Saturday, April 23, 2011

IISLAM MENGGALAKKAN HADIAH –MENGHADIAHI.



HAMPER PRODUK PAKAIAN BERNILAI RM500 UNTUK PENGUNJUNG BERTUAH PESTA BUKU ANTARABANGSA PADA 1 MEI 2011



ISLAM MENGGALAKKAN HADIAH –MENGHADIAHI.




“Salinglah kamu hadiah-menghadiahi nescaya kamu akan berkasih sayang”
Baginda SAW.

Bismillah
Dengan nama Allah Maha Pemurah lagi amat Maha Pengasih............

Aku bersyukur kepada Allah Maha Pengasih kerana dengan hidayah-Nya aku dilahirkan Islam.Dengan Rahmat-Nya juga ,aku diberikan ilmu yang sedikit ini untuk menjadi bekalan menempuhi kehidupan....


Islam adalah agama yang menganjurkan kasih sayang.Dalam hadis tersebut Baginda saw memberi petua untuk melahirkan kasih sayang iaitu sering memberi hadiah dan menerima.Baginda menggunakan sighoh mubalaghoh (saling memberikan iaitu memberi dan menerima ) .Dalam bahasa arab sighoh mubalaghoh digunakan untuk mmeberi makna kedua-dua pihak saling melakukan.Contohnya suami memberikan hadiah buat isteri dan isteri juga memberi hadiah buat suami.Itulah sighoh mubalaghoh.


Dalam Quran dan hadis pelbagai petua dan panduan diajar agar manusia sering berkasih-sayang.Pelbagai kejahatan di dunia ini adalah berpunca dari sikap manusia yang tidak menjiwai kasih sayang...



Quran adalah khazanah agong kepada manusia namun ramai manusia hanya tahu membaca.Tidak memahami dan menghayati aklimah Tuhan yang Maha Bijaksana.Manusia yang hanya tahu membaca ibarat burung kakak tua yang bijak mengucapkan “Assalamualaikum” namun tidak memahami apa yang diucapkan.



Memang rugi jika tidak memahami isi Quran kerana ia khazanah amat berharga buat orang Islam......




Pada tahun 2010,saya membelanjakan RM1200 produk pakaian buat pembeli buku saya di Pesta Buku Antarabangsa PWTC KL.Bagi saya ia bukan kerugian kerana memberikan cenderamata buat pembeli buku akan melahirkan perasaan kasih sayang sesama manusia.


Ia akan melahirkan perasaan kasih sayang antara penulis dan pembeli buku,sekaligus memberi nama baik kepada penerbit.Inilah usaha untuk menaikkan nama penerbit Melayu.



Saya tidak peduli ejekan penulis lain dan pegawai yang suka memperlekehkan usaha orang lain.Bagi saya,jika kita peduli dengan nista dan ejekan manusia lain maka kita tidak akan berbuat apa-apa.



Baginda saw tidak pernah gentar cemuhan dan ejekan manusia.Walaupun dituduh gila,ahli sihir dan kurang akal,Baginda saw tetap meneruskan dakwah untuk membawa manusia ke arah kebaikan dan kejayaan dunia akhirat.


Islam amat menitik-berat amalan mulia seperti saling memberi hadiah.Amalan memebri ahdiah perlu dipraktikkan dalam keluarga dan masyarakat.Ibu bapa perlu memberi hadiah buat anak-anak,anak-anak juga perlu memberi hadiah buat ibu bapa.



Begitu juga jiran,ketua pejabat,majikan ,guru,pelajar,suami-isteri dan sebagainya.Semua umat manusia perlu mempraktikkan amalan saling memberi hadiah kerana ia melahirkan kasih sayang sesama manusia.



Saya bersyukur kepada Allah Maha Pemurah.Allah melipatgandakan rezeki sepanjang masa walaupun banyak memberi berbanding menerima.Saya memanfaatkan rezeki kurniaan Allah dengan membuat jariah seperti membina masjid,sekolah dan sebagainya.Rezeki juga dihulurkan kepada orang miskin,anak yatim dan penyapu sampah.Rezeki ini adalah ujian kepada manusia dan Allah swt menguji manusia dengan pelbagai ujian dan salah satu ujian adalah harta dan wang.





Saya tidak mahu mati dan terlupa melakukan kebaikan.Alangkah rugi manusia mati dan meninggalkan wang berjuta dalam bank namun lupa memanfaatkan sedikit harta untuk kebaikan yang akan membantu diri sendiri dalam kubur dan akhirat.



Saya tidak mampu menjadi manusia hebat seperti Saidina Abu bakar Assiddik yang memanfaatkan kesemua hartanya ke jalan Allah.Saya hanya mampu memanfaatkan 10 % pendapatan untuk jariah,sedekah,jariah dan sebagainya.Itu sahaja kemampuan saya.



Ketika kanak-kanak saya hidup dalam kemiskinan dan sering dihina teman-teman anak orang kaya kerana memakai baju,seluar dan kasut koyak dan bertampal.Namun itu semua tidak melemahkan saya.Saya berusaha hingga berjaya masuk Universiti.Ejekan dan hinaan tidak pernah melemahkan saya.Ia menjadi pembakar semangat untuk berjaya.Pabila mengenang zaman kanak-kanak,mata ini merembes.



Saya mendidik anak-anak agar jangan menghina orang miskin.Saya mendidik mereka agar sayangkan orang miskin,cacat dan hina.Saya mendidik anak-anak mengucapkan terima kasih kepada pakcik yang mengambil sampah di depan rumah.saya mahu anak-anak membesar dengan nilai yang baik.



Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naunganNya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredhaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: "Aku takut kepada Allah!", orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.." (Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Ibnu Majah)



Kita perlu berusaha agar mendapat naungan Allah swt.Akhirat nanti tiada siapa yang akan membantu kita kecuali amalan yang telah kita lakukan di dunia ini...


“ Kemudian (ingatlah keadaan yang berlaku) apabila datang suara
jeritan yang dahsyat; Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya, Dan ibunya serta bapanya,
Dan isterinya serta anak-anaknya;. Kerana tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara-
perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja.”
Surah ‘Abasa 33-37


Dikisahkan seorang wali Allah yang amat peka dengan kisah akhirat membaca ayat tersebut ketika solat dan rebah meninggal dunia.Subhanallah!

Adalah benar segala kebaikan dan kesempurnaan hanya milik Allah Maha Berkuasa lagi Maha Penyabar
manakala diri ini amat lemah dan naif.

Terima kasih kerana membaca..




Admin KT
24 April 2011
Writing with tears but nobody care..............................

No comments:

Post a Comment