ETIKA DAN ADAB
MEMBACA QURAN
1.Belajar tajwid sebaiknya agar membaca Quran dengan
betul.Mereka yang membaca Quran dengan salah akan diberikan DOSA.Banyak guru di
masjid,surau mengajar ilmu tajwid,BELAJARLAH.
2.Berwuduk.Pastikan diri kita sentiasa berwuduk.Itulah
amalan Bilal bin Rabbah r.a seorang hamba yang dimerdekakan,malah berbangsa
Afrika yang kulit hitam,namun dijanjikan Syurga oleh Nabi SAW.Ketika Nabi SAW
Israk Mikraj,Baginda SAW mendengar sepatu Bilal di Syurga.
3.Belajar bahasa arab agar kita memahami ayat-ayat
Quran.Belajarlah sedikit demi sedikit.Jika ramai sanggup membayar tuisyen
bahasa Inggeris RM100 sebulan,mengapa tidak mahu belajar bahasa arab?
4.Membaca Quran tidak mengira masa.Seorang wali Allah mampu
khatam Quran sehari sebanyak 6 kali dan meninggalkan bacaan Quran di tandas
sahaja.Imam Syafei rahimullah khatam Quran sehari sebanyak dua kali,manakala pd
ramadhan sebanyak 4 kali sehari.
5.Memegang Quran tanpa wuduk adalah HARUS,namun menyentuh
tulisan Quran adalah HARAM.
6.Jangan berguru
melalui buku atau dalam FB atau Youtube.Berguru membaca Quran perlu
berdepan dengan guru Quran yang muktabar.
7.Hukum perempuan membaca Quran tidak HARAM,ada sebuah
riwayat mengatakan Saidatina Aisyah r.a membaca Quran ketika beliau dalam haid.
8.Mulakan taawwuz dan basmalah pada awal surah.Jika di
tengah surah,baca taawwuz sahaja.Manakala surah AT-TAUBAH
atau AL-BARAAH adalah HARAM membaca basmalah .Baca taawwuz sahaja pd
awal surah dan tengah.
9.Membaca Quran hukumnya sunat,namun jika menggangu org
lain,HARAM.Ramai membaca Quran dengan suara kuat di masjid dan surau dan ia mengganggu
org sdg solat sunat,zikir,iktikaf dll.
10.Kitab Tajwid terbaik bertajuk AL-IQNAA’ dalam bahasa
arab.Carilah guru belajar kitab tersebut.
11.Boleh membaca Quran dan membaca terjemahan di sini :
12.Bila khatam ,jangan habiskan surah annas.Sepatunya
disambung sehingga surah al-Fatihah dan surah al-Baqarah lima ayat,kemudian
baru berhenti dan baca doa khatam Quran.
13.Sebaiknya gunakan Quran rasm OSMANI .Ia adalah Quran
mengikut tulisan dan bacaan yang tepat berbanding Quran rasm lain.
14.Sebelum membaca Quran,sebaiknya baca surah An-Naas 3
kali.
15.Letakkan Quran di tempat tinggi,bukan rendah sbg
menghormati Quran.
16.Cuba hafaz Quran
dan waktu terbaik menghafaz adalah 1/3 malam dan selepas solat
Maghrib.hafallah Quran agar kita mmebaca ayat panjang dlm solat.
17.Meletakkan Quran untuk dibaca dalam solat adalah
HARUS.Saya biasa solat sunat duduk dan Quran diletakkan di atas rehal di depan
utk mudah dibaca.
18.Berusahalah menangis ketika membaca Quran.Sebuah hadis “ Menangislah pabila membaca Quran,jika
x mampu,buat-buatlah menangis”.
19.Sy biasa membaca Quran di pelbagai tempat seperti dalam
kereta,rumah,masjid dan sebagainya.Tempat dilarang membaca Quran adalah TANDAS
sahaja.
20.Tiada hadis sahih mengatakan Nabi SAW membaca Quran di
kubur.
21.Hadis berkaitan membaca surah Yaasin malam dan Jumaat
adalah DHAIF manakala hadis membaca surah KAHFI adalah HADIS SAHIH.Saya biasa
membaca Yaasin malam Jumaat dan siang Jumaat membaca surah Kahfi.Kdgkala membaca
surah Yaasin dan Kahfi pd malam Jumaat serentak.
22.Hadis berbunyi “ Yaasin adalah jantung Quran” adalah
HADIS PALSU.
23.Cuba hafaz doa dari Quran agar ia diamalkan selepas
solat.Banyak doa dibaca oleh para Nabi dan sebagainya.
24.Bacalah Quran dalam keadaan menutup aurat.Ramai wanita
dan lelaki membaca Quran membuka rambut,pakai seluar pendek dan sebagainya.ia
tidak menghormati Quran.
25.MAKHRAJ bermaksud TEMPAT KELUAR HURUF.Sebut betul2 setiap
huruf agar ianya betul.BELAJARLAH DENGAN GURU.
ث م jika dibaca س
mengubah makna.
JIKA DIBACA س IA MENGUBAH MAKNA “KEMUDIAN “ KEPADA “RACUN”
26. HARAM menulis Quran dengan rumi.
Contohnya “BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM”.
27.Salman al-Parsi r.a adalah seorang sahabat dari Isfahan,IRAN
dan datang ke Madinah semata-mata mahu
melihat kebenaran Islam.Beliau r.a bertemu Nabi SAW dan menghafal kitab
Taurat.Dalam kitab Taurat mengatakan Nabi akhir zaman ada cop di belakang
badannya.Justeru Salman bermusafir dari IRAN hingga ke MADINAH AL-MUNAWWARAH.
Katanya “Tolong tunduk..”Nabi SAW pun tunduk dan terlihat
cop kenabian di belakang badan Rasulullah SAW.Salman ra. terus mengucap KALIMAH SYAHADAT.
Salman ra belajar Quran dengan bahasa arab,bukan bahasa
PARSI.
Sejarawan mengatakan Salman r.a meninggal dunia ketika zaman
Osman bin Affan ra menjadi Khalifah.Namun ada juga mengatakan Salman r.a
meninggal pd zaman Khalifah Ali Abu Tholib r.a.
SUMBANGAN SALMAN AL-PARSI kepada Nabi saw adalah IDEA
PEMBINAAN PARIT DI SEKEKLILING
BANDAR MADINAH AL-MUNAWWARAH dalam perang KHANDAK.Parit
tersebut digali oleh sahabat saw termasuk Nabi SAW.
Parit tersebut telah dikambus oleh pemerintah ARAB SAUDI
kerna ramai melakukan perbuatan khurafat seperti tidur di dalamnya untuk
mengambil BERKAT.
TAPAK PARIT TERSEBUT KINI TELAH MENJADI JALAN RAYA.
Pernah dilantik sebagia gabenor di Bandar Al-Madain yang
terletak berdekatan Baghdad. Salman r.a mendapat gaji sebanyak lima ribu
dirham. Semua wang tersebut disedekahkannya kepada fakir miskin.
Ketika menjadi GABENOR,Salman al-Parsi r.a memikul karung guni
berisi makanan dan dihantar kepada orang miskin.
Pegawainya berkata “Ramai tidak mengenalinya…..suatu hari
saya memperkenaklan inilah SALMAN,GABENOR kita..”
Semua penduduk terperanjat dengan sifat TAWADDUK Salman r.a wlupun bergelar GABENOR.
28.Pemimpin Islam yang menghancurkan Islam adalah KAMAL
ATTARTURK.Dia mengubah azan ke bahasa TURKI dan mengharamkan pelajaran Quran di
sekolah dan masjid.
29.Bacalah tafsir Quran setiap hari.Jika sehari
sejuzuk,sebulan tamat 30 juzuk.Amalkan berterusan dengan ISTIQAMAH.
30.Berdoalah setiap hari agar salah seorang anak kita
Berjaya MENGHAFAL QURAN.Semoga Allah SWT perkenankan.
31.Banyakkan
berdoa " YA ALLAH,JADIKANKU ORG YG MMEBACA QURAN DENGAN TARTIL DAN
MENGAMALKAN AJARAN QURAN" dalam sujud dan selepas solat.
32.Amalkan
zikir dalam Quran seperti zikir NABI YUNUS dan sebagainya.
www.kuburakhirat.com
No comments:
Post a Comment