Sunday, June 26, 2011

DOA JIKA DIZALIMI ADALAH HARUS

ا يحب الله الجهر بالسوء من القول إلا من ظلم وكان الله سميعا عليما

" Allah tidak suka seseorang mengatakan sesuatu yang buruk kepada seseorang dengan terang-terangan melainkan orang yang dizalimi maka dia boleh menceritakan kezaliman tersebut ; dan Allah itu maha mendengar dan maha mengetahui." ( 148 : surah an-Nisa)



Bismillah...



Aku takut kezaliman namun aku sering menghadapi kezaliman......Ramai manusia zalim tidak sedar bahawa doa manusia dizalimi amat mustajab....aku pernah dianggap gila hanya kerna memakai pakain buruk.....Subhanallah...



Manusia zalim pelbagai zalim.Ada yg mengambil tanah orang,ada yang menuduh perempuan suci itu berzina,ada pula yang memfitnah jiran dan pelbagai kezaliman.....



Doa manusia dizalimi mustajab walaupun orang bukan Islam.jauhi kezaliman...





Ibnu Abbas r.a telah mentafsirkan ayat tersebut : "ALLAH TIDAK SUKA SESEORANG MENDOAKAN KEBURUKAN KEPADA SESORANG YANG LAIN KECUALI ORANG YANG DIZALIMI. SESUNGGUHNYA ALLAH TELAH MEMBERIKAN KEBENARAN KEPADANYA UNTUK MENDOAKAN KEBURUKAN KEPADA ORANG YANG DIZALIMI. JIKA DIA BERSABAR MAKA ITU LEBIH BAIK BAGINYA." Qatadah berkata: ALLAH MEMBERIKAN KELONGGARAN KEPADA ORANG YANG DIZALIMI UNTUK MENDOAKAN KEBURUKAN.



Bukti doa kepada manusia zalim adalah harus :



Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi sekalipun dia adalah orang kafir. Maka sesungguhnya tidak ada penghalang diantaranya untuk diterima oleh Allah." Hadis riwayat Ahmad - sanad hasan



"Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara." Hadis riwayat Hakim - sanad sahih



" Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi. Allah swt berkata : Demi kemulian dan keagunganku, aku pasti akan menolongmu walaupun setelah masa yang lama."Hadis riwayat Tobrani - sanad hasan.





" Tiga doa yang diperkenankan: Doa orang puasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir." Hadis riwayat Baihaqi - sahih





" Doa orang yang dizalimi adalah diterima sekalipun doa dari orang yang jahat. Kejahatannya itu memudaratkan dirinya dan tidak memberi kesan pada doa tadi." Hadis hasan riwayat at-Tayalasi





mam Nawawi telah meletakkan satu tajuk dalam kitabnya al-Azkar:



"BAB: HARUS BAGI SEORANG MANUSIA UNTUK MENDOAKAN KEBURUKAN KEPADA ORANG YANG MENZALIMI ORANG-ORANG ISLAM ATAU MENZALIMI DIRINYA SENDIRI."



Syeikh Ibnu Allan as-Siddiqi (pengarang syarah bagi kitab Azkar) berkata di bawah tajuk ini:



" Maksud harus yang disebut imam Nawawi adalah merangkumi sunat. Maksudnya ia tidak haram dan tidak makruh. Sekiranya doa kecelakaan kepada orang yang menzalimi manusia lain supaya terhindar dari kezalimannya maka hukumnya sunat. Sekiranya doa kecelakaan kepada orang yang menzalimi dirinya sendiri atau yang menyakitinya , sesungguhnya ini diharuskan untuk berdoa sebegini. Seeloknya dia maafkan dan melupakannya."



Contoh kisah-kisah benar :



1.Doa Rasulullah yg momohon Allah binasakan mereka yg menzalimi Baginda saw dalam kisah perut unta yang diletakkan diatas badan Rasulullah takkala Rasulullah bersolat di Kaabah.Nabi s.a.w. berdoa, “Wahai Allah, binasakanlah Abu Jahil bin Hisyam, ‘Utbah bin Rabi’ah, Syaibah Bin Rabi’ah, Walid Bin ‘Uqbah, Umaiyah Bin Khalaf dan ‘Uqbah bin Abi Mu’ith.” (Hadith Sahih Riwayat Muslim)





2.Doa Rasulullah yang mendoakn agar matinya Uthaibah (anak Abu Lahab).Utaibah mendatangi Nabi SAW. dan mengatakan kata-kata yang menyakitkan hati Rasulullah SAW. Atas periakuan itu, maka Rasulullah SAW. telah berdoa kepada Allah, agar mengirimkan anjing-anjing-Allah untuk membinasakan Utaibah. Dan apa yang telah didoakan oleh Nabi SAW. terhadap Utaibah itu benar-benar teriadi





3) Doa Saidina Sa'id bin Zaid yang mendoakan seorg wanita tua, Arwa Bin Aus yang mendakwa tanah milik Saad adalah milik beliau.. Saidina Saad mendoakn agar wanita tua itu dibutakan matanya dan dimatikan dia di tanah yg dia claimed miliknya itu..(hadith Sahih Riwayat Muslim)



4) Doa Ummu Habibah (Ummul Mukminin) dlam kisah kelakuan biadap seorang lelaki yang menyelak tabir semasa Ummul Mukminin itu berbicara dgn Saidina Uthman Affan.. Ummu Habibah memdoakan agar lelaki itu terpotong tangannya..



5) Doa Saidina Hussain sebelum wafat dibunuh di Karbala, mendoakan sipemanah yang memanahnya dibutakan mata n terpotong tangannya..



6) Doa yang diajar oleh Rasulullah kepada seluruh ummat Islam yang dizalimi..Qunut Nazilah yang membawa maksud:



"“Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka.

Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka.

Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka.

Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,

Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,

Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,

Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,

Kalahkan mereka,

Kalahkan mereka,

Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka."





Admin

Kisah teladan & Co



8.15 malam

20 Jun 2011

No comments:

Post a Comment