Monday, January 13, 2014

Malaysia mundur kerana Melayu?

 January 11, 2014

Dalam  buku “The Malay Dilemma”, Tun Dr Mahathir Mohamad menulis, jika kaum Cina dibiarkan bersendirian berniaga dan mengurus ekonomi negara mereka akan menjadikan Malaysia sebuah negara  maju.
Tetapi apakah Melayu hanya jadi pemerhati, kekal miskin tetapi berbangga kerana negara maju di bawah orang-orang Cina?
Atau Melayu meminta sebahagian daripada saham kekayaan negara walaupun  akan melambatkan kemajuan negara? Inilah dilema Melayu.
Imbas kembali, British perlu pekerja untuk membangunkan ekonomi dan perniagaanya di Malaya. British tidak mahu menganggu budaya dan agama orang Melayu kerana adalah dasar British, lalu membawa macsuk orang-orang Cina untuk bekerja dilombong bijeh, pekerja dan berniaga. Kaum India juga dibawa masuk sebagai  pekerja ladang dan buruh kasar.
Jika tidak berlaku krisis ekonomi dunia pada tahun 1930an,  yang menjadi punca British menghentikan pengambilan pekerja imigran,  besar kemungkinan jumlah Cina dan India mengatasi jumlah orang Melayu hari ini
Sedikit jumlah orang Melayu bekerja dengan British, terdiri dari kalangan anak-anak raja dan golongan bangsawan Melayu sebagai pembantu kepada pegawai-pegawai British atau sebagai kerani di pejabat.
Majoriti orang Melayu  selesa dengan sektor tradisional menjadi petani dan nelayan.
Setelah Malaya merdeka dan bangsa Melayu mengambil alih tugas British sebagai pentadbir, bidang ekonomi dan perniagaan seperti perusahaan makanan, pembinaan, perlombongan, getah, pemborong dan peruncit telah dan terus dikuasai orang-orang Cina yang kebanyakannya  menetap di kawasan bandar, pekan dan pelabuhan.

Di mana silap?
Penganalisis ekonomi berpendapat, dengan jumlah orang Cina yang telah menceburi bidang perniagaan dengan faktor kerajinan dan kegigihan mereka di samping kekayaan sumber asli negara sepatutnya telah menjadi negara termaju dan terkaya di Asia Timur.
Tetapi ia tidak berlaku. Di mana silapnya?
Ramai cendekiawan dan usahawan Cina percaya jika Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidak perkenalkan pada tahun 1972,  Malaysia telah maju setanding dengan Singapura dan Korea Selatan. Setidak-tidaknya  status ekonomi negara lebih baik daripada Taiwan,  sebuah negara berteknologi tinggi yang sedang meningkat.
Korea Selatan adalah antara negara termiskin di dunia selepas perang dengan Jepun. Ekonominya bergantung pada pertanian semata-mata.
Korea Selatan  kerap diancam serangan dari Korea Utara. Taiwan cuma sebuah pulau yang dituntut negara China.
Seperti Korea Selatan, selain tiada sumber alam,  Taiwan kerap diancam serangan negara Komunis China yang sehingga hari ini tidak mengiktiraf kewujudannya.
Pada tahun 70an, Singapura, Korea Selatan dan Taiwan lebih miskin dari Malaysia, kerana negara-negara itu tiada sumber asli untuk di ekspot.
Tetapi pada hari ini pendapatan perkapita Korea Selatan empat kali ganda lebih tinggi dari pendapatan perkapita rakyat Malaysia. Manakala pendapatan rakyat Singapura adalah yang kelima tertinggi di dunia. Di
mana silapnya?
Melayu gagalkan DEB
Dr  Mahathir berhujah, DEB gagal kerana Melayu yang gagalkan, bukan kerajaan yang gagal. Bangsa Melayu yang menggagalkan usaha kerajaan untuk membangunkan bangsa Melayu itu sendiri.
Berbilion ringgit dana kerajaan di suntik untuk membesarkan kek ekonomi tetapi dibazirkan tanpa mencapai matlamat DEB.
Melayu kata Dr  Mahathir masih amalkan  budaya turun temurun. Tidak berusaha bersungguh-sungguh.  Terus mengharap kerajaan memberi  tongkat. Tanpa tongkat Melayu tidak mampu bersaing dalam perniagaan dan perusahaan.
Walaupun tidak pernah berkata bangsa Melayu jadi penghalang kepada kemajuan ekonomi negara tetapi Dr Mahathir  pernah keluarkan ayat  “Melayu haprak!”
Dr  Mahathir berhujah DEB gagal kerana orang Melayu. Manakala para cendekiawan dan pengusaha Cina berhujah, Malaysia gagal mencapai taraf negara maju kerana orang Melayu dan pentadbir Melayu  penghalang sebenarnya.
Menurut Prof Ye Lin-Sheng, seorang professor Universiti Singapura,  dalam bukunya “The Chinese Dilemma”, bila DEB dilancarkan, rata-rata pengusaha dan peniaga Cina tidak yakin orang Melayu boleh maju dalam perniagaan.
“Ianya berkenaan dengan budaya dan sikap orang Melayu yang suka “berbelanja sebelum menuai hasil”.
Katanya, fenomena yang berlaku selepas DEB, peniaga Cina bukan sahaja menghadapi tekanan untuk memberi ruang kepada peniaga  Melayu, tetapi juga daripada orang-orang politik yang terlalu berkuasa sehingga membelakangkan peraturan dan undang-undang dalam memberi kelulusan menjalankan perniagaan.
“The rules became less precise because race had entered the picture” (Page 11, The Chinese Dilemma)
Peniaga Cina terpaksa mengorban sebahagian keuntungan yang boleh dilabur untuk membesarkan perusahaan untuk membayar orang-orang politik dalam bentuk komisen, kickbacks dan sebagainya.
Mereka terlalu tamak
Ayat biasa peniaga-peniaga Cina terhadap rakan kongsi Melayu ialah, “Mereka terlalu tamak” tetapi “mereka tidak bersedia untuk membuat kerja”.
Mereka tahu, rakan kongsi Melayu atau peniaga-peniaga Melayu yang diberi saham dalam syarikat mereka bukan peniaga sebenar tetapi sekadar  wakil atau proksi orang-orang politik yang berkuasa memberi lesen perniagaan dan kontrak kepada syarikat.
Dr  Mahathir menulis dalam bukunya, pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara akan perlahan jika Melayu diberi saham dalam perniagaan dan perusahaan ternyata jadi kenyataan.
Sasaran 30% saham bumiputera dalam perniagaan dan perusahaan gagal dicapai. Insiden kemiskinan terus membebani bangsa Melayu dan bumiputera. Akhirnya Melayu gagal dan ekonomi negara juga gagal!
Sungguhpun sudah 40 tahun DEB berlalu, sikap dan budaya orang Melayu masih tidak berubah. Bangsa Melayu masih  asyik dengan isu-isu yang berkaitan dengan kuasa politik. Isu-isu berkaitan dengan bangsa dan agama.
Matlamat menjadi negara maju tahun 2020 masih samar-samar. Malaysia berdepan dengan pelbagai masalah yang berkaitan dengan soal pengurusan ekonomi.
Kedudukan politik yang tidak stabil berikutan berikutan kehilangan majoriti dua pertiga dalam parlimen, menyukarkan lagi parti  pemerintah membuat dasar-dasar yang boleh mendapat sokongan rakyat.
Persengkitaan kaum dan agama  berlaku secara terang-terang melalui insiden-insiden seperti isu kalimah Allah, rampas Bible dan banyak lagi yang menggambar ketidapuasan hati orang Melayu terhadap kaum Cina yang jelas memberi sokongan kepada parti pembangkang dalam dua pilihan raya umum berturut-turut.
Apakah ada kemungkinannya,  bangsa Melayu mengambil keputusan “berkerat rotan, berpatah arang” dengan kaum Cina. Mengorbankan soal pembangunan ekonomi demi mempertahan politik ketuanan Melayu mereka.




http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2014/01/11/malaysia-mundur-kerana-melayu/

Saturday, January 11, 2014

Pasar tani jual barang lebih murah

BERITA HARIAN 

Mohd Asrun Yatim

ALOR STAR: The are about 150 stalls at Pasar Tani Taman Wira in Mergong here yesterday, but only one of them was the centre of attention.

Customers made a beeline for the stall operated by Mohd Asrun Yatim, who sold his vegetables at almost half the price. The 32-year-old sold chilies at RM6 per kg compared with the price of RM10 per kg. Cucumber was sold at between RM1 and RM1.50 per kg against the RM3 per kg in the market.
Asrun, who had been selling at the market over the past nine years, said he was able to sell his vegetables cheaper because he grew them at his farm in Perik, Kuala Nerang.
Asrun also sourced some of his vegetables from other farms, which had collaborated with the Agriculture and Agro-based Industry Ministry under contract farming.
"I hope this will help in the government's Jimat Belanja Dapur 2014 programme to ease the burden of consumers."
Pasar Tani Taman Wira, which operated on Friday, Sunday and Wednesday every week, was among the 15 agricultural markets in Kedah organised by the Federal Agricultural Marketing Authority (Fama).
Kalsom Hassan, 59, a regular of the pasar tani, hailed the government's effort in establishing the farmers' market. Besides being cheaper, the vegetables were also fresher, she added.


Customers choosing vegetables at the stall operated by Mohd Asrun Yatim at ‘Pasar Tani’ Taman Wira, Mergong, yesterday. He is selling his vegetables at almost half the market price. Pic by Lim Poh Chin

http://www.nst.com.my

Seks punca cerai

Putrajaya: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) merekodkan 581,505 kes perceraian pasangan Islam didaftarkan di Mahkamah Syariah seluruh negara dari 2003 hingga 31 Disember lalu.
Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) Tan Sri Dr Ibrahim Lembut berkata, daripada jumlah itu, 544,804 kes berjaya diselesaikan manakala 36,701 kes lagi masih dalam proses perbicaraan.

Katanya, jenis perceraian pula adalah cerai mengikut Seksyen 47 (lafaz cerai) sebanyak 16,865 kes diikuti cerai fasakh sebanyak 5,528, cerai taklik (2,111), cerai khulu’ atau tebus talak (86) dan pengesahan cerai di luar mahkamah sebanyak 12,111 kes.
“Selain itu, bagi tempoh sama Selangor menjadi negeri yang mencatat permohonan pendaftaran perceraian tertinggi, diikuti Johor, Kelantan dan Wilayah Persekutuan manakala perceraian paling rendah dicatat di Perlis, Melaka dan Sarawak,” katanya.

Ibrahim berkata, berdasarkan kajian, beberapa faktor lain turut mendorong kepada perceraian, termasuk masalah berkaitan agama atau budaya yang mungkin disebabkan pasangan sering meninggalkan kewajipan terhadap agama, berlainan haluan atau kurang pengetahuan dan pendedahan agama.

Selain itu, pasangan bersikap dingin, tiada kepelbagaian dalam seks dan tiada kepuasan seks antara tiga masalah seksual yang mencatat peratusan tertinggi sehingga menyebabkan perceraian dan ia biasanya berlaku dalam kalangan pasangan muda berusia 35 tahun ke bawah.
“Punca lain termasuk suami atau isteri tidak bertanggungjawab kerana mementingkan diri, suami tidak memberi nafkah zahir batin dan keadaan isteri yang sering meminta cerai.

“Ada segelintir isteri sering meminta dicerai apabila berlaku perselisihan faham dan ketika kemarahan menguasai diri serta tercabar dengan permintaan isteri selepas diugut berkali-kali, tidak mustahil lafaz cerai keluar daripada mulut suami,” katanya.
Bagaimanapun, masalah kesihatan bukan perkara utama yang mendorong kepada perceraian, namun ada dalam kalangan pasangan yang kuat merokok, sakit tua, sering sakit, menghidap penyakit HIV atau AIDS dan lumpuh boleh menyumbang kepada perceraian.

Katanya, pasangan tidak jujur, suka mengongkong atau ‘king’ serta ‘queen control’ sering berfoya-foya dan berjudi juga satu lagi sebab berlaku perceraian.

Selain itu, Ibrahim berkata, tempoh rumah tangga yang kerap berdepan kes perceraian adalah antara satu hingga enam tahun, dan tempoh itu dianggap paling mencabar dalam institusi perkahwinan kerana peratusan perceraian banyak berlakui.

Berdasarkan kajian dilakukan, kumpulan umur yang mempunyai peratus perceraian tertinggi adalah di kalangan umur 35 tahun ke bawah. “Statistik JKSM dari 2008 hingga 2013 menunjukkan 7,358 kes perceraian berlaku bagi pasangan yang berkahwin bagi tempoh perkahwinan kurang tiga tahun,” katanya.

HARIAN METRO 

Friday, January 10, 2014

Muhasabah bantu kenal pasti kelemahan diri

Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail

Umat Islam wajar menilai amalan untuk kesenangan dunia, akhirat

Muhasabah adalah kata kunci kepada salah satu metod penting pengukuhan pencapaian yang cemerlang dalam segenap aspek kehidupan. Rasulullah SAW mendidik umat Islam menilai dirinya sendiri dan beramal sesuai dengan penilaian itu untuk kesenangan dunia serta akhirat. 
Sabda Rasulullah SAW: “Orang yang bijak itu adalah yang menghisab (menilai) dirinya sendiri serta beramal untuk kehidupan sesudah mati. Sedangkan orang yang lemah adalah yang dirinya mengikuti hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah SWT.” (Riwayat Imam al-Tirmizi) 

firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan, kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari keaiban orang lain dan janganlah kamu mengumpat akan setengahnya yang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12)

Saidina Umar bin al-Khattab berkata: “Hisablah (nilailah) diri kamu sebelum kamu dihisabkan dan hitunglah (amal kebaikan) kamu sebelum kamu dihitungkan (di hari akhirat kelak).” 

Bermuhasabah akan membolehkan seseorang itu peka serta menyedari kelemahan dirinya seterusnya bersedia melakukan penambahbaikan. Kesedaran yang terhasil daripada amalan muhasabah adalah anugerah Allah SWT kerana dari padanya seseorang boleh mengorak langkah mengubah nasib diri. 

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah SWT tidak mengubah nasib sesuatu kaum kecuali merekalah yang mengubah nasib mereka sendiri.”

Sebaliknya apa yang amat membimbangkan akibat tiada muhasabah diri ialah seseorang tidak menyedari kelemahan dan kesilapannya menyebabkan ia berterusan dilakukan. Sedangkan pada masa sama, peka pula terhadap kelemahan orang sehingga suka mencari dan mendedahkan kelemahan orang lain. 
Sedangkan larangan ini jelas disebut dalam firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan, kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari keaiban orang lain dan janganlah kamu mengumpat akan setengahnya yang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12)

Bina karektor individu

Muhasabah juga mampu mengenalkan kekuatan dan potensi sendiri. Kesedaran ini amat berguna untuk memacu kejayaan serta membentuk sikap, membina karakter individu atau pekerja dengan nilai murni seperti bersifat terbuka, positif, yakin diri serta bercita-cita tinggi meningkatkan kejayaan.

Sifat diri untuk menjadi pekerja terbaik melalui usaha muhasabah adalah akhlak mulia lagi terpuji. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Berbuat baiklah kamu, sesungguhnya Allah SWT menyukai mereka yang berbuat kebaikan.”

Sebagai langkah untuk meningkatkan kejayaan diri serta organisasi, muhasabah dalam pelbagai cara dan sistem perlu dibudayakan. Langkah strategik muhasabah diri boleh dilakukan dengan memikirkan sasaran kerja harian, mingguan dan bulanan meliputi beberapa soalan asas.

Contohnya, apakah tugasan atau kerja yang telah berjaya dilakukan semalam, sejauh manakah ia telah menepati apa yang dirancang. Jika tidak menepati sasaran, mengapa? Adakah kerja dilakukan dengan cara betul dan benar? Bagaimana untuk mengatasi kelemahan serta meningkatkan kualitinya?

Muhasabah terhadap sasaran kerja harian bukan saja dapat mengenalpasti masalah tetapi secara tidak langsung mewujudkan momentum kerajinan kerja. Apabila status pencapaian kerja sentiasa dikemaskini, kekuatan dan kelemahan dikenal pasti, maka semangat kerja akan dapat dibajai.

Bagi organisasi, muhasabah kerja yang telah dilaksanakan melalui pelbagai mekanisme dan sistem pengurusan seperti perbincangan, mesyuarat, taklimat pagi, audit nilai, pengaduan awam, Hari Bertemu Pelanggan, penyediaan laporan kerja perlu dihayati serta dibudayakan.

Tujuan muhasabah kerja keseluruhannya untuk mengelakkan kerugian pada diri, organisasi dan masyarakat sama ada pada nilai usia, tenaga, masa mahupun wang ringgit yang ditegah selaras firman Allah SWT yang bermaksud: “Jangan kamu meletakkan diri kamu pada kehancuran.”

Usaha sentiasa diredai

Selain matlamat keseluruhan, tindakan bermuhasabah ialah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT supaya segala usaha titik peluh dan diri diredai oleh-Nya, selain mengelak diri daripada menjadi muflis kerana pekerjaan dibuat tiada kebenarannya. 

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis itu? Sahabat menjawab: Orang yang muflis di antara kami adalah orang yang tidak memiliki dirham dan tidak memiliki kesenangan. Rasulullah bersabda: Orang yang muflis dari umatku adalah orang yang datang pada hari kiamat dengan solat, puasa dan zakat, namun ia juga datang dengan membawa (dosa) menuduh, mencela, memakan harta orang lain, memukul orang lain. Maka orang itu diberikan pahala kebaikan yang dimiliki. Hingga habis pahala kebaikannya lalu dia pun dicampakkan ke dalam api neraka.” (Riwayat Imam Muslim)

Besarnya hikmah bermuhasabah ini, marilah kita sentiasa melakukannya supaya kerja hari ini lebih baik dari semalam dan sentiasa mendapat rahmat serta keredaan Allah SWT.

BERITA HARIAN 

Tazkirah Dr Ridhuan Tee di Mimbar Pencetus Ummah Akhir 2013

Thursday, January 9, 2014

Rakyat Perlu Berdikari

Rakyat  Perlu Berdikari




         Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang terkenal seantero dunia sebagai sebuah negara yang sentiasa mengamalkan toleransi dalam pemerintahannya.Walaupun sebuah negara Islam ,namun sentiasa mengamalkan sikap keterbukaan dalam membenarkan penganut agama lain mempraktikkan ajaran agama lain tanpa sekatan.


     Pilihan Raya UMUM (PRU) ke 13 telah selesai dan majoriti  rakyat telah mengundi Barisan Nasional.Keputusan muktamad telah diumumkan dan semua rakyat perlu menerima keputusan yang telus dan adil.Sejak merdeka,pilihan raya diadakan tanpa sebarang penipuan dan sabotaj.Perkara ini diakui dunia.


       Tahun 2014 penuh cabaran di mana malam tahun baru berlaku kejadian yang tidak diingini.Sekumpulan manusia yang sengaja menimbulkan kekacauan malam tahun baru telah menggugat keamanan negara dengan membuat kacau di ibu kota di mana puluhan ribu sedang berseronok menanti detik tahun baru.


      Bagi mereka,itulah demokrasi.Melakukan apa sahaja walaupun melanggar undang-undang negara dianggap sebagai demokrasi.Mereka melihat  demontrasi dan kekacauan negara lain sebagai ikutan sedangkan keamanan adalah nikmat yang amat berharga bagi sesebuah negara.


      Apabila pilihan raya telah selesai dan keputusan telah diumumkan,semua pemimpin negara sama ada dari pihak kerajaan dan pembangkang perlu berganding bahu dalam membangunkan negara,bukan terus sibuk berpolitiking siang malam menuduh satu antara lain.


     Politiking berterusan hanya membuang masa dan wang negara.Semua pihak perlu bekerjasama dalam membangun dan memajukan lagi negara tercinta.Negara kita perlu terus dimajukan agar semua mendapat manfaat secara keseluruhannya.


     Isu kenaikan harga barang adalah isu panas sepanjang tahun baru ini.Pemimpin pembangkang mahu terus diadakan demontrasi dan perhimpunan sepanjang masa mendesak kerajaan mengambil langkah sewajarnya  menangani isu kenaikan harga barang.

     Itulah cara kerja mereka.Menghasut rakyat melakukan perbuatan yang melanggar undang-undang.Mereka bukan mahu duduk semeja berbincang dan memberi  idea  agar isu kenaikan harga barang dapat diatasi.


      Pemimpin pembangkang sebenarnya mencari peluang untuk menunjukkan Barisan Nasional gagal mentadbir negara dengan baik .Mereka sebenarnya tahu bahawa kenaikan harga barang bukan salah tadbir Barisan Nasional.Kenaikan harga barang bergantung kepada pelbagai sebab seperti keadaan ekonomi dunia,kekurangan bekalan,sikap pemborong dan peniaga yang tamak dan sebagainya.


      Rakyat yang bijak perlu belajar berdikari iaitu tidak mudah termakan hasutan pemimpin pembangkang yang memang beriya-iya menjatuhkan Barisan Nasional.Apabila  mereka kalah dalam PRU13,mereka mahu menggunakan cara demontrasi dan rusuhan jalanan untuk menjatuhkan kerajaan.Mereka mahu lihat ekonomi negara lumpuh dan bersorak gembira.


    Rusuhan dan demontrasi jalanan menyebabkan ekonomi negara lumpuh jika dilihat situasi beberapa negara dunia seperti Mesir,Syria,Thailand dan sebagainya.Demontrasi berterusan akan menyebabkan pelancong menjauhi negara,begitu juga pelabur akan menjauhkan sesebuah negara kerna iklim politik yang tidak stabil.Negara akan kerugian berbilion dolar dan itulah kehendak pemimpin pembangkang.


    Kerajaan berusaha mempromosi negara sebagai destinasi popular dengan pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2014 .Kerajaan mahu meningkatkan jumlah pelancong dan ia akan membantu ekonomi negara dan jumlah pendapatan rakyat juga bertambah dengan kedatangan pelancong.Namun usaha kerajaan akan terbantut jika pemimpin pembangkang terus menghasut rakyat mengadakan rusuhan dan demontrasi berpanjangan.

    Isu kenaikan harga barang perlu ditangani dengan rasional.Rakyat yang bijak tidak boleh terlalu bersikap menyalahkan kerajaan dan belajar berdikari.Cara berdikari adalah dengan menghadapi kenaikan harga barang dengan lebih berhemah dan bijak menguruskan kewangan dengan baik.


Antara langkah yang perlu dilakukan adalah :


Pertama BOIKOT.


     Dalam era globlalisasi ,perniagaan sentiasa ada persaingan.Rakyat perlu menggunakan kuasa boikot terhadap peniaga dan pemborong yang sengaja menaikkan harga barang kerna mengambil kesempatan mengaut keuntungan berlipatganda.

    Kuasa boikot adalah kuasa yang paling hebat dan tidak memerlukan perhimpunan dan demontrasi yang menyusahkan pelbagai pihak.

    Apabila berlaku kenaikan harga ayam contohnya,rakyat perlu mengalihkan sumber makanan kepada produk lain.Usaha boikot ini akan menjatuhkan harga ayam.Pemborong dan peniaga ayam tidak akan berjaya menaikkan harga sesuka hati.

    Kerajaan hanya mampu menetapkan harga kawalan dan sepatutnya rakyat menggunakan kuasa boikot untuk mengajar peniaga dan pemborong yang tamakkan keuntungan berlipatganda.Apabila rakyat bersatu hati dalam memboikot produk yang sentiasa meningkat harga ,automatik harga akan turun.Tidak perlu berdemontrasi atau menimbulkan rusuhan seluruh negara.



Kedua PENGURUSAN KEWANGAN.


      Dalam dunia ini,tiada negara yang sentiasa kukuh ekonominya hatta negara maju seperti Amerika dan United Kingdom.Mereka yang telah lama bergelar negara maju juga menghadapi situasi di mana berlaku kejatuhan ekonomi di atas pelbagai sebab dan punca.

     Rakyat yang bijak akan memahami bahawa ekonomi sesebuah negara akan naik dan turun.Rakyat bijak juga sentiasa melakukan pengurusan kewangan dengan bijak dan ia akan membantu pengaliran wang dengan baik dalam apa jua keadaan.

     Kerajaan telah berusaha dengan memberikan bantuan BR1M  ,pembukaan Kedai Rakyat 1Malaysia    
 ( KR1M ),Klinik 1Malaysia  dan pelbagai usaha meringankan beban rakyat.

     Sewajarnya rakyat negara ini berusaha menjadi rakyat yang bijak dengan menguruskan kewangan dengan sistematik dan menepati keadaan ekonomi semasa.

    Jika selama ini  membawa keluarga  makan di restoran seminggu sekali,cuba kurangkan kepada dua minggu sekali.Itulah antara cara pengurusan kewangan yang bijak.

    Perbelanjaan berhemah dan sentiasa meningkatkan tabungan adalah usaha terbaik dalam menjalani kehidupan.Apabila keadaan ekonomi negara kurang memberangsangkan dan berlaku kenaikan harga barang dan apa jua situasi,rakyat tidak akan mudah terhantuk dengan isu kenaikan harga barang.

      Rakyat perlu belajar berdikari agar berjaya berdepan  isu ekonomi negara.Sama ada ekonomi negara semakin makmur atau berdepan kesulitan,kewangan seseorang tidak akan berdepan masalah.Belajarlah menguruskan kewangan dengan bijak.


Ketiga MENINGKATKAN PENDAPATAN.


      Rakyat yang bijak perlu sentiasa meningkatkan pendapatan dengan pelbagai usaha.Setiap yang berlaku seperti kemerosotan nilai Ringgit berbanding dolar Amerika ada hikmahnya.Jumlah pelancong dari negara-negara maju akan bertambah kerna nilai tukaran mata wang yang lebih besar bagi mereka.

     Apabila kemerosotan ekonomi negara berlaku,ia bukanlah penamat kepada kebuntuan dalam meningkatkan sumber pendapatan kerna peluang mencari rezeki semakin bertambah jika usaha dilipatgandakan.

    Suri rumah yang selama ini bergantung kepada pendapatan suami perlu kreatif mencari pendapatan  seeprti membuat kuih,mengambil upah jahitan,membuat kraf tangan dan sebagainya.itulah usaha rakyat yang bijak menambahkan pendapatan.

      Rakyat perlu berusaha mencari pendapatan agar ia sentiasa bertambah,bukan menuding kerajaan dan melakuakn demontrasi apabila ekonomi sesebuah negara itu merudum dan berlaku kejatuhan nilai mata wang.

      Negara kita Malaysia sebuah negara yang banyak peluang mendapatkan wang.Jutaan pekerja asing datang mencari rezeki walaupun Malaysia sebuah negara kecil berbanding Amerika atau Kanada.
    Kedatangan ramai pekerja asing menunjukkan negara kita kaya dengan sumber rezeki dan ia perlu diterima dengan fikiran yang positif.

       Memanfaatkan tanah terbiar dengan menanam pelbagai jenis pokok dan sayuran akan memberikan pendapatan.Begitu juga menjual pelbagai pakaian terpakai kepada ramai golongan memerlukan juga menghasilkan pendapatan.

      Rakyat yang bijak perlu berusaha menghasilkan usaha untuk meningkatkan pendapatan dalam pelbagai cara tanpa  sibuk menyalahkan kerajaan.Jadilah rakyat yang berdikari,bukan sibuk menuding jari.

       Rakyat perlu belajar berdikari dan janganlah mengharapkan kepada bantuan kerajaan semata-mata.Walaupun Malaysia hanya sebuah negara membangun dan bukan berstatus negara maju,namun Malaysia telah memberikan jumlah subsidi yang lebih besar berbanding negara yang maju seperti Singapura atau Amerika.

      Rakyat yang berdikari adalah rakyat yang bijak.Kerajaan telah berusaha memberi  pelbagai bantuan demi meringankan beban rakyat dan sewajarnya rakyat perlu gigih berusaha memajukan diri dan keluarga berbanding sibuk berdemontrasi dan menyalahkan kerajaan.

     Malaysia adalah sebuah negara yang terkenal dengan suasana iklim ekonomi yang sihat dan aman damai,kekalkanlah keamanan dan kestabilan negara tercinta ini demi memajukan lagi negara tercinta.


     Wawasan 2020 perlu digapai dan kejayaan Malaysia adalah kejayaan semua.Setiap lapisan rakyat perlu berganding bahu memajukan negara tercinta dan kestabilan dan keamanan adalah impian semua rakyat  tanpa mengira bangsa,agama,suku kaum,pegangan politik  dan sebagainya.Kekalkan keamanan dan jadilah rakyat yang berdikari   jika  sayangkan tanah air.


Terima kasih.


Hj Saat Hj Sulaiman
Jumaat 10 Januari 2014