Friday, July 15, 2011
DAKWAH TIDAK MENGIRA SIAPA
DAKWAH TIDAK MENGIRA SIAPA
Allah swt berfirman dalam surah Ali Imran: 104: "Hendaklah ada di antara kalian segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar. Mereka itulah orang-orang yang beruntung".
"Kalian adalah umat terbaik yang dilahirkan bagi umat manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar dan beriman kepada Allah" (Surah Ali Imran: 110)
Bismillah
Dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Amat pengasih…
Jam 12 tengahari 13 Julai 2011…
Hari amat sedih.Seorang teman,guru dan juga mentor ,Puan Ainon Mohd CEO PTS telah membuang aku hanya kerna aku memberi nasihat .Sebagai CEO kecil yang tiada wang juta-juta,nasihatku sering diperlekeh….Beliau hanya menerima nasihat Nik Aziz ulama’ PAS.
Namun sebagai manusia yang berpegang HUMAN RIGHT ,AKU x kisah kerna semua manusia dalam FB boleh buang sesiapa sahaja.Aku pun banyak buang ribuan teman FB….Namun aku sedih kerna beliau adalah seorang guruku memberikan ilmu….walaupun sedikit berbanding teman-teman beliau yang sekepala dalam politik,namun aku bersyukur dapat ilmu percuma.
Sebagai pendakwah,aku sudah biasa melalui pelbagai masalah ,hinaan,ejekan dari penyokong PAS buta tuli.Mereka mengaku baca Quran dan faham Quran,namun sikap pemimpin dan penyokong PAS tidak sealiran dengan Quran dan hadis.
Al-’Allamah As-Sakhawi rahimahullahu ta’ala di dalam kitabnya ‘Fathul Mughits Syarhu Alfiyatil Hadits lil ‘Iraqi’ berkata:
“Jauhilah -wahai para penulis- dari menyingkat selawat dan salam kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pada tulisan engkau dengan dua huruf atau yang semisalnya sehingga penulisannya menjadi kurang sebagaimana yang dilakukan oleh Al-Kattani dan orang-orang bodoh dari kebanyakan kalangan anak-anak orang ‘ajam dan orang-orang awam dari kalangan penuntut ilmu. Mereka hanya menuliskan “ص”, “صم”, atau “صلم” sebagai ganti shallallahu ‘alaihi wasallam. Yang demikian itu di samping mengurangi pahala karena kurangnya penulisannya, juga menyelisihi sesuatu yang lebih utama.”
Walaupun demikian ada sebilangan ulama’ mengharuskan kita menulis saw untuk selawat kerna saw adalah maklum.Apabila pembaca mmebaca saw,mereka membaca dengan sempurna shallallahu ‘alaihi wasallam bukan hurus S.A.W.
Malah DEWAN ULAMA ARAB SAUDI mengatakan sunat menulis sempurna selawat ,dan bukan WAJIB.
Dalam dakwah,saya akan mendakwah semua manusia,tanpa mengira miskin,kaya,jahil,berpelajaran rendah,pendidikan tinggi,ada pangkat dan sebagainya.
Quran menyuruh pendakwah menjauhi manusia sesat dan mempermainkan ayat-ayat Quran atau perlekehkan :
“Dan apabila engkau melihat orang-orang yang memperkatakan dengan
cara mencaci atau mengejek-ejek ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah
mereka sehingga mereka memperkatakan soal yang lain dan jika engkau
dilupakan oleh Syaitan (lalu engkau duduk bersama mereka), maka
janganlah engkau duduk lagi bersama-sama kaum yang zalim itu, sesudah
engkau mengingati (akan larangan itu).”
Surah Al-An’am ayat 68.
“Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu
(perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: Apabila kamu mendengar
ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir
dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka
sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana
sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama
seperti mereka.Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang
munafik dan orang kafir di dalam Neraka Jahannam”
surah An-Nisaa’ ayat 40.
Justeru ribuan teman FB aku buang sebab mereka suka menghina pemimpin UMNO termasuk negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad.Aku ikut nasihat Quran.
Memang sedih dengan sikap Melayu.Suka menuduh Dr Mahathir kafir,Mahafiraun,laknatullah dan sebagainya.Mereka yang menuduh dan memaki hamun Dr Mahathir tidak berbuat apa-apa namun Dr Mahathir memajukan negara sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri.
Dakwah perlukan kesabaran…dan aku bersabar atas hinaan,makian dan pelbagai ugutan bunuh dari penyokong PAS,PKR,DAP dalam Facebook.Aku bersabar.Kalau buat repot polis dan upah peguam,banyak masa kena buang di Mahkamah.Aku banyak keje,x nak turun naik mahkamah.
Dalam usaha dakwah,aku berdakwah kepada semua.Aku tak fikir dia CEO ada aset 10 juta atau 100 juta.Kebenaran tetap kebenaran.Baginda saw bersabda “Katakanlah benar walau pahit sekalipun!”
Sebagai pendakwah,aku wajib menyatakan kebenaran walaupun pahit.Walaupun mungkin aku kena banned oleh penerbit,aku akan cari penerbit lain.Rezeki ada di mana-mana…
Allah swt menjamin rezeki semua manusia.
Al-A’raf[96]
Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.
AL-Maidah {66]
Dan kalau mereka bersungguh-sungguh menegakkan (menjalankan perintah-perintah Allah dalam) Taurat dan Injil dan apa yang diturunkan kepada mereka dari Tuhan mereka (Al-Quran), nescaya mereka akan makan rezeki (yang mewah) dari atas mereka (langit) dan dari bawah kaki mereka (bumi). Di antara mereka ada sepuak yang adil dan kebanyakan dari mereka, buruk keji amal perbuatannya
Al-Jinn {16]
(Nabi Muhammad diwahyukan menerangkan lagi): Dan bahawa sesungguhnya! Kalaulah mereka (manusia dan jin) itu berjalan betul di atas jalan (Islam), sudah tentu Kami (akan memberikan mereka sebab-sebab kemewahan, terutama) menurunkan hujan lebat kepada mereka.
As-Syura (As-Shura) [27]
Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hamba-Nya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Dia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata.
Al-Baqarah [245] ……
Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.
Isra [30]
Sesungguhnya Tuhanmulah yang meluaskan rezeki bagi siapa yang Ia kehendaki, dan menyempitkannya. Sesungguhnya Ia Maha Mendalam Pengetahuan-Nya, lagi Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya.
Al-Ankabut [62]
Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan (rezeki itu) baginya; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tetap tiap-tiap sesuatu.
Rum [37]
Dan mengapa mereka tidak melihat bahawa Allah meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Ia juga yang menyempitkannya Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan yang membuktikan kekuasaan Allah bagi orang yang beriman.
Saba’ [36]
Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia juga yang menyempitkan (bagi sesiapa yang dikehendakiNya); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu).
Az-Zumar [52]
(Mengapa mereka mendakwa demikian), tidakkah mereka mengetahui bahawa sesungguhnya Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia juga yang menyempitkannya? Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan yang jelas bagi orang-orang yang percayakan (ilmu dan kebijaksanaan Allah).
As-Syura (As-Shura) [12]
Dialah jua yang menguasai urusan dan perbendaharaan langit dan bumi; Dia memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia juga yang menyempitkannya (menurut peraturan itu); sesungguhnya Dia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Berdakwahlah kepada sesiapa sahaja.Jangan gentar dan putus asa pabila menerima pelbagai ugutan dan ancaman.Jangan sedih jika dihina dan dimaki hamun.Para Nabi dan rasul telah menerima pelbagai ujian.Nabi Zakaria digergaji kepala hingga mati.Baginda saw tika solat dilempar dengan najis dan duri.Namun dakwah tetap diteruskan…
Segala kebaikan dan kesempurnaan adalah milik Allah swt Maha Perkasa lagi Amat Mengetahui,manakala namaku Saat ini adalah insan naif dan lemah…
1.15 tengahari
13 Julai 2011
Admin Kisah Teladan & Co…
Upload : 16 Julai 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment