Sunday, October 28, 2012

Tanda-tanda anak bijak

Setiap ibu bapa akan berbangga jika dianugerahkan anak yang bijak, lebih-lebih lagi genius.  Walaupun demikian, di mata ibu bapa, semua anak-anak mereka adalah  bijak. Biar pun bukan semua anak dianugerahkan bakat untuk menjadi  seorang yang Genius, namun masih terdapat beberapa panduan untuk mengukur sejauh mana bijaknya anak-anak anda.

10 tanda-tanda yang menunjukkan anak anda itu seorang yang bijak :- 

1. Mengekalkan Maklumat

  • Jika  kanak-kanak biasa bagaikan ‘masuk telinga kiri, keluar telinga kanan’  apabila diajar. Anak anda boleh dikatakan bijak jika mereka mampu  menyimpan maklumat dan boleh mengingatinya pada masa yang lain.
  • Minda  kanak-kanak umpama span yang akan menyerap segala apa yang dilihat dan  diajarkan kepadanya. Disebabkan itulah kita digalakkan mengajar  anak-anak sejak dari usia kecil. Melentur buluh, biarlah dari rebungnya.

2. Minat yang meluas

  • Minda  anak yang cerdas mungkin menunjukkan minatnya terhadap pelbagai topik  di sekelilingnya. Bulan ini mungkin dia minat Dinasour, bulan depan pula  angkasa lepas, bulan berikut pula topik yang lain dan begitulah  seterusnya.

3. Membaca dan Menulis di awal usia
  • Anak  anda boleh dikatakan seorang yang bijak jika dia mampu membaca dan  menulis di awal usia biar pun tidak melalui pengajaran yang formal.

4. Berbakat dalam seni muzik dan artistik

  • Kanak-kanak yang boleh memaparkan bakat luar biasa dalam muzik atau seni seringkali dianggap berbakat.

5. Menunjukkan Konsentrasi

  • Kanak-kanak  biasa tidak diketahui tahap konsentrasinya biar pun dalam tempoh  panjang, sebaliknya kanak-kanak yang bijak ini sentiasa menunjukkan  konsentrasinya terhadap sesuatu.

6. Mempunyai ingatan yang baik

  • Sama seperti tanda No 1, sesetengah kanak-kanak boleh mengingati perkara-perkara yang mereka lakukan sewaktu mereka masih kecil.

7. Susun kata yang maju berbanding usia

  • Kanak-kanak  yang bijak berbicara ketika kecil jika kita sering berbual dengannya  menggunakan ayat dan perbendaharaan kata sepertimana orang dewasa, akan  cepat menyerap dan memahami apa yang dibualkan orang yang lebih dewasa.
  • Misalnya  anak-anak berusia 2 tahun akan berkata ‘Itu kucing’, sebaliknya  anak-anak bijak ini akan berkata ‘Itu Kucing yang garang yang suka  membuat bising di rumah kami’. Berbeza bukan?

8. Memberi perhatian yang terperinci

  • Kanak-kanak  yang berbakat ini dapat mengingati dan peka dengan keadaan di  sekelilingnya. Misalnya mampu untuk menyimpan barang permainannya di  tempat ianya diambil. Atau menyedari jika sesuatu barang kesukaannya itu  berubah kedudukan dan sebagainya.

9. Bertindak sebagai pengkritik dirinya

  • Kanak-kanak  di usia kecil tidak terlalu bimbang apa yang berlaku terhadap dirinya  mahu pun orang lain, asalkan dia dapat apa yang dimahukannya. Sebaliknya  kanak-kanak yang bijak akan bersikap berlawanan dan mengambil berat apa  yang berlaku terhadap orang lain, tetapi apa yang lebih penting adalah  dirinya.

10. Memahami konsep yang rumit

  • Kanak-kanak  yang cerdas berkemampuan untuk memahami sesuatu perkara yang rumit,  melihat hubung kait antaranya, dan berfikir secara abstrak.
  • Mereka juga dapat memahaminya secara mendalam dan berfikir tentang jalan penyelesaiannya.

p/s  – Berbanggalah dengan anak-anak anda. Semua kanak-kanak adalah bijak,  terpulang kepada kita sebagai ibu bapa untuk mencorakkannya.

sumber :

http://mforum.cari.com.my

Monday, October 22, 2012

Belajar dari kesabaran Rasulullah saw….

Belajar dari kesabaran Rasulullah saw….
"Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) ia bukanlah cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman". (surah Yusuf :111)


                 Berstatus anak yatim piatu bukan satu ujian yang mudah.Membesar dengan datok,kemudian wafat datok kesayangan.Lantas membesar pula bersama bapa saudara sebagai pengembala kambing bukanlah kehidupan yang menyenangkan…hidup dalam masyarakat yang rosak akhlak di Mekah bukanlah perkara yang menggembirakan…namun semuanya dilalui dengan penuh kesabaran. 


              Siapakah Rasulullah saw?Baginda saw adalah manusia seperti kita,berdarah merah dan mempunyai perasaan.Bezanya Baginda saw dilantik sebagai Nabi dan Rasul,manakala kita adalah manusia biasa…Namun adakah Rasulullah tidak pernah bergenang air mata merasai kepayahan dan kesulitan dalam kehidupan? Hayati kisah Rasulullah saw ketika usia remaja… 


               Ketika usia Nabi saw genap dua belas tahun, Abu Talib membawa bersamanya Nabi Muhammad s.a.w ke Syam untuk berdagang. Apabila tiba di Busra, mereka melintas dihadapan seorang rahib yang terkenal disana iaitu Buhaira. Buhaira merupakan seorang yang alim tentang kitab Injil dan agama Nasrani. Apabila melihat nabi, Buhaira mengamati dan berbual dengan baginda. 

Setelah itu beliau berpaling kepada Abu Talib lalu bertanya; 

“Apakah hubungan tuan dengan kanak-kanak ini?” 

Lalu Abu Talib menjawab, “Dia anak saya. (Abu Talib sangat sayangkan Nabi sebab itu dia mengaku nabi sebagai anaknya)” 

Mendengar jawapan tersebut, Buhaira berkata, “Dia bukan anak tuan. Sepatutnya bapa anak ini telah meninggal dunia.” 

Maka Abu Talib menjawab, “Dia anak saudara saya.” 


Buhaira bertanya, “Di mana ayahandanya?”

 Jawab Abu Talib, “Ayahandanya telah meninggal dunia dan ibunya ialah adik ipar saya.” 

Lantas Buhaira berkata, “Benar. Bawalah anak ini pulang ke negerinya dan berhati-hati dengan orang yahudi. Demi Allah jika mereka melihatnya, pasti anak ini akan ditimpa kecelakaan. Sesungguhnya anak saudara tuan ini memiliki masa hadapan yang agung.” 

              Lalu Abu Talib segera membawa Rasulullah s.a.w pulang ke Mekah. 

                    Sebagai orang Islam,kita wajar membaca sirah Nabi saw sejak Nabi saw dilahirkan,zaman kanak-kanak,remaja,dewasa hinggalah Nabi saw wafat.Banyak pengajaran dan teladan yang patut digali dalam sirah Nabi saw.Namun berapa ramai yang membaca sirah Nabi saw dan menghayatinya? Rasulullah saw mempunyai perasaan seperti kita iaitu sedih,kecewa,marah,benci,suka,meluat,geram dan sebagainya.

          Namun bagaimanakah Baginda saw melalui kehidupan dengan penuh kesabaran? Tatkala orang Islam di Mekah melalui pelbagai keperitan dan penderitaan lantaran dizalimi dan diseksa orang kafir,para sahabat saw yang setia memohon Nabi saw agar meminta bantuan Allah swt Maha Perkasa.Lantas Nabi saw bersabda “Umat dahulu lebih teruk ujian dan penderitaan,malah para Nabi pun mengalaminya.Tahukah kalian Nabi Zakaria a.s digergaji hingga mati oleh kaumnya?” Tatkala Nabi saw berdakwah ke Thaif,bukan sahaja dakwah tidak diterima,malah Nabi saw dilontar dengan batu hingga darah membasahi pipi hingga Nabi pingsan.

               Apabila terjaga,Malaikat Jibril a.s mmeinta Nabi saw memohon apa sahaja untuk ditimpakan bala dan bencana buat kaum Thaif.Lantas Nabi mengangkat tangan dan berdoa “ Ya Allah…maafkan kaumku kerana mereka itu jahil….” Subhanallah…begitulah luhurnya jiwa Rasulullah saw… 


                 Adakah kita mampu bersabar sebagaimana Baginda saw? Kesabaran itu adalah perkataan yang mudah disebutkan oleh semua manusia,namun untuk menghayati dalam kehidupan,bukan sesuatu yang mudah.

                  Aku sendiri hidup tanpa ibu bapa sejak usia 1 tahun.Aku sendiri pernah gagal dalam pekerjaan,pernah gagal dalam perniagaan,pernah gagal dalam dunia percintaan..aku pernah gagal dan gagal,namun aku sentiasa menenangkan jiwa dengan iman dan takwa kepada suratan takdir… 


           Firman Allah swt “Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” (Surah al-Nahl, ayat 96)

           Rasulullah SAW memberi galakan untuk kita bersabar terhadap kesusahan dan kepayahan hidup. “Dalam kesabaran terhadap perkara yang tidak disukai itu banyak kebaikannya.” (Hadis Riwayat Imam al-Tirmizi daripada Ibn Abbas) 


              Hadis berikut perlu dijadikan falsafah kehidupan orang Islam : “Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya seluruh perkara adalah baik baginya. Dan tidak lah didapati seorang pun hal tersebut melainkan pada diri seorang mukmin. Jika dia merasakan kesenangan maka dia bersyukur. Dan itu lebih baik baginya. Jika kesusahan menerpanya maka dia bersabar. Dan itu lebih baik baginya.” - Hadith riwayat Imam Muslim. 


                Pada awal Januari,aku telah bersedekah memberi pakaian baru kepada anak-anak miskin Tahun 1 sebuah sekolah di negeri Sembilan dan salah satunya murid bernama NurSakinah bte Baharom.Namun pada 25 September 2012 berlaku ujian yang amat besar dalam hidupku.

        Ayah murid tersebut telah membuat repot polis kononnya aku menampar murid tersebut sebanyak tiga kali dan kini ia menjadi kes polis.Walaupun ramai murid sekolah dan guru melihat aku tidak menampar murid tersebut,namun tiada seorang pun mahu menjadi saksi kerana ugutan dan ancaman pihak sekolah. Kini aku hanya mempunyai saksi anakku yang bersama aku pada hari tersebut.


              Walaupun aku akan berhadapan dengan ratusan saksi palsu,aku yakin dan percaya Allah swt akan sentiasa bersamaku.Allah swt adalah saksi Maha Agong. Aku tidak pernah gentar dengan polis,doktor,guru,pejabat Pelajaran,Kementerian Pelajaran Malaysia kerana aku tahu Allah swt Maha Perkasa.Bawalah 1000 saksi palsu untuk menghumbankan aku dalam penjara,aku sentiasa yakin Allah swt lebih Maha Perkasa.


              Nabi Yusuf a.s pernah dihumban ke penjara selama 7 tahun kerana fitnah jahat. Ujian ini telah menyebabkan aku pingsan dan dirawat di Hospital Besar Melaka.Ujian ini telah menyebabkan aku terpaksa menutup premis selama 2 minggu dan menghiburkan hati dengan banyak melancong dan ibadat.Malah aku membawa anakku ke Singapura untuk menghiburkan hatinya yang trauma dan sedih akibat fitnah jahat menimpa ayahnya.

                Malah anakku terpaksa bercuti kerana malu untuk berada di sekolah…Ia malu ayahnya dilempar dengan fitnah jahat. Apabila melihat mataku bergenang,anakku lantas berkata “Sabarlah ayah….Allah sayang orang yang sabar…”Anak gadis kecil yang baru berusia 6 tahun 10 bulan menyabarkanku… 


               Aku belajar dari kesabaran Rasulullah saw.Baginda saw mengalami lebih hebat ujian dariku.Begitu juga para sahabat dan tabiin.Ujian menimpa mereka lebih hebat.Bilal bin Rabbah r.a dihempap dengan batu besar dan dijemur di bawah terik mentari.Mashitah tukang sisir anak Firaun dilempar ke dalam minyak panas,Sumayyah bte Khubath ditikam oleh Abu Jahal hingga gugur syahid… 


                 Pabila aku membaca kisah penderitaan dan ujian yang dihadapi para Nabi dan Rasul,para sahabat dan tabiin,ujian menimpaku amatlah kecil dibandingkan dengan mereka. Firman Allah SWT: “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan Syurga untuk mereka. Mereka berperang kerana Allah, lalu mereka membunuh dan terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam kitab Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka, bergembiralah dengan jual beli yang telah kalian lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar” (surah At-Taubah: 111)



 1.30 petang Hj Saat Hj Sulaiman

 23 Oktober 2012


 7 Zulhijjah 1433 Hijrah

Wednesday, August 8, 2012

Penemuan Rangka Manusia Raksaksa Kaum A’d









Aktiviti eksplorasi gas wilayah selatan gurun pasir Arab baru-baru ini menemui tengkorak manusia bersaiz raksasa sangat mengejutkan. Wilayah di gurun pasir Arab selatan ini disebut “Penempatan kosong” (Empty Quarter atau Rab al-Khaliy). Fosil manusia raksasa itu ditemui oleh Pasukan The Aramco Exploration.

Sebegaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran bahawa DIA pernah menciptakan manusia bersaiz besar. Mereka adalah kaum ‘Ad dimana Nabi Hud AS diutus di situ untuk menyeru manusia pada kebenaran. Tubuh mereka bersaiz besar, sangat tinggi dan kuat kerana itu mereka boleh memeluk sebuah pohon besar dan mencabutnya.

Kemudian, setelah Allah memberi kekuatan pada mereka dengan melebihkan mereka dari umat yang lain, mereka berbalik menjadi umat penderhaka, mendustakan serta menentang kenabian Nabi Hud AS. Sebagai hukuman, mereka kemudian diseksa oleh Allah SWT. Para Ulama Arab Saudi meyakini penemuan ini adalah kaum ‘Ad dari zaman Nabi Hud tersebut.

Demi keselamatan tapak arkeologi tersebut, tentera Arab Saudi telah menjaga kawasan penemuan ini dan tak seorang pun dibenarkan memasuki lokasi kecuali para pegawai eksplorasi Aramco.

Ada sesetengah pihak yang cuba menafikan penemuan ini dengan mengatakan bahawa gambar ini adalah ‘super impose’. Ini adalah cubaan penafian dari pihak yang ingin menentang kebenaran sejarah yang sebenarnya. Mereka lebih gemar dan taksub kepada sejarah yang mengatakan manusia hasil dari evolusi monyet dan beruk. Jadi apa pilihan kamu?


Pada awal tahun 1990 muncul keratan akhbar dalam beberapa surat khabar yang terkemuka di dunia yang menyatakan “Kota Legenda Arabia yang Hilang Telah Ditemui”, “Kota Legenda Arabia Ditemukan”, “Ubar, Atlantis di Padang Pasir.” Yang membuat penemuan arkeologi ini lebih menarik adalah kenyataan bahawa bandar ini juga disebut dalam Al-Quran. Ramai orang, yang sejak dahulu beranggapan bahawa kaum ‘Ad sebagai-mana diceritakan dalam Al Quran hanyalah sebuah legenda atau beranggapan bahawa lokasi mereka tidak akan pernah ditemui, tidak dapat menyembunyikan kehairanan mereka atas penemuan ini. Penemuan bandar ini, yang hanya disebutkan dalam cerita lisan Suku Badwi, membangkitkan minat dan rasa ingin tahu yang sangat mendalam.

Nicholas Clapp, seorang arkeolog amatur yang menemui kota legenda yang disebutkan dalam Al Quran ini. Sebagai seorang Arabophile dan pembuat filem dokumentari berkualiti, Clapp telah menjumpai sebuah buku yang sangat menarik selama penelitiannya tentang sejarah Arab. Buku ini berjudul Arabia Felix yang ditulis oleh seorang peneliti Inggeris bernama Bertram Thomas pada tahun 1932. Arabia Felix adalah wakil Rom untuk bahagian selatan semenanjung Arabyang sekarang ini merangkumi Yaman dan sebahagian besar Oman. Bangsa Yunani menyebut daerah ini “Eudaimon Arabia”. Sarjana Arab abad pada pertengahan menyebutnya sebagai “Al-Yaman As-Sa’idah” 20.
Semua nama tersebut bermaksud “Arabia yang Beruntung “, kerana orang-orang yang hidup di daerah tersebut di masa lalu dikenali sebagai orang-orang yang paling beruntung pada zamannya. Jadi apakah yang untung itu?

Keberuntungan mereka sebahagian berkaitan dengan kawasan mereka yang strategik menjadi perantara dalam perdagangan rempah ratus antara India dengan tempat-tempat di utara semenanjung Arab. Di samping itu, orang-orang yang berdiam di daerah ini menghasilkan dan mengedarkan “frankincense” sejenis getah wangi dari pokok langka. Kerana sangat disukai oleh masyarakat kuno, tanaman ini digunakan sebagai dupa dalam berbagai upacara keagamaan. Pada saat itu, tanaman tersebut sekurang-kurangnya sama berharganya dengan emas.

Thomas memaparkan tentang suku-suku yang “beruntung” ini dengan panjang lebar dan menyatakan bahawa ia telah menemui jejak sebuah bandar purba yang dibina oleh salah satu dari suku-suku ini. Itulah bandar yang dikenali suku Badwi dengan sebutan “Ubar”. Pada salah satu perjalanannya ke daerah tersebut, orang-orang Badwi yang hidup di padang pasir itu menunjukkan pusat-pusat usang dan menyatakan bahawa pusat-pusat tersebut mengarah ke bandar kuno Ubar. Thomas, yang sangat berminat dengan perkara ini dan mahu mengkaji lebih dalam lagi.


Clapp, setelah mengkaji tulisan Thomas, yakin akan kewujudan bandar yang hilang tersebut. Tanpa banyak membuang masa, beliau memulakan penelitiannya. Clapp membuktikan kewujudan Ubar dengan dua cara. Perta-ma, ia menemukan pusat-pusat yang menurut suku Badwi benar-benar ada. Ia meminta NASA (Badan Luar Angkasa Nasional Amerika Syarikat) untuk menyediakan foto satelit daerah tersebut. Selepas rundingan yang panjang, beliau berjaya memujuk pihak yang berkuasa untuk memotret daerah tersebut.

Clapp meneruskan mempelajari pelbagai manuskrip dan peta kuno di perpustakan Huntington di California. Tujuannya adalah untuk menemukan peta dari daerah tesebut. Setelah melalui penelitian singkat, ia menemukannya. Yang ditemuinya adalah sebuah peta yang dilukis oleh Ptolomeus, ahli geografi Yunani-Mesir pada tahun 200 M. Pada peta ini ditunjukkan lokasi sebuah bandar tua yang ditemui di daerah tersebut dan jalan-jalan yang menuju ke kota tersebut.

Sementara itu, beliau menerima khabar bahawa NASA telah melakukan pemotretan. Dalam foto-foto tersebut, beberapa pusat kafilah dapat di lihat, suatu hal yang sulit untuk dicari dengan mata kasar, tetapi boleh dilihat sebagai satu kesatuan dari luar angkasa. Dengan membandingkan foto-foto ini dengan peta tua yang di tangannya, akhirnya Clapp menjumpai kesimpulan yang ia cari: pusat-pusat dalam peta tua sesuai dengan pusat-pusat dalam gambar yang diambil dengan satelit. Tujuan akhir dari jejak-jejak ini adalah sebuah tapak yang luas yang ditengarai dahulunya merupakan sebuah bandar.

Akhirnya, lokasi bandar legenda yang menjadi subjek cerita-cerita lisan suku Badwi dijumpai. Tidak berapa lama kemudian, penggalian bermula dan peninggalan dari sebuah bandar mulai tampak di bawah gurun pasir. Demikianlah, bandar yang hilang ini disebut sebagai “Ubar, Atlantis di Padang Pasir”.


Lalu, apakah yang membuktikan bandar ini sebagai bandar kaum ‘Ad yang disebutkan dalam Al Quran? Begitu runtuhan-runtuhan mula digali, diketahui bahawa bandar yang hancur ini adalah milik kaum ‘Ad dan berupa tiang-tiang Iram yang disebutkan dalam Al Quran, kerana di antara pelbagai struktur yang di-gali terdapat menara-menara yang secara khusus disebutkan dalam Al-Quran . Dr. Zarins, seorang ahli pasukan kajian yang memimpin penggalian mengatakan bahawa kerana menara-menara itu disebut sebagai bentuk khas bandar ’Ubar, dan kerana Iram disebut mempunyai menara-menara atau tiang-tiang, maka itulah bukti terkuat setakat ini, bahawa tapak yang mereka gali adalah Iram, bandar kaum ‘Ad yang disebutkan dalam Al Quran:

Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum ‘Ad, (iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain. (QS. Al-Fajr, 89: 6-8)

sumber :


http://www.blogammar.com/

Pengalaman Ngeri Seorang Penggali Kubur


Ini cerita yang diceritakan oleh Pak Johar. Semoga anda boleh mengambil pengajaran daripada carita beliau.
“Saya pegang nisan dikubur arwah abang Hamid yang baru saja kami kebumikan sebentar tadi. Fikiran saya berputar ligat. “Aii.. menung nampak? Kenapa?” tanya Bakar, kawan baik saya yang turut sama menjadi penggali kubur di Bakri, Muar, Johor.

“Tak ada apa-apa. Saja tengok kain ni, dah kotor sikit kena tanah,” saya berdalih, cuba menyembunyikan perkara yang berasak-asak datang ke kepala.


Mari pergi kat pondok… mandur nak jumpa. Dia nak cakap fasal kerja, gaji, overtime dll. Pak Dolah, kawan-kawan lain dah pergi dah,” tambah Bakar sambil memikul cangkul dan botol airnya.

“Pergilah dulu, nanti aku datang,” balas saya lantas duduk termenung.

Sepeninggalan Bakar, saya duduk di pinggir kubur Abang Hamid. Saya termenung. Ada satu perkara yang sedang menyucuk-nyucuk fikiran saya. Sebenarnya sudah lama ia bermain-main di benak tapi sekarang ini makin mendesak.

Orang ramai sudah balik, Munkar dan Nakir sudah datangkah menyoal Abang Hamid, hati saya bertanya. Kata orang, selepas tujuh langkah kita tinggalkan pusara, maka akan datanglah dua malaikat itu untuk menyoal si mati. Kalau bagus amalannya semasa hidup, berbahagialah. Tapi kalau bergelumang dengan kemungkaran, bersiap sedialah…


Saya teringat cerita kononnya ada orang yang menekap telinga ke kubur dan dengar bunyi dentuman tapak kaki di dalam. Konon cerita, lepas itu terdengar pula bunyi hentaman dan si mati menjerit-jerit.

Eee…. seramnya. Macam mana agaknya rupa Munkar dan Nakir. Besarkah badannya, garangkah rupanya atau berjubah dan maniskah wajahnya ? Kalau dibelasahnya kita, tentu sakitnya tak terperi. Kalau lipan, jengking datang habislah kita disepit. Nak lari tak boleh, nak mengadu tak boleh, kita seoranglah menanggung sakit pedih. Astaghfirullahal’azim…

Saya masih lagi duduk melangu di pinggir kubur Abang Hamid. Jiwa muda saya makin menggaru-garu. Kian lama saya termenung kian ia mengganas dan mengacau fikiran.

Pergi… pergi sekarang ! Johar, masa inilah kalau nak cuba . Kawan- kawan dah tak ada, cepat, ia berbisik di telinga saya.

Jari-jemari saya bergerak-gerak. Lutut dah mula menggeletar manakala kepala rasa berpusing. Saya beristighfar beberapa kali mententeramkan jiwa yang bergelora, namun bisikan itu makin kuat berkumandang di telinga.

Cepat, cepat, cepat ! Inilah masanya. Johar, apa engkau tunggu lagi ? ‘ Kan engkau nak tau sangat, jangan tercegat lagi. Kau takut ? Allah, bukannya kena tangkap, bukannya boleh mati …

Jadi bisu ? Sakit, lepas tu mereng sampai mati Jangan pedulilah, tu cerita orang saja. Entah ya entah tidak. Engkau orang muda, kuat semangat, apa nak takut. Cepat Johar, cepat, cepaaaaat!

Dimulai lafaz Bismillah dan selawat kepada Nabi, saya terus bangun dan terjun ke dalam kubur di sebelah pusara Abang Hamid. Ia baru saja digali sebab di sini, kami biasanya sudah gali lebih kurang 10 kubur sebagai persediaan. Maklumlah, Bakri ni kawasan besar, kalau ada banyak kematian sekali gus, taklah timbul masalah.

Di dalam lahad saya berbaring dan meratib, lailahaillallah, lailahaillallah, lailahaillallah…

Saya pejamkan mata, menggigil tengok dinding lahad di depan mata. Bau tanah dan sempitnya ruang di dalam lahad itu menyebabkan saya betul-betul gemuruh.

Munkar, Nakir, ular, jengking, api tinggi menggulung, nanah, darah dan segala seksaan yang pernah didengar daripada guru-guru agama terbayang di depan mata.

Saya juga teringat pada alunan suara seorang wanita membaca al-Quran dari salah sebuah kubur di sini yang saya dengar beberapa bulan lalu. Jeritan, tangisan dan raungan dari kubur-kubur lain yang didengar pada malam-malam selepas itu juga pantas menyerbu fikiran.

Suara-suara aneh dari kubur itulah yang sebenarnya menggaru-garu jiwa saya untuk menyaksikan sendiri keadaan di alam barzakh. Bunyinya memang gila, mana boleh manusia hidup menyeberangi ke alam barzakh, tapi saya ingin juga merasainya.

Lailahaillallah

Lailahaillallah

Lailahaillallah

Saya terus meratib dan meratib hinggalah tiba-tiba dunia menjadi kelam dan sedetik kemudian bergema satu bunyi yang amat menakutkan.

GGRUUMMM… PPPRRAAAPPP!!

Tanah di kubur Abang Hamid tiba-tiba bergerak. Setelah itu satu lagi sisi tanah kuburnya berganjak diiringi bunyi yang amat menggerunkan.

“Ya Allaaaaahhh… apa yang berlaku ini ? ” saya menggeletar kerana bunyi itu datang dari dua arah dan saling rapat merapati. Air mata seperti hendak mengalir.

GGGRRRRUUUMMM…

Tanah di kubur Abang Hamid bergerak lagi saling himpit menghimpit. Saya menggigil mendengar bunyi itu yang dentumannya lebih dahsyat daripada tanah runtuh. Saya cuba menekup telinga kerana tidak tertahan dengan bunyi yang bingit itu, tapi tangan saya tiba-tiba kaku..

Ingin saja saya melompat dari kubur, pun demikian kaki bagai dipaku ke tanah, tak dapat bergerak akibat terlalu terkejut.

ARGGHKKK… ERRRKKKKKKK

Terdengar pula suara seorang lelaki mengerang. Suaranya laksana dia sedang menahan kesakitan yang amat sangat tapi seperti tersekat di kerongkong. Nafas saya sudah tidak tentu arah, takut yang amat sangat.

AARRKKK… UUURRRKKGGH!!!

Saya menggigil apabila dia mengerang-ngerang lagi. Perasaan simpati tak dapat dibendung. Ingin rasanya saya menarik lelaki itu keluar daripada terus dihimpit, tapi di sebelah saya cuma lapisan tanah yang tidak mampu ditembusi.

Saya masih lagi terbaring dengan nafas turun naik apabila tiba-tiba… PPPR-RRAAPPPPP!!!… bunyi papan patah berderai.

PRRAAKK… TTAAPP… PRRAAPP!

Kepingan demi kepingan papan tersebut patah hingga hancur berkecai lalu disudahi dengan suara lelaki tersebut mengeruh. Serentak itu, kedengaran pula tulang-temulang patah !

Air mata saya meleleh. Di ketika ini hati saya berkata, mungkin inilah yang Nabi maksudkan bahawa tanah dan dinding kubur akan menghimpit tubuh orang-orang yang mengkufuri Allah hingga berselisih tulang selangkanya. Aduh, tidak terbayang peri sakitnya lelaki yang sedang mengerang itu. Jantung saya bagai hendak tercabut dan darah terasa kering apabila mendengar dia mengerang-ngerang dan tulang-temulangnya patah berderap-derap.

Di saat saya terbungkam dengan apa yang berlaku, tiba-tiba satu deruan angin yang amat dahsyat datang menerpa. Desingannya menyakitkan telinga. Seiring dengan ribut taufan itu juga, hadir sesuatu berwarna hitam seperti asap, makin lama makin membesar lalu membentuk lembaga hitam yang teramat besar. Di tangannya tergenggam sebatang besi yang sedang membara, merah menyala.

Tiba-tiba lembaga itu menghayun besi tersebut. Pantas saya menepis, namun sebaik besi itu menyentuh lengan, saya menjerit kesakitan. Aduh, panasnya menyebabkan kulit tangan saya ini bagai tersiat dan dagingnya masak.

“ARGGGHHHH” Jangan pukul aku lagiiiii!!!” saya meraung apabila lembaga itu memukul kaki saya.

Saya cuba mengelak, tapi pukulan itu tetap singgah ke sasaran. Bagai hendak tercabut anak tekak saya menjerit kerana kehangatan besi itu membakar daging paha saya.

“Arrgghhh… sakit, sakiiittt!!” saya meraung-raung, tapi lembaga hitam besar hingga sayup mata memandang itu terus menghayunkan besi panasnya ke kepala, kaki, tangan, badan dan perut saya.

Dalam pada itu, tanah di kubur sebelah terus-terusan bergerak himpit menghimpit. Bumi tempat saya berpijak bergegar hebat laksana dilanda gempa.

Suara lelaki mengerang dan tulang-temulangnya patah berderap bagai dahan sekah, tetap kedengaran. Dalam hati saya meraung, matilah aku kejap lagi, patahlah tulang aku, renyuklah badan aku dibelasah dengan besi panas.

Saya menjerit, menepis, mengelak hinggalah tiba-tiba saya terasa sesuatu yang amat sejuk menyimbah ke tubuh saya. Serentak itu lembaga hitam hilang entah ke mana dan bunyi bumi bergegar serta lelaki mengerang lenyap serta-merta. Suasana terasa hening.

“Johar… Johar !! ” sayup-sayup nama saya dipanggil.

Dengan susah payah, saya membuka mata. Tapi saya tidak larat, badan terlalu letih. Wajah seseorang berbalam-balam di mata.

“Johar… bangun, bangun!” nama saya dipanggil lagi, badan digoncang-goncang.

Saya buka mata sedikit. Ooo… rupa-rupanya Bakar. Bersama-sama Pak Dollah, mereka mengangkat saya keluar dari kubur.

Selepas diberi air, badan dikipas, barulah saya segar semula. Bakar beritahu, selepas menunggu lama di pondok, dia dan Pak Dollah serta mandur mencari saya untuk membayar wang kerja lebih masa. Lama mencari, akhirnya dia jumpa saya di dalam kubur sedang bersilat seorang diri.

“Engkau menepis sana , mengelak sini. Habis tanah kubur tu engkau tumbuk.. Aku ambil air. Aku simbahlah,” kata Bakar sambil menunjukkan baldi yang digunakannya lalu disambut gelak tawa kawan-kawan.

Saya hanya tersenyum tawar. Tak terdaya saya hendak ceritakan apa yang telah berlaku sebentar tadi, bimbang mereka tidak percaya.

Selepas kejadian itu saya terlantar selama beberapa bulan akibat badan penuh dengan lebam-lebam. Mungkin lebam akibat menumbuk dan menendang tanah, mungkin juga akibat pukulan besi panas itu. Saya juga dibawa berjumpa bomoh untuk memulihkan semangat.

Keluarga dan kawan-kawan menggeleng kepala dengar cerita saya. Mereka berebut-rebut menyuruh saya menceritakan pengalaman menakutkan itu. Ada yang insaf, ada juga yang mengatakan semua itu karut, mainan syaitan, mimpi dan igauan semata-mata.

Lantaklah apa kata mereka, tapi saya puas hati. Akhirnya saya telah saksikan sendiri seksaan di dalam kubur. Sama ada apa yang dilihat itu adalah keadaan yang sebenarnya berlaku di alam barzakh atau hanya mimpi semata-mata akibat terlelap semasa meratib, itu saya tidak kisah.

Yang penting keinginan untuk menjengah alam itu telah tertunai.

Peristiwa pada pertengahan 1970-an itu telah memberi keinsafan yang benar-benar mendalam di hati saya. Sesungguhnya janji ALLAH itu benar…MATI itu benar…SYURGA – NERAKA itu benar….dan…azab kubur …itu juga benarrrr….. Semoga ALLAH terima segala amalan kita dan mengampuni dosa-dosa kita…. AMIN YA RABBAL A’LAMIN

sumber :

http://www.blogammar.com

Fenomena Ice Circle








Suatu hari, apabila anda sedang berjalan kaki di pinggir sungai dan kemudian melihat sebuah lingkaran aneh di permukaan sungai, jangan terburu-buru membuat kesimpulan bahawa UFO baru saja mendarat di sungai tersebut. Mungkin apa yang anda lihat adalah Ice Circle yang baru saja terbentuk.

Ice Circle atau lingkaran ais adalah sebuah fenomena yang muncul pada air yang mempunyai arus perlahan di iklim sejuk. Bentuknya yang besar yang terdiri daripada ais dan berputar secara lambat di permukaan air. Misteri ini sesungguhnya sudah pernah disinggung pada abad ke-19. Sebuah gambar ilustrasi dari Ice Circle pernah diterbitkan di majalah Scientific American pada tahun 1895.London News juga pernah melaporkan fenomena ini yang terjadi di Toronto tahun 1930.

Umumnya fenomena ini muncul di Scandinavia dan Amerika Utara, namun pernah satu kali terlihat di Inggeris pada Januari 2009.

Ice Circle umumnya muncul pada kelokan sungai dimana arus air yang berakselerasi mencipta sebuah kekuatan yang disebut “rotational shear”, yang kemudian memecahkan bongkahan ais dan memutarnya. Seiring dengan perputaran piringan itu,ia menggiling ais di sekelilingnya sehingga menjadi halus dan membentuk lingkaran sempurna. Fenomena ini walaupun sudah dikenalpasti puncanya, namun tetap merupakan kejadian yang aneh kerana jarang² terjadi.


sumber :


http://www.blogammar.com/

Saturday, July 21, 2012

Asma Ul Husna 99 Nama Allah







<span style="font-weight:bold;">ASMA-UL-HUSNA : FADHILAT SERTA KHASIATNYA</span>

Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud:

"ALLAH mempunyai Asmaa-Ul-Husna (nama-nama yang agung yang sesuai dengan sifat-sifat ALLAH S.W.T.), maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut asmaa-ul-husna itu." -(Surah Al-A'raf:180)

"Katakanlah: "Serulah ALLAH atau serulah AR-RAHMAN. Dengan nama yang mana saja kamu seru. Dia mempunyai al asmaul husna (nama-nama yang terbaik)
"Dialah ALLAH, tiada Tuhan melainkan Dia, Dia mempunyai al-asmaul-husna (nama-nama yang baik)"- (Surah Thaha:8)

Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai 99 nama, iaitu seratus kurang satu, barangsiapa menghitungnya (menghafal seluruhnya) masuklah ia kedalam syurga" - Riwayat Bukhari

Adapun ASMA-UL-HUSNA adalah merupakan nama-nama Allah s.w.t. yang terkandung didalam Al-Quran dimana pada tiap-tiap nama tersebut mengandungi khasiatnya masing-masing seperti kita akan ketahui dibawah ini:


ALLAHU                  Ertinya Yang mengeluarkan sekelian makhluk dari tiada menjadi ada.
KHASIATNYA:        Barangsiapa yang menbacanya 5000 kali tiap-tiap hari, Insyaallah akan dimurahkan     rezekinya, dan jika dibaca 66 kali sampai 66 hari setelah sembahyang fardhu, maka akan menjadi sebutan orang besar dan mendapat kebaikan yang banyak.
AR RAHMAANU      Ertinya Kasihsayang kepada hambaNya didunia.
KHASIATNYA:         Barangsiapa yang mebacanya tiap-tiap selesai sembahyang fardu sebanyak 100 kali, Insyaallah ia akan terjaga dari sifat lupa dan lalai.
AR RAHIIMU           Ertinya Yang Kasihsayang kepada orang-orang mukmin pada hari Akhir
KHASIATNYA:         Barangsiapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 100 kali, Insyaallah hatinya akan selalu mempunyai sifat kasih sayang akan sesama makhluk Allah s.w.t.
AL MALIKU             Ertinya Yang Mempunyai Kerajaan
KHASIATNYA:         Barangsiapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 121 kali kemudian daripada fajar atau tergelincirnya, Insyaallah akan dikayakan dengan sebab atau dengan pintu yang dibukakan Allah s.w.t. baginya.
AL QUDDUUSU      Ertinya Yang Maha Suci
KHASIATNYA:         Barangsiapa yang berzikir dengan khalimat ini pada tiap-tiap hari ketika tergelincir matahari sebanyak 100 kali, Insyaallah akan menjadi bersih hatinya, dan barangsiapa yang berzikir 1000 kali, Insyaallah akan diselamatkan daripada bala.
AS SALAAMU          Ertinya Sejahtera daripada kekurangan
KHASIATNYA:         Apabila dibacakan kepada orang yang sakit kepala sebanyak 121 kali atau 136 kali dengan suara yang sekiranya dapat didengar oleh orang yang sakit dan dengan mengangkat  kedua belah tangan, Insyaallah akan disembuhkan dengan khalimatNya selama tidak datang ajalnya atau dikurangkan daripada sakitmya.
AL MU'MINU           Ertinya Yang Mengimamkan hambaNya
KHASIATNYA:         Apabila dibacakan akan khalimat ini sebanyak 136 kali oleh orang yang merasa ketakutan akan sesuatu, maka ia akan merasa aman dari apa yang ditakutkannya, dan apabila dibaca oleh orang yang beriman, maka ia akan bertambah imannya.
AL MUHAIMINU     Ertinya Yang Sangat Menyintai dan Memelihara.
KHASIATNYA:         Barangsiapa yang membacanya 100 kali setelah sembahyang sunat dua rakaat (terutama diwaktu tengah malam), Insyaallah akan dibersihkan zahir dan batinnya dan tetap bercahaya hatinya, dan barang siapa yang membacanya sebanyak 145 kali setelah sembahyang Isyak, Insyaallah akan kuat khafazhnya.
AL'AZIIZ                   Ertinya Yang Menyalahkan.
KHASIATNYA:         Barangsiapa yang berzikir sebanyak 40 kali tiap-tiap hari selama 40 hari dan yang lebih baik dibaca setelah sembahyang Subuh, Insyaallah akan dikayakan dan dimuliakan oleh Allah s.w.t. dan tidak dihajatkan dia kepada seseorang dari makhlukNya.
AL- JABBAARU      Ertinya Yang Sangat Gagah.
KHASIATNYA:         Barangsiapa yang berzikir tiap-tiap hari sebanyak 206 kali atau 226 kali pada pagi dan petang, Insyaallah tidak akan boleh orang yang zalim dan Allah s.w.t. akan membalas bagi orang zalim itu siksa baginya.
AL MUTAKABBIRU Ertinya Yang Maha Besar.
KHASIATNYA:         Barangsiapa yang berzikir tiap-tiap hari sebanyak 662 kali, Insyaallah orang yang takabur itu akan tunduk kepadanya.
AL KHAALIQU         Ertinya Yang Menciptakan MakhlukNya.
KHASIATNYA:         Barangsiapa yang berzikir waktu tengah malam sebanyak 731 kali, Insyaallah akan diterangkan hatinya dan dirinya, dan barangsiapa yang kehilangan hartanya atau lama ditunggalkan orang yang dikasihinya, maka bacalah sebanyak 5000 kali, Insyaallah ia akan datang dengan perintah Allah s.w.t..
AL BAARI-U             Ertinya Yang Menerbitkan Makhluk.
KHASIATNYA:         Barangsiapa yang berzikir  pada siang hari sebanyak 100 kali, Insyaallah ia akan selemat dari kebinasaan dan tidak akan merasa takut ia didalam kubur, dan barangsiapa yang apabila dibacanya pada malam hari selama 7 malam berturut-turut dan pada tiap-tiap malam dibaca 100 kali, Insyaallah akan disembuhkan segala penyakit dalam tangannya.
AL MUSHAWWIRU  Ertinya Yang Merupakan Makhluk.
KHASIATNYA:         Barangsiapa yang berzikir sebanyak 336 kali atau lebih, maka Insyaallah akan menjadi baik segala perbuatannya atau apa yang dikerjakannya.
AL GHAFFAARU     Ertinya Sangat Mengampuni.
KHASIATNYA:         Barangsiapa yang berzikir  100 kali sambil mengiringi sembahyang Jumaat, Insyaallah zahir baginya akan mendapat keampunan.
AL QAHHAARU      Ertinya Yang Sangat Keras.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca tiap-tiap hari dan malam sebanyak 306 kali atau lebih, Insyaallah keluar dari hatinya cinta dunia dan kebesaran barang lain daripada Allah s.w.t. dan zahir baginya pertolongan Allah s.w.t. atas musuhnya, dan barangsiapa yang adanya hajat lalu berzikir 100 kali kemudian mengangkat kedua tangannya dan membuka akan kepalanya, Insyaallah ditunaikan hajatnya.
AL WAHHAABU      Ertinya Yang Sangat Memberi.
KHASIATNYA:         Barangsiapa yang kekal mewiridkannya tiap-tiap hari atau tiap-tiap selesai sembahyang fardhu yang lima waktu sebanyak 300 kali atau lebih, Insyaallah akan dikabul dan hebat baginya kekayaan dan kebesarannya, dan barangsiapa mengekalkan membacanya pada akhir sujud sembahyang dhuha sebanyak 40 kali, Insyaallah dimudahkan baginya kekayaan yang mudah dan hebat.
AR RAZZAQU          Ertinya Yang Sangat Memberi Rezeki.
KHASIATNYA:         Barangsiapa yang mengekalkan membaca tiap-tiap hari 308 kali, Insyaallah ditunaikan hajatnya kepada raja dan pemerintah dan jika mengkehendaki akan dimarahinya itu, maka berhentilah berbetulan orang yang dituntut, dan apabila berzikir 17 kali, Insyaallah ditunaikan hajatnya dan barangsiapa yang berzikir sebanyak 20 hari berturut-turut dan tiap-tiap hari 20 kali pada pagi sebelum makan dan minum, Insyaallah akan diberikan padanya faham yang dalam dan sempurna.
AL FATTAHU         Ertinya Yang Membuka Khazanah Rahmat.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca tiap-tiap selesai sembahyang Subuh sebanyak 71 kali dengan tangannya dihantarkan keatas dada, Insyaallah hatinya akan bersih dan bercahaya, dimudahkan segala pekerjaan dan keluar cinta dunia dari hatinya.
AL'ALIIMU               Ertinya Mengetahui.
KHASIATNYA:         Barangsiapa yang berzikir tiap-tiap setelah selesai sembahyang lima waktu sebanyak 100 kali, Insyaallah akan mendapatkan ilmu ma'rifat dan kasyaf serta iman yang sempurna.
AL QAABIDHU        Ertinya Yang Menggenggam, Menyempitkan Rezeki dan Menguranginya bagi seseorang yang disempitkan.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca setiap hari sebanyak 100 kali, Insyaallah akan terhindar dari pengancamnya.
AL BAASITHU         Ertinya Maha Melapangkan.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca selesai sembahyang dhuha 10 kali, Insyaallah akan diluaskan rezeki dan ilmunya.
AL KHAAFIDHU     Ertinya Yang Menurunkan.
KHASIATNYA:         Apabila diamalkan setiap hari dalam keadaan khusyuk dan bersih (berwuduk) sebanyak 500 kali pasti dijatuhkan martabat musuh atau lawan penentangnya serta dikabulkan hajatnya.
AR RAAFI'U             Ertinya Maha Mengangkat.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca setiap hari terutama pada malam hari sebanyak 70 kali, pasti hartanya akan dijaga dari pencuri, perompak, penipuan dan sebagainya.
AL MU'IZZU             Ertinya Maha Menang dan memberi kepada yang dikehendakiNya.
KHASIATNYA:         Untuk menumbuhkan kewibawaan orang banyak apabila dibaca setiap hari sebanyak 140 kali.
AL MUDZILLU         Ertinya Yang Merendahkan atau Menghinakan.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca sebanyak 75 kali kemudian sembahyang dan didalam sujud sebutkan namanya yang ditakuti itu, Insyaallah akan aman mereka daripadanya dan apabila dibaca 1000 kali pada tiap-tiap hari selama 7 hari, Insyaallah akan ditolakkan musuh daripadanya.
AS SAMII'U               Ertinya Maha Mendengar.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca 500 kali , setelah selesai sembahyang dhuha pada hari Khamis, maka doanya akan ditunaikan oleh Allah s.w.t. dan akan disembuhkan pendengarannya daripada penyakit tuli atau pendengarannya akan menjadi baik.
AL BASHIIRU          Ertinya Maha Melihat.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca sebelum sembahyang Jumaat dimulai sebanyak 100 kali pasti fikirannya akan bertambah cerdas dan hatinya akan terbuka.
AL HAKAMU            Ertinya Yang Menetapkan Hukum-hukum MakhlukNya.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca setiap malam sunyi serta suci dari hadas dan najis sebanyak 68 kali, Insyaallah akan dijadikan hatinya tempat rahsia dan hikmah ilmu agama.
AL'ADLU                  Ertinya Yang Maha Adil.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca setelah selesai sembahyang lima waktu 104 kali pasti ia akan menjadi pemutus hukum yang adil dan akan merasa tertarik hati orang lain kepadanya.
AL LATHIIFU          Ertinya Yang Maha Halus.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca sebanyak 129 kali atau 130 kali, Insyaallah usahanya atau perniagaannya akan maju dan akan merasa kejayaan dalam pekerjaannya.
AL KHABIIRU         Ertinya Yang Maha Mengetahui atau Waspada.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca selama 7 hari dan tiap-tiap hari sebanyak 812 kali, Insyaallah akan datang kepadanya rahmat dengan segala khabar yang dikehendaki.
AL HALIIMU            Ertinya Maha Penyayang dan Penyabar.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca sesudah sembahyang 5 waktu sebanyak 88 kali pasti ia akan dipelihara dari pangkatnya, jabatan atau kedudukannya.
AL'AZHIIMU            Ertinya Maha Agung.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca setiap hari sebanyak 12 kali maka Insyaallah penyakit akan segera sembuh dan akan terhindar dari kejahatan.
AL GHAFUURU      Ertinya Maha Pengampun.
KHASIATNYA:         Barangsiapa menuliskan atas orang yang sakit demam bacalah sebanyak 3 kali, Insyaallah akan segera sembuhlah ia.
ASY SYAKUURU     Ertinya Yang Sangat Syukur.
KHASIATNYA:         Apabila menuliskan sebanyak 40 kali oleh orang yang sesak nafas atau penat badan atau dhaif mata dan dihapuskannya dengan iri dan sapukan iri itu kepada badannya atau matanya dan diminumkan, Insyaallah akan mendapat berkat.
AL'ALIYYU               Ertinya Yang Maha Tinggi Martabatnya.
KHASIATNYA:         Apabila ditulis pada kertas dan direndamkan pada segelas air (tulisannya sebanyak 110 kali) kemudian airnya diminumkan kepada anak kecil, Insyaallah dia akan menjadi anak yang cerdas dan pandai.
AL KABIIRU            Ertinya Yang Maha Besar.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca dalam masa 7 hari sesudah melakukan sembahyang hajat sebanyak 1000 kali setiap malam, Insyaallah akan dikembalikan lagi jabatannya, pekerjaannya selama bukan dipecat kerana kecurangan atau kerana makan hasil rasuah dan lain-lain.
AL HAFIIZHU        Ertinya Yang Maha Memelihara.
KHASIATNYA:        Untuk menjaga keselamatan diri dari binatang buas atau dari hantu malam, dibaca sebanyak 99 kali pasti akan diselamatkan dan terhindar daripada segala gangguan tersebut diatas.
AL MUQI ITU           Ertinya Yang menjadikan makanan.
KHASIATNYA:         Untuk melepaskan rasa haus dan lapar dibaca selama terkena penderitaan itu (bacalah sebanyak-banyaknya) Insyaallah akan sembuh.
AL HASIIBU             Ertinya Yang Menghisab atau Menghitung.
KHASIATNYA:         Untuk menguatkan jabatan atau pekerjaan yang dipegangnya apabila dibaca setiap selesai sembahyang Subuh atau sebelum terbit matahari dan petang (sesudah sembahyang Maghrib), Insyaallah akan dijaga kedudukannya/jabatannya atau pekerjaannya. Bacalah sebanyak 777 kali.
AL JALIILU               Ertinya Yang Maha Agung dan Mulia.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca setiap pagi (jam 2.30 pagi) sebanyak 73 kali pasti usahanya, pekerjaannya atau kedudukannya akan meningkat dengan sangat menghairankan.
AL KARIIMU            Ertinya Mulia atau Yang Maha Pemurah.
KHASIATNYA:         Barangsiapa yang mewiridkan pada tiap-tiap kali hendak tidur sebanyak 270 kali atau lebih, maka Insyaallah akan mendapat kemurahan dan kemuliaan dunia akirat.
AR RAQIIBU            Ertinya Yang Maha Mengamati/Mengintai
KHASIATNYA:         Apabila dibaca sebanyak 50 kali pada setiap hari, Insyaallah segala harta dan barangnya akan aman dari kecurian dan lain-lain.
AL MAJIIBU             Ertinya Yang Memperkenankan.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca setelah selesai sembahyang Subuh setiap hari sebanyak 55 kali, Insyaallah semua hajatnya dikabulkan oleh Allah s.w.t.
AL WAASI'U             Ertinya Maha Luas KepunyaanNya.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca setiap pagi (waktu pagi, petang atau malam) sebanyak 128 kali pasti dilepaskan kesulitannya dan dipelihara dari orang yang hasad.
AL HAKIIMU            Ertinya Yang Maha Bijaksana
KHASIATNYA:          Apabila dibaca setiap pagi (waktu pagi, petang atau malam) sebanyak 300kali, insyaallah akan menjadi cerdas akal fikirannya sehingga dengan mudah akan menerima ilmu-ilmu apapun.
AL WADUUDU         Ertinya Maha Mencintai orang-orang yang beriman
KHASIATNYA:         Apabila dibaca setiap malam sebanyak 11,000 kali pasti akan dikabulkan segala hajatnya dan akan dicintai orang dan mententeramkan keluarga dalam rumahtangga.
AL MAJIIDU             Ertinya Yang Maha Mulia dan Maha Luhur.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca sebanyak 99 kali, Insyaallah semuanya akan terasa aman dan tenteram semua anggota keluarganya.
AL BAA'ITSU           Ertinya Maha membangkitkan makhlukNya dihari kemudian.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca sebanyak 100 kali dengan tangan diletakkan didada, pasti Allah s.w.t.. akan memberinya lapang ilmu dan hikmah.
ASY SYAHIIDU        Ertinya Maha Menyaksikan.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca setiap malam sebanyak 319 kali pasti akan menyedarkan orang atau keluarga selalu menentangnya atau membangkang.
AL HAQQU               Ertinya Maha Besar.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca setiap hari, maka Insyaallah keimanannya akan semakin bertambah.
AL WAKIILU            Ertinya Maha Melaksanakan Urusan MakhlukNya.
KHASIATNYA:         Dapat menjaga ketakutan daripada marabahaya seperti bencana banjir, angin ribut, gempa bumi dan lain-lain. Maka banyak-banyaklah membaca khalimah ini dan juga apabila dibaca pada tiap-tiap hari atau malam sebanyak 66 kali atau lebih, Insyaallah akan dibukakan baginya pintu kebaikan dan rezekinya.
AL QAWIYYU           Ertinya Yang Maha Kuat.
KHASIATNYA:         Apabila dizalimi orang, maka bacalah sebanyak 1000 kali, Insyaallah akan dilepaskan ia daripadanya.
AL MATIINU            Ertinya Maha Sempurna KekuatanNya.
KHASIATNYA:         Untuk mengembalikan kekuatan terutama diwaktu dalam pertempuran, dibaca sebanyak-banyaknya (keduanya AL QAWIYYU dan AL QAWIYYU), Insyaallah kekuatan akan pulih seperti semula.
AL HAMIIDU            Ertinya Yang Terpuji.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca setelah selesai sembahyanh Maghrib dan Subuh sebanyak 62 kali, Insyaallah segala perkataan dan perbuatannya akan selalu terpuji.
AL MUHSHII            Ertinya Yang Memperhitungkan setiap amal makhlukNya, dan Membalasnya.
KHASIATNYA:         Apabila dibacakan 20 kali kepada roti atau makanan lainnya kemudian kepada orang yang dikehendakinya,Insyaallah ia akan tunduk.
AL MUBDI-U            Ertinya Yang Menzahirkan MakhlukNya.
KHASIATNYA:         Untuk menjayakan segala yang dirancangkan, dibaca setiap hari sebanyak 470 kali, Insyaallah apa yang direncanakan itu akan terwujud atau berhasil dengan baik.
AL MU'IIDU             Ertinya Yang Mengembalikan.
KHASIATNYA:         Untuk mengembalikan atau mencari sesuatu yang hilang, dibaca setiap sebelum sembahyang fardhu lima waktu sebanyak 124 kali, Insyaallah dengan kehendak dan izin Allah s.w.t. akan kembali lagi.
AL MUHYI                 Ertinya Yang Menghidupkan.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca setiap hari sebanyak 58 kali, pasti akan memperolehi kemuliaan dan mengingkat darjatnya berkat nama yang dibaca.
AL MUMIITU            Ertinya Yang Mematikan.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca sebanyak 490 kali atau lebih, maka Insyaallah akan dapat menundukkan nafsu dan akan berbuat taat.
AL HAYYU                Ertinya Yang Hidup.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca sebanyak 300,000 kali, Insyaallah akan terhindar dari penyakit.
AL QAYYUUM          Ertinya Yang Berdiri Sendiri.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca keduanya (Ya Hayyu Ya Qayyuum) setiap hari diwaktu malam yang sunyi sebanyak 1000 kali, Insyaallah akan dikabulkan hajatnya dan akan menjadi hartawan dan dermawan serta disenangi kawan dan disegani lawan juga besar kewibawaannya.
AL WAAJIDU            Ertinya Zat yang menemukan apa yang Dia kehendaki.
KHASIATNYA:         Untuk menumbuhkan kepercayaan pada diri sendiri.
AL MAAJIDU            Ertinya Maha Agung dan Mulia.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca  sebanyak 400 kali tiap-tiap pagi dan petang maka akan terang hatinya.
AL WAAHIDU          Ertinya Mendapat apa yang dikehendakiNya.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca setiap ba'da sembahyang lima waktu sebanyak 190 kali dalam masa satu bulan dan berpuasa pada hari Isnin dan Khamis, Insyaallah segala hajatnya akan dikabulkan dan akan diberi keturunan.
ASH SHAMADU       Ertinya Tempat bergantung bagi semua makhlukNya.
KHASIATNYA:         Untuk memohon apa saja yang dihajatkan. Dibacakan sebanyak 313 kali dalam waktu tiga hari (disertai puasa selama tiga hari juga),Insyaallah akan dikabulkan segala macam hajatnya.
AL QAADIRU           Ertinya Maha Kuasa atas segala sesuatu.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca sebanyak 200 kali setelah melaksanakan sembahyang sunat dua rakaat ketika dalam keadaan dha'ir, Insyaallah akan mendapat kekuatan.
AL MUQTADIRU     Ertinya Yang Sangat Kuasa.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca 100 kali setelah bangun tidur, Insyaallah ia akan mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah s.w.t.
AL MUQADDIMU    Ertinya Zat yang mendahulukan.
KHASIATNYA:         Untuk menyegarakan apa yang diinginkan, dibaca setiap hari sebanyak 184 kali pasti dengan cepat tercapai apa yang diinginkannya dan barangsiapa yang mewiridkan / membacakan ketika masuk kemedan perang, Insyaallah tidak akan mendapat kemudhratan.
AL MUAKHHIRU    Ertinya Zat yang mengakhirkan.
KHASIATNYA:         Barangsiapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 300 kali atau lebih, Insyaallah akan dibukakan pintu taufiq dan taubat baginya.
AL AWWALU           Ertinya Yang terdahulu dengan tiada permulaan.
KHASIATNYA:         Untuk mendatangkan hajat, dibaca setiap hari sebanyak 37 kali, Insyaallah akan dikabulkan hajatnya.
AL AKHIIRU             Ertinya Yang kemudian dan tiada berkesudahan.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca  setiap selesai sembahyang Isyak sebanyak 1000 kali, Insyaallah hatinya akan bersih dan bertambah kebaikan diakhir umurnya.
AZH ZHAHIIRU       Ertinya Maha Nyata.
KHASIATNYA:         Agar terbukanya segala ilmu, dibaca setiap ba'da sembahyang fardu sebanyak 1106 kali dalam masa satu bulan, pasti akan mendapat ilmu-ilmu yang jarang dimiliki oleh orang biasa.
AL BAATHINU        Ertinya Zat yang Maha Ghaib.
KHASIATNYA:         Untuk ilmu yang jarang dimiliki oleh manusia baisa, dibaca setiap ba'da sembahyang fardu lima waktu sebanyak 30 kali, pasti akan dikabulkan ilmu-ilmu yamg jarang dimiliki oleh manusia.
AL WAALIYY            Ertinya Maha menguasai dan mengurus semua urusan makhlukNya.
KHASIATNYA:         Agar terbuka hatinya, dibaca setiap pagi dan petang sebanyak-banyaknya, pasti hatinya akan terbuka atau futuh.
AL MUTA'AALII      Ertinya Yang Maha Tinggi.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca tiap-tiap hari siang atau malam sebanyak 541 kali, Insyaallah ia akan mendapat hasil yang baik dan mendapat darjat yang lebih tinggi.
ALBARRU                Ertinya Yang Maha Berbuat Baik.
KHASIATNYA:        Untuk memudahkan apa saja yang diinginkannya, dengan dibaca sebanyak-banyaknya.
AT TAWWAABU      Ertinya Maha Menerima Taubat.
KHASIATNYA:         Untuk mengembalikan kejalan yang lurus, dibaca setiap saat, Insyaallah akan berhasil segala apa yang diinginkan.
AL MUNTAQIMU     Ertinya Zat yang berhak membalas setiap perbuatan dosa dengan azabNya.
KHASIATNYA:         Untuk menolak perbuatan aniaya dari orang zalim, dibacanya sesuadah sembahyang fardu lima waktu sebanyak-banyaknya.
AL 'AFUWWU           Ertinya Yang memberi maaf.
KHASIATNYA:         Baca sebanyak-banyaknya setiap saat supaya disenangi manusia yang kenal padanya.
AL MAALIKUL MULKI               Ertinya Zat yang mempunyai kekuasaan.
KHASIATNYA:         Untuk mengawetkan pekerjaan atau mempertahankan jabatan atau kedudukannya, dibaca setelah selesai sembahyang fardu lima waktu ditengah malam sebanyak 212 kali, Insyaallah akan dijaga dari penjahat yang hasad padanya dalam hal pekerjaan, jabatan atau kedudukan.
DZUL JALAALI wal IKRAAMI    Ertinya Zat yang mempunyai Ketinggian Kemuliaan yang Sempurna.
KHASIATNYA:         Untuk mendatangkan hajat, dibaca setiap hari sebanyak 65 kali dalam masa satu bulan, Insyaallah akan dipenuhi segala hajatnya.
AL MUQSITHU        Ertinya Yang sangat Adil.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca 209 kali atau lebih, Insyaallah akan terpelihara dari was-was syaitan laknatullah dalam ibadah.  
AL JAAMI'U             Ertinya Yang Mengumpulkan.
KHASIATNYA:         Barangsiapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 300 kali, Insyaallah akan dikumpulkan segala maksudnya.
AL GHANIYYU        Ertinya Yang Maha Kaya.
KHASIATNYA:         Apabila dibacakan pada orang yang sakit atau mendapat bala dirinya dan orang lain sebanyak 1060 kali, Insyaallah akan segera sembuh dari pemyakitnya.
AL MUGHNII           Ertinya Zat yang memberi kekayaan.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca pada tiap-tiap hari sebanyak 1000 kali, Insyaallah akan memjadi kaya berkat kurniaan Allah s.w.t.
AL MAANI ' U          Ertinya Yang menolak bahaya dan lain-lain.
KHASIATNYA:         Untuk menolak perlakuan orang jahat dan orang zalim. dibacakan setiap ba'da sembahyang sunat Subuh (sebelum fardu Subuh) sebanyak 161 kali, Insyaallah akan selamat dari perbuatan mereka itu.
ADH DHAARU        Ertinya Yang menyampaikan mudharat.
KHASIATNYA:         Untuk menyembuhkan penyakit (yang bertahun-tahun tidak dapat disembuhkan) asma ini dibaca setiap hari sebamyak 1001 kali, Insyaallah dengan izin dan kehendak Allah s.w.t. penyakit tersebut akan segera sembuh.
AN NAAFI ' U          Ertinya Yang memberi manfaat.
KHASIATNYA:         Untuk menyembuhkan penyaklit dan menghilangkan kesusahan, asma ini dibaca setiap hari, Insyaallah akan berhasil. Juga barangsiapa yang berzikir dengan hati ketika jimak dengan isterinya, Insyaallah isterinya itu akan menaruh belas kasihan yang sangat dalam dan akan diberi anak yang soleh.
AN NUURU              Ertinya Yang menerangi.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca pada tiap-tiap hari siang atau malam, Insyaallah akan diterangkan hatinya dan anggotanya.
AL BADII ' U            Ertinya Yang menciptakan yang belum wujud sebelumnya.
KHASIATNYA:         Untuk tercapai apa yang telah direncanakannya asma ini dibaca setiap ba'da sembahyang fardu sebanyak 500 kali, pasti akan berjaya apa yang direncanakan.
AL BAAQII               Ertinya Maha Kekal.
KHASIATNYA:         Untuk mengawtkan pekerjaan atas usahanya, baca asma ini setiap saat banyak-banyak, pasti pekerjaannya awet (kekal), jauh dari kerugian dan kejatuhan jumlah, Insyaallah.
AL WAARITSU        Ertinya Yang kembali kepadaNya sekali makhluk.
KHASIATNYA:         Asma ini untuk memajukan usaha apabila dibaca setiap  malam sebanyak 707 kali, Insyaallah usaha akan maju.
AR RASYIIDU           Ertinya Yang Memberi Petunjuk.
KHASIATNYA:         Untuk menambah kecerdasan berfikir, asma ini dibaca setiap pagi dan petang.
AS SABUURU           Ertinya Sangat Sabar.
KHASIATNYA:         Barangsiapa yang berzikir sebanyak 100 kali pada tiap-tiap hari sebelum tebit matahari, Insyaallah ia tidak akan dapat bala pada hari itu, juga untuk membangun jiwa besar dan sabar dalam menghadapi segala urusan asma ini dibaca setiap saat terutama dalam menghadapi segala kesulitan masalah apa saja, pasti segala urusan akan berhasil dengan baik.

Peringatan dari Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Don Daniyal

Friday, July 20, 2012

Didik anak rebut keberkatan Ramadan

Nik Salida Suhaila



Ibu bapa kena beri kefahaman mengenai puasa

Ramadan yang akan tiba beberapa hari lagi amat ditunggu-tunggu seluruh umat Islam. Walaupun cara menghayati purnama mulia ini berbeza, yang pasti umat Islam akan berpuasa sepanjang siang hari dan menggandakan ibadah yang sesetengahnya hanya dilakukan pada Ramadan saja. Ada yang rindukan sahurnya, buka puasa, malah ada teringat malamnya yang kudus. Tarawih dan solat malam sudah tentu akan diisi semaksimum mungkin dan diselangi tadarus. Ramai juga mengambil peluang mengerjakan umrah dan bersedekah.
Semua ingin menghambakan diri, menjadi hamba-Nya yang tulus. Kemeriahan Ramadan bukan diukur dengan besarnya atau gamatnya pesta, tetapi sejauh mana umat Islam mampu mengubah diri ke arah lebih baik, khususnya dengan amalan berpuasa.

Dilakukan orang yang beriman

Amalan berpuasa hanya dapat dilakukan oleh mereka yang beriman, yang dapat menahan daripada makan dan minum di saat dahaga serta lapar meskipun ada hidangan lazat terhidang depan mata. Itulah keimanan kepada Allah.

Iman juga menghalang seseorang daripada melakukan maksiat dan berbicara perkara sia-sia, perbuatan yang membatalkan puasa.
Sabda Rasulullah SAW: “Bukanlah berpuasa itu menahan diri daripada makan dan minum saja, akan tetapi berpuasa juga menahan diri daripada berkata dengan perkataan kotor dan kesat.”

Justeru, tiada siapa yang mampu menolak hakikat orang berpuasa ialah orang yang benar-benar luar biasa.

Permulaannya rahmat, pertengahannya pengampunan dan penghujungnya terlepas dari neraka jahanam. Inilah yang dikejar mereka yang inginkan penghabisan usia baik. Yang bersalah memohon maaf, sombong menghulur senyum, jahat mula bertaubat, takbur bersujud memohon keampunan.

Selain menahan diri daripada lapar dan dahaga, berpuasa juga menjaga diri daripada melakukan perbuatan maksiat.

Perkara halal dilakukan pada bulan lain menjadi haram pada bulan puasa seperti makan di siang hari dan melakukan persetubuhan antara suami isteri. Kerana itulah yang berpuasa dengan sebenar-benarnya adalah orang luar biasa.

Orang yang meninggalkan puasa tanpa izin syarie tidak akan dapat menggantikan hari itu dengan mana-mana hari di dunia meskipun ia berpuasa seumur hidupnya.

Didik anak patuh hukum

Ketika ini jugalah ibu wajar mengambil peluang keberkatan Ramadan untuk meluangkan masa berganda bersama anak dan mendidik mereka mematuhi hukum agama. Selain puasa, rukun Islam lainnya wajar diingatkan semula dan diamalkan bersama mereka supaya hati mereka dekat dengan Pencipta.

Anak bukan saja perlu difahamkan dengan apa yang terakam dalam kitab suci, tetapi juga amalan ditunjukkan ibu bapa, pendakwah paling hampir dengan mereka.

Justeru, setiap suami harus mengambil kesempatan dari saat ini untuk menyiapkan diri membimbing anak dan isteri menghadapi Ramadan kali ini supaya lebih baik daripada sebelumnya.

http://www.bharian.com.my

Wednesday, July 4, 2012

Peristiwa Kejatuhan Khalifah Uthmaniyah Terakhir

Sultan Abdul Hameed Kedua telah dilahirkan pada hari Rabu, 21 September 1842. Nama penuhnya adalah Abdul Hameed Khan Kedua Bin Abdul Majid Khan. Ia adalah putra dari Sultan Abdul Majid (dari isteri keduanya) Ibunya meninggal dunia ketika ia berusia 7 tahun. Abdul Hameed bertutur dalam bahasa Turki, Arab dan Parsi dan dia belajar beberapa buku kesusasteraan dan puisi. Ketika Abdul Majid ayahnya meninggal, bapa saudaranya, Abdul Aziz menjadi Khalifa. Abdul Aziz yang tidak lama berkuasa. Dia dipaksa keluar dari kekuasaan dan kemudian dibunuh oleh musuh-musuh politik Uthmaniyyah. Penggantinya adalah Sultan Murad, anak Sultan Abdul Aziz, tetapi dia juga disingkirkan daripada kuasa dalam masa yang singkat kerana ia tidak sesuai untuk berada di pejabat.

Pada 31 Ogos 1876 (1293 H) Sultan Abdul Hameed diangkat menjadi Khalifah, dan penduduk2 memberi jaminan akan setia kepadanya. Dia ketika itu berusia 34. Abdul Hameed menyedari, seperti tercatit dalam dairinya (buku hariannya), bahawa pada masa pembunuhan bapa saudaranya, dan perubahan yang menjalar dalam kepimpinan adalah semacam konspirasi terhadap negara Islam.

Akhirnya, selepas Abdul Hameed hilang kuasa datanglah beberapa pemimpin Islam yang lemah. Mereka tidak boleh mempertahankan negara dan mereka kehilangan kekuatan dengan mudah. Semasa Sultan Abdul Hameed berkuasa beliau menjangkakan, Perang Dunia I akan berlaku melibatkan kuasa barat dengan negara Uthmaniyah untuk dibahagi-bahagikan kepada negara yang lebih kecil.

Arab memberontak di Hijaz dengan bantuan British dan Perancis, yang kemudiannya mereka dikhianati dan meletakkan mereka di bawah jajahannya, dan memberikan Islam Palestin kepada orang Yahudi.

Turki Muda Kebangsaan mengambil kekuasaan dan Mustafa Kemal Ataturk membatalkan Khilafah Islam pada tahun 1924. Itu adalah berakhirnya sebuah kepemimpinan bersatu bagi Muslim untuk 1300 tahun. Barat telah berjaya sepenuhnya.

Sumber rujukan utama cerita2 sejarah di atas adalah dari : http://www.ummah.net/


Abdul Hameed memiliki karakter sejarawan yang mendalam. Dia dipertanggung-jawabkan untuk memimpin sebuah negara besar yang berada dalam situasi tegang dan kritikal. Dia menghabiskan lebih dari 30 tahun dengan konspirasi dalaman dan luaran, perang, revolusi, peristiwa dan perubahan yang berterusan (constant). Abdul Hameed sendiri menyatakan perasaan ini dalam tulisan-tulisannya dan puisi. Berikut ini adalah contoh dari puisi tulisan tangan, yang diambil dari buku "Bapa-Ku Abdul Hameed," ditulis oleh putrinya Aisha.

Terjemahan puisi,

Allah aku tahu Kau adalah Satu yang terhormatdan tidak ada seorang pun kecuali Kau hanyalah SatuKau hanyalah Satu, dan tiada yang lainAllah mengambil tangan dalam masa saya sukarAllah menjadi penolong ketika saya kritikal

Masalah pertama yang Abdul Hameed hadapi ialah Midhat Pasha. Midhat Pasha secara rahsia terlibat dalam pembunuhan bapa saudara Abdul Hameed. Ketika Abdul Hameed mendapat kuasa, dia melantiki Midhat Pasha sebagai Ketua Majlis Menteri kerana pada ketika itu Midhat sangat popular dan Abdul Hameed memerlukannya sebagai keyakinan untuk tetap berkuasa. Midhat Pasha adalah gabenor yang baik, tetapi ia berpendirian. Midhat Pasha disokong kuat dalam dewan Shura (parlimen). Dengan sokongan orang-orang Shura dia berjaya mendapat kelulusan resolusi untuk berperang melawan Rusia. Abdul Hameed tidak dapat menghalang keputusan yang kuat itu. Jika ia cuba menghalang kemungkinan ia akan dibuang dari pejabatnya itu. Dewan Shura masih ingin menyalahkan dia keatas semua kerugian yang berlaku hasil dari kesilapan perang tersebut. Sebenarnya Abdul Hameed tidak mahu peperangan pada masa itu. Negara Islam terlalu letih dengan penglibatan peperangan yang banyak. Abdul Hameed mampu menggunakan kuasanya terhadap Midhat Pasha untuk mengurangkan populariti Midhat. Dia akhirnya berjaya menyelesaikan populariti Midhat dengan mengambil tindakan membuang daerah. Midhat telah diasingkan dan dihantar ke Eropah. Rakyat jelata dan ahli politik menyambut baik tindakan tersebut dengan penuh rasa gembira.

Setelah itu, Abdul Hameed mula memberi tumpuan kepada musuh2 Negara Islam Uthmaniyyah. Dia dapat meramalkan kebangkitan Revolusi Komunis di Rusia, dengan kebangkitan ini akan membuat Russia lebih kuat dan lebih berbahaya. Pada ketika itu, bahagian negara Balkan menghadapi dua bahaya, iaitu Russia dan Austria. Abdul Hameed cuba membangkitkan Balkans bagi menyedarkan mereka tentang bahaya yang bakal menimpa. Dia hampir mendapat kesepakatan dengan negara2 Balkan, tetapi ketika perjanjian tersebut berada di tahap akhir, 4 negara Balkan memilih perjanjian berasingan untuk tidak termasuk di bawah negara Uthmaniyah. Perubahan tersebut adalah datangnya dari pengaruh Barat dan pengaruh Rusia yang lebih kuat. Keluasan empire Uthmaniyah


Abdul Hameed menyedari bahawa konspirasi untuk menghancurkan negara Uthmaniyah adalah lebih besar dari apa yang terfikir. Itu dari kedua-dua belah pihak baik dari dalaman mahupun dari pihak luar. Dia fikirkan dengan menyingkirkan Midhat Pasha buat selama-lamanya boleh membuatkan dia senang hati, tapi sebaliknya dia berhadapan dengan Awni Pasha, ketua Majlis Menteri-menteri (Alsadr Alazam) dan salah seorang pemimpin tentera. Kemudian Abdul Hameed mendapat tahu bahawa Awni Pasha telah mengambil wang dan hadiah dari Inggeris, ganjaran bagi peranannya dalam pembunuhan Abdul Aziz (bapa saudara Abdul Hameed) telah terbongkar.

Awni Pasha mendorong memaksa negara Uthmaniyyah untuk berperang dikenali perang Bosnia di mana ia bertentangan dengan kehendak Abdul Hameed. Abdul Hameed tahu bahawa jika berlaku peperangan Bosnia, negara2 Rusia, Inggeris, Austria-Hungary, Serbia, Montenegro, Itali dan Perancis akan semua menyerang negara Uthmaniyyah dan pasti mereka menawan kembali Bosnia. Awni memberi maklumat salah kepada Abdul Hameed tentang saiz tentera Uthmaniyyah di Bosnia. Dia mengaku memiliki 200,000 askar yang bersiap sedia. Namun, selepas Abdul Hameed periksa dengan jeneral tenteranya yang lain dan mendapati ia hanya punya 30.000 askar, untuk berdepan dengan lebih dari 300,000 tentera.

Pada waktu itu orang ramai mencintai Awni dan Abdul Hameed tidak dapat menghapuskan dia dari pejabat kerana akan membahayakan kestabilan dalam negara. Negara barat, menyedari bahawa mereka boleh menang menyerang Uthmaniyah dengan bantuan sokongan daripada 4 negara Bulkan (Romania, Montenegro, Serbia, Austria-Hungary). Akibatnya, Bosnia dan Greece telah terlepas dan terpisah dari negara Uthmaniyah. Abdul Hameed telah membongkar kesalahan Awni dan kemudian menyingkirkannya. Masyarakat menerima langkah ini. Mahkamah mendapati ia bersalah atas tuduhan konspirasi terhadap negara Uthmaniyah dan membantu kuasa asing, seperti Inggeris.


Istana Yieldz, ibupejabat kerajaan Khalifah Islam Uthmaniyah.



.

Gambar Baitulmuqaddis sekitar tahun 1940.


Kejatuhan Khalifah Uthmaniyah (Barat merujuk dia sebagai orang sakit) di Eropah yang paling ketara (terkemuka) disebabkan ramainya orang ingin menjadi pembelot, tetapi tidak termasuk orang-orang Yahudi.Pada tahun 1901 banker Yahudi Mizray Qrasow dan dua pemimpin berpengaruh Yahudi yang lain datang untuk melawat Abdul Hameed, mereka menawarkan untuk memberinya:

1) Membayar SEMUA hutang negara Uthmaniyyah.2) Membangun Tentera Laut negara Uthmaniyyah.3) 35 Juta Golden Leeras tanpa bunga untuk menunjang kemakmuran negara Uthmaniyyah.

Sebagai ganjaran untuk;

1) Membenarkan orang Yahudi untuk melawat Palestin pada bila-bila masa mereka kehendaki, dan tinggal selama yang mereka inginkan "untuk melawat tempat-tempat suci."2) Membenarkan orang Yahudi untuk membina penempatan tempat tinggal mereka, dan mereka mahu berada berhampiran Jerusalem (Baitulmuqaddis).

Abdul Hameed menolak tawaran itu malah enggan bertemu dengan mereka. Ia menghantar jawapan kepada mereka melalui Tahsin Pasha, dan ini jawapannya "Katakanlah kepada orang-orang Yahudi yang tidak bersopan bahawa hutang negara Uthmaniyah tidak memalukan, Perancis mempunyai hutang dan yang tidak ada kesannya. Baitulmuqaddis menjadi sebahagian dari tanah Islam ketika Umar Bin Alkhattab mengambil kota itu dan saya TIDAK akan memalukan sejarah Islam menjual tanah suci kepada Yahudi dan TIDAK akan mengkhianati tanggung jawab dan kepercayaan yang diberikan oleh orang-orang saya. Yahudi boleh simpan wang mereka, Uthmaniyah tidak akan bersembunyi di dalam istana yang dibina dengan wang musuh-musuh Islam." Dia juga menyuruh mereka pergi dan tidak akan kembali lagi untuk bertemu dengannya.

Dengan permainan(percaturan strategi) orang-orang Yahudi dan Zionis dalam menentukan tamatnya negara Uthmaniyah kini sudah bermula. Wang2 Yahudi adalah aset penting bagi membiayai penghancuran negara Uthmaniyah untuk membina negara Zionis di Palestin, negara yang orang-orang Yahudi sangat inginkan dan mereka bersedia mengambil risiko walau apa pun terjadi.


Orang Yahudi tidak berputus asa, kemudiannya pada tahun yang sama, tahun 1901, pengasas Zionist, Theodor Hertzil melawat Istanbul dan cuba bertemu Abdul Hameed. Abdul Hameed menolak untuk bertemu dengannya dan ia memberitahu Ketua Majlis Menteri "Nasihatkan Hertzil supaya tidak lagi mengambil langkah lebih lanjut dalam projek itu. Aku tidak boleh memberikan segenggam tanah kerana tanah ini bukan milik saya, itu untuk semua Bangsa Islam. Orang Islam telah berjuang berjihad demi tanah ini dan mereka telah disiramkan dengan darah mereka. Orang Yahudi boleh menyimpan wang mereka yang berjuta-juta itu. Jika Kerajaan Khalifah Islam suatu hari hancur kemudian mereka akan boleh mengambil Palestin tanpa sebarang harga Tetapi sementara aku masih hidup, aku lebih suka membenam pedang ke tubuhku daripada melihat tanah Palestin dibahagi-bahagikan dan diberikan keluar dari Negara Islam. Ini adalah sesuatu yang tidak akan, aku tidak akan membiarkan memotong tubuh sendiri sementara kita masih hidup. "Selepas itu, orang2 Yahudi beralih kepada British untuk mengejar impian mereka supaya menjadi kenyataan.

Theodore Hertzil pengasas gerakan zionist

Bendera Israel dan bintang 6 ialah simbol zionist

Jarak kedudukan negara Inggeris dan Perancis (France) dari empayar Uthmaniyah (Ottoman).


Inggeris dan Perancis sudah bersedia untuk memusnahkan Negara Uthmaniyah, tetapi mereka (semua rakyat Eropah) masih cukup gementar dengan perkataan "jihad" yang dilaungkan tentera Uthmaniyah (Barat gelar mereka Sick Man Of Eropah). Inggeris memutuskan untuk menggunakan dasar yang paling penting iaitu dasar luar negera, menawan dan membahagi. Hal ini disokong kumpulan-kumpulan baru seperti Turki Muda dan Arab Muda.

Ketika golongan Turki Muda menjadi semakin kuat di negara Uthmaniyyah, Inggeris tidak perlu melakukan apapun lagi, golongan Muda Turki akan melakukan seterusnya. Mereka mulai menaikkan semangat kebangsaan dan perasaan syak wasangka kepada rakyat Turki dalam Negara Islam. Sebagai tindak balas kepada bangsa Arab, Armenia, Kurdish dan bangsa2 lain untuk menaikkan perasaan kebangsaan(maruah bangsa) mereka masing-masing.

Sebahagian daripada rakyat sudah mulai merasa bahawa bangsa mereka tidak lagi menjadi sebahagian daripada negara Uthmaniyah. Dari situlah bermulanya kejatuhan negara Islam. Rakyat berlaianan keturunan bermusuh sesama sendiri dan menuntut kemerdekaan. Kemudian diikuti dengan Perang Dunia I, di mana orang Arab bekerjasama dengan Bristish dan Perancis untuk memberontak melawan Negara Uthmaniyyah. Tetapi kemudiannya mereka dikhianati oleh Inggeris dan Perancis dan menakluk negera mereka.

Abdul Hameed tidak melupakan pembangunan negaranya. Bia banyak membina institusi2 dan pusat perkhidmatan masyarakat seperti pasar Hamedi dan istana Alazem di Damsyik. Dia juga membina banyak masjid2, tempat2 mandi awam, pasar2 dan rumah2 sakit di Kaherah, Demscus, Sanaa, Baghdad dan seluruh bandar2 Islam. Dia juga memberi perhatian kepada pembangunan sistem pendidikan. Uthmaniyah cuba meniru sistem pendidikan Eropah, namun mereka gagal, kecuali di dalam dua bidang, iaitu bidang perubatan dan bidang ketenteraan. Tentera Uthmaniyah tidak selemah yang orang hari ini, fikirkan. Bala tentera meriam(artillary) Uthmaniyah adalah yang terkuat di dunia. Tentera Laut Uthmaniyah sangat terancang dengan baik dan menduduki tempat ketiga armada yang terkuat di dunia selepas Inggeris dan Perancis. Banyak industri muncul seperti kilang senjata, tenunan benang dan kain serta kilang gula. Sistem jalanraya telah diperbaharui, dan pelabuhan2 diperluaskan. Banyak syarikat2 akhbar (newsprint) baru ditubuhkan. Semasa sebelum Perang Dunia Pertama, Mesir, Iraq dan Great Syria telah mempunyai lebih dari 1,300 surat khabar dan majalah.

Akhirnya dalam masa yang sengkat rakyat empayar Uthmaniyah nampak seperti bangun semula untuk perkukuhkan pertahanan negara, tetapi sekutu-sekutu Barat bertekad untuk menghancurkan kesatuan Islam dengan apa-apa kos. Penduduk2 minoriti bukan-Islam di negara Uthmaniyah digunakan oleh Barat untuk mencipta masalah dan menimbulkan ketidakstabilan, terutamanya warganegara beragama Kristian. Negara-negara barat selalu campur tangan dengan dasar domestik Uthmaniyah dengan alasan "melindungi minoriti Kristian."

Barat juga melancarkan kempen menaikan imej Kristian di dunia Islam dengan membina sekolah2 Kristian dan gereja2. Tumpuan utama untuk meraih orang2 Islam menjauhi Islam dengan menyebarkan atau menwar-warkan budaya sosial bertentangan dengan Islam dan juga idea-idea bertentangan di dalam akhbar2 atau majalah2. Banyak syarikat2 pencetakan ditubuhkan bagi tujuan yang sama, untuk meracuni fikiran kaum muslimin dan menyebarkan idea-idea memusnah dan salah faham di antara mereka.

Barat juga membuatkan negara Uthmaniyah sibuk dengan pelbagai masalah dan dengan itu menggunakan minoriti untuk menggalakkan bangsa Armenia memberontak dan mereka membiayai kos revolusi. Inggeris membantu Druz dan Perancis membantu Maronit di Lubnan, dan mereka berdua terlibat dalam peperangan besar yang terpaksa diselesaikan dengan campurtangan tentera Uthmaniyah. Masalah lain ialah antara Muslim dan Kristian berlangsung, dan kadang2 pada suatu masa penduduk Islam di Damsyik mahu menghapuskan penduduk Kristian. Tentera Uthmaniyah sekali lagi masuk campur di saat-saat akhir bagi mengelak pembunuhan dari berlaku. Era konflik antara agama terus-menerus berlaku antara konspirasi Barat dan pertahanan Abdul Hameed dan semua kaum2 muslimin yang setia.

Juga penting untuk menyatakan bahawa hutang negara Uthmaniyah, ketika Abdul Hameed mula berkuasa, adalah 2,528 juta Uthmaniyah Leera emas. Selepas ia dijatuhkan dari kekuasaannya, hutang negara Uthmaniyah hanya 106 juta Leera. Yang bererti ia telah mengurangkan jumlah hutang kepada sekitar 1 / 20 daripada nilai asal. Golongan Turki Muda, yang naik memerintah selepas Abdul Hameed, menambahkan semula hutang negara pada kadar 1300%.

Dengan kejayaan membayar balik hutang, prestasi Abdul Hameed telah digambarkan(dituduh) tidak akan dapat berbelanja untuk tujuan pembangunan. Tetapi tuduhan itu tidak benar. Abdul Hameed telah memasang jaring telegraf (telephone line) antara Yaman, Hijaz, Great Syria, Iraq dan Turki. Lalu kemudiannya ia disambungkan ke baris jaringan telegraf di Iran dan India. Dia berjaya mendapatkan kembali kos projek dalam masa hanya dua tahun kerana penggunaan yang meluas jaringan ini oleh jemaah2 Haji (orang-orang yang pergi ke Mekah untuk menunaikan ibadat haji).

Abdul Hameed sedar bahawa satu-satunya harapan bagi umat Islam adalah dengan cara bersatu-padu untuk menjadi umat Islam yang kuat. Abdul Hameed telah menjangkakan bahawa Barat akan cuba untuk memisah-misahkan negara Islam dan kemudian berurusan secara terus dan berasingan dengan negara2 Islam yang terpisah itu. Satu-satunya cara untuk mencegah dari berlaku adalah melalui penyatuan semua umat2 Islam.

Abdul Hameed memutuskan untuk menunjulkan bahawa kekhalifahan Uthmaniyah sebagai mewakili kepimpinan Dunia Islam. Abdul Hameed mampu menyentuhkan perasaan dan mempengaruhi umat Islam di India dan Pakistan dan ini menyebabkan beberapa masalah kepada Inggeris. Keputusan yang sama telah diambil untuk umat Islam di Rusia dan di republik-republik Soviet selatan lain. Abdul Hameed juga telah gunakan umat Islam untuk berikan tekanan kepada Rusia.

Pada saat ini, (apa yang tercatat di dalam buku harian Abdul Hameed) bahawa dia merasa dinding sedang jatuh ke atas dirinya, dan dia merasa dia bersendirian. Dia tidak mampu melawan musuh-musuh negara Islam secara bersendirani. Ia kemudiannya mula bersekutu dengan Jerman, tapi itu juga tidak memadai (berbaloi), kerana Jerman juga menginginkan sebahagian dari negara Uthmaniyah. Pada waktu itu Sultan Abdul Hameed telah merasa bahawa peperangan besar-besaran sudah hampir tiba. Dan jelas, dengan sisa-sisa negara Uthmaniyah yang masih setia akan dipertahankan dan diperjuangkan.

Abdul Hameed memerlukan sesuatu yang besar, sesuatu yang kuat, sesuatu yang boleh membangkitkan semangat perpaduan umat Islam di hati setiap kaum muslimin di seluruh dunia Islam. Abdul Hameed mencari-cari caranya dan akhirnya membuat keputusan untuk menbinakan landasan keretapi Hijaz Rail (1900). Jalan kereta api menghubung Damsyik ke Madinah, dan dari Aqaba ke Maan. Landasan ini menjadi lambang kepada penyatuan(perpaduan) Islam. Semua umat Islam yang menggunakan landasan keretapi ini untuk menunaikan Haji akan merasa bahawa Khalifa Uthmaniyah berusaha untuk membawa mereka lebih akrab, dengan adanya sistem telegraf baru yang paling canggih dan jalan keretapi untuk kemudahan mereka.

Rakyat Islam mulai merasa mereka dihormati dan dihargai dan mereka berterima kasih kepada Kerajaan Uthmaniyah. Pembiayaan pembinaan landasan keretapi telah dapat kembali pulangan dalam beberapa tahun sahaja. Ia juga berperanan sangat penting untuk menghubung beberapa daerah di negara Islam. Juga digunakan sebagai pusat pengangkutan pantas bagi tujuan unit2 tentera.

Abdul Hameed juga melancarkan kempen penyebaran idea2 Islam bagi tujuan sokongan kepada penyatuan Islam di Rusia selatan, India, Pakistan, dan Afrika. Dia mulai mengundang ramai sarjana Islam dari Indonesia, Afrika dan India untuk datang ke negara Uthmaniyah untuk program membina masjid dan institusi Islam di seluruh dunia Islam.


Sejarah Kejatuhan Kuasa Islam Dunia


Sebelum pengaruh Islam menjadi lagi luas, negara2 Barat bertindak pantas dengan menggalakkan rakyat Teluk Tunisia untuk bangun memberontak terhadap kerajaan Uthmaniyah bermula sejak tahun 1877. Akhirnya pada tahun 1881, Perancis berjaya menduduki Tunisia. Pada tahun 1882 Britian menawan Mesir. Kemudiannya Belanda menyerang Indonesia dan Rusia menyerang Asia Tengah. Britain mempeluaskan lagi penaklukannya ke negara India dan Sudan. Sudah nampak dengan jelas bahawa negara2 Barat sedang menghancurkan dunia Islam.

Akhirnya, pada hari Selasa 27 April 1909, 240 ahli senat Uthmaniyah bersepakat di bawah tekanan golongan Turki Muda Kebangsaan untuk melucutkan Abdul Hameed dari kekuasaan. Senator Sheikh Hamdi Afandi Mali telah mengeluarkan Fatwa tentang penghapusan kuasa. Ahli2 senat Uthmaniyah bersetuju dengan Fatwa tersebut.

Berikut adalah terjemahan dari fatwa itu:"Jika imam kaum muslimin mengambil kepentingan isu-isu keagamaan dari buku perundangan dan mengumpul buku-buku tersebut, membazir wang negara dan terikat dengan perjanjian yang bertentangan dengan undang-undang Islam, membunuh, menangkap, mengusir rakyat tanpa alasan, kemudian telah berjanji untuk berhenti melakukannya akan tetapi masih melakukannya lagi untuk merosakkan keadaan kaum muslimin di seluruh dunia Islam, maka pemimpin ini harus dikeluarkan dari pejabatnya. Jika penghapusan kuasanya untuk mendapatkan keadaan yang lebih baik daripada membiarkan ia terus tinggal di pejabat, lalu ia mempunyai dua pilihan sama ada mengundurkan diri atau dibuang dari pejabat. "Syekh Of Islam Mohammad Día 'Aldin Afandi

Fatwa yang sangat aneh dan setiap orang dapat melihat bahawa kandungannya tidak melambangkan dengan perbuatan dan tindakan Abdul Hameed. Setelah itu Ketua Majlis Menteri, Tawfiq Pasha dipanggil untuk memberitahu Abdul Hameed tentang keputusan tersebut. Ia menolak untuk melakukannya. Jadi, mereka mengirimnya sekumpulan empat orang: Aref Hikmat, Aram Afandi (Armenia), As'ad Tobatani dan Emanuel Qrasow (Yahudi). Sebaik saja mereka masuk ke pejabatnya, mereka mendapati Abdul Hameed berdiri dengan tenangnya, Aref Hikmat membacakan fatwa kepadanya, lalu As'ad Tobatani maju dan mengatakan "kerajaan telah memindahkan kamu dari pejabat kamu." Abdul Hameed menjadi marah lalu berkata "kerajaan telah hapuskan saya dari pejabat saya, yang itu saya terima ... tapi mengapa kau membawa Yahudi ke ibupejabat Khilafah? " dan ia menunjuk kepada Qrasow.

Jelas bahawa ini adalah tindakbalas Yahudi apabila Abdul Hameed menolak penjualan Palestin kepada orang Yahudi. Sekarang mereka telah tunjukkan kepadanya bahawa mereka adalah sebahagian daripada rancangan pengusirannya. Ini adalah satu tamparan hebat terhadap Abdul Hameed dan wajah umat Islam.


Akhirnya, selepas Abdul Hameed hilang kuasa datanglah beberapa pemimpin Islam yang lemah. Mereka tidak boleh mempertahankan negara dan mereka kehilangan kekuatan dengan mudah. Semasa Sultan Abdul Hameed berkuasa beliau menjangkakan, Perang Dunia I akan berlaku melibatkan kuasa barat dengan negara Uthmaniyah untuk dibahagi-bahagikan kepada negara yang lebih kecil.

Arab memberontak di Hijaz dengan bantuan British dan Perancis, yang kemudiannya mereka dikhianati dan meletakkan mereka di bawah jajahannya, dan memberikan Islam Palestin kepada orang Yahudi.

Turki Muda Kebangsaan mengambil kekuasaan dan Mustafa Kemal Ataturk membatalkan Khilafah Islam pada tahun 1924. Itu adalah berakhirnya sebuah kepemimpinan bersatu bagi Muslim untuk 1300 tahun. Barat telah berjaya sepenuhnya.

Sumber rujukan utama cerita2 sejarah di atas adalah dari : http://www.ummah.net/


Dengan itu parlimen Britain ishtihar ‘holy war’ keatas negara2 Uthmaniyah maka tercetuslah perang dunia pertama. Orang2 Arab berpakat dgn Britain untuk belot kepada Uthmaniyah – dalang di sebalik orang2 Arab ialah zionist. Malah Arab telah mengadakan perjanjian dgn zionist sebagai pelan damai untuk membenarkan Arab menubuhkan negara Arab di semenanjung Arab dan Israel menjadikan Palestine sebagai negara mereka.


Selepas Abdul Hameed dilucutkan dari jawatannya, ramai penulis mula menyerang peribadinya. Salah seorang dari mereka ini ialah John Haslib, dengan bukunya "Sultan Merah" menjadi terkenal, dan dialih-bahasakan ke banyak bahasa seperti Bahasa Arab dan Turki. Sebuah buku Turki berjudul "Iki me vrin perde arkasi - yazan: nafiz tansu" oleh Ararat Yayinevi juga merupakan sebahagian daripada propaganda kebencian terhadap negara Uthmaniyah yang semakin tenggelam. Sebuah lagi buku ditulis oleh orang Arab Kristian yang terkenal Georgy Zaydan dalam bukunya "Cerita Dari Sejarah Islam - Revolusi Uthmaniyah". Buku-buku ini tidak lain hanyalah cerita-cerita pembohongan oleh orang-orang yang bencikan Islam dan bencikan muslimin yang sangat mendalam. Buku itu menyajikan bahawa Sultan Abdul Hameed tenggelam didalam kesenangan hidup seperti bermain perempuan dan ketagih arak, dan pemerintah zalim yang kejam terhadap musuh-musuh politiknya tanpa memberi keampunan dan juga terhadap orang-orangnya. Tuduhan-tuduhan tersebut adalah tidak benar dan suatu hari nanti kebenaran akan muncul.


Peristiwa Pemecatan Sultan Abd. Hamid (Khalifah Uthmaniah Terakhir) dan Bagaimana Bankers Yahudi menjatuhkan Khilafah Othmaniah.

Peristiwa Pemecatan Khalifah Islam Terakhir Sultan Abdul Hamid ( 1876 – 1909 ). Malam itu, Sultan Abdul Hamid dan keluarganya dikunjungi oleh sekumpulan manusia yang tidak akan dilupakan oleh sejarah.

Emmanuel Carasso, seorang Yahudi warga Itali dan wakil rakyat Salonika (Thessaloniki) di Parlimen Othmaniyyah (Meclis-i Mebusan) melangkah masuk ke istana Yildiz. Turut bersama beliau adalah Aram Efendi, wakil rakyat Armenia, Laz Arif Hikmet Pasha, anggota Dewan Senat yang juga pemimpin Armada Othmaniyyah, serta Arnavut Esat Toptani, wakil rakyat bandar Daraj di Meclis-i Mebusan.

“Bukankah waktu seperti ini adalah waktu khalifah menunaikan kewajipannya terhadap keluarga. Tidak bolehkah kalian berbincang dengan aku pagi esok?”, Sultan Abdul Hamid tidak selesa menerima kedatangan mereka yang kelihatannya begitu tergesa-gesa. Tiada simpati di wajah mereka.“Ummah telah memecat kamu”, Esat Pasha memberitahu. Angkuh benar bunyinya. Satu persatu wajah ahli rombongan itu diperhati oleh Sultan Abdul Hamid.

“Apakah mereka ini sedar dengan apa yang mereka lakukan?”, baginda berfikir.

“Jika benar Ummah yang menurunkan aku, mengapa kamu datang dengan lelaki ini?”, Sultan Abdul Hamid menundingkan jarinya kepada Emmanuel Carasso. “Apa kena mengenanya Yahudi ini dengan Ummah?”, wajah baginda kemerah-merahan menahan marah.

Sultan Abdul Hamid memang kenal benar siapa Emmanuel Carasso itu. Dia jugalah yang bersekongkol bersama Theodor Herzl ketika mahu mendapatkan izin menempatkan Yahudi di Palestin dengan penuh licik lebih sedekad yang lalu (1898). Mereka menawarkan pembelian ladang milik Sultan Abdul Hamid di Sancak Palestin sebagai tapak penempatan Yahudi di Tanah Suci itu. Sultan Abdul Hamid menolaknya dengan tegas, termasuk alternatif mereka yang mahu menyewa tanah itu selama 99 tahun.

Pendirian tegas Sultan Abdul Hamid untuk tidak mengizinkan Yahudi bermastautin di Palestin, telah menyebabkan Yahudi sedunia mengamuk. Harganya terlalu mahal. Sultan Abdul Hamid kehilangan takhta, dan Khilafah disembelih agar tamat nyawanya.

“Sesungguhnya aku sendiri tidak tahu, siapakah sebenarnya yang memilih mereka ini untuk menghantar berita penggulinganku malam itu”, Sultan Abdul Hamid meluahkan derita hatinya di dalam diari baginda.

Perancangan untuk menggulingkan baginda sudah dimulakan lama sebelum malam itu. Beberapa Jumaat kebelakangan ini, nama baginda sudah tidak disebut di dalam khutbah. “Walaupun engkau dipecat, nyawamu berada di dalam jaminan kami”, Esat Pasha menyambung katanya.

Sultan Abdul Hamid memandang wajah puteranya Abdul Rahim, serta puteri baginda yang seorang lagi. Malang sungguh anak-anak ini terpaksa menyaksikan kejadian malam itu. “Bawa adik-adik kamu ke dalam”, Sultan Abdul Hamid mengarahkan Amir Abdul Rahim membawa adik beradiknya ke dalam bilik.

“Aku tidak membantah keputusanmu. Cuma seperkara yang kuharapkan. Izinkanlah aku bersama keluargaku tinggal di istana Caragan. Anak-anakku ramai. Mereka masih kecil dan aku sebagai bapa perlu menyekolahkan mereka”, Sultan Abdul Hamid meminta pertimbangan. Baginda sudah tahu yang tiada gunanya untuk keputusan yang dibawa oleh rombongan itu dibantah.

Itulah kerisauan terakhir baginda. Mengenangkan masa depan anak-anaknya yang ramai. Sembilan lelaki dan tujuh perempuan adalah jumlah yang besar.Permintaan Sultan Abdul Hamid ditolak mentah-mentah oleh keempat-empat lelaki pengkhianat Ummah itu. Malam itu juga, baginda bersama ahli keluarganya hanya dibenarkan membawa sehelai dua pakaian, dan mereka diangkut di dalam gelap menuju ke Stesyen Keretapi Sirkeci. Khalifah terakhir umat Islam, dan ahli keluarganya dibuang negara ke Salonika, Greece.

Gerombolan tentera kedengaran melangkah penuh derap ke istana. Meriam diletupkan sebagai petanda Sultan Mehmed V Resad ditabal menjadi raja boneka. Rasmilah malam itu Sultan Mehmed V Resad menjadi Khalifah ke 99 umat Islam semenjak Abu Bakr al-Siddiq r.a. Tetapi khalifah yang satu ini sudah tiada kuasa. Hanya boneka umpan menahan pemberontakan masyarakat terhadap pembubaran Khilafah Othmaniyyah.

“Entahlah, di saat hidup dan matiku tidak menentu, aku terasa begitu tenang dan aman. Seperti sebuah gunung besar yang selama ini menghempap dadaku, diangkat penuh kelegaan” kata Sultan Abdul Hamid di dalam diarinya.

Sultan Abdul Hamid mengusap kepala anaknya Abdul Rahim yang menangis ketakutan. Anak-anaknya yang lain turut menangis sama. Perjalanan dari Sirkeci Istanbul menuju ke Salonika di Greece penuh misteri.

“Sabarlah anak-anakku. Jika Allah mengkehendaki kematian bagi kita, bukankah kematian itu kesudahan untuk semua”, kata Sultan Abdul Hamid kepada sekalian kaum kerabat baginda.Kereta api meluncur laju. Bumi khilafah ditinggalkan di belakang. Sejarah kegemilangan 600 tahun Bani Osman, berakhir malam itu. Palitan hitam yang mustahil untuk diputihkan kembali.

Dalam suasana malam yang sejuk, Sultan Abdul Hamid II melunjurkan kakinya di atas kerusi kereta api sambil dipicit oleh anaknya Fatimah.

“Sabarlah anakku, Ummah tidak tahu apa yang telah mereka lakukan kepada umat Muhammad ini”, baginda mengusap wajahnya dengan linangan air mata. Lama benar baginda dan ahli keluarganya dikurung di istana Yahudi yang buruk itu. Mereka dikurung di dalam bilik tanpa perabot. Pintu dan tingkap istana, dilarang daripada dibuka. Hari demi hari, adalah kematian sebelum mati bagi baginda sekeluarga. Akhirnya pada tahun 1912, Sultan Abdul Hamid dibawa pulang ke Istanbul, dan anak-anaknya bercerai berai, dibuang ke Perancis sebagai pengemis dan pelarian yang merempat di jalanan.

Sultan Abdul Hamid dikurung di Istana Beylerbeyi selama 6 tahun

“Maafkan patik, Tuanku. Mereka tidak mengizinkan saya untuk hadir lebih awal”, doktor yang merawat Sultan Abdul Hamid berbisik ke telinga baginda. Nafas Sultan Abdul Hamid turun naik. Penyakit asthma baginda semakin serius. Doktor sudah tidak dapat berbuat apa-apa.

Renungan Sultan Abdul Hamid menghancurkan hati doktor tersebut. Bagaimana seorang khalifah umat ini harus menemui ajalnya di tangan beliau.

“Ampunkan aku ya Allah. Tiada upaya bagi hamba-Mu yang lemah ini”, seorang doktor sudah hilang upaya.

Baginda Sultan Abdul Hamid II telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di dalam kurungan di Istana Beylerbeyi pada 10 Februari, 1918. Pemergiannya diratapi oleh seluruh penduduk Istanbul kerana mereka sudah sedar, apakah harga kebodohan mereka membiarkan Khilafah Othmaniyyah dilumpuhkan selepas penggulingan Sultan Abdul Hamid, 10 tahun yang lalu. Menangislah… tiada sejarah yang mampu memadamkan penyesalan itu.

Nukilan dari muzakirat/diari Sultan Abdul Hamid Kejatuhan Empayar Othmaniah sebenarnya bermula sejak dari pemerintahan Sultan Mahmud II (1808 -1839) lagi. Kita boleh melihat puncanya dari dua sudut :

Pertama: Pemodenan mengikut arus barat.Kedua: Meninggalkan amalan Islam.

Ada agenda tersembunyi yang perlu kita fahami. Sepanjang kurun ke 19 berlaku proses perindustrian dan elektonik di Eropah, ianya bukan satu proses semulajadi bahkan satu perancangan pihak tertentu untuk mengaut keuntungan. Apa yang terjadi ? Kemajuan teknoloji membawa saudara kembarnya yang menjadi protokol atau prosedur bersama – samanya iaitu bon – bon, sekuriti, wang kertas dan lain – lain instrument kewangan.

Bermula dari projek pembinaan keretapi yang memerlukan modal yang besar, cara pembayaran Islam tidak boleh dipakai. Mereka menumpu di Turki sebagai pusat pemerintahan dan Mesir sebagai pusat intelektual Islam. Cara perniagaan atau muamalat islam mesti diketepikan, maknanya keputusan para Ulamak dalam hal – hal perniagaan tidak diperlukan lagi.Selama ini umat Islam menguasai bidang perniagaan dan perdagagan sementara masyarakat Yahudi dan Kristian membayar jizyah bagi keselamatan mereka dan membenarkan mereka tidak ikut serta dalam kewajipan ketenteraan. Malangnya selepas tugasan penyusunan semula masyarakat diserahkan kepada Bankers Yahudi atas nama untuk memodenkan Khilafah Othmaniah , pekara yang sebaliknya berlaku orang Yahudi dan Kristian menjadi TUAN/Masters kaya raya sedangkan rakyat Khilafah pulak menjadi miskin.


Sultan Mahmud II membentuk tentera diraja bermodelkan tentera British. Tentera jihad diganti dengan tentera makan gaji. SIstem demokrasi diperkenalkan, jawatan wazir besar diganti dengan Perdana Menteri. Cukai dinaikkan.

Tanzimat (reformasi) diperkenalkan pada tahun 1839 oleh Sultan Abdul Mecit . Sistem kerajaan tempatan digantikan dengan model Perancis. Ini menyebabkabkan sistem perniagaan Bazaar, khidmat masyarakat melalui waqaf yang dipanggil imaret dan millet (majlis perlindungan bagi golongan minoriti ) tidak lagi berfungsi . Pendidikan dua aliran diperkenalkan , tradisional dan sekular yang bertulang belakangkan stok, bon dan lain – lain institusi kewangan moden. Ini berlaku secara tidak sedar atas nama memodenkan empayar.

Undang – undang Islam keatas status ahlu Zhimmah dihapuskan. Reformasi Tanzimat memfokuskan kepada pemusatan pentadbiran ( administrative centralization) menggantikan sistem autonomi amiriah tempatan. Tiga wazir yang menjayakan tanzimat ialah Rechid, Ali dan Fuad Pasha. Mereka bersahabat baik dengan banker Yahudi bernama Camondo. Mereka menghabiskan banyak masa mereka di Paris mempelajari teknik permodenan barat. Nasihat dari financial planner Yahudi diperlukan bagi memodenkan empayar.

Kebanyakan orang Yahudi di Istanbul tinggal di Galata. Isaac Camondo menubuhkan Bank Camondo pada tahun 1802. Saudaranya Abraham-Salomon Camondo menggantikannya pada tahun 1832. Kerana sumbangannya yang besar kepada tanzimat beliau dianugerahkan Nishan-I Iftihar dan menjadi Komander Mejidiye pada tahun 1849.

Pada tahun 1842 wang kertas KAIMA diperkenalkan menggantikan dinar dan dirham , ini membawa kepada penguasan banker YAHUDI keatas kedaulatan khilafah. Secara tidak sedar, banker – banker ini dijemput untuk mencipta system kewangan moden dengan system riba mereka melalui bon, kredit, saham dan pengeluaran wang kertas yang dikuasai banker Yahudi. Reformasi kewangan memberi mereka peluang untuk membuka bank – bank baru.

Pada tahun 1845 Kerajaan Othmaniah bersama Mm. Alleon dan Theodore Baltazzi menubuhkan Bank of Constantinople bagi tujuan memberi pinjaman kepada kerajaan. Perang Krimea memberi peluang kepada banker Yahudi berkembang dalam empayar Othmaniah. Kerajaan memerlukan dana untuk peperangan. Bank memberi pinjaman dengan interest. Ottoman Bank ditubuhkan pada tahun 1856, ia menjadi satu langkah kepada penubuhan bank pusat dengan dana dari luar dengan jumlah 500,00 pound sterling. Transformasi modal persendirian kepada Bank Pusat akan membawa kepada system kuasa berada ditangan pemilknya banker – banker Yahudi Antarabangsa.

Keluarga Rothschilds yang terlibat dalam penubuhan Federal Reserve USA juga turut terlibat atas nama pelaburan melalui Alphonse de Rothchilds dan bapaknya James Rothschilds membuka cawangan French Rothchilds Bank di Istanbul.

Kerja – kerja untuk penubuhan bank pusat akhirnya berjaya dengan tertubuhnya La Bank Imperiale Ottomane pada tahun 1863 dengan bantuan Yahudi bernama Emil dan Isaac Pereire. Ini model yang menjadi superbank seterusnya dari Bank pusat kepada Bank Dunia dan International Monetary Fund. Bank ini menjadi bankers bank, dengan deposit dan pengumpul dan pengedaran kredit. Ia akan menentukan kadar antara Bank, memberi pinjaman, jual dan beli, membincangkan pembelian komoditi, memberi dana dan melibatkan diri dalam projek pelaburan dan mengeluarkan dan mencetak wang baru.

Bank Camondo hanyalah bank biasa, Ottoman bank ialah bank dengan dana tempatan seterusnya bank baru Imperial Ottoman bank menjadi Bank Pusat dengan dana antarabangsa. Satu system penguasaan kewangan telah diletakkan batu asasnya. Bank ini akan menyerap masuk dalam setiap aktiviti masyarakat bermula dari kedai runcit. Tidak ada aktiviti masyarakat yang dapat lepas dari Bank. Dari aktiviti jual beli, simpanan seterusnya dana kewangan dan pelaburan , semuanya melibatkan bank.

Mereka menjadi Tuan kepada dunia. Masters of the Worlds

Pada tahun 1858 bankers Yahudi telah meletakkan syarat pinjaman dengan jaminan tranformasi sosial kepada Kerajaan Othmaniah. Ini menunjukkan sistem ekonomi hutang berkait rapat dengan kejuruteraan sosial. Pada waktu itu jizyah sudah berkubur. Bank Yahudi bertapak, sistem politik Nasrani Kristian menjadi penggerak empayar Othmaniah ! Hak menandatangani kerajaan tergadai kepada peminjam wang. Tahun itu juga , undang – undang tanah baru menafikan hak Sultan. Seterusnya tahun 1867 , orang asing dibenarkan membeli tanah.

Projek keretapi menghubungkan Istanbul ke Vienna , Austria dikatakan akan menghubungkan dunia Islam dan Eropah. Oleh kerana projek ini begitu besar, begitu jugalah peranan penipuan besar oleh bank – bank Yahud di London, Paris dan Brussel dalam membiayai projek ini dengan bon – bon kerajaan Othmaniah. Pada tahun 1873 , berlaku ‘ crash 1873 ‘ yang membawa kepada kejatuhan nilai bon – bon tersebut. Projek ini bukan sahaja pembanggunan fizikal dalam bentuk konkrit bangunan semata – mata. Bahkan suatu gerakan yang mengatasi ruang lingkup sempadan nasional dan bangsa tetapi didalangi dengan angka – angka pada dokumen kewangan yan dipanggil saham dan bon.

Pada tahun 1875 Kerajaan Othmaniah diistiharkan muflis kerana tidak mampu membayar hutang. Suruhanjaya Asing dilantik mewakil pemegang saham asing. Kerajaan terpaksa mengenakan cukai terhadap rakyat. Serbia memberotak. Bosnia diserahkan kepada Austria dibawah bendera Othmani. Jalan keretapi tidak siap tetapi separuh dari perniagaan laut telah jatuh ke tangan British.

Kesan mengurangkan perjalanan dari Vienna ke Istanbul dari seminggu ke 40 jam ialah kejatuhan Khilafah Othmaniah. Sultan Abdul Hamid menjadi Khalifah pada tahun 1876. Beliau mahu kembali kepada pemerintahan asal Othmaniah sebelum tanzimat. Beliau menolak sistem hiraki barat dan mahukan sistem topkapi dan imaret diperintah oleh keluarga diraja Othmaniah semula. Beliau tidak percaya kepada pegawai – pegawai yang berkhidmat sebelumnya. Secara beransur – ansur beliau mengurangkan peranan mereka dalam kerajaan. Beliau berjaya mengurangkan hutang kerajaan.

Pada tahun 1896, perwakilan Zionis telah menemui beliau. Sebagai tawaran untuk mendapatkan Palestin mereka memberi tawaran untuk memperbaiki keadaan krisis kewangan yang dihadapi oleh kerajaan Othmaniah. Bagaimana seorang yang tidak mempuyai tanahairnya sendiri boleh membuat tawaran kepada pewaris salah satu empayar terbesar di dunia. Jawapannya ialah satu bentuk kuasa baru telah muncul, kuasa bank telah mengatasi kuasa kerajaan atau kuasa politik. Kuasa tidak lagi dalam bentuk ketenteraan tetapi dalam bentuk jumlah nombor wang dalam bank. Politik dijadikan alat untuk mengawal masyarakat. Kuasa politik pulak dijadikan alat bank ntuk menjalankan projeknya.

Sultan Abdul Hamid telah mengungkapkan kata-kata bersejarah yang ditujukan kepada Herzl melalui utusan yang dihantar untuk perundingan tersebut :

“Saya menganjurkan supaya dia(Hezrl) tidak meneruskan perkara ini (usaha mendapatkan tanah Palestin). Saya tidak dapat menjualkan walaupun satu kaki persegi daripada tanah ini kerana ianya bukan milik saya, tetapi milik rakyat saya. Rakyat saya telah membentuk serta mengekalkan Empayar ini dengan pengorbanan dan darah, dan kami akan mempertahankannya dengan darah kami sebelum menyerahkannya kepada sesiapapun. Biarlah yahudi-yahudi itu menyimpan sahaja wang mereka yang berbilion-bilion itu. Jika sekiranya Empayar ini berpecah, maka mereka boleh mengambil Palestin secara percuma. Tetapi mestilah dilangkah mayat kami dahulu, dan saya tidak akan membenarkan ianya berlaku atas sebab apapun..”

Sultan Abdul Hamid digulingkan pada tahun 1908. Pada tahun itu juga , pejabat pertama zionis di buka di Palestin dibawah firma Rohschilds. Maka berakhirlah empayar Othmaniah walaupun ia masih belum secara rasmi sehingga tahun 1924.

SUMBER : http://myibrah.com