Tuesday, September 27, 2011
REZEKI ADALAH KETENTUAN ALLAH......
REZEKI ADALAH KETENTUAN ALLAH......
"Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi
melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat
kediamannya dan tempat dia disimpan.Semuanya itu tersurat di dalam
Kitab (Luh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang
berkenaan)."
surah Hud ayat 6
بسم الله والصلاة والسلام على رسول الله صلى الله عليه وسلم
ربنا لا تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا وهب لنا من لدنك رحمة إنك أنت الوهاب
وبعد :
Bismillah...
dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Maha Pengasih....
Alhamdulillah syukur kepada Allah kerna aku masih sihat dan mampu menulis lagi nota buat pembaca.Amat syukur dengan nikmat kesihatan baik..Jika wang berjuta dan sakit,memang menyedihkan.Kesihatan baik adalah nikmat kepada manusia,maka bersyukurlah..
Jam menunjukkan 1.10 pagi,15 September 2011....setelah menyiapkan sedikit kerjaku,aku menulis nota setelah agak sekian lama tidak menulisnya...almaklum sejak dua tiga menjak nie,aku amat sibuk dengan kerjaku.Aku perlu menyiapkan 5 Modul,dua buah buku dalam tahun ini yang hanya berbaki 3 ½ bulan sahaja....
Bergelar usahawan dan penulis,memang memeritkan.Aku terpaksa bekerja siang dan malam tanpa henti.Tidur adalah rehat.Bila buka mata,kerja diteruskan.Itulah rutinku.
Kadangkala keluar rumah seawal 7 pagi dan memandu sejauh 200 kilometer ,pelbagai urusan perlu dilakukan.Bila pulang ke rumah waktu Maghrib,terus membuka laptop dan mengetuk kekunci menyiapkan tugasan...memang penat,namun itulah jalan yang aku pilih...
Aku,kau,dia dan semua manusia mahukan rezeki banyak.Jika bulan Januari dapat RM1000,bulan seterusnya mahukan RM2000.Begitulah seterusnya...
Adalah tidak salah mahukan rezeki banyak,kerna dengan rezeki banyak kita akan berjaya melakukan banyak perkara dan dapat dimanfaatkan untuk kebaikan seperti sedekah dan jariah.Justeru wang amat penting dalam kehidupan..
Namun jika lihat sifat dan akhlak manusia,mereka amat tamak...Mereka mahu wang dengan mudah,cepat dan banyak.Oleh demikian ramai menjual dadah,menjadi bapa ayam,mengamalkan riba,menipu dalam perniagaan,menipu orang,merompak dan pelbagai cara untuk dapatkan wang mudah dan cepat.
Sifat tamak dan mahukan segalanya mudah,menjadikan seseorang mengabaikan ajaran agama dalam mencari wang.Mereka anggap wang haram adalah rezeki sedangkan Allah swt tidak pernah menyuruh manusia mencari wang dengan cara haram..
Kita diajar rukun iman dan salah satunya adalah beriman dengan Qadak dan Qadar.Termasuk Qadak dan Qadar adalah rezeki..Setiap manusia mempunyai rezeki,namun kita tidak tahu berapa banyak rezeki kita,maka kita wajib berusaha...
Adalah salah seorang pencuri meragut dan merompak dan berkata ia rezeki Allah.Adalah salah seorang menjual produk tiruan dan menganggap ia adalah rezeki Allah.Rezeki Allah adalah rezeki yang datang dari sumber pekerjaan dan pencarian halal,bukan haram.
Saidina Omar al-Khattab amat marah dengan seorang pencuri yang ditangkap mencuri dan berkata "aku mencuri kerna takdir Allah menjadikan aku pencuri".Lantas Khalifah Omar memerintahkan lelaki tersebut dihukum potong tangan dan ditambah 40 rotan kerana menghina takdir Allah..
KIta lihat dalam dunia ini mmepunyai pelbagai jenis pekerjaan dan cabang bisnes,namun manusia yang mencari jalan haram seperti rasuah,menipu,riba,menjual dadah adalah manusia yang mahu mendapat wang dengan mudah dan tidak takutkan Neraka.Mereka anggap apa yang mereka lakukan adalah betul dan berfikir boleh bertaubat pabila menjengah tua...
Dalam Islam,rezeki haram selamanya haram.Segala aset seperti rumah,rantai emas,tanah,rumah kedai,kereta,produk dan segalanya yang bersumberkan haram akan terus haram.Mengucapkan astaghfirullah dan pergi memohon ampun depan Kaabah tidak akan menjadikan status harta sebagai halal.
Islam mengajar sifat Qanaah iaitu sentiasa redha dengan rezeki Allah sama ada sedikit atau banyak.Islam juga mengajar sifat syukur kerna syukur dan qanaah akan menambah keimanan dalam mempercayai Qadak dan Qadar Allah swt.
Manusia mahukan segalanya cepat dan berasa malas untuk berusaha dengan jujur dan amanah.Ramai pegawai kerajaan dan swasta menggunakan rasuah untuk mendapat wang banyak.Gaji RM2000 dianggap kecil dan rasuah membantu mereka mendapatkan tambahan RM3000 sebulan.
Begitu juga menipu dalam membuat tuntutan.Jika kos perjalanan 'out-station' atas urusan kerja adalah RM500,diminta RM1000 demi mendapatkan wang lebih.Maka hiduplah seseorang dengan wang haram...
Allah swt memberi akal kepada manusia untuk memilih yang baik dan buruk.Allah swt juga memberi Quran dan hadis sebagai panduan kepada manusia.
Sikap manusia yang mendapatkan wang dengan cara haram menunjukkan mereka mengabaikan ajaran Islam.Mereka mahu mendapat wang dengan mudah.
Salah satu amalan yang dikeji Islam adalah mmeinta sedekah .Ramai manusia mahu mudah mendapat wang dan meminta sedekah di jalanan.Islam adalah agama yang menggalakkan berusaha dan meminta sedekah bukanlah dikira berusaha.
Imam Bukhari dan MUslim merekodkan sebuah hadis bermaksud :
“Sesungguhnya orang yang membawa tali, lalu dia memikul seberkas kayu,
lantas menjualnya, (dengan usaha itu Allah menjaga dirinya)adalah lebih baik daripada
meminta-minta kepada orang, baik mereka yang dipinta itu memberinya atau menghalangnya”
Kita perlu yakin dan percaya kepada QADAR DAN QADAR.Apabila kita beriman dengan teguh bahawa rezeki adalah ketentuan Allah swt ,maka kita tidak akan menyalahkan Tuhan jika diberi sedikit.Malah kita juga tidak akan terjebak dalam kegiatan haram.
Kita perlu berusaha mencari rezeki halal.Rezeki halal akan menjamin kita ke Syurga,manakala rezeki haram,pasti membawa kita ke Neraka...
Apabila kita mencari rezeki halal,kita juga memberi makan minum keluarga dengan rezeki halal,maka lahirlah keluarga bahagia dunia dan akhirat.
Kita janganlah malu dengan motor kapcai buruk berbanding mereka yang memandu BMW atau Mercedes...kita perlu bersyukur kerna rezeki kita adalah sumber halal,bukan haram.
Kita perlu mencari jalan menambahkan rezeki dengan jalan yang sah dan tidak menyalahi agama.Berusahalah,berdoa dan bertawakkal.Jika telah berusaha namun rezeki kita masih di takuk sama,maka bersyukurlah dan redha dengan apa yang ada....
Kehidupan kita hanya sementara,pastikan rezeki kita adalah halal dan bersih.Wang dan harta sedikit dari sumber halal adalah lebih bernilai di sisi Allah berbanding wang dan harta jutaan ringgit dari sumber haram.
Dalam surah As-Syura Allah berfirman " Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Dia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata."
Segala kebaikan dan kesempurnaan adalah milik Allah Maha Gagah lagi Amat Bijaksana,manakala yang lemah dan naif adalah aku bernama Saat................
Terima kasih kerna membaca.
Admin
Kisah Teladan & Co
No comments:
Post a Comment