Friday, June 1, 2012
CERPEN : Selamat tinggal Aisyah……..
CERPEN : Selamat tinggal Aisyah……..
“aku terima nikahnya Aisyah bte Mohd Ali dengan mas kahwinnya RM40 tunai…..”Affan menjawab dengan linangan air mata kesyukuran.Setelah imam dan saksi mengesahkan ucapannya kini ia bergelar seorang suami dan mulalah tanggungjawab sebagai ketua keluarga…
“Aisyah…..adakah kamu reda menerima abang sebagai suami?”katanya pembuka malam pertama.“Jika Aisyah menerima abang sebagai suami,itu tandanya saya reda…”jawab isterinya sambilk tersenyum kecil…Maka bermulalah malam pertama yang indah…Hujan menitis laju di luar jendela….
Selepas cuti bulan madu selama 10 hari,Affan mula bekerja.Tugas sebagai seorang jurutera bukan semudah yang disangka.Affan perlu rajin turun memantau pekerja tapak pembinaan dan berjemur panas terik sebagaimana dirasai pekerja buruh binaan.
“Pak…bagaimana kerja di sini?”tanya Affan suatu hari….
“Syukur …walaupun capek..gajinya lumayan!”jawab pekerja dari tanah seberang yang tekun menjalankan tugasnya.
“alif baris dua atas aan……”Affan mengajar sepatah demi patah isterinya selepas solat Maghrib….isterinya mengikut bacaan sepatah demi sepatah….Walaupun penat siang hari bekerja,namun malamnya diisi dengan mengajar isteri kesayangan mengeja kalimah Tuhan…..
“Abang tidak menyesal beristerikan wanita jahil seperti Aisyah?Membaca Quran pun tidak tahu…..”luah isterinya pada satu hari.
“Sayang….Abang terima sayang sebagai isteri dan redha segala kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri sayang….Setiap manusia mempunyai kelemahan dan kelebihan…”Jawab Affan jujur…
“Kamu ada ijazah dari Universiti Uitm…sambung pula Master di Australia..dapat pula jadi jurutera dalam syarikat terkemuka negara,mengapa pilih Aisyah yang hanya sekolah rendah?”bentak ibunya pada suatu ketika.
“Mak…..kebahagiaan bukan diukur dari pendidikan tinggi atau pendapatan seseorang..kebahagiaan diukur dalam jiwa yang ada iman dan takwa…”jawab Affan merendah diri,air mata jantan membasahi pipi akibat bentakan ibunya.
“Nama apa?”tanya Affan ketika latihan praktikal di daerah Quensland.“Aisyah……….”jawab seorang anak gadis yang bekerja sebagai pengemas bilik di sebuah hotel yang didiami Affan ketika menjalankan latihan praktikal sebuah daerah di Australia.
“Sudah lama kerja di sini?” sambung Affan lagi….
“Sudah tiga tahun…..”jawab Aisyah….
Perbualan ringkas adalah perkenalan pertama Affan dan seorang gadis berkulit hitam manis yang berasal dari Masjid Tanah Melaka itu.Kemiskinan menyebabkannya tercampak ke Australia dan menjadi pengemas bilik di negara kanggaroo itu.
“Saya tidak sekolah tinggi…..setelah tamat darjah enam di Sekolah Kebangsaan Bukit Beringin,saya tidak menyambung sekolah menengah.Saya membantu ibu mendapatkan wang dengan bekerja sebagai penjual sayuran di pasar Masjid Tanah…Ayah meninggal dunia ketika saya darjah tiga”cerita Aisyah suatu hari di sebuah restoran …
Aisyah merembes ketika menceritakan kisah hidupnya…Jelas kelihatan matanya berkaca….Affan mendengar dengan perasaan simpati….Amat kental gadis ini….meninggalkan pelajaran untuk membantu ibunya.Sebagai anak sulong,Aisyah tekad tinggalkan alam persekolahan demi menyara adik-adik ..
Setelah tamat menyambung Master di University of Melbourne,Affan pulang ke tanah air dan menyuarakan hasrat kepada ibunya.
“Mak….Affan sudah ada pilihan hati….”katanya pada satu petang ketika ibunya menuang air tea O kegemarannya.
“Siapa?dia belajar Universiti mana?sama belajar ke?”balas ibunya
“Namanya Aisyah…..saya kenal di Australia…dia bekerja sebagai penegmas bilik di sebuah hotel di Australia….”jawab Affan jujur.
“Apa ?pengemas bilik?”jerkah ibunya
“Mak….dia juga manusia…..walaupun berpendidikan rendah…dia juga wanita mempunyai perasaan….Affan kenal hati budinya…”balas Affan.
“Mak tak setuju!”bentak ibunya lantas meninggalkan Affan termanggu di beranda rumah….
Affan merenung jauh ,seakan panas dirasakan walaupun hujan lebat di luar rumah…
“Affan..belajarlah rajin-rajin…….jadilah manusia berguna….”pesan ayahnya ketika membonceng basikal tua milik ayahnya ke sekolah setiap pagi…
Melihat basikal tua yang terbiar di bawah rumah menyebabkan Affan merembes….Ayahnya menghantar ke sekolah setiap pagi dan sentiasa memberikan kata semangat untuk berjaya dalam pelajaran.
“Ayah…..Affan dapat ke Universiti……”katanya di hospital ketika menziarahi ayahnya yang koma akibat kemalangan …Matanya berlinangan dan terus menerus mengucapkan ayat tersebut di sisi ayahnya……
“Maaf…..kami sudah berusaha sedaya upaya menyelamatkan ayah kamu….namun Allah lebih menyayanginya….”kata doktor .Affan dan ibunya berpelukan dan menangis sepanjang malam …
Mengimbau kenangan silam bersama ayahnya amat meruntun perasaan.Ketika cuti sekolah,Affan mengikut ayahnya ke kebun getah dan melihat betapa payahnya ayah menunggang basikal ke kebun pada subuh yang sunyi berteman nyamuk dan cengkerik malam….
Namun ayah tidak pernah mengeluh.Dengan tulkang empat kerat,ayahnya menoreh getah dan mengumpulkan getah untuk dimesin dan dijual .Dengan rezeki halal itulah ayahnya memebsarkan Affan dan adik-adiknya seramai 3 orang….
Setelah Affan membaca Yasin di tanah kubur,Affan menuturkan ayat “Ayah…..aku amat mencintai Aisyah….aku amat mencintainya namun ibu tidak merestui hubungan kami….Ayah..apa yang perlu aku lakukan??Jawablah Ayah….”
Matanya merah dan berkelopak dengan air mata membasahi pipi…..Affan tiada tempat mengadu dan sering meluahkan perasaan di kubur ayahnya.
“Maafkan Affan…..Affan harap mak merestui perkahwinan kami….”kata Affan memohon restu ibunya setelah majlis perkahwinan.Majlis perkahwinan diadakan secara kecilan dan hanya keluarga terdekat dan teman baik dijemput.
Ibunya seakan tidak endah dan tidak menyambut tangan menantunya Aisyah.Affan hanya diam membatu melihat karenah ibu tersayang….
“Sabarlah sayang…mungkin suatu hari nanti mak akan terima sayang seadanya..”pujuk Affan menggembirakan isterinya…
“Inilah kali pertama Aisyah ke sini……gembira sangat!”luahnya isterinya pabila menjejakkan kali ke bumi pulau Langkawi untuk berbulan madu dengan suami tersayang….Affan hanya mengangguk dan faham.
Masa berlalu amat pantas.Berita paling menggembirakan Aisyah kini berbadan dua…Doktor memberitahu Aisyah akan mendapat anak kembar…
Ketika Aisyah sakit bersalin di hospital Besar Melaka ,ibu mertua menemaninya kerana Affan bertugas di luar negara.Saat getir tanpa suami amat menghiris perasaan namun Aisyah faham keadaan suaminya yang perlu bekerja dalam dan luar negara.
Apabila selamat bersalin,ibu mertua mengucup dahi Aisyah dan mengucapkan tahniah kerana selamat menjadi ibu dan mendapat dua cahaya mata kembar.Aisyah tidak dapat menahan air mata kerana inilah kali pertama ibu mentua mengucapkan ayat yang penuh kasih sayang….
“Maafkan mak……maafkan mak…selama ini mak tidak menghargai Aisyah..namun Aisyah melayan suami dan ibu mertua dengan baik…..kini baru mak sedar segala salah silap mak….”kata ibu mentuanya sambil mendukung kedua-dua cucu kembarnya di hospital.
Aisyah masih ingat ketika suami tersayang berada di luar negara,Aisyah yang menguruskan rumah tangga.Walaupun perut membesar dan sarat mengandung,Aisyah membawa ibu mertua mendapatkan rawatan kencing manis dan mengambil ubat di hospital kerajaan.Aisyah tidak pernah mengeluh mengemas rumah,memasak dan melakukan pelbagai kerja rumah.Segala tugas dilakukan dengan hati yang tulus…
Affan pulang ke tanah air setelah Safa dan Syahirah berusia dua minggu.Dicium anak kembarnya bertali-tali.Amat gembhira melihat wajah anak-anak yang sihat dan wajah mereka pula seiras ibu mereka.
Aisyah yang masih dalam pantang tidak dapat menyambut suami di lapangan terbang KLIA.Hnaya doa yang dipanjangkan kepada Tuhan ahar suami tersayang selamat pulang.
Keletah Safa dan Syahirah amat menggembirakan neneknya,Hajjah Shafiah.Masa berlalu dan kini kedua-duanya sudah pandai memanggil Nenek.Hajjah Shafiah amat gembira kesunyian rumah terisi dengan keletah cucu kesayangan yang sudah pandai menunggang basikal dalam rumah….
Apabila pulang ke rumah,Affan pasti mengajar isterinya membaca ayat-ayat Quran.Sepatah demi patah diajar dan kini Aisyah sudah pandai mengajji.Alunan merdu bacaan Quran menghiasai kamar asmara cinta dua hati Affan dan Aisyah.
Amat gembira Affan.Setiap malam Jumaat Affan bersama isterinya mengalunkan surah Yasin dalam kamar di malam yang sunyi setelah menunaikan solat tahajjud bersama…Itulah rutin Affan dan isterinya setiap pagi Jumaat,bangun sepertiga malam dan solat tahajjud bersama-sama.
“Sayang…..bacakan surah Yasin…….”pinta Affan di bilik wad hospital ketika usianya semakin ke penghujung….
Aisyah menitiskan air mata dan terus menerus membaca surah Yasin di sisi kepala suami tersayang….Panas yang disangka akan ke petang,namun hujan di tengahari…itulah ketentuan Allah….Affan menderita kanser otak dan disahkan tahap kritikal oleh doktor.
Safa dan Syahirah yang baru bersekolah Tabika masih tidak memahami penderitaan ayah mereka.Mereka asyik bermain –main di hujung katil melihat ayah mereka terbaring….
Ketika Aisyah membaca ayat-ayat Tuhan bermaksud “Maka pada hari itu, tidak ada seseorang yang akan dianiaya sedikitpun, dan kamu pula tidak akan dibalas melainkan menurut amal yang kamu telah kerjakan. Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan; Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin; Mereka beroleh dalam Syurga itu pelbagai jenis buah-buahan, dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki; (Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.” Terdengar suara kecil suaminya menyebut kalimah LAILAHAILLALLAH dan mesin pengimbas denyutan jantung terhenti……….
Aisyah memeluk jasad suaminya yang kini telah pergi buat selamanya……..
~~ TAMAT ~~
HAKCIPTA TERPELIHARA @ 2012 SAAT SULAIMAN
www.saatcham.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment