Wednesday, July 6, 2011

MELONGGOKKAN DOSA……………….

MELONGGOKKAN DOSA……………….



“Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu dosa maka sesungguhnya dia

hanya mengerjakannya untuk (menjadi bala bencana yang) menimpa dirinya

sendiri dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”

Surah Annisaa ayat 111



Bismillah

Dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Amat pengasih…



2.40 petang….4 Julai 2011.Pejam celik Rejab telah pergi.Kini Syaaban mengambil tempat…



Alhamdulillah….

Aku masih sihat.Sihat dan gembira.Gembira dan banyak wang…Kalau tiada wang,internet pun kena potong…Semua bil internet,api ,air dah bayar bulan ni.Hari ni bil Astro pula.Itulah hidup…semua kena bayar.



Sebagimana diketahui manusia sering melakukan dosa.Aku,kau,dia.Manusia sama sahaja.Akhir zaman ini ,mana mahu mencari manusia tiada dosa?



Dosa terbahagi dua :

1.DOSA KECIL.

2.DOSA BESAR.









Banyak hadis mengatakan dosa dihapuskan.Berwuduk pun dihapuskan dosa.Bersalin juga menghapuskan dosa kecil.Istighfar juga menghapuskan dosa,namun dosa kecil,bukan DOSA BESAR.Itu yang kita kena faham…

"Tidaklah seseorang memasuki waktu shalat wajib kemudian ia berwudhu dengan sempurna dan shalat dengan khusyu, sambil memelihara ruku'nya(tidak tergesa2 dalam shalat), melainkan akan terhapus dosa-dosanya yang telah lalu selama tidak melakukan dosa besar, hal itu berlaku sepanjang masa".(Hadis rekod Imam Muslim)



“Mahukah kalian aku tunjukkan sesuatu yang dapat menghapus dosa dan mengangkat derajat. Mereka menjawab: ya wahai rasululloh. Beliau berkata: menyempurnakan wudhuk ketika masa sulit dan memperbanyak langkah ke masjid serta menunggu solat satu ke solat yang lain, karena hal itu adalah ribath” (HR Muslim dan Al Tirmidzi).



Nabi Bersabda: “Puasa hari Arafah saya berharap dari Allah untuk menghapus setahun yang sebelumnya dan setahun setelahnya dan Puasa hari A’syura saya berharap dari Allah menghapus setahun yang telah lalu” (HR Imam At Tirmidzi)

“Siapa yang berhaji lalu tidak berkata keji dan berbuat kefasikan maka kembali seperti hari ibunya melahirkannya” (HR. Imam Bukhari)



“Sesungguhnya Allah Azza Wa Jalla berfirman: Sungguh Aku bila menguji seorang hambaKu yang mukmin, lalu ia memujiku atas ujian yang aku timpakan kepadanya, maka ia bangkit dari tempat tidurnya tersebut bersih dari dosa seperti hari ibunya melahirkannya” (Hadis riwayat Imam Ahmad, dan dihasankan Al Albani dalam Silsilah Al Ahadits Al Shohihah no. 144).

Rasululah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosanya sebagaimana ibunya melahirkannya.”



“Bagaimana pendapat kalian seandainya ada sungai di pintu yang digunakan untuk mandi setiap hari lima kali, pa yang kalian katakan apakah tersisa kotorannya? Mereka menjawab: Tidak sisa sedikitpun kotorannya. Beliau bersabda: sholat lima waktu menjadi sebab Allah hapus dosa-dosa” (Hadis rekod Imam Bukhari).



“Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebagian kesalahan-kesalahanmu; dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan” (Surah Al Baqarah: 271





Itulah antara amalan menghapuskan dosa,namun DOSA KECIL…………..





Manakala antara dosa besar mengikut hadis sahih :



5 hadis sahih tentang dosa besar:



1. Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah telah bersabda: ‘Jauhi tujuh perkara membinasakan kamu (menyebabkan kamu masuk neraka atau dilaknati oleh Allah) Para sahabat bertanya: ‘Wahai Rasulullah! Apakah tujuh perkara itu?’ Rasulullah bersabda: ‘Mensyirikkan Allah (menyekutukanNya), sihir, membunuh manusia yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan hak, memakan harta anak yatim, memakan harta riba, lari dari medan pertempuran dan memfitnah melakukan perbuatan zina perempuan-perempuan yang baik (yang boleh dikahwini) serta menjaga maruah dirinya, juga perempuan yang tidak memikirkan untuk melakukan perbuatan jahat serta perempuan yang beriman dengan Allah dan RasulNya.’

2. Hadis Ibn Mas’ud: Nabi SAW ditanya tentang apakah dosa besar? Sabdanya: ‘Engkau jadikan sekutu bagi Allahj sedangkan Ia menjadikanmu.’ Ditanya: ‘Kemudian apa?’ Jawab Baginda: ‘Engkau membunuh anakmu kerana takut ia makan bersamamu.’ Ditanya: ‘Kemdian apa?’ Jawab Baginda: ‘Engkau berzina dengan isteri jiranmu.’

3. Hadis Abdullah bin Umar ra bahawa Nabi SAW bersabda: ‘Dosa besar itu syirik dengan Allah dan derhakakan ibubapa.’

4. Hadis: ‘Tidakkah kamu mahu aku khabarkan sebesar-besar dosa? Itulah perkataan dusta atau saksi dusta.’

5. Hadis Abu Bakrah r.a bahawa Nabi SAW disebut di sisinya dosa-dosa besar. Baginda bersabda: ‘Mensyirikkan Allah, derhakakan kedua ibu bapa’ Semasa Rasulullah bersabda, Baginda sedang bersandar lalu duduk dan bersabda: ‘kata-kata palsu dan bersaksi palsu.’ Baginda terus mengulangi sabdanya sehingga kami berkata: Kalaulah Baginda berhenti dari menyebutnya.



Imam az-Zahabi rahimullah mengumpulkan 70 dosa besar dan kebanyakan dosa besar manusia lakukan hari ini seperti riba,mengumpat,berdusta.Memang ramai terpalit.





Dari Jabir dan Abi Said, Rasulullah SAW bersabda:

“Awaslah daripada mengumpat, kerana mengumpat itu lebih keras daripada zina. sesungguhnya seseorang terkadang ia berzina dan bertaubat. maka diterima Allah swt akan taubatnya. Dan sesungguhnya seseorang yg mengumpat, tidak akan diampun dosanya sebelum diampuni oleh org yg diumpatnya itu.”



Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Anas, Rasulullah SAW bersabda:

“Pada malam aku diIsra’kan aku telah melalui suatu kaum yg mencakar-cakar muka mereka dgn kuku-kukunya sendiri, maka aku berkata: “Hai Jibril siapa mereka ini? jawab Jibril: Mereka ini adalah org2 yg suka mengumpat dan mereka juga suka menjaga tepi kain org”.

(Rekod Imam Abu Daud dari Anas)



Aku benra-benar takut dosa besar,kerana ramai ulama’ mengatakan dosa kecil yang dibuat setiap hari akan menjadi dosa besar.Memang amat menakutkan.

Setiap hari memandang wanita tidak tutup aurat.Ramai pelanggan wanita datang ke premis tidak menutup aurat,atau menutup aurat tidak sempurna.



Jam 8 malam menonton berita,pembaca berita tidak bertudung…



Memang menakutkan…..Dosa setiap hari dan malam…











Apa yang dapat dilakukan adalah istighfar sepanjang masa agar dosa terhapus dan tidak bertimbun-timbun…Hidup akhir zaman amat susah mahu elakkan dosa.Jika tinggal di hutan,tiada tv,internet,makan hasil tanam sendiri,tidak menggunakan wang,mungkin boleh bersih dari dosa….Namun perlukah kita pindah ke hutan?



Allah swt Maha Pengampun,maka kita meohon amp[un setiap pagi,petang dan malam.Setiap hari kita bertaubat…Itulah sebaiknya.



Imam Bukhari dan Muslim merekodkan sebuah kisah :

Daripada Abu Sa’id Al-Khudhri R.A, Rasulullah S.A.W pernah bersabda “Bahawa di kalangan orang terdahulu ada seorang lelaki yang telah membunuh 99 nyawa, lalu dia mencari orang yang banyak ilmunya.



Maka, dia ditunjukkan kepada seorang rahib, lalu dia pergi menemuinya. Kemudian, dia mengatakan bahawa dia telah membunuh 99 nyawa, adakah taubatnya akan diterima? Kemudian rahib tersebut menjawab, tidak. Maka, dia membunuh rahib tersebut dan genaplah 100 orang (yang dibunuhnya) dengan pembunuhan rahib tersebut.



Kemudian dia mencari lagi orang yang banyak ilmunya, maka dia ditunjukkan kepada seorang pemuda alim. Maka, dia mengatakan bahawa dia telah membunuh 100 nyawa, adakah taubatnya akan diterima? Pemuda alim itu menjawab, ya. Dan siapakah yang menghalang antaranya dan taubat?



“Pergilah ke daerah ini dan ini, kerana di sana ramai orang beribadah kepada Allah Azza wa Jalla. Beribadahlah kepada Allah bersama mereka. Dan janganlah pulang ke daerahmu, kerana sesungguhnya daerahmu itu daerah yang jelek.”



Maka, dia pergi (menuju daerah tersebut) sehingga sampai di pertengahan jalan, kematian mendatanginya.



Maka, berbantahanlah malaikat rahmat dan malaikat azab. Berkata malaikat rahmat, “Dia pergi dengan (niat) bertaubat menghadap Allah sepenuh hati.” Dan berkata pula malaikat azab, ”Dia ini tidak pernah melakukan kebaikan sama sekali.”



Kemudian datanglah kepada mereka satu malaikat lain dalam rupa bentuk seorang manusia, lalu mereka meminta keputusan kepadanya. Dia (malaikat ketiga) berkata, ”Ukurlah jarak antara 2 daerah tersebut (tempat berangkatnya dan tempat tujuannya). Jarak mana yang lebih dekat antara kedua-duanya, maka itulah keputusannya.” Maka, mereka mengukur dan mendapati bahawa jarak yang lebih dekat adalah jarak yang ditujuinya, maka dia berada dalam genggaman malaikat rahmat.



Dan dalam satu riwayat dalam As-Sahih (disebutkan), “Maka dia lebih dekat kepada daerah yang salih dengan hanya satu jengkal. Maka, dia dijadikan sebagai salah satu ahlinya.” Juga dalam riwayat As-Sahih (disebutkan), “Maka, Allah mewahyukan kepada daerah ini (tempat berangkatnya) supaya menjauhi, dan kepada daerah ini (tempat tujuannya) supaya mendekati. Dan Dia berkata, ‘Ukurlah jarak antara kedua-duanya.’ Lalu mereka mendapati bahawa dia lebih dekat dengan daerah ini (daerah yang salih) dengan satu jengkal. Maka, dia diampuni.”



“Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla menerima taubat seorang hamba selama ruhnya belum sampai di kerongkongnya.” (hadis riwayat Imam Tarmizi )



Kita perlu istighfar dan memohon ampun dan jangan putus asa……..



Walaupun terpalit dosa setiap hari,beristighfarlah sebanyaknya dan lakukan amalan kebaikan sebanyaknya….



Kebaikan dan kesempurnaan hanya milik Allah swt Maha Gagah lagi Amat Perkasa,manakala diriku hanya insan naif dan berdosa siang malam……….



Ya Ghaffar,ampuni segala dosa kami,masukkan kami ke Syurga-Mu.Jauhkan kami siksa kubur dan azab Neraka..amin amin amin................



Admin

Kisah Teladan & Co

No comments:

Post a Comment