Friday, July 1, 2011
PERSAUDARAAN DALAM ISLAM….
PERSAUDARAAN DALAM ISLAM….
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari
lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan
bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara
satu dengan yang lain).Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah
ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih
keturunan atau bangsanya).Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha
Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."
SURAH AL-Hujuraat ayat 13
"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka
damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan
bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."
surah al-Hujurat – 10
Bismillah
dengan nama Allah Maha pemurah lagi Amat Pengasih
Alhamdulillah….aku masih hidup dan sihat.Jam menunjukkan 9.55 malam 28 Jun 2011.Malam ini pelbagai kertas kerja dan surat perlu disiapkan.Sambil juga menulis nota buat fans Kisah Teladan dan semua pembaca setia Kisah Teladan.Ramai bukan fans juga membaca nota namun mereka tidak mahu menjadi fans.Tidak mengapa,itu hak mereka..
Aku bersyukur kepada Allah kerna FB tidak melalaikan aku.Aku manfaatkan FB untuk berkongsi ilmu.Ada juga gunanya FB nie…Ramai manusia hanya gunakan FB untuk diari harian,bukan berkongsi ilmu atau menambahkan ilmu.Itu hak mereka.
Islam adalah agama rahmah.Ketika Baginda saw datang ke Madinah ,kaum dari Mekah digelar Muhajirin ,manakala penduduk Madinah digelar Ansar.Mereka disatupadukan walaupun mereka tidak pernah kenal.Itulah ukhuwwah islam yang dipupuk Baginda saw.
Islam itu agama ukhuwwah,namun manusia moden tidak mengambil pengajaran kisah Muhajirin dan Ansar.Mereka tidak menghayati sirah Nabi saw dan para sahabat.
Islam itu satu agama yang menyatukan semua jenis manusia walaupun berlainan warna kulit,bangsa dan bahasa.Itulah ajaibnya Islam.
Salman al-Farsi adalah sahabat saw dan berasal dari Iran.Bilal bin Rabbah adalah juga sahabat saw dan berasal dari Afrika.Sabahat saw terdiri dari pelbagai bangsa dan suku kaum.Baginda saw melayan mereka sama –rata tanpa membezakan arab atau bukan arab.
Suatu hari Bilal bin Rabbah berkelahi dengan seorang temannya.Temannya mengejek "Hei anak perempuan kulit hitam!".Bilal yang kecewa mengadu kepada Baginda saw dan amat marah dengan penghinaan tersebut.Baginda saw tahu Bilal adalah manusia beriman dan salah seorang dari sepuluh orang yang dijamin syurga ketika masih hidup.
Teman Bilal yang amat takutkan kemarahan Baginda saw menungkup mukanya ke tanah dan berkata "Jika Bilal tak maafkan aku,aku akan terus begini…".Lantas Bilal memafkan temannya.
Itulah kasih sayang yang diajar Baginda saw.Baginda saw juga pernah bersabda " Tiada bangsa arab lebih mulia dari bukan arab dan tiadalah bukan arab lebih mulia dari arab,melainkan takwa".Ia jelas menunjukkan Islam tidak memandang bangsa,Islam memandang iman dan takwa.
Persaudaraan dalam Islam bukan terbatas kepada manusia seislam,namun melangkaui semua manusia walaupun bukan Islam.Baginda saw sendiri tidak pernah menzalimi bukan Islam sepanjang hayatnya.Baginda saw hanya membunuh bukan Islam dalam peperangan demi menyebarkan dakwah kepada bukan Islam.
Suatu hari seorang Yahudi ditangkap kerana mencuri.Ia dibawa ke pengadilan dan dalam Islam,hukum Quran hanya dikenakan kepada orang Islam sahaja,manakala Yahudi dan Nasrani mengikut kitab mereka.
Yahudi tersebut diminta membaca kitabnya.Yahudi tersebut membaca melangkau kerna tidak mahu membaca ayat pencuri dipotong tangan.Omar al-Khattab r.a yang perasan,menjerkah Yahudi tersebut dan akhirnya Yahudi itu mengulangi bacaannya.Kemudian Yahudi itu dipotong tangannya kerna itulah hukuman dalam kitab Yahudi.
Itulah keadilan Islam…
Secara umumnya persaudaraan dalam Islam adalah antara sesama manusia :
1.Teman persekolahan.
2.Teman Universiti.
3.Teman sekerja.
4.Jiran.
5.Guru.
6.Orang alim atau guru mengajar di masjid.
7.Adik beradik.
8.Sepupu dan saudara mara.
9.Bapa saudara dan ibu saudara.
10.Manusia yang kita kenal sepanjang hayat kita.
Sejak kita kanak-kanak hinggalah dewasa,kita dilingkungi pelbagai jenis manusia dalam hidup kita.Ada teman yang kita kenal sejak kecil dan hubungan berterusan hingga kini.Ada pula terpisah.Begitu juga teman belajar di kolej atau Universiti.Kita juga bekerja di pelbagai tempat dan kenal ramai teman sekerja.Kita juga berjiran dan pindah randah.Berapa ramai manusia yang kita kenal?Amat ramai….namun adakah kita menunaikan ukhuwwah dalam Islam sama ada ketika masih berhubung atau berjauhan?
Ramai tidak memahami apa itu ukhuwwah.Ukhuwwah adalah hak dan kewajipan sebagai orang Islam sebagaimana sebuah hadis :
حق المسلم على المسلم خمس رد السلام وعيادة المريض واتباع الجنائز وإجابة الدعوة وتشميت العاطس
رواه البخاري ومسلم
Maksudnya " Hak muslim ke atas muslim itu lima : menjawab salam,menziarahi sakit,mengikut jenazah,menunaikan jemputan dan menjawab bersin".Riwayat Imam Bukhari dan Muslim.
Imam Muslim pula merekodkan sebuah hadis :
Rasulullah SAW telah bersabda:
"Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini - sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali -Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya."
Itulah hak asas sebagai orang Islam.Namun berapa ramai manusia lupa hak sebagai orang Islam?Kita hidup senang lenang dan ramai teman,jiran kita dalam kesusahan dan kemiskinan,kita tidak ambil tahu dan tidak mahu membantu walaupun kita mampu.Itulah manusia moden,kehidupan mereka lu lu gua gua…
Memang menyedihkan kehidupan manusia moden.Mereka tidak mengambil tahu teman dan jiran.Malah guru dan ustaz yang mengajar mereka sejak tadika,sekolah rendah,Universiti tidak pernah diambil tahu .Mereka sibuk dengan dunia mereka dan melupakan ukhuwwah islamiah.
Baginda saw bersabda
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji,
memutuskan hubungan silaturahim dan ber sikap yang buruk dengan jiran.”
(Hadis riwayat Ahmad dan Hakim)
Hadis tersebut jelas memberitahu apa yang berlaku zaman ini.Seorang abang yang kaya tidak peduli adiknya yang miskin.Hubungan silaturrahim antara manusia putus,jiran saling bermusuhan dan berlomba-lomba mengejar kekayaan hingga mengabaikan hak jiran.Manusia hari ini hilang ukhuwwah islam walaupun ukhuwwah adalah sifat mulia diajar Quran dan hadis.
Punca manusia melupakah ukhuwwah Islam adalah :
1.Mereka lupa jasa guru memberikan ilmu.
2.Mereka sibuk dengan kerjaya dan mencari harta.
3.Mereka mementingkan diri sendiri.
4.Mereka tidak pernah memikirkan kesusahan dan kepayahan orang lain walaupun teman,jiran dan saudara sendiri.
5.Mereka dilaliakn dengan keseronokan dunia seeprti hiburan dan sebagainya.
6.Mereka sentiasa mengatakan sibuk namun mempunyai masa berjam-jam melayan filem Hindi dan Astro.
7.Mereka tidak pernah berusaha memahami Quran.
8.Mereka tidak menambahkan ilmu agama.
9.Mereka jarang ke masjid mendengar kuliah agama.
10.Mereka membiarkan syaitan bersarang dalam jiwa menyanyikan lagu palsu.
11.Mereka jahil tidak sedar diri jahil.
12.Mereka menganggap ziarah bukan aktiviti penting dalam kehidupan.
13.Mereka tahu apa yang diajar Quran dan hadis namun tidak mahu mengamalkannya kerna menganggap ianya menyusahkan.
14.Mereka hanyut dalam kejahilan dan kesesatan.
15.Mereka menganggap wang sebagai Tuhan.
Demikianlah beberapa punca manusia tidak mengamalkan ukhuwwah Islam dalam kehidupan.Mereka lupa teman persekolahan,mereka lupakan guru,mereka tidak ambil tahu jiran.Mereka lupakan saudara mara,mereka hanya mencari harta bertimbun..
Kehidupan ini amat pantas dan hanya sementara.Jangan abaikan ukhuwwah islamiyyah dalam kehidupan.Ziarahilah guru dan saudara mara.Ziarahilah teman dan jiran.Jangan hidup pentingkan diri sendiri,manfaatkan FB untuk mencari semua teman kita yang telah lama terpisah…
Seorang guru amat gembira bila kita menziarahi mereka.Teman sepermainan ketika kanak-kanak tentu gembira dapat bertemu kembali.Jiran yang kesempitan wang girang dapat bantuan walaupun mereka tidak pernah meminta.Hiduplah mengamalkan ukhuwwah dan kita akan berkasih sayang hinggalah akhir hayat..
Jangan menganggap Syurga itu mudah.Syurga disediakan buat manusia yang menghayati ukhuwwah dalam kehidupan,bukan mementingkan diri sendiri.
"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta diguncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat."
surah al-Baqarah ayat 214
Kehidupan ini sementara,manfaatkan masa kita sebaiknya.Amalkan ukhuwwah Islam dalam kehidupan…
Segala kelebihan dan kemuliaan hanyalah milik Allah swt Maha Kekal dan Amat Pengasih,manakala diri ini bernama Saat amat naif dan kerdil………
Admin
Kisah Teladan & Co
11.20 malam
28 Jun 2011
Terima kasih admin....melalui anda saya disedarkan....
ReplyDeletemaaf tuan,tapi Bilal R.A bukan 10 sahabat yang dijamin masuk syurga
ReplyDelete