Tuesday, September 27, 2011
DUNIA INI HANYA TUMPANGAN SEMENTARA................
DUNIA INI HANYA TUMPANGAN SEMENTARA................
الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لاشريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله وخيرته من خلقه وأمينه على وحيه صلى الله عليه وعلى آله وصحبه ومن اهتدى بهديه.
أما بعد:
Bismillah............
Firman Allah dalam Quran.....
"Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain
hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan
(yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup
yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan,
kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta
benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti
hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan
penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman
itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau
melihatnya berupa kuning; Akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan
(hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di
sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan
(ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi
orang-orang yang mengutamakan akhirat) dan (ingatlah, bahawa) kehidupan
dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang
terpedaya."
Alhamdulillah syukur pada-Mu Maha Pengasih...aku masih hidup dan bernafas di muka bumi ciptaan-Mu.........syukur juga pada –Mu Maha Penyayang kerna memberikan daku kesihatan baik..dengan pinjaman kesihatan ini aku mampu menulislan sepatah dua kata sebagai dakwah kepada manusia...
Aku mahu membuka minda manusia dengan tulisan.Aku berharap manusia jahil berubah menjadi manusia beriman dan bertakwa..aku mahu manusia jahat menjadi baik,aku mahu manusia yang lalai berubah kepada manusia peka dan insaf...
Aku hanyalah insan kerdil diberi pinjaman ilmu oleh Allah swt agar menggunakan ilmu sebagai dakwah kepada manusia...ilmu ini adalah amanah dan aku berusaha menjalankan amanah..
Hidup sebagai pendakwah amat payah namun kepayahan ini memberi kemanisan dalam kehidupan....pelbagai ujian dan cabaran telah ku tempuh,bukan sahaja nista dan keji,malah manusia memanggilku gila.....amat berat cabaran ini,namun ku pasrah dan redha....
Dalam dunia ini,aku telah melalui segala kepayahan dan kesulitan,namun hanya kepada Allah aku mengadu dan merintih..kerna mansuai hanya biasa mendengar namun tidak mampu membantu ..mengadu kepada Allah swt adalah jalan terbaik ...
Pernah sekali ketika aku miskin dan papa,aku hanya berbuka dengan air paip,tiada makanan..itulah sahaja rezeki masuk ke perutku ketika azan Maghrib berkumandang...namun aku pasrah....aku sering fikirkan bagaimana dahsyatnya lapar Baginda saw dan para sahabat ketika puak Quraisy melakukan pemulauan di Mekah...pernah seorang sahabat membuang air kecil di pasiran dan mendapati benda keras ,lantas ia diambil dan adalah tulang mempunyai secebis daging..ia dibasuh dan dimakan..sungguh dahsyat penderitaan mereka,namun iman dan takwa terus bersarang di jiwa...
Ketika kepayahan dan kesulitan yang ku alami,aku sering memikirkan kisah keperitan dan kepayahan Baginda saw dan para sahabat agar memberi semangat padaku...Kesabaran mereka menjadi pedoman buatku agar terus bersabar menempuhi segala ujian dan kepayahan.....
Aku dilahirkan dengan sikap keras.Aku amat keras dalam membuat keputusan sama ada keputusan dunia,mahu pun keputusan akhirat.Aku dididik dengan kurangnya kasih sayang dan sering merintih kepada Allah swt siang dan malam....
Aku dipilih Allah swt sebagai pendakwah....amat berat tanggungjawab ini,namun aku memikulnya kerna ia adalah amanah.Baginda saw diberi amanah sebagai pendakwah dan dipastikan Syurga di akhirat namun aku hanyalah insan yang entah ke mana destinasinya....
Aku tidak tahu destinasiku....aku memang tidak pasti kerna aku bukan nabi atau wali Allah..aku hanyalah insan biasa memakai seluar jeans dan tshirt ke mana-mana.....
Bergelar manusia tidak pasti ke Syurga atau Neraka memang menakutkan...namun ku lihat ramai manusia tidak pernah berasa takut..ketika azan Maghrib berkumandang ,mereka melahap makan minum dan berbual di restoran....setiap hari dan malam,begitulah manusia..mereka tidak pernah takut nasib mereka di akhirat....
Aku pernah bermimpi dibakar Neraka dan ia amat ngeri....pabila ku bangun aku melihat dan muhasabah diri,membelek diari harian,mencari salah silap...lantas ku temui ada bayaran zakat yang belum ku lunaskan iaitu zakat royalti buku,lantas terus ku gegau pusat zakat......Syukur kerna Allah swt memberikanku alamat dan petanda,,jika tidak,aku tidak tahu apa kesilapanku...
Aku benar takutkan Neraka....aku sentiasa muhasabah diri setiap hari dan malam mencari salahku...aku x mempunyai masa mencari kesalahan dan keaiban manusia lain..kerna ia bukan kerjaku....
Ketika aku kecil,aku tidak tahu apa itu amanah...Bila aku sudah memahami apa itu amanah dan tanggungjawab,aku amat takut bergelar manusia...alangkah bertuah batu dan kayu...mereka tidak perlu berhadapan Mungkar Nankir di kubur..mereka tidak perlu berdepan Mizan penimbang amalan..mereka tidak perlu melangkah siratul mustaqim.....
Kadangkala ketika jemari ini menulis patah-patah nota ini,mataku berlinangan kerna nota ini ditujukan buat diriku jua..yang kadangkala lalai dan alpa.......
Hidupku dipenuhi dengan mencari wang kerna aku adalah usahawan yang mengira wang dan sen setiap hari.....setiap hari dan malam,aku bekerja kerna kerja itu ibadat..Bila terluang aku gunakan mata pena untuk mendakwah manusia...
Namun amat payah hidupku..dengan kurangnya makan dan tidur,aku seperti manusia sakit pada pandangan manusia...aku tidak sihat menurut manusia sdgkan jemari ini masih mampu mengetuk papan kekunci laptop usang ini.....Biarlah apa dikatakan manusia..aslkan aku sihat zahir dan batin...
Pabila pagi muncul,aku sentiasa melihat rumput,langit,awan,pokok dan mengucapkan "Wahai Tuhan kami...Engkau tidak menciptakan ini sia-sia...Maha Suci Kau...maka jagalah kami dari azab Neraka..."
Apabila membaca kisah sahabat,ulama' dan wali,amat kerdil diriku...Saidina Osman bin Affan r.a mampu khatam Quran dalam solat..sdgkan beliau telah dijanjikan Syurga ketika masih hidup....manakala aku pula tidak tentu lagi...
Ketika anak-anak sudah lena dibuai mimpi..aku melihat mereka...aku mencium dahi mereka dan memohon maaf..kerna kesibukanku,aku mempunyai masa amat terhad buat mereka...
Inilah kehidupan....ketika jangka hayatku semakin pendek,aku berusaha mengetuk papan kekunci menulis kerna bagiku menulis adalah jariah kepada manusia....walaupun telah menulis 7 buah buku,aku masih belum puas dan terus mahu menulis agar bukuku dapat menjadi jariah pahala ketikaku di kubur...aku berharap berjaya menulis 100 buku sebelum nyawa bercerai dengan badan...
Kehidupan ini amat sukar..namun aku bersyukur isteriku memahamiku.....kadangkala aku out-station sejak subuh pagi,pulang ke rumah Maghrib menjelma,terus ku solat dan membuka laptop mengetuk patah demi patah hingga lewat malam....akau amat bersyukur kerna isteriku memahamiku dan tidak pernah komplen dan mengeluh sejak bergelar isteri kepada manusia naif ini...
Sejak aku temui bahawa menulis adalah dakwah yang akan menjadi sedekah jariah di kuburan,aku amat rajin menulis,walaupun aku bukan penulis hebat seperti Imam Nawawi atau Imam Ghazali..namun aku juga mahu berusaha mendapatkan pahala ketika hayat masih ada...
Kematian teman baikku Ustaz Ahmad Yaakob tahun lepas akibat kanser otak amat meruntun perasaan..dia amat bercita-cita menjadi penulis namun cita-citanya tidak dapat direalisasikan kerna hayatnya telah berakhir....aku kehilangan seorang teman baik yang amat rapat ketika di Universiti......
Beliau amat tabah....menderita kanser otak selama hampit 6 tahun namun tidak pernah mengeluh dan merintih kepada manusia...Pabila aku menziarahi keluarganya setelah pengkebumian,aku lihat 3 wajah anak kecil....mereka masih perlukan kasih sayang seorang ayah..namun Allah telah takdirkan mereka menjadi anak yatim...
Itulah Qadak dan Qadak Allah...aku juga mempunyai anak-anak kecil...aku memahami apa yang mereka rasakan...
Beberapa bulan sebelum kematiannya,aku menziarahinya,serta menghadiahkan 2 buah bukuku,aku lihat wajahnya penuh senyuman dan amat gembira dengan kedatangan teman yang dirinduinya...dia x mengeluh walaupun sepatah.....dia tak pernah menceritakan kesakitannya walaupun isterinya menceritakan betapa kuat semangatnya menempuhi penyakitnya..hingga pingsan beberapa kali kerna gagah untuk pergi ke bilik air untuk berwuduk....
Kadangkala aku memikirkan...walaupun aku berdepan pelbagai ujian,namun ujian temanku lagi dahsyat.....aku masih bernyawa meneruskan kehidupan...dan mempunyai takaful buat anak-anakku apabila aku ke kubur..namun temanku hidup dalam kemiskinan,hatta pemergiannya masih mempunyai tunggakan bayaran hospital ribuan ringgit.......
Aku sering menasihati manusia agar mempunyai takaful buat anak-anak..kerna pabila kita mati,takaful itulah akan menjadi pendapatan kepada mereka menyambung kehidupan...Malah Saidina Ali juga berpesan " Ibu bapa yang meninggalkan harta buat keluarga adalah lebih baik dari ibubapa yang tinggalkan anak-anak dalam kemiskinan...."
Takaful dan insurans adalah berbeza.Insurans diharamkan kerna mempunyai unsur riba,manakala Takaful adalah berbentuk mudharabah yang dibenarkan Islam...Kita tidak tahu bila kita akan mati dan takaful adalah sebaik simpanan selain simpanan tetap..
Panjang pula mukaddimah aku kali nie....
Bagaimana menjadikan dunia ini tumpangan?
1.Ibadat sebanyaknya.
Kita tahu dunia adalah tempat mendapatkan pahala....selagi kita bernyawa kita masih boleh melakukan banyak pahala seperti ibadat wajib dan ibadat sunat.Kita juga perlu perbanyakkan ibadat sunat seperti solat sunat,membaca QURAN,zikir,sedekah dan sebagainya.
2.Jariah.
Ketika kita hidup,kita perlu melakukan jariah seperti derma pembinaan sekolah,masjid,surau,jalan,jambatan dan sebagainya.
DARIPADA Abu Hurairah, Rasulullah ada bersabda, bermaksud: “Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang salih yang berdoa untuknya.” – (Riwayat Imam Muslim dan lain-lain termasuk Imam Ahmad.....
Dalam hadis tersebut i tiga amalan yang dapat membantu seseorang pada hari akhirat kelak iaitu sedekah yang pahalanya berterusan, ilmu baik yang diajarkan dan juga doa anak yang salih.
Termasuk dalam kategori sedekah jariah ialah harta yang diwakafkan, termasuk tanah, rumah, kebun atau lain-lainnya untuk dimanfaatkan oleh orang lain. Misalnya, seseorang mewakafkan bangunan untuk dijadikan sekolah, asrama, hospital, masjid dan seumpamanya.
Mendirikan bangunan untuk kepentingan awam yang dihalalkan Islam juga dikira sedekah jariah. Menubuhkan perpustakaan atau pusat sumber bagi meningkatkan ilmu dan iman orang Islam juga amal jariah yang sangat dituntut.
Ini bermakna, segala amalan kebajikan untuk kepentingan awam yang dihalalkan dikira sedekah jariah. Pahala berterusan akan diterima oleh orang yang melakukan amal itu.
Kita perlu membuat jariah sebanyaknya dan peluang untuk buat jariah amat luas sekarang....
3.Minimumkan dosa.
Baginda saw bersabda “Semua anak adam berdosa, sebaik – baik orang yang berdosa ialah orang yang bertaubat.”
Tiada manusia yang bersih pada akhir zaman.....semua berdosa siang dan malam,namun kita perlu minimumkan dosa iaitu berusaha menjauhkan dosa besar dan sentiasa bertaubat...
Mengikut imam Azzahabiyy rahimullah dalam kitabnya "Al-Kabaair" beliau menghimpunkan jenis dosa-dosa besar sebanyak 70 perkara seperti berikut:
01 - Belajar ilmu dan sembunyi pengetahuan
02 - Bersaksi palsu
03 - Berjudi www.familiazam.com
04 - Bersumpah palsu dan bohong
05 - Berbohong
06 - Bergambar di baju (bila sembahyang)
07 - Perempuan pelacur
08 - Berbuat buruk terhadap yang lemah
09 - Berdebat dan memusuhi
10 - Bersifat dayus
11 - Bercakap kasar dengan orang tua
12 - Dusta nama Allah dan rasulnya
13 - Derhaka pada suami
14 - Derhaka pada hamba Allah, anggap baik dirinya
15 - Hakim derhaka
16 - Homosek (seagama/sejenis)
17 - Mengurangi timbangan
18 - Lari seorang hamba dari tuannya
19 - Lelaki menyerupai wanita
20 - Lari dari medan perang di jalan Allah
21 - Membunuh manusia
22 - Membunuh diri sendiri
23 - Mengamalkan sihir
24 - Meninggalkan sembahyang lima waktu
25 - Meninggalkan sembahyang jumaat
26 - Menderhaka kepada kedua ibu bapa
27 - Memutuskan hubungan silaturrahim
28 - Melakukan zina
29 - Makan harta anak yatim secara tidak betul
30 - Makan dari kekayaan haram
31 - Memberi dan menerima rasuah
32 - Melabuhkan pakaian kerana berlagak sombong
33 - Makan riba
34 - Minum arak
35 - Mencuri
36 - Merompak
37 - Melakukan kezaliman
38 - Melakukan pengkhianatan
39 - Menyebut-nyebut pemberian
40 - Mengingkari janji
41 - Memfitnah
42 - Mengutuk orang islam
43 - Merasa aman dari kemurkaan Allah
44 - Menipu harta rampasan
45 - Melampaui batas
46 - Menuduh zina terhadap orang baik
47 - Memakai emas dan sutera (bagi lelaki)
48 - Mempercayai nujum dan sihir
49 - Menjadi bapa sanggup
50 - Mencari kesalahan orang lain
51 - Menganggu orang lain
52 - Menganggu tetangga
53 - Menyakiti dan memaki orang islam
54 - Mengintip dan membuka rahsia orang
55 - Mencaci sahabat Nabi
56 - Mengurangi wasiat
57 - Mengingkari takdir
58 - Putus asa dari rahmat Allah
59 - Penipuan dan kezaliman terhadap rakyat
60 - Riak dan mempamerkan diri
61 - Syirikkan Allah dengan sesuatu yang lain
62 - Sombong serta angkuh
63 - Sembelih untuk selain Allah
64 - Tidak mengeluarkan zakat
65 - Tidak berpuasa di bulan ramadhan
66 - Tidak mengerjakan haji jikalau mampu
67 - Tidak istinjak selepas kencing
68 - Tidak mendengar cakap ibu bapa
69 - Tipu daya
70 - Wanita menyerupai lelaki.
4.Didik anak-anak sebaiknya.
Anak-anak adalah zuriat penyambung keturunan.Kita perlu mendidik anak-anak dengan iman dan takwa agar anak-anak akan menjadi manusia beriman dan mendoakan kita selepas mati...
Anak-anak perlu diberikan ilmu agama dan memastikan mereka menghayati agama sebaiknya.Ramai ibu bapa tidak memberi didikan dengan baik,maka lahirlah penghisap ganja,mat rempit,malas belajar,bohjan,bohsia,kaki menipu dan mcm2 jenis manusia jahat dan rosak...
5.Utamakan akhirat.
Apabila kita berjalan dalam muka bumi dan bermatlamatkan akhirat,kita tidak akan ditipu oleh dunia.Walaupun kita lihat ramai manusia kaya dengan rasuah,menjual barang haram,menipu dan sebagainya,kita tidak akan ikut tingkah laku mereka kerna kita mencintai akhirat...
Walaupun kita dilingkungi kawan dan teman yang suka mengumpat dan memfitnah,kita tidak akan mengikut cara mereka kerna kita bermatlamat akhirat.
Walaupun kita melihat kereta BMW dan Mercedes di jalanan,kita bersyukur dengan kereta kancil yang dimiliki dengan wang halal....
DUNIA ini adalah tumpangan sementara dan kita perlu mengakuinya....
Terima kasih kerna membaca,jika suka ,LIKE.............
Segala kelemahan dan kenaifan milikku seorang manusia bernama Saat..manakala kelebihan dan kesempurnaan hanyalah milik Allah Maha Gagah lagi Amat Perkasa...
Saat Sulaiman
www.saatcham.com
No comments:
Post a Comment