Wednesday, July 13, 2011
ANTARA ULAMA’ POLITIK DAN ULAMA’ SEBENAR
ANTARA ULAMA’ POLITIK DAN ULAMA’ SEBENAR
“Mereka menukarkan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit (untuk kepentingan dunia), lalu mereka menghalangi (dirinya dan orang-orang lain) daripada agama Allah; sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah kerjakan.” (Surah at-Taubat :9)
“Dan di antara manusia ada yang berkata: Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat; padahal mereka sebenarnya tidak beriman. Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman,padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya. Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran). Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan. Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.”
Surah al-Baqarah ayat 8-12
Bismillah..
Dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Amat Pengasih..
Alhamdulillah,bertemu Sabtu yang ceria…hari ini 9 Julai 2011,genaplah 3 tahun anak bongsku 3 tahun…Selepas menonton bolasepak Copa Argentina ,aku membawa anak bongsu membelikan basikal baru.Itulah janjiku dan aku menunaikan janji.Aku tidak mahu digelar bapa suka berjanji tapi tak tahu menunaikan janji…
Aku hanya janji apa yang aku mampu..Aku takkan janji apa yang aku tidak mampu …
Antara Khalifah Islam yang terkenal dengan tawadduk dan zuhud adalah Umar Abdul Aziz..
Umar Abdul Aziz merupakan cicit kepada Sayidina Umar Al-Khattab r.a daripada anaknya, 'Asim(terpelihara) yang telah berkahwin dengan seorang perempuan yang hebat. Dalam kisah perempuan tersebut, di mana ketika ibunya meminta dia mencampurkan susu lembu dengan air, maka dia membalas dengan kata-katanya yang terkenal :
"Wahai ibuku, jika Amirul Mu'minin tidak nampak, TUHAN Amirul Mu'minin nampak".
Hasil daripada perkahwinan 'Asim dengan perempuan hebat tersebut, lahirlah seorang anak perempuan solehah bernama Laila. Laila ini pula berkahwin dengan seorang tokoh daripada Bani Umaiyah bernama Abdul Aziz, Gabenor Mesir pada ketika itu dan melahirkan anak bernama Umar.
Umar ini menjadi khalifah Islam digelar Khalifah kelima.Berkahwin dengan Fatimah bte Abdul Malik (sepupunya).Namun beliau meninggal usia muda iaitu 39 tahun dan hanya menjadi Khalifah selama 2 tahun 5 bulan sahaja.
Pada suatu hari beliau berkhutbah yang mana antara isinya adalah spt berikut ;
"Setiap orang yang musafir mesti memperlengkapi bekalannya. Siapkanlah taqwa dalam perjalanan kamu dari dunia menuju akhirat. Pastikan dirimu sama ada mendapat pahala atau siksa, senang atau susah."
"Jangan biarkan masa berlalu sehingga hatimu menjadi keras dan musuh sempat mengoda. Sebaik-baiknya saudara menganggap bahawa hidup pada petang hari tidak akan sampai ke pagi hari dan hidup pada pagi hari tidak akan sampai ke petang hari. Memang tidak jarang terjadi kematian ditengah-tengahnya"
"Saudara-saudara dapat menyaksikan sendiri bahawa ramai orang yang tertipu dengan dunia, padahal orang yang layak bergembira tidak lain kecuali orang yang selamat daripada siksaan Allah SWT dan orang yang lepas dari tragedi hari qiamat."
"Sementara orang yang tidak mahu mengubati yang sudah luka, kemudian datang lagi penyakit lain, bagaimana mungkin mahu bergembira ? Saya berlindung kepada Allah SWT daripada perbuatan yang tidak aku pegangi dan amalkan sendiri. Seandainya begitu, alangkah rugi dan tercelanya aku. Dan jelaslah tempatku nanti pada hari yang jelas kelihatan siapa yang kaya dan siapa yang miskin".
"Di sana nanti akan diadakan timbangan amal serta manusia akan diserahi tanggungjawab yang berat. Seandainya tugas itu dipikul oleh binatang-binatang nescaya ia akan hancur, jika dipikul oleh gunung nescaya ia akan runtuh, kalau dipikul oleh bumi nescaya bumi akan retak. Saudara-saudara belum tahu bahawa tiada tempat di antara Syurga dan Neraka ? Kamu akan memasuki salah satu daripadanya."
"Ada seorang lelaki yang mengirim surat kepada rakannya yang isinya : "Sesungguhnya dunia ini adalah tempat bermimpi dan akhirat barulah terjaga" Jarak pemisah antara keduanya adalah mati. Jadi, kita sekarang sedang bermimpi yang panjang"
Khutbah yang mengesankan….
Sambung lagi…sekarang jam 12.13 tengahari 11 Julai 2011…
Kemunculan PAS dalam sejarah politik tanah air telah bermula semenjak 23 Ogos 1951 apabila para ulamak yang bersidang di Kuala Lumpur bersetuju menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Ulamak Se-Malaya. Nama persatuan ini kemudiannya diubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) pada 24 November 1951, dalam satu persidangan ulamak Malaya di Bagan Tuan Kecil (Butterworth), Seberang Prai. Itulah sekelumit permulaan sejarah PAS.Itulah sejarah awal parti politik PAS.
Menteri Besar Kelantan ,Datok Nik Aziz Nik Mat telah menjadi peneraju Kelantan sejak 1990.Bermakna sudah 21 tahun beliau bergelar Menteri Besar di Kelantan ,negeri yang didiami majoriti bangsa Melayu.
Antara fatwa yang dikeluarkan beliau adalah :
1.Menghalalkan carut-mencarut, mengharuskan maki hamun. Bahkan Allah sendiri mencarut.
Fatwa ini dikeluarkan oleh Tuan Guru Nik Aziz sendiri ketika dia membela kroninya, Shahnon Ahmad yang menulis buku Shit.
2.Demontrasi satu ibadat.
Fatwa ini dikeluarkan menyokong demontrasi BERSIH 2.
3.Mendakwa Ibrahim Ali .
“Kalau orang Pasir Mas kata dia kena berundur, berundurlah. Duit yang dia makan tu tak betul, dia sembahyang Tuhan tak terima, dia buata pa pun Tuhan tidak terima.”
4.Mendakwa UMNO sesat.
. "Tok Ayah Pin dicap sesat. Habis kenapa Umno tidak sesat? Sama-sama tidak kenal agama belaka. Al-Arqam sesat kerana apa? Salah akidahnya. Ayah Pin sesat, kenapa? Salah akidahnya."Umno kenapa tidak sesat lagi? Salah juga akidah. Tolak Islam, ambil (fahaman) kebangsaan. Tak usah kata kami terima Islam, kami terima Islam. Tak payah cakap banyak, aku reti juga," - Nik Aziz Nik Mat sewaktu berceramah di Chuchoh Puteri, Manek Urai, Malaysiakini ,8 Julai 2009.
"Perjuangan UMNO sebenarnya amat dhalalah (sesat-sesesatnya), kerana menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama" - Nik Aziz Nik Mat, Harakahdaily, 8 Mac 2010.
5.Mendakwa orang UMNO tidak beriman.
"Dan dalam konteks Umno, mereka tidak ada 'aamana' (tidak beriman). Ada Islam sahaja. Mereka menolak Islam, nak dikatakan beriman macam mana. Ini perkara yang tidak ada dalam Umno. Umno menerima Islam tetapi mereka tidak beriman. Iman mesti ada, selain daripada Islam ialah iman." – Nik Aziz Nik Mat, Harakahdaily 30 Jun 2009.
6. Nik Aziz melabel umat Islam yang tidak menyokong Pas sebagai jahil atau bodoh.
Fatwa ini dikeluarkan ketika pilihan raya kecil Labis Johor.
Mengapa parti yang sering berjubah dan berserban,berkopiah seperti Mat sabu dilabelkan sesat dan menyalahi ajaran Quran dan hadis ?
1.Menyalahgunakan Quran.
”Janganlah kalian menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit” (QS Al-Baqarah:41), juga “Mereka menukarkan ayat–ayat Allah dengan harga yang sedikit, lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang mereka kerjakan” (QS At-Taubah:9).
Pemimpin PAS KE HULU HILIR MEMBACA PELBAGAI AYAT-AYAT QURAN UNTUK MEMBUKTIKAN MEREKA BENAR DAN BETUL.Adakah mereka membaca semua ayat?Atau hanya mengulang ayat-ayat tertentu sahaja?mereka hanya memutarkan ayat dengan tafsiran untuk kepentingan politik,bukan berlandaskan tafsiran ulama’ muktabar.
Ia adalah bukti NYATA mereka menggunakan ayat-ayat Quran untuk mendapatkan undi dan kuasa politik.Bukan untuk memajukan bangsa dan agama.
Jawapan kepada kritikan PAS
Setiap manusia mempunyai hak untuk mengkritik orang lain. Sepanjang BN memerintah negara kritikan sering dilemparkan tokoh pembangkang dalam negara sama ada PAS,PKR atau DAP.
Malah pemimpin dunia juga banyak mengkritik tindakan dan keputusan BN.Kritikan tidak pernah melemahkan pemimpin BN malah memberi kekuatan dan inspirasi kepada pemimpin BN untuk terus berusaha memajukan bangsa dan negara.
Dalam negara demokrasi setiap manusia berhak memberi pendapat namun tidak semua pendapat dan kritikan boleh diterima.Manusia bijak perlu belajar menilai kritikan dan cemuhan sebelum melemparkannya.
Kadangkala kritikan dan cemuhan lahir daripada kebencian dan niat terselindung.Ini adalah sikap individu yang tidak mahu menerima kebenaran.
Antara kritikan yang dilemparkan ialah :
1.UMNO parti anti agama islam.
UMNO adalah parti Islam walaupun tidak menggunakan nama Islam sebagaimana PAS.PAS sering melemparkan tuduhan bahawa UMNO anti islam.
Antara bukti yang dikatakan adalah kenyataan pemimpin UMNO berkaitan isu agama,contohnya isu Hudud yang dicanang pemimpin PAS.UMNO tidak menolak hukum hudud dengan total, hanya mengatakan bahawa hukum hudud belum boleh dipraktikkan kerana mempunyai beberapa masalah yang perlu diselesaikan.UMNO juga terbuka mengatakan hujah bahawa jika hudud dilaksanakan dan hanya orang islam sahaja menerima hukum tersebut manakala bukan islam tidak terlibat maka orang islam akan bertambah lemah.Contohnya orang islam mencuri akan dipotong tangan manakala bukan islam hanya menerima hukuman penjara.Itulah ketidakadilan yang dihujahkan UMNO.
Malah ketika islam bertapak di Madinah dan undang-undang islam ditegakkan,hukum hudud dijalankan kepada semua kaum dan bangsa sama ada beragama islam atau tidak.Walaupun bukan islam seperti Yahudi dan Nasrani dikenakan hukuman mengikut kitab kepercayaan mereka,namun jenis hukuman adalah sama sebagaimana hukum islam,jadi adalah relevan ia dilaksanakan.
Namun jika dilaksanakan di Malaysia di mana orang islam menerima hudud dan bukan islam hanya menerima hukum jenayah maka umat islam akan lebih lemah
berbanding bukan islam.
Hudud perlu dilaksanakan kepada semua warganegara bagi menegakkan keadilan dan hak saksama.Itulah yang dilakukan ketika Baginda saw masih hidup.Malah golongan bukan islam menerima hukum hudud dengan baik.
Ketika Dr Mahathir bergelar Perdana Menteri beliau telah mengislamisasikan banyak modul dan bidang.Contohnya slogan “Bersih,Cekap ,Amanah”.Ia adalah slogan yang jelas diambil dari intipati islam.Beliau juga mengislamisasikan ekonomi dengan penubuhan Bank Islam,sistem kewangan islam dan sebagainya.Sekolah agama lahir bagai cendawan dan jumlah masjid bertambah banyak.
Tidakkah itu semua menunjukkan beliau seorang beragama islam dan menyayangi islam?
Pengkritik hanya melihat satu aspek dan hanya melaungkan hukum hudud dan mengabaikan islamisasi dalam pelbagai bidang lain sedangkan islam itu adalah agama yang syumul dan sempurna.Pembangunan ekonomi yang diterapkan pemimpin UMNO telah memberi banyak faedah kepada orang islam dan bukan islam.UMNO berjaya merangka modul dan pelan untuk meningkatkan kehidupan rakyat yang dahulunya hidup dalam kemiskinan dan berjaya keluar dari kepompong miskin serta berjaya dalam kehidupan.
UMNO banyak menerapkan islam dalam pemerintahan negara.Hanya kerana pemimpin UMNO tidak berjubah atau berkopiah,PAS mengkritik pemimpin UMNO anti islam.Adakah ianya patut?
Sebenarnya pengkritik hanya tahu mengkritik,namun kritikan adalah kritikan yang tidak berasas dan lari dari asas kebenaran.Islam mempunyai pelbagai aspek dan pengkritik hanya melihat satu aspek sahaja.
Memang menyedihkan apabila UMNO dilabelkan parti yang anti islam sedangkan UMNO telah membawa banyak perubahan kepada sistem agama islam dalam negara.Malah pemimpin UMNO pernah mencadangkan penggunaan dinar emas kepada semua negara islam agar pihak Barat dan Eropah tidak sewenangnya memanipulasi mata wang negara islam.Idea dan cadangan ini dilontarkan setelah negara kerugian berbilion dolar akibat tindakan penyangak mata wang bernama George Soros .
Negara-negara Asia kerugian akibat tindakan spekulator yang memanipulasikan mata wang dalam masa yang agak singkat.Pemimpin UMNO seperti Dr Mahathir yang berusaha membangunkan negara dengan usaha gigih kecewa dan sedih dengan serangan mata wang yang dilakukan spekulator.
Apa yang menyedihkan negara-negara islam masih tidak mahu mempraktikkan idea Dr Mahathir agar penggunaan dinar emas dilaksanakan.Idea dinar emas adalah praktikal berbanding penggunaan dolar Amerika di mana nilainya berubah-berubah mengikut keadaan semasa berbanding dinar emas yang lebih stabil.
Dr Mahathir dan beberapa pemimpin UMNO mempunyai pengetahuan agama yang cetek,namun dengan pembacaan dan memiliki penasihat agama yang bertauliah ,ramai pemimpin UMNO mampu menjalankan pelbagai program dan sistem islam dengan baik.Tuduhan UMNO anti islam adalah tidak berasas kerana jelas segala sifat dan peribadi pemimpin UMNO ,juga sistem dan modul yang dilaksanakan telah membuktikan bahawa UMNO parti mengangkat darjat agama Islam dan berpegang dengan ajaran Islam yang sebenar.
Malah PAS yang sering menuduh UMNO parti rasuah,mengakui PAS juga ada rasuah.Menurut akhbar,Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menolak kemungkinan wujudnya 'politik wang' dalam parti itu menjelang pemilihan agung parti.Beliau meminta para perwakilan pada Muktamar Tahunan Pas itu menolak calon yang mengamalkan perbuatan sedemikian bagi meraih sokongan.
PAS dahulunya mendakwa UMNO kafir kerana tidak mahu melaksanakan HUDUD.Namun kini Pemimpin Pas mengatakan HUDUD hanya 1 % dalam Islam dan ia tidak penting.Kenyataan tidak konsisten pemimpin PAS adalah bukti pemimpin PAS adalah ulama’ politik,bukan ulama’ sebenar.
Imam Sufyan Tsauri berkata, bahwa di neraka ada neraka yang khusus dihuni para ulama (qurra) yang suka mendatangi penguasa.Maksudnya ulama’ sesat yang menggunakan ilmunya untuk kepentingan dunia.
Begitu juga perang Jamal.Perang Jamal telah berlaku di antara dua pasukan tentera kaum Muslimin. Pasukan pertama telah diketuai oleh Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib Radhiallahu ‘Anhu dan pasukan kedua pula telah diketuai oleh Ummul Mukminin ‘Aisyah Radhiallahu ‘Anha..Adakah Aisyah mengkafirkan Ali?Tidak.Begitu juga Ali tidak mengkafirkan Aisyah.
Dalam hal ini, Al-Imam Ibnu Hazm Rahimahullah telah berkata :
“Dan adapun (pemergian ke Basrah) Ummul Mukminin (‘Aisyah), Az-Zubair dan Thalhah
Radhiallahu ‘Anhum berserta orang-orang yang bersama dengan mereka tidaklah mereka
sedikitpun ingin membatalkan kekhalifahan Ali (Radhiallahu ‘Anhu), mereka tidak (juga)
mencabar jawatan tersebut, mereka tidak menyebut apa-apa kecacatan yang merendahkan
beliau (Ali Radhiallahu ‘Anhu) daripada jawatan tersebut, tidak juga bertujuan mengangkat
khalifah yang baru yang lain dan tidak memperbaharui bai’ah kepada sesiapa yang lain. Ini
adalah sesuatu yang tidak dapat diingkari oleh sesiapa dengan apa cara jua.
Kebenaran yang sebenar yang tidak memiliki apa-apa permasalahan padanya adalah mereka
tidak pergi ke Basrah untuk memerangi Ali atau menentangnya atau mencabut bai’h
daripadanya…yang benar mereka berangkat ke Basrah tidak lain (adalah) untuk menutup
(daripada berlakunya) perpecahan yang baru dalam Islam disebabkan peristiwa pembunuhan
yang zalim ke atas Amirul Mukminin Uthman Radhiallahu ‘Anhu.” [al-fishal fi al-milal wa al-
ahwa’ wa al-nihal, (ditahqiq oleh Ahmad Syams Ad-Din; Dar Al-Kutub Al-Ilmiah, Beirut,
1996), jilid 3, ms.83)
Al-Imam Ibnu Kathir memperincikannya dan ditulis di dalam kitab Al-Bidayah Wa An-Nihayah :
“Orang-orangpun merasa tenang lagi lega (kerana persatuan tersebut)… pada waktu
malamnya kedua-dua pihak bermalam dalam keadaan yang sebaik-baiknya. Akan tetapi,
pembunuh Uthman melalui malam tersebut dalam keadaan seburuk-buruknya. Mereka
berbincang dan bersepakat untuk mencetuskan peperangan pada pagi esoknya. Mereka bangun
sebelum terbitnya fajar, jumlah mereka menghampiri 1000 orang. Masing-masing kelompok
bergabung dengan pasukannya lalu menyerang mereka (pasukan ‘Aisyah) dengan pedang.
Setiap golongan bergegas menuju kaumnya untuk melindungi mereka. Orang-orang (pasukan
‘Aisyah) bangun dari tidur dan terus mengangkat senjata. Mereka berkata : “Penduduk Kufah
(pasukan Ali) menyerbu kita pada malam hari, mereka mengkhianati kita!”
Mereka (pasukan ‘Aisyah) menyangka bahawa para penyerang itu berasal dari pasukan Ali.
Suasana huru hara tersebut sampai ke pengetahuan Ali, lalu beliau bertanya: “Apa yang terjadi
kepada orang ramai?” Mereka menjawab: “Penduduk Basrah (pasukan ‘Aisyah) menyerang
kita!”
Maka kedua-dua pihak mengangkat senjata masing-masing, mengenakan (memakai) baju
perang dan menaiki kuda masing-masing. Tidak ada seorang jua yang mengetahui apakah yang
sebenarnya terjadi.”
[al-Bidayah wa An-Nihayah, jilid 7, ms. 227]
Pada waktu perang sedang berlangsung, Ummul Mukminin ‘Aisyah Radhiallahu ‘Anha sedang berada di atas pelana untanya. ‘Aisyah tidak ikut berperang .
Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah Rahimahullah di dalam kitabnya Minhaj As-Sunnah. Beliau mengatakan bahawa Ummul Mukminin ‘Aisyah Radhiallahu ‘Anha tidak diperangi dan tidak juga melibatkan dirinya dalam peperangan. Beliau menjangkakan pemergiannya ke Basrah terdapat kemaslahatan kepada umat Islam tetapi ternyata meninggalkan pemergiannya tersebut adalah lebih baik. Maka setelah itu apabila beliau mengingat kembali pemergiannya beliau akan menangis sehingga tangisan itu membasahi kain tudungnya.
Juga perang Siffin.Perang Siffin berlaku antara Muawiyah bin Abu Sufyan dan Saidina Ali bin Abi Talib di tebing Sungai Furat yang kini terletak di Syria (Syam) pada tahun 657 Masehi.Namun adakah Muawiyah mengkafirkan Saidina Ali?Tidak.Begitu juga Saidina Ali tidak pernah mengkafirkan Muawiyah.
Akhirnya Muawiyah memerintah Syria dan Mesir sementara Ali selebihnya. Kedua-dua pihak bermusuhan sesama sendiri dan keadaan ini berterusan sehingga Ali dibunuh oleh golongan Khawarij pada tahun 661M . Dunia Islam kemudian disatukan semula di bawah Muawiyah sebagai khalifah.
Akhirnya kerajaan Islam terus kuat ratusan tahun dengan pelbagai dinasti seperti Abasiyyah dan Osmaniyyah.
Mereka berperang kerana perbezaan pendapat dan tidak pernah mengkafirkan antara satu sama lain.Namun pemimpin PAS mengkafirkan pemimpin dan ahli UMNO.
Namun ramai bangsa Melayu Islam terpengaruh dengan PAS.Mereka hanya melihat serban dan jubah Nik Aziz.Mereka tidak pernah mengkaji semua fatwa Nik Aziz,Hadi Awang yang memang jelas bercanggah dengan Islam.
Ulama’ tersohor seperti Imam Nawawi rahimullah,Imam Malik,Imam Syafei,Imam Ibnu Tayyimah dan lain-lain ulama’ terbilang tidak pernah mengeluarkan sebarang fatwa yang bercanggah dengan Quran dan hadis.
Pesan Imam Syafie, " Tiap-tiap perkara yang saya katakan padahal Rasulullah bertentangan kepada perkataan saya, Rasulullah itulah yang lebih utama perlu dituruti."Begitulah pesanan beliau kepada umat Islam.
Pernah tak pemimpin PAS menuturkannya?TIDAK.
Ibn umar r.a berkata : saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda : “" Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu juga akan diminta bertanggungjawab tentang apa yang kamu pemimpin, ketua atau imam adalah pemimpin dan ia akan diminta tanggungjawab tentang apa yang dipimpin. Suami adalah pemimpin di dalam keluarganya, dan dia akan bertanggungjawab tentang apa yang dipimpin. Isteri juga dipimpin, dalam mengendalikan rumahtangga suaminya dan dia juga akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya, dan pembantu rumahtangga juga pemimpin dalam mengawasi harta benda majikannya dan dia juga akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya.
Riwayat Imam Bukhari dan Muslim.
Abu ja’la (ma’qil) bin jasar r.a berkata: saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda:
“Tiada seorang yang diamanati oleh Allah memimpin rakyat kemudian ketika ia mati ia masih menipu rakyatnya, melainkan pasti allah mengharamkan baginya syurga”riwayat Imam Bukhari dan Muslim .
Kerajaan yang dipimpin BN telah berjaya memajukan negara.Antara kemajuan dicapai adalah membasmi kemiskinan.
Kadar kemiskinan di Malaysia terus berkurangan seperti berikut :
Tahun - Peratus (%)
1970 - 52.4
1988 - 17.3
1990 - 16.5
1999 - 7.5
2002 - 5.1
Kerajaan BN yang diterajui UMNO amat komited dalam usaha membasmi kemiskinan di seluruh negara melalui program-program dan strategi yang telah, sedang dan akan dilaksanakan dari semasa ke semasa. Keprihatinan ini bukan sahaja bersandarkan kepada hakikat bahawa sekiranya gejala kemiskinan tidak dibasmi ia akan menggagalkan matlamat menjadi negara maju, malah inisiatif ini juga berpaksikan kepada tuntutan agama Islam sendiri sebagaimana yang terkandung di dalam nas-nas berikut:
a. Diriwayatkan oleh Abu Na’im, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud “Kemiskinan hampir membawa kepada kekufuran”.
b. Di dalam al-Quran, surah al-Qasas, ayat 77 yang bermaksud “Dan carilah apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat dan jangan kamu melupakan bahagianmu dari kenikmatan di dunia”.
Pemimpin UMNO adalah amanah dalam memajukan negara.
Amanah hendaklah diberikan kepada orang yang benar-benar boleh melaksanakannya, kerana menurut hadis Rsulullah s.a.w. dari riwayat Muslim : " Dari Abu Zhar, dia berkata : " Saya berkata " : Ya Rasulullah mengapa engkau tidak memilih saya. " Rasulullah bersabda " hai Abu Zhar engkau seorang yang lemah, sedangkan itu sebagai amanah pada hari kiamat hanya akan menjadi penyesalan dan kehinaan. Kecuali orang yang dapat menunaikan hak kewajipannya dan memenuhi tanggungjawabnya.
Hadis di atas kita lihat dimana Abu Zhar ketika meminta jawatan, tidak dipedulikan oleh Rasulullah. Kerana amanah menuntut dan menghendaki kita memilih orang-orang yang lebih baik untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan. Jika kita cenderung memilih yang lain secara tidak berhati-hati, kerana mengamalkan sikap pilih kasih, bermakna kita telah melakukan pengkhianatan yang berat, kerana menyingkirkan orang yang ahli (mampu) dan mengangkat orang yang bukan ahli. Sesungguhnya kisah nabi Yusuf yang jujur, termaktub dalam Al-Quran adalah satu pengajaran yang baik untuk dijadikan pedomannya sepertimana firman Allah ta’ala :
Maksudnya : " Berkata Yusuf : " berikanlah kepadaku jawatan perbendaharaan negara (Mesir) kerana sesungguhnya aku adalah orang yang paling pandai menjaga, lagi berpengetahuan ".
Pemimpin Pas pernah berjanji untuk menubuhkan satu suruhanjaya bagi menyiasat penyelewengan dan rasuah kerajaan BN yang memerintah Kelantan dari tahun 1978 hingga 1990. Hal ini boleh dilihat melalui Harakah 20 Oktober 1990 Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Abdul Halim Abdul Rahman Timbalan Menteri Besar Kelantan. Sehingga sekarang setelah 21 tahun memerintah tidak ada satu suruhanjaya pun ditubuhkan untuk menyiasat penyelewengan kerajaan BN dahulu.Ini membuktikan pemimpin Pas bukan ulama’ sebenar.Mereka hanya pandai melaungkan ayat-ayat Quran namun peribadi mereka adalah Munafik.
Walaupun 21 tahun memerintah Kelantan,pemimpin PAS gagal menangani masalah air walaupun kerajaan Pusat telah membantu ratusan juta ringgit.Malah bekas Timbalan Perdana Menteri Anuar Ibrahim ketika menjawat jawatan tersebut mengakui kerajaan Pusat memberi banyak bantuan dan tidak pernah menganaktirikan Kelantan.
Kelantan gagal membina masjid dalam tempoh 18 tahun memerintah Kelantan ( 1990-2008). Menteri Besarnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pasir Puteh mengakui parti itu yang mentadbir negeri ini selama sepanjang 18 tahun, tidak membina masjid.
Anak Kelantan,melalui blognya banyak mendedahkan kejahatan dan kezaliman pemimpin PAS.ia boleh dibaca di sini :
kickdefella.wordpress.com/
Islam adalah agama benar.Pemimpin PAS menunjukkan mereka bukanlah pemimpin Islam sebenar,hanya menjadikan ayat Quran dan hadis untuk kepentingan politik dan menipu umat Islam.
Walaupun Pas sering mencanang mereka parti Islam kerana ramai ulama’ menyertai parti tersebut,namun hakikatnya PAS adalah parti menggunakan agama untuk politik,bukan memajukan bangsa,agama dan negara.
Ulama’ PAS adalah ulama’ yang hanya pandai berjubah dan berserban,namun mereka buta mata hati serta menyesatkan bangsa Melayu.
Jauhi ulama’ politik dan carilah ulama’ sebenar sebagai pemberi petunjuk kebenaran.
Segala kelemahan dan kesalahan milikku,manakala kebaikan dan kesempurnaan adalah milik Allah Maha Perkasa lagi Amat Bijaksana.
Admin
Kisah Teladan & Co
UPLOAD 4.50 PETANG
13 Julai 2011
Bknkah mahathir hina hudud ka dan umno kta hukum Allah xadil kepada non muslim fahaman ap tu xdaknya hukum hudud utuk org Islam sbb mereka mngatakan demikian hudud xadil adlah sebb mungkin ad kesalahan yg dilakukan mereka yg hukum dlm islam adalah salah dan hrus dkenakan mengikut hukum Islam iaitu HUDUD
ReplyDelete