INTIPATI NASIHAT DR MAHATHIR KEPADA USAHAWAN
Sabda Nabi saw bermaksud “Usahawan yang jujur dan amanah akan bersama para nabi,sodikin, orang-orang yang mati syahid pada hari kiamat kelak”.(Riwayat Imam At-Tarmizi dan Ibnu Majah).
الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لاشريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله وخيرته من خلقه وأمينه على وحيه صلى الله عليه وعلى آله وصحبه ومن اهتدى بهديه.
أما بعد:
Bismillah
dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Amat Pengasih.....
Jam menunjukkan 11.50 malam,masih Jumaat..beberapa minit lagi masuklah Sabtu...Alhamdulillah aku bersyukur kepada Allah swt kerna memberikan nafas walaupun hanya pinjaman,memberikan kesihatan baik dan terlalu banyak nikmat Allah kepadaku.....
Aku dilahirkan sihat walafiat,cukup 5 pancaindera...aku juga mendapat pendidikan baik..jika dihitung amat banyak nikmat Allah padaku....
Bergelar pendakwah amat besar tanggungjawab.Pendakwah bukan sekadar hanya tahu mendidik manusia ke jalan benar,namun wajib mengamalkan segala ilmu.Allah swt mencela pendakwah yang hanya tahu mengajar manusia namun dirinya tidak perbuat.Contoh mudah pendakwah mengajar manusia agar jangan mengumpat namun dirinya suka mengumpat..maka jadilah ketam hanya pandai mengajar orang,dirinya sendiri tidak betul...
Pada 27 Oktober 2011,aku menghadiri Simposium Usahawan PUNB di hotel Istana KL.Walaupun jauh memandu dan tidur keseorangan di hotel,serta membayar pula yuran,namun aku hadir demi mendapatkan ilmu.Bukan semua ilmu itu dapat percuma,ilmu juga perlu dibayar...
Aku bersyukur dapat hadir kerna banyak pengetahuan berguna dalam dunia keusahawanan.Aku bertemu ramai usahawan Melayu.Ada tauke ayam,ada tauke kosmetik,ada tauke komputer dan pelbagai jenis tauke yang hebat dan berjaya...
Aku biasa sahaja,memakai jeans dan tshirt,namun memakai kot di luar supaya nampak elegan...Jadi usahawan ni perlu smart...takkan nak pakai baju Pagoda pi seminar....hilang akal namanya!
Bila berkenalan dengan usahawan,aku perkenalkan diri "Saya Hj Saat...".Ada seorang tauke membalas "Wah...muda2 dah haji!".
Terlalu banyak kenangan manis dapat dikutip.Berkenalan dengan ramai orang akan menambahkan rangkaian dunia perniagaan,sambil berkongsi pengalaman masing-masing...
Seawal 7 pagi aku sampai ke dewan dan mendaftar.Aku datang awal sebab nak jumpa ramai manusia.Pada jam 10.15 pagi mulalah ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad,negarawan yang amat disayangi rakyat Malaysia...
Ucapan Dr Mahathir amat bertenaga.Setiap patah aku teliti,setiap kritikan dan nasihat aku tulis.Memang hebat manusia bernama Mahathir...
Beliau memulakan ucapan dengan menceritakan sejarah.Bagaimana bangsa Melayu miskin dalam negara sendiri dan kerajaan berusaha menubuhkan MARA untuk melatih dan melahirkan usahawan .Pada 17 Julai 1991,lahirlah PUNB hasil cetusan idea beliau untuk memajukan lagi usahawan Melayu.
Beliau kecewa kerna DEB gagal mencapai matlamat.Pada 1990 sepatutnya bangsa Melayu menguasai 30 % ekonomi melalui dasar DEB namun hanya mencapai 20 %.Kegagalan berpunca dari sikap bangsa Melayu sendiri.
Dr Mahathir memberikan contoh pemberian AP kepada usahawan Melayu,namun Melayu menjualnya kepada bangsa lain.Akibatnya bangsa Cina mendapat kekayaan melalui AP.Sikap Melayu yang mahu dapat wang senang dan cepat menyebabkan mereka gagal,manakala Cina yang bijak dalam dunia perniagaan berjaya dalam perniagaan akibat kebodohan Melayu sendiri.
Beliau juga kecewa kerna suasana ekonomi negara tidak kelihatan sihat.Premis perniagaan dimonopoli bangsa Cina dan amat sedikit Melayu dan India.Keadaan ini akan melahirkan suasana tidak sihat di mana pernah berlaku rusuhan 13 Mei dahulu.
Sindiran beliau "Kadangkala bila saya ke pusat bandar,saya berasa seakan berada di negara China" amat meruntun perasaan.Beliau mahu melihat dunia keusahawanan dikuasai bangsa Melayu...
"Apa guna merdeka tapi tak dapat nikmat?"sindirnya.Dr Mahathir dikenali sebagai seorang pemidato yang baik dan bernas.Ucapan beliau penuh kritikan,sindiran,nasihat,idea,tips dan pelbagai ilmu berguna buat bangsa Melayu.
Beliau bercerita ketika menjadi doktor dan bergaji 2000,beliau mempunyai pemandu berbangsa Cina.Katanya "Kita perlu jadi tuan.....sekadar panggilan Tuan tiada ertinya..Tuan ialah duduk di belakang ,bukan depan".
Dr Mahathir amat kecewa kerna premis perniagaan dalam negara tidak dikuasai tiga kaum iaitu Melayu ,India dan Cina,namun dimonopoli satu bangsa sahaja iaitu Cina.Ia melahirkan pandangan negatif dan boleh melahirkan masalah pada masa akan datang.Beliau tidak mahu kejadian 13 Mei berulang kerna tiada faedahnya.
Beliau hairan kerana Melayu tidak memiliki agen perniagaan kereta dan dikuasai bangsa Cina.Hanya NAZA yang betul-betul berjaya dalam industri pemotoran...Melayu gagal kerna mereka gemar menjual AP kepada orang lain dan tidak berusaha untuk berjaya.
Beliau menggalakkan Melayu menceburi perniagaan dan sikap Melayu yang hanya bergantung dengan bekerja dengan kerajaan sedangkan kerajaan tidak dapat menyediakan pekerjaan buat mereka kerna jutaan lepasan Universiti,kolej setiap tahun.Justeru menceburi perniagaan adalah terbaik.
Dr Mahathir juga mahu Melayu belajar dunia perniagaan.Sambil berseloroh beliau berkata "Saya lepas pencen buka kedai roti je...jadi mamak roti..."Semua hadirin tergelak.
Antara tips dan nasihat yang amat penting dari beliau adalah :
1.Melayu perlu belajar dari bawah.
Bangsa Melayu perlu belajar dari bawah sebelum masuk dunia perniagaan.BUkan sekadar ada wang dan membuka bisnes,namun perlu belajar dengan bekerja dalam bidang tertentu dan memahami selok belok dunia perniagaan .Contohnya jika mahu mmebuka retsoran,bekerja dan melihat situasi dunia perniagaan restoran dari pekerja mmebuat air,tukang masak,pelayan dan sebagainya.Pengalaman dan kemahiran akan membantu kita bila membuka perniagaan.
2.Modal efektif.
Melayu yang mahu berniaga perlu mempunyai modal efektif dan relevan.Contohnya jika mahu membuka bisnes bernilai RM100,000 perlu ada wang tunai RM300,000.RM100,000 untuk bisnes,bakinya untuk pengurusan dan modal menghadapi pelbagai masalah dalam perniagaan.Adalah salah hanya mempunyai RM100,000 jika mahu membuka bisnes bernilai RM100,000.
3.Berusaha bersungguh-sungguh.
Melayu perlu berusaha bersunguh-sungguh tanpa jemu.Usaha berterusan sama ada dalam promosi,pemasaran,produk dan sebagainya.Tanpa usaha keras,kejayaan tidak akan datang.
4.Bersabar dalam tempoh lama.
Melayu perlu belajar bersabar kerna bisnes perlukan masa panjang.Dr Mahathir berkata "Saya buka kedai roti dah 5 tahun tapi belum nampak untung...".Perniagaan perlukan masa panjang untuk berjaya,bukan sekelip mata.
5.Mengenai jenis perniagaan.
Melayu perlu mengenali jenis perniagaan dengan baik.Jika buka restoran ,tahu apa jenis masakan,cara promosi,cara menambahkan pelanggan dan sebagainya.
6.Rajin meninjau bisnes.
Melayu perlu rajin keluar dari pejabat dan meninjau dunia perniagaan sama ada produk,pekerja dan segalanya.Sikap Melayu yang hanya terperap dalam pejabat akan menyebabkan kegagalan.
7.Manfaatkan teknologi.
Melayu perlu manfaatkan segala teknologi seperti peralatan mesin moden,internet dan sebagainya.Ini akan membantu melahirkan produk berkualiti dan berjaya dalam pasaran.
8.Sentiasa tambahkan aset.
Melayu perlu sentiasa tambahkan aset seperti pembelian tanah,rumah kedai,emas dan sebagainya kerna harganya akan meningkat.Beliau mengatakan tanah di KL dibeli oleh Pavilion dengan harga RM7000 satu kaki.
9.Belajar dengan bangsa lain.
Melayu perlu belajar dengan bangsa lain.Jika di Malaysia Cina berjaya dalam bisnes,Melayu perlu belajar dengan mereka.Belajar dengan manusia berjaya akan membantu kita berjaya seperti mereka.
10.Ikhlas dalam perniagaan.
Melayu perlu ikhlas menjalankan bisnes,bukan hanya mencari kekayaan namun memanfaatkan kekayaan untuk kebaikan.
11.Menolak mitos.
Ramai Melayu menganggap Cina berjaya kerna menipu sedangkan ia mitos.Hakikatnya Cina berjaya kerna usaha keras dan gigih.Mereka datang ke Tanah Melayu tiada apa-apa dan kini menguasai ekonomi negara.
Beliau menyindir "Kalau ada yang anggap Cina kaya sebab menipu,buatlah!"
12.Mengamalkan peribadi mulia.
Usahawan Melayu perlu mengamalkan sikap positif dalam kehidupan seperti rajin,amanah,tidak menipu dan sebagainya.Setiap amalan baik perlu diterapkan jika mahu berjaya.Manusia yang menipu dan tidak amanah ,kejayaan bersifat sementara dan tidak kekal.
13.Menjauhkan sifat keji.
Melayu perlu menjauhkan sifat keji seperti suka berbohong,mungkir janji,tidak amanah,menjual harga terlampau tinggi,hasad dengki,menjatuhkan bisnes org lain dan sebagainya.Sikap keji adalah punca kebanyakan usahawan Melayu gagal dalam bisnes.
14.Jangan terlalu bergantung dengan tender kerajaan.
Melayu tidak boleh bergantung dengan tender kerajaan kerna kuota terhad dan jumlah usahawan yang ramai.Melayu sepatutnya mempunyai produk yang boleh berjaya di pasaran sama ada dalam dan luar negara.
15.Mempunyai network.
Melayu perlu mempunyai network agar saling bantu membantu sesama bangsa.Amalan ini telah diterapkan bangsa Cina dan mereka berjaya...
16.Membayar hutang dengan baik.
Melayu perlu membayar hutang dengan baik dan menguruskan perniagaan dengan betul.Hutang wajib dibayar walaupun satu sen.Ramai Melayu mengabaikan hutang dan ini menyusahkan pihak yang memberi pinjaman.Mereka yang tidak membayar hutang bukan sahaja menyusahkan dirinya sendiri,namun menyusahkan pihak lain.
Demikianlah beberapa intipati yang dapat dikutip hasil mendengar dengan peka setiap patah perkataan yang diucapkan Tun Dr Mahathir.
"Jangan jadi puak kecil..tunggu di luar bandar.Apakah maknanya Tanah Melayu jika tak kuasai"Nasihat beliau amat mendalam....masih terngiang di telingaku hingga kini...
Setelah ucapan,Dr Mahathir memberi peluang ramai usahawan bertanya namun masa yang singkat menyebabkan ramai tidak dapat bertanya termasuklah aku.Ada seorang mamat tu tanya soalan yang tidak membina,malah mencuri banyak masa.....Memang naik angin betul!
Nasihat dan tips dari Dr Mahathir amat relevan dan perlu difikirkan bangsa Melayu.Melayu perlu berusaha menceburi perniagaan dan berjaya agar merasai nikmat kemajuan negara pada tahun 2020 nanti.
Jika Melayu gagal dalam keusahawanan,Melayu perlu salahkan diri sendiri,bukan kerajaan atau pihak lain.Kerajaan telah menubuhkan MARA dan PUNB untuk membantu Melayu.MARA dan PUNB tidak diberi peluang bangsa lain,maka hargailah kerajaan...
"Ya Allah..sihatkan Tun Dr Mahathir,panjangkan usianya agar lebih banyak ilmu dan pengalaman dicurahkan kepada bangsa Melayu supaya Melayu lebih maju dan berjaya.amin......."
Admin
Kisah Teladan & Co
No comments:
Post a Comment