Wednesday, July 6, 2011

HIDAYAH ITU ADALAH ANUGERAH BERHARGA KEPADA MANUSIA...

HIDAYAH ITU ADALAH ANUGERAH BERHARGA KEPADA MANUSIA...



"Dan sesiapa yang diberi hidayat petunjuk oleh Allah (dengan sebab

pilihannya yang benar), maka tidak ada sesiapapun yang dapat

menyesatkannya.Bukankah Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan

azab seksa (kepada golongan yang bersalah)?"

surah Az-Zumar ayat 37



Bismillah

dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Amat Pengasih.......



Malam yang kelam,aku menulis nota....Jam 11.07 malam 5 Julai 2011.Alhamdulillah aku hidup lagi menikmati kehidupan...Semakin panjang usia,semakin berasa bertuah kerna berpelung untuk beribadat...



Hari ini amat menggembirakan.Proposal yang dihantar kepada ketua Menteri Melaka diterima.Sudah berbulan menunggu jawapan,akhirnya kemanisan mengakhiri...Syukur pada-Mu Ya Allah....Allah yang Maha Perancang..



Dalam laptop ini,ratusan proposal.Ada sudah dihantar kepada badan kerajaan,ada yang masih tidur mencari jodoh.Ada jawapan mengecewakan,ada jawapan yang menggirangkan...



Itulah kehidupan...



Sekarang sedang menunggu jawapan dari MARA pula.Sudah 3 bulan proposal Kaya Wang Kaya Iman menerjah bilik Ketua Pengarah di KL,namun masih belum dapat jawapan.Jadi masih menanti.......



Sebagai usahawan,aku tidak boleh bergantung dengan satu bisnes sahaja.Sebab itu bila ditanya manusia "Kamu bisnes apa?",aku jawab "macam-macam!".



Bergantung dengan satu bisnes,memang menyakitkan.Aku pernah ingat kegawatan ekonomi pada 1997,hanya bergantung dengan bisnes kedai pakaian,memang menyeksakan.



Mujur boleh bertahan.Jumlah usahawan Melayu lingkup dan bangkrap amatlah ramai...



Itulah ujian dalam bisnes...



Semua usahawan mahu kaya raya.Mereka sanggup berhenti kerja walaupun gaji dah 3,4 ribu.Mereka mahu dapat lebih wang ,namun bukan semua berjaya.Ada yang lebih malang,simpanan yang dibuat dengan bekerja bertahun-tahun ,hangus akibat gagal dalam bisnes.



Itulah suratan.......Dalam hidup ini,bukan semua berlaku mengikut kehendak kita kerna manusia hanya merancang,hanya Allah swt berhak menentukannya...



Dah habis mukaddimah.



Alhamdulillah kita dilahirkan Islam.Itu adalah nikmat.Ramai manusia dilahirkan bukan Islam dan mati dalam kekafiran.Mereka bakal ke Jahannnam...KIta?Kita masih mempunyai peluang...



Hidayah itu hak Allah.Bapa Saudara Baginda saw Abu Tholib menghembuskan nafas dalam kekafiran.Merembes Baginda saw melihat bapa saudara kesayangan mati dalam kufur.Itulah hidayah...



Begitu juga isteri dan anak Nabi Noh a.s.Mereka mati ditelan banjir besar dan mati kufur.Itulah hidayah milik Allah.Allah swt memilih siapa yang diberi hidayah atau tidak..



Ramai orang menyangka apabila bernama Islam ,ia sudah cukup.Ia sudah hebat.Ia sudah berpeluang ke Syurga...



Namun hakikatnya sekadar bernama Mohamad atau Fatimah,ia tidak memberi apa-apa makna tanpa iman dan takwa.Lihatlah manusia bernama islam makan riba,perasuah,berjanji bohong,mengambil harta anak yatim,berzina,buang bayi,derhaka ibu bapa,tidak bayar zakat dan pelbagai kejahatan dan dosa dilakukan manusia bernama Islam...



Jadi,menjadi orang Islam yang mendapat hidayah adalah amat berharga.Hidayah yang menjadikan seseorang rajin menimba ilmu agama,rajin beribadat,berusaha menjauhkan dosa besar,menjauhi segala kejahatan dan kemungkaran...





Justeru kita digalakkan membaca nama Allah "Ya Hadi " agar kira sentiasa mendapat hidayah.Hidayah itu adalah petunjuk.Petunjuk ke arah kebenaran.



Ramai wanita bernama Fatimah,namun tidak menutup aurat.Itulah manusia tiada hidayah.Ramai manusia bernama Abdul Aziz,namun menjalankan bisnes MLM yang jelas bercanggah dengan ekonomi Islam.



Hidayah itu amat penting dalam kehidupan.Ramai manusia hidup tanpa iman dan takwa kerna mereka tidak mendapat hidayah.Sebagai manusia,janganlah menunggu hidayah turun dari langit,namun berusaha mencari cahaya hidayah.



Jika takut Quran melaknat kerna membaca dengan bacaan salah,pelajarilah ilmu tajdwid.Jika mahu tahu halal dan haram,pelajarilah ilmu fekah.Jika tidak mahu terpengaruh dengan ajaran Ayah Pin ,dalami ilmu tauhid...



Mendalami ilmu agama akan melahirkan hidayah.Hidayah itu perlu dicari,bukan menunggu ia datang dengan tiba-tiba...



Fahaman Qadariyyah adalah antara fahaman sesat menyesatkan.Mereka berpendapat segalanya adalah ketentuan Allah.Tidak perlu mencari rezeki siang malam kerna rezeki ketentuan Allah.Fahaman ini banyak menyesatkan orang Melayu.



Lihatlah ramai orang Melayu miskin dan suka menyalahkan kerajaan.Mereka dibantu dengan pelbagai bantuan,namun tidak gigih berusaha.Mereka hanya mahu bantuan berterusan.Kita amat bertuah menjadi anak Malaysia,di mana kerajaan mewujudkan JKM,pusat Zakat,Amanh Ikhtiar dalam membantu orang miskin.Namun jika orang miskin tiak membuang sifat malas dan mahu senang lenang dengan mudah tanpa usaha gigih,mereka tidak akan berjaya.



Salah satu channel yang kau suka ialah Bio Channel dalam Astro.Pelbagai kisah hidup manusia berjaya adalah berasal dari orang susah.Tom Cruise pelakon yang mendapat bayaran 50 juta dolar dalam sebuah filem berasal dari keluarga susah.Ibu bapanya berpisah ketika usianya 12 tahun dan dibesarkan oleh ibunya.Kerana amat marah ayah mengabaikannya,nama ayahnya pun dibuang...



Tom Cruise mengalami penyakit mudah lupa dan ia mengaku amat lemah dalam pelajaran.Namun ia minat dalam lakonan.Akhirnya berjaya menjadi pelakon meraih ratusan juta dolar hanya menjadi pelakon.





Tom Cruise adalah seorang pelakon yang berani.Kebanyakan aksi ngeri dalam filemnya dilakonkan sendiri tanpa stund-man sebagaimana pelakon lain.Aku meminati Tom Cruise sejak filem Mission Impossible.Akhir tahun nanti filem Mission Impossible siri terbaru akan muncul di pawagam.Memang penuh pawagam nanti...



Albert Einstein adalah ahli sains yang bijak dan mendapat hadiah Nobel kerna berjaya mencipta pelbagai teori sains.Einstein pernah digelar 'murid bodoh ' gurunya ketika kanak-kanak dan guru tersebut menyuruh ibunya mengambil anaknya dan tidak payah datangs ekolah lagi!



Einstein adalah berbangsa yahudi dan berhijrah ke Amerika dari Jerman kerna Hitler membunuh ramai Yahudi.



Terima kasih banyak-banyak Astro kerna mempunyai channel Bio.Walaupun aku kena bayar tiap2 bulan,aku puas hati banyak ilmu .Setiap hari jika tidak sibuk aku menonton Bio Channel,National Geographic,History Channel,Discovery Channel ,Crime & Invesgation kerna banyak ilmu aku dapat.Siapa kata menonton TV tidak mendapat ilmu?Kalau tonton lawak bodoh Senario memang tak dapat ilmu..



Sebagai manusia,kita perlu mencari hidayah.Hidayah itu adalah petunjuk jalan yang benar.Setiap hari kita membaca "Tunjukilah jalan yang lurus,jalan yang Kau kurniakan nikmat kepada mereka,bukan jalan yang dimurkai dan jalan sesat".Itulah bacaan kita setiap hari 17 kali jika tunaikan solat 5 waktu....Jika hanya solat seminggu sekali sbgmana ramai manusia,memang payah.Ramai hanya solat Jumaat sahaja,solat 5 waktu diabaikan dan mereka mengidam syurga..



Lihatlah ramai manusia kaya raya masih sihat dan muda namun tidak mahu menunaikan fardhu haji.Mereka mahu menunggu tua,sdgkan mati tidak kenal usia dan waktu.Ramai mati dan kaya raya namun belum menunaikan fardhu haji.



Memang menyedihkan sikap manusia moden.Mereka ada kereta,namun malas ke masjid mendapat ilmu agama.Mereka rajin ke taman,tasik,panggung wayang namun liat ke masjid menambahkan ilmu.



Memang menyedihkan.Allah swt memberi kehidupan yang baik,kesenangan namun mereka tidak berusaha mencari hidayah.Mereka tidak pernah mementingakn hidayah dan berasa cukup bernama Mohamad dan Fatimah.





"Sesiapa yang beroleh hidayat petunjuk (menurut panduan Al-Quran),

maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang

kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan

buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga dan seseorang

yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain

(bahkan dosa usahanya sahaja) dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun

sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar

dan yang salah)."

surah al-Israa' ayat 15.



Hidayah itu adalah nikmat dan amat berharga kepada manusia.Bergelar Islam adalah hidayah,namun tanpa iman dan takwa,hidayah ini disia-siakan.



Manusia mengalami satu penyakit iaitu buta hati :

"Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta adalah hati yang di dalam dada." (surah al-Hajj: 46)



Tanyalah diri sendiri,adakah aku termasuk dalam golongan manusia mendapat petunjuk?Adakah aku sesat?



Tanya diri sendiri...



Segala kelemahan dan kenaifan milikku ,manakala kebaikan dan kesempurnaan hanyalah milik Allah swt Maha Gagah lagi Amat Bijaksana.

Terima kasih kerna membaca....



Admin

Kisah Teladan & Co

No comments:

Post a Comment