Kalimat taubat di dalam al-Qur'an.
Taubat lahir daripada akar ta wau ba, yang daripadanya terbit tiga kalimat iaitu taba, matab, dan tawwab. Diturunkan di sini semua ayat yang mengandungi kalimat-kalimat tersebut:
2:37. Lalu Adam menerima kata-kata tertentu daripada Pemeliharanya, dan Dia menerima taubatnya; sesungguhnya Dialah Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih.
2:54. Dan apabila Musa berkata kepada kaumnya, "Wahai kaumku, kamu telah menzalimi diri-diri kamu sendiri dengan pengambilan Anak Lembu kamu, maka bertaubatlah kepada Pencipta kamu, dan bunuhlah diri-diri kamu sendiri (sesama sendiri). Itu lebih baik bagi kamu di sisi Pencipta kamu, dan Dia akan menerima taubat kamu; sesungguhnya Dialah Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih."
2:128. Wahai Pemelihara kami, buatlah kami muslim (tunduk patuh) kepada Engkau, dan daripada keturunan kami, umat yang muslim kepada Engkau; dan perlihatkanlah kepada kami peribadatan kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih.
2:159. Orang-orang yang menyembunyikan bukti-bukti yang jelas, dan petunjuk yang Kami menurunkan, setelah Kami memperjelaskan kepada manusia di dalam al-Kitab, mereka dilaknati Allah, dan mereka dilaknati para pelaknat,
2:160. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan membetulkan, dan menunjukkan dengan jelas. Terhadap mereka, Aku akan menerima taubat; Aku Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih.
2:187. Dihalalkan bagi kamu, pada malam puasa, bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagi kamu, dan kamu, pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawa kamu mengkhianati diri-diri kamu sendiri, dan menerima taubat kamu, dan memaafkan kamu. Maka sekarang campurilah mereka, dan carilah apa yang Allah menuliskan (menetapkan) untuk kamu. Dan makan dan minumlah, sehingga benang putih menjadi jelas bagi kamu daripada benang hitam, pada fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sampai malam, dan janganlah mencampuri mereka sedang kamu bertekun (iktikaf) di masjid. Itulah had-had (hudud) Allah; janganlah keluar daripadanya. Begitulah Allah memperjelaskan ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya mereka bertakwa.
2:222. Mereka menanyai kamu mengenai haid. Katakanlah, "Ia adalah gangguan; maka hendaklah kamu menjauhkan daripada perempuan-perempuan semasa dalam haid, dan janganlah mendekati mereka sehingga mereka bersih. Apabila mereka telah membersihkan diri-diri mereka, maka datangilah mereka sebagaimana Allah memerintahkan kamu." Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat, dan Dia menyukai orang-orang yang membersihkan diri mereka.
2:279. Tetapi jika kamu tidak buat, maka ketahuilah pernyataan bahawa Allah akan berperang dengan kamu, dan rasul-Nya; namun begitu, jika kamu bertaubat, kamu akan dapat harta kamu dengan tidak menzalimi, dan tidak dizalimi.
(mengenai riba)
3:89. Tetapi orang-orang yang bertaubat sesudah itu, dan membetulkan, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
3:90. Sesungguhnya orang-orang yang tidak percaya sesudah keimanan mereka, dan kemudian bertambah dalam ketidakpercayaan (kekafiran), maka taubat mereka tidak akan diterima; mereka itulah orang-orang yang sesat.
(taubat tidak diterima)
3:128. Tidak ada daripada urusan itu bagi kamu, sama ada Dia menerima taubat mereka, atau mengazab mereka; kerana mereka adalah orang-orang yang zalim.
(bukan urusan Nabi)
4:16. Dan apabila dua orang antara kamu (lelaki) melakukannya (kesumbangan), maka hukumlah keduanya; tetapi jika mereka bertaubat, dan membetulkan, maka berpalinglah daripada keduanya; Sesungguhnya Allah adalah Yang Menerima Taubat, Pengasih.
(homoseksual bertaubat)
4:17. Allah hanya menerima taubat orang-orang yang membuat kejahatan dalam kejahilan, kemudian dengan segera bertaubat; Allah akan menerima taubat mereka, dan Allah adalah Mengetahui, Bijaksana.
(taubat hanya diterima daripada orang yang membuat kejahatan dalam kejahilan)
4:18. Tetapi tidak diterima taubat orang-orang yang melakukan kejahatan sehingga, apabila salah seorang antara mereka didatangi kematian, dia berkata, "Sesungguhnya sekarang saya bertaubat", dan tidak juga bagi orang-orang yang mati dengan tidak percaya (kafir); bagi mereka, Kami menyediakan azab yang pedih.
(taubat tidak diterima)
4:26. Allah menghendaki untuk memperjelaskan kepada kamu, dan untuk memberi petunjuk kepada kamu pada sunnah (resam) orang-orang yang sebelum kamu, dan untuk menerima taubat kamu; Allah Mengetahui, Bijaksana.
4:27. Dan Allah menghendaki untuk menerima taubat kamu, tetapi orang-orang yang mengikuti hawa nafsu (syahwat), mereka menghendaki supaya kamu menyimpang dengan penyimpangan yang besar.
4:64. Kami tidak mengutus seseorang rasul melainkan bahawa dia patut ditaati, dengan izin Allah. Jika, apabila mereka menzalimi diri-diri mereka sendiri, mereka datang kepada kamu, dan meminta ampun kepada Allah, dan rasul meminta ampun untuk mereka, tentu mereka mendapati Allah, Menerima Taubat, Pengasih.
4:92. Tiadalah bagi seorang mukmin untuk membunuh seorang mukmin melainkan dengan tersilap, dan sesiapa membunuh seorang mukmin dengan tersilap, maka hendaklah dia memerdekakan seorang hamba yang mukmin, dan ganti rugi hendaklah dibayar kepada keluarganya, kecuali mereka menyedekahkannya. Jika dia daripada kaum yang bermusuhan dengan kamu, dan dia seorang mukmin, maka pembunuh hendaklah memerdekakan seorang hamba yang mukmin, dan jika dia daripada kaum yang berhubungan dengan kamu dengan perjanjian, maka ganti rugi hendaklah dibayar kepada keluarganya, dan pembunuh akan memerdekakan seorang hamba yang mukmin; jika dia tidak mendapatkannya, hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut - taubat Allah; Allah adalah Mengetahui, Bijaksana.
4:145. Sesungguhnya orang-orang munafik berada di dalam bahagian yang paling bawah di Api, dan kamu tidak mendapati bagi mereka sebarang penolong.
4:146. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan membetulkan, dan berpegang teguh kepada Allah, dan menuluskan agama untuk Allah. Mereka itu adalah berserta orang-orang mukmin, dan Allah pasti akan memberikan orang-orang mukmin upah yang besar.
(orang munafik)
5:33. Sesungguhnya balasan ke atas orang-orang yang memerangi Allah dan rasul-Nya, dan yang berusaha di bumi untuk membuat kerosakan - mereka dibunuh, atau disalib, atau tangan-tangan mereka dan kaki-kaki mereka dipotong berselang-seli, atau mereka dibuang daripada bumi. Itulah suatu kerendahan bagi mereka di dunia; dan di akhirat, bagi mereka azab yang besar.
5:34. Kecuali orang-orang yang bertaubat sebelum kamu menguasai mereka. Maka ketahuilah bahawa Allah Pengampun, Pengasih.
5:39. Sesiapa bertaubat sesudah kezalimannya, dan dia membetulkan, Allah akan menerima taubatnya; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
(ayat 5:38 mengenai pencuri)
5:70. Dan Kami telah mengambil perjanjian Bani Israil, dan Kami mengutus rasul-rasul kepada mereka. Setiap kali datang kepada mereka seorang rasul, dengan apa yang jiwa mereka tidak menginginkan, segolongan mereka mendustakan, dan segolongan lain mereka bunuh.
5:71. Dan mereka menyangka bahawa tidak akan menjadi cubaan; mereka menjadi buta, dan menjadi pekak. Kemudian Allah menerima taubat mereka; kemudian mereka menjadi buta lagi, kebanyakan daripada mereka, menjadi pekak; dan Allah melihat apa yang mereka buat.
5:73. Orang-orang yang tidak percayalah yang berkata, "Allah ialah yang ketiga daripada yang Tiga." Tidak ada tuhan selain Tuhan Yang Satu. Jika mereka tidak berhenti daripada apa yang mereka mengatakan, tentu akan menyentuh orang-orang antara mereka yang tidak percaya, azab yang pedih.
5:74. Tidakkah mereka bertaubat kepada Allah, dan meminta ampunan-Nya? Allah Pengampun, Pengasih.
6:54. Dan apabila orang-orang yang mempercayai ayat-ayat Kami datang kepada kamu, katakanlah, "Salamun alaikum (Kesejahteraan ke atas kamu)." Pemelihara kamu menuliskan (menetapkan) untuk diri-Nya pengasihan, bahawa sesiapa antara kamu membuat kejahatan dalam kejahilan, dan sesudah itu bertaubat, dan membetulkan, maka sesungguhnya Dia Pengampun, Pengasih.
(salamun alaikum)
7:143. Dan apabila Musa datang pada waktu yang Kami menetapkan, dan Pemeliharanya berkata-kata dengannya, dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, perlihatkanlah kepadaku, supaya aku dapat melihat Engkau." Berkatalah Dia, "Kamu tidak akan melihat Aku; tetapi perhatikanlah gunung itu - jika ia tetap di tempatnya, maka kamu akan melihat Aku." Dan apabila Pemeliharanya menampakkan-Nya kepada gunung, Dia membuatnya hancur menjadi debu, dan Musa jatuh pengsan. Setelah dia terjaga, dia berkata, "Engkau disanjung! Aku bertaubat kepada Engkau; aku yang pertama antara orang-orang mukmin."
7:153. Dan orang-orang yang mengerjakan kejahatan, kemudian bertaubat sesudah itu, dan percaya, sesungguhnya Pemelihara kamu sesudahnya, Pengampun, Pengasih.
9:3. Satu pengisytiharan daripada Allah dan rasul-Nya kepada manusia pada hari Haji Besar, "Allah berlepas diri, dan rasul-Nya, daripada orang-orang yang menyekutukan. Maka jika kamu bertaubat, itu lebih baik bagi kamu; tetapi jika kamu berpaling, ketahuilah bahawa kamu tidak dapat mengandaskan Allah." Dan berilah kamu berita gembira kepada orang-orang yang tidak percaya dengan azab yang pedih,
9:5. Kemudian, apabila bulan-bulan haram telah pergi, bunuhlah orang-orang yang menyekutukan di mana sahaja kamu mendapati mereka, dan ambillah mereka, dan tahanlah mereka, dan tunggulah mereka di tiap-tiap tempat untuk memerangkap mereka. Tetapi jika mereka bertaubat, dan jika mereka melakukan solat, dan memberikan zakat, maka biarkanlah mereka pergi jalan mereka; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
9:11. Namun demikian, jika mereka bertaubat, dan melakukan solat, dan memberikan zakat, maka mereka adalah saudara-saudara kamu dalam agama; dan Kami menjelaskan ayat-ayat bagi kaum yang mengetahui.
9:15. Dan Dia menghilangkan kemarahan di dalam hati mereka; dan Allah menerima taubat sesiapa yang Dia mengkehendaki; Allah Mengetahui, Bijaksana.
9:27. Kemudian Allah, sesudah itu, menerima taubat siapa yang Dia mengkehendaki; Allah Pengampun, Pengasih.
9:74. Mereka bersumpah dengan Allah bahawa mereka tidak mengatakan, tetapi sesungguhnya mereka mengatakan kata ketidakpercayaan, dan mereka tidak percaya (kafir) setelah mereka islam. Mereka bermaksudkan apa yang mereka tidak akan capai, dan mereka mendendami hanya setelah Allah mencukupkan mereka, dan rasul-Nya, daripada pemberian-Nya. Maka jika mereka bertaubat, ia adalah lebih baik bagi mereka; jika mereka berpaling, Allah akan mengazab mereka dengan azab yang pedih di dunia dan di akhirat; di bumi mereka tidak ada wali (pelindung), dan tidak juga ada penolong.
9:102. Dan yang lain mengakui kesalahan-kesalahan mereka; mereka telah mencampuradukkan amalan yang baik dengan yang lain, yang jahat. Mudah-mudahan Allah akan menerima taubat mereka; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
9:104. Adakah mereka mengetahui bahawa Allah Dialah yang menerima taubat daripada hamba-hamba-Nya, dan Dia mengambil sedekah, dan bahawa Allah, Dia Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih?
9:106. Dan yang lain ditangguhkan hingga perintah Allah, sama ada Dia mengazab mereka, atau menerima taubat mereka; Allah Mengetahui, Bijaksana.
9:112. Orang-orang yang bertaubat, orang-orang yang menyembah, orang-orang yang memuji, orang-orang yang berpergian, orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud, orang-orang yang menyuruh pada yang baik dan melarang daripada kemungkaran, dan orang-orang yang menjaga had-had Allah - dan berilah kamu berita gembira kepada orang-orang mukmin.
(orang mukmin)
9:117. Allah menerima taubat Nabi, dan penghijrah-penghijrah, dan penolong-penolong, yang mengikutinya dalam saat kesukaran, setelah hati segolongan daripada mereka hampir-hampir menyimpang; kemudian Dia menerima taubat mereka; sesungguhnya Dia Lembut kepada mereka, Pengasih.
9:118. Dan kepada tiga orang yang ditinggalkan, sehingga apabila bumi terasa sempit bagi mereka, dengan segala keluasannya, dan jiwa mereka terasa sempit bagi mereka, dan mereka menyangka bahawa tidak ada tempat perlindungan daripada Allah kecuali kepada-Nya, kemudian Dia menerima taubat mereka supaya mereka juga bertaubat; sesungguhnya Allah, Dia Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih.
9:126. Tidakkah mereka melihat bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun? Namun begitu, mereka masih tidak bertaubat, dan tidak juga mereka mengingati.
11:3. Dan, "Hendaklah kamu meminta ampun kepada Pemelihara kamu, kemudian bertaubatlah kepada-Nya, dan Dia akan memberi kesenangan yang baik kepada kamu hingga satu tempoh yang dinyatakan, dan Dia memberi daripada pemberian-Nya kepada setiap orang yang mempunyai kelebihan. Tetapi jika kamu berpaling, aku takut untuk kamu akan azab hari yang besar.
11:52. Dan, wahai kaumku, mintalah ampun kepada Pemelihara kamu, kemudian bertaubatlah kepada-Nya, dan Dia akan mengutus langit dengan hujan lebat kepada kamu, dan Dia akan menambahkan kamu dalam kekuatan ke dalam kekuatan kamu; dan janganlah kamu berpaling sebagai orang-orang yang berdosa."
11:61. Dan kepada Tsamud, saudara mereka Salleh; dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah. Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia. Dialah yang menumbuhkan kamu daripada bumi dan menetapkan kamu di dalamnya; maka mintalah ampun kepada-Nya, kemudian bertaubatlah kepada-Nya. Sesungguhnya Pemeliharaku dekat, dan menyahuti."
11:90. Dan mintalah ampun kepada Pemelihara kamu, kemudian bertaubatlah kepada-Nya; sesungguhnya Pemeliharaku Pengasih, Penyayang."
11:112. Maka hendaklah kamu berlaku lurus, sebagaimana kamu diperintahkan, dan sesiapa yang bertaubat bersama kamu; dan janganlah kamu melampaui batas; sesungguhnya Dia melihat apa yang kamu buat.
13:30. Demikianlah Kami mengutus kamu kepada satu umat yang sebelumnya beberapa umat telah berlalu untuk membacakan mereka apa yang Kami mewahyukan kamu; namun begitu, mereka tidak percaya kepada Yang Pemurah. Katakanlah, "Dia Pemelihara aku; tidak ada tuhan melainkan Dia. Kepada-Nya aku mempercayakan (tawakal), dan kepada-Nya aku bertaubat."
16:119. Kemudian, sesungguhnya Pemelihara kamu - bagi orang-orang yang membuat kejahatan dalam kejahilan, kemudian bertaubat sesudah itu, dan membetulkan - sesungguhnya Pemelihara kamu sesudah itu, Pengampun, Pengasih.
19:59. Kemudian menggantilah selepas mereka pengganti-pengganti yang mensia-siakan solat, dan mengikuti hawa nafsu (syahwat); maka mereka akan menemui kesalahan,
19:60. Kecuali orang yang bertaubat, dan percaya, dan membuat kerja kebaikan; mereka itu, mereka akan masuk Taman (Jannah), dan mereka tidak akan dizalimi sedikit pun,
20:82. Sesungguhnya Aku, Yang Pengampun kepada orang yang bertaubat, dan percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, dan akhirnya mendapat petunjuk."
20:122. Setelah itu Pemeliharanya memilihnya, dan menerima taubatnya, dan Dia memberinya petunjuk.
24:4. Dan orang-orang yang membalingkan kepada wanita-wanita yang berkahwin, dan kemudian tidak mendatangkan empat saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh sebatan, dan janganlah terima sebarang kesaksian mereka selama-lamanya; mereka itu, merekalah orang-orang fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan).
24:5. Kecuali orang-orang yang bertaubat selepas itu, dan membetulkan, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
24:10. Tetapi kerana pemberian Allah kepada kamu, dan pengasihan-Nya, dan bahawa Allah Menerima Taubat, Bijaksana!
24:31. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya; dan hendaklah mereka meletakkan penudung mereka pada dada mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara perempuan mereka, atau perempuan mereka, atau apa yang tangan kanan mereka memiliki, atau lelaki yang melayan mereka yang tanpa mempunyai keinginan seks, atau kanak-kanak kecil yang belum mengerti aurat (bahagian-bahagian sulit) perempuan; dan janganlah juga mereka menghentakkan kaki mereka supaya perhiasan mereka yang tersembunyi diketahui. Dan bertaubatlah semua bersama kepada Allah, wahai orang-orang mukmin, agar kamu beruntung.
25:68. Yang tidak menyeru tuhan yang lain bersama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang Allah mengharamkan kecuali dengan patut, dan tidak juga berzina, kerana sesiapa yang berbuat demikian itu akan menemui harga dosa.
25:69. Akan dilipatgandakkan azab untuknya pada Hari Kiamat, dan dia tinggal di dalamnya, terhina selama-lamanya.
25:70. Kecuali orang yang bertaubat, dan percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan; bagi mereka itu, Allah akan menukarkan kejahatan-kejahatan mereka dengan yang baik, dan Allah adalah Pengampun, Pengasih.
25:71. Dan sesiapa bertaubat, dan membuat kerja-kerja kebaikan, dia benar-benar bertaubat kepada Allah dalam taubat.
28:67. Tetapi bagi orang yang bertaubat, dan percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, mudah-mudahan dia termasuk orang-orang yang beruntung.
33:24. Supaya Allah membalas orang-orang yang benar kerana kebenaran mereka, dan mengazab orang-orang munafik, jika Dia mengkehendaki, atau menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah adalah Pengampun, Pengasih.
33:73. Supaya Allah mengazab orang-orang munafik lelaki dan orang-orang munafik perempuan, dan orang-orang lelaki yang menyekutukan dan orang-orang perempuan yang menyekutukan; dan supaya Allah menerima taubat orang-orang mukmin lelaki, dan orang-orang mukmin perempuan. Allah adalah Pengampun, Pengasih.
40:3. Pengampun kesalahan, Penerima taubat, Keras dalam pembalasan sewajar-Nya, Yang Mewah; tidak ada tuhan melainkan Dia, dan kepada-Nya kepulangan.
40:7. Mereka yang membawa Arasy, dan mereka di sekelilingnya menyanjung dengan memuji Pemelihara mereka, dan mempercayai-Nya, dan mereka meminta ampun untuk orang-orang yang percaya, "Wahai Pemelihara kami, Engkau merangkumi segala sesuatu dalam pengasihan dan pengetahuan; maka ampunilah orang-orang yang bertaubat, dan mengikuti jalan Engkau, dan lindungilah mereka daripada azab Jahim.
(doa malaikat)
42:25. Dia yang menerima taubat daripada hamba-hamba-Nya, dan memaafkan kejahatan-kejahatan; Dia mengetahui apa yang kamu buat.
46:15. Kami mewasiatkan manusia, bahawa dia berbuat baik kepada ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah; pengandungannya dan penyusuannya tiga puluh bulan. Sehingga, apabila dia sampai dewasa, dan sampai empat puluh tahun, dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, sediakanlah aku supaya aku berterima kasih atas rahmat Engkau, yang dengannya Engkau merahmati aku dan bapa dan ibuku, dan supaya aku membuat kerja-kerja kebaikan yang memuaskan hati Engkau, dan betulkanlah aku, dan juga pada keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau, dan aku termasuk orang-orang yang muslim (tunduk patuh)."
(doa umur 40 tahun)
49:11. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah sesuatu kaum mengejek kaum yang lain, yang mungkin lebih baik daripada mereka; dan jangan juga perempuan-perempuan memperolok-olokkan perempuan-perempuan yang mungkin lebih baik daripada mereka. Dan jangan mencari kesilapan diri-diri (sesama) kamu, dan jangan juga menghina satu sama lain dengan nama-nama gelaran. Satu nama yang buruk ialah fasiq setelah iman. Dan sesiapa tidak bertaubat, maka mereka itu, merekalah orang-orang yang zalim.
(jangan mengejek)
49:12. Wahai orang-orang yang percaya, jauhilah kebanyakan sangkaan; sebahagian sangkaan adalah dosa. Dan janganlah mengintip, dan jangan juga mengumpat satu sama lain; adakah salah seorang antara kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Kamu membencinya! Dan kamu takutilah Allah; sesungguhnya Allah Menerima Taubat, Pengasih.
58:13. Adakah kamu takut, sebelum pembicaraan rahsia kamu, untuk mendahulukan sedekah? Jika kamu tidak mengerjakan, dan Allah menerima taubat kamu, maka lakukanlah solat, dan berikanlah zakat, dan taatlah kepada Allah dan rasul-Nya. Allah menyedari apa yang kamu buat.
(pembicaraan rahsia dengan Nabi)
66:4. Jika kamu berdua (isteri Nabi) bertaubat kepada Allah, hati kamu pasti condong, tetapi jika kamu bantu membantu terhadap dia, maka Allah, Dia Pelindungnya, dan Jibril, dan yang salih di kalangan orang-orang mukmin; dan sesudah itu, malaikat-malaikat adalah penyokong-penyokongnya.
66:5. Mungkin, jika dia (Nabi) menceraikan kamu, Pemeliharanya akan menukarkan dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu, yang muslim, yang mukmin, yang patuh, yang bertaubat, yang warak, yang berpergian, yang janda, dan yang dara.
66:8. Wahai orang-orang yang percaya, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang tulus hati; mungkin Pemelihara kamu akan melepaskan kamu daripada kejahatan-kejahatan kamu, dan memasukkan kamu ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Pada hari apabila Allah tidak mengaibkan Nabi dan orang-orang yang percaya bersama dia, cahaya mereka mengalir di hadapan mereka, dan di sebelah kanan mereka; dan mereka berkata, “Wahai Pemelihara kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan ampunilah kami; sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu.”
(taubat yang tulus hati)
73:20. Pemelihara kamu mengetahui bahawa kamu berjaga-jaga hampir dua per tiga malam, atau separuhnya, atau satu per tiganya, dan segolongan daripada orang-orang yang bersama kamu. Dan Allah menentukan malam dan siang. Dia mengetahui bahawa kamu tidak akan menjumlahkannya, dan Dia menerima taubat kamu. Maka bacalah daripada Al-Qur’an semudah yang dapat. Dia mengetahui bahawa antara kamu ada yang sakit, dan yang lain antara kamu berpergian di bumi, mencari pemberian Allah, dan yang lain berperang di jalan Allah. Maka bacalah daripadanya semudah yang dapat. Dan lakukanlah solat, dan berikanlah zakat, dan pinjamkanlah kepada Allah satu pinjaman yang baik. Apa sahaja kebaikan yang kamu mendahulukan untuk jiwa kamu, kamu akan mendapatinya di sisi Allah yang lebih baik, dan upah yang lebih besar. Dan mintalah ampunan Allah; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
85:10. Orang-orang yang menganiayai orang-orang mukmin lelaki dan orang-orang mukmin perempuan, dan kemudian tidak bertaubat, maka bagi mereka azab Jahanam, dan bagi mereka, azab yang membakar.
(jangan menganiayai mukmin lelaki dan perempuan)
110:3. Maka sanjunglah dengan memuji Pemelihara kamu, dan mintalah ampun kepada-Nya, sesungguhnya Dialah yang menerima taubat.
Sumber :
http://www.e-bacaan.com/
Sunday, June 12, 2011
Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi kata nama "azab"
Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi kata nama "azab" adalah:
2:86. Mereka itulah orang-orang yang membeli kehidupan dunia dengan akhirat. Bagi mereka azab tidak diringankan, dan tidak juga mereka ditolong.
2:96. Dan kamu mendapati mereka, manusia yang paling menginginkan kehidupan, dan daripada orang-orang yang mempersekutukan, ada seorang daripada mereka beringinkan bahawa dia diberi umur seribu tahun; namun begitu, dia dengan dipanjangkan umur, tidak akan menyingkirnya daripada azab. Allah melihat apa yang mereka buat.
2:162. Di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya; azab tidak akan diringankan untuk mereka; tiada penangguhan akan diberi kepada mereka.
2:165. Tetapi ada manusia yang mengambil untuk mereka rakan-rakan, selain daripada Allah, dengan mencintainya sebagaimana Allah dicintai, tetapi orang-orang yang percaya, mencintai Allah dengan lebih cinta. Sekiranya orang-orang yang membuat kezaliman dapat melihat, ketika mereka melihat azab, bahawa kekuatan kesemuanya adalah kepunyaan Allah, dan bahawa Allah amat keras dalam azab.
2:166. Apabila orang-orang yang diikuti berlepas diri daripada pengikut-pengikut mereka, dan mereka melihat azab, dan tali-tali mereka diputuskan.
2:175. Mereka itulah orang-orang yang membeli kesilapan dengan petunjuk, dan azab dengan keampunan; betapa sabarnya mereka menahan Api!
3:88. Di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya; azab tidak akan diringankan untuk mereka; tiada penangguhan akan diberi kepada mereka.
3:106. Pada hari apabila beberapa muka menjadi hitam, dan beberapa muka menjadi putih. Bagi orang-orang yang muka-muka mereka menjadi hitam, "Kenapa kamu tidak percaya (kafir) sesudah keimanan kamu? Maka rasalah azab kerana kamu tidak percaya."
3:188. Janganlah menyangka bahawa orang-orang yang bergembira dengan apa yang mereka mendatangkan, dan suka dipuji atas apa yang mereka tidak buat; janganlah kamu menyangka bahawa mereka aman daripada azab; dan bagi mereka, azab yang pedih.
(suka dipuji atas apa yang tidak buat)
4:25. Dan sesiapa antara kamu yang tidak mempunyai kemewahan untuk membolehkan mengahwini wanita-wanita merdeka yang mukmin, maka dia mengambil pemudi kamu yang mukmin yang tangan kanan kamu memiliki; Allah sangat mengetahui mengenai keimanan kamu, sebahagian kamu daripada sebahagian yang lain. Maka kahwinilah mereka dengan izin keluarga mereka, dan berilah mereka upah mereka dengan baik sebagai wanita-wanita dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam perzinaan, atau mengambil sebagai teman rahsia, tetapi apabila mereka telah dinikahi dan jika mereka melakukan kesumbangan, maka bagi mereka separuh daripada azab wanita yang merdeka. Itu adalah bagi orang-orang antara kamu yang menakuti penderitaan (dosa zina); dan lebih baik bagi kamu jika kamu bersabar. Allah Pengampun, Pengasih.
4:56. Sesungguhnya orang-orang yang tidak percaya kepada ayat-ayat Kami, Kami pasti akan memanggang mereka di Api. Setiap kali kulit-kulit mereka hangus kesemuanya, Kami menukarkan dengan kulit-kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah adalah Perkasa, Bijaksana.
(kulit)
5:80. Kamu melihat kebanyakan antara mereka menjadikan orang-orang yang tidak percaya sebagai sahabat-sahabat mereka. Buruknya apa yang mereka mendahulukan untuk diri-diri mereka sendiri, kerana kemurkaan Allah kepada mereka, dan dalam azab mereka tinggal selama-lamanya.
6:30. Jika kamu dapat melihat ketika mereka diberhentikan di hadapan Pemelihara mereka; Dia berkata, "Bukankah ini yang benar?" Mereka berkata, "Ia benar, demi Pemelihara kami!" Dia berkata, "Maka rasalah azab kerana ketidakpercayaan kamu."
6:40. Katakanlah, "Apa pendapat kamu, jika azab Allah datang kepada kamu, atau Saat datang kepada kamu, adakah kamu menyeru sesiapa selain daripada Allah, jika kamu berkata benar?"
6:47. Katakanlah, "Apa pendapat kamu, jika azab Allah datang kepada kamu dengan tiba-tiba, atau dengan nyata; tidakkah sesiapa yang dimusnahkan melainkan kaum yang zalim?"
6:49. Tetapi orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, merekalah yang azab akan sentuh kerana mereka berbuat kefasiqan.
6:65. Katakanlah, "Dia berkuasa untuk mengirimkan kepada kamu azab, dari atas kamu atau dari bawah kaki kamu, atau untuk mengelirukan kamu dalam golongan-golongan, dan untuk merasakan kepada kamu bencana satu sama lain." Perhatikanlah bagaimana Kami mengulang-ulangi ayat-ayat supaya mereka memahami.
(bencana bergolongan adalah azab)
6:70. Dan tinggalkanlah orang-orang yang mengambil agama mereka untuk satu permainan, dan satu hiburan, dan yang kehidupan dunia menipu mereka. Peringatkanlah dengannya supaya sesuatu jiwa tidak dibinasakan kerana apa yang ia mengusahakan; selain daripada Allah, ia tidak ada wali (pelindung) dan tidak ada pengantara, dan jika ia menebus dengan yang setara, ia tidak akan diambil daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dibinasakan kerana apa yang mereka mengusahakan. Bagi mereka, minuman daripada air yang mendidih, dan azab yang pedih, kerana mereka tidak percaya.
6:93. Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah, atau dia berkata, "Kepada aku ia diwahyukan"; padahal tiada yang diwahyukan kepadanya, atau orang yang berkata, "Aku akan menurunkan yang serupa dengan apa yang Allah menurunkan"? Jika kamu dapat melihat ketika orang-orang yang zalim dalam kesengsaraan kematian, dan malaikat-malaikat menjulurkan tangan-tangan mereka, "Keluarkanlah jiwa kamu! Hari ini kamu dibalas dengan azab yang menghinakan kerana kamu mengatakan yang tidak benar terhadap Allah, dan menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya."
7:38. Berkata, "Masuklah kamu kepada umat-umat yang telah berlalu sebelum kamu, daripada jin dan manusia, ke dalam Api." Setiap kali sesuatu umat masuk, ia melaknatkan kawannya sehingga, apabila mereka semua telah berkumpul di dalamnya, yang terakhir daripada mereka berkata kepada yang pertama, "Wahai Pemelihara kami, mereka inilah yang menyesatkan kami, maka berilah mereka azab dua kali ganda daripada Api." Berkata, "Bagi masing-masing dua kali ganda, tetapi kamu tidak mengetahui."
7:39. Yang pertama daripada mereka berkata kepada yang terakhir, "Kamu tidak ada kelebihan di atas kami, maka rasalah azab kerana apa yang kamu mengusahakan."
7:156. Dan tuliskanlah (tetapkanlah) untuk kami dalam kehidupan dunia ini yang baik, dan di akhirat; kami bertaubat kepada Engkau." Berkatalah Dia, "Azab-Ku, Aku menimpakan dengannya siapa yang Aku mengkehendaki, dan pengasihan-Ku, merangkumi segala sesuatu, dan Aku akan menuliskannya untuk orang-orang yang bertakwa, dan memberi zakat, dan orang-orang yang benar-benar mempercayai ayat-ayat Kami,
8:35. Dan solat mereka di Rumah tidak lain hanyalah siulan dan tepukan tangan; maka kamu rasalah azab kerana ketidakpercayaan kamu!
9:52. Katakanlah, "Adakah kamu menunggu-nunggu supaya tidak datang kepada kami melainkan salah satu daripada dua ganjaran yang paling baik? Kami juga menunggu untuk kamu supaya Allah menimpakan kamu dengan azab daripada-Nya, atau dengan tangan kami. Maka tunggulah; kami sedang menunggu bersama kamu."
10:50. Katakanlah, "Apa pendapat kamu, jika azab-Nya datang kepada kamu pada waktu malam atau siang, apakah bahagian yang orang-orang berdosa minta disegerakan?
10:54. Jika tiap-tiap jiwa yang membuat kezaliman mempunyai semua yang ada di bumi, tentu ia menebus dirinya dengannya; dan mereka akan merahsiakan penyesalan apabila mereka melihat azab, dan dengan adil perkara diputuskan antara mereka, dan mereka tidak dizalimi.
10:98. Mengapakah tidak ada sebuah bandar raya yang percaya, dan imannya bermanfaat kepadanya, melainkan kaum Yunus; apabila mereka percaya, Kami menghilangkan daripada mereka azab kerendahan dalam kehidupan dunia, dan Kami memberi mereka kesenangan untuk suatu waktu.
11:8. Dan jika Kami menangguhkan azab daripada mereka hingga waktu perhitungannya, mereka akan berkata, "Apakah yang menahannya?" Sesungguhnya, pada hari ia datang kepada mereka, ia tidak akan dipalingkan daripada mereka, dan mereka diliputi oleh apa yang mereka memperolok-olokkan.
11:20. Mereka tidak boleh mengandaskan-Nya di bumi, dan mereka tidak ada wali (pelindung) selain daripada Allah. Bagi mereka azab akan dilipatgandakan; mereka tidak dapat mendengar, dan tidak juga mereka melihat.
11:76. "Wahai Ibrahim, berpalinglah daripada ini. Sesungguhnya perintah Pemelihara kamu telah datang, dan datang kepada mereka azab yang tidak dapat dikembalikan."
12:107. Adakah mereka berasa aman, bahawa akan datang kepada mereka tiada yang menutupi daripada azab Allah; atau, bahawa Saat datang kepada mereka dengan tiba-tiba, sedang mereka tidak menyedari?
13:34. Bagi mereka, azab dalam kehidupan dunia; dan azab akhirat adalah lebih berat; mereka tidak ada sesiapa untuk mempertahankan mereka daripada Allah.
14:7. Dan apabila Pemelihara kamu menyatakan, 'Jika kamu berterima kasih, sungguh Aku akan menambahkan kepada kamu, dan jika kamu tidak berterima kasih (kafir), azab-Ku sungguh keras.'"
14:21. Mereka pergi kepada Allah, kesemuanya; kemudian berkata orang-orang yang lemah kepada orang-orang yang sombong, "Kami adalah pengikut-pengikut kamu; adakah kamu berguna sedikit pun kepada kami terhadap azab Allah?" Mereka berkata, "Jika Allah memberi petunjuk kepada kami, tentu kami memberi petunjuk kepada kamu. Sama sahaja bagi kita; sama ada kita tidak boleh menahan, atau kita bersabar - kita tidak ada tempat lari."
14:44. Dan berilah amaran kepada manusia akan hari apabila azab datang kepada mereka; dan orang-orang yang membuat kezaliman berkata, "Wahai Pemelihara kami, tangguhkanlah kami hingga satu tempoh yang dekat, dan kami akan menyahut seruan Engkau, dan mengikuti rasul-rasul." "Tidakkah kamu telah bersumpah dahulu bahawa tidak ada peralihan untuk kamu?
15:50. Dan bahawa azab-Ku adalah azab yang pedih.
16:26. Orang-orang yang sebelum mereka membuat tipu daya; kemudian Allah datang kepada bangunan mereka dari dasar-dasarnya, lalu bumbungnya jatuh kepada mereka dari atas mereka, dan azab datang kepada mereka dari tempat yang mereka tidak menyedari.
16:45. Adakah mereka berasa aman, orang-orang yang membuat tipu daya yang jahat, bahawa Allah tidak akan membuatkan bumi menelan mereka, atau bahawa azab tidak datang kepada mereka dari arah yang mereka tidak menyedari?
16:85. Dan apabila orang-orang yang membuat kezaliman melihat azab, ia tidak diringankan untuk mereka, dan tiada penangguhan diberi kepada mereka.
16:88. Orang-orang yang tidak percaya, dan menghalangi daripada jalan Allah, merekalah yang Kami menambahkan azab di atas azab kerana mereka membuat kerosakan.
16:113. Sesungguhnya telah datang kepada mereka seorang rasul daripada kalangan mereka, tetapi mereka mendustakannya; maka mereka diambil oleh azab sedang mereka orang-orang yang zalim.
17:57. Mereka itu, orang-orang yang mereka seru, mereka sendiri mencari jalan kepada Pemelihara mereka, siapa antara mereka yang lebih dekat; mereka mengharapkan pengasihan-Nya, dan takut akan azab-Nya. Sesungguhnya azab Pemelihara kamu ditakuti.
18:55. Dan tiada yang menghalangi manusia daripada mempercayai apabila petunjuk datang kepada mereka, dan meminta ampun kepada Pemelihara mereka, melainkan bahawa sunnah (resam) orang-orang dahulu kala akan datang kepada mereka, atau bahawa azab datang kepada mereka berhadapan muka.
18:58. Tetapi Pemelihara kamu Pengampun, penuh dengan pengasihan. Jika Dia mempertanggungjawabkan mereka atas apa yang mereka mengusahakan, tentu Dia menyegerakan kepada mereka azab; tetapi mereka ada satu janji temu, yang daripadanya mereka akan mendapati tiada tempat lari.
19:45. Ayah, aku takut bahawa sebahagian azab daripada Yang Pemurah akan menyentuh kamu supaya kamu menjadi wali (sahabat) syaitan."
19:75. Katakanlah, "Sesiapa yang dalam kesesatan, Yang Pemurah memanjangkan tempoh kepadanya, dengan panjang, sehingga apabila mereka melihat apa yang mereka telah dijanjikan, sama ada azab atau Saat, mereka pasti akan mengetahui siapa yang lebih buruk tempatnya, dan yang lebih lemah tenteranya."
19:79. Tidak sekali-kali! Kami akan menulis apa yang mereka mengatakan, dan Kami akan memanjangkan baginya azab, dengan panjang.
20:48. Telah diwahyukan kepada kami bahawa azab adalah kepada orang yang mendustakan dan berpaling.'"
20:61. Musa berkata kepada mereka, "Celakalah! Janganlah mengada-adakan dusta terhadap Allah supaya Dia tidak membinasakan kamu dengan azab. Kecewalah orang yang mengada-adakan."
20:71. Berkata, "Kamu percaya kepadanya sebelum aku memberi izin kepada kamu! Sesungguhnya dia pembesar kamu yang mengajar kamu sihir; sungguh, aku akan memotong berselang-seli tangan-tangan kamu dan kaki-kaki kamu, dan kemudian aku akan menyalib kamu pada batang pohon-pohon palma; kamu pasti akan mengetahui siapa antara kita yang lebih keras dalam azab, dan lebih kekal."
20:134. Sekiranya Kami membinasakan mereka dengan satu azab sebelumnya, tentu mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, mengapa Engkau tidak mengutus kepada kami seorang rasul supaya kami mengikuti ayat-ayat Engkau, sebelum itu kami dihina dan direndahkan?"
21:46. Jika satu hembusan daripada azab Pemelihara kamu menyentuh mereka, mereka tentu akan berkata, "Celakalah kami! Kami adalah orang-orang yang zalim."
22:2. Pada hari apabila kamu melihatnya, tiap-tiap ibu yang menyusui melupakan apa yang dia menyusukan, dan tiap-tiap yang mengandung menggugurkan kandungannya, dan kamu melihat manusia mabuk, padahal mereka tidak mabuk, tetapi azab Allah adalah keras.
22:18. Tidakkah kamu melihat bagaimana kepada Allah sujud segala yang di langit, dan segala yang di bumi, dan matahari, dan bulan, dan bintang-bintang, dan gunung-gunung, dan pokok-pokok, dan haiwan-haiwan, dan ramai daripada manusia? Dan ramai, wajarlah azab ke atas mereka; dan sesiapa yang Allah menghinakan, maka tiadalah yang memuliakannya. Sesungguhnya Allah buat apa sahaja yang Dia mengkehendaki.
22:47. Dan mereka meminta kepada kamu supaya disegerakan azab! Allah tidak akan memungkiri janji-Nya; dan sesungguhnya sehari dengan Pemelihara kamu seperti seribu tahun daripada perhitungan kamu.
23:64. Sehingga, apabila Kami mengambil dengan azab orang-orang antara mereka yang hidup mewah, tiba-tiba mereka melaung-laung.
23:76. Kami telah pun mengambil mereka dengan azab, tetapi mereka tidak tunduk kepada Pemelihara mereka, dan tidak juga mereka merendahkan diri,
24:2. Perempuan yang berzina, dan lelaki yang berzina, sebatlah tiap-tiap seorang daripada mereka dengan seratus sebatan, dan dalam agama Allah, janganlah kelembutan terhadap mereka mengambil kamu, jika kamu mempercayai Allah dan Hari Akhir; dan hendaklah segolongan daripada orang-orang mukmin mempersaksikan azab mereka.
24:8. Ia akan menghindarkannya (isteri) daripada azab, jika dia menyaksikan dengan Allah empat kali bahawa dia (suami) adalah antara pendusta-pendusta.
25:42. Sesungguhnya dia hampir-hampir menyesatkan kita daripada tuhan-tuhan kita, tetapi kita bersabar pada mereka." Kelak mereka akan mengetahui, apabila mereka melihat azab, siapa yang lebih jauh sesat daripada jalan.
25:69. Akan dilipatgandakkan azab untuknya pada Hari Kiamat, dan dia tinggal di dalamnya, terhina selama-lamanya.
26:158. Dan azab mengambil mereka. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat; namun begitu, kebanyakan mereka bukanlah orang-orang mukmin.
26:204. Apa, adakah mereka minta disegerakan azab Kami?
28:64. Dikatakan, "Serulah sekutu-sekutu kamu!" Dan mereka menyerunya, tetapi mereka tidak menyahuti mereka, dan mereka melihat azab - sekiranya mereka mendapat petunjuk!
29:10. Antara manusia, ada yang berkata, "Kami percaya kepada Allah", tetapi apabila dia disakiti kerana Allah, dia membuatkan penganiayaan manusia seperti ia azab Allah; kemudian jika pertolongan datang daripada Pemelihara kamu, mereka berkata, "Kami berserta kamu." Apa, tidakkah Allah sangat mengetahui apa yang di dalam dada semua alam?
29:29. Apa, adakah kamu mendatangi lelaki, dan memotong jalan, dan kamu mendatangkan dalam majlis kamu, kemungkaran?" Maka tiadalah jawapan kaumnya melainkan mereka berkata, "Datangkanlah kepada kami azab Allah, jika kamu berkata benar."
29:53. Dan mereka meminta kepada kamu supaya disegerakan azab! Jika tidak kerana satu tempoh yang dinyatakan, tentu azab telah datang kepada mereka; tetapi ia datang kepada mereka dengan tiba-tiba, sedang mereka tidak menyedari.
29:54. Mereka meminta kepada kamu supaya disegerakan azab! Sesungguhnya Jahanam meliputi orang-orang yang tidak percaya.
29:55. Pada hari azab menutupi mereka, dari atas mereka dan dari bawah kaki mereka, dan Dia berkata, "Rasalah apa yang kamu telah buat!"
30:16. Tetapi bagi orang-orang yang tidak percaya, dan mendustakan ayat-ayat Kami dan pertemuan di akhirat, mereka dihadapkan ke dalam azab.
32:21. Dan sungguh, Kami akan merasakan kepada mereka azab yang dekat sebelum azab yang besar supaya mereka kembali.
33:30. Wahai isteri-isteri Nabi, sesiapa antara kamu yang melakukan kesumbangan yang nyata, baginya azab akan digandakan dengan dua kali ganda; itu, bagi Allah, mudah.
33:68. Wahai Pemelihara kami, berilah mereka azab dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang besar!"
34:8. Apa, adakah dia mengada-adakan dusta terhadap Allah, atau adakah dia gila? Tidak, tetapi orang-orang yang tidak mempercayai ahkirat adalah dalam azab dan kesesatan yang jauh.
34:33. Dan orang-orang yang hina berkata kepada orang-orang yang menyombongkan diri, "Tidak, tetapi tipu daya malam dan siang, apabila kamu menyuruh kami supaya tidak percaya kepada Allah, dan untuk mengadakan rakan-rakan bagi-Nya." Mereka merahsiakan penyesalan apabila mereka melihat azab; dan Kami meletakkan belenggu-belenggu pada leher orang-orang yang tidak percaya; tidakkah mereka dibalas melainkan apa yang mereka telah buat?"
34:38. Dan orang-orang yang berusaha terhadap ayat-ayat Kami untuk membatalkannya - mereka itu dihadapkan ke dalam azab.
35:36. Bagi orang-orang yang tidak percaya, bagi mereka, api Jahanam; mereka tidak diakhirkan, dan dimatikan, dan tidak juga azabnya diringankan untuk mereka. Begitulah Kami membalas setiap orang yang tidak berterima kasih (kafir).
37:33. Maka mereka semua pada hari itu adalah orang-orang yang bersekutu dalam azab.
37:176. Apa, adakah mereka minta disegerakan azab Kami?
38:8. Apa, adakah Peringatan diturunkan kepada dia antara kita semua?" Tidak, tetapi mereka adalah dalam keraguan mengenai Peringatan-Ku; tidak, mereka belum lagi merasakan azab-Ku.
38:41. Dan ingatlah akan hamba Kami, Ayub; apabila dia memanggil Pemeliharanya, "Sesungguhnya syaitan menyentuhku dengan keletihan dan azab."
38:61. Mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, sesiapa yang mendahulukan ini untuk kami berilah dia azab dua kali ganda di dalam Api!"
39:19. Orang yang ke atasnya kata azab telah wajar - adakah kamu akan menyelamatkan dia keluar dari Api?
39:25. Orang-orang yang sebelum mereka telah mendustakan, kemudian azab datang kepada mereka dari tempat yang mereka tidak menyedari.
39:54. Berkesesalanlah kepada Pemelihara kamu, dan tunduk patuhlah kepada-Nya, sebelum azab datang kepada kamu, kemudian kamu tidak akan ditolong.
39:55. Dan ikutlah yang paling baik daripada apa yang diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu, sebelum azab datang kepada kamu dengan tiba-tiba, sedang kamu tidak menyedari."
39:58. Atau ia berkata, apabila ia melihat azab, "Sekiranya aku dapat kembali lagi, dan menjadi antara orang-orang yang berbuat baik."
39:71. Kemudian orang-orang yang tidak percaya dihalau dalam kumpulan-kumpulan ke Jahanam, sehingga apabila mereka datang kepadanya, pintu-pintunya dibuka, dan penjaga-penjaganya berkata kepada mereka, "Tidakkah rasul-rasul datang kepada kamu daripada kalangan kamu sendiri, dengan membacakan kamu ayat-ayat Pemelihara kamu, dan memberi amaran kepada kamu terhadap pertemuan hari kamu ini?" Mereka berkata, "Ia, benar; tetapi kata azab telah wajar ke atas orang-orang yang tidak percaya."
40:49. Dan orang-orang yang di dalam Api berkata kepada penjaga-penjaga Jahanam, "Serulah kepada Pemelihara kamu untuk meringankan bagi kami sehari daripada azab!"
42:44. Sesiapa yang Allah menyesatkan, dia tidak ada wali (pelindung) sesudah itu; dan kamu akan melihat orang-orang yang zalim, apabila mereka melihat azab, mereka akan berkata, "Adakah sebarang jalan untuk kembali?"
43:39. Ia tidak bermanfaat kepada kamu pada hari ini kerana kamu membuat kezaliman; kamu adalah orang-orang yang bersekutu dalam azab.
43:48. Dan tiada satu ayat yang Kami memperlihatkan kepada mereka melainkan ia yang lebih besar daripada saudaranya; dan Kami mengambil mereka dengan azab supaya mereka kembali.
43:50. Tetapi apabila Kami menghilangkan daripada mereka azab, tiba-tiba mereka memungkiri ketaatan mereka.
44:12. "Wahai Pemelihara kami, hilangkanlah azab daripada kami; kami adalah orang-orang mukmin."
44:15. "Sungguh, Kami menghilangkan sedikit azab itu; sungguh, kamu mengulangi!"
52:7. Sesungguhnya azab Pemelihara kamu hampir terjadi,
52:47. Dan sesungguhnya bagi orang-orang yang membuat kezaliman adalah azab yang lebih daripada itu, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahuinya.
54:16. Bagaimanakah pula dengan azab-Ku, dan amaran-Ku?
54:18. Ad mendustakan. Bagaimanakah pula dengan azab-Ku, dan amaran-Ku?
54:21. Bagaimanakah pula dengan azab-Ku, dan amaran-Ku?
54:30. Bagaimanakah pula dengan azab-Ku, dan amaran-Ku?
54:37. Dan sesungguhnya, tetamunya mereka menggoda; maka Kami menghapuskan mata-mata mereka, "Maka rasalah azab-Ku, dan amaran-Ku!"
54:38. Pada awal pagi, datang kepada mereka satu azab yang telah ditetapkan.
54:39. "Maka rasalah azab-Ku, dan amaran-Ku!"
57:13. Pada hari apabila orang-orang munafik lelaki, dan orang-orang munafik perempuan, berkata kepada orang-orang yang percaya, "Tunggulah kami, supaya kami dapat meminjam cahaya kamu!" Dikatakan, "Kembalilah kamu ke belakang, dan carilah cahaya!" Dan sebuah dinding diadakan di antara mereka, yang mempunyai sebuah pintu, di dalamnya pengasihan, dan bertentangan dengan yang di luar di mana terdapat azab.
68:33. Seperti itulah azab; dan azab akhirat adalah lebih besar jika mereka mengetahui.
70:1. Seorang penanya menanyakan mengenai azab yang akan jatuh,
70:11. Sedang mereka saling melihat antara mereka. Orang yang berdosa menginginkan bahawa dia dapat menebus dirinya daripada azab hari itu dengan anak-anaknya,
70:27. Dan takut akan azab Pemelihara mereka.
70:28. Terhadap azab Pemelihara mereka, tiada sesiapa yang berasa aman.
78:30. “Rasalah! Kami tidak menambahkan kamu kecuali dalam azab.”
78:40. Sesungguhnya Kami memberi amaran kepada kamu mengenai satu azab yang dekat, pada hari apabila seseorang akan melihat apa yang tangan-tangannya telah mendahulukan, dan orang yang tidak percaya akan berkata, “Alangkah baiknya jika aku adalah tanah!”
89:13. Pemelihara kamu mencurahkan kepada mereka satu penyebab azab,

Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi "Hari Kiamat"
Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi "Hari Kiamat" adalah seperti berikut:
2:85. Kemudian kamu ini, kamu membunuh diri-diri (sesama) sendiri dan mengusir segolongan kamu daripada tempat-tempat tinggal mereka, dengan bantu membantu terhadap mereka dalam dosa dan permusuhan, dan jika mereka datang kepada kamu sebagai tawanan, kamu tebus mereka, walaupun pengusiran mereka telah dilarang. Adakah kamu mempercayai sebahagian al-Kitab, dan kamu tidak percaya kepada sebahagian yang lain? Maka apakah balasan ke atas orang-orang daripada kamu yang berbuat demikian itu, melainkan kerendahan dalam kehidupan dunia, dan pada Hari Kiamat, dikembalikan kepada azab yang paling keras, dan Allah tidak lalai daripada apa yang kamu buat.
2:113. Orang-orang Yahudi berkata, "Orang-orang Kristian tiada sesuatu", dan orang-orang Kristian berkata, "Orang-orang Yahudi tiada sesuatu"; dan mereka membaca al-Kitab. Demikian juga orang-orang yang tidak mengetahui berkata, serupa dengan ucapan mereka. Allah akan menghakimkan antara mereka pada Hari Kiamat mengenai apa yang mereka memperselisihkan.
2:174. Orang-orang yang menyembunyikan apa-apa daripada al-Kitab yang Allah menurunkan kepada mereka, dan menjualnya untuk harga yang sedikit, mereka itulah yang tidak makan melainkan Api di dalam perut-perut mereka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada Hari Kiamat, dan tidak juga menyucikan mereka; bagi mereka, azab yang pedih.
2:212. Dinampakkan indah bagi orang-orang yang tidak percaya (kafir) ialah kehidupan dunia, dan mereka mengejek orang-orang yang percaya; tetapi orang-orang yang bertakwa adalah di atas mereka pada Hari Kiamat; dan Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki tanpa perhitungan.
3:55. Apabila Allah berkata, "Wahai Isa, Aku akan mematikan kamu, dan menaikkan kamu kepada-Ku, dan Aku membersihkan kamu daripada orang-orang yang tidak percaya. Aku akan membuatkan orang-orang yang mengikuti kamu di atas orang-orang yang tidak percaya hingga Hari Kiamat. Kemudian kepada-Ku kamu akan kembali, dan Aku akan menghakimkan antara kamu mengenai apa yang padanya kamu memperselisihkan.
3:77. Sesungguhnya orang-orang yang menjual perjanjian Allah dan sumpah-sumpah mereka untuk harga yang sedikit, mereka itu tidak dapat bahagian mereka di akhirat; Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka, dan tidak memandang kepada mereka pada Hari Kiamat, dan Dia tidak juga menyucikan mereka; dan bagi mereka, azab yang pedih.
3:161. Tiadalah bagi seorang Nabi untuk dia menipu, dan sesiapa menipu akan datang dengan apa yang ditipukannya pada Hari Kiamat; kemudian tiap-tiap jiwa akan dibayar sepenuhnya apa yang ia mengusahakan, dan mereka tidak dizalimi.
3:180. Tetapi orang-orang yang kikir dengan pemberian yang Allah telah memberikan mereka, janganlah mereka menyangka bahawa itu lebih baik bagi mereka; tidak, ia adalah lebih buruk bagi mereka. Apa yang mereka kikir dengannya akan digantung pada leher-leher mereka pada Hari Kiamat; dan kepunyaan Allah warisan langit dan bumi; dan Allah menyedari apa yang kamu buat.
3:185. Tiap-tiap jiwa akan merasakan mati, dan sungguh, kamu akan dibayar sepenuhnya upah kamu pada Hari Kiamat; sesiapa yang disingkirkan daripada Api dan dimasukkan ke Taman, akan mendapat kemenangan. Kehidupan dunia adalah tiada, melainkan kesenangan yang memperdayakan.
3:194. Wahai Pemelihara kami, berilah kami apa yang Engkau telah menjanjikan kami pada rasul-rasul Engkau, dan janganlah Engkau mengaibkan kami pada Hari Kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji temu."
4:87. Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia. Dia pasti akan mengumpulkan kamu pada Hari Kiamat, yang tidak ada keraguan padanya. Dan siapakah yang lebih benar hadisnya daripada Allah?
4:109. Beginilah kamu, kamu berdebat bagi pihak mereka dalam kehidupan dunia; tetapi siapakah yang akan mendebat Allah bagi pihak mereka pada Hari Kiamat, atau siapakah yang akan menjadi wakil bagi mereka?
4:141. Orang-orang yang menunggu-nunggu terhadap kamu, jika kemenangan datang kepada kamu daripada Allah, mereka berkata, "Bukankah kami berserta kamu?" tetapi jika orang-orang yang tidak percaya mendapat sebahagian, mereka berkata, "Tidakkah kami menguasai kamu, dan tidakkah kami mempertahankan kamu daripada orang-orang mukmin?" Allah akan menghakimkan antara kamu pada Hari Kiamat, dan Allah tidak akan mengadakan bagi orang-orang yang tidak percaya sebarang jalan terhadap orang-orang mukmin.
4:159. Dan tiada seorang pun daripada ahli Kitab melainkan benar-benar mempercayainya sebelum kematiannya, dan pada Hari Kiamat, dia menjadi saksi ke atas mereka.
5:14. Dan dengan orang-orang yang berkata, "Kami adalah orang-orang Kristian," Kami mengambil perjanjian mereka, tetapi mereka melupakan sebahagian daripada apa yang mereka telah diperingatkan. Maka Kami menimbulkan di kalangan mereka, permusuhan dan kebencian, sampai Hari Kiamat; dan Allah pasti akan memberitahu mereka apa yang mereka mengerjakan.
5:36. Sesungguhnya orang-orang yang tidak percaya, walaupun bagi mereka kesemua yang di bumi, dan yang serupa dengan itu bersama itu, untuk menebus diri mereka daripada azab Hari Kiamat dengannya, ia tidak akan diterima daripada mereka; bagi mereka, azab yang pedih.
5:64. Orang-orang Yahudi berkata, "Tangan Allah terbelenggu." Yang terbelenggu ialah tangan-tangan mereka, dan mereka dilaknati kerana apa yang mereka mengatakan. Tidak, tetapi tangan-Nya terjulur; Dia menafkahkan sebagaimana yang Dia mengkehendaki. Dan apa yang diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu akan menambah kepada kebanyakan antara mereka, dalam kelampauan batas, dan ketidakpercayaan; dan Kami melemparkan di kalangan mereka, permusuhan dan kebencian, sampai Hari Kiamat. Setiap kali mereka menyalakan api untuk perang, Allah memadamnya. Mereka berusaha di bumi untuk membuat kerosakan padanya; dan Allah tidak menyukai orang-orang yang membuat kerosakan.
6:12. Katakanlah, "Kepunyaan siapakah segala yang ada di langit dan bumi?" Katakanlah, "Kepunyaan Allah. Dia telah menuliskan (menetapkan) ke atas diri-Nya pengasihan. Dia mengumpulkan kamu pada Hari Kiamat yang tidak ada keraguan terhadapnya. Orang-orang yang merugikan jiwa-jiwa mereka, mereka tidak mempercayai."
7:32. Katakanlah, "Siapakah yang mengharamkan perhiasan Allah yang Dia mengeluarkan untuk hamba-hamba-Nya, dan benda-benda yang baik daripada rezeki-Nya?" Katakanlah, "Ini, pada Hari Kiamat, adalah khas bagi orang-orang yang percaya di dalam kehidupan dunia ini." Begitulah Kami menjelaskan ayat-ayat bagi kaum yang mengetahui.
7:167. Dan apabila Pemelihara kamu menyatakan bahawa Dia akan membangkitkan terhadap mereka, sampai Hari Kiamat, orang-orang yang akan mengenakan mereka azab yang jahat. Sesungguhnya Pemelihara kamu cepat dalam pembalasan sewajarnya; sesungguhnya Dia Pengampun, Pengasih.
7:172. Dan apabila Pemelihara kamu mengambil daripada Bani Adam, daripada punggung mereka, keturunan mereka, dan menjadikan mereka saksi-saksi ke atas jiwa mereka, "Bukankah Aku ini Pemelihara kamu?" Mereka berkata, "Ia, kami menyaksikan"; supaya kamu tidak mengatakan pada Hari Kiamat, "Bagi kami, kami lalai mengenai yang ini."
10:60. Apakah yang mereka menyangka, yang mengada-adakan dusta terhadap Allah pada Hari Kiamat? Sesungguhnya Allah mempunyai pemberian kepada manusia, tetapi kebanyakan mereka tidak berterima kasih.
10:93. Dan Kami menempatkan Bani Israil di sebuah penempatan yang sebenar, dan Kami merezekikan mereka dengan benda-benda yang baik; maka mereka tidak berselisih sehingga pengetahuan datang kepada mereka. Sesungguhnya Pemelihara kamu akan memutuskan antara mereka pada Hari Kiamat mengenai apa yang mereka memperselisihkan.
11:60. Dan mereka diikuti di dunia ini oleh laknat, dan pada Hari Kiamat, "Sesungguhnya Ad tidak percaya kepada Pemelihara mereka; maka nyahlah Ad, kaum Hud."
11:98. Dia mendahului kaumnya pada Hari Kiamat, dan memimpin mereka turun ke Api - buruknya tempat pengairan untuk diturunkan!
11:99. Dan mereka diikuti di dunia ini oleh laknat, dan pada Hari Kiamat - buruknya tawaran yang ditawarkan!
16:25. Supaya mereka memikul beban mereka dengan genap pada Hari Kiamat, dan sebahagian beban orang-orang yang mereka menyesatkan tanpa sebarang pengetahuan. Alangkah buruknya apa yang mereka pikul!
16:27. Kemudian pada Hari Kiamat, Dia mengaibkan mereka, dengan berkata, "Di manakah sekutu-sekutu-Ku, orang-orang yang kerana mereka kamu melawan?" Orang-orang yang diberi pengetahuan berkata, "Kerendahan hari ini, dan keburukan, adalah ke atas orang-orang yang tidak percaya,
16:92. Dan janganlah menjadi seperti perempuan yang memutuskan benangnya, setelah ia ditenun dengan kuat, kepada serabut, dengan mengambil sumpah-sumpah kamu sebagai hanya tipu muslihat antara satu sama lain, kerana kamu umat yang lebih ramai daripada umat yang lain. Allah hanya menguji kamu dengannya; dan sungguh Dia akan memperjelaskan kepada kamu pada Hari Kiamat apa yang kamu padanya kamu memperselisihkan.
16:124. Sabat hanya dibuat ke atas orang-orang yang berselisih padanya; sesungguhnya Pemelihara kamu akan memutuskan antara mereka pada Hari Kiamat mengenai apa yang mereka memperselisihkan.
17:13. Dan tiap-tiap manusia, Kami ikat ramalannya pada lehernya; dan Kami mengeluarkan untuknya, pada Hari Kiamat, sebuah kitab yang dia menemuinya terbuka.
17:58. Tiadalah sesebuah bandar raya, melainkan Kami memusnahkannya sebelum Hari Kiamat, atau Kami mengazabnya dengan azab yang keras; itu adalah di dalam Kitab yang tertulis.
17:62. Berkata, "Apakah pendapat Engkau? Yang ini Engkau memuliakan di atas aku - jika Engkau memberi tangguh kepadaku hingga Hari Kiamat, sungguh aku akan menguasai keturunannya, kecuali sedikit."
17:97. Sesiapa yang Allah memberi petunjuk, dia mendapat petunjuk yang benar; dan sesiapa yang Dia menyesatkan, kamu tidak akan mendapati bagi mereka wali-wali (pelindung-pelindung), selain daripada Dia. Dan Kami akan mengumpulkan mereka pada Hari Kiamat di atas muka-muka mereka; buta, dan pekak, dan bisu; tempat menginap mereka ialah Jahanam, dan setiap kali ia pudar, Kami menambahkan bagi mereka yang Menyala.
18:105. Mereka itulah orang-orang yang tidak percaya kepada ayat-ayat Pemelihara mereka, dan pertemuan dengan-Nya; amalan-amalan mereka menjadi sia-sia, dan pada Hari Kiamat, Kami tidak menegakkan bagi mereka sebarang penimbangan.
19:95. Setiap seorang daripada mereka datang kepada-Nya pada Hari Kiamat bersendirian.
20:100. Sesiapa yang berpaling daripadanya, pada Hari Kiamat, dia akan memikul beban,
20:101. Di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya; betapa buruknya pada Hari Kiamat beban itu untuk mereka!
20:124. Tetapi, sesiapa yang berpaling daripada peringatan-Ku, baginya penghidupan yang sempit, dan pada Hari Kiamat, Kami membangkitkan dia buta."
21:47. Dan Kami meletakkan timbangan yang adil untuk Hari Kiamat, supaya tiada sesuatu jiwa akan dizalimi sedikit pun; sekalipun ia seberat sebutir biji sawi, Kami mendatangkannya, dan cukuplah Kami sebagai penghitung.
22:9. Dengan memalingkan lambungannya untuk menyesatkan daripada jalan Allah; baginya kerendahan di dunia, dan pada Hari Kiamat, Kami akan merasakan kepadanya azab yang membakar.
22:17. Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan orang-orang Yahudi, dan orang-orang Sabiin, dan orang-orang Kristian, dan orang-orang Majusi, dan orang-orang yang mempersekutukan - Allah akan membezakan antara mereka pada Hari Kiamat; sesungguhnya Allah saksi atas segala sesuatu.
22:69. Allah akan menghakimkan antara kamu pada Hari Kiamat mengenai apa yang padanya kamu memperselisihkan."
23:16. Kemudian pada Hari Kiamat, kamu akan dibangkitkan.
25:69. Akan dilipatgandakkan azab untuknya pada Hari Kiamat, dan dia tinggal di dalamnya, terhina selama-lamanya.
28:41. Dan Kami melantik mereka imam-imam yang menyeru ke Api; dan pada Hari Kiamat, mereka tidak ditolong.
28:42. Dan Kami mengikuti mereka di dunia ini dengan laknat, dan pada Hari Kiamat, mereka menjadi antara yang dibenci.
28:61. Apa, adakah orang yang Kami menjanjikan janji yang baik, dan dia menemuinya, sama dengan orang yang kepadanya Kami memberikan kesenangan kehidupan dunia, kemudian dia pada Hari Kiamat termasuk orang-orang yang dihadapkan?
28:71. Katakanlah, "Apa pendapat kamu, jika Allah membuatkan malam berterusan kepada kamu sampai Hari Kiamat? Apakah tuhan, selain daripada Allah, yang mendatangkan sinaran kepada kamu? Tidakkah kamu mendengar?"
28:72. Katakanlah, "Apa pendapat kamu, jika Allah membuatkan siang berterusan kepada kamu sampai Hari Kiamat? Apakah tuhan, selain daripada Allah, yang mendatangkan kepada kamu malam untuk berehat padanya? Tidakkah kamu melihat?
29:13. Sungguh, mereka akan memikul beban-beban mereka, dan beban-beban yang lain bersama beban-beban mereka, dan pada Hari Kiamat, mereka pasti akan ditanya mengenai apa yang mereka mengada-adakan.
29:25. Dan berkata, "Kamu mengambil untuk kamu hanyalah berhala-berhala, selain daripada Allah, sebagai tanda kasih sayang antara kamu dalam kehidupan dunia; kemudian pada Hari Kiamat, sebahagian kamu akan tidak percaya kepada sebahagian yang lain, dan kamu melaknatkan satu sama lain, dan tempat menginap kamu ialah Api, dan kamu tidak ada penolong-penolong."
32:25. Sesungguhnya Pemelihara kamu, Dia membezakan antara mereka pada Hari Kiamat mengenai apa yang mereka, dalamnya mereka memperselisihkan.
35:14. Jika kamu menyeru mereka, mereka tidak mendengar seruan kamu, dan jika mereka mendengar, mereka tidak menyahuti kamu; dan pada Hari Kiamat, mereka tidak mempercayai akan persekutuan kamu. Tiada yang memberitahu kamu seperti Yang menyedari.
39:15. Maka sembahlah apa yang kamu mengkehendaki selain daripada Dia." Katakanlah, "Sesungguhnya orang-orang yang rugi ialah mereka yang merugikan diri-diri mereka, dan keluarga-keluarga mereka pada Hari Kiamat; tidakkah itu kerugian yang nyata?
39:24. Adakah orang yang bertakwa dengan wajahnya (kehendaknya) daripada kejahatan azab Hari Kiamat? Dan dikatakan kepada orang-orang yang zalim, "Rasalah apa yang kamu telah mengusahakan!"
39:31. Kemudian pada Hari Kiamat, di hadapan Pemelihara kamu, kamu bertengkar.
39:47. Sekiranya orang-orang yang membuat kezaliman mempunyai semua yang ada di bumi, dan yang serupa dengan itu bersama itu, tentu mereka akan menebus diri mereka dengannya daripada kejahatan azab Hari Kiamat; dan nyatalah bagi mereka daripada Allah yang tidak pernah mereka menjangkakan,
39:60. Dan pada Hari Kiamat, kamu melihat orang-orang yang berdusta terhadap Allah, muka-muka mereka menjadi hitam; tidakkah di dalam Jahanam tempat tinggal orang-orang yang sombong?
39:67. Mereka tidak mempertimbangkan Allah dengan pertimbangan-Nya yang sebenar. Bumi kesemuanya berada dalam genggaman-Nya pada Hari Kiamat, dan langit digulung di tangan kanan-Nya. Dia disanjung! Tingginya Dia daripada apa yang mereka menyekutukan!
41:40. Orang-orang yang mencercai ayat-ayat Kami tidak tersembunyi daripada Kami. Apa, adakah orang yang dilemparkan ke dalam Api lebih baik, atau orang yang datang pada Hari Kiamat dengan aman? Buatlah apa yang kamu mengkehendaki; sesungguhnya Dia melihat apa yang kamu buat.
42:45. Dan kamu akan melihat mereka, ketika mereka dikemukakan kepadanya, hina dalam kerendahan hati, melihat dengan gerlingan yang tersembunyi; dan orang-orang yang percaya berkata, "Sesungguhnya orang-orang yang rugi ialah mereka yang merugikan diri-diri mereka sendiri, dan keluarga-keluarga mereka, pada Hari Kiamat; sesungguhnya orang-orang yang zalim adalah dalam azab yang kekal.
45:17. Kami memberikan mereka bukti-bukti yang nyata daripada Perintah; maka mereka tidak memperselisihkan, kecuali setelah pengetahuan datang kepada mereka, kerana keangkuhan antara mereka. Sesungguhnya Pemelihara kamu akan memutuskan antara mereka pada Hari Kiamat mengenai apa yang mereka memperselisihkan.
45:26. Katakanlah, "Allah menghidupkan kamu, kemudian mematikan kamu, kemudian Dia mengumpulkan kamu pada Hari Kiamat, yang tidak ada keraguan padanya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."
46:5. Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang menyeru selain daripada Allah, yang tidak akan menyahutinya hingga Hari Kiamat, dan mereka, pada seruan mereka lalai?
58:7. Tidakkah kamu merenungkan bahawa Allah mengetahui apa yang di langit, dan apa yang di bumi? Tiga orang tidak berbicara rahsia bersama, melainkan Dia yang keempat antara mereka, dan tidak juga yang lima, melainkan Dia yang keenam antara mereka, dan tidak juga yang kurang daripada itu, dan tidak yang lebih banyak, melainkan Dia bersama mereka, di mana mereka berada; kemudian Dia memberitahu mereka apa yang mereka telah buat pada Hari Kiamat. Sesungguhnya Allah mengetahui segala sesuatu.
60:3. Tidaklah kerabat kamu daripada pertalian darah, dan tidak juga anak-anak kamu bermanfaat kepada kamu pada Hari Kiamat; Dia akan membezakan antara kamu. Dan Allah melihat apa yang kamu buat.
68:39. Atau, adakah bagi kamu sumpah-sumpah daripada Kami sampai Hari Kiamat, bahawa bagi kamu apa sahaja yang kamu memutuskan?
75:1. Tidak! Aku bersumpah dengan Hari Kiamat.
75:6. Dengan menanyai, “Bilakah Hari Kiamat?”

Hukum "DOGGIE' dalam hubungan sex suami isteri
Ada seorang perempuan Anshar bertanya kepada Nabi tentang menyetubuhi perempuan di farjinya tetapi lewat belakang, maka Nabi membacakan ayat:
“Isteri-isterimu adalah ladang buat kamu, karena itu datangilah ladangmu itu sesukamu.” (al-Baqarah: 223) — (Riwayat Ahmad)
Umar pernah juga bertanya kepada Nabi:
“Ya Rasulullah! Celaka aku. Nabi bertanya: apa yang mencelakakan kamu? Ia menjawab: tadi malam saya memutar kakiku – satu sindiran tentang bersetubuh dari belakang– maka Nabi tidak menjawab, hingga turun ayat (al-Baqarah: 223) lantas beliau berkata kepada Umar: boleh kamu bersetubuh dari depan dan boleh juga dari belakang, tetapi hindari di waktu haidh dan dubur.” (Riwayat Ahmad dan Tarmizi)
Dari 2 kisah singkat di atas, maka doggie style DIPERBOLEHKAN dalam hukum berhubungan sex dalam Islam.
sumber :Internet

ZIKIR AMALAN MUDAH SEPANJANG MASA.......

“Hai orang-orang yang beriman berzikirlah sebanyaknya kepada Allah (dengan menyebut nama-Nya)”
(SURAH Al- Ahzaab: 41)
"Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di
dalam dan di luar sembahyang), pada waktu pagi dan petang;"
(surah Al-Insaan ayat 25)
11.00 malam Khamis..........
Bismillah
dengan nama Allah Maha pemurah lagi Pengasih...
Aku bersyukur kepada-Mu Allah kerana memberikan hidayah dan nikmat Islam ..jika aku sesat dan menyembah berhala hingga mati,pasti ke Neraka.
Aku bersyukur kerana memanfaatkan jemari untuk menulis kebaikan,bukan kejahatan dan kerosakan.Aku berharap Allah Maha Pengasih tidak akan membakar jemariku di Neraka nanti...
Aku bersyukur juga kerana masih mempunyai idea untuk menulis nota dalam Kisah teladan ini....Aku bersyukur pada-Mu yang sentiasa mencerahkan otak ini untuk kebaikan...
Jika mahu bersedekah tabung masjid perlukan wang.Jika mahu membina masjid juga perlukan wang.Jika mahu memberi makan minum anak yatim juga perlukan wang.Jika mahu menghadiahkan buku kepada guru juga perlukan wang...
Namun amalan zikir amat mudah.Ia tidak perlukan wang.Ia tidak perlu bersusah payah.Itulah ajaibnya zikir.
Zikir boleh diucapkan dengan lidah.Ia juga boleh dilafazkan dalam hati.Betapa mudahnya zikir.
Manusia suka mengelamun.Menunggu bas,memandu,menaiki bas,membasuh baju,memasak,bekerja dan sebagainya suka mengelamun dan ia sia-sia.Alangkah indah setiap masa kita dimanfaatkan dengan zikir...
Membersihkan rumah berpahala.Bersihkan rumah sambil berzikir.Memasak itu berpahala.Masaklah sambil berzikir.Bekerja juga berpahala,bekerjalah dengan zikir...
ومن قال سبحان الله وبحمده في يوم مائة مرة غفرت له ذنوبه وإن كانت مثل زبد البحر
رواه مسلم والترمذي والنسائي
Maksudnya " Dan barangsiapa berkata Subhanallah wabihamdih sehari 100 kali diampunkan dosanya dan sekiranya dosanya sebanyak buih lautan"Hadis riwayat Imam Muslim ,Tarmizi dan Nasaai.
“Barang siapa yang membaca: Laailaaha illallaah wahdahu laa syariika lahu lahulmulku walahulhamdu wahuwa ‘alaa kulli syaiin qadiir, sepuluh kali,maka dia seperti orang yang memerdekakan empat orang budak dari keturunan Nabi Ismail.”hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim .
Berzikir pahalanya amat besar dan ia amat mudah dilakukan semua manusia….
Baginda saw adalah manusia yang sentiasa berzikir siang dan malam.Baginda banyak mengajar zikir yang perlu diamalkan umatnya.Antaranya :
لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد، وهو على كل شيء قدير لا حول ولا قوة إلا بالله العلب العظيم سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر
“Perumpamaan rumah yang digunakan untuk zikir kepada Allah dengan rumah yang tidak digunakan untuknya, laksana orang hidup dengan yang mati”
Hadis riwayat Imam Muslim
“Mahukah kamu, aku tunjukkan perbuatanmu yang terbaik, paling suci disisi rajamu (Allah), dan paling mengangkat darjatmu; lebih baik bagimu dari infaq emas atau perak, dan lebih baik bagimu daripada bertemu dengan musuhmu, lantas kamu memenggal lehernya atau mereka memenggal lehermu?”. Para sahabat yang hadir berkata: “Mahu wahai Rasulullah!”. Beliau bersabda: “Zikir kepada Allah yang Maha Tinggi”.Hadis Shahih Imam Tarmizi dan Ibnu Majah.
Zikir adalah amalan mudah dan pahala besar jika diamalkan dengan ikhlas.Kita perlu berzikir siang dan malam dan sebaik zikir adalah dalam hati.Tidak perlu memegang tasbih atau mulur terkumat kamit.Berzikir dalam hati adalah rahsia kita dengan Allah Maha Mengetahui…Berzikir dalam hati adalah lebih baik.
Aku selesa memaki seluar jeans jenama CJ import dan tshirt lusuh .Aku selesa dengan pakaian begini.Siapa nak pakai jubah dan serban,pakailah .Ia sunat bukan wajib.Islam hanya mewajibkan menutup aurat.
Aku dah tutup aurat dan aku selesa dengan pakaianku……..aku tidak hirau apa pandangan manusia.Apa yg penting hati sering berzikir.Itu yg penting.Rambut aku panjang tapi bukan menyerupai perempuan…panjang secukupnya,bukan panjang sampai pinggang!
Kalau berjubah dan berserban namun hati kosong dan lidah gemar menabur fitnah tiada gunanya sebagaimana seorang pemimpin politik memfitnah Tun Dr Mahathir tidak solat subuh….Itulah manusia Munafik bertopengkan serban dan jubah.
Kita melakukan amalan bukan untuk manusia namun untuk Allah.Pakaian itu yang penting menutup aurat dan bersih agar mudah solat di mana-mana.Murah atau mahal tidak penting.Yang penting sumber membeli pakaian adalah sumber halal…
Janganlah leka dengan dunia hingga lupa berzikir.Zikir itu bukan hanya selepas solat namun sepanjang masa.Kecuali tempat dilarang seperti tandas,janganlah berzikir….
Allah Maha Pemurah memberikan kita banyak pahala jika rajin berzikir.Allah beri pahala jika kita ikhlas.Aku amat takut membawa tasbih atau penekan nombor ke mana-mana takutkan riak….Aku tahu Malaikat akan sentiasa mencatit dan mengira,tak perlu tasbih dan penekan nombor…
Amalan zikir amat mudah dan senang……….Lakukanlah.
Yang baik dan sempurna hanyalah Allah swt Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui,manakala aku memang banyak salah dan silap…..
Admin
Kisah Teladan & Co

Adakah Baginda saw pernah marah?
Adakah Baginda saw pernah marah?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)"
surah Ali Imran ayat 200
Abu Hurairah mengatakan seorang lelaki bertemu Baginda saw dan berkata "Wasiatkan daku" maka Baginda bersabda "Jangan marah!".Baginda saw mengulanginya beberapa kali..Hadis riwayat Imam Bukhari.
بسم الله والصلاة والسلام على رسول الله صلى الله عليه وسلم
ربنا لا تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا وهب لنا من لدنك رحمة إنك أنت الوهاب
وبعد :
Bismillah
dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Maha Pengasih....
Aku bersyukur kerana sentiasa mahukan ilmu.Aku bersyukur menjadi manusia dahagakan ilmu,bukan dahagakan wang.Aku bersyukur jadi manusia gilakan buku,bukan gilakan botol arak...
Aku bersyukur kerana merasai alam kanak-kanak,remaja dan dewasa.Aku berharap merasai alam tua dan aku tidak mahu terlampau tua dan nyanyuk....Aku minta umur 90 tahun dan sihat...kalau umur panjang sakit macam2 susah juga!
Manusia itu ada sifat marah.Aku tidak terkecuali.Aku memang suka marah.Aku suka marahkan syaitan setiap hari kerana setiap saat mengajak aku melakukan dosa dan maksiat.Memang aku marah sangat dengan syaitan laknatullah...Memang aku naik angin dengan syaitan tapi apakan daya aku terpaksa berhadapan hasutan syaitan siang malam...
Baginda saw juga sentiasa dihasut syaitan sepanjang masa namun Allah swt menjaga Baginda saw dari gangguan syaitan.Kita manusia biasa ,bukan nabi....
Baginda saw juga pernah marah....Baginda saw marah kerana Allah,bukan marah tak tentu pasal macam orang marah petrol asyik naik je...
Petrol naik pun nak marah..Harga petrol ikut pasaran dunia....kalu nak jimat naik motor,pergi balik kerja baru RM2 sehari.....Pakai BMW petrol naik,mahu marah sahaja....Kalau nak murah pi Venezuela,satu liter baru 20 sen......
Aku pun kadangkala pi KL park kereta dan naik LRT,ERL,Star atau Rapid.Lagi jimat dan x pening jem....
Tak pening bawa kereta.....kan senang!
Antara kisah Baginda saw marah :
1.Seorang lelaki memaki hamun Saidina Abu Bakar r.a dan Abu Bakar diam.Namun lelaki tersebut terus memaki hamun Abu Bakar beberapa kali dan Abu Bakar tidak dapat menahan kesabaran terus memaki hamun lelaki itu pula.Baginda saw yang duduk di sebelah Abu Bakar bangun dengan kemarahan yang amat marah dan meninggalkan Abu Bakar.
Kemudian Abu Bakar bertanya selepas mendapatkan Baginda saw yang telah pergi "Mengapa engkau marah "Lantas Baginda saw menjawab " Ketika lelaki itu memaki hamun Malaikat berada bersama kita,namun bila engkau memaki hamun lelaki tersebut,syaitan pula datang dan aku tidak mahu duduk bersama syaitan".
2.Baginda saw sedang solat dan Abu Jahal telah melakukan sesuatu yang menyebabkan Baginda saw tidak boleh solat.Lantas Baginda saw amat marah dan berkata sesuatu.
3.Baginda saw mellaui sebuah kampung dan melihat penduduk membakar semut,lantas Baginda saw amat marah dan bersabda "Tidak layak seorang manusia mengazab sebagaimana Allah mengazab".
4.Abdullah bin Amru mendatangi Rasulullah dan memakai pakaian kuning,lantas Baginda saw marah.Lantas Baginda saw bersabda "Pergi dan buang".Amru bertanya ke mana?
Baginda saw bersabda "Dalam api!".
5.Bilal bin Rabbah berkata "telah mati seorang wanita itu dan berehatlah ia.Lalu baginda saw amat marah dan bersabda "Sesungguhnya hanya yang berehat jika diampunkan dosanya".
6.Seorang lelaki memakai cincin emas di jarinya.Lantas Baginda saw marah dan mengambil cincin serta mencampakkannya ke tanah.
7.Seorang wanita telah mencuri dan para sahabat meminta diringankan hukuman .Baginda saw marah dan bersabda "Adakah kamu mahu meminta had yang telah ditentukan hadnya oleh Allah?".
Apabila kita membaca kisah tersebut,jelas menunjukkan bahawa Baginda saw juga marah namun Baginda saw marah kerana Allah,bukan marah mengikut perasaan membuta tuli....
Namun manusia hari ini suka marah membabi buta,bukan marah kerana Allah.Ada suami memaki hamun isteri hanya kerana lambat memasak.Ada isteri memaki hamun suami hanya kerana suami terlambat pulang rumah.
Ada pula manusia memarahi anak membuta tuli.Ada pula guru memarahi anak murid membuta tuli.Ada pula manusia memarahi orang gila kerana kencing di tepi jalan.....Manusia suka marah tetapi tidak bertempat........
Yang paling pelik ada juga suami tidak marah isterinya yang suka membuka aurat,malah senyum sepanjang masa melihat maksiat dilakukan isterinya.Ada pula suami senyum melihat suaminya membeli nombor ekor...
Akhir zaman mansuia semakin rosak.Mereka rosak kerana tidak menanam iman,hanya menanam wang dalam bank dan makan siang malam.Mereka tahu makan nasi untuk kenyang namun membiarkan iman kurus kering dalam jiwa.......
Jadilah manusia suka marah namun marah bertempat!Marah Baginda saw adalah marah bertempat..Ikuti peribadi Baginda saw......
Kebaikan dan kesempurnaan hanyalah milik Allah swt Maha Perkasa lagi Maha Pencipta manakala diriku hanyalah insan naif dan kerdil....setiap hari melakukan dosa siang bin malam..........
Admin
Kisah teladan & Co

Mengapa Melayu bergantung dengan produk bukan Islam?

"Sesungguhnya orang-orang kafir yang selalu membelanjakan harta
mereka untuk menghalangi (manusia) dari jalan Allah, maka mereka tetap
membelanjakannya kemudian (harta yang dibelanjakan) itu menyebabkan
penyesalan kepada mereka, tambahan pula mereka dikalahkan dan
(ingatlah) orang-orang kafir itu (akhirnya) dihimpunkan dalam Neraka
Jahannam."
surah al-Anfaal – 36
Alhamdulillah ketika jam menunjukkan 2.35 minit pagi aku masih sihat berdepan laptop usang berjenama ASUS ini……Beginilah kehidupan seorang usahawan tegar,siang malam bekerja tanpa mengira penat dan letih….
Aku bersyukur kerana Allah memberi kesihatan baik.Jika sakit jantung mungkin amat takut berdepan internet.Membaca status mengerikan dari teman FB mungkin boleh menyebabkan pingsan.Penyakit jantung amat berbahaya..begitu juga darah tinggi,sakit buah pinggang,kanser dan sebagainya…
Aku selalu berdoa "Ya Allah Maha Berkuasa,jauhkanku dan keluarga dari segala penyakit berbahaya.Kurniakan kesihatan baik…"aku berdoa siang malam…
Islam itu agama yang bersih dan menghalalkan segala produk baik.Islam amat mementingkan kebersihan dan halal .Islam juga mementingkan usaha mengeluarkan produk halal dan bersih.
Walaupun negara telah mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun namun bangsa Melayu masih bergantung dengan produk makanan dan minuman yang dihasilkan bukan Islam.Ini amat menyedihkan.
Kita mengakui bahawa produk dihasilkan bukan Islam tidak menjamin halal dan bersih.Akhbar Metro pernah melaporkan sebuah kilang bihun di Pulau Pinang beroperasi sebelah kandang babi.Memang menyedihkan perkara ini berlaku namun bangsa Melayu masih juga tiada kesedaran……….Mereka masih membeli bihun syarikat bukan Islam walaupun ada bihun syarikat Islam.
Ini membuktikan pengeluar bukan Islam tidak pernah memikirkan perkara halal dan bersih.Mereka hanya mencari keuntungan dan wang…
Walaupun Melayu mempunyai banyak bantuan melalui MARA,TEKUN dan agensi lain seperti Mardi,FAMA namun masih kurang usahawan Melayu terlibat dalam industri makanan dan minuman.Walaupun Melayu tahu mereka makan setiap hari dan malam namun mereka tidak peka untuk berusaha membangunkan industri makanan dan minuman demi memastikan pengguna Islam mendapat produk yang bersih dan suci…
Terlalu banyak produk yang dihasilkan bukan Islam atau diimport memang meragukan.Antara produk yang banyak digunakan orang Melayu adalah berus untuk mekap,apam balik,mengecat rumah dan menggosok kasut ,songkok dan ianya diperbuat dari bulu babi hutan.
Berus ini diimport dari China dan harganya lebih murah.Namun Melayu masih ramai yang tidak mengambil perhatian perkara ini…..Mereka hanya fikirkan murah.
Seorang pemburu yang selalu memburu dalam hutan memberi petua "Jika ingin tahu ia bulu babi atau tidak,lihatlah hujung bulunya.Jika terbelah dua,ianya bulu babi".Pemburu ini selalu ke hutan dan biasa menembak babi hutan kerana babi hutan amat berbahaya dan boleh membunuh manusia.
KIta lihat penjual Yong tau Fu.Pelbagai jenis tahu,sosej,bebola ikan dihasilkan dalam ramuan Yong Tau Fu.Namun dari manakah sumber produk?Mereka membeli produk bukan Islam.Bila ditanya mereka kata mana ada Melayu buka kilang sosej,bebola ikan dan tauhu?
Kita sebagai anak Melayu yang dilahirkan Islam perlu peka dengan isu halal dan haram produk,makanan dan minuman kerana ia digunakan dan dimakan setiap hari.
Aku pun tidak faham mengapa kerajaan kita adalah kerajaan Islam dan pemimpin Islam tidak mengambil berat perkara ini?Negara Singapura yang dikuasai Cina dan bukan Islam namun mereka mengharamkan penternakan babi kerana tahu najis babi itu kotor dan menyebabkan pelbagai penyakit.
Kita dahulu pernah ditimpa wabak JE akibat penternakan babi di Telok Pelandok,Port Dickson…Namun penternakan masih diteruskan…Inilah manusia yang tidak pernah belajar dengan pengalaman..
Babi perlu diharamkan penternakan kerana ia memang kotor dan jijik.Malah banyak negara bukan Islam mengharamkan penternakan babi dan hanya mengimport daging babi dari negara China.
Bangsa Melayu perlu memiliki kesedaran dalam perkara ini.Melayu perlu menceburi industri pemakanan terutama sekali makanan kegemaran seperti bihun,kuewtiau,Maggi,bahan kek,pau,perasa minuman,makanan ringan dan sebagainya.Kita perlu menggunakan sos cili dan kicap buatan syarikat Islam.Kita perlu memakan Yong Tau Fu yang dibuat dari ramuan usahawan Islam..kita perlu menggunakan semua produk buatan orang Islam kerana orang Islam akan menghasilkan produk halal dan bersih kerana mereka juga orang Islam dan tahu Islam itu mementingkan halal dan bersih…
Dalam istilah Fekah,apa yang membawa kepada wajib maka ia adalah wajib.Contohnya solat perlu mengambil wuduk,tanpa wuduk solat tidak sah.Maka mengambil wuduk untuk menunaikan solat adalah wajib..
Kesimpulannya adalah wajib bangsa Melayu menceburi industri pemakanan dan melahirkan produk yang bersih dan halal.Ini adalah kewajipan yang perlu dilaksanakan.
Memang diakui ramai bangsa Melayu menceburi industri pemakanan namun mereka hanya menumpukan dalam membuat kerepek,cencaluk,budu,baulu dan sebagainya.Masih kurang dalam menghasilkan pelbagai makanan dan minuman.
Majoriti makanan yang ada dalam negara kita dihasilkan syarikat bukan Islam.Malah Pau Ahmad yang menggunakan nama mulia dihasilkan bukan Islam..
Bangsa Melayu bukan bangsa yang bodoh.Ketika Melaka gemilang dan maju,siapakah memajukan Melaka?Bangsa Melayu…..Mereka yang memajukan Melaka hingga berjaya menjadi sebuah negeri kaya,makmur dan merdeka.Kemajuan Melaka menyebabkan Portugis sanggup berlayar ribuan batu untuk menyerang Melaka…
Ketika Pak Lah menerajui negara,beliau berusaha memajukan pertanian dan industri pemakanan namun pengkritik memperlekehkan usaha beliau.Usaha beliau banyak melahirkan usahawan Melayu yang berjaya menghasilkan pelbagai produk makanan dan minuman.Kini segala dasar beliau telah ditukar oleh pemimpin baru…Memang menyedihkan.
Kita berbangga dengan ramai jutawan dan bilionair Melayu namun tidak ambil kisah dengan sumber makanan dan minuman yang kita lahap setiap hari.Walaupun kita memakan bihun pasar malam atau restoran Melayu,namun bihun itu dibuat syarikat bukan Islam….
Pemakanan adalah penting.Jika kita makan dan minum dari sumber haram,maka ia akan mempengaruhi jiwa kita.Justeru pada masa kini ramai manusia bukan buta matanya,tetapi buta hatinya.
Manusia yang buta hatinya akan melahirkan Mat rempit,penzina,pembuang bayi,kaki rasuah,mengabaikan pelajaran,kaki buli,samseng,vandalisme,berkhalwat,seks bebas,peragut,penagih dadah dan pelbagai kejahatan dan kerosakan.Ini membuktikan pemakanan mampu mempengaruhi jiwa dan minda manusia.
Adakah kita mahu terus memakan makanan dan minuman yang tidak halal dan bersih,kemudian akhirat pula merasai makanan yang amat mengerikan?
Ahmad, Tarmizi dan al-Hakim meriwayatkan daripada Abi Umamah
r.a. daripada Nabi s.a.w dalam menjelaskan firman Allah s.w.t yang
bermaksud:
“Dia akan diberi minum dengan air nanah, di minumnya air nanah itu.”
(surah Ibrahim: 16-17)
Sabda Baginda:
“Akan dihampirkan kepada mulutnya, maka apabila sudah dekat
kepadanya maka hanguslah mukanya, dan apabila diletakkan di hadapannya
maka tanggalkan kulit kepalanya, maka apabila ia telah meminumnya maka
putuslah tali perutnya sehinggalah keluar daripada duburnya.
Firman Allah:
“Dan diberi air yang mendidih sehingga memotong-motong usus mereka
(taliperut).” (Muhammad: 15)
dan firman-Nya
“Dan jika mereka meminta minum nescaya mereka akan diberi minum dengan
air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang
paling buruk.” (al-Kahfi 29)
Allah swt tidak akan mengubah nasib bangsa Melayu,bangsa Melayu sendiri perlu mengubah diri mereka.Jika terus bergantung dengan makanan dan minuman hasil bukan Islam,maka Melayu perlu menyalahkan diri sendiri jika dicampakkan ke neraka Jahannam nanti.
Pada 10 Januari 2001 rusuhan besar berlaku di Indonesia setelah kebocoran maklumat mengenai produk Ajinomoto menggunakan babi dalam kandungannya.Kilang ditutup dan tiga eksekutinya ditahan serta Majlis Ulama Indonesia mengeluarkan fatwa Ajinomoto adalah haram.
Penggunaan ajinomoto amat meluas di Malaysia terutama sekali restoran dan kedai makan.Menurut kajian kesihatan Sedunia (WHO ) penggunaan Ajinomoto atau MSG boleh merosakkan otak bayi dan membahayakan kesihatan kanak-kanak.
Ajinomoto atau MSG yang berada di negara kita adalah dari Thailand…Thailand adalah negara bukan Islam dan tiada standart piawaian halal.
Pasaraya besar banyak menjual makanan dan minuman dari luar negara.Walaupun tiada tanda halal namun ramai orang Melayu membelinya terutama sekali produk dari China yang murah seperti tin laici ,makanan ringan,jeruk kering dan sebagainya.
Sebagai negara Islam yang gah di arena antarabangsa sepatutnya peka dengan industri makanan dan minuman dan pemimpin negara perlu berusaha melahirkan usahawan Melayu berjaya.Apabila semua produk dihasilkan syarikat Melayu dan Islam,maka semua bangsa Melayu tidak perlu ragu dengan halal dan bersih.
Kita jangan berbangga menjadi penganjur tilawah Quran antarabangsa,masjid Kristal yang menawan namun tidak mampu melahirkan makanan halal dan bersih walaupun mempunyai sumber tanah dan fasiliti yang canggih.
Bayangkan kita siang malam berusaha solat lima waktu,membaca Quran,menunaikan haji,berpuasa Ramadhan,rajin bersedekah namun sejak kecil hinggalah meninggal dunia dihadamkan dengan pelbagai jenis makanan haram.Dunia bahagia,akhirat dicampakkan ke Neraka.
Melayu perlu peka dengan pemakanan dan perlu mencari inisiatif untuk menghasilkan produk makanan dan minuman bersih dan halal.Ini adalah tanggungjawab bangsa kita.
Sekiranya Melayu tidak mahu menceburi industri makanan,maka semua kesalahan perlu dipikul bangsa Melayu.Bangsa Melayu akan rosak dan jahannam kerana bergantung dengan produk syarikat bukan Islam yang jelas tidak pernah peduli isu halal dan haram.
Segala kebaikan dan kemuliaan hanyalah milik Allah swt Maha Sempurna lagi Maha Gagah,manakala kesilapan dan kelemahan adalah diri sendiri.
3.45 pagi Khamis 19 Mei 2011
Admin
Kisah teladan & Co............

Subscribe to:
Posts (Atom)