January 11, 2014
Dalam buku “The Malay Dilemma”, Tun Dr Mahathir Mohamad menulis, jika kaum Cina dibiarkan bersendirian berniaga dan mengurus ekonomi negara mereka akan menjadikan Malaysia sebuah negara maju.
Tetapi apakah Melayu hanya jadi pemerhati, kekal miskin tetapi berbangga kerana negara maju di bawah orang-orang Cina?
Atau Melayu meminta sebahagian daripada saham kekayaan negara walaupun akan melambatkan kemajuan negara? Inilah dilema Melayu.
Imbas kembali, British perlu pekerja untuk membangunkan ekonomi dan perniagaanya di Malaya. British tidak mahu menganggu budaya dan agama orang Melayu kerana adalah dasar British, lalu membawa macsuk orang-orang Cina untuk bekerja dilombong bijeh, pekerja dan berniaga. Kaum India juga dibawa masuk sebagai pekerja ladang dan buruh kasar.
Jika tidak berlaku krisis ekonomi dunia pada tahun 1930an, yang menjadi punca British menghentikan pengambilan pekerja imigran, besar kemungkinan jumlah Cina dan India mengatasi jumlah orang Melayu hari ini
Sedikit jumlah orang Melayu bekerja dengan British, terdiri dari kalangan anak-anak raja dan golongan bangsawan Melayu sebagai pembantu kepada pegawai-pegawai British atau sebagai kerani di pejabat.
Majoriti orang Melayu selesa dengan sektor tradisional menjadi petani dan nelayan.
Setelah Malaya merdeka dan bangsa Melayu mengambil alih tugas British sebagai pentadbir, bidang ekonomi dan perniagaan seperti perusahaan makanan, pembinaan, perlombongan, getah, pemborong dan peruncit telah dan terus dikuasai orang-orang Cina yang kebanyakannya menetap di kawasan bandar, pekan dan pelabuhan.
Di mana silap?
Di mana silap?
Penganalisis ekonomi berpendapat, dengan jumlah orang Cina yang telah menceburi bidang perniagaan dengan faktor kerajinan dan kegigihan mereka di samping kekayaan sumber asli negara sepatutnya telah menjadi negara termaju dan terkaya di Asia Timur.
Tetapi ia tidak berlaku. Di mana silapnya?
Ramai cendekiawan dan usahawan Cina percaya jika Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidak perkenalkan pada tahun 1972, Malaysia telah maju setanding dengan Singapura dan Korea Selatan. Setidak-tidaknya status ekonomi negara lebih baik daripada Taiwan, sebuah negara berteknologi tinggi yang sedang meningkat.
Korea Selatan adalah antara negara termiskin di dunia selepas perang dengan Jepun. Ekonominya bergantung pada pertanian semata-mata.
Korea Selatan kerap diancam serangan dari Korea Utara. Taiwan cuma sebuah pulau yang dituntut negara China.
Seperti Korea Selatan, selain tiada sumber alam, Taiwan kerap diancam serangan negara Komunis China yang sehingga hari ini tidak mengiktiraf kewujudannya.
Pada tahun 70an, Singapura, Korea Selatan dan Taiwan lebih miskin dari Malaysia, kerana negara-negara itu tiada sumber asli untuk di ekspot.
Tetapi pada hari ini pendapatan perkapita Korea Selatan empat kali ganda lebih tinggi dari pendapatan perkapita rakyat Malaysia. Manakala pendapatan rakyat Singapura adalah yang kelima tertinggi di dunia. Di
mana silapnya?
mana silapnya?
Melayu gagalkan DEB
Dr Mahathir berhujah, DEB gagal kerana Melayu yang gagalkan, bukan kerajaan yang gagal. Bangsa Melayu yang menggagalkan usaha kerajaan untuk membangunkan bangsa Melayu itu sendiri.
Berbilion ringgit dana kerajaan di suntik untuk membesarkan kek ekonomi tetapi dibazirkan tanpa mencapai matlamat DEB.
Melayu kata Dr Mahathir masih amalkan budaya turun temurun. Tidak berusaha bersungguh-sungguh. Terus mengharap kerajaan memberi tongkat. Tanpa tongkat Melayu tidak mampu bersaing dalam perniagaan dan perusahaan.
Walaupun tidak pernah berkata bangsa Melayu jadi penghalang kepada kemajuan ekonomi negara tetapi Dr Mahathir pernah keluarkan ayat “Melayu haprak!”
Dr Mahathir berhujah DEB gagal kerana orang Melayu. Manakala para cendekiawan dan pengusaha Cina berhujah, Malaysia gagal mencapai taraf negara maju kerana orang Melayu dan pentadbir Melayu penghalang sebenarnya.
Menurut Prof Ye Lin-Sheng, seorang professor Universiti Singapura, dalam bukunya “The Chinese Dilemma”, bila DEB dilancarkan, rata-rata pengusaha dan peniaga Cina tidak yakin orang Melayu boleh maju dalam perniagaan.
“Ianya berkenaan dengan budaya dan sikap orang Melayu yang suka “berbelanja sebelum menuai hasil”.
Katanya, fenomena yang berlaku selepas DEB, peniaga Cina bukan sahaja menghadapi tekanan untuk memberi ruang kepada peniaga Melayu, tetapi juga daripada orang-orang politik yang terlalu berkuasa sehingga membelakangkan peraturan dan undang-undang dalam memberi kelulusan menjalankan perniagaan.
“The rules became less precise because race had entered the picture” (Page 11, The Chinese Dilemma)
Peniaga Cina terpaksa mengorban sebahagian keuntungan yang boleh dilabur untuk membesarkan perusahaan untuk membayar orang-orang politik dalam bentuk komisen, kickbacks dan sebagainya.
Mereka terlalu tamak
Ayat biasa peniaga-peniaga Cina terhadap rakan kongsi Melayu ialah, “Mereka terlalu tamak” tetapi “mereka tidak bersedia untuk membuat kerja”.
Mereka tahu, rakan kongsi Melayu atau peniaga-peniaga Melayu yang diberi saham dalam syarikat mereka bukan peniaga sebenar tetapi sekadar wakil atau proksi orang-orang politik yang berkuasa memberi lesen perniagaan dan kontrak kepada syarikat.
Dr Mahathir menulis dalam bukunya, pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara akan perlahan jika Melayu diberi saham dalam perniagaan dan perusahaan ternyata jadi kenyataan.
Sasaran 30% saham bumiputera dalam perniagaan dan perusahaan gagal dicapai. Insiden kemiskinan terus membebani bangsa Melayu dan bumiputera. Akhirnya Melayu gagal dan ekonomi negara juga gagal!
Sungguhpun sudah 40 tahun DEB berlalu, sikap dan budaya orang Melayu masih tidak berubah. Bangsa Melayu masih asyik dengan isu-isu yang berkaitan dengan kuasa politik. Isu-isu berkaitan dengan bangsa dan agama.
Matlamat menjadi negara maju tahun 2020 masih samar-samar. Malaysia berdepan dengan pelbagai masalah yang berkaitan dengan soal pengurusan ekonomi.
Kedudukan politik yang tidak stabil berikutan berikutan kehilangan majoriti dua pertiga dalam parlimen, menyukarkan lagi parti pemerintah membuat dasar-dasar yang boleh mendapat sokongan rakyat.
Persengkitaan kaum dan agama berlaku secara terang-terang melalui insiden-insiden seperti isu kalimah Allah, rampas Bible dan banyak lagi yang menggambar ketidapuasan hati orang Melayu terhadap kaum Cina yang jelas memberi sokongan kepada parti pembangkang dalam dua pilihan raya umum berturut-turut.
Apakah ada kemungkinannya, bangsa Melayu mengambil keputusan “berkerat rotan, berpatah arang” dengan kaum Cina. Mengorbankan soal pembangunan ekonomi demi mempertahan politik ketuanan Melayu mereka.