Friday, December 23, 2011

KEBATILAN PERAYAAN KELAHIRAN ISA A.S


KEBATILAN PERAYAAN KELAHIRAN ISA A.S

Pada setiap 25 Disember mengikut Tahun Masihi, para pengikut agama Kristian Katolik dan Protestan akan merayakan perayaan utama dalam agama mereka iaitu “Krismas” atau Perayaan Kelahiran Nabi Isa a.s.
Namun, sebenarnya perayaan ini tidak wujud dalam agama mereka bahkan ianya adalah satu bidaah dan pendustaan ke atas Allah dan para Rasul-Nya yang dilakukan Nasrani.

Allah s.w.t hanya mensyariatkan satu perayaan tahunan kepada Nabi Isa a.s iaitu perayaan memperingati turunnya ‘Hidangan Langit’ sebagaimana yang dinyatakan Allah s.w.t dalam surah al-Maidah ayat 114 :
قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا أَنْزِلْ عَلَيْنَا مَائِدَةً مِنَ السَّمَاءِ تَكُونُ لَنَا عِيدًا لِأَوَّلِنَا وَآخِرِنَا وَآيَةً مِنْكَ وَارْزُقْنَا وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

Maksudnya : “Isa Ibni Maryam (pun berdoalah ke hadrat Allah dengan) berkata: Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, Iaitu bagi Kami Yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik pemberi rezeki”.

Tetapi peryaan ini tidak lagi disambut oleh kaum Nasrani hari ini. Kenapa? Mungkin mereka beralasan ianya tidak disebut dalam Bible namun apakah perayaan Krismas disebut dalam Bible? Kita akan melihat persoalan ini sebaiknya.

Pensyariatan Perayaan dalam Agama Nasrani

Perayaan agama Nasrani bukanlah ditentukan oleh Kitab mereka atau apa-apa sandaran yang berbentuk Rabbani berbeza dengan Islam yang hanya merayakan tiga perayaan sahaja sesuai dengan ketetapan Allah s.w.t (Jumaat, Eidul Fitri, dan Eidul Adha). Nasrani hanya berpegang kepada perkataan dan perintah Paderi mereka sahaja bahkan perayaan mereka sebenarnya berunsur pengaruh agama-agama berhala terdahulu seperti Mitra.

Buktinya, bilangan perayaan Nasrani dan tarikh menyambutnya tidak sama antara satu Gereja dengan Geraja yang lain. Sehingga abad ke-3 Masihi, Nasrani hanya ada 3 perayaan iaitu Ester, Pentacost, dan Hari Raya Mingguan (Hari Ahad). Perayaan Krismas hanya wujud pada kurun ke-4 Masihi bersama perayaan Ephiphany. Dalam Ensiklopedia Katolik menyatakan : “in earlier ages every bishop had a right to establish new feasts.” [http://www.newadvent.org/cathen/06021b.htm ]


Allah s.w.t telah menyatakan sikap Nasrani ini dalam firman-Nya :
اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ وَالْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا إِلَهًا وَاحِدًا لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ سُبْحَانَهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ
Maksudnya : “mereka menjadikan pendita-pendita dan Ahli-ahli agama mereka sebagai tuhan-tuhan selain dari Allah, dan juga (Mereka mempertuhankan) Al-Masih Ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia. Maha suci Allah dari apa yang mereka sekutukan”. [al-Taubah : 31].
Dalam kenyataan Bishop Sonnatius daripada Reims menyatakan terdapat 11 perayaan manakala kenyataan Bishope Boniface menyatakan terdapat 19 perayaan Katolik. Pada kurun ke-9 di Englan hanya terdapat perayaan Krismas, Ester, Assumption, St.Peter dan St. Gregory, dan peryaan-perayaan santos.

Dikri Gratia pada tahun 1150 menyatakan terdapat 41 perayaan dan Dikri Gregory ke-10 menyatakan terdapat 45 perayaan pada tahun 1233. Pada tahun 1806 di Perancis, hanya 4 hari raya diiktiraf di Gereja Perncis selepas Revolusi dan penstrukturan semula gereja. Pada tahun 1777, Gereja England menetapkan perayaan adalah : Ester dan Pentacost dua hari setiap satu, Krismas, Tahun Baru Masihi atau New Year (ini menunjukkan sambatuna New Year adalah perayaan keagamaan bukan perayaan adat semata-mata), Ephiphany, Ascension, Corpus Christi, Annunciation, Assumption, Sts. Peter dan Paul, St. George, dan All Saints. Tetapi pada tahun 1850, perayaan Pentacost, Annuciation, St. Peter, dan Isnin selepas Ester digugurkan. Demikian juga gereja Scotland mempunyai perbezaan dengan gereja England, gereja Greek pula terdapat beberapa perayaan yang berbeza pula dengan dua gereja ini. Di Amerika pula, gereja setiap wilayah dan negerinya mempunyai perbezaan jumlah perayaan. [Ensiklopedia Katolik , http://www.newadvent.org/cathen/06021b.htm ].

Sebagaimana kita maklum, perayaan adalah syiar dan lambang bagi sesuatu agama, maka penetapan perayaan Nasrani yang hanya bersumber kepada Paderi dan Pendeta mengisyaratkan dengan isyarat jelas agama mereka hanyalah rekaan Paderi dan Pendeta sahaja bukan diturunkan Allah kepada Nabi Isa a.s sebagaimana dakwaan mereka.

Asal-usul Perayaan Krismas

Konsep merayakan kelahiran Nabi Isa a.s terhasil daripada sikap melampau dan ghuluw terhadap Nabi Isa a.s oleh golongan Nasrani. Ini berbeza dengan kaum muslimin yang tidak menyambut kelahiran Nabi Muhammad s.a.w kerana baginda telah melarangnya dengan sabda baginda :

لاَ تُطْرُونِي كَمَا أُطْرِيَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ ، وَقُولُوا : عَبْدُ اللهِ وَرَسُولُهُ
Maksudnya : “Janganlah kamu melampau terhadapku sepertimana diperlakukan kepada Isa bin Maryam tetapi sebutlah : Hamba Allah dan Rasul-Nya”. [al-Bukhari dan Muslim].

Bahkan telah sabit bahawa baginda hanya berpuasa pada setiap Isnin sebagai tanda kelahiran baginda. Tidak pernah Umat Islam semenjak zaman Nabi s.a.w sehingga kurun ke-3 hijrah menyambut kelahiran baginda s.a.w. Namun, setelah perang Salib, kaum Nasarani telah berjaya memujuk syahwat sebahagian kaum muslimin untuk meniru mereka. Maka, hal semacam ini tidak boleh menjadi hujah kepada Nasrani untuk mengutuk Islam.

Tarikh lahir Isa a.s tidak pernah diketahui dan tidak disebut dalam Bible dan hal ini dinyatakan dalam Ensiklopedia Katolik : “Concerning the date of Christ’s birth the Gospels give no help; upon their data contradictory arguments are based.” [http://www.newadvent.org/cathen/03724b.htm ]

Lalu bagaimanakah mereka mendapat tarikh 25 Dismeber ini? Jawapannya amat mengejutkan apabila menurut sumber Katolik perayaan dan tarikh ini berdasarkan perayaan Natalis Invicti iaitu perayaan kelahiran Matahari yang dirayakan oleh Rom sebelum mereka memeluk Kristian yakni ketika mereka mengikut agama Mitra.
Dalam Ensiklopedia Katolik menyatakan :

“The well-known solar feast, however, of Natalis Invicti, celebrated on 25 December, has a strong claim on the responsibility for our December date. For the history of the solar cult, its position in the Roman Empire, and syncretism with Mithraism”
Maksudnya : “Bagaimanapun, perayaan matahari yang terkenal; Natalis Invicti yang disambut pada 25 Disember mempunyai kaitan yang kuat dalam menetapkan perayaan bulan Disember kita (Krismas) berdasarkan sejarah penyembahan matahari, kedudukannya (yakni kedudukan matahari) di sisi Empayar Rom, dan penyesuaian dengan ajaran Mitra”.
[ http://www.newadvent.org/cathen/03724b.htm ]
Dalam Wikidpedia dinyatakan berkenaan Sol Invicti ini :
“Sol Invictus (“Unconquered Sun”) was the Roman state-supported sun god created by the emperor Aurelian in 274 and continued, overshadowing other Eastern cults in importance, until the abolition of paganism under Theodosius I.”

Maksudnya : “Sol Invicti (Matahari Yang Tidak Dapat Ditawan) adalah merupakan Tuhan Matahari yang disokong (penyembahannya) oleh kerajaan Rom yang dicipta oleh Maharaja Aurelian pada tahun 274 M dan berterusan berpengaruh dalam budaya kepercayaan timur sehingga fahaman Pagan (penyembahan berhala) dijapuskan oleh Theodosius I (yakni dengan memeluk Kristian)”.
[ http://en.wikipedia.org/wiki/Sol_Invictus#cite_note- 1 ]

Dinyatakan juga bahawa pada 25 Disember, Rom akan mengadakan perayaan kelahiran Tuhan Matahari ini.
Ini adalah bukti jelas, terang lagi bersuluh bahawa ajaran Nasrani meniru agama Pagan Mitra serta menceduk pemikiran para musyrikin sehingga akhirnya mereka turut menjadi musyrikin.
Oleh sebab itu, kali pertama tarikh 25 Disember ini diperkenalkan oleh Maharaja Constantine, tidak semua Kristian bersetuju. Bahkan pada kurun ke-19 Masihi apabila berlaku Gerakan Reformasi, golongan Puritan membantah Krismas ini bahkan semasa Cromwell memerintah England (1647-1660), dia mengharamkan perayaan Krismas sehinggalah Raja Charles II berjaya merebut semula takhtanya pada tahun 1660 M. [http://en.wikipedia.org/wiki/Christmas#cite_note-Origin-22 ]

Bukti kedua menunjukkan Krismas berasal daripada ajaran Animisme dan Pagan adalah catatan Ensikolpedia Katolik sendiri bahawa perayaan kelahiran Isa a.s pertama kali disambut adalah di Mesir. Ini berdasarkan catatan Clemet of Alexandaria (seorang santos) pada tahun 200 A.D menyatakan ahli teologi Mesir mendapati kelahiran Isa a.s adalah pada 20 Mei tahun 28 Augustus dan sebahagian lagi menyatakan 19 atau 20 April.

Perkara ini tidak hairan kerana perayaan kelahiran adalah perayaan agama Firaun. Bahkan Origens, seorang Paderi Kristian menyatakan bahawa dalam Suhuf-suhuf suci, mereka yang menyambut hari lahir ini adalah mereka yang berdosa sahaja (seperti Firaun) , bukan mereka yang suci (santos). [Ensiklopedia Katolik, http://www.newadvent.org/cathen/03724b.htm ].
Tetapi malang sekali, Nasrani hari ini menyambut banyak sekali perayaan hari lahir antaranya Krismas, kelahiran Maryam, kelahiran santos-santos mereka dan seumpamanya. Bahkan perayaan hari lahir menjadi perayaan meluas dalam masyarakat Nasrani hari ini dan lebih malang melekat sekali dalam segelintir masyarakat Islam.

Lambang-lambang Agama Syirik dalam Perayaan Krismas

Selain itu, dalam menyambut Krismas sendiri kita dapat melihat betapa perayaan ini berasal daripada agama berhala. Antaranya pokok Krismas di mana pokok ini hanya diperkenalkan pada kurun ke-16 Masihi di Jerman dan amat dipercayai berpunca daripada pemujaan pokok fern ini oleh masyarakat Pagan Jerman pada kurun pertengahan dan apabila mereka memeluk Kristian, adat berhala ini dibawa sekali. [http://en.wikipedia.org/wiki/Christmas_tree#cite_ref-SIEFSLEIP_0-0 ]
Begitu juga adat memberi kad dan hadiah Krismas berpunca daripada agama Pagan.

[ http://www.newadvent.org/cathen/03724b.htm ]. Demikian juga adat menghidang khinzir Krismas atau Christmas Ham merupakan hidangan yang asalnya dipersembahkan orang Jerman kepada tuhan syirik mereka Freyr. [ http://en.wikipedia.org/wiki/Christmas_ham ]. Lebih dahsyat lagi Khinzir ini diharamkan dalam Bible :
And the pig, because it parts the hoof but does not chew the cud, is unclean for you. Their flesh you shall not eat, and their carcasses you shall not touch. [Deu 14:8, English Standard Version Bible].
Dengan jelas menunjukkan bahawa Taurat melarang mereka memakan babi kerana ianya najis dan dilarang sentuh. Babi juga merupakan tempat syaitan menurut Bible :

So he gave them permission. And the unclean spirits came out, and entered the pigs, and the herd, numbering about two thousand, rushed down the steep bank into the sea and were drowned in the sea. [Mar 5:13, English Standard Version Bible].
Jelas dalam Injil Marqus bahawa babi adalah tempat di mana Isa a.s membuang jiwa-jiwa kotor yakni syaitan sebagaimana dalam dinyatakan dalam Injil Matta (8:31).
Ini mendedahkan satu lagi kekarutan dan kebatilan agama Nasrani di mana mereka mengubah hukum sesuka hati mereka, menghalalkan yang haram dan sebaliknya. Nauzubillah min zalik.

Kesimpulan

Segala bukti-bukti dan pengakuan daripada sumber-sumber Kristian sendiri menunjukkan bahawa perayaan Krismas adalah satu perayaan yang tidak ada asal usulnya daripada ajaran Nabi Isa a.s. yang sebenar. Oleh kerana perayaan adalah lambang dan wajah sebenar sesebuah agama dan akidahnya, maka kita dapati bahawa ajaran Kristian atau Nasrani ini bukanlah ajaran Nabi Isa a.s tetapi ajaran Syirik ciptaan manusia-manusia yang menzalimi diri mereka sendiri lagi berada dalam kesesatan.

sumber : http://mashoori.wordpress.com/

No comments:

Post a Comment