Friday, July 1, 2011
Madinah al-Munawwarah,aku merinduimu….
Madinah al-Munawwarah,aku merinduimu….
Tahun 1992
Kali pertama ku jejaki bumi Madinah
Ketika usiaku baru 18 tahun
Seakan tidak percaya
Remaja muda ku ke sini…
Masih ku ingat
Bersama teman-teman baru dari pelusuk negara
Berkumpul di airpot Madinah
Muncul seorang pelajar senior
Bernama Ustaz Abdul Basith
Menjemput kami…
Aku seakan tidak percaya
Kakiku di bumi yang digelar Kota Nabi….
Madinah al-Munawwarah
Kota yang Bercahaya
Asal namanya adalah Yathrib
Sempena nama seorang lelaki pertama
Menjejaki kota ini…
Apabila Islam bertapak i
NAMA Yathrib ditukar kepada Madinah
Nama ini kekal hingga kiamat…
Minggu pertama amat memenatkan
Pendaftaran pelajar baru
Membeli keperluan
Dan sebagainya..
Waktu amat menggembirakan tiba
Pelajar baru dibawa ke kota Madinah
Pelbagai lokasi dikunjungi
Dari Jabal Uhud ke masjid 7
Dan lokasi paling ku cintai
Masjid Nabawi…
Aku datang Ya Rasulullah
Aku kini di depan makammu
Aku teringat sabdamu
“Barangsiapa menziarahiku selepas kematianku,seakan menziarahiku ketika aku masih hidup”
Mata ini bergenang
Melihat makam Rasulullah
Insan mulia dan Agong
Betapa ramainya manusia
Berebut-rebut merapati dinding
Ada pula mengangkat tangan berdoa
Menghadap makam
Anggota polis terus menyuruh mereka
Menurunkan tangan
Kerna doa hanya kepada Allah
Dan ke arah kiblat…
Madinah..
Aku merinduimu
Aku merindui Masjd Nabawi..
Di mana aku menziarahi Makam Rasulullah
Aku merindui
Kuliah Maghrib dari syeikh warak
Aku merindui air zam-zam..
Di Masjid Nabawi
Aku duduk dengan tekun
Mendengar kuliah Syeikh Abu Bakar al-jazair
Kadangkala ku berpindah
Kepada syeikh-syeikh lain….
Terima kasih guru
Memberikan aku ilmu
Ilmu di Universiti bukan tidak cukup namun aku mahu menambahkan ilmu
Di masjid mulia ini…
Di masjid inilah
Imam Malik memberi kuliah
Di mana aku belum lagi dilahirkan
Begitu juga nenek dan moyangku
Kerna Imam Malik
Dilahirkan pada tahun 713 Masehi…
Imam Malik adalah ilmuwan hebat
Dan menjadikan Masjid Nabawi
Pusat penyebaran ilmu dan dakwah…
Syeikh Abu Bakar al-Jazair
Adalah ilmuwan hebat
Setiap Malam Isnin
Aku duduk menghadap wajahnya
Untuk mendapatkan ilmu
Di Masjid Nabawi…
Syeikh Abu Bakar telah pergi
Menemui Tuhan Rabb
Pada Isnin , 23 November 2009 yang lalu…
Beginilah suasana
Manusia mengerumuni Syeikh Abu Bakar
Di Masjid Nabawi…
http://www.youtube.com/watch?v=g6LCJmqH_6U
Terima kasih
Kerna memberikan aku ilmu
Ilmu ini dipanjangkan kepada manusia…
Hingga nafasku berakhir…
Madinah..
Aku merinduimu
Aku merindui tanahmu
Aku meindui pohon kurma di bumi mu
Aku merindu penduduknya
Yang ramah dan tamah
Madinah
Kota yang paling aku sukai
Tiada kezaliman dan permusuhan
Tiada karaoke dan Hard Rock Café
Tiada segala maksiat yang menggelapkan hati manusia..
Madinah.......
Aku berdoa
Agar suatu hari nanti
Nafas terakhir di bumi mu..
Admin
Kisah Teladan & Co
No comments:
Post a Comment