Tuesday, December 20, 2011

MELIHAT MANUSIA lahirlah KEINSAFAN…

MELIHAT MANUSIA lahirlah KEINSAFAN…



"(Jika demikian halnya) maka adakah orang yang beriman sama seperti

orang yang fasik? Mereka tidaklah sama (dalam menerima balasan)."

SURAH as-Sajadah ayat 18.



الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لاشريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله وخيرته من خلقه وأمينه على وحيه صلى الله عليه وعلى آله وصحبه ومن اهتدى بهديه.

أما بعد:





Bismillah…

dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Amat Pengasih….



Alhamdulillah,aku masih hidup…jam menunjukkan 4.10 pagi waktu Malaysia….Hidup ini nikmat,namun ramai tidak menghargai kehidupan……



Alhamdulillah bertemu Jumaat yang berkat…Jumaat penghulu hari….



Siapakah manusia YANG KITA TEMUI?

1.Orang kafir.

2.Orang fasik.

3.Orang munafik.

4.Orang murtad.

5.Orang syirik.

6.Orang Islam yang BERIMAN………….

7.Orang gila.

8.Lain-lain…………..



Zul Robot (Zulkifli bin Haron ) telah berkata "Tuhan tunjukkan mereka yang jahat agar jangan kita contohi mereka dan hikmahnya ia memperbaiki diri kita."



Aku mengkagumi Zul Robot kerna beliau berjaya dengan kesungguhan,tawakal dan redha.Memulakan bisnes dengan modal RM200 pada tahun 1986 dan kini asetnya jutaan ringgit.Tanpa rasuah dan kabel politik,beliau gigih membangunkan empayar perniagaan…

…………………………………………………………………………………………………………………………………….



Bagaimana melihat manusia melahirkan KEINSAFAN?



Contoh :

1.Melihat orang kafir.Lahir keinsafan kerna dilahirkan Islam dan berusaha agar tidak keluar dari Islam….

2.Melihat orang Islam membeli nombor ekor,melahirkan keinsafan kerna tidak melakukan seperti mereka serta berusaha mendakwah mereka ke arah kebaikan dan bertaubat..

3.Melihat jiran yang suka mengumpat dan lahirlah keinsafan agar tidak mengumpat seperti mereka dan berdoa dijauhkan lidah dr sifat suka mengumpat…

4.Melihat orang kemalangan dan puncanya kerna melanggar lampu isyarat merah,lahir keinsafan agar tidak melakukan seperti mereka..

5.Melihat orang cacat,lahir keinsafan dan berasa bersyukur kerna sihat dan mempunyai cukup pancaindera.

6.Melihat seorang ibu memarahi anaknya dengan perkataan keji seperti bodoh,buta dan sebagainya,maka lahir keinsafan agar tidak mencontohi wanita tersebut.,.

7.Melihat seseorang menghina orang miskin dan lahirlah keinsafan agar tidak bersikap seperti mereka dan berusaha membantu orang miskin agar mereka keluar dari kemiskinan..

8.Melihat seseorang solat namun tidak khusyuk,lahirlah keinsafan agar berusaha khusyuk dalam solat…

9.Melihat manusia membuang sampah merata-rata dan berusaha tidak mencontohi mereka,malah mendakwah mereka agar amalkan kebersihan..



DEmikianlah beberapa contoh…………………….





Itulah gunanya mata….melihat dan fikirkan.Berfikir melahirkan keinsafan…………



"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahannam banyak dari

jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami

dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak

mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga

(tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka

itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka

itulah orang-orang yang lalai."

surah Al A'raf-179



Hj Saat Hj Sulaiman

5.00 pagi

9 Disember 2011……………

www.saatcham.com

No comments:

Post a Comment