BERIMAN DENGAN TAKDIR ALLAH.........
"Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang
ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja dan Dia
mengetahui apa yang ada di darat dan di laut dan tidak gugur sehelai
daun pun melainkan Dia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun
dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering,
melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Luh Mahfuz) yang
terang nyata."
surah al-Anaam ayat 59
"Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi dan yang tidak
mempunyai anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam
pemerintahanNya dan Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu
menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang
sempurna."
surah al-Furqan ayat 2
Bismillah
dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Amat Pengasih..
Jam 8.16 malam,24 Jun 2011,baru lepas makan malam.Alhamdulillah malam ini makan ayam sambal dan kerang rebus masakan isteri kesayangan...
Kebiasaannya mata terpacul ke TV jam 8 hingga 9 malam...Namun malam ini,aku menghadamkan makanan yang penuh dalam perut dengan menulis nota...Sambil perut bekerja,jemari ini bekerja..
Sambil TV melontarkan berita,aku sesekali menjeling ..Jika ada berita menarik minat,aku tumpukan.Jika tidak,sekadar dengar sahaja..
Kita semua pernah merasai perut ibu kecuali Adam dan Hawa.Adam dan Hawa tidak merasai menjadi janin dan berada dalam perut ibu.Kejadian Adam dan Hawa amat menarik,menunjukkan betapa Allah swt Amat Berkuasa mencipta apa sahaja...
Betapa susahnya ibu mengandung anak...Kira-kira 9 bulan lebih ibu mengandungkan.Ia adalah ujian amat berat bagi seseorang ibu.Membawa kandungan ke mana sahaja,siang dan malam..
Mengingatkan betapa ibu amat berjasa,Allah swt mewajibkan manusia mentaati ibu,sebagaimana firman-Nya :
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya;
ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan
(dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan
susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah
kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua
tempat kembali (untuk menerima balasan)."
surah Lokman ayat 14.
Ok,jumpa lagi...............aku nak layan History Channel dalam Astro....2 pagi aku tidurrr........
Selepas solat Subuh,aku bersarapan Tongkat Ali dan sekeping biskut,kemujdian melayan TV Hijrah dalam Astro....jika tiada Astro,mungkin tahun depan baru ada TV Hijrah.....Kalau bukan tahun depan,tahun selepasnya....Ramai dah komplen dalam Facebook,namun TV Hijrah masih belum sampai ke pelusuk negara...yang menghairankan TV Hijrah dah sampai ke Sabah,Melaka belum sampai....adakah Sabah lebih dekat dari ibu TV Hijrah di KL,aku pun x tahu kerna aku bukan pakar bidang satelit!
9.25 pagi 25 Jun.....aku menyambung .....
Alhamdulillah sihat di pagi Sabtu ini....
Bila ditanya “kamu beriman?” Manusia menjawab ‘Ya..........”.Mereka semua mengaku beriman.
Beriman bukan semudah ucapan,kerna iman itu mengikut Imam Bukhari rahimullah adalah menyebut dengan lidah ,percaya dalam hati dan mengamalkan.Jika seseorang mengaku beriman dengan Allah iaitu percaya kewujudan Allah swt sebagai Tuhan,Maha Melihat lagi Amat Mengetahui,mengapa ramai manusia meragut dan tinggalkan solat?
Itu bermakna manusia hanya percaya dalam hati namun mereka tidak menterjemahkan keimanan dengan amalan.Islam bukan agama bercakap,islam agama praktikal yang perlu diterjemahkan keimanan melalui perbuatan.Jika seseorang abaikan solat 5 waktu,ia menunjukkan tiada amalan melalui perbuatan.
Ramai manusia tidak memahami apa itu iman.Bagi mereka cukuplah percaya kepada Allah itu Tuhan,mengetahui nama 10 Malaikat ,Quran itu kalamullah,Iman dengan Qadar Qasdar,percaya hari kiamat,percaya ada siksa kubur.Bagi mereka percaya sudah cukup,namun amalan untuk membuktikan kepercayaan adalah tidak penting.
Dalam Islam,iman itu penting.Dalam Quran diulang ribuan kali ayat yang menggunakan perkataan “manusia beriman”.
Jika kita lihat kepada sikap umat Islam moden,mereka tidak pernah mengkaji apa itu Iman.Bagaimana menghayati rukun iman.Bagaimana iman itu boleh rosak.Bagaimana amalan yang menjadikan seseorang itu beriman.
Solat 5 waktu bukan menjadikan seseorang beriman,kerna manusia yang sering menunaikan solat juga akan masuk Neraka,sebagaimana firman Allah swt :
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
1. Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari
pembalasan)?
2. Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,
3. Dan dia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak
diterima oleh orang miskin.
4. (Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang
mendustakan agama), maka neraka Wail bagi orang-orang Ahli
Sembahyang;
5. (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan
sembahyangnya;
6. (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam
ibadat dan bawaannya),
7. Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang
yang berhak mendapatnya).
Surah al-Ma’un ayat 1-7
Apabila kita solat 5 waktu dalam lalai dan tidak khusyuk,serta riak dan mahu dipuji,solat itu sia-sia dan Allah swt telah menjanjikan neraka Wail untuk manusia solat.Ini buktinya manusia solat 5 waktu bukan tanda manusia beriman.
Solat yang memberi jaminan manusia itu lepas dari Neraka adalah solat manusia khusyuk,ikhlas dan mengharapkan keredaan Allah.Solat mereka juga menjadi benteng dari segala kejahatan dan maksiat.Itulah solat yang menjadikan seseorang beriman.
Ramai manusia menyangka mereka beriman pabila sudah menunaikan solat 5 waktu dan akan mendapat Syurga sedangkan solat itu bukan jaminan.Solat perlu dirasai kemanisannya untuk khusyuk.Manusia yang mahu khusyuk perlu memahami apa yang dibaca sejak takbiratul ihram hinggalah mmeberi salam.Memahami bacaan adalah salah satu cara untuk khusyuk.
Pabila lidah membaca Alhamdulillahirabbil’alamin,dalam hati mengiringi maknanya.Ramai manusia tidak berjaya khusyuk kerana mereka tidak memahmai bacaan solat dan tidak berusaha memahaminya sedangkan dalam solat adalah ayat-ayat yang mudah.
Kita perlu meghafal makna segala bacaan solat jika mahu menikmati kemanisan solat.Jika solat ratusan rakaat sehari namun tidak menikmati kemanisan solat,maka solat itu adalah sia-sia dan lalai.Adakah susah untuk memahami bacaan solat?
Adalah berbeza mendengar lagu yang kita fahami dengan mendengar lagu yang tidak difahami.Jika kita mendengar lagu Korea Winter Sonata,lagu dan melodi amat mengasyikkan,namun jika kita memahami setiap makna bait lirik lagu tersebut,ia lebih mengasyikkan.Begitulah dengan solat.Memahami apa yang dibaca dalam solat akan melahirkan kekhusyukan dan khusyuk itulah kemanisan solat.
Baginda saw bersabda “Solatlah sebagaimana kalian melihat daku bersolat”.Ia mudah.Jika Baginda saw melakukan thomakninah,maka kita lakukan .Jika Baginda saw khusyuk,kita lakukan.Itulah emncontohi Nabi saw.
Kita diajar mengakui rukun Iman yang lima :
Percaya kepada Allah
Percaya kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul
Percaya kepada Malaikat-Malaikat
Percaya kepada Kitab-Kitab
Percaya kepada Hari Akhirat
Percaya kepada Qada' dan Qadar.
Tajuk nota kali ini adalah BERIMAN DENGAN TAKDIR ALLAH iaitu termasuk dalam rukun iman ke lima Percaya kepada Qada’ dan Qadar.
Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai):
“Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.”
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Al-lmam Muslim
Dalam hadis tersebut jelas mengatakan mengenai ketentuan Allah kepada manusia iaitu rezeki,ajal,amalan,syurga dan Neraka.
Mengenai ketetepan Syurga dan Neraka,seorang sahabat bertanya “Ya Rasululullah,jika sudah ditetapkan Syurga atau Neraka,apa guna kita beribadat?”Baginda saw menjawab “Berbuat baiklah kamu dan dekatkanlah diri kalian kepadaNya. Sesungguhnya penghuni syurga,perbuatannya ditutup oleh amalan penghuni syurga walau apa pun yg ia kerjakan. Dan penghuni neraka ditutup perbuatannya dengan amal penghuni neraka walau ia mengerjakan apa pun." Kemudian Rasulullah kembali bersabda sambil mengangkat kedua tangannya; "Tuhan kalian telah berlepas diri. Satu Kelompok di antara kalian di syurga dan kelompok lain di neraka."
(Hadis Riwayat Imam Ahmad,At-Tirmidzi dan An-Nasa`i)
Hadis di atas adalah panjang.Kisah penuhnya begini :
Abdullah bin Amr; Katanya:
"Rasulullah menemui kami sambil membawa dua buku di tangannya. Baginda bertanya: "Tahukah kalian buku apakah ini?" Kami menjawab; "Tidak ya Rasulullah,melainkan engkau beritahu kami." Rasulullah menjawab sambil menunjukkan kitab yg ada di tangan kanannya; "
Ini adalah kitab daripada Tuhan sekalian alam. Di dalamnya terdpt nama-nama penghuni syurga dan nama-nama org tua mereka serta kabilah-kabilah mereka. Lalu ALLAH melengkapkan dengan penghuni terakhir dan setelah itu tidak ada lagi yg ditambah atau dikurangi." Kemudian baginda menunjukkan kitab yg berada di tangan kriinya sambil bersabda; "Ini adalah kitab daripada Tuhan sekalian alam. Di dalamnya yerdpt nama-nama penghuni neraka dan nama-nama org tua mereka serta kabilah mereka. Lalu ALLAH melengkapkan dengan penghuni terakhir dan setelah itu tidak ditambah dan tidak dikurangi selamanya."
Para sahabat bertanya: "Kalau begitu,apakah manfaat amal ibadah jika segalanya sudah ditetapkan?" Rasulullah bersabda; " Berbuat baiklah kamu dan dekatkanlah diri kalian kepadaNya. Sesungguhnya penghuni syurga,perbuatannya ditutup oleh amalan penghuni syurga walau apa pun yg ia kerjakan. Dan penghuni neraka ditutup perbuatannya dengan amal penghuni neraka walau ia mengerjakan apa pun." Kemudian Rasulullah kembali bersabda sambil mengangkat kedua tangannya; "Tuhan kalian telah berlepas diri. Satu Kelompok di antara kalian di syurga dan kelompok lain di neraka."
Kita lihat kehidupan manusia.Ada yang bekerja 6 jam sehari,mereka mendapat RM5000 pendapatan sebulan.Ada yang bekerja 12 jam sehari,namun mereka hanya memperoleh RM800 sahaja sebulan.Itulah rezeki.Allah swt telah menetapkan rezeki manusia sejak dalam perut ibu lagi.
Namun manusia tidak boleh menanam dalam jiwa akidah mazhab Qadariyyah.Mazhab sesat tersebut adalah mazhab yang berpegang kepada semuanya ketentuan Allah dan tidak perlu berusaha.Apabila mereka miskin dan papa,mereka tidak mahu berusaha dan menganggap itulah sahaja rezeki mereka.Itulah fahaman sesat menyesatkan.
Fahaman ahli sunnah wal jamaah adalah benar iaitu kita perlu berusaha dan terus berusaha kerna kita tidak tahu berapa banyak rezeki kita.
Seorang ahli politik yang sentiasa menunjukkan dirinya warak dengan serban dan jubah mengatakan “Miskin itu takdir Allah..mengapa kita nak heboh tentang kemiskinan negeri ini?”itulah jawapan seorang bertaraf ulama’ namun sesat.Kata-kata tersebut jelas mengikut fahaman Qadariyyah yang menyimpang dari pegangan ahli sunnah wal jamaah.
Kita lihat ketekunan negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad.Ketika menerajui negara,bangsa Melayu miskin adalah 70 %.Usaha beliau memajukan negara dan memberi motivasi kepada bangsa Melayu telah menurunkan kadar kemiskinan kepada 5 % sahaja setelah 22 tahun menjadi Perdana Menteri.Itulah usaha.Bukan sekadar bergantung dengan ketentuan Allah.
Ramai manusia melihat kepada pakaian.Itulah kesilapan manusia moden.Namun hakikatnya jika dibandingkan antara Dr Mahathir dan Nik Aziz,memang jelas Dr Mahathir lebih banyak mempraktikkan amalan Islam walaupun beliau tidak memakai jubah dan serban.
Ramai cendekiawan dan manusia berilmu dan beriman tidak memakai jubah dan serban seeprti Imam Hassan al-Banna,Syahid Imam Syed Qutub dan sebagainya.Walaupun mereka memakai pakaian biasa,namun mereka terlah berjasa kepada bangsa dan agama.
Dalam Islam,kita perlu mengutamakan apa yang lebih penting.Contoh mudah memakai pakaian cantik dalam solat itu sunat,namun khusyuk dalam solat adalah wajib kerna jika manusia lalai dalam solat ,mereka dijanjikan neraka Wail.Ramai manusia mengambil berat pakaian cantik dalam solat,namun jiwa mereka kosong dan solat dengan lalai.itulah manusia yang mengutamakan perkara tidak penting.
Begitulah Dr Mahathir.Beliau mengambil aspek lebih penting seperti membasmi kemiskinan,memajukan pendidikan rakyat,mengubah mentaliti bangsa Melayu,memodenkan negara,memperbaiki kemudahan awam dan sebagainya.Beliau melihat aspek yang lebih penting.
Tulisan ini bukan mahu menghina manusia memakai serban dan jubah,namun manusia yang memakai jubah dan serban untuk kepentingan politik dan menyesatkan manusia adalah Munafik.Ketika Baginda saw masih hidup,Abdullah bin Ubai adalah ketua Munafik .Abdullah memakai jubah dan serban,serta solat di belakang Baginda saw,namun Allah swt telah memberitahu sifat Munafik Abdullah mellaui wahyu yang diturunkan kepada Baginda saw.
Begitu juga ketika berlaku perpecahan umat islam zaman Saidina Omar,Osman dan Ali hinggalah zaman Khalifah Umayyah,Abasiyyah,Fathimiah hinggalah terakhir Khilafah Osmaniyyah di Turki.Golongan Munafik menggunakan pakaian seperti berserban dan jubah untuk menjadikan mereka mendapat ramai pengikut dan melakukan perpecahan kepada umat islam.
Oleh demikian,kiat perlu memahmai Quran dan hadis dengan biak dan membaca sirah dan sejarah Baginda saw,sahabat,tabiin hinggalah zaman moden.Ini untuk mmeberi kefahaman menegnai sikap dan watak manusia.
Ramai manusia tertipu dengan golongan yang mengaku mereka lebih Islam hanya kerna mereka berjubah dan berserban,sedangkan amalan dan perbuatan mereka amat bercanngah dengan islam sebenar.
Tokoh ilmuwan Tok Kenali pernah bersajak :
ikut bapamu, tetapi takutkan Tuhan
kuasailah pengetahuan agama dan politik
ilmu itu apa yang terguris dalam hati
pengetahuan manusia terbatas.
Mengaku salah jika bersalah.
Sunnah Tuhan sudahlah wajar
biar mati adat, jangan mati syarak.
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
Bertanya pada yang tahu.
Penjahat itu mencukupi dengan kejahatannya.
Doa adalah senjata orang mukmin...
Muhammad Yusuf bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali ialah seorang tokoh ulama, guru,dan tokoh pembangun pemikiran umat Islam di dunia asia tenggara.
Beliau dilahirkan di Kampung Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan kira-kira pada tahun 1287H (1870M*) dengan nama Muhammad Yusof di penghujung pemerintahan Sultan Muhammad II (1837-1886M).
Bapanya seorang petani bernama Ahmad, manakala Fatimah, ibunya adalah seorang insan yang sopan dan bercita-cita tinggi dan murni.
Itulah biodata ringkas ulama’ terbilang....
Sebelum aku bergelar penulis,aku menziarahi makam beliau di Kelantan dan bertemu dengan cucu beliau untuk mendapat pelbagai ilmu di samping menghayati kehidupan ulama’ tersohor itu.Tok Kenlai adalah ulama’ ikhlas membangunkan bangsa dan agama,bukan ulama’ picisan yang mengaku Islam namun sifat dan amalan adalah bersifat Munafik.
Di Melaka ada sebuah pulau yang dinamakan Pulau Melaka.Ada cerita mengatakan banyak kubur wali Allah di situ.Ketika zaman mereka,wali Allah tersebut mmebuat wasiat agar dikuburkan di pulau tersebut dan jauh dari perkuburan manusia kerna tidak mahu diganggu dengan gangguan kuburan ahli maksiat.Namun banyak batu nisan kubur telah dimusnahkan jabatan agama negeri Melaka kerna ramai manusia melakukan pemujaan dan khurafat seeprti berdoa,meminta nombor ekor dan sebagainya.Aku pernah ke sana sekali namun setelah pulang berlaku kejadian misteri....lain kali aku akan ceritakan....sabar yea!
Imam Qurtubi menceritakan kisah yang berlaku di Sepanyol .Seorang ibu meninggal dunia dan dikuburkan di perkuburan.Setelah itu anaknya sentiasa bermimpi ibunya meminta tolong.Oleh kerna berulang kali mimpi yang sama,anaknya menyiasat punca mimpi dan terbukti jiran kubur ibunya adalah seorang lelaki maksiat.
Akhirnya si anak membuat keputusan dengan menggali kubur ibunya dan memindahkan ke tempat lain.Setelah pemindahan,anaknya bermimpi bahawa ibunya kini aman dan tenteram.Subhanallah...
Banyak perkara berlaku dalam kehidupan kita namun ia tidak dimahukan.Contohnya kemalangan.Kita telah berdoa ,memandu dengan cermat,memakai tali pinggang keledar,tidak memotong garisan berkembar dan sebagainya.Nmaun tiba-tiba seorang pemadu tleler yang memnadu dengan keadaan mengantuk,telah melanggar kereta kita.Tidakkah itu takdir Allah?
Oleh demikian,kita wajib beriman dengan Qada’ dan Qadar...setiap kejadian adalah ketentuan Allah swt dan kita hanya disuruh berusaha.
Syaitan selalu menghasut manusia agar sesat.Mereka menghasut manusia melakukan rasuah dan menipu untuk dapatkan wang banyak.Ramai tertipu dan akhirnya ke Neraka.
Syaitan menghasut manusia agar menceburi MLM kerna ia menguntungkan sedangkan ramai ulama’ jelas mengharamkan MLM termasuk Mufti Arab Saudi.Namun ramai anak Melayu menceburi MLM dan kaya raya.
Banyak kejadian yang berlaku adalah ketetapan Allah swt dan mempunyai banyak hikmah.Sebagai manusia yang mahu menikmati kemanisan iman,kita perlu menerima segala takdir Allah.Namun kita perlu berusaha dan terus berusaha,bukan pasrah tanpa berusaha.
Manusia yang pasrah tanpa berusaha adalah melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan mudarat.Contoh yang mudah,had laju di lebuh raya adalah 110 km sejam,namun mereka memandu selaju 180km sejam...itulah sikap yang membawa kepada kemudaratan.
Begitu juga ibu bapa yang membiarkan anak gadis bebas berkawan dan berpeleseran dengan jantan siang malam.Mereka membiarkan anak gadis keluar hingga lewat pagi,kononnya zaman moden kebebasan adalah penting dan mengongkong mneyebabkan mereka tertekan dan stress.Apabila berlaku zina dan mengandung luar nikah,ibu bapa bertanggungjawab kerna tidak berusah mencegahnya.
Seorang tokoh Ibu menceritakan pengalaman beliau mendidik anak perempuan “Saya tidak benarkan anak perempuan keluar rumah selepas waktu Maghrib.Saya sentiasa menemani anak gadis ke mana sahaja sama ada membeli belah,menonton wayang ,bermain bowling dan sebagainya.saya mengenali semua kawan-kawan lelaki anak saya dan ibu bapa mereka.Ia dilakukan demi memastikan keselamatan dan maruah anak saya.”
Beriman dengan takdir bukan sesuatu yang mudah.Ramai manusia mahu kaya namun Allah swt tidak memberi kekayaan.Hikmahnya untuk mereka lebih beriman kerna mungkin apabila mereka diberikan kekayaan mereka akan lalai dan alpa.Itulah hikmah.Islam mengajar manusia agar sentiasa memikirkan hikmah setiap ketentuan Allah,bukan mencemuh dan mengingkari ketentuan Allah.
Ramai manusia suka bertanya “Mengapa kemalangan ini berlaku?Mengapa ku sakit jantung?mengapa anak aku gagal SPM?Mengapa anak aku meninggal dunia ketika masih kecil?Mengapa rumah aku terbakar?Mengapa dan mengapa....”
Manusia yang jiwanya Quran,tidak akan melontarkan soalan sedemikian apabila ketentuan sudah berlaku.Mereka redha dan bersabar.
Manusia mempunyai perasaan dan adalah tidak salah apabila ketentuan Allah swt meruntun jiwa.Aku yang kehilangan ibu bapa sejak usia setahun memang menyedihkan.Bila melihat seorang ayah memimpin tangan anaknya ke sekolah,aku merembes...betapa aku tidak dapat menikmati nikmat menjadi seorang anka kepada ayah.
Apabila kita kehilangan seorang anak,menangis adalah tidak salah kerna Baginda saw pun merembes ketika kematian anaknya ,Ibrahim....yang salah adalah meratap dan memarahi takdir Allah dengan soalan mengapa dan mengapa..
Kita lihat dunia ini.Ali yang bercinta dengan Aminah sejak sekolah Menengah namun akhirnya berkahwin dengan Khadijah.Itulah ketentuan Allah swt.
Islam mendidik kesabaran dalam menempuhi apa pun musibah dan ketentuan.Ada sebuah kisah benar yang berlaku sebagaimana direkodkan Imam Muslim :
Diriwayatkan bahawa ada sebilangan sahabat yang teruk disiksa kerana mempertahankan agama mereka mengadu hal kepada Nabi Muhammad SAW sambil bertanya mengapa Nabi tidak memohon pertolongan kepada Allah SWT bagi membantu mereka yang teraniaya.
Lalu Baginda Nabi SAW bersabda yang bermaksud; “Sesungguhnya ada dikalangan orang terdahulu yang dikorekkan lubang untuk mereka lalu ditimbus di dalamnya. Kemudian ada yang digergaji kepalanya sehingga terbelah dua, ada pula yang disiat tubuhnya menggunakan sesikat besi sehingga mengoyakkan daging dan menampakkan tulang-temulang. Namun tidak sedikitpun yang demikian itu meleburkan pegangan agama mereka. Demi Allah sesungguhnya urusan agama ini pasti disempurnakan sehingga orang yang bermusafir daripada San’aa ke Hadramaut tidak lagi merasa takut kepada Allah dan bimbangkan ancaman serigala terhadap kambingnya. Akan tetapi kamu terlalu gopoh. “
Aku melalui perjalanan yang amat berliku dan banyak ketentuan Allah swt menyebabkan aku merintih di atas sejadah.Aku menangis di malam yang sunyi berdoa diberikan kekuatan.Aku buang segala sikap suka bertanya kenapa dan mengapa...
Aku mempunyai anak sulong lelaki,kedua perempuan.Begitu juga ketiga perempuan.Pabila isteri kesayangan mengandung ,aku berdoa agar anak keempat dapat lelaki,jadi cukup sepasang lelaki dan perempuan.Namun Allah swt menentukan anka perempuan juga.Itulah ketentuan Allah swt...aku redha..usiaku pun masih ada ..insya-Allah usaha lagi anak kelima lelaki...
Apa sahaja yang berlaku dalam hidup kita,redha dan pasrah.Setiap kejadian adalah ketentuan Allah swt Maha Mengetahui dan mengandungi hikmah.
Yang lemah dan naif adalah aku bernama Saat,manakala yang sempurna dan bijak hanyalah Allah Maha Perkasa lagi Amat Berlemah lembut...
Terima kasih kerna membaca
Teman-teman,klik share note agar teman FB kalian pun membaca nota ini................
Admin
Kisah Teladan & Co
11 pagi
25 Jun 2011
23 Rejab 1423 Hijrah....
No comments:
Post a Comment