TARIKH TARIKH PENTING SEJARAH ISLAM DAN KEMANUSIAAN BIL TARIKH MASEHI TARIKH HIJRIAH PERISTIWA
Zaman Pra Sejarah
10000SM Nabi Adam as diturunkan ke dunia di Sri Lanka dan Nenek Hawa di Jeddah, Semenanjung Tanah Arab
9500SM Nabi Idris dilahirkan
9000SM Banjir besar Nabi Nuh as dan kapalnya mendarat di Bukit Judi di Turki
8500SM Kaum Tsamud Nabi Saleh as dihancurkan oleh Allah SWT dengan petir dan suara yang kuat kerana membunuh unta mukjizat. Tempat merka ialah di Madaen Salleh mega_shok.gif0 km ke utara Madinah. Kemahiran kaum nabi Saleh ialah membina rumah dengan menebuk bukit-bukit.
8000 SM Kaun Nabi Hud as, iaitu Kaum Aad dihancurkan oleh Allah SWT.
8000SM Kaum Nabi Lut as diterbalikkan di bandar Sodom iaitu di Laut Mati, Palestin kerana kesalahan melakukan homoseksual.
7000SM Perkembangan tamaddun Sg Nil tua
TAMADDUN NIL/MESIR/FIRAUN
3100SM Wujud 2 Kerajaan di utara dan selatan Sg Nil, Raja Menes menjadikan Memphis sebagai ibu kota. Raja-raja ini telah mewujudkan lebih 30 Dinasti yang dibahagikan kepada Kerajaan tua, Pertengahan dan Baru. Pemerintah ujud dalam bentuk Kerajaan.
3000SM Tamadun Sumeria dan Mesopotamia berkembang. Kota-kota yang utama ialah Ur, Urech dan Kish. Pemerintah wujud dalam bentuk negara kota. Orang Sumeria adalah kaum yang pertama menggunakan roda.
3000SM Tamddun Mohenjo Daro-Harappa berkembang di Sungai Indus - Penduduknya lari apabila diserang oleh orang-orang Aryan
2700SM Pembinaan piramid dan Sphinx di Giza Mesir
2600SM Pembinaan Piramid Khufu di Mesir
1 2350SM Raja Sargon membina kota Akkad di Mesopatamia (Iraq)
2 2300SM Ascendancy of Ebla (Tell Mardikh) - Pembinaan kota Ebla di Mesopotamia
2270-2233SM Pemerintahan Raja Naram-Sin dari Sumeria
2200SM Kejatuhan Kerajaan tua Firaun di Mesir
2000SM Kemuncak tamadun Dilmun
1991-1792SM Dinasti ke 12 Kerajaan pertengahan Firaun
1800SM Berkembangnya tamadun Sg Hwang Ho - Bandar pertama di Negri Cina iaitu Bandar Anyang
TAMADUN MESOPOTAMIA/BABILON
1728-1686SM Raja Hamurabi membina Babilon di Iraq. Hamurabi berasal dari sekumpulan kaum nomad berbangsa Amorites. Beliau adalah raja ke enam dari dinasti Amorites. Beliau terkenal dengan kod undang-undang Hamurabi yang menekankan hak asasi manusia. Setelah Hamurabi meninggal Babylon telah diserang oleh Kerajaan Assyria
1700SM Nabi Ibrahim dibakar oleh Raja Namrud dan kemudian mengetuai hijrah ke Palestin dari kota Ur di Iraq
1780SM Nabi Ibrahim as menghantar Isterinya Sarah dan Nabi Ismail ke Mekah dari Mesir. Bermulanya kewujudan telaga Zam-zam
1779SM Nabi Ishak dilahirkan.
1600SM Nabi Ibrahim as dan Nabi Ismail membina Kaabah dan menyeru manusia mengunjunginya di atas Jabal Qubais Makkah
1600SM Peristiwa Nabi Ibrahim melontar iblis di Jamrah Mina serta penyembelihan Nabi Ismail as di Mina.
1600SM Nabi Yaakob dilahirkan bapa kepada Bani Israel - Yahudi. Nabi Yaakob digelar Israel (yang berjalan di waktu malam) kerana terpaksa melarikan diri dari rumah di waktu malam kerana diancam bunuh oleh saudara nya.
1550SM Nabi Yusof dimasukkan ke perigi buta oleh abang-abangnya
1530SM Nabi Yusof dipenjarakan kerana enggan berzina dengan Isteri Menteri Mesir yang bernama Zulaikha.
1520SM Nabi Yusof dibebaskan dan menjadi Menteri Kewangan Mesir
1520-1240SM Nabi Yusof dan adik beradiknya seramai 12 orang tinggal di Mesir menjadi kaum Yahudi. Mereka menjadi hamba kepada Raja Mesir.
1570-1545SM Dinasti ke 18 Mesir tua yang diketuai oleh Raja Ahmose membangun kota Thebes di Lembah Nil
1545-1525SM Raja Amenhotep dari Mesir memindahkan kota Akhetaton (Tell al-Amarna)
1530SM Raja Hittites memecat Babylon. Berakhirnya Dinasti pertama Amorite
1502-1448SM Kerajaan Mesir menakluki Nubia Utara dan pantai utara Mediteranea di bawah Raja Thutmose
1500SM Orang Aryan menakluki India
1400SM Peristiwa Nabi Yunus bin Matta ditelan ikan NUUN
1361-1352SM Pemerintahan Raja Tutankhamun Firaun Mesir
1300-1200SM Kemunculan Tamadun Sabak di Yaman
1280SM Perjanjian - Siria Utara milik Raja Hittite dan Siria Selatan (Palestin) milik Mesir.ERA YAHUDI
1260SM Lahirnya Nabi Musa as di Mesir dalam waktu pemerintahan Ramses II. Wajah Ramses Ke II ini diabadikan pada patung penjaga Kuil Abu Simbel di Mesir
1240SM Nabi Musa as lari ke Madyan, Selatan Palestin kerana membunuh seorang Kibti tanpa sengaja dan berjumpa dengan Nabi Shuib as
1236SM Nabi Musa menerima mukjizat di Gunung Tursina SinaiPeristiwa Nabi Musa berjumpa Firaun meminta dibebaskan kaum YahudiPeristiwa Qarun ditenggelamkan di Wadi Fayyuum, Mesir
1234-1215SM Orang Yahudi dibawah pimpinan Nabi Musa dan Nabi Harun as menyeberangi Laut Merah dari Mesir (Bandar Memphis) ke Semenanjung SinaiPeristiwa turunnya Manna dan Salwa sebagai makanan orang yahudi diGurun Sinai.Peristiwa orang Yahudi sesat di padang Tih , Semenanjung Sianai selama 40 tahun.Nabi Musa Menerima Kitab Taurat di Gunung Tursina bersama-sama ketua-ketua kaum Yahudi yang meminta dia juga melihat Allah lalu disambar sura guntur dan mereka mati kemudian dihidupkan kembali oleh Allah.Peristiwa orang yahudi menyembah anak LembuPeristiwa nabi Musa mengembara bersama Nabi HidirPeristiwa Nabi Musa menghidupkan orang yang mati dengan memukul dengan daging Lembu Betina (Al Baqarah)
1200SM Damaskus/Damshik ditakluki oleh Raja Aramaeans
1100-888SM Kemunculan Negeri-negeri Sidon
1020SM Perlantikan Raja Saul/Thalut sebagai Raja Yahudi yang pertama dan penubuhan Kerajaan Yahudi yang pertamaPeristiwa Thalut membawa tentera Yahudi menyeberangi sungai dan melarang merekan minum melainkan sedikit.
1000SM Kebangkitan Tamadun MAYA di Guatemala Amerika Selatan
1000SM Kelahiran Nabi Daud as. Daud as menantu Thalut mengambil kuasa dari mertuanya sebagai hadiah kerana berjaya mengalahkan Jalut yang lebih besar darinya.
945SM Raja Shishak dari Libya mengalahkan Firaun Mesir
936-923SM Pemerintahan Nabi Sulaiman di Palestin dan Permaisuri Balkis di Yaman
936-923SM Peristiwa manusia menuntut ilmu sihir dengan Harut dan Marut di Babilon
900-842SM Kebangkitan Negara Damaskus/ Siria
884-859SM Kebangkitan Raja Ashur-nasir-pal dan permulaan kejayaan penaklukan Assyria
875SM Israel menjadi vassal Damaskus
814SM Kerajaan Carthage dibina oleh bangsa Phoenicia
mega_shok.gif6-732SM Kejatuhan KerajaanAramaean damaskus
776SM Bermulanya sukan Olimpik di Greek untuk menghormati Dewa Zeus.
733SM Raja Tiglath-Pileser dari Assiria mengalahkan Israel
732SM Raja Tiglath-Pileser dari Assiria mengalahkan Kerajaan Aramaean dan Damaskus
727-722SM Raja Shalmanese V dari Assiria menakluki Tyre
722-705SM Dinasti Sargon. Ascendency of Assyria
705-681SM Raja Sennacherib menghancurkan Babylon
671SM Raja Tirhaka dari Ethiopia dikalahkan raja Esarhadon dari Assyria
600-593SM Orang-orang Phoenicia di bawwah Firaun Nechocircum belayar ke Afrika
605-562SM Pemerintahan Raja Nebuchadnezzar II, pembangunan semula Babylon dan pembinaan Taman Tergantung
586SM Raja Nebuchadnezzar iaitu Raja Kaum Chaldea dari Babylon menghancurkan Jerusalem Ibu negara Israel. Kali pertama orang yahudi dihalau dari Israel
572SM Nebuchadnezzar menakluki Tyre di Palestin
550-529SM Raja Cyrus membentuk Dinasti Achaenenid di Parsi/Iran
539SM Parsi di bawah Raja Belshazzar menghancurkan Babylon
539-332SM Phoenicia (Palestin) ditakluki Parsi
529-521SM Parsi menakluki Mesir
521-485SM Raja Darius I membina kota Persepolis di Parsi
500SM Kemunculan Faham pemerintahan Demokrasi Di Greek (Athens) di bawah pemerintahan Pricles
509SM Pembentukan Kerajaan berbentuk Republik di Rom
490SM Raja darius kalah dalam Peperangan Marathon dengan Athen (Greece)
480SM Orang-orang Spartan mengalahkan Parsi diPeperangan Thermopylae
480SM Raja Xerxes dari Parsi dihalau oleh orang Greek di peperangan laut di Salamis
446SM Raja Artaxerxes membuat perjanjian damai dengan Greek
330SM Iskandar Zulkarnaen dari Greek membakar bandar Persepolis. Iskandar berasal dari Makadunia . Bapanya Philip ke II. Selepas menakluki Greek beliau meluaskan kuasa ke Turki, Parsi dan Lembah Indus.
323SM Iskandar Zulkarnaen menakluki Babilon dan mati disitu
312-280SM Raja Seleucus I mengasakan KerajaanbSyria
300SM Kota Petra di Siria menjadi Ibu Negara Kerajaan Nabatean
226SM Orang-orang Parthian dikalahkan oleh bangsa Sassanid
218SM Raja Hannibal dari bangsa Phoenicia menyeberangi Gunung Alps
202SM Raja hannibal dikalahkan oleh Rom
133SM Kemunculan Kerajaan Attilid yang luas di Asia
169SM Raja Antioch IV dari Syria mengalahkan Ptolemy IV di Mesir
85SM Raja Nabataean menakluki Coele-Syria dari Seleucids
69-83 Raja Tigranes dari Armenia mengalahkan Makadunia
64SM Rom menakluki Siria
60SM Lahirnya Nabi Zakaria as di Jerusalem
51-30SM Pemerintahan Cleopatra di Mesir
48SM Julius Caesar dari Rom mengalahkan kota Pompey
44SM Julius Caesar dibunuh oleh Sahabatnya
30SM Rom menakluki Mesir
37-4SM Pemerintahan Raja Herod yang Agung Raja Israel
7SM Peristiwa turunnya makanan dari sisi Allah kepada Maryam as
7SM Peristiwa Nabi Zakaria yang sudah tua mendapat tanda akan mendapat anak iaitu Nabi Yahya as. Beliau tidak dapat bercakap selama 3 hari.
MASEHI/ERA ROM DAN PARSI
6SM lahirnya Nabi Isa as di Jerusalem
3SM Lahirnya Nabi Yahya as di JerusalemsofiahdewiApr 14 2006, 06:00 AMbersambung....
TARIKH TARIKH PENTING SEJARAH ISLAM DAN KEMANUSIAANBIL TARIKH MASEHI TARIKH HIJRIAH PERISTIWA
MASEHI/ERA ROM DAN PARSI
0-100M Bangsa Himyar berpindah ke Abyssinnia (Ethiopia)
27M Nabi Isa as diangkat ke langit
30M Nabi Yahya dipancung oleh Raja Herod dan nabi Zakaria digergaji kepala oleh orang-orang Yahudi kerana menyeru mereka ke Jalan Sallah SWT
70M Raja Titus mengepong Jerusalem hingga penduduknya kebuluran , Kali kedua orang Yahudi bertebaran dihalau dari Palestin
106M Rom memusnahkan Kota Petra ibu negara Nabatean Syria
100M Berlakunya kisah 7 penghuni gua
114-116M Rom berperang dengan Parthia
123M Bangsa Hadria menakluki Wilaya Eufrates
199M Raja Severus menakluki Mesopatamia
226M Asas penubuhan Parsi baru
268-273M Raja Palmyra menakluki Syria
300M Runtuhnya Empangan Maarib di Yaman - Akhir Tamadun Sabak
330M Kota Konstantinople menjadi ibu kota Rom Timur
354-430SM Pemerintahan Raja Augustine Rom
433-453M Attila menjadi Raja kaum Huns
409M Bangkitnya penghuni gua setelah tidur selama 309 tahun
500M Berlakunya kisah sekumpulan penganut agama Kristian dibakar hidup-hidup oleh pembesar-pembesar Yaman/Najran - Ashabul Ukhduud
525M Abyssinia / Ethiopia/Habshah menakluki Yaman . Mungkin akibat perbuatan mereka membakar orang-orang beriman.
568-572M Kehancuran Kerajaan Rom
570M Tentera Abrahah Governor Yaman (di bawah pemerintahan Ethiopia) menyerang Makkah
ERA RASULULLAH SAW
20.4.570M 12 R,awwal Nabi Muhammad SAW dilahirkan di Makkah
575M Raja Khosran I dari bangsa Sassanid menghalau Habshah dari Yaman
586M Nabi Muhammad SAW berkahwi dengan Sayyidatina Khadijah
6.8.610M 17 Ramadan Turunnya wahyu pertama di jabal Nur - IqrakPeristiwa Khadijah membawa Nabi berjumpa dengan seorang tua lalu mengesahkan bahawa beliau akan dihalau oleh kaumnya. Beliau meneruskan pertapaan di gua Hirak
613M Selama 2 1/2 tahun selepas menerima wahyu pertama Nabi terus bertahannut di Gua Hirak sehingga di satu malam baginda melihat wajah asli Jibril di gua Hirak dan pulang ketakutan lalu menyuruh Khadijah menyelimutkannya lalu turunya wahyu kedua Ya ayyuhal muddatsir - nabi mula berdakwah secara sembunyi
614M Parsi menakluki Damascus, Jerusalem dan Mesir - Mengalahkan Rom. Majusi mengalahkan ahlil kitab.
616M Setelah 3 tahun berdakwah secara sembunyi turunlah ayat 94 Surah Al Hijr (15) ...Fasda' maatu' mar.....maka Nabi pun memulakan fasa kedua dakwah secara terang dengan berdiri di Bukit safa dan menyeru penduduk Makkah supaya beriman lalu dikutuk oleh Abu Lahab, bapa saudaranya sendiri. Lalu turun ayat Tabbat Yadaa …
618M Rom mengalahkan Parsi seperti diramalkan oleh Al Quran - Surah Ar Ruum
620M Meninggalnya Khadijah pada usia 65 tahun dan Abu Talib pada usia 87 tahun dalam tahun yang sama iaitu tahun ke 10 dari kenabian , baginda pergi ke Taif dan dilontar dengan batu oleh penduduk Taif dan akhirnya baginda di Israk dan Mikrajkan oleh Allah SWT
621M Perjanjian Aqabah I - 5 orang penduduk Madinah berbaiah dengan Nabi di Jamrah Aqabah sewaktu musim haji tahun itu.
622M Perjanjian Aqabah II - 12 orang ketua-ketua suku Madinah termasuk seorang wanita berbaiah dengan Nabi di Jamrah Aqabah sewaktu musim haji tahun itu. Peristiwa ini juga dipanggil Baiatun Nisak kerana terdapat seorang wanita dalam kumpulan itu.
10.9.622M Peristiwa permesyuaratan ketua-ketua kaum di Makkah dengan disertai oleh seorang iblis yang menyamar sebagai orang tua untuk membunuh nabi lalu turun ayat 30 surah al taubah/al anfaal ….wamakaru wamakarallah…
12.9.622M 1 R,awwal 1H Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah - Permulaan Rasmi Era Kaum Muslimin8 R' Awwal 1H Nabi tiba di Qubak selatan Madinah dan mendirikan Masjid yang pertama dalam Islam. Baginda bersolat Subuh di Masjid Qubak.
24.9.622M 12 R'Awwal 1H Nabi Nabi bersama Abu Bakar dan Ali mendirikan Masjid Jumaat dan mendirikan Sembahyang Jumaat yang pertama dalam Islam. Seterusnya baginda berjalan ke utara sehingga sampai ke tapak Masjid nabi sekarang.
623M 2H Setelah 16-17 bulan nabi bersembahyang menghadap Baitul Maqdis turun wahyu membenarkan baginda menghadap kiblat ke Masjidil Haram. Ini disebabkan orang-orang yahudi sering mengejek-ngejek Rasulullah SAW kerana bersembahyang menghadap Baitul Maqdis. Peristiwa ini berlaku ketika nabi bersembahyang Zohor di Masjid Qiblatain.
624M 2H Yaumul Furqaan - Peperangan Badar - nabi vs musyrik Makkah. Nabi menyertai 27 kali peperangan sepanjang hayatnya. Kaum Muslimin mencapai kemenangan
625M 3H Peperangan Uhud - Nabi dengan musyrik Makkah . Kaum Muslimin mengalami kekalahan kerana tidak mentaati perintah Nabi agar jangan turun dari Bukit Rumah (Bukit Pemanah)Peristiwa rombongan Abu Sufyan dipanggil oleh Gabnor Rom di Syam bertanyakan ehwal nabi. Gabenor tersebut hampir masuk Islam tetapi kemudiannya menarik balik hasratnya kerana malu kepada masyarakatnya.
625M 3H Peristiwa orang munafik di bawah pimpinan Abdullah bin Ubai menghasut 300 orang tentera Islam supaya jangan mengikut nabi berperang di Uhud.
627M 5H Peperangan Khandaq/ Ahzab - nabi dengan Gabungan Quraish dan Yahudi. Kaum musyrikin bertempiaran ditiup oleh angin ribut pasir yang diturunkan oleh Allah SWT.
627M 5H Peritiwa Yahudi bani Quraizah menikam kaum muslimin dari belakang yang mengakibatkan nabi membatalkan perjanjian damai dan membunuh 700 orang lelaki dan menghalau saki bakinya dari kota Madinah.
628M Zulkaedah 6H Nabi melaksanakan Umrah - Perjanjian Hudaibiyah - Perjanjian damai ini memberi kesempatan kepada Nabi untuk mengkonsolidasi kaum muslimin supaya menjadi kuat dan menumpukan kepada aspek dakwah dan tarbiyah.
630M 8H Fathul Makkah - kegagalan kaum musyrikin berpegang kepada perjanjian Hudaibiyah telah memungkinkan Nabi menakluki Makkah.
630M 8H Peperangan Tabuk - Nabi dan Yahudi - Peperangan Nabi yang terakhir
630M 8H Peperangan Muktah -Kaum Muslimin dan Rom - Pimpinan Khalid Al Walid
632M 25H Zulkaedah 10H Nabi melaksanakan Haji Wadak
6.632M 12 R'awwal 11 H Wafatnya Rasulullah SAW pada usia 63 tahun dan dimakamkan di rumahnya di pinggir Masjid Nabi
KHALIFAH AL RAASYIDIN
632-634M Abu Bakar (2 Tahun) - dimakamkan di rumah nabi
632-634M Kerja-kerja menulis Al Quran di kuli-kulit binatang dan pelepah korma dengan idea dari Umar.
634-644M Umar (10 Tahun). Beliau mati dibunuh oleh seorang majusi di Madinah ketika hendak menjadi imam sembahyang subuh. Beliau dimakamkan di rumah Nabi.
644-656M Osman (12 Tahun) berusia 82 Tahun. Beliau dibunuh /ditetak dari belakang ketika sedang membaca Al Quran kerana isu pentadbiran tanah di iraq. Pemilik-pemilik tanah tidak puas hati kerana Osman membahagikan tanah melalui ketua-ketua kabilah yang difikirkan layak. beliau dimakamkan di perkuburan baqi' di Madinah.
644-656M Kerja-kerja menulis mushaf Osmani. Beliau memusnahkan koleksi-koleksi ayat yang telah dikumpul sebelum ini dan menerima pakai satu mushaf sahaja.
656-661M Ali (5 Tahun). Beliau mati dibunuh oleh Puak Khawarij di Kufah. Muawiyah, Aisyah, Talhah dan Zubir bin Al Awwam tidak puas hati kerana Ali lambat mencari pembunuh Othman. Semasa pemerintahan Ali berlaku peperangan Jamal dan Peperangan Siffin yang mengakibatkan beribu-ribu orang sahabat mati.
UMAYYAH
661-750M Muawiyah bin Abu Sufyan mengasaskan Dinasti Umaiyyah. Pusat di Damshik, Syria (90 Tahun). 14 orang Khalifah. Muawiyah adalah seorang ahli politik yang bijak. Beliau adalah salah seorang sahabat nabi yang diamanahkan untuk mengumpulkan Al quran oleh Saidina Abu Bakar.Antara Khalifah-khalifah yang masyhor ialah Muawiyah sendiri, Abdul Malik bin Marwan, Umar bin Abdul Aziz, dan Hisyam bin Abdul Malik.
680M YAZID anak Muawiyah memancung kepala Sayyidina Hussein di Karbala, Iraq serta mempersembahkan kepalanya kepada Gabenor Madinah untuk dikuburkan di Baqi'
ABDUL MALIK BIN MARWAN - dianggap pengasa kedua Kerajaan Umaiyah kerana kejayaannya membangu semula Kerajaan Umaiyah setelah mengalami krisi dengan puak Khawarij dan Syiah.
UMAR BIN ABD AZIZ - Terkenal dengan Keadilan dan semangat keislamannya. Beliau banyak mencontohi khalifa Umar bin Al Khattab
HISYAM BIN ABD MALIK - bijak dan pintar. Tetapi kemunculannya sudah agak lewat. Kelewatan inilah yan menjadi faktor kegagalannya dan khalifah-selepas beliau untuk membendung kebangkitaqn pemberontakan Abassiyah.
Ilmu pengetahuna telah berkembang dengan baik dizaman ini. Ianya meliputi bidang bahaa, perubatan, ilmu agama seperti hadis, fikah, tafsir,dan tauhid. Ilmu bahasa dan sastera berkembang di Basrah dan Kufah. Masjid di kedua-dua kota tersebut telah menjadi pusat penyebaran ilmu. pada zaman inilah lahirnya seorang ahli filologi Arab bernasma KHALIL BIN AHMAD. Anak muridnya ialah SIBAWAIH, pakar nahu bahasa Arab. pada masa ini Al Quran dibubuh baris bagi memudahkan pembacaan. Di antar tokoh-tokoh sastera zaman ini ialah;
JARIRFARAZDAQUMAR BIN RABI'AHJAMIL
Pada zaman ini juga bermulanya penterjemahan karya-kaya Yunani ke bahasa Arab.Bidang perubatan turut berkembang. Khalifah AL WALID bin ABD MALIK membina hospital pertama di Damsyik. Khalifah Umar Abd Aziz membina hospital Kusta
Pada masa Khalifah Umar bin Abd Azizi ilmu agam berkembang dengan pesat. Pada zaman inilah lahirnya tokoh-tokoh ulamak hadis seperti;
URWAH BIN ALZUBIRIBNU SYIHAB AL ZUHRI
Tokoh ilmu tafsir - Ibnu Jarih. Ilmu-ilmu fiqah turut berkembang dengan lahirnya kelompok MURJIAH dan MUKTAZILAH. Tokoh-tokoh usuluddin yang terkenal ialah HASAN ALBASRI dan WASIL BIN ATA'
756M Tariq bin Ziyaad menyeberangi Selat Gibraltar dan membakar semua kapalnya supaya tidak dapat kembali ke Afrika semula.
ANDALUSIA
756-1031M Di sebelah Eropah - Kerajaan Umayyah yang diasaskan oleh Khalifah Abd Rahman Al Dakhil di Cordova Spanyol (275 Tahun). Kerajaan Andalus ini dikalahkan oleh Kristian di Toledo.
Di Andalus, Sepanyol, Kerajaan Islam Umayyah berkembang dengan lebih pesat, dan membangunkan tamaddun dalam bidang agama dan bukan agama. Cordova telah menjadi pusat ilmu pada kurun ke 10 Masehi. Terdapat sebuah Universiti dan perpustakaan besar yang menjadi tumpuan pelajar dari seluruh dunia.Bangsa Eropah belajar dari kaum muslimin bukan sahaja di Cordova tetapi di Seville , Toledo dan Granada. Di Toledo terdapat sebuah pusat terjemahan dan disinilah orang eropah mengambil ilmu Yunani menerusi karya-karya yang diterjemahkan ke Bahasa Arab.
Andalus telah melahirkan ramai tokoh-tokoh Islam dalam pelbagai bidang antaranya ialah;
IBNU BAJAH - FalsafahIBNU RUSYD - FalsafahAL FARABI - FalsafahIBNU AFLAH - AstronomiAZ ZARQIYALI - AstronomiMAJRITI - AstronomiIBNU BAYTAR - BotaniAL GHAFIQI - Botani]AL ZAHRAWI - PerubatanIBNU ZUHRI - PerubatanIBNU SINA - PerubatanAL RAZI - PerubatanIBNU HAZM - Bahasa dan sasteraIBNU ZAINDUN - Bahasa dan SasteraIBNU FIRNAS - MuzikIBNU ZIRYAB - Muzik
Dalam bidang seni bina Kerajaan Umaiyyah Andalus telah menampilkan kegemilangan melalui seni bina beberapa buah masjid yang indah seperti Masjid Cordova, istana Alhambra di Granada. Ianya telah dihias dengan tulisan khat ayat-ayat suci Al Quran yang berbagi bentuk dan kesenian yang tinggi.
Cordova telah menjadi pusat kegiatan ekonomi antarabangsa. Di sini terdapat kilang membuat alat-alat senjata dan industri memproses kulit. Kaum muslimin andalus juga maju dalam bidang pertanian seperti mengadakan saliran, memilih biji benih dan menyuburkannya.
ABBASIYAH
750-1258M 132H Di sebelah Asia - timbul gerakan pemberontakan oleh Abu Muslim Al Khurasani dengan bantuan puak Syiah lalu menghasilkan Revolusi yang dipanggil Revolusi Abasiyyah. Membentuk Kerajaan Abassiyah . dan Khalifah yang pertama ialah Abul Abbas As Saffah (508 Tahun).37 orang Khalifah Kerajaan Abbasiyah menjadikan Kufah dan baghdad sebagai ibu kita. Kerajaan ini tewas di tangan Hulagu Khan- cucu Jenghis Khan.
Kota Baghdad telah memainkan peranan yang penting kepad tamadun Ilmu sama seperti peranan Cordova di Andalusia. Terutamanya di zaman Khalifah Harun Al Rashid dan anaknya Al Makmun. Inilah Zaman Keemasan Abbasiyah. Kegiatan ilmiayah berlaku dengan pesat terutamanya penulisan kitabn, terjemahan dan hubungan diplomatik serta perdagangan. i.e Eropah, India dan Cina.
Hasil kegiatan ilmiah itu mewujudkan tokoh ulamak, ilmuan dan falsafah, matematik, perubatan, seni dan muzik.. Di antaranya;
OMAR KHAYYAM - Astrologi dan takwim Islam. Buku-bukunya telah diterjemah ke bahsa LatinAL KHWARIZMI - Matematik, algebra dan hisab. Bukunya AL JABR WAL MUQABBALAH telah diterjemahkan ke Bahasa
Latin dan diajar di Eropah. Di antara tokoh barat yang terpengaruh dengan beliau ialah FIBONACCI dan MASTER JACOB.
AL RAZI - Tokoh perubatan - bukunya AL HAWI dan AL ASRAR telah diterjemahkan ke Bahasa latin. Al Asrar telah dijadikan bukurujukan di bidang kimia di barat.
IBNU SINA - Tokoh perubatan - bukunya AL QANUN FIT TIB telah menjadi sangat berpengaruh di barat.
AL KINDI - bidang Optik, Muzik dan falsafah. Teori beliau dalam bidang optik telah mempengaruhi seorang pakar mat di barat bernama Roger bacon.
AL FARABI - Falsafah.
Tokoh-tokoh ilmuan ini telah berjaya mengharmonikan falsafah Yunani/Greek tua drengan falsafah Islam.
Secara amnya pengaruh kedua-dua bandar ilmu Cordova dan Baghdad telah membuka mata Barat daln melahirkan kemudiannya apa yang di panggil Zaman RENAISANCEsofiahdewiApr 14 2006, 06:30 AMbersambung....
TARIKH TARIKH PENTING SEJARAH ISLAM DAN KEMANUSIAANBIL TARIKH MASEHI TARIKH HIJRIAH PERISTIWA
ASIA TENGGARA
840M Kerajaan Islam PERLAK, Kerajaan Islam yang I di Asia Tenggara. Rajanya yang pertama Sultan Sayyid Maulana Abdul Aziz Syah
1042-1450M Kerajaan Islam Samudera Pasai. Rajanya yang pertama - Meurah Giri atau Maharaja Mahmud Syah.
1048M Terdapat sebuah batu Nisan menyatakan Islam telah sampai di Brumei. Brunei muncul sebagai Kerajaan Islam selepas kejatuhan Acheh.
1164M 557H Peristiwa orang-orang Kristian mencuba menggali terowong bawah tanah untuk mencuri jasad Rasulullah SAW di Masjid Nabi. Perbuatan ini dilakukan dengan mengupah dua orang lelaki Spanyol untuk menggali terowong menghala ke arah makam nabi. Raja pada Ketika itu ialah Sultan Nuruddin Mahmud Zinkiy yang telah bermimpi bertemu Rasulullah SAW. baginda meminta tolong supaya diselamatkan. Sultan telah berangkat dengan segera dari Syria ke madinah bersama 1000 ekor unta selama 16 hari. Akhirnya dua orang nasrani tersebut berjaya ditangkap dan dihukum bunuh. Baginda kemudiannya menggali keliling makam Rasulullah dan menuangkan timah cair disekelilingnya.
1166M Seorang ulamak bernama Abdullah Arif telah datang ke Pasai membawa kitab Bahru Lahut atau Alam Ketuhanan I.e Kitab Tasawuf. Ini semasa raja ke 4, Raja ke 5 bernama Merah Silu atau nama Islamnya Malikul Salih. Beliau telah diislamkan oleh Syarif Makkah.
SALAHUDDIN AL AYYUBI DAN PEPERANGAN SALIB
1145M 541 - 569H Dalam keadaan yang kritikal itu Allah membangkitkan Raja wilayah Mesir yang bernama Imaduddin Atabek Zinkiy (541H) . Beliau berjaya mengalahkan kaum salib di banyak medan jihad dan berjaya mengambil kembali kota Ruha dari tangan Kristian. Bila beliau meninggal ia diganti oleh anak beliau Nuruddin Mahmud Zinkiy (569H). Beliau berusaha untuk membebaskan Jurusalem dari tangan Kristian tetapi belum sempat, beliau telah meninggal. Tempat beliau diganti oleh Raja Mesir yang bernama SALAHUDDIN YUSUF BIN AYYUB atau Salahuddin Al Ayyubi. Pada masa beliaulah Palestin dapat dibebaskan dari cengkaman Kristian dan islam berjaya gilang gemilang dalam peperangan salib. Nampaknya beliau telah dipersiapkan oleh Allah SWT dengan sifat-sifat untuk menerima tugas besar iaitu jihad. Beliau seorang yang tegas, bertekad kuat, ikhlas, tidak bertangguh, kuat berjuang, berani mati membela kebenaran, bersemangat tinggi melawan kekufuran, mampu memipin secara berkesan, mampu berorganisasi, soleh, tekun beragama, berjiwa besar, berperikemanusiaan yang tinggi serta berbudi pekerti luhur.
1187-2.9.1192M 583-588H Peristiwa Perang Salib. Berlaku selama 5 tahun. Pada hujung abad ke 6 hijrah Kerajaan Islam telah menunjukkan tanda-tanda kelemahan dan berpecah-pecah. Kaum Kristian di barat mula merasa ini peluang yang baik untuk merampas kembali Baitul Maqdis dari kaum muslimin. Seluruh Eropah menyerbu kaum muslimin apabila Paus mengeluarkan seruan untuk melancarkan perang salib secara besar-besaran. Semua raja-raja eropah telah turun padang. Di antarnya Kaisar Frederick, Raja-raja Inggeris, Perancis, Sicily, Leopold raja Austria, Duck von Burgand, Count von Flander. Namun perang salib ini telah menghumbankan raja-raja ini ke kancah kekalahan di tangan kaum muslimin. Frederick telah mati dalam pertempuran. Pahlawan-pahlawan merekanramai yang mati dan dikuburkan di Elia. Sebenarnya peperangan salib ini membahayakan kedudukan Kota Makah dan Madinah.
Di bawah pemerintahan Salahuddin Islam dapat disatukan semula dari lembah Nil hingga ke Lembah Furat. Di bawah pasukan Salahuddin berhimpun kaum muslimin dari pelbagai kaum iaitu suatu yang belum pernah terjadi sebelum ini. Dengan teknologi peperangan yang ada pada ketika itu Salahudin mula menyeru jihad pada tahun 1187M.berjaya menghalau kaum salib dan merampas kembali Jerusalaem dan Palestin di Medan Pertempuran HATHIN pada tahunpada bulan Julai 1187/ 583H. Dengan kekalahan ini Eropah mengerah bala tentera yang amat besar di bawah pimpinan Raja Inngeris yang terkenal dengan panggilan RICHARD THE LION HEART dan menyerang Palestin namun dikalahkan oleh Salahudin dan kaum salib menandatangani perjanjian damai pada tahun 588H bersamaan 2.9.1192 di RAMALLAH. Richard kembali ke England dengan malu. Setahun kemudian Salahuddin meninggal (1193). Sebelum kemenangan di Hithin kaum muslimin tidak mempunyai sejengkal tanahpun dibarat Sg Jordan.
Dalam peperangan salib ini ketokohan Salahuddin menyebabkan kaum muslimin tidak membantah diajak berjihad, walaupun sebelum ini mereka telah terlalu letih kerana berperang terlalu lama. Orang-orang Arab, Turkemen dan Mesir berduyun-duyun menyerahkan diri apabila diajak berjihad oleh Salahuddin. Salahuddin ternyata dapat menyatukan umat dengan aneh sekali, sehingga tidak ada satu daerah pun yang memberontak dalam pemerintahannya. Setelah kekalahan pada tahun 1192 itu raja-raja Kristian di Konstantinopel, Armenia dll tidak berani mencabar kaum muslimin dan masing-masing menghormati salahuddin. Di bawah pemerintahannya semua anak-anak, dan rakyatnya terdidik dengan perjuangan . Salahuddin mempunyai Dewan Penasihat Khusus dalam urusan peperangan.
1253M Sultan Abdul Hamid mengecat kubah makam Rasulullah SAW dengan warna hijau dan kekal sehingga sekarang.
1258M Hulagu Khan Menghancurkan Baghdad dan menamatkan Empayar Abasiyah yang memerintah selama508 tahun.Umat Islam diperintah oleh kaum yang tidak beragama dan bodoh buat beberapa waktu.
1261-1517M Dari cabang keluarga Abasiyah wujud Kerajaan MAMLUK yang memerintah Mesir selama ( 256 ) tahun. Pada mulanya ia hanya seorang gabenor Abassiyah tetapi telah bertukar menjadi Raja. Pernah menyerang Baghdad tetapai gagal. Sultannya yang terakhir ialah Mutawakkil III yang dikalahkan oleh Turki Uthmaniyyah dan dibawa ke Istanbul.
UTHMANIYYAH
1281-1924M Kerajaan Turki Uthmaniyah (643 Tahun). Merupakan empayar Islam yang terbesar.. Diasaskan oleh Uthman bin Ertoghrul. 37 orang khalifah
1453M 853H Raja Muhammad II bin Murad (Muhammad Al Faateh) menakluki Konstantinopel, Ibu negara Rom Timur atau Byzantium. Usaha menjatuhkan konstantinopel tidak berjaya dilakukan selam mega_shok.gif0 tahun sehingga munculnya raja ini yang baru berusia 24 tahun. Kejayaan turki menakluki konstantinopel terletak kepada ketinggian dan ketekunan mereka menguasai industri perang, kepemimpinan dan organisasi ketenteraan serta keunggulan bidang persenjataan. Sultan muhammad ini mengikut Drupper adalah seorang yang mahir dalam bidang Matematik dan berjaya mnerapkannya dalam peperangan. Beliau mengumpulkan segala jenis teknologi senjata yang ada pada ketika itu.
Dalam tindakannya menakluki itu Muhammad II sama sekali tidak memikirkan kemungkinandiadakann perjanjian damai atau gencatan senjata. Tindakannya itu berjaya bukan sahaja disebabkan lemahnya negara Byzantium ketika itu tetapi juga disebabkan perancangan beliau yang teliti dan kena pada masanya.Pada ketika itu teknologi membuat meriam baru saja ditemui. beliau telah mengarahkan dibuat meriam raksaksa dengan mengupah seorang jurutera bangsa Hungary dan berjaya membuat meriam yang boleh menembak peluru seberat 300 kg dan jarak tembakan satu batu. Untuk mengangkat dan memindah-minsahkan meriam itu memerlukan kekuata 700 orang. untuk memasangnya pula memerlukan masa selama dua jam. ketika melancarkan serangan seramai 300,00 orang askar telah dikerahkan dan tentera lautnya dilengkapi 120 buah kapal perang. Beliau sendiri melepaska 70 buah kapal ke laut dari jurusan Qasim Pasha dengan meluncurkan kapal-kapal tersebut di atas papan luncur yang dilumuri lelemak.
ASIA TENGGARA
Batu bersurat di Terengganu. Muncul teori yang menyatakan Islam datang dari sebelah timur Semenanjung, mungkin China.
1300M Muncul Kerajaan Islam Sulu dan Mindanao di Filipina. Seorang Shaikh dari Yaman telah berkahwin dengan puteri Raja Sulu. Setelah itu tiba pula Makhdum Karim atau Tuan Syarif Awliya pada pertengahan kurun ke14M. Pada pertengah kurun ke 15M terdirilah Kerajaan Islam Sulu. Sultannya yang pertama ialah Sultan Shariff Al Hashim. Beliau adalah keturunan Saidina Ali menerusi cucunya Ali Zainal Abidin yang datang dari Makkah melalui Johor.
1409-1511M Kerajaan Islam Melaka. Menjadi Kerajaan Islam yang paling berpengaruh di asia Tenggara. Melaka ditakluki Portugis Kristian pada 1511M.
Laksamana Muhammad Cheng Ho dari Cina melawat Melaka.
1450M Teknologi percetkan ditemui di Eropah (German) dan merupakn titik tolak kepesatan ilmu di Eropah.
1469-1527M Seorang tokoh politik dari Florence, Itali bernama MACHIAVELLI mengemukakan prinsip pengurusan
MATLAMAT MENGHALALKAN CARA yang sangat bertentangan dengan Islam.beliau mencangakan pahaman pemisahan anatar POLITIK dengan AGAMA. Agama mengikutnya adalah urusan individu dan tidak boleh dicampu adukkan dengan urusan kenegaraan. baginya negara adalah urusan yang terpenting dan mengatsi segala-galanya. Adanya orang-orang yang saleh dan beragama tidak ada gunanya kepada negara. Menurut beliau para pemimpin negara harus bersikap seperti kancil, tidak usah merasa malu memungkiri janji, berdusta, berkhianat, mengabui, menipu dan bersikap munafik asalkan sahaja semuanya untuk kepentingan negara.D230INDIA/MOGHUL
1546M 933H Di India muncul sezaman dengan Kerajaan Uthmaniah, dua kerajaan yang kuat iaitu;Kerajaan Moghul Islam yang diasaskan oleh Baber At Timury (Timur Ling/ Tamerlane). Beliau berkuasa sezaman dngen Sultan Salem I di Othmaniyah. Di antara keturunan rajanya yang terkenal ialah Aurang Zeb yang merupakan raja terakhir dari keturunan Timur Ling. Beliau juga paling kuat , paling banyak membuat penaklukan paling kuat rasa keagamaannya dan paling memahami Al Quran dan Hadis nabi SAW. Beliau hidup mencapai umur 90 tahun dan memerintah selama 50 tahun. Meninggal pada tahun 1118H. Raja-raja Moghul tidak mempunyai hubungan dengan eropah dan tidak mempunyai cita-cita untuk bangkit labih jauh.Mereka memandang rendah kepada orang-orang eropah yang datng sebagai duta dan sebagainya.
Negara-negara yang lain ialah Kerajaan Shafawi di Afghanistan. Kerajaan ini terlalu sibuk dengan isu-isu Syiah sehingga melemahkan mereka.. Kedua-dua keraaan ini masing-masing menyempitkan diri dalam daerah masing-masing dan tidak mengambil pusing hal ehwal dinegara-negara Islam dan bukan Islam. Mereka sama sekali tidak membentuk blok Islam. Mereka juga tidak pernah memikirkan untuk mengembangkan teknologi ketenteraan apatah lagi mengembangkannya.
1606-1636M Raja Iskandar Muda Mahkota Alam menjadi raja Kerajaan Acheh. Kejatuhan Melaka di tangan portugis telah meningkatkan Kerajaan Acheh. Acheh pernah menguasai Pahang, Kedah dan perak. Kegemilangan Acheh ialah dalam bidang Ilmu. Pada masa itu bangkit alim ulamak seperti Hamzah Fansuri dan Nuruddin Arraniri. Raja pada ketika itu ialah Iskandar Thani i.e pada Kurun ke 17 M.
1600M - 1900M Dari Sulu islam berkembang ke Mindanao dibawa oleh Syarif Muhammad bin Ali Zainal Abidin yang lebih dikenali dengan gelaran Kabungsuan. Beliaulah yang mendirikan Kerajaan islam Mindanao. Pada kurun ke 16.. Sultan Kudrat adalah sultan yang pertama bergelar Sultan di Mindanao. Kerajaan islam Mindanao telah berjaya menyatupadukan penduduk Islam di Mindanao untuk menentang Spanyol Spanyol. Sultannya yang terakhir bernama Sultan Mangingin dipaksa oleh Spanyol berpindah ke Sibugay.
1600M Dalam masa yang sama muncul Kerajaan Islam Pattani. Islam tiba di Pattani kira-kira Kurun ke 14 iaitu sewaktu dengan kedatangan Islam di Melaka. menurut sumber tempatan ,orang pertama memeluk Islam di Pattani ialah Chaw Sri bangsa, anak raja Siam. Beliau kemudiannya bergelar Sultan Ahmad Syah.. Walaubagaimanapun hikayat yang termasyhor, orang pertama masuk Islam ialah Phaya Tu Nakpa. yang mengislamkannya ialah Syeikh Said Al Bursosi dari Pasai, beliau berasal dari Yaman . Menurut ceritanya, Raja Siam yang masih Budha itu mengalami sakit gatal kurap yang tidak kunjung sembuh. Seorang memberitahu agar merujuk sakitnya kepada seoran pendatang iaitu Sheikh Said. Sheikh said berjaya mengubati nya dengan berkat jampi serapah dan doa. Dan sakit kurap beliau pun sembuh. Sang raja bertanya apa hadiah yang dipinta oleh Sheikh, jawbnya minta baginda memeluk Islam. bagindapun memeluk Islam. Beliau kemudiannya memerintah dengan nama Sultan Ismail Shah atau Sultan Muhammad Shah. Keturunannya yang terakhir ialah Raja Abd Kadir Shah. beliau dibuang negeri ke Kelantan bersama istananya sekali, dan meninggal di Kelantan.
Beliau adalah datuk kepada Tengku Ahmad Rithauddeen, UMNO Kelantan dan Baginda Tungku Budriah Raja Perempuan perlis yang ada sekarang.
1600M Dalam masa yang sama di Pulau Jawa muncul Kerajaan Islam Demak dengan pimpinan Wali Songo, Pajang dan Mataram. Di Borneo muncul Kerajaan IslamBanjar dan di Indo China muncul Kerajaan Islam Champa. Kerajaan-kerajaan Islam ini mempunyai hubungan dengan Kerajaan islamTurki Uthmaniyah dan Kerajaan Moghul di India. Semua perkembangan Islam di Timur Tengan memberi kesan kepada Kerajaan islam di Asia Tenggara.
1400-1960M Islam telah mengubah sistem hidup orang Melayu Asia Tenggara dari kehinduan kepada kemuliyaan islam. Di antar yang terpenting ialah sistem pemerintahan beraja yang menetapkan raja sebagai wakil Allah di Bumi yang menegakkan keadilan. Hukum-hukum Islam dilaksanak sepertu jenayah curi, zina, nikah kawin, jual beli dan pembahagian harta pusaka. Melak telah menjadi pusat penyebaran Islam semasa sultan Muzaffar Shah dan Acheh bergelar serambi Makkah. Islam telah melahirkan semangat menentang penjajahan kafir dalam erti jihad. dari sisnilah timbulnya semangat Kebangsaan Melayu menetang penjajah Inggeris, Portugis dan belanda. Di antara tokoh-tokoh agama yang menyumbang kepada semangat kemerdekaan asia tenggara dari penjajah ialah Syed Sheikh Al Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin, Haji Abas bin Mohd Tahadi Tanah Melayu, Hj Abdullah Ahmad dan Hj Abdul malik karim Amrullah (HAMKA), Hj Omar Said Cokroaminaoto dan hj Agus Salim di Indonesia.
1400-1960M Islam telah mendemokrasikan pendidikan umat Melayu. Pendidikan menjadi hak rakyat dan bukan hak golongan bangsawan sahaja. Istana menjadi Institusi pendidikan yang penting. Di Istana Melak ada banyak kitab bercorak agama dan sastera seperti Kitab Durrul manzum, Hikayat muhammad Alhanafiyah dan Hikayat Amir Hamzah Kebanyakan kitab ini telah musnah akibat banjir, kebakaran dan peperangan.
1400-1960M Sistem pendidikan di Acheh lebih berkembang maju dengan pemeringkatan kepada rendah, menegah dan tinggi. Ramai raja mencapai tahap ulamak seperti sultan iskandar Shah, Muhamad Shah dan Mansur Shah di Melaka dan Sultan Alaudin Malik Muhamad Amin ShahJohan berdaulat dari Perlak. Tokoh-tokoh ulamak yang menerima pendidikan sistem Acheh ialah hamzah Fansuri dan Abdul rauf Singkel.
1400-1960M Setelah zaman Acheh sisitempendidikan Islan tersebar pula di Tanah melayu dan Pattani yang terkenal dengan kaedah pondok. Pendidkan telah mengubah tamadun tulisan khat dengan hebat walaupun sebelum itu telah ada sistem tulisan hindu Palava dan Dewanagari. Kreativiti ulamak telah berjaya mengubah tulisan arab sehingga menjadi tulisan dan perhubungan melayu atau jawi. gaya bahasa juga disesuaikan dengan Bahasa Arab.
1400-1960M Beribu-ribu buah kitab telah dihasilkan oleh tokoh-tokoh ulamak dan cendekiawan Melayu seperti hamzah Fansuri, Abdul Rauf Singkel, Nuruddin Alraniri, Muhammad Arsyad Al Banjari, Raja Ali haji dan Sheik Daud Alfatani.
1700M Raja Brunei menyerahkan Sarawak kepada Raja Brook. Peristiwa yang sangat memalukan umat Islam.
1774M Kerajaan Uthmaniyah dikalahkan oleh tentera barat dengan kekalahan yang teruk akibat kemerosotan teknologi peperangan oleh Kerajaan Uthmaniyah. Sultannya mulai sedar akan kesilapan mereka
1800M Sultan Salim III - Sultan ini mulai membuat perubahan dengan menggalakkan teknologi tetapi rakyat sudah beku pemikirannya dan tidak dapat menyahut seruan ke arah ilmu dan tekonologi. Akhirnya kelompok lama yang tidak suka kemajuan berjaya memberontak dan membunuh beliau.
1807-1839M Sultan Mahmud II - Pengganti Sultan Salim III
1839-1851M Sultan Abd Majid I - Pengganti Sultan Mahmud II
1851M Sultan Sulaiman III - Semasa pemerintahan beliau Turki mencapai beberapa kejayaan namun masih belum berjaya menandingi teknologi barat.
1819M Kerajaan Johor menjual Singapura kepada Rafles. Kerugian besar kepada umat Islam.
1818-1883M Karl Max seorang ahli falsafah German bangsa Yahudi mengahasilkan buku Das Kapital dan The Comunist Manifesto bersama rakannya Friedrich Engels . Marx menganggap segala-gala yang mempengaruhi manusia adalah ekonomi dan pertentangan kelas atau kasta masyarakat.Segala-gala peristiwa yang berlaku adalah akibat ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. Beliau menafikan peranan nilai estetika, rohani dan keagamaan. Beliau mengasaskan faham komunis yang sangat anti agama.
1859M Darwin mengemukakan teori Evolusi melalui bukunya The Origin of Species yang menyatakan Manusia berasal dari monyet. Bermula dari situ Barat menanggapi manusia sama seperti haiwan.
1914-1918M Perang Dunia I - mengakibatkan 21 juta orang terbunuh. Kos peperangan ialah 37 bilio pound sterling.
ERA SEKULARISMA DAN PASCA DAULAH ISLAMIYAH
1924M Kehancuran Khilafah Islam yang terakhir iaitu Kerajaan Uthmaniyah di Turki akibat kejahatan raja-rajanya dan tidak berkembangnya ilmu pengetahuan dan ditambah dengan perancangan halus Yahudi dan barat untuk melemahkan Islam. Kemunculan Mustafa Kamal Attatur sebagai perosak nilai Islam dan bapak sekularisma di Turki.
1926M Omar Mukhtar, seorang mujahid menentang penjajahan Itali di Libya dihukum gantung sampai mati oleh Itali.
1930M Kemunculan Gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir. Pemimpin-pemimpinnya dibunuh seperti Hasan Al Banna, Syed Qutb dll. Namun gerakan tetap kekal hingga ke hari ini.
1930an Syed Qutb dibicarakan oleh mahkamah Mesir dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh hakim atas arahan Presiden jamal Abd Naser. Naser menggantung Syed Qutb sekembalinya dari lawatan ke MOSCOW
1939-1942M Perang Dunia Ke II - mengorbankan 35, 513,877 nyawa. Kos ialah 1 juta poun sterling sejam.
1947M Penubuhan Negara haram Israel
1947M Parti Islam Se Malaysia (PAS) ditubuhkan sebagai parti serpihan yang tidak puas hati dengan UMNO dari segi perjuangan Islam.
1957M Malaysia merdeka dan mengamalkam dasar sekularisma. Islam terpinggir dari mainstream kehidupan umat.
Peristiwa Pembunuhan kaum muslimin dari jamaah Ikhwan Muslimin di Hamas Siria oleh Regim Baath Syria pimpinan Hafez Al Asad
Peristiwa Israel memusnahkan logi nuklear Iraq kerana dikhuatiri menghasilkan senjata nuklear.
1972M Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ditubuhkan di Malaysia sebagai salah satu usaha untuk mendaulatkan Islam seutuhnya di Malaysia.
1975M Revolusi Islam Iran di bawah pimpinan Ayatullah Ruhullah KhomeiniIraq dengan sokongan Amerika menyerang Iran, tetapi dipatahkan oleh jihad rakyat Iran.Amerika menyerang Iraq kerana menyerang Kuwait.Pembunuhan Presiden Mesir Anwar Sadat oleh anggota tentera ahli ikhwan Muslimin.SAID HAWWA Seorang pimpinan Ikhwan Muslimin di Syria mati dalam penjara Syria setelah dihukum penjara oleh presiden Hafiz Al ASSAD.
1980M Kejayaan Sudan melaksanakan undang-undang Syariah
1981M Russia menyerang AfghanistanPemusnahan Masjid Babri di India oleh kaum Hindu India yang mendakwa tapak masjid itu adalah tapak kuil yang telah dimusnahkan oleh raja Islam satu ketika dulu.
Peristiwa pembunuhan rakyat Palestin oleh Regim Israel di perkemahan Shabra dan ShatilaMeninggalnya tokoh gerakan Islam Indonesia - Pak Natsir.
1990M Russia dikalahkan oleh Mujaahidin Afghanistan
Presiden Najmuddin Erbakan disingkirkan oleh Junta Tentera Turki kerana disedari ingin membawa turki ke arah keagamaan.
MNLF berdamai dengan Filipina. Nur Miswari dilantik sebagai Gabenur dan Jihad di Filipina diambil aleh oleh MILF.
1995M Afghanistan diperintah oleh Taleban dan menyingkirkan kumpulan Mujaahidin yang tidak bersatu dan terlalu banyak bertelagah
1996M Gerakan Sufi Darul Arqam di patahkan.
1997M Kaum muslimin di Bosnia Herzegovina disembelih beramai-ramai oleh kaum Serbia akibat generasi muda yang sudah hilang identiti Islamnya.
1998M Dunia merayakan 1000 tahun kejatuhan Kerajaan Andalusia dengan menganjurkan Sukan Olimpik di Barcelona, Spanyol. Dalam upacara pembukaan sukan tersebut ditunjukkan bagaimana mereka menghalau tentera Islam dari Andalus.
1999M 1400H Parti PDIP pimpinan Megawati Sukarnoputri, sebuah parti yang didokong oleh golongan nonmuslim di Indonesi berjaya meraih undi terbanyak berbanding parti-parti Islam yang terlalu banyak dan berpecah belah mengakibatkan kaum muslimin terpaksa berkongsi kuasa dengan minoriti nonmuslim.
1999M 1400H Meninggalnya ulamak besar Abul Hasan Ali An Nadawi
1999M 1400M MILF berunding untuk berdamai dengan Filipina.
1999M 1400M Gerakan Acheh Merdeka (GAM) diaktifkan kembali
1999M 1400M Russia menyerang Chechnya dan jihad Chechnya diisytiharkan oleh Umat Islam.
2000M 1400M Osamah bin Laden cuba berjihad menentang kuasa-kuasa kuffar dengan kekayaan yang dimilikinya seorang diri.
2000M 1400M Timur Timor mendapat kemerdekaan dari Indonesia hasil tekanan barat terhadap ekonomi Indonesia.
2000M 1400M Beribu-ribu umat Islam di Maluku Indonesia disembelih oleh penduduk Kristian dengan bantuan negara-negara Kristian.
2001M 1401M Bukti saintifik menemui bahtera Nabi Nuh a.s di Turki.
sumber :
http://helmdahl.blogspot.com/
Wednesday, July 4, 2012
TARIKH TARIKH PENTING SEJARAH ISLAM DAN KEMANUSIAAN
SEJARAH 4 IMAM MAZHAB
MAZHAB HANAFI
Adalah diasaskan oleh Nu`man Bin Tsabit. Lahir pada tahun 80 Hijrah. Beliau adalah seorang berjiwa besar dan berakhlak tinggi. Juga beliau seorang yang bijak dalam ilmu pengetahuan. Cekap memberikan satu-satu keputusan bagi masalah-masalah atau problem yang dihadapi. Oleh kerana beliau seorang yang berpengetahuan, bijak dan berakhlak mulia, maka beliau dapat membuat perhubungan yang rapat dengan pembesar negara. Ia mendapat tempat yang baik dalam masyarakat dan berjaya menyandang jawatan yang tinggi dalam pemerintahan.
Iman Abu Hanifah terkenal sebagai seorang alim dalam ilmu fiqh di negeri Iraq. Dan beliau juga sebagai ketua ahli fikir (ahli ra`yu). Golongan cerdik pandai pada masa itu menyifatkan beliau sebagai “akal dalam ilmu pengetahuan”.
Semasa hidupnya, beliau dapat menuruti bermacam-macam pertumbuhan dan perkembangan ilmu pengetahuan, baik di bidang ilmu dan politik mahupun ilmu agama. Zaman beliau memang dikenali sebagai zaman pertumbuhan politik, agama dan ideologi-ideologi dan ism-ism yang bermacam-macam. Beliau dapat hidup dalam dua zaman pemerintahan Umaiyah dan juga di zaman pemerintahan `Abasiyah.
Sesungguhnya Abu Hanifah seorang yang luas pemikiran dan banyak ilmu. Tetapi beliau sangat merendah diri. Beliau tidak terpedaya dengan fikirannya sendiri. Dan beliau pernah berkata “Bahawasanya pendapat kami adalah salah satu dari pendapat dan jika didapati pendapat yang lebih baik dan tepat maka pendapat itu lebih benar dan utama”.
Abu Hanifah seorang yang berperibadi tinggi dalam majlis perbahasan. Beliau tidak sekali-kali menghina mereka yang berbahas dengan mereka. Mereka tidak pernah mengkafirkan sesiapa yang berbahas dengannya, kerana beliau berpendapat : “Sesiapa yang mengkafirkan seseorang maka ia terlebih dahulu kafir dari orang itu.”
MAZHAB MALIKI
Pengasas mazhab Maliki ialah Malik Bin Anas, lahirnya di kota Madinah dalam tahun 93 hijrah. Beliau dilahirkan 13 tahun selepas lahirnya Iman Abu Hanifah. Semasa hidupnya, Iman Malik dapat menurut dua corak pemerintahan : Umaiyah dan Abasiyah, di mana perlingkahan sengit dua pemerintahan sering terjadi. Di masa itu juga pengaruh ilmu pengetahuan Arab, Parsi dan Hindi tumbuh dengan suburnya dikalangan masyarakat di waktu itu.
Iman Malik menghafaz Al-Quran dan hadith-hadith Rasulullah S.A.W. Ingatannya sangat kuat dan menjadi adat kepadanya. Manakala beliau mendengar hadith-hadith daripada guru-guru, terus disimpulkan tali bagi menyenangkan perhitungan bilangan hadith-hadtih yang sudah beliau pelajari.
Pada permulaan hidup Imam Malik bercita-cita menjadi biduan tetapi ibunya menasihatkan supaya beliau meninggalkan cita-cita itu, dan meminta beliau supaya mempelajari ilmu fiqh, beliau menerima nasihat ibunya dengan baik.
Iman Malik adalah seorang guru yang miskin, pernah satu hari kayu bumbungnya rumahnya telah roboh, terus beliau menjual kayu itu untuk mendapat sedikit wang untuk perbelanjaan hidupnya, tetapi pada akhirnya beliau dimurahkan Allah akan rezekinya sehingga beliau menjadi seorang kaya. Setelah baliau menjadi seorang kaya, beliau memakai pakaian yang mahal dan memakai bau-bauan yang baik. Imam Malik adalah seorang yang aktif dalam menuntut ilmu. Beliau banyak membuat perhubungan dengan ahli-ahli hadith dan ulama.
Imam Malik dianggap sebagai ketua atau imam bagi ilmu hadith. Sanad-sanad (sandararan-sandaran) yang dibawa oleh beliau termasuk salah satu sanad-sanad yang terbaik dan benar. Beliau seorang yang dipercayai, adil dan kuat ingatannya, cermat dan halus memilih rawi-rawi hadith. Pendek kata Imam Malik adalah orang yang tidak diragui dalam konteks ini.
Imam Malik tetap berpegang teguh S.A.W. dalam menganggap hadith-hadith itu petunjuk, penyuluh kepada manusia. Tidak harus seseorang meninggalkan dan membelakangkannya.
Sebelum Imam Malik menjadi guru, beliau lebih dahulu mendalami dalam bidang pelajaran sehingga kadang-kala beliau tidak tidur. Setelah fikiran beliau matang dan benar-benar berkebolehan barulah beliau mengajar.
Hukum-hukum fiqh yang diberikan oleh Imam Malik adalah berdasarkan Al-Quran dan hadith. Imam Malik menjadikan hadith sebagai pembantu bagi memahami Al-Quran, Imam Malik sangat cermat dalam memberi penerangan dan hukum-hukum. Beliau berfikir panjang sebelum memberi satu-satu hukum atau fatwa.
Karyanya yang terkenal adalah kitab al-Muwatta’, sebuah kitab hadits bergaya fiqh. Inilah kitab tertua hadits dan fiqh tertua yang masih kita jumpai.
Beliau pernah berkata : “Kadang-kala aku berjaga satu malam suntuk untuk mencari jawapan bagi satu-satu soalan yang dikemukakan kepada aku”. Apabila beliau ditanya satu-satu hukum, beliau terus berkata kepada penanya “Pulanglah dahulu supaya aku dapat berfikir”. Ramai manusia merendah-rendahkan Imam Malik dengan sebab beliau melewatkan menjawab sebarang pertanyaan. Imam Malik menangis dan berkata “Aku bimbang kerana aku akan disoal satu hari nanti dalam ( hari kiamat)”.
Mazhab Syafi’e
Mazhab Syafie adalah diasaskan oleh Muhamad bin Idris Al-Syafie. Beliau dilahirkan pada tahun 105 hijrah, sebuah bandar yang bernama Ghizah di Palestin . Beliau seorang miskin, tetapi kaya dengan semangat dan bercita-cita tinggi dalam menuntut ilmu. Beliau banyak mengembara dalam menceduk dan menimba ilmu. Imam Syafie dianggap seorang yang dapat memadukan antara hadith dan fikiran dan membentuk undang-undang fiqh. Pada permulaannya beliau cenderung dalam bidang sastera dan syair-syair, tetapi beliau mengubah pendiriannya kepada mempelajari ilmu fiqh dan hadith hingga sampailah beliau ke kemuncak yang paling tinggi dalam bidang tersebut.
Imam Syafie ialah imam yang ketiga mengikut susunan tarikh kelahiran. Beliau adalah penyokong kepada ilmu hadith dan pembaharu agama (mujaddid) bagi abad yang ke-2 hijrah. Imam Ahmad Bin Hanbal pernah berkata : diceritakan kepada nabi muhamad S.A.W. bahawa Allah menghantar kepada umat ini seorang pembaharu kepada agama, Umar Bin Abdul Aziz dihantar untuk abad yang pertama dan aku harap Imam Syafie merupakan mujadid abad yang kedua.
Nama asalnya ialah Muhamad Bin Idris, lahir di bandar ghizah di Palestin pada tahun 105 hijrah, inilah tarikh paling masyur dikalangan ahli sejarah. Beliau adalah keturunan Bani Hashim dan Abdul Mutalib. Keturunannya bertemu dengan keturunan Rasulullah S.A.W. pada datuk Rasulullah iaitu Abdul Manaf.
Semasa muda Imam Syafie, hidup dalam kemiskinan, hingga beliau terpaksa mengumpul batu-batu, belulang, pelepah tamar dan tulang-tulang untuk ditulis di atasnya, terkadang-kadang beliau terpaksa pergi ke tempat-tempat perhimpunan orang ramai meminta kertas untuk menulis pelajarannya.
Imam Syafie menghafaz Al-Quran dengan mudah, iaitu semasa beliau masih kecil lagi, beliau menghafaz dan menulis hadith-hadith. Beliau sangat tekun mempelajari kaedah-kaedah dan nahu bahasa Arab. Untuk tujuan itu beliau pernah mengembara ke kampung dan tinggal bersama dengan puak Hazyal selama 10 tahun. Kerana puak ( kabilah ) Hazyl terkenal suatu kabilah yang paling baik bahasa Arabnya. Imam Syafie banyak menghafaz syair-syair dan qasidah dari puak Hazyl, begitu juga beliau banyak menumpukan masa dan tenaganya kepada sastera dan sejarah pada masa mudanya, tetapi Allah menghendaki dan melorongkan kepadanya dalam bidang ilmu fikah.
Di antara sebabnya, pada suatu hari Imam Syafie bersyair sambil menunggang kuda bersama-sama beliau seorang lelaki. Lalu berkata lelaki itu, tidak sesuai engkau bersyair kerana itu boleh menjatuhkan maruah.
Alangkah baiknya belajar ilmu fiqh? Kata-kata itu sangat memberi kesan kepada Imam Syafie. Dari sejak itu beliau menumpukan masa dan tenaga kepada ilmu fiqh.
Salah seorang guru Imam Syafie dalam pelajaran ilmu fiqh dan hadith ialah Imam Malik. Ilmu fiqh yang dibawa oleh Imam Syafie adalah merupakan satu zaman perkembangan ilmu fiqh dalam sejarah perundangan Islam kerana beliaulah yang menghimpunkan atau menyatukan ilmu fiqh ahli-ahli akal dan fikir dengan ilmu fiqh ahli-ahli akal dan hadith. Ilmu fiqh Imam Syafie juga merupakan ikatan sunnah dan qias, dan pemikiran dengan
beberapa pertimbangan dan sekatan sebagaimana ia juga ilmu fiqh yang menetapkan cara-cara atau peraturan untuk memahami Al-Quran dan Al-Hadith. Juga ia menetapkan kaedah-kaedah pengeluaran hukum dan kesimpulannya. Lantaran itulah beliau berhak dianggap penaja bagi ilmu usul fiqh.
Mazhab Hanbali
Nama bagi pengasas Imam Hanbali ialah Ahmad Bin Mohamad Bin Hanbal. Lahir di bandar Baghdad pada tahun 164 hijrah. Ibnu Hanbal adalah dari keluarga miskin, kerana bapanya tidak meninggalkan di waktu matinya melainkan sebuah rumah yang kecil yang didiaminya. Untuk menampung kehidupannya, belaiu terpaksa bekerja di kedai jahit untuk mengambil upah.
Ibnu Hanbal menuntut ilmu sepanjang hayatnya. Beliau tetap mempelajari hadith sehingga beliau menjadi seorang imam, orang pernah berkata kepadanya: “Sampai bilakah engkau nak menuntut ilmu? Padahal engkau sudah mencapai darjat paling tinggi dan engkau telah menjadi imam bagi seluruh umat Islam?” Imam Ibnu Hanbal menjawab: “Aku menuntut ilmu dari hujung dunia hinggalah ke pintu kubur.”
Memang benar beliau tidak pernah jemu menuntut ilmu sepanjang hayatnya. Imam Syafie adalah salah seorang dari guru Ahmad Bin Hanbal. Ibnu Hanbal bertemu Imam Syafie semasa di Hijaz, sewaktu beliau menunaikan fardu haji, Imam Syafie mengajar di Masjidil Haram. Ibnu Hanbal belajar daripadanya, kemudian mereka bertemu pula pada kali kedua di Baghdad, Imam Syafie menasihatinya supaya beliau mengikutnya ke Mesir. Imam Ibnu Hanbal bercadang mengikutinya tetapi niatnya tak sampai.
SUMBER :
http://dakwah.info/

HADIS PALSU AZAB MENINGGALKAN SOLAT
Hadith mengenai dihantar seekor ular kedalam kubur seseorang jika ia meninggalkan solat terdapat didalam hadith yang berbunyi :
عن أبي هـريرة عـن النبي صلى الله عليـه وسلم قال :( من تهاون في الصلاة عاقبه الله بخمسة عشرة عقوبة منها ستة في الدنيا وثلاثة عند الموت وثلاثة في القبر وثلاثة عند خروجه من القبر . أما الستة التي تصيبه في الدنيا :1. ينزع الله البركة من عمره .2. يمسح الله سيما الصالحين من وجهه .3. كل عمل يعمله لا يؤجره الله عليه .4.لا يرفع له دعاء في السماء .5. ليس له حظ في دعاء الصالحين .6. تخرج روحه بغير إيمان .أما الثلاثة التي تصيبه عند الموت فهي :1. أنه يموت ذليلاً .2. أنه يموت جائعاً. 73. أنه يموت عطشاً ولو سقي ماء الدنيا ما روي من عطشه .وأما الثلاثة التي تصيبيه في قبره فهي:1. يضيق الله عليه القبر حتى تختلف ضلوعه .2. يوقد الله عليه في قبره ناراً ويتقلب على الجمر ليلاً ونهاراً .3.يسلط الله عليه في قبره ثعباناً يسمى الشجاع الأقرع يضربه على ترك صلاة الصبح من الصبح إلى الظهر وعلى تضييع صلاة الظهر من الظهر إلى العصر وهكذا كلما ضربه يغوص في الأرض سبعين ذراعاَ .وأما الثلاثة التي تصيبه يوم القيامة فهي :1. يسلط الله عليه من يسحبه إلى نار جهنم على جمر على وجهه .2. ينظر الله تعالى إليه بعين الغضب وقت الحساب فيقع لحم وجهه.3. يحاسبه الله عز وجل حساباً شديداً ويأمر الله به إلى النار وبئس القرار ؟
Dari Abi Hurairah, dari Nabi saw bersabda : "Barangsiapa yang melalaikan akan solat akan menerima 15 balasan dari Allah. 6 balasan semasa hidup, 3 semasa saat kematian,3 didalam kubur dan 3 semasa keluar dari kubur (hari akhirat). Bagi 6 balasan semasa hidup :
1. Allah akan mencabut barakah dari umurnya2. Allah akan membuang ciri-ciri orang yang baik dari wajahnya3. Setiap amalan yang dilakukan Allah tidak akan dibalas4. Do'anya tidak akan naik ke langit5. Bukan darinya dianggap sebagai do'a orang yang soleh6. Roh dikeluarkan tanpa Iman
Bagi 3 balasan semasa hendak mati :
1. Mati didalam keadaan memalukan2. Mati didalam keadaan lapar.3. Mati didalam keadaan haus, walaupun jika ia minum air seluruh lautan sekalipun ia masih haus.
Bagi 3 balasan semasa didalam kubur :
1. Allah menyempitkan kuburnya sehingga tulang rusuknya bertemu2. Allah membakar kuburnya dengan api dan menukarkan bahan pembakar api siang dan malam3. Allah menghantarkan seekor ular yang bernama "al-syujaa'" yang akan memukulnya dari pagi sehingga tengahari kerana meninggalkan solat Subuh, dari tengahari sehingga Asar kerana meninggalkan Asar dan seterusnya. Dengan setiap pukulan ia boleh menimbuskan seseorang sejauh 70 ela kebawah tanah.
Bagi 3 balasan dihari Kiamat :
1. Allah menghantar mereka yang bersamanya kedalam neraka dengan cara menarik mukanya.2. Allah melihatnya dengan marah yang menyebabkan daging dimukanya jatuh kebawah3. Allah mengadilkannya secara ketat dan mencapakkannya kedalam api neraka dan ia adalah satu keputusan yang buruk!
------Menurut Dr Husamuddin bin Musa Afana, pensyarah Usul Fiqh di Universiti Al-Quddus :-
؟ هو حديث مكذوب على الرسول صلى الله عليه وسلم وهذا ظاهر من ركاكة ألفاظه وضعف سياقه وقد نص أهل الحديث على أنه مفترى على النبي صلى الله عليه وسلم وقد كذب هذا الحديث وركبه أحد الكذابين على رسول الله صلى الله عليه وسلم ويدعى محمد بن علي بن عباس البغدادي العطار .
"Hadith itu merupakan satu penipuan keatas Rasulullah saw, dimana kelihatan perkataan / bahasa yang digunakan agak lemah dan ulama' telah mengatakan bahawa Hadith ini satu fabrikasi (yang diada-adakan) keatas Nabi saw dan berbohong mengenai hadith ini dan merupakan penipuan keatas Nabi saw sebagaimana yang dipanggil oleh Mohammad bin Ali bin Abbas Al-Baghdadi Al-'Athar. "
ونقل الحافظ ابن حجر كلام الإمام الذهبي وقال الحافظ :[ زعم المذكور أن ابن زياد أخذه عن الربيع عن الشافعي عن مالك عن سمي عن أبي صالح عن أبي هريرة وقال الحافظ بن حجر : وهو ظاهر البطلان من أحاديث الطرقية ]. لسان الميزان 5/334.ذكر الإمام بن عراق الحديث من ضمن الأحاديث المكذوبة على الرسول صلى الله عليه وسلم ونقل كلام الإمامين الذهبي وابن حجر ووافقهما على ذلك . تنزيه الشريعة 2/ 114.
Al-Hafiz menaqalkan perkataan Imam Al-Zahabi, kata Al-Hafiz : 'Dakwaan bahawa Ibn Zaid menerima dari Al-Arbi' dari Al-Syafie, dari Malik, dari Sami, dari Abi Sooleh dari Abi Hurairah, kata Al-Hadiz bin Hajar : Dia pada luaran/zahirnya terbatal dari perjalanan Hadith]. (Lisaan Al-Miizaan, 5/334). Al-Imam bin Iraaq menyebut bahawa hadith yang menipu Rasulullah saw dan menaqalkan perkataan 2 Imam iaitu Al-Zahabi dan Ibn Hajar dan persetujuan mereka berdua. (Tanzih Al-Shariah, 2/114)."
Seterusnya Dr Husamuddin melarang penggunaan hadith ini,
ولا يجوز نشره على الناس ولا تعليقه في المساجد ، لأن ذلك من الكذب على الرسول صلى الله عليه وسلم
"dan tidak boleh disebarkan dan [yang kebiasaannya] ditampalkan di masjid-masjid, kerana ia merupakan satu pembohongan keatas Rasulullah saw."
Menurut bekas Mufti Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz bin Baaz :
أما الحديث الذي نسبه صاحب النشرة إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم في عقوبة تارك الصلاة وأنه يعاقب بخمس عشرة عقوبة الخ : فإنه من الأحاديث الباطلة المكذوبة على النبي صلى الله عليه وسلم كما بين ذلك الحفاظ من العلماء رحمهم الله كالحافظ الذهبي في " لسان الميزان " والحافظ ابن حجر وغيرهما .
"Mengenai hadith yang mana pengarang risalah itu mengaitkan Rasulullah saw mengenai pembalasan-pembalasan keatas mereka yang meninggalkan solat, dimana ia mengatakan 15 siksaan dihantar keatasnya dsb.., Ini merupakan hadith yang direka-cipta dan batil yang dikaitkan keatas Nabi saw, sebagaimana yang dinyatakan oleh ulama' seperti Al-Hafiz al-Zahabi didalam Lisaan Al-Miizaan, dan juga Al-Hafiz Ibn hajar dan lain-lain" - Majalah al-Buhooth al-Islamiyyah (22/329).
Bekas Mufti Saudi selepas Bin Baaz, Sheikh Ibn Utsaimin pula berkata :
هذا الحديث موضوع مكذوب على رسول الله صلى الله عليه وسلم لا يحل لأحد نشره إلا مقروناً ببيان أنه موضوع حتى يكون الناس على بصيرة منه
"Hadith ini Mawdhu' (palsu) dan batil yang dikaitkan kepada Rasulullah saw. Tidak dibenarkan menyebarkannya, hanya jika ia ditulis dengan kenyataan bahawa hadith ini rekaan, agar orang yang membaca mempunyai pemahaman yang jelas mengenainya"
Fatwa yang dikeluarkan oleh al-Lajnah Al-Daaimah yang benombor : 8689 juga mengatakan bahwa hadith in batil sebagaimana yang dikatakan oleh Ibn Hajar didalam Al-Lisaan.... dan pada zahirnya batil dari perjalanan hadith-hadith sebagaimana yang dikatakan oleh Al-Zahabi didalam Al-Miizaan.
Kesimpulannya ialah Hadith bagi orang yang meninggalkan solat akan dihantar ular yang bernama "Al-Syujaa'" semasa didalam kubur, termasuklah didalam hadith 15 siksaan keatas orang yang meninggalkan solat, dimana taraf hadithnya ialah Mawdhu' dan batil. Ulama' mengatakan apa yang diturunkan oleh Allah dan dinyatakan oleh Nabi mengenai pembalasan Allah swt telah mencukupi.
---------------------Rujukan :
1. Dr Husamuddin bin Musa Afana. حديث مكذوب في حكم تارك الصلاة . url : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=51455
2. Sheikh Ibn Utsaimin. Al-Fatawaa. Markaz Dakwah bi‘Anayzah[/b] - 1. ms 6.
3. Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta - 4. Riyad : Dar Al-Mu'ayad, 2000. ms 480
sumber :
http://soalsolatumum.blogspot.com

HUKUM SOLAT
Hukum tinggalkan solat ketika kesesakan jalan
SOALAN
Apa hukum jika tertinggal solat ketika berada dalam kesesakan lalulintas? Bolehkah saya melakukan solat jama’ dalam keadaan begini?
JAWAPAN - Oleh Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad
Jawapan:Hukumnya adalah berdosa kerana solat tidak boleh diitinggalkan walau dalam apa jua keadaan. Ini kerana Islam telah menyediakan kaedah solat ketika berada dalam kesulitan dan kepayahan seperti terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dan sebagainya.
Perkara yang mesti dilakukan oleh saudara menurut Syaikh Solleh Munajjid ialah saudara boleh menjamakkan solat antara zohor dengan asar atau maghrib dengan isyak.
Malah menurut Asy-Syaikh Ibn Uthaimain pula dalam Fatawanya, sekiranya seseorang yang berniat musafir, boleh melakukan solat jamak antara zohor dengan asar di rumahnya sebelum keluar musafir sekiranya bimbang akan terlepas waktu asar. Ini disebabkan kita menaiki kenderaan awam yang bukan milik sendiri yang menyebabkan susah untuk berhenti bagi menunaikan solat. Walaubagaimana pun ianya mestilah dilakukan dengan 4 rakaat bukannya 2 rakaat. Iaitu tidak boleh men’qasar’kan solat tersebut kerana belum mula musafir.
Dalilnya ialah sabda Rasulullah saw :
Hadis daripada Ibn Abbas r.a. katanya : Rasulullah sa.w. menghimpunkan antara solat Zuhur dan 'Asar dan antara Maghrib dan Isya' di Madinah, bukan kerana takut dan bukan pula kerana hujan. Dan di dalam lafaz yang lain: Bukan kerana takut dan bukan kerana safar, Lalu (Ibn Abbas) ditanya: Mengapa baginda s.a.w. berbuat demikian? Jawabnya: Baginda s.a.w menginginkan agar tidak menyusahkan umatnya". (HR Muslim : 1151)
Inilah yang sebenarnya yang perlu dilakukan oleh mana-mana umat Islam yang menghadapi masyaqqah / kesusahan dalam mengerjakan solat fardhu samada ianya sedang bermusafir mahupun bukan bermusafir.
Wa Allahu A’alam.
Hukum sengaja tinggalkan solat
Kata Imam Nawawi: Tinggal solat dengan ingkar kewajipannya maka ia adalah kafir dengan ijmak muslimin dan mengeluarkannya daripada agama Islam kecuali orang yang baru memeluk Islam. Sekiranya meninggalkannya kerana malas di samping tetap beriktiqad akan kewajipannya maka ulamak berpendapat sebagai berikut:
1 – Mazhab Maliki dan Syafi’i: Fasiq dan diminta bertaubat.Sekiranya tidak mahu bertaubat maka dibunuh sebagai had (hudud).
2 – Mazhab Hanafi dan Imam Muzani (ulamak mazhab Syafi’i): Ditakzir dan dipenjara sehingga dia solat semula.
3 – Mazhab Hanbali dan sebahagian ulamak Syafi’i: Meninggalkan solat secara sengaja tanpa sebarang keuzuran jatuh kafir..
Solat salah satu daripada rukun Islam yang lima, yang diwajibkan ke atas setiap muslim dan muslimat yang mukallaf (baligh dan berakal). Kefarduan ini telah disepakati ulama’ (ijma’) dan dikira sebagai perkara asas agama yang diketahui oleh setiap muslim. Sesiapa yang mengingkari kewajibannya menjadi kafir dan murtad, kekal dalam neraka; kerana kefarduannya disandarkan kepada nas yang jelas dan qathi’e (tidak dapat ditokok tambah) daripada Al-Quran, As-Sunnah dan Ijma’.
Sesiapa yang meninggalkan solat kerana malas, bermudah-mudah atau sengaja tanpa menafikan kewajibannya tergolong dikalangan orang yang fasiq dan berdosa besar yang wajib ke atasnya beberapa perkara:-
1. Bertaubat, beristighfar serta menyesal di atas perbuatannya.2. Mengqada’kan solat yang ditinggalkannya.3. Dijatuhkan ke atasnya hukuman had.
Hukuman Had ke atas orang yang meninggalkan solat Ulama’ mazhab berbeza pendapat pada bentuk hukuman yang dikenakan ke atas orang yang meninggalkan solat, setelah mereka bersepakat pada keharamannya dan besarnya dosa peninggalnya berdasarkan ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis yang sahih.
* Mazhab Hanafi: Peninggal solat dihukum fasik dan wajib dipenjarakan dan dirotan dengan kuat sampai keluar darah, sehinggalah dia kembali solat dan bertaubat atau mati di dalam penjara. Dia tidak dibunuh kecuali mengingkari kewajipan solat atau mempersendakannya.
* Jumhur ulama’ daripada mazhab Maliki dan Syafie: Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dihukum bunuh walau pun meninggalkan satu fardhu sahaja. Disuruh agar bertaubat selama tiga hari, jika enggan dijatuhkan hukuman had dengan dipenggal kepalanya. Selepas dibunuh, dimandikan dan disembahyangkan ke atasnya serta ditanam di tanah perkuburan orang Islam kerana dia tidak dikira kafir. Ini juga adalah pendapat yang rajih pada mazhab Hanbali sebagaimana dikatakan oleh Ibn Qudamah dalam Al-Mughni .
Hukum Mengqada’kan SolatSesiapa yang meninggalkan solat kerana terlupa atau sengaja (dan berdosa jika sengaja), wajib mengqada’kannya. Dalilnya, sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud:Jika tidur salah seorang daripada kamu daripada solat, atau melupainya, dia menunaikannya apabila sedar atau teringat.
Juga Rasulullah s.a.w. bersabda dengan maksudnya: Sesiapa yang terlupa satu sembahyang, hendaklah menunaikannya apabila dia teringatnya; tiada kaffarah baginya kecuali yang tersebut (iaitu tidak perlu membayar kaffarah yang lain, memadai dengan menggantikan solat tersebut).
Banyak lagi hadis-hadis lain yang membawa maksud yang sama iaitu wajib mengqada’kan solat yang ditinggalkan. Pada zahir hadis tidak menyebut tentang hukum orang yang sengaja meninggalkan solat, adakah wajib mengqada’kannya atau tidak. Maka di sinilah ulama’ memainkan peranan mereka untuk mengeluarkan hukum daripada nas tersebut. Mengikut kaedah Qias, orang yang meninggalkan solat kerana uzur seperti terlupa atau tertidur, wajib mengqada’kannya berdalilkan nas tersebut; maka kewajipan ini terlebih dahulu kena kepada orang yang meninggalkan solat secara sengaja. Jika tidak, jadilah maksiat itu (meninggal solat dengan sengaja) membawa kepada kesenangan (tidak qada’). Ini bertentangan dengan ruh syariat yang adil.
Janganlah kita terpengaruh dengan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan tidak wajib mengqada’kan solat yang telah ditinggalkan kerana cukup dengan Istighfar dan taubat sahaja. Ini kerana jumhur ulama’ daripada mazhab yang empat Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali mewajibkan qada’ solat secara umumnya
Dikecualikan daripada Qada’ beberapa golongan:1. kanak-kanak yang belum baligh, tidak wajib menggantikan solatnya yang terdahulu selepas baligh.2. orang kafir yang memeluk Islam (muallaf) tidak wajib menggantikan solatnya semasa kufurnya.3. perempuan yang haid4. perempuan yang nifas (keluar darah akibat beranak)5. orang gila, mabuk dan pengsan yang bukan dengan sebab yang disengajakan seperti minum arak dll.
Selain daripada mereka, samada tidur, sakit, murtad yang kembali memeluk Islam, [pengsan, gila dan mabuk yang disengajakan] wajib ke atas mereka qada’.
*Tidur tidak boleh disamakan (qias) dengan pengsan iaitu tidak perlu menggantikan solat kerana perbuatan tidur dilakukan dengan sengaja dan kehendak diri, ia berlainan dengan pengsan yang tidak disengajakan. Dalilnya seseorang itu mampu menidurkan dirinya tapi tidak mampu menjadikan dirinya pengsan dengan sendiri dan apabila seseorang itu pengsan, kadang-kadang tidak akan sedar walaupun dikejut dengan kuat. Apabila seseorang memakan ubat untuk pengsan contohnya, maka apabila sedar dia diwajibkan juga mengqada’kan solat yang tertinggal kerana dia sengaja membuat dirinya pengsan.
Jika seseorang daripada lima golongan di atas hilang uzur mereka dan masih tinggal waktu yang mencukupi walau Takbiratul Ihram, wajib baginya menggantikan solat tersebut begitu juga solat yang sebelumnya jika boleh dijama’kan. Hukum ini menyeluruh kepada yang bermusafir dan bermukim.
Contoh: Jika seorang perempuan suci dari haidnya pada akhir waktu Asar, wajib baginya mengqada’kan solat Asar dan Zohor yang sebelumnya. Begitulah juga perihalnya jika suci pada waktu Isyak, wajib mengqada’kan Maghrib dan Isyak. Jika seseorang perempuan masuk waktu solat dalam keadaan suci, kemudian datang haidnya sebelum sempat dia solat pada waktu itu, dan waktu yang suci itu mencukupi untuk solat; wajib ke atasnya mengqada’kan solat tersebut apabila suci kelak kerana kelalaiannya dan tidak bersegera menunaikan solat selepas masuk waktunya.
*Disunatkan mengqada’ solat secara tertib solat yang ditinggalkan seperti Subuh sebelum Zohor dan begitulah seterusnya. Dan hendaklah seseorang itu mendahulukan solat yang tertinggal daripada solat waktu tersebut kecuali kerana takut luput waktu solat tersebut.
Bagi orang yang tidak tahu berapa kalikah tertinggal solat hendaklah dia melaksanakan qada’ solat tersebut sehingga dia yakin bahawa dia telah menghabiskan solat yang ditinggalkannya .
Hukum menangguhkan solatApabila masuknya waktu solat, wajib seseorang itu melakukan salah satu daripada dua perkara:-
1. terus mendirikan solat, itulah yang paling afdhal atau2. azam untuk menunaikan solat dalam waktunya.
Jika tidak melakukan salah satu daripada perkara yang disebut di atas, sesungguhnya berdosalah dia. Ini dinamakan azam yang khas. Dan wajib bagi seseorang itu selepas baligh menyimpan azam yang umum untuk melakukan segala suruhan Allah dan meniggalkan segala laranganNya .
Haram hukumnya menangguhkan solat sehingga tidak sempat menunaikan solat dengan segala syarat dan rukunnya di dalam waktunya. Sesuatu solat itu dikira sebagai tunai.
sumber :
http://johor.ikram.org.my

Nasa Mengeluarkan Kenyataan Matahari Akan Terbit Dari Barat

Nasa Mengeluarkan Kenyataan Matahari Akan Terbit Dari Barat
Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.
NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai “retrograde motion”.
Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat!
Subhanallah! Kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa salah satu tanda besar yang hari kiamat akan tiba ialah apabila matahari terbit dari Barat.
Pihak NASA telahpun mendapati tanda-tanda matahari akan terbit dari Barat semasa ahli sains astronominya mengkaji pergerakan planet Marikh. Yang mereka tidak dapat pastikan ialah tempoh masa yang bakal diambil sehinggalah semua planet melalui fenomena yang serupa.
Dapatan sains oleh NASA itu semestinya memperkukuhkan lagi iman umat Islam akan tanda-tanda kiamat. Manusia tidak tahu bila ianya akan berlaku walaupun sudah ada banyak tanda-tandanya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
TEORI QURAN VS TEORI BARAT
Kalau di kaji dengan teliti, teori yang dijelaskan Al-Quran ini agak berbeza dari teori-teori barat. Yang pertama, Al-Quran menjelaskan bulan yang menyebabkan bumi bertukar arah. Al-Quran menunjukkan perkaitan yang erat dan rapat antara bumi dan bulan. Tetapi teori barat tidak ‘nampak’ pun peranan bulan dalam proses kejadian ini.
Yang ke-duanya, teori Al-Quran nampak lebih jelas dan mudah difahami, malah boleh dibuktikan melalui ujikaji makmal. Sedangkan teori barat tidak dapat diuji dalam makmal dan tidak menunjukkan keadaan matahari akan naik dari barat! Kalau berlaku perlanggaran yang teramat dahsyat (dengan komet yang besar), maka bumi akan hancur! Perlanggaran ‘kecil’ (seperti yang berlaku di Mexico) tidak akan dapat menukar putaran bumi. Lagi pun sekiranya komet melanggar bumi dari “arah yang salah” ianya mungkin akan menambah kelajuan pusingan yang ada sekarang misalkan dari 24 jam kepada 10 jam sahaja/hari. Sekiranya bumi berputar pada kelajuan ini, maka kelajuan objek yang berada pada permukaan equator (atau khatulistiwa) ialah kira-kira 4,000 km/sejam yang akan memusnahkan segala-galanya yang ada dipermukaan bumi seperti rumah, bangunan, tumbuhan, pohon kayu, dan manusia serta binatang-binatang akan berterbangan.
Lagi pun untuk membolehkan bumi perputar pada arah bertentangan, komet yang melanggar bumi mesti pergerak pada kelajuan lebih dari 2 kali kelajuan putaran bumi iaitu 3,300 km/jam (sekiranya saiz komet sama besar dengan saiz bumi), dan mesti melanggar bumi pada sudut dan lokasi yang tepat. Kalau ianya melanggar pada kutub utara, maka matahari tidak akan ‘terbit dari barat’.
Yang ke-tiga, teori Al-Quran adalah lebih tepat sebab tidak berlaku kerosakkan yang besar kepada makhluk di bumi. Sekiranya berlaku kemusnahan yang besar (misalnya bumi hancur), maka ini bermakna sudah “betul-betul kiamat” dan bukannya lagi “hampir kiamat”. Di dalam hadith di atas menjelaskan selepas matahari naik dari barat maka segala amalan dan taubat tidak diterima lagi, dan dajal akan turun ke bumi (ini menunjukkan manusia masih lagi hidup di bumi, dan berjalan seperti biasa).
Tambahan pula Al-Quran menyatakan (15:76) manusia akan melihat jalan-jalan tetap tegak, nampak seperti biasa tanpa sebarang kerosakan, dan masih boleh dilalui.
Ke-empat, penjelasan Al-Quran lebih menyeluruh dan dari teori barat. Ahli sains telah mendapati bahawa terdapat ‘2’ jenis permukaan bulan iaitu permukaan yang cerah (yang sentiasa mengadap bumi), dan permukaan gelap (yang sentiasa membelakangi bumi). Ke dua-dua permukaan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza yang amat ketara seperti warna, daya graviti, kandungan bahan-bahan, ketumpatan dan kemampatan, keradioaktifan, dan sebagainya. Oleh itu apabila bulan merekah ia akan merubah polar graviti, mengeluarkan tenaga elektromagnetik yang boleh menyebabkan daya graviti dan magnet bumi bertindak balas.
http://nizarazu.com/
Tuesday, June 5, 2012
Subhanallah...

jenazah seorang lelaki mati syahid di Palestin yang dikebumikan pada tahun 1997.Setelah 15 tahun,jenazah masih seperti baru dikebumikan..Subhanallah....
sumber :
علماء وعظماء التاريخ
"dan jangan sekali-kali Engkau menyangka orang-orang Yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (Mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka Dengan mendapat rezeki;
(dan juga) mereka bersukacita Dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) Yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira Dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam Yang sedang berjuang), Yang masih tinggal di belakang, Yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (Iaitu) Bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian Yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
171. mereka bergembira Dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), Bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang Yang beriman".
surah ALI IMRAN=169-171
"dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa Yang terbunuh Dalam perjuangan membela ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang Yang hidup (dengan keadaan hidup Yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya".
SURAH AL-BAQARAH=154
Friday, June 1, 2012
CERPEN : Selamat tinggal Aisyah……..

CERPEN : Selamat tinggal Aisyah……..
“aku terima nikahnya Aisyah bte Mohd Ali dengan mas kahwinnya RM40 tunai…..”Affan menjawab dengan linangan air mata kesyukuran.Setelah imam dan saksi mengesahkan ucapannya kini ia bergelar seorang suami dan mulalah tanggungjawab sebagai ketua keluarga…
“Aisyah…..adakah kamu reda menerima abang sebagai suami?”katanya pembuka malam pertama.“Jika Aisyah menerima abang sebagai suami,itu tandanya saya reda…”jawab isterinya sambilk tersenyum kecil…Maka bermulalah malam pertama yang indah…Hujan menitis laju di luar jendela….
Selepas cuti bulan madu selama 10 hari,Affan mula bekerja.Tugas sebagai seorang jurutera bukan semudah yang disangka.Affan perlu rajin turun memantau pekerja tapak pembinaan dan berjemur panas terik sebagaimana dirasai pekerja buruh binaan.
“Pak…bagaimana kerja di sini?”tanya Affan suatu hari….
“Syukur …walaupun capek..gajinya lumayan!”jawab pekerja dari tanah seberang yang tekun menjalankan tugasnya.
“alif baris dua atas aan……”Affan mengajar sepatah demi patah isterinya selepas solat Maghrib….isterinya mengikut bacaan sepatah demi sepatah….Walaupun penat siang hari bekerja,namun malamnya diisi dengan mengajar isteri kesayangan mengeja kalimah Tuhan…..
“Abang tidak menyesal beristerikan wanita jahil seperti Aisyah?Membaca Quran pun tidak tahu…..”luah isterinya pada satu hari.
“Sayang….Abang terima sayang sebagai isteri dan redha segala kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri sayang….Setiap manusia mempunyai kelemahan dan kelebihan…”Jawab Affan jujur…
“Kamu ada ijazah dari Universiti Uitm…sambung pula Master di Australia..dapat pula jadi jurutera dalam syarikat terkemuka negara,mengapa pilih Aisyah yang hanya sekolah rendah?”bentak ibunya pada suatu ketika.
“Mak…..kebahagiaan bukan diukur dari pendidikan tinggi atau pendapatan seseorang..kebahagiaan diukur dalam jiwa yang ada iman dan takwa…”jawab Affan merendah diri,air mata jantan membasahi pipi akibat bentakan ibunya.
“Nama apa?”tanya Affan ketika latihan praktikal di daerah Quensland.“Aisyah……….”jawab seorang anak gadis yang bekerja sebagai pengemas bilik di sebuah hotel yang didiami Affan ketika menjalankan latihan praktikal sebuah daerah di Australia.
“Sudah lama kerja di sini?” sambung Affan lagi….
“Sudah tiga tahun…..”jawab Aisyah….
Perbualan ringkas adalah perkenalan pertama Affan dan seorang gadis berkulit hitam manis yang berasal dari Masjid Tanah Melaka itu.Kemiskinan menyebabkannya tercampak ke Australia dan menjadi pengemas bilik di negara kanggaroo itu.
“Saya tidak sekolah tinggi…..setelah tamat darjah enam di Sekolah Kebangsaan Bukit Beringin,saya tidak menyambung sekolah menengah.Saya membantu ibu mendapatkan wang dengan bekerja sebagai penjual sayuran di pasar Masjid Tanah…Ayah meninggal dunia ketika saya darjah tiga”cerita Aisyah suatu hari di sebuah restoran …
Aisyah merembes ketika menceritakan kisah hidupnya…Jelas kelihatan matanya berkaca….Affan mendengar dengan perasaan simpati….Amat kental gadis ini….meninggalkan pelajaran untuk membantu ibunya.Sebagai anak sulong,Aisyah tekad tinggalkan alam persekolahan demi menyara adik-adik ..
Setelah tamat menyambung Master di University of Melbourne,Affan pulang ke tanah air dan menyuarakan hasrat kepada ibunya.
“Mak….Affan sudah ada pilihan hati….”katanya pada satu petang ketika ibunya menuang air tea O kegemarannya.
“Siapa?dia belajar Universiti mana?sama belajar ke?”balas ibunya
“Namanya Aisyah…..saya kenal di Australia…dia bekerja sebagai penegmas bilik di sebuah hotel di Australia….”jawab Affan jujur.
“Apa ?pengemas bilik?”jerkah ibunya
“Mak….dia juga manusia…..walaupun berpendidikan rendah…dia juga wanita mempunyai perasaan….Affan kenal hati budinya…”balas Affan.
“Mak tak setuju!”bentak ibunya lantas meninggalkan Affan termanggu di beranda rumah….
Affan merenung jauh ,seakan panas dirasakan walaupun hujan lebat di luar rumah…
“Affan..belajarlah rajin-rajin…….jadilah manusia berguna….”pesan ayahnya ketika membonceng basikal tua milik ayahnya ke sekolah setiap pagi…
Melihat basikal tua yang terbiar di bawah rumah menyebabkan Affan merembes….Ayahnya menghantar ke sekolah setiap pagi dan sentiasa memberikan kata semangat untuk berjaya dalam pelajaran.
“Ayah…..Affan dapat ke Universiti……”katanya di hospital ketika menziarahi ayahnya yang koma akibat kemalangan …Matanya berlinangan dan terus menerus mengucapkan ayat tersebut di sisi ayahnya……
“Maaf…..kami sudah berusaha sedaya upaya menyelamatkan ayah kamu….namun Allah lebih menyayanginya….”kata doktor .Affan dan ibunya berpelukan dan menangis sepanjang malam …
Mengimbau kenangan silam bersama ayahnya amat meruntun perasaan.Ketika cuti sekolah,Affan mengikut ayahnya ke kebun getah dan melihat betapa payahnya ayah menunggang basikal ke kebun pada subuh yang sunyi berteman nyamuk dan cengkerik malam….
Namun ayah tidak pernah mengeluh.Dengan tulkang empat kerat,ayahnya menoreh getah dan mengumpulkan getah untuk dimesin dan dijual .Dengan rezeki halal itulah ayahnya memebsarkan Affan dan adik-adiknya seramai 3 orang….
Setelah Affan membaca Yasin di tanah kubur,Affan menuturkan ayat “Ayah…..aku amat mencintai Aisyah….aku amat mencintainya namun ibu tidak merestui hubungan kami….Ayah..apa yang perlu aku lakukan??Jawablah Ayah….”
Matanya merah dan berkelopak dengan air mata membasahi pipi…..Affan tiada tempat mengadu dan sering meluahkan perasaan di kubur ayahnya.
“Maafkan Affan…..Affan harap mak merestui perkahwinan kami….”kata Affan memohon restu ibunya setelah majlis perkahwinan.Majlis perkahwinan diadakan secara kecilan dan hanya keluarga terdekat dan teman baik dijemput.
Ibunya seakan tidak endah dan tidak menyambut tangan menantunya Aisyah.Affan hanya diam membatu melihat karenah ibu tersayang….
“Sabarlah sayang…mungkin suatu hari nanti mak akan terima sayang seadanya..”pujuk Affan menggembirakan isterinya…
“Inilah kali pertama Aisyah ke sini……gembira sangat!”luahnya isterinya pabila menjejakkan kali ke bumi pulau Langkawi untuk berbulan madu dengan suami tersayang….Affan hanya mengangguk dan faham.
Masa berlalu amat pantas.Berita paling menggembirakan Aisyah kini berbadan dua…Doktor memberitahu Aisyah akan mendapat anak kembar…
Ketika Aisyah sakit bersalin di hospital Besar Melaka ,ibu mertua menemaninya kerana Affan bertugas di luar negara.Saat getir tanpa suami amat menghiris perasaan namun Aisyah faham keadaan suaminya yang perlu bekerja dalam dan luar negara.
Apabila selamat bersalin,ibu mertua mengucup dahi Aisyah dan mengucapkan tahniah kerana selamat menjadi ibu dan mendapat dua cahaya mata kembar.Aisyah tidak dapat menahan air mata kerana inilah kali pertama ibu mentua mengucapkan ayat yang penuh kasih sayang….
“Maafkan mak……maafkan mak…selama ini mak tidak menghargai Aisyah..namun Aisyah melayan suami dan ibu mertua dengan baik…..kini baru mak sedar segala salah silap mak….”kata ibu mentuanya sambil mendukung kedua-dua cucu kembarnya di hospital.
Aisyah masih ingat ketika suami tersayang berada di luar negara,Aisyah yang menguruskan rumah tangga.Walaupun perut membesar dan sarat mengandung,Aisyah membawa ibu mertua mendapatkan rawatan kencing manis dan mengambil ubat di hospital kerajaan.Aisyah tidak pernah mengeluh mengemas rumah,memasak dan melakukan pelbagai kerja rumah.Segala tugas dilakukan dengan hati yang tulus…
Affan pulang ke tanah air setelah Safa dan Syahirah berusia dua minggu.Dicium anak kembarnya bertali-tali.Amat gembhira melihat wajah anak-anak yang sihat dan wajah mereka pula seiras ibu mereka.
Aisyah yang masih dalam pantang tidak dapat menyambut suami di lapangan terbang KLIA.Hnaya doa yang dipanjangkan kepada Tuhan ahar suami tersayang selamat pulang.
Keletah Safa dan Syahirah amat menggembirakan neneknya,Hajjah Shafiah.Masa berlalu dan kini kedua-duanya sudah pandai memanggil Nenek.Hajjah Shafiah amat gembira kesunyian rumah terisi dengan keletah cucu kesayangan yang sudah pandai menunggang basikal dalam rumah….
Apabila pulang ke rumah,Affan pasti mengajar isterinya membaca ayat-ayat Quran.Sepatah demi patah diajar dan kini Aisyah sudah pandai mengajji.Alunan merdu bacaan Quran menghiasai kamar asmara cinta dua hati Affan dan Aisyah.
Amat gembira Affan.Setiap malam Jumaat Affan bersama isterinya mengalunkan surah Yasin dalam kamar di malam yang sunyi setelah menunaikan solat tahajjud bersama…Itulah rutin Affan dan isterinya setiap pagi Jumaat,bangun sepertiga malam dan solat tahajjud bersama-sama.
“Sayang…..bacakan surah Yasin…….”pinta Affan di bilik wad hospital ketika usianya semakin ke penghujung….
Aisyah menitiskan air mata dan terus menerus membaca surah Yasin di sisi kepala suami tersayang….Panas yang disangka akan ke petang,namun hujan di tengahari…itulah ketentuan Allah….Affan menderita kanser otak dan disahkan tahap kritikal oleh doktor.
Safa dan Syahirah yang baru bersekolah Tabika masih tidak memahami penderitaan ayah mereka.Mereka asyik bermain –main di hujung katil melihat ayah mereka terbaring….
Ketika Aisyah membaca ayat-ayat Tuhan bermaksud “Maka pada hari itu, tidak ada seseorang yang akan dianiaya sedikitpun, dan kamu pula tidak akan dibalas melainkan menurut amal yang kamu telah kerjakan. Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan; Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin; Mereka beroleh dalam Syurga itu pelbagai jenis buah-buahan, dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki; (Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.” Terdengar suara kecil suaminya menyebut kalimah LAILAHAILLALLAH dan mesin pengimbas denyutan jantung terhenti……….
Aisyah memeluk jasad suaminya yang kini telah pergi buat selamanya……..
~~ TAMAT ~~
HAKCIPTA TERPELIHARA @ 2012 SAAT SULAIMAN
www.saatcham.com
Subscribe to:
Posts (Atom)