INDAHNYA KENANGAN HIDUP INI………
Aku melihat sawah nan terbentang
Di pagi hari yang sepi….
Kelihatan anak-anak tani membanting tulang
Di sawah nan permai….
Tika aku kecil
Aku selalu mengayuh basikalku
Meronda kampung
Melihat manusia….
Aku x faham apa yang mereka lakukan
Namun aku seronok melihatnya….
Dari Londang ke Pengkalan Balak
Melihat alunan pantai
Nelayan di tengah lautan
Mencari sesuap rezeki
Kadangkala aku memanjat pokok tepian pantai
Untuk memakan buah
Warna ungu,pelat2…
Aku pun x tahu apa namanya….
Masih aku ingat
Basikal BMX warna kuningku
Ke sana sini melihat ciptaan Allah….
Namun kini,basikalku entah di mana………….
Masih ingat
Tali air kampung Londang….
Aku bersama kawan-kawan
Mansor,Jumaat dan lain-lain
Terjun dan amndi manda….
Kini sawah sudah hilang
Berganti kelapa sawit nan rimbun….
Zaman berubah
Manusia berubah
Ramai teman sekolahku
Kini telah hilang entah di mana…..
“Hadiah no 2….Saat patah!”
Itulah kata-kata dari Cikgu Ismail Laham
Guru sekolahku di Bukit Beringin….
“Maaf….hadiah no 2…Saat Sulaiman…”sambungnya
Aku pun bangun
Mengambil hadiah dan bersalam dengan Guru Besar Cikgu Azizah…
Kenangan 1986 ini masih menggamit perasaan…………..
Aku tidak pernah marah
Atau kecewa
Kerna Cikgu Ismail
Menggelarku Saat patah….
Aku masih ingat
Tahun 1983
Aku terjatuh di sekolah
Dan Cikgu Ismail
Membawaku ke hospital
Menaiki kereta Datsun buruknya
Akhirnya 6 bulan aku x bersekolah…………….
Tangan kiriku bersadung………….
Kampung Londang amat nostalgia….
Ramai kawanku di sini…
Aku membesar bersama sawah
Pokok getah
Masih ku ingat
Bersama Azmi
Meronda kebun getah
Mencari getah kahwin
Hingga birat digigit nyamuk….
Kini Azmi entah di mana…………….
Norainah Omar….
Di manakah?
Gadis kecil ini sering mencuri perhatianku
Di sekolah
Di kampung……
Ayahnya pemandu teksi
Kadangkala
Aku memandu sendirian
Melihat sawah yang masih menghijau
Rumah-rumah temanku yang sudah berpindah milik
Mengimbau kenangan dan memori silam….
Di tepian pantai
Pengkala Balak
Aku sering melepak bersama teman baik Mansor anak Mat Tawi
Berkongsi kisah kanak-kanak
Kadang ketawa
Kadangkala merembes mata………….
Walaupun puluhan tahun
Aku telah berpindah kampung
Namun Londang tetap di hatiku….
Di sinilah
Aku kenal erti persahabatan
Aku kenal erti cinta dan kasih sayang
Aku kenal suka dan duka…………..
2011……………
“Pakcik kenal Hj Sulaiman”sapaku pada lelaki tua yang sedang minum
Di sebuah kedai makan di Londang….
“Kenal…..dulu selalu minum sini….anak ni sape?’balasnya..
“Saya anak bongsu Hj Sulaiman……”balasku..
“Ayah ada lagi?sihat ke?”tanyanya
“Ada..dah 82 pakcik…dah uzur…..jalan x boleh..mengengsot je…”kataku
“Balik nanti kirim salam yea..Hj Minghat …”katanya
Aku pun belanja minum
Dan memasukkan RM10 di poketnya…
Amat gembira
Bertemu teman ibu bapaku
Yang masih kenal dan ingat
Terutama Nenek Putih
Yang sebaya ibuku……….
Bila aku terluang
Aku memandu
Menziarahi teman dan kawan-kawan ibu bapa
Yang amat bermakna dalam kehidupan keluargaku….
Suatu hari
Aku mahu membina rumah kedua
Di kampung Londang ini…..
Agar aku boleh selalu melihat nostalgia ………..
Aku sering
Membawa anak-anakku
Melihat sawah permai
Yang masih ada sedikit
Di kampung indah ini………….
Londang……….
Kampungku
Yang telah lama
Aku tinggalkan……………………………….
Hj Saat Hj Sulaiman
9 Disember 2011
Di bumi Felda negeri Sembilan ……………
Puisi yang indah... Boleh saya berbagi artikel tentang Castello Sforzesco di Milan di http://stenote-berkata.blogspot.com/2018/02/milan-di-castello-sforzesco.html
ReplyDeleteLihat juga vlog di youtube https://youtu.be/78pAFuUkfig