Thursday, July 7, 2011
DOSA KEPADA MANUSIA
DOSA KEPADA MANUSIA
" من كانت عنده مظلمة لأخيه من مال أو عرض فليأته فليستحلها منه قبل أن يُؤخذ وليس عنده درهم ولا دينار فإن كانت له حسنات أخذ من حسناته فأعطيها هذا والإ أُخذ من سيئات هذا فألقيت عليه".
"Barangsiapa yang mempunyai kezaliman ke atas saudaranya sama ada harta atau maruah,maka datanglah kepadanya meminta halal (maaf) darinya sebelum sebelum akan diambil padanya dan tidak memiliki dirham dan dinar .Maka sesungguhnya jika baginya kebaikan,maka akan diambil kebaikannya dan jika tiada kebaikan padanya maka kejahatan akan diberikan padanya"
Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim
Bismillah
dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Amat Pengasih..
الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لاشريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله وخيرته من خلقه وأمينه على وحيه صلى الله عليه وعلى آله وصحبه ومن اهتدى بهديه.
أما بعد:
Alhamdulillah,aku masih hidup.Merasai nikmat bulan Syaaban.Sekarang jam 10.43 malam,malam Jumaat di mana ramai manusia berkurung dalam rumah membaca Quran atau memadu asmara buat suami isteri…Ada juga sedang menonton TV atau membaca buku.Ada pula sedang melakukan maksiat seperti berzina dan minum arak…Itulah manusia.
Hadis tersebut amat menggentarkan.Hadis memberi peringatan kepada manusia agar menjaga diri dari dosa kepada manusia.
Apabila kita berdosa kepada manusia dan lupa meminta maaf atau halal,maka akhirat nanti segala amalan kebaikan kita diberikan kepada manusia yang kita zalimi,serta dosa mereka pula akan dipikul oleh kita.
Benar-benar menyeksakan.Amat rugi kita beribadat siang dan malam di dunia,namun akhirat nanti terpaksa memberikan segala pahala kepada orang lain.Ditambah pula beban menanggung dosa mereka……
Siapakah yang rugi?kita sendiri….
Apakah dosa kepada manusia?
1.Dosa kepada ibu bapa.
2.Dosa kepada adik-beradik.
3.Dosa kepada teman taulan.
4.Dosa kepada saudara mara.
5.Dosa kepada jiran.
6.Dosa kepada guru.
7.Dosa kepada pemimpin.
8.Dosa pemimpin kepada rakyat.
9.Dosa manusia yang memikul amanah.
10.Dosa kepada manusia seluruhnya sama ada dikenali atau tidak…
Kategori dosa :
1.Dosa maruah seperti mengumpat,menghina,sombong,memandang rendah dan sebagainya.
2.Dosa harta seperti mencuri ,menipu dan sebagainya.
Kategori jenis manusia :
1.Dosa kepada manusia yang kita kenal.
2.Dosa kepada manusia yang kita tidak kenal.
Ramai manusia melakukan dosa kepada manusia sama ada secara sengaja,tidak sengaja,sedar atau tidak sedar.Namun mereka menganggap ia ringan dan tiada masalah.Sedangkan hadis Baginda saw telah menerangkan betapa berat balasannya di akhirat nanti.
Semua manusia pernah berdosa kepada manusia.Namun manusia yang sedar dan insaf akan meminta maaf,bukan sekadar Aidilfitri "Maaf zahir batin".Ucapan hari raya tidak diiktiraf kerna dosa seperti mengumpat perlu memberitahu manusia apa yang telah dilakukan..
"aku minta maaf sebab aku selalu mengumpat kamu..".
"aku minta maaf sebab menghina kamu miskin…"
"aku minta maaf kerna menghina kereta kamu yang buruk…"
Itulah ucapan maaf yang sempurna…bukan sekadar bersalam dan "Maaf zahir batin"..
Bukan mudah meminta maaf,jadi jauhilah dosa kepada manusia.Jika telah berbuat dosa,maka minta maaflah dengan sempurna.Jika mencuri atau terambil barang,bayarkan semula dan jika tidak mampu,minta halalkan.
Sebagai usahawan,aku sering ditipu manusia.Ada seorang pelanggan berhutang RM5,700 sejak tahun 2000 dan sudah 11 tahun tidak membayar walau pun 1 sen…Manusia itu berdosa kepadaku …Jika aku tidak halalkan,maka meranalah dia di akhirat….
Itulah asam garam dunia perniagaan.Ada pula seorang polis bernama Hamdan,berhutang RM300 membeli pakaian sekolah buat anak-anaknya.Namun setelah aku tahu dia meninggal dunia,aku halalkan sahaja.Jumlah RM300 bukanlah banyak sangat…..
Itulah manusia….
Namun ia semua adalah asam garam dunia usahawan.Bak kata seorang teman usahawan "Dalam bisnes,jika kita tidak ditipu,kita tidak tahu kesalahan kita dalam bisnes".Memang benar.
Setelah mendapat pengajaran,aku tidak lagi memberi hutang kepada manusia walaupun mereka datang melutut meminta ehsan..Jika tidak,aku perlu menanggung kerugian berterusan…
Dosa kepada manusia amat mudah.Kita memandu kereta mewah seperti Honda atau BMW ,melihat kereta Datsun tahun 50an dijalanan dan mencebik "Buruk betul kereta tu..jual kat besi buruk sahaja.."Itu sudah berdosa kepada manusia..
Yang menyedihkan pabila insaf,kita tidak tahu pemilik kereta itu di mana.Jika ia jiran sebelah rumah,boleh pergi minta maaf,namun jika pemiliknya ditemui di jalanan dan hilang,di mana mahu meminta maaf?
Pandai buat,pandailah tanggung……
Ramai manusia suka menghina dan angkuh dengan pangkat atau harta,ia juga dosa dengan manusia.Ramai juga manusia suka memandang hina penyapu sampah di jalanan,ia juga berdosa kepada manusia…
Dosa kepada manusia amat menyusahkan kerna kita perlu meminta maaf kepada mereka.Jika dosa kepada Allah seperti berzina dan minum arak,kita hanya perlu bertaubat dan meminta ampun kepada Allah swt..
Walaupun melihat wanita seksi dan berpakaian membuka aurat,kita tidak boleh menghina mereka.Kita perlu mendakwah mereka jika mampu.Jika tidak mampu,berdoalah dalam hati agar Allah memberikan hidayah kepada mereka.Itu sahaja.Bukan menghina atau mencebik.
Kadangkala sukar untuk membuat keputusan.Ramai teman FB ku suka menggunakan gambar membuka aurat .Jika dibuang,amat rugi kerna mereka adalah wanita baik,hanya berdosa membuka aurat,bukan perompak atau pembuang bayi….Apa yg ku buat ,nasihatkan mereka agar jangan gunakan gambar membuka aurat kerna ia akan dilihat semua teman FB bukan mahram dan ia berdosa…Namun jika tidak mahu dengar nasihat,terserahlah.Itu hak masing-masing.
Dunia ini pelbagai watak.Ada wanita suka menutup aurat tetapi suka mengumpat dan menghina orang lain.Ada pula membuka aurat,namun tidak pernah mengumpat dan menghina orang.Biarlah Allah swt menghukum.Aku manusia hanya menyampaikan hukum,bukan penentu manusia itu baik atau jahat.Dosa dan pahala juga kerja Malaikat,kerjaku hanya muhasabah diri sendiri..Daripada sibuk fikir dosa orang,lebih baik fikir dosa sendiri..
Aku mempunyai ramai rakan wanita yang tidak menutup aurat dan mereka amat baik.Tidak suka menipu,rajin solat 5 waktu,komited dengan kerja dan rajin bersedekah.Apa yg mampu ku buat,doakan mereka agar Allah membuka pintu hati agar menutup aurat.Malah 50 % pelanggan aku yang datang ke premis tidak menutup aurat walaupun mereka datang membeli tudung.Aku doakan dalam hati….
Dosa membuka aurat adalah dosa kepada Allah swt.Ramai ulama' mengatakan ia dosa besar berdasarkan hadis sahih.Namun dosa kepada Allah adalah lebih ringan berbanding dosa kepada manusia.Allah swt Maha Pengampun,manakala manusia amat susah memaafkan terutama manusia yang amat berdendam dalam hati…
Aku pun ada juga dosa kepada manusia.Aku meminta maaf kepada mereka.Aku tidak malu meminta maaf kerna aku takut balasan akhirat.Aku berusaha siang malam agar tidak mengulanginya lagi…
Oleh demikian teman FB aku tidak ramai.Tidak sampai 100 orang.Aku takut ramai teman,kerna ramainya teman FB boleh menimbulkan banyak masalah.FB umpama sebuah masyarakat,kita tuan FB adalah tuan rumah dan teman FB adalah jiran-jiran…
Keadaaan manusia moden memudahkan ramai terjebak dalam dosa kepada manusia.Paling banyak dilakukan adalah mengumpat.Ada suami mengumpat isteri,ada isteri begitu juga.Dalam kawasan kejiranan,banyak pot borak mesyuarat ..Mereka mengumpat siang malam.
Baginda saw bersabda dalam bahasa arab,namun aku terjemahkan ke bahasa Melayu,sebab majoriti fans tidak faham bahasa arab ..
Maksudnya : (Pada satu hari) Nabi saw bertanya kepada para sahabat :
Tahukah kamu siapakah orang yang muflis ? Sahabat menjawab :
Orang yang muflis di kalangan kami ialah orang yang tidak memiliki
wang dan juga tidak mempunyai harta. Lalu Nabi saw bersabda :
Sebenarnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah orang yang
datang pada hari Qiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan
zakat, tetapi semasa di dunia dia pernah memaki sifulan,
menumpahkan darah sifulan dan pernah memukul sifulan. Maka akan
diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan
orang tadi dan begitulah seterusnya terhadap orang lain yang pernah
dianiayainya sehingga apabila telah habis pahalanya sedangkan bebanan
dosa penganiyaan belum lagi habis, maka akan diambil daripada kesalahan
orang yang teraniaya iaitu lalu dibebankan kepada orang tersebut,
sehinggalah ia dicampak ke dalam api neraka. (Hadis riwayat Imam Muslim)
Mahukah kita bergelar muflis?Tidak……….
Kita perlu berusaha menjauhkan dosa kepada manusia…Sama ada apa terlintas dalam hati,perkataan atau perbuatan.Begitu juga jauhi mengambil harta orang,kerna ia juga dosa kepada manusia.
Jika ada dosa kepada manusia,berusahalah minta maaf dan jangan malu.Kita perlu takut balasan akhirat iaitu terpaksa mneyerahkan semua pahala kita kepada mereka serta memikul pula dosa mereka.
Segala kebaikan dan kesempurnaan hanyalah milik Allah swt,manakala kelemahan dan kesalahan adalah milikku..
Admin
Kisah Teladan & Co
Mohon share.terima kasih kerana berkongsi ilmu.
ReplyDeleteTapi min kalau saye dh trlanjur dan skrg saya dah x buat lagi. . Mcm mne kita nk minta maaf ..Perlu ke cari die..
ReplyDeleteMaksudnya terlanjur berbicara
ReplyDeleteDia ada ig tak? Atau ada sesiapa yang ada no dia
Deletekalau mtk maaf mcm tu je x blh ke..contoh aku mtk maaf kalau ada salah
ReplyDelete