahimullah yang mengajar aku di Masjid Nabawi Madinah al-Munawwarah selepas solat Maghrib dua minggu sekali.Aku juga pernah pergi ke rumahnya bersama teman aku Mohd Salleh dr Bosnia….aku amat kagum dgn Syeikh Abu Bakar.Beliau menulis banyak buku dan mengajar buku tulisannya di masjid Nabawi.Pernah menjadi pensyarah Universiti islam Madinah pada tahun 70an….



Ketika mendengar berita kematiannya,aku merembes….Betapa banyak ilmu yang aku kutip darinya.Banyak nasihat dan ilmu bermanfaat….masih terngiang di kepala apa yang diajar beliau di Masjid Nabawi….aku menulis katanya dalam buku dan diari….Belajar di Universiti sahaja tidak cukup.Lantas pada waktu malam aku belajar di Masjid Nabawi bersama Syeikh Abu Bakar al-Jazair,Syeikh ‘Atiyyah dan lain-lain….



Jasa mereka semua amat besar.Mereka memberikan ilmu dan ilmu inilah yang aku kongsi dengan manusia melalui penulisan buku,internet dan sebagainya…selepas solat 5 waktu akau tidak lupa doakan untuk semua guruku….



“Ya Allah Maha Pengasih..ampuni aku dan ibubapaku,ampuni aku dan keluargaku..ampuni aku dan sahabat handaiku….ampuni segala dosa guru-guruku….”



Itulah doaku ……..



Alhamdulillah telah selesai mukaddimah………..



Nota kali ini bertajuk “SYURGA ITU BUKAN MUDAH……………….” Kerna mahu mengingatkan manusia moden bahawa Syurga memang bukan mudah.Ramai manusia menyangka solat 5 waktu dan puasa Ramadhan,menuiakan fardhu haji maka sudah dapat Syurga sdgkan Syurga bukanlah semudah difikirkan ramai manusia…



Cuba kaji firman Allah swt "Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk Syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan dan ujian ) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu?”

Tidakkah ayat tersebut mengatakan Syurga itu bukan mudah????



Kita cuba hayati sirah Baginda saw…antara kisah ujian yang menimpa Baginda saw dalam kehidupan.

1.Pemulauan berlaku kepada Baginda saw dan sahabat saw ketika di Mekah hingga keadaan yang amat susah.Pernah seorang sahabat saw bercerita “aku sedang buang air kecil di padang pasir dan terasa sesuatu yang keras di bawah pasir.Lalu ku lihat dan ternyata ada seketul tulang yang ada cebisan daging.Lantas ku basuh dan makan…itulah sahaja rezekiku ..”

Mata perit kehidupan Rasulullah saw dan para sahabat ketika bangsa Quraish melakukan pemulauan kerna Bgainda saw menyeru kepada Islam.Mereka mahu orang Islam menderita dan keluar dari islam ,namun semua para sahabat saw kukuh setia bersama Islam hinggalah peristiwa hijrah berlaku.



2.Baginda saw berhijrah ke Madinah yang jauhnya kira-kira 800 km.Kadangkala Baginda saw berjalan,kadangkala menaiki unta….Fikirkan betapa siksanya mengharungi padang pasir yang panas terik dari Mekah ke Madinah…



3.Pelbagai cubaan membunuh dilakukan orang kafir terhadap Baginda saw.



4.Pertempuran sengit ketika perang Uhud.Baginda saw juga cedera hingga darah membasahi muka dan ginya patah.



5.Bersama-sama para sahabat menggali parit dalam perang Khandak.



6.Hidup dalam kemiskinan dan sentiasa lapar.Aisyah r.a menceritakan “Baginda saw bertanya mengenai apa yang ada untuk dimakan.Maka jawab Aisyah “Tiada”.Lantas Baginda saw berkata “Jika begitu,aku berpuasa”.

7.Menyertai peperangan dan turut cedera .

8.Pelbagai kesusahan dan keperitan dalam menyebarkan Islam…



Malah pelbagai kesusahan dan keperitan dialami para sahabat saw.Dalam satu peristiwa, setiap hari, selama tiga hari berturut-turut, Sayyidina Ali dan Siti Fatimah menyedekahkan kepada orang-orang miskin yang datang meminta di rumahnya makanan yang sepatutnya mereka makan untuk berbuka puasa nazar. Hari pertama mereka menyedekahkan makanan yang disediakan untuk berbuka itu kepada seorang miskin yang sudah beberapa hari tidak makan, hari kedua kepada seorang anak yatim yang sudah berpusing-pusing meminta makanan tetapi tidak mendapatkannya, dan hari ketiga kepada seorang tawanan. Oleh kerana makanan untuk mereka berbuka itu disedekahkannya, Sayyidina Ali dan Siti Fatimah sendiri tinggal kelaparan tiga hari berturut-turut itu.





Allah SWT memuji sikap Sayyidina Ali dan Siti Fatimah ini melalui firman-Nya:



"Mereka menunaikan nazar dan takut hari yang siksanya merata di mana-mana. Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang tawanan. Sesungguhnya Kami memberi makan kepada kamu hanyalah untuk mengharapkan keredhaan Allah, tidak mengharapkan balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih. Sesungguhnya kami amat takut (azab) Tuhan kami pada suatu hari yang (di hari itu) orang-orang bermuka masam penuh kesulitan. Maka Tuhan memelihara mereka dari kesusahan hari itu, dan memberikan kepada mereka kejernihan wajah dan kegembiraan hati. Dan Dia memberi balasan kepada mereka kerana kesabaran mereka (dengan) syurga dan (pakaian) sutera" (surah Al-Insan ayat 7-12).



Lihatlah Bilal bin Rabbah..yang didengari suara kasutnya di Syurga ketika Rasulullah saw Israk dan Mikraj.Bilal ketika bergelar hamba dipukul dan dijemur di bawah terik mentari,namun sentiasa berkata “Ahad..ahad..(Allah yang Esa)



Begitu juga keadaan para Nabi dan Rasul,serta pengikut mereka.Nabi Zakaraia as sendiri digergaji hingga mati dalam pokok.Maisarah tukang sisir Firaun dicampakkan dalam air panas menggelegak bersama anak kecilnya dan syahidlah.Namun segala ujian dan dugaan dari Allah swt tidak pernah melunturkan iman mereka.



“dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan,penderitaan dan dalam peperangan.Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa.”

Surah Al-Baqarah-177



Itulah mereka.Mereka sabar dan redha dengan segala ujian Allah swt………..



Manakala kita?Kita sentiasa syukur dengan nikmat ,namun bencikan ujian dan dugaan dalam kehidupan…



"(Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (dia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: Tuhanku telah memuliakan daku! Dan sebaliknya apabila dia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (dia tidak bersabar bahkan dia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: Tuhanku telah menghinakan daku!"

surah al-Fajr ayat 15-16



"Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat;Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang Malaikat-Malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu;"

Surah Arra'd ayat 22-23.



Siapakah manusia yang hidup senang lenang tanpa ujian dan mahukan Syurga?Sesungguhnya Syurga itu untuk manusia yang mengalami pelbagai ujian dalam kehidupan.



“Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. “ (surah Al-Anbiyaa’ ayat 35 )



Imam Al-Hafiz Ibn Katsir rahimullah dalam memberikan penerangan terhadap ayat ini menyatakan bahawa Allah menguji hambanya dengan musibah pada satu waktu, dan kemudian dengan nikmat pada waktu yang lain, untuk melihat siapa yang bersyukur dan siapa yang kufur, siapa pula yang sabar, dan siapa yang putus harap.





Banyak hadis Baginda saw memberitahu mengenai ujian :



“Barangsiapa yang disayangi Allah nescaya ditimpakan musibah padanya”Itulah kata-kata Baginda saw…

“Sesungguhnya Allah akan menguji dan mencuba salah seorang di antara kamu dengan cubaan sebagaimana salah seorang kamu menguji kadar emasnya dengan api. Maka sebahagian mereka akan keluar dari ujian itu bagaikan emas kuning berkilat; maka itulah orang yang dipelihara Allah daripada bermacam syubhat. Dan sebahagian mereka akan keluar bagaikan emas hitam, dan itulah orang yang tergoda fitnah.” (Hadis riwayat Imam Thobrani)



“Sesungguhnya besarnya pahala itu mengikut besarnya ujian. Jika kamu redha, Allah pasti redha dan jika kamu benci, Allah pasti benci” [Riwayat Imam Tirmizi]



“Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun.” – riwayat Imam Tirmizi



“Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah harta kekayaan. “ – riwayat Imam Tirmizi



Hadis Qudsi: Allah s.w.t berfirman: “Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). ” - Hadis riwayat Imam Bukhari



Ujian yang paling berat adalah bagi para nabi, kemudian berikutnya dan berikutnya, seseorang diuji (oleh Allah) sesuai dengan kadar agamanya. Maka tidaklah musibah menimpa seseorang sehingga ia berjalan di atas bumi dan tidak ada dosa padanya.” – riwayat Imam Bukhari

Rasulullah s.a.w. juga bersabda: "Sesungguhnya, jika Allah s.w.t. mencintai sesuatu kaum, maka mereka akan diuji. Andainya mereka redha dengan ujian tersebut, maka baginya keredhaan Allah s.w.t”



Di dalam al-Quran, abanyak ayat menyebut ujian-ujian yang diberikan oleh Allah kepada manusia . Antaranya adalah;

1. Dugaan yang diberikan kepada kaum Nabi Musa dan Harun adalah dengan anak lembu, yang mana mereka jadikan sembahan. (al-A’raf: 148, Thohaa: 90)

2. Unta betina sebagai ujian buat kaum Tsamud (al-Qamar: 27)

3. Bangunan-bangunan tinggi (yang mewah) buat kaum ‘Ad (al-Fajr: 7-8)

4. Dugaan yang diberikan ke atas pemilik kebun-kebun dari kalangan kaum Musyrik dengan kebakaran. (al-Qalam: 17)

5. Ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa serta buah-buahan. (al-Baqarah: 155)

6. Anak-anak serta harta benda sebagai dugaan. (al-Taghabun: 15)

7. Jihad sebagai ujian bagi orang yang beriman (al-‘Ankabut: 6)

8. Nikmat duniawi sebagai ujian buat para manusia. (al-Zumar: 49)

9. Kekayaan dan kemiskinan sebagai ujian. (al-Fajr: 15-16)

10. Kehidupan serta kematian sebagai ujian. (al-Mulk: 2)



Allah swt turunkan pelbagai ujian kepada manusia dalam pelbagai cara.Ada yang bekerja gaji beribu kemujdian dibuang kerja.Ada wanita berkahwin hampir 10 tahun namun tidak mendapat anak,ada ibu bapa kematian anak,ada berlaku banjir merosakkan rumah,ada kemalagnan hingga patah kaki,ada hilang wang,ada diragut dan dirompak,ada yang ditimpa gempa bumi,tsunami,ada yg hidup miskin dan pelbagai ujian kepada manusia.



Ramai menyangka jika sihat dan cergas adalah tanda Allah sayang.Namun hakikatnya manusia yang diberikan kesakitan,penyakit adalah tanda Allah lebih sayangkan mereka jika mereka sabar dan redha.



“Sangat mengagumkan kepada seorang mukmin, sebab segala keadaannya untuk ia sangat baik, dan tidak mungkin terjadi demikian kecuali bagi seorang mukmin: jika mendapat nikmat ia bersyukur, maka syukur itu sangat baik baginya dan bila menderita kesusahan ia bersabar, maka sabar itu lebih baik baginya.” (Hadis riwayat Muslim)



Sebuah kisah benar yang diceritakan seorang ulama’ …..Seorang lelaki menjerit-jerit di pasar akibat sakit kepala.Lalu ditegur seorang lelaki tukang kasut.



“Kamu sakit kepala berapa kali sebulan?”tanya tukang kasut.

“Sekali atau dua kali.”jawabnya

“Kamu hanya pening kepala sekali atau dua kali dalam sebulan ,tapi kamu menjerit2 di pasar,tidak malukah dengan Allah swt?Allah swt berikan kesihatan baik sepanjang sebulan dan hanya sekali dua Dia berikan ujian sakit kepala…

Dengan hidayah Allah swt ,lelaki tersebut insaf dan bertaubat dan menjadi wali Allah………….Subhanallah…



Walau apa pun ujian dan musibah,bersabarlah.Kerna kesabaran adalah tanda manusia beriman.Adulah kepada Allah swt,bukan kepada manusia.Apa jua ujian,menangislah berdoa kepada Allah swt kerna Dia Maha Mendengar...



Syurga untuk manusia yang bersabar dengan segala ujian yang dihadapi…Bacalah nama Allah “Ya Shobur “ setiap hari agar kita menjadi manusia yang bersabar………



“Ya Allah Ya Rahman……..kurniakan kami keimanan dan ketakwaan.Kurniakan kami kesabaran dalam apa jua cabaran yang kami tempuhi…Berikan kami kekuatan dalam melawan hasutan syaitan durjana…jadikan kami dan ahli keluarga golongan beriman dan beramal soleh..Masukkan kami ke syurga dan jauhkanlah Neraka….amin “



Segala kelemahan dan kenaifan milikku bernama Saat,manakala kebaikan dan kesempurnaan hanya milik Allah Maha Gagah lagi Amat Perkasa…………….





Hj Saat Hj Sulaiman al-Madani

3.52 petang

Negeri Sembilan ………..

8 Disember 2011 M / 12 Muharram 1433 Hijrah

www.saatcham.com

No comments:

Post a Comment